208092111 sukan berperanan memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum

5
SUKAN BERPERANAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN PERPADUAN DI KALANGAN BELIA PELBAGAI KAUM Disediakan oleh : Idris bin Husin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) [email protected] KUALA LUMPUR, 23 JULAI - Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara daripada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus berkaitan peranan sukan dalam memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum. Beliau menjawab dengan menyatakan bahawa sememangnya sukan berperanan sebagai manhaj perpaduan tanpa mengira ideologi serta dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Penyertaan dalam aktiviti sukan juga tidak terhad kepada kaum tertentu, bahkan kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti sukan di semua peringkat. Pelaksanaan program oleh pihak Kementerian adalah berlandaskan kepada Pelan Strategik KBS 2010-2015 di bawah Teras Stategik Ketiga iaitu Pembudayaan Sukan Untuk Semua. Perancangan serta visi masa panjang dalam usaha melahirkan golongan belia dan masyarakat berbudaya sukan (sporting nation) adalah dengan menjadikan sukan sebagai salah satu platform ke arah pembangunan dan penyatuan masyarakat. Oleh yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bukan sahaja menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bahkan agensi-agensi kerajaan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta lain-lain kementerian/agensi yang mempunyai hubung kait dengan pembangunan belia. Sebagai contoh menerusi penganjuran sambutan Hari Belia Negara yang dilaksanakan setiap tahun telah menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan secara bersama menerusi segmen-segmen seperti Modal Insan, Keusahawanan Belia, Ekspo Pendidikan,  Jobsquare, Sukarelawan, Sukan Rekreasi  , Fit and Active, Badan Beruniform dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, Kementerian juga telah bekerjasama dengan pihak KPM melalui Sekretariat Rakan Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan melaksanakan program Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT. Melalui karnival tersebut, pelbagai acara sukan berorientasikan semangat patriotik dan perpaduan antara kaum dilaksanakan bersama. Kementerian juga menjalankan kerjasama dengan NGO belia dan sukan dalam melaksanakan program-program yang berbentukSportbased Community, Sportbased Unity dan Sportbased Fitness. Ia bukan sahaja bertujuan bagi mewujudkan sebuah negara yang berbudaya sukan  , malah kelangsungannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, patriotik dan bersatu padu. Antara program-program tumpuan yang melibatkan penyertaan ramai dan berbilang etnik termasuklah sukan larian, senamrobik, berbasikal dan sukan rakyat yang boleh menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut. Selain itu, usaha yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan dilihat sebagai suatu langkah jangka panjang untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin, nilai murni dan juga memupuk perpaduan di antara kaum. Sukan alat perpaduan di Malaysia Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia

Upload: ahmad-bin-lili

Post on 10-Oct-2015

508 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

SUKAN BERPERANAN MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN PERPADUAN DI KALANGAN BELIA PELBAGAI KAUMDisediakan oleh : Idris bin Husin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )[email protected] LUMPUR, 23 JULAI- Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara daripada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus berkaitan peranan sukan dalam memupuk semangat patriotik dan perpaduan di kalangan belia pelbagai kaum. Beliau menjawab dengan menyatakan bahawa sememangnya sukan berperanan sebagai manhaj perpaduan tanpa mengira ideologi serta dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Penyertaan dalam aktiviti sukan juga tidak terhad kepada kaum tertentu, bahkan kerajaan telah membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti sukan di semua peringkat. Pelaksanaan program oleh pihak Kementerian adalah berlandaskan kepada Pelan Strategik KBS 2010-2015 di bawah Teras Stategik Ketiga iaitu Pembudayaan Sukan Untuk Semua. Perancangan serta visi masa panjang dalam usaha melahirkan golongan belia dan masyarakat berbudaya sukan(sporting nation)adalah dengan menjadikan sukan sebagai salah satu platform ke arah pembangunan dan penyatuan masyarakat. Oleh yang demikian, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bukan sahaja menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bahkan agensi-agensi kerajaan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta lain-lain kementerian/agensi yang mempunyai hubung kait dengan pembangunan belia. Sebagai contoh menerusi penganjuran sambutan Hari Belia Negara yang dilaksanakan setiap tahun telah menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan secara bersama menerusi segmen-segmen seperti Modal Insan, Keusahawanan Belia, Ekspo Pendidikan,Jobsquare, Sukarelawan, Sukan Rekreasi, Fit and Active, Badan Beruniform dan pelbagai lagi. Selain daripada itu, Kementerian juga telah bekerjasama dengan pihak KPM melalui Sekretariat Rakan Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dengan melaksanakan program Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT. Melalui karnival tersebut, pelbagai acara sukan berorientasikan semangat patriotik dan perpaduan antara kaum dilaksanakan bersama. Kementerian juga menjalankan kerjasama dengan NGO belia dan sukan dalam melaksanakan program-program yang berbentukSportbased Community, Sportbased UnitydanSportbased Fitness.Iabukan sahaja bertujuan bagi mewujudkan sebuah negara yang berbudaya sukan,malah kelangsungannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, patriotik dan bersatu padu. Antara program-program tumpuan yang melibatkan penyertaan ramai dan berbilang etnik termasuklah sukan larian, senamrobik, berbasikal dan sukan rakyat yang boleh menyumbang ke arah mencapai matlamat tersebut. Selain itu, usaha yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan memperkenalkan Dasar 1Murid 1Sukan dilihat sebagai suatu langkah jangka panjang untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin, nilai murni dan juga memupuk perpaduan di antara kaum.

Sukan alat perpaduan di MalaysiaProfesor Madya Dr. Sivamurugan PandianPusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia

Orang ramai menumpukan perhatian menyaksikan perlawanan akhir badminton antara Lee Chong Wei dengan musuh ketatnya Lin Dan pada Sukan Olimpik London 2012 di sebuah restoran dekat Kuala Lumpur kelmarin. - Utusan/Abdul Razak LatifSERINGKALI ketika berlangsungnya temasya sukan yang besar, masing-masing sanggup bersengkang mata untuk menonton dan memberikan sokongan walaupun di depan televisyen ataupun di pelbagai lokasi strategik seperti kedai makan.Baik sukan bola sepak Piala Dunia ataupun bola sepak liga Inggeris, Sepanyol dan Itali; lumba kereta F1, dan bola keranjang; penyokongnya bukan sekadar di stadium atau litar perlawanan tetapi juga ditonton merata dunia. Ini menunjukkan setiap sukan ada penyokong dan peminatnya.Sukan Olimpik juga tidak terkecuali lebih-lebih lagi apabila jaguh sukan negara turut bertanding. Sorakan demi sorakan diberikan atas nama wakil negara tercinta, Malaysia. Bergegarnya ruang di luar kadang-kadang lebih meriah dari dalam stadium apatah lagi ia diadakan di London sudah pasti turut menjadi keterbatasan sokongan yang mahu diberikan.Sekiranya ia diadakan di Malaysia, saya percaya stadium akan dipenuhi untuk memberikan sokongan kepada Datuk Lee Chong Wei ataupun Khairul Anuar mahupun Mohd. Azizulhasni Awang serta Pandelela Rinong, Noraseela Mohd. Khalid, Nur Suryani Mohd. Taibi dan Peng Kean Yu. Malaysia diwakili oleh 30 atlet dalam sembilan acara sukan di London 2012.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa.Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali.Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun seringkali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing.Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir-urus berbeza.Sukan diakui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ia merupakan medium perpaduan negara dan ia dekat dengan diri beliau yang gemar sukan bola sepak. Najib pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan pada 1986 sehingga 1990 yang juga melihat perkembangan pesat dalam proses membangun dan meningkatkan tahap aktiviti dan penyertaan sukan dalam kalangan masyarakat.Dasar Sukan Negara yang menjadi asas memurnikan dan memakmurkan dunia sukan terbentuk sewaktu Najib memimpin Kementerian Belia dan Sukan.Beliau juga menjadi 'penggerak' dalam mengkaji semula fungsi Majlis Sukan Negara untuk melahirkan atlet bermutu dan berkualiti. Beberapa insentif dan skim diperkenalkan termasuklah untuk jurulatih, atlet dan staf sebagaimana menyediakan biasiswa sukan dalam dan luar negara. Ini tidak ketinggalan program di peringkat sekolah seperti program Kem Bakat dan Tunas Cemerlang untuk mengenal pasti kebolehan bersukan dari peringkat awal lagi.Penglibatan Najib dalam sukan bersifat menyeluruh. Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan beliau. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'.Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.Di samping itu, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Sumbangan Najib diiktiraf di dalam negara apabila menerima Anugerah Emas Kepimpinan SAM-Benson & Hedges 1983 sebagai menghargai sumbangan dalam dunia sukan.Najib juga pernah dianugerahkan Ijazah Kehormat Sains Sukan dari Akademi Sukan Amerika Syarikat kerana kewibawaan serta usaha berterusan untuk meningkatkan tahap pembangunan sukan tempatan dan antarabangsa sepanjang mentadbir Kementerian Belia dan Sukan.Peranan kepimpinan arus perdana amat penting dalam menerokai alam sukan sebagai alat perpaduan di samping nilai komersial lain. Yang nyata, sokongan berterusan ke atas sukan akan membolehkan kepelbagaian negara turut menjadi tumpuan. Ia boleh dibangunkan sebagai satu industri yang membawa pulangan besar kepada negara dalam jangka panjang terutama dalam sektor pelancongan dan pelaburan.Pemikiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melangkaui zaman dengan memperkenalkan litar kereta F1 di Malaysia, menjadi penganjur lumba basikal Tour de Langkawi, mengelilingi dunia dengan kapal layar, dan pendakian Gunung Everest; menyemarakkan semangat 'Malaysia Boleh'. Imej negara terpapar di seluruh dunia dan kesemua ini hanya dapat dilakukan jika negara terus kekal stabil, masyarakatnya tidak terhakis semangat jati diri dan berjiwa Malaysia.Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya.Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.Apa gunanya atlet memiliki keupayaan dan kecergasan tetapi permusuhan dalam organisasi menyebabkan atlet hilang motivasi dan keazaman. Keistimewaan seseorang dalam sukan jangan disekat hanya kerana kepentingan diri ke atas kedudukan dalam organisasi.Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh.Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'.Misalnya, anugerah Kalung Perpaduan kepada Kelab Sukan Sportsunite oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan tahap penerimaan ke atas konsep Satu Malaysia.Yang penting adalah usaha menganjurkan karnival sukan termasuklah badminton, hoki, futsal, bola sepak, boling, bola jaring, ping pong, taekwando, bola keranjang dan kabadi. Perpaduan sebegini boleh diperpanjangkan ke dalam kehidupan harian kita.Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu Matlamat'.Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.Apabila Chong Wei melangkah masuk ke gelanggang badminton pertandingan akhir sukan Olimpik, apakah yang mahu kita lihat; bukankah kejayaan memenangi pingat emas pertama dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik?Sokongan padu dan harapan setiap warga Malaysia pasti akan dihargai oleh beliau kerana Chong Wei bukan sekadar mewakili dirinya tetapi beliau juga menjunjung semangat jati diri 28 juta populasi Malaysia.Beliau dan atlet lain adalah milik Malaysia sebagaimana kita mempunyai tanggungjawab mempertahankan apa sahaja yang boleh mengancam keselamatan negara, biarlah 'yang ringan sama dijunjung, yang berat sama dipikul' kerana kita rakyat Malaysia. Ia boleh dimanfaatkan secara berterusan melalui sukan.

Konsep Sukan Untuk Semua Dapat Pupuk Perpaduan KaumSHAH ALAM:Konsep sukan yang disertai oleh semua kaum di peringkat akar umbi adalah lebih berkesan dan berkekalan dalam memupuk perpaduan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.Katanya pembangunan sukan di peringkat akar umbi mampu mewujudkan semangat berpasukan bagi memantapkan ikatan perpaduan dan keharmonian masyarakat."Justeru itu, bidang sukan harus diterokai dengan giatnya agar golongan muda boleh berinteraksi melalui sukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Liga Kampus Dodgeball 2010 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini, Sabtu.Koh berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, institusi pengajian tinggi serta sekolah dalam mempromosikan konsep sukan untuk semua di semua peringkat.Beliau juga menggesa agar sektor korporat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) memberikan tajaan dan sumbangan secara langsung kepada pembangunan sukan dalam usaha memupuk perpaduan. Mengenai kemelut kepimpinan parti Gerakan Pulau Pinang, Koh, yang juga Presiden Gerakan, berkata beliau akan memberi komen mengenai isu itu pada mesyuarat tahunan perwakilan negeri itu, Ahad.Media sebelum ini melaporkan sekumpulan ahli parti di Pulau Pinang sedang berusaha mengumpulkan tandatangan bagi membolehkan mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan supaya usul tidak percaya boleh diluluskan ke atas pengerusinya, Datuk Teng Hock Nan.- BERNAMASukan Untuk Perpaduan

Di Malaysia, sukan yang pelbagai disertai oleh kaum yang berlainan.

Jelaskan tentang sukan untuk perpaduan.F1 berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologiF2 menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyatF3 penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentuF4 membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminatF5 di peringkat, sukan adalah aktiviti kokurikulumF6 penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia/MSSMF7 MSSM ditubuhkan di peringkat daerah/negeri/kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukanF8 mengadakan temasyan Sukan Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awalF9 kemudian, SUKMA mula diadakan setiap tahunF10 SUKMA jelas memainkan peranan mengeratkan perpaduan antara kaumF11 juga hubungan antara negeriF12 aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan