marine21.marine.gov.mymarine21.marine.gov.my/appl/jpict/jpict032018/agenda4... · web...

17
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT MESYUARAT JPICT BIL 02/2018 BERTARIKH 15 MEI 2018 AGENDA/ PARA PERKARA/KEPUTUSAN 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.4 YBhg. Dato’ Pengerusi meminta pihak Jabatan mendapatkan maklumat dan ulasan daripada semua pihak termasuk kakitangan Jabatan dan orang awam berkaitan perkhidmatan feri dan seterusnya mengambil tindakan bagi meningkatkan perkhidmatan dan imej Jabatan. Tindakan : Pengarah-Pengarah Wilayah Status/Maklumbalas: Tn Hj Wan Endok ~ JLW Timur JLWT telah merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang dalam memastikan perkhidmatan dan kualiti feri yang beroperasi di Terminal Penumpang Tekek, Pulau Tioman, Terminal Penumpang Tanjung Gemok, Pahang, Teri dan Terminal Penumpang Syahbandar Terengganu berada di paras optimum. On Time Performance (OTP) bagi perkhidmatan feri akan dipantau bagi memastikan capaian minimum 85%. Pemeriksaan Flag State Control juga akan dijalankan secara berkala sekurang-kurangnya sekali bagi tempoh 6 bulan bagi setiap feri. Pematuhan kepada Garis Panduan Keselamatan Feri (GPKF) oleh operator feri yang pada masa ini berdasarkan voluntary basis akan ditukar kepada mandatori bermula pada 1 Januari 2019. Syarat pematuhan kepada GPKF ini juga akan dijadikan syarat wajib bagi operator feri yang ingin beroperasi di Wilayah Timur. Bagi pelan jangka panjang, JLWT mencadangkan feri yang asalnya beroperasi di sungai-sungai di Sarawak di tamatkan perkhidmatan setelah mencapai tempoh perkhidmatan 5 tahun dengan operator yang sama atau bagi operator feri baru selewat-lewatnya pada 31 Disember 2022. Dasar/polisi ini perlu diselaraskan bagi kesemua negeri agar feri jenis ini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi selepas tempoh terakhir yang ditetapkan. Tempoh yang ditetapkan ini juga perlu mengambil kira aspek komersial syarikat yang beroperasi agar tiada isu berbangkit oleh operator feri. Selain Mukasurat 1 / 17

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT MINIT MESYUARAT JPICT BIL 02/2018BERTARIKH 15 MEI 2018

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.4 YBhg. Dato’ Pengerusi meminta pihak Jabatan mendapatkan maklumat dan ulasan daripada semua pihak termasuk kakitangan Jabatan dan orang awam berkaitan perkhidmatan feri dan seterusnya mengambil tindakan bagi meningkatkan perkhidmatan dan imej Jabatan.

Tindakan : Pengarah-Pengarah Wilayah

Status/Maklumbalas:

Tn Hj Wan Endok ~ JLW Timur

JLWT telah merangka pelan jangka pendek dan jangka panjang dalam memastikan perkhidmatan dan kualiti feri yang beroperasi di Terminal Penumpang Tekek, Pulau Tioman, Terminal Penumpang Tanjung Gemok, Pahang, Teri dan Terminal Penumpang Syahbandar Terengganu berada di paras optimum. On Time Performance (OTP) bagi perkhidmatan feri akan dipantau bagi memastikan capaian minimum 85%.

Pemeriksaan Flag State Control juga akan dijalankan secara berkala sekurang-kurangnya sekali bagi tempoh 6 bulan bagi setiap feri. Pematuhan kepada Garis Panduan Keselamatan Feri (GPKF) oleh operator feri yang pada masa ini berdasarkan voluntary basis akan ditukar kepada mandatori bermula pada 1 Januari 2019. Syarat pematuhan kepada GPKF ini juga akan dijadikan syarat wajib bagi operator feri yang ingin beroperasi di Wilayah Timur.

Bagi pelan jangka panjang, JLWT mencadangkan feri yang asalnya beroperasi di sungai-sungai di Sarawak di tamatkan perkhidmatan setelah mencapai tempoh perkhidmatan 5 tahun dengan operator yang sama atau bagi operator feri baru selewat-lewatnya pada 31 Disember 2022. Dasar/polisi ini perlu diselaraskan bagi kesemua negeri agar feri jenis ini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi selepas tempoh terakhir yang ditetapkan. Tempoh yang ditetapkan ini juga perlu mengambil kira aspek komersial syarikat yang beroperasi agar tiada isu berbangkit oleh operator feri. Selain daripada itu, penetapan keperluan teknikal minimum bagi aspek keselesaan penumpang juga perlu diambil kira selain aspek keselamatan feri yang telah sedia ada.

Syarikat operator feri yang beroperasi juga digalakkan menggunakan aplikasi e-tiket bagi urusan penjualan tiket secara dalam talian (online) dan perlu diwajibkan penggunaan e-tiket ini kepada operator feri pada tahun ketiga operasi. Bon pelaksanaan juga boleh dikenakan kepada operator feri bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna tidak terabai dan bon tersebut boleh dipotong (denda) sekiranya operator feri gagal mematuhi syarat perkhidmatan sebagai contoh kegagalan mematuhi OTP yang ditetapkan.

Mukasurat 1 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

Tuan Haji Dickson ~ JLW Selatan

JLM Wilayah Selatan secara dasarnya telah bersetuju supaya Syarikat Catafery beroperasi secara ujian daripada Terminal Penumpang Mersing, Johor ke Pulau Tioman, Pahang sehingga Disember 2018. Pihak syarikat telah berjumpa Jabatan ini pada 23 Julai 2018 bagi membincangkan kebolehoperasian kapal mereka di Mersing. Namun demikian, pihak syarikat masih tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Bahagian HEPP JLM Wilayah Selatan.

Untuk makluman ahli mesyuarat, Syarikat Catafery menawarkan perkhidmatan feri premium dimana tempahan tiket boleh dibeli secara atas talian, menawarkan tempat duduk yang besar, ruang beg di atas (seperti kapal terbang, makanan ringan dengan layanan stewardess dan lain-lain lagi). Dengan adanya feri ini, bakal penumpang boleh memilih feri berdaftar premium yang selesa dengan kadar tambang yang lebih mahal atau feri berpendaftaran TCR yang lebih murah. Dalam masa yang sama, BKI JLM Wilayah Selatan sentiasa menjalankan pemeriksaan tahunan feri-feri yang berpendaftaran TCR ini dan telah memaklumkan kepada pihak operator feri supaya keselesaan penumpang perlu ditingkatkan dan akan diberi perhatian sepenuhnya semasa pemeriksaan sijil penumpang yang terdekat bagi semua feri.

Maklumat dan ulasan berkaitan perkhidmatan feri di Terminal Stulang Laut Johor Bahru.

1.Maklumat yang di terima dari pihak Berjaya Waterfront dan Pengusaha Bot  menyatakan Pihak JLWS telah menjalankan tugasan dengan baik dan memuaskan seperti :

a. Menjalankan PSC dengan baik, mengikut masa dan memberi panduan yang telah di tetapkan.

b. Menjalankan tugas pengawasan dan keselamatan penumpang semasa cuti sekolah, perayaan dan pengawasan berkala.

c. Memudahkan urusan keluar/masuk dengan menggunakan sistem SCS untuk mendapatkan port clearance.

d. Memberi jadual pelayaraan degan masa yang memuaskan.e. Pihak JLWS, Imigration dan Kastam berkerjasama bagi memudahkan

segala urusan yang berkaitan.f. Perhubungan di antara Pihak JLWS, Berjaya Waterfront dan Pengusaha

Bot amat baik dan sentiasa memberi pandangan bagi meningkat mutu perkhidmatan yang baik.

 2.Kemudahan Awam.

a. Kaunter tiket dan ruang menunggu memuaskan (Berhawa Dingin).b. Bilik air dan tandas baik.c. Kedai makanan yang baik dan bersih.d. Kawasan parking Kenderaan di sediakan .e. Kemudahan kenderaan Awam -Teksi

Mukasurat 2 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

f. Keselamatan Pengguna selamat- Kawalan Polis Bantuang. Tiada rungutan dan tidak kepuasan yang di terima dari orang awam.

  

Maklumat dan ulasan berkaitan perkhidmatan feri di Pejabat Laut Mersing.

Untuk makluman, Pejabat ini sentiasa mengambil berat akan pengoperasian feri di Mersing dengan mewujudkan kawalan penumpang melalui sistem boarding pass,pengumuman ketibaan dan perlepasan feri melalui medan siaraya,menambahbaik ruangan penumpang dan balai berlepas di jeti Jabatan Laut Mersing. Pejabat ini juga ada menyediakan borang aduan dari penumpang @ orang awam yang menggunakan perkhidmatan feri. Setelah kawalan sebagaimana di atas dilakukan didapati tiada lagi menerima apa - apa aduan melalui borang @ email dari pengguna feri.

Pejabat ini juga mencadangkan agar kempen-kempen kesedaran ke atas penumpang dan semua pengusaha feri kerap di adakan agar pengguna dan pegusaha feri lebih mengambil berat berkaitan keselamatan,disamping itu koloberasi dengan agensi lain seperti APMM,Polis Marin,Taman Laut Malaysia dan Taman Laut Sultan Iskandar, Program-program sebegitu juga akan menaikkan imej Jabatan.

En Norjipin ~ JLW Sabah

Di Sabah, Jabatan Laut hanya terlibat dalam pelepasan feri untuk memastikan feri tidak mengambil lebih penumpang dan semua sijil-sijil statutori masih sah laku.  Terminal dan kebenaran feri beroperasi di terminal-terminal feri adalah dibawah bidang kuasa agensi Kerajaan Negeri. Walaubagaimana pun kakitangan JL sentiasa terbuka untuk menerima sebarang aduan awam berkaitan perkhidmatan feri di Sabah. 

1.7 YBhg. Dato’ Pengerusi meminta UTMKE dan UPKAA dapat melihat perkhidmatan Jabatan di jeti dan seterusnya dapat memberi cadangan projek-projek pembangunan bagi menyumbang kepada peningkatan tahap kecekapan perkhidmatan pengurusan Jabatan yang berkesan pada masa hadapan. Sebagai contoh bekerjasama dengan pihak feri bagi melaksanakan pembelian tiket feri secara online seperti mana yang telah dilaksanakan oleh pihak feri di Wilayah Utara seperti Langkawi.

Tindakan : UTMKE, UPKAA

Status/Maklumbalas:

Satu perbincangan perlu dibuat dengan Bahagian HEPP untuk perancangan jangka masa pendek/panjang bagi penyediaan perkhidmatan Jabatan di jeti. Perancangan yang melibatkan Teknologi / IoT (Internet of Things) yang sesuai boleh dimasukkan dalam PS ICT JLM akan datang.

Mukasurat 3 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

4.0 PERKARA BERBANGKIT

4.1

4.1.2

PERUTUSAN PENGERUSI

Sesi pengkongsian ilmu

UPSM mengambil maklum mengenai perkara ini dan tindakan yang sewajarnya akan diambil. Walau bagaimanapun dalam hal ini, kerjasama dan komitmen pegawai adalah diperlukan supaya program yang dirancang berjalan lancar.

YBhg. Dato’ Pengerusi mencadangkan sesi perkongsian ilmu ini dilaksanakan selepas perhimpunan pagi di setiap wilayah bermula daripada graduan DIPMO.

Tindakan : UPSM

Status/Maklumbalas:

Sesi perkongsian ilmu belum lagi dilaksanakan dan mengikut perancangan UPSM, sesi itu akan diadakan dalam perhimpunan pagi bulan September 2018. Untuk sesi yang pertama ini, seorang bekas graduan DIPMO yang dipilih akan menyampaikan perkongsian ilmu mengenai kursus tersebut dari sudut positif, negatif (jika ada) dan cadangan penambahbaikan.

4.2

4.2.2

PELAN STRATEGIK TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) JLM

Dato’ Pengerusi meminta diadakan satu sesi taklimat organisasi baru di peringkat atasan untuk menentukan hala tuju Jabatan dengan mengambil kira sasaran untuk dicapai, inisiatif, strategi, kaedah pelaksanaan dan sebagainya serta Malaysia Shipping Master Plan (MSMP). YBhg. Dato’ Pengerusi meminta KPP UPSM membawa perkara ini kepada Dato’ KP untuk dibincangkan.

Tindakan : UPSM

Status/Maklumbalas:

Satu memo rujukan IPL 2607 Jld.2(29) bertarikh 06 Ogos 2018 telah dihantar kepada Pengarah ILPL bagi tujuan menyelaras Bengkel Penyediaan Pelan Strategik Jabatan Laut Malaysia yang turut merangkumi PSTM JLM.

4.3

4.3.3

KERTAS CADANGAN SEWAAN KOMPUTER, NOTEBOOK DAN PENCETAK UNTUK JABATAN LAUT MALAYSIA

Kertas Cadangan Sewaan Perkakasan dan Perisian ICT di bawah pembiayaan Wang Amanah Dius Api yang melibatkan wilayah-wilayah di Semenanjung dan Labuan telah dibentangkan semasa Mesyuarat Lembaga Dius Api (LDA) Ke-203 pada 13 Mac 2018. Mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan tersebut yang

Mukasurat 4 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

melibatkan skop bagi kegunaan kakitangan LDA dan kerja-kerja kutipan hasil dan kewangan yang berkaitan LDA, kegunaan pool di Unit Teknologi Maklumat & Kerajaan Elektronik (UTMKE), kegunaan makmal komputer di Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL), kegunaan kakitangan Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP) dan juga untuk kegunaan sistem Automatic Identification System (AIS).

Manakala untuk kegunaan lain-lain bahagian, Mesyuarat LDA Ke-203 telah meminta agar keperluan tersebut dibiayai di bawah peruntukan Belanja Mengurus Persekutuan (RM 1 juta), termasuk keperluan Wilayah Sabah dan Sarawak dan seterusnya dibentangkan semula pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Pengangkutan akan datang.

Permohonan di Para 4.3.2 akan dibentangkan terlebih dahulu di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Kementerian yang dijadualkan akan diadakan pada 17 Mei 2018 sebelum dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Pengangkutan.

Tindakan : UTMKE

Status/Maklumbalas:

Sewaan Perkakasan Dan Perisian ICT Untuk Lembaga Dius Api, Jabatan Laut Malaysia

Laporan Penilaian Tender IPL 18/2018 – Sewaan Perkakasan dan Perisian ICT Untuk Lembaga Dius Api, Jabatan Laut Malaysia telah dibentangkan dan diluluskan semasa Mesyuarat Lembaga Dius Api (LDA) Ke-207 pada 27 Julai 2018. Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 31 Julai 2018 dengan kos kontrak sebanyak RM 2,350,560.00 dengan tempoh sewaan selama 5 tahun. Mesyuarat Pertama projek telah diadakan pada 20 Ogos 2018.

Sewaan Komputer dan Pencetak Bagi Wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak, Jabatan Laut Malaysia

Kertas cadangan ini telah dibentangkan semula dan diperakukan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) Kementerian Pengangkutan Bil. 2/2018 dan telah diluluskan melalui Minit Bebas bertarikh 15 Mei 2018. Mesyuarat Contract Coordination Planner, Kementerian Pengangkutan yang telah diadakan pada 16 Ogos 2018 telah bersetuju untuk membenarkan JLM melaksanakan proses tender terbuka bagi perolehan ini.

4.4 ISU WIFI DI IPL

4.4.2 Proof of Concept (POC) telah dilaksanakan bermula bulan Februari sehingga kini yang melibatkan 2 unit Access Point iaitu di Blok C1 dan Blok B1. Hasil daripada POC tersebut Wi-fi berjalan dengan lancar dan stabil.

Pihak TM telah memaklumkan bahawa pemasangan wi-fi di Ibu Pejabat Laut (IPL) dijangka akan dilaksanakan pada bulan Jun 2018 merangkumi

Mukasurat 5 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

keseluruhan Ibu Pejabat Laut mengikut bilangan unit Access Point yang telah dipersetujui oleh TM dan UTMKE.

Tindakan : UTMKE

Status/Maklumbalas:

Pemasangan wi-fi di Ibu Pejabat Laut telah selesai dilaksanakan oleh pihak TM pada 3 Ogos 2018.

4.5 LAPORAN PROJEK MALAYSIA MARINE DEPARTMENT INFORMATION SYSTEM (MMDIS)

4.5.1 Senarai Permohonan Perubahan Office Automation (OA) :-

4.5.1.1 OA (CR-010): Pencetak Passbook Warna;4.5.1.2 OA (CR-011): Notebook4.5.1.3 OA (CR-012) : UPS4.5.1.4 OA (CR-013): Barcode Dan MRZ Reader;4.5.1.5 OA (CR-014): Pengimbas;4.5.1.6 OA (CR-015): Kamera Digital; dan4.5.1.7 OA (CR-016): Smart Card Reader

Mesyuarat dimaklumkan kesemua tujuh (7) permohonan perubahan OA telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MMDIS Bil 2/2018 dan telah dibentangkan untuk kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu MMDIS Bil 1/2018. Kertas taklimat telah disediakan dan diserahkan kepada Unit Perolehan untuk dibawa ke Mesyuarat Lembaga Perolehan B MOT.

Tindakan : JK Teknikal Projek MMDIS

Status/Maklumbalas:

Permohonan tersebut telah dibincangkan semasa Mesyuarat Lembaga Perolehan Kementerian Pengangkutan Malaysia Bil. 1/2018 pada 20 Julai 2018. Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk:

i. Meluluskan permohonan Perubahan Kontrak No. 2 bagi projek ini tanpa pertambahan kos.

ii. Permohonan rayuan pembayaran tidak dipertimbangkan dan pembayaran hendaklah dilaksanakan mengikut Jadual Pembayaran seperti dalam Perjanjian.

4.6 PEMBENTANGAN KERTAS

4.6.1 Kertas Cadangan Membekal, Memasang, Memindah, Menyusun Atur Semula, Mengkonfigurasi, Menguji Dan Mentauliah Rangkaian Setempat (LAN) Dan

Mukasurat 6 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

Menaiktaraf Sistem IP Telephony Bagi Ibu Pejabat, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak.

Mesyuarat dimaklumkan sebutharga dilaksanakan melalui ePerolehan online. Sebutharga telah diiklankan bertarikh 16 April 2018 dan lawatan tapak dilaksanakan pada 23 April 2018. Sebutharga telah pun ditutup pada 30 April 2018 dan dibuka pada 2 Mei 2018 oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga. Status terkini adalah masih menunggu laporan penilaian daripada Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan.

Tindakan : JLW Sarawak

Status/Maklumbalas:

Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 17 Julai 2018 kepada pembekal yang berjaya iaitu Smart PC Enterprise. Tempoh penyempurnaan kerja siap adalah dalam tempoh 16 minggu, dan jangkaan tarikh siap pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan LAN (rangkaian setempat) dan sistem IP Telephony adalah selewat-lewatnya 26 Oktober 2018. Kos keseluruhan sebutharga adalah RM280,000.00

4.7 HAL-HAL LAIN

4.7.1 Isu Langganan KR-CON

Tempoh langganan Software KRCON akan tamat pada 30 Jun 2018. Unit Akreditasi Kapal (UAK), BKI dalam proses melaksanakan bayaran secara remittance kepada pihak Korean Registry (KR) untuk memperbaharui langganan software KRCON sehingga bulan Jun 2019.

Tindakan : Unit Akreditasi Kapal

Status/Maklumbalas:

Dua (2) unit pembaharuan USB KRCON dan 5 ID KRCON telahpun diperolehi pada 18 Julai 2018. ID yang dibekalkan sah sehingga 30 Jun 2019 dan ia dibekalkan secara percuma oleh pihak KR Registry tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada pihak JLM. Oleh itu, isu langganan KRCON ini telah selesai.

4.7.4 Penggunaan Media Sosial

Capaian ke media sosial telah dibuka untuk tempoh dari 22 Februari 2018 sehingga 3 Mac 2018. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada laporan yang dikemukakan oleh pihak TM, didapati ianya tidak memberi impak yang besar / ketara terhadap penggunaan bandwidth rangkaian JLM 1*Network.

Sehubungan itu, cadangan untuk membenarkan capaian ke media sosial bagi tempoh-tempoh tertentu masih boleh dipertimbangkan (jika perlu), seperti berikut:

Mukasurat 7 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

Masa A: 7.00 pagi hingga 8.00 pagi (Ahad – Jumaat)Masa B: 1.00 petang hingga 2.00 petang (Ahad – Jumaat)Masa C: 5.00 petang hingga 7.00 petang (Ahad – Jumaat)Masa D: 12.15 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat sahaja)

Namun demikian, cadangan untuk membenarkan capaian ke media sosial sepanjang masa waktu bekerja adalah tidak digalakkan bagi memberikan keutamaan kepada penggunaan sistem-sistem Jabatan atau urusan-urusan rasmi seperti e-mel yang lebih penting.

Mesyuarat seterusnya bersetuju memperaku dan meluluskan dengan cadangan tempoh masa capaian ke media sosial seperti yang dibentangkan.

Tindakan : UTMKE

Status/Maklumbalas:

Konfigurasi capaian ke media sosial telah selesai dilaksanakan pada 21 Julai 2018. Sehubungan itu, warga Jabatan adalah dibenarkan untuk membuat capaian ke Facebook, Twitter dan Youtube menggunakan talian internet Jabatan tertakluk kepada ketetapan masa seperti yang telah diluluskan:

Masa A: 7.00 pagi hingga 8.00 pagi (Ahad – Jumaat)Masa B: 1.00 petang hingga 2.00 petang (Ahad – Jumaat)Masa C: 5.00 petang hingga 7.00 petang (Ahad – Jumaat)Masa D: 12.15 tengahari hingga 2.45 petang (Jumaat sahaja)

10.0 PEMBENTANGAN KERTAS

10.1 Kertas Cadangan Teknikal Memperbaharui Kontrak Penyewaan Perkhidmatan Kontrak Bagi Service Provider Dan Application Service Provider Bagi Perkhidmatan Long Range Identification Tracking (LRIT) of Ships Jabatan Laut Malaysia Secara Rundingan Terus Dengan Telekom Malaysia.

YBhg. Dato’ Pengerusi meminta En. Hairizam untuk menyemak semula spesifikasi teknikal 3 unit LRIT Monitoring Workstation kerana di dalam cadangan teknikal yang dibentangkan menggunapakai sistem pengoperasian Windows XP Pro iaitu sistem pengoperasian yang bukan terkini. Selain itu En. Hairizam juga diminta untuk memastikan skop kontrak dimasukkan terma latihan. Mesyuarat seterusnya bersetuju memperaku dan meluluskan kertas cadangan teknikal yang dibentangkan dengan memasukkan perkara pindaan yang diminta.

Tindakan : Unit Perkhidmatan Maritim (VTS)

Status/Maklumbalas:

Kertas cadangan ini telah dibentangkan semasa Mesyuarat JPICT MOT Bil.

Mukasurat 8 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

2/2018 pada 14 Ogos 2018 yang lepas. Mesyuarat seterusnya bersetuju meluluskan kertas cadangan ini dengan anggaran kos berjumlah RM 8,975,000.00 secara Tender Terbuka.

10.2 Kertas Cadangan Teknikal Supply, Upgrade, Corrective & Preventive Maintenance Of Malaysia Marine Electronic Highway (MEH) Data Centers for The Light Dues Board, Malaysia Marine Department.

YBhg. Dato’ Pengerusi meminta En. Hairizam untuk mengemaskini kertas cadangan ini mengikut format yang telah ditetapkan sebelum ianya dibentangkan di peringkat JPICT MOT. Mesyuarat seterusnya bersetuju memperaku dan meluluskan kertas cadangan teknikal yang dibentangkan dengan memasukkan perkara pindaan yang diminta.

Tindakan : Unit Keselamatan Maritim (Hidrografi)

Status/Maklumbalas:

Kertas cadangan ini telah dibentangkan semasa Mesyuarat JPICT MOT Bil. 2/2018 pada 14 Ogos 2018 yang lepas. Mesyuarat seterusnya bersetuju meluluskan kertas cadangan ini dengan kos RM 7,500,000.00 menggunakan peruntukan Lembaga Dius Api untuk tempoh lima (5) tahun.

10.3 Kertas Cadangan Teknikal Membekal Yuran Langganan Termasuk GNSS Receiver Penentuan Kedudukan (Laut) Dan GNSS RTK Receiver (Darat) Di Unit Keselamatan Maritim, Bahagian Keselamatan Pelayaran, Jabatan Laut Malaysia.

En. Yusof diminta untuk mengemaskini dengan lebih terperinci kertas cadangan ini. YBhg. Dato’ Pengerusi seterusnya meminta En. Yusof membentangkan semula kertas cadangan teknikal ini pada mesyuarat JPICT Jabatan yang akan datang.

Tindakan : Unit Keselamatan Maritim (Hidrografi)

Status/Maklumbalas:

Kertas kerja ini akan dibentangkan dalam AGENDA 9.3

10.4 Kertas Cadangan Teknikal Cadangan Penggantian 1 lot Solid State Radar di Menara VTMIS Kuala Kedah, Kedah.

YBhg. Dato’ Pengerusi meminta En. Mohammad Saifullah untuk mengemaskini kertas cadangan ini dengan melampirkan surat rasmi atau sijil-sijil yang berkaitan sebagai bukti kerosakan Solid State Radar. Mesyuarat seterusnya bersetuju memperaku dan meluluskan kertas cadangan teknikal yang dibentangkan dengan memasukkan perkara pindaan yang diminta.

Tindakan : JLW Utara

Mukasurat 9 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

Status/Maklumbalas:

Pihak Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi telah memasukkan maklumat dan dokumen sokongan di dalam sistem e-Perolehan. Seterusnya proses iklan akan dijalankan dalam masa terdekat ini.

Berikut turut dilampirkan surat daripada Syarikat Green Finder Sdn Bhd, sebagai bukti kepada kerosakan Solid State Radar.

Mukasurat 10 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

11.0 LAPORAN IMPAK PROJEK ICT YANG TELAH SELESAI DILAKSANAKAN

11.2 Pemasangan Sistem Kedatangan Biometrik Di Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP) Ibu Pejabat Laut (IPL).

Wakil Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran memaklumkan bahawa Unit VTS pada masa ini menggunapakai sistem kedatangan biometrik dan sistem kedatangan secara manual untuk kegunaan tuntutan kerja lebih masa. Kakitangan membuat aduan maklumat di dalam sistem kedatangan biometrik

Mukasurat 11 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

tidak lengkap dan menyebabkan dokumen tuntutan kerja lebih masa menggunakan sistem kedatangan biometrik tidak diterima oleh UPKAA.

YBhg. Dato’ Pengerusi meminta UTMKE untuk menyemak dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Tindakan : UTMKE

Status/Maklumbalas:

Terdapat kekangan pada sistem untuk merekodkan waktu shift yang berubah-ubah terutamanya jika terdapat penggantian kakitangan VTS diluar waktu shift.

12.0 HAL-HAL LAIN

12.1 KPI Set Data Terbuka Sektor Awam

20 set telah dimajukan kepada MOT dan selebihnya akan dimajukan secara berperingkat sehingga selesai pada penghujung Mei 2018. YBhg. Dato’ Pengerusi meminta UTMKE memaklumkan kepada semua bahagian yang terlibat dalam perkongsian data untuk dijadikan set data terbuka yang dimajukan MOT. Seterusnya mesyuarat bersetuju dengan pembentangan set data terbuka Jabatan yang telah dimajukan kepada MOT.

Tindakan : UTMKE

Status/Maklumbalas:

UTMKE telah memaklumkan kepada semua bahagian yang terlibat dalam dataset perkongsian data pada 20 Ogos 2018 melalui emel.

12.2 Pembangunan MOBILE APPS

Mesyuarat dimaklumkan bahawa JLM diminta untuk menyediakan 1 daripada 10 sistem Mobile Apps yang merupakan KPI KSU MOT. UTMKE mencadangkan Pendaftaran Shipper akan dibangunkan secara mobile apps merangkumi proses permohonan, melulus dan menyemak. Buat masa ini Jabatan mempunyai 2 sistem mobile apps iaitu Sistem Pendaftaran Shipper dan Sistem Kedatangan Biometrik IPL. Manakala untuk projek MMDIS, sebanyak 20 modul yang akan dibangunkan secara mobile apps.

UTMKE memaklumkan Pendaftaran Shipper antara sistem yang kritikal di mana terdapat 18,000 permohonan pada tahun 2016 dan tempoh sah laku adalah selama 2 tahun.

YBhg. Dato’ Pengerusi mencadangkan kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan untuk mengadakan taklimat organisasi baru di Ibu Pejabat Laut bagi mengenalpasti bahagian/unit yang bertanggungjawab di dalam

Mukasurat 12 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

menguruskan Pendaftaran Shipper kerana pada masa ini Pendaftaran Shipper adalah di bawah seliaan Unit Pengurusan Pelabuhan, Kargo dan Barter Trade.

Tindakan : KPP UPSM

Status/Maklumbalas:

Taklimat organisasi baru di Ibu Pejabat Laut telah diadakan pada 24 April 2018. Disamping itu, dua (2) siri mesyuarat telah diadakan yang melibatkan Pengarah Bahagian dan Pengarah Wilayah bagi membincangkan carta fungsi bagi struktur organisasi yang baru. Satu jawatankuasa kerja juga telah dibentuk untuk mengkaji dan menambahbaik carta fungsi berkenaan. Hasilnya, carta fungsi yang dicadangkan oleh jawatankuasa kerja itu telah diedarkan kepada semua Pengarah Bahagian/Wilayah untuk ulasan.

Berhubung dengan isu Pendaftaran Shipper ia boleh dilaksanakan samada oleh Bahagian Kawalan Industri Maritim atau Bahagian Pendaftaran Kapal.

12.4 e-Filing

Wakil Pengarah Bahagian Kawalan Industri memaklumkan bahawa JLM diminta oleh MOT untuk membuat peraturan berkaitan e-Filing untuk digazetkan membabitkan maklumat pemilik kapal kerana ianya melibatkan akta.

YBhg. Dato’ Pengerusi meminta beliau mengenalpasti punca kuasa peraturan yang hendak dibuat kerana UTMKE akan menyediakan platform bagi tujuan tersebut. Beliau diminta untuk membuat peraturan dan mengemukakan kertas cadangan teknikal untuk membangunkan e-filing jika terdapat keperluan tersebut.

Tindakan : Unit Pendaftaran Kapal

Status/Maklumbalas:

Punca kuasa berkenaan Electronic Filing of Documents dinyatakan dalam Seksyen 68H, Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017. Perbincangan awal telah dibuat bersama pihak UTMKE (En. Azizul Halimi) dan mesyuarat bersama dengan Bahagian lain yang terlibat dengan aktiviti MMDIS yang akan diadakan dalam masa terdekat. Unit Pedaftaran Kapal (UPK) telah menyediakan deraf awal peraturan berkaitan untuk dibincangkan.

12.8 Sistem Long Distance Learning di ILPL

Pengarah ILPL memaklumkan bahawa ILPL akan menerima sistem Long Distance Learning daripada pihak Jepun dan meminta pandangan samada perlu dibentangkan di peringkat JPICT Jabatan.

UTMKE memaklumkan bahawa ianya perlu dibentangkan ke Mesyuarat JPICT Jabatan sebagai makluman. Manakala UPA memaklumkan sekiranya melibatkan aset, ianya perlu dibawa ke peringkat MOT untuk kelulusan.

Mukasurat 13 / 14

AGENDA/ PARA

PERKARA/KEPUTUSAN

Tindakan : ILPL

Status/Maklumbalas:

Pihak Jepun masih dalam peringkat pembangunan reka bentuk dan belum memperolehi spesifikasi muktamad.

Mukasurat 14 / 14