cadangan penggantian 1 lot solid state …marine21.marine.gov.my/appl/jpict/jpict022018/jpict...

15
Jabatan Laut Malaysia 1 CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE RADAR DI MENARA VTMIS KUALA KEDAH, KEDAH, JLWU. 1. TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan teknikal daripada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Jabatan Laut Malaysia bagi pelaksanaan projek ICT Jabatan Laut Malaysia selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 2015. 2. PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI Jabatan Laut Malaysia terdiri daripada Pejabat Ketua Pengarah dan lima (5) bahagian, iaitu: Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Hal-Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP) Bahagian Kawalan Industri (BKI) Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP) Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL) Pejabat Ketua Pengarah dan kelima-lima bahagian ini dibahagikan pula kepada unit-unit yang mempunyai fungsi tersendiri. Peranan dan tanggungjawab setiap fungsi berkenaan adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:- Fungsi Peranan dan Tanggungjawab Pejabat Ketua Pengarah Pejabat Ketua Pengarah Undang-undang Pembangunan Pentadbiran Pejabat Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Hal-ehwal undang-undang yang berkaitan dengan pengangkutan laut dan undang-undang lain yang berkaitan Pengurusan dan pemantauan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut di bawah RMKe -10

Upload: truongthien

Post on 09-Apr-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

1

CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE RADAR DI MENARA VTMIS KUALA KEDAH, KEDAH, JLWU.

1. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan teknikal daripada Jawatankuasa Pemandu ICT

(JPICT) Jabatan Laut Malaysia bagi pelaksanaan projek ICT Jabatan Laut Malaysia selaras dengan Surat

Pekeliling Am Bil.3 Tahun 2015.

2. PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI

Jabatan Laut Malaysia terdiri daripada Pejabat Ketua Pengarah dan lima (5) bahagian, iaitu:

Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Hal-Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP)

Bahagian Kawalan Industri (BKI)

Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP)

Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut (ILPPPL)

Pejabat Ketua Pengarah dan kelima-lima bahagian ini dibahagikan pula kepada unit-unit yang mempunyai

fungsi tersendiri. Peranan dan tanggungjawab setiap fungsi berkenaan adalah seperti dalam Jadual 1 di

bawah:-

Fungsi

Peranan dan Tanggungjawab

Pejabat Ketua Pengarah

Pejabat Ketua Pengarah

Undang-undang

Pembangunan

Pentadbiran Pejabat Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Hal-ehwal undang-undang yang berkaitan dengan pengangkutan laut dan undang-undang lain yang berkaitan Pengurusan dan pemantauan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut di bawah RMKe -10

Page 2: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

2

Fungsi

Peranan dan Tanggungjawab

Bahagian Khidmat Pengurusan

Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Kewangan & Akaun Amanah

Teknologi Maklumat & Kerajaan

Elektronik

Bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran kakitangan. Bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan projek-projek ICT Jabatan.

Bahagian Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

Pembangunan Pelaut

Peperiksaan & Perakuan Pelaut

Penilaian & Standard Latihan

Pengurusan Pelabuhan, Kargo & Barter Trade

Bertanggungjawab mengurus perkhidmatan untuk pelaut-pelaut dengan perancangan pembangunan dan program kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap dan teratur. Bertanggungjawab mengurus permohonan bagi tujuan peperiksaan, perakuan kekompetenan dan sijil-sijil kursus modular bagi pelaut-pelaut berdaftar di Malaysia serta urusan pelaut asing mengikuti pengajian di institusi latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Bertanggungjawab memastikan institusi latihan pelaut Malaysia dan pelaut-pelaut yang mengendalikan kapal yang berdaftar di Malaysia telah mencapai standard yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa. Bertanggungjawab mengurus dan memantau hal-ehwal berkaitan pelabuhan, jeti dan terminal termasuk perkhidmatan feri, kargo dan urusan perdagangan tukar barang di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia.

Bahagian Kawalan Industri

Penguatkuasaan Kod International Safety of Port and Ship (ISPS)

Pendaftaran Kapal

Pengurusan Keselamatan Kapal

Bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang di bawah Malaysia Shipping Ordinance (MSO), menyiasat kes pelanggaran kapal di perairan negara dan juga di luar negara yang melibatkan kapal Malaysia. Bertanggungjawab terhadap pendaftaran dan persijilan kapal-kapal yang mengibarkan bendera Malaysia dan pendaftaran bot-bot. Bertanggungjawab ke atas pemeriksaan keselamatan kapal-kapal Malaysia.

Page 3: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

3

Fungsi

Peranan dan Tanggungjawab

Akreditasi Kapal

Bertanggungjawab terhadap urusan pengeluaran sijil-sijil statutori bagi kapal-kapal Malaysia supaya berada dalam keadaan layak belayar dan mematuhi peraturan-peraturan Konvensi dan Bukan Konvensi

Bahagian Keselamatan Pelayaran

Perkhidmatan Traffik Maritim

Keselamatan Maritim (Hidro)

Bantuan Pelayaran

Kontigensi Maritim

Bertanggungjawab mengurus pengumpulan data dan statistik jumlah serta jenis kapal yang melalui Selat Melaka dan statistik mengenai kemalangan laut. Bertanggungjawab merancang dan melaksana ukur hidrografi dan mengurus aktiviti pengerukan. Bertanggungjawab menyelaras projek-projek pembinaan alat bantuan pelayaran dan menyenggara / membaikpulih alat bantuan pelayaran. Bertanggungjawab dalam latihan dan penyediaan kontigensi serta menyelaras penyiasatan kejadian pencemaran.

Institut Latihan Pentadbiran & Pengurusan Pengangkutan Laut

Khidmat Pengurusan

Pembangunan Latihan

Penyelidikan dan Pembangunan

Bertanggungjawab mengurus sumber manusia, kewangan, aset dan pusat sumber institut serta menyediakan sokongan dari aspek ICT dan sebagai pendaftar peserta kursus. Bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksana latihan yang berkenaan dengan kompetensi, peningkatan kemahiran, industri maritim dan teknikal antarabangsa. Bertanggungjawab dalam menjalankan dan menerbit hasil kajian serta merangka, mengurus dan mengendali latihan berbentuk simulator.

Jadual 1: Peranan dan Fungsi Utama Jabatan

Carta organisasi Jabatan Laut Malaysia adalah seperti di Lampiran 1.

Page 4: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

4

3. PELAN STRATEGIK ICT (ISP) DAN KEMUDAHAN SEDIA ADA

3.1 ISP Jabatan Laut Malaysia bagi tahun 2011 – 2015 telah siap dibangunkan pada bulan

November 2011 dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan

Malaysia.

3.2 Program ICT yang dicadangkan ini merupakan sebahagian daripada perancangan program-

program ICT yang digariskan di dalam ISP baru Jabatan iaitu melalui inisiatif Sistem Maklumat

Maritim Bersepadu (Malaysia Marine Department Information System - MMDIS), Jetty

Management System, Project Management System, Self-Service Kiosk dan Data Warehousing

/ Data Intelligence.

Gambarajah 1 : Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Jabatan Laut Malaysia 2011 - 2015

Page 5: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

5

3.3 Jumlah personel ICT di Jabatan Laut Malaysia adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah:-

Bil. Jawatan Gred Isi Kosong Jumlah

1. Pegawai Teknologi Maklumat F48 1 0 1

2. Pegawai Teknologi Maklumat F41 4 0 4

3. Pen. Pegawai Sistem Maklumat Kanan F32 2 0 2

4. Pen. Pegawai Sistem Maklumat F29 8 0 8

Jumlah 15 0 15

Jadual 2: Pengisian Jawatan Personel ICT Jabatan Laut Malaysia

4. RASIONAL YANG MEMBAWA KEPADA CADANGAN PROJEK ICT

4.1 Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah.

4.1.1 Tujuan

i. Mengoperasikan semula sistem radar di VTMIS Kuala Kedah untuk kegunaan :

a. Laluan trafik bagi keperluan kapal/Feri keluar-masuk di alur pelayaran utama

kawasan had perairan memerlukan VTMIS Kuala Kedah bertindak sebagai badan kawal selia yang mengawal dan menyelaras laluan trafik yang melibatkan persaingan semua pihak yang berkepentingan di laluan tersebut.

b. Memantau aktiviti-aktiviti di dalam had pelabuhan Kuala Kedah terutamanya melibatkan operasi Feri Penumpang, RoRo, Bot Agensi Kerajaan dan Bot Nelayan yang mana memudahkan pengurusan aliran trafik maritim. Serta pengurusan pemantauan bayaran dius api yang lebih sistematik.

ii. Berfungsi juga sebagai sistem sokongan (back-up) bagi area VTMIS Kuala Perlis dan

Kuah, Langkawi di mana jika berlaku kerosakan.

4.1.2 Latar Belakang

i. Pusat VTMIS di Kuala Kedah ketika ini mula beroperasi pada tahun 2015 bagi

memantau aliran trafik yang melalui alur pelayaran utama Kuala Kedah. Pemilikan aset peralatan, perkakasaan pemantauan dan radar adalah di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia.

ii. Memandangkan kepada peningkatan aktiviti di dalam had pelabuhan terutamanya bilangan trip feri, projek-projek pembangunan, mengakibatkan fokus harus diberikan terhadap operasi trafik di kawasan tersebut.

Page 6: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

6

iii. Peruntukkan bagi permohonan ini dalam proses melalui peruntukkan Akaun Amanah Dius Api.

4.1.3 Isu dan Cabaran

Antara isu-isu dan cabaran sedia ada yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

i. Pada tahun 2017 didapati lebih kurang 10 ribu trip feri/kapal yang melalui alur pelayaran utama Kuala Kedah.

ii. Pergerakkan kapal-kapal perlu di pantau bagi memastikan agar ianya sentiasa

selamat untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang akan mengakibatan kesan yang lebih besar terhadap pencemaran dan operasi trafik serta pengesahan pembayaran dius api.

iii. Pada ketika ini di Pusat VTMIS Kuala Kedah adalah hanya dapat melakukan pemantauan melalui software AIS sahaja.

iv. Berlaku 1 kejadian RoRo terkandas di alur masuk pelayaran Kuala Kedah pada awal tahun 2018.

4.1.4 Pendekatan / Penyelesaian

Antara pendekatan atau penyelesaian yang boleh diambil adalah seperti berikut:

i. Pengoperasian semula sistem radar VTMIS ini akan dapat meningkatkan lagi tahap

kecekapan operasi pemantauan pergerakkan keluar-masuk kapal di kawasan had pelabuhan Kuala Kedah di samping dapat menguruskan kelancaran trafik di kawasan berkenaan.

ii. Sistem radar VTMIS di Kuala Kedah akan memberikan keyakinan dan kelebihan kepada pihak operator VTMIS dari hanya bergantung pada software AIS sahaja.

iii. Sistem radar VTMIS juga boleh memantapkan aktiviti penguatkuasaan di dalam had pelabuhan di mana pengesanan dan proses mengumpul bahan bukti kesalahan menjadi lebih mudah terutamanya untuk kutipan dius api, tumpahan minyak dan kemalangan.

5. CADANGAN PROJEK ICT

Page 7: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

7

5.1 Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah

5.1.1 Keterangan projek/cadangan penyelesaian

(a) Nama projek ialah : Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah.

(b) Objektif projek adalah seperti yang berikut:

i. Mengoperasikan semula sistem radar di menara radar VTMIS bagi pemantauan dan kawalan pergerakan trafik maritim di alur pelayaran Kuala Kedah.

ii. Berfungsi juga sebagai sistem sokongan (back-up) jika Pusat VTMIS Kuala Perlis dan Langkawi.

(c) Tempoh siap : 6 minggu

(d) Ciri-Ciri: Kelvin Hughes Solid State Transceiver

DTX-A317-2664 SharpEye X Band + ZM-2664

DTX-A233 Power Unit Assembly X-Band

(e) Senarai Perolehan Perolehan yang dicadangkan sila rujuk Jadual B1.

(f) Pelan Pelaksanaan

Maklumat setiap fasa dan komponen di dalam Pelan Pelaksanaan adalah seperti yang terdapat dalam jadual di Lampiran 2.

(g) Aspek-aspek keselamatan ICT yang diambikira di dalam projek ini adalah seperti

yang terdapat dalam senarai di Lampiran 3.

(h) Kaedah Pelaksanaan projek ini adalah secara sebutharga .

(i) Anggaran kos projek adalah RM 500,000,00.

(j) Sumber peruntukan adalah daripada Peruntukan Lembaga Dius Api bagi Tahun 2018.

Page 8: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

8

6. Faedah jangka pendek dan jangka panjang projek ICT yang dicadangkan

6.1 Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah

6.1.1 Faedah jangka pendek

(a) Memperolehi sistem VTS atau pengurusan trafik maritim yang sistematik dan terkini.

(b) Memantapkan pemantauan dan kutipan dius api.

(c) Membantu untuk aktiviti penguatkuasaan Jabatan dengan lebih efisen.

(d) Menyediakan pengkalan data bagi maklumat rekod dan statistik.

6.1.2 Faedah jangka panjang

(a) Dapat menyumbang kepada persekitaran pelabuhan yang selamat dan kawalan trafik

maritim yang lancar bagi menyokong kemudahan-kemudahan pelabuhan dan aktiviti

sedia ada serta projek pembangunan yang dibangunkan kelak.

(b) Sistem VTMIS adalah dinamik dan mudah untuk dinaiktaraf bila diperlukan mengikut

keperluan semasa.

7. Maklumat Pegawai Untuk Dihubungi

7.1 Nama Pegawai Penyelaras: Mohammad Saifullah bin Yusoff

7.2 Jawatan: Pegawai Laut AL44(M)

7.3 No. Telefon: 04-6578494

7.4 No. Faks: 04-6575521

7.5 Alamat E-mel: [email protected]

Page 9: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Jabatan Laut Malaysia

9

Jadual B1

SENARAI PEROLEHAN ICT YANG DICADANGKAN

Tajuk Permohonan: Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah

BIL

ITEM

JUMLAH UNIT YANG

DIPERLUKAN

ANGGARAN KOS (RM)

JUMLAH ANGGARAN

KOS (RM)

A PERKAKASAN

SOLID STATE RADAR TRANCEIVER Kuantititi: 1 lot

- DTX-A317-2664 SHARPEYE X BAND + ZM-2664

- DTX-A233 POWER UNIT Assembly X-Band

- Installation and Configuration

1 500,000.00 500,000.00

JUMLAH BESAR 500,000.00

Page 10: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Lampiran B LAPORAN RINGKASAN PROJEK ICT

UNTUK PEROLEHAN YANG DILULUSKAN/DISELARASKAN DI PERINGKAT JPICT KEMENTERIAN/AGENSI Nama Agensi : Jabatan Laut Malaysia. Alamat : Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara 11700 Jalan Akuarium, Gelugor

Pulau Pinang

Bil Nama Jabatan/ Bahagian dan Alamat

Nama Projek Skop Projek Senarai Perolehan

Tujuan Perolehan Kos (RM) Tarikh Sokongan

JPICT Agensi

Tarikh Pelaksanaan

1.

Jabatan Laut Malaysia Wilayah Utara 11700 Jalan Akuarium, Gelugor Pulau Pinang.

Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah

Menggantikan sistem STATE RADAR TRANCEIVER di Pusat VTMIS Kuala Kedah

Seperti di dalam Jadual B1

Mengoperasikan semula sistem radar VTMIS bagi kemudahan menguruskan trafik maritim di dalam had pelabuhan Kuala Kedah.

500,000.00 2018

JUMLAH KESELURUHAN 500,000.00

Page 11: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Lampiran 1 – Carta Organisasi Jabatan Laut

KETUA PENGARAH LAUT

( Gred Utama ‘B’ )

TIMBALAN KETUA PENGARAH

LAUT

( Gred Utama ‘C’ )

BAHAGIAN KAWALAN INDUSTRI

PENGARAH BAHAGIAN

( PL / JL : A54 )

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAUT

& PELABUHAN

PENGARAH BAHAGIAN

( PL / JL : A54 )

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PENGARAH BAHAGIAN

( PL / JL : A54 )

PEJABAT KETUA PENGARAH

BAHAGIAN KAWALAN PELAYARAN

PENGARAH BAHAGIAN

( PL / JL : A54 )

INSTITUT PENTADBIRAN LATIHAN

& PENGURUSAN PENGANGKUTAN

LAUT ( ILPPPL )

PENGARAH BAHAGIAN

( PL / JL : A54 )

UNIT TEKNOLOGI

MAKLUMAT & EG

PTM : F48

UNIT PENGURUSAN

KEWANGAN & AKAUN

AMANAH

PL / JL : A48

UNIT PENTADBIRAN &

SUMBER MANUSIA

N48

UNIT PERANCANGAN

DASAR

PEMBANGUNAN

& A/BANGSA

PL / JL : A48

UNIT

PENGUATKUASAAN

PL /JL : A48

UNIT

KESELAMATAN

KAPAL

PL / JL : A48

UNIT

PENDAFTARAN

KAPAL

PL / JL : A48

UNIT PORT STATE

CONTROL

PL / JL : A48

UNIT

PEMBANGUNAN

PELAUT

PL / JL : A48

UNIT PEPERIKSAAN

KEJURUTERAAN

JL : A48

UNIT PEPERIKSAAN

PELAYARAN

PL / JL : A48

UNIT PENGURUSAN

PELABUHAN,KARGO

& BARTER TRADE

PL / JL : A48

UNIT BANTUAN

PELAYARAN

PL / JL : A48

UNIT KONTIGENSI

MARITIM

PL / JL : A48

UNIT

PERKHIDMATAN

TRAFIK MARITIM

PL / JL : A48

UNIT BANTUAN

PELAYARAN

PL / JL : A48

UNIT

PEMBANGUNAN

LATIHAN

PL / JL : A48

UNIT KHIDMAT

PENGURUSAN

N44

UNIT PENYELIDIKAN &

PEMBANGUNAN

PL / JL : A48

WILAYAH SELATAN

PENGARAH LAUT WILAYAH

PL / JL : A54

WILAYAH TENGAH

PENGARAH LAUT WILAYAH

PL / JL : A54

WILAYAH TIMUR

PENGARAH LAUT WILAYAH

PL / JL : A54

WILAYAH UTARA

PENGARAH LAUT WILAYAH

PL / JL : A54

JABATAN LAUT SABAH

PENGARAH LAUT WILAYAH

PL / JL : A54

WILAYAH PERSEKUTUAN

LABUAN & LCS

PENGARAH LAUT WILAYAH

PL / JL ; A54

JABATAN LAUT SARAWAK

PENGARAH LAUT SARAWAK

PL / JL : A54

Page 12: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Lampiran 2 Pelan Pelaksanaan Tempoh projek = 6 minggu

Aktiviti/Minggu M1 M2 M3 M4 M5 M6

1. Mula projek / Dokumentasi / Perjanjian

2. Kerja-kerja mengeluarkan SSR yang lama

3. Kerja-kerja persediaan, pemasangan SSR yang baru

4. Kerja-kerja konfigurasi dan integrasi sistem VTMIS, 1AISNet system, Jabatan laut network

5. Kerja-kerja akhir / pembersihan ruang kerja / system customzation

6. Site Acceptance Test

Petunjuk: M = Minggu

Page 13: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap

Lampiran 3

ASPEK-ASPEK KESELAMATAN ICT

Memastikan semua perolehan aset ICT dikenal pasti, dikelas, didokumen, diselenggara dan dilupuskan apabila tiba masanya. Maklumat aset direkod dan dikemaskini dalam Kad Daftar Harta Modal dan Inventori sebagaimana mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA);

Semua perolehan peralatan yang digunakan secara berterusan akan diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai pengudaraan (air ventilation) yang sesuai;

Media-media storan akan dipastikan berada dalam keadaan yang baik, selamat, terjamin kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan untuk digunakan.

Sumber data atau server, peralatan komunikasi dan storan akan ditempatkan di pusat data, bilik server atau bilik khas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk sistem pencegah kebakaran;

Akses ke Sumber data atau server adalah terhad kepada warga Jabatan Laut yang telah diberi kuasa sahaja dan dipantau pada setiap masa;

Penggunaan kata laluan untuk akses ke sistem aplikasi adalah diwajibkan. Sistem yang dibangunkan akan mempunyai kemudahan menukar kata laluan oleh pengguna;

Sebarang akses ke sistem aplikasi atau server akan direkodkan ke dalam log file;

Pengkalan Data di dalam server utama akan melakukan duplikasi rekod kepada server-server sokongan;

Sebarang penyelenggaraan samada terhadap sistem aplikasi atau perkakasan akan dipantau dan direk

Page 14: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap
Page 15: CADANGAN PENGGANTIAN 1 LOT SOLID STATE …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT022018/JPICT 2-10...kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap