kertas cadangan memperbaharui kontrak 2-10-1... · pdf filekertas cadangan memperbaharui...
Post on 08-Apr-2019
400 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
KERTAS CADANGAN MEMPERBAHARUI KONTRAK PENYEWAAN PERKHIDMATAN KONTRAK BAGI SERVICE PROVIDER DAN APPLICATION
SERVICE PROVIDER BAGI PERKHIDMATAN LONG RANGE IDENTIFICATION TRACKING (LRIT) OF SHIPS JABATAN LAUT MALAYSIA SECARA RUNDINGAN
TERUS DENGAN TELEKOM MALAYSIA
1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan teknikal daripada
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi
pelaksanaan projek ICT Jabatan Laut Malaysia selaras dengan Surat Pekeliling Am
Bil.1 Tahun 2009.
2. PERANAN DAN FUNGSI ORGANISASI
Jabatan Laut Malaysia terdiri daripada Pejabat Ketua Pengarah dan lima (5)
bahagian, iaitu:
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Hal-Ehwal Pelaut & Pelabuhan (HEPP)
Bahagian Kawalan Industri (BKI)
Bahagian Keselamatan Pelayaran (BKP)
Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL)
Pejabat Ketua Pengarah dan kelima-lima bahagian ini dibahagikan pula kepada
unit-unit yang mempunyai fungsi tersendiri. Peranan dan tanggungjawab setiap
fungsi berkenaan adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:-
Fungsi
Peranan dan Tanggungjawab
Pejabat Ketua Pengarah
Pejabat Ketua Pengarah
Undang-undang
Pentadbiran Pejabat Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Hal-ehwal undang-undang yang berkaitan dengan pengangkutan laut dan undang-undang lain yang berkaitan
Fungsi
Peranan dan Tanggungjawab
Pembangunan Pengurusan dan pemantauan projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut di bawah RMKe -10
Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Kewangan
& Akaun Amanah
Teknologi Maklumat & Kerajaan Elektronik
Bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran kakitangan. Bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan projek-projek ICT Jabatan.
Bahagian Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan
Pembangunan Pelaut
Peperiksaan & Perakuan Pelaut
Penilaian & Standard Latihan
Pengurusan Pelabuhan, Kargo & Barter Trade
Bertanggungjawab mengurus perkhidmatan untuk pelaut-pelaut dengan perancangan pembangunan dan program kebajikan melalui pengurusan dana Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut yang cekap dan teratur. Bertanggungjawab mengurus permohonan bagi tujuan peperiksaan, perakuan kekompetenan dan sijil-sijil kursus modular bagi pelaut-pelaut berdaftar di Malaysia serta urusan pelaut asing mengikuti pengajian di institusi latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Bertanggungjawab memastikan institusi latihan pelaut Malaysia dan pelaut-pelaut yang mengendalikan kapal yang berdaftar di Malaysia telah mencapai standard yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa. Bertanggungjawab mengurus dan memantau hal-ehwal berkaitan pelabuhan, jeti dan terminal termasuk perkhidmatan feri, kargo dan urusan perdagangan tukar barang di bawah bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia.
Bahagian Kawalan Industri
Fungsi
Peranan dan Tanggungjawab
Penguatkuasaan Kod
International Safety of Port and Ship (ISPS)
Pendaftaran Kapal
Pengurusan Keselamatan Kapal
Akreditasi Kapal
Bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan undang-undang di bawah Malaysia Shipping Ordinance (MSO), menyiasat kes pelanggaran kapal di perairan negara dan juga di luar negara yang melibatkan kapal Malaysia. Bertanggungjawab terhadap pendaftaran dan persijilan kapal-kapal yang mengibarkan bendera Malaysia dan pendaftaran bot-bot. Bertanggungjawab ke atas pemeriksaan keselamatan kapal-kapal Malaysia. Bertanggungjawab terhadap urusan pengeluaran sijil-sijil statutori bagi kapal-kapal Malaysia supaya berada dalam keadaan layak belayar dan mematuhi peraturan-peraturan Konvensi dan Bukan Konvensi
Bahagian Keselamatan Pelayaran
Perkhidmatan Traffik Maritim
Keselamatan Maritim (Hidro)
Bantuan Pelayaran
Kontigensi Maritim
Bertanggungjawab mengurus pengumpulan data dan statistik jumlah serta jenis kapal yang melalui Selat Melaka dan statistik mengenai kemalangan laut. Bertanggungjawab merancang dan melaksana ukur hidrografi dan mengurus aktiviti pengerukan. Bertanggungjawab menyelaras projek-projek pembinaan alat bantuan pelayaran dan menyenggara / membaikpulih alat bantuan pelayaran. Bertanggungjawab dalam latihan dan penyediaan kontigensi serta menyelaras penyiasatan kejadian pencemaran.
Institut Latihan
Fungsi
Peranan dan Tanggungjawab
Pengangkutan Laut
Khidmat Pengurusan
Pembangunan Latihan
Penyelidikan dan Pembangunan
Bertanggungjawab mengurus sumber manusia, kewangan, aset dan pusat sumber institut serta menyediakan sokongan dari aspek ICT dan sebagai pendaftar peserta kursus. Bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksana latihan yang berkenaan dengan kompetensi, peningkatan kemahiran, industri maritim dan teknikal antarabangsa. Bertanggungjawab dalam menjalankan dan menerbit hasil kajian serta merangka, mengurus dan mengendali latihan berbentuk simulator.
Jadual 1: Peranan dan Fungsi Utama Jabatan
Carta organisasi Jabatan Laut Malaysia adalah seperti di Lampiran 1.
3. PELAN STRATEGIK ICT (ISP) DAN KEMUDAHAN SEDIA ADA
3.1 ISP Jabatan Laut Malaysia bagi tahun 2011 2015 telah siap
dibangunkan pada bulan November 2011 dan telah mendapat kelulusan
daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia.
3.2 Program ICT yang dicadangkan ini merupakan sebahagian daripada
perancangan program-program ICT yang digariskan di dalam ISP baru
Jabatan iaitu melalui inisiatif Sistem Maklumat Maritim Bersepadu
(Malaysia Marine Department Information System - MMDIS), Jetty
Management System, Project Management System, Self-Service Kiosk
dan Data Warehousing / Data Intelligence.
Gambarajah 1 : Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Jabatan Laut
Malaysia 2011 - 2015
3.3 Jumlah personel ICT di Jabatan Laut Malaysia adalah seperti dalam
Jadual 2 di bawah:-
Bil. Jawatan Gred Isi Koson
g
Jumlah
1. Pegawai Teknologi Maklumat F48 1 0 1
2. Pegawai Teknologi Maklumat F41 4 0 4
3. Pen. Pegawai Sistem Maklumat
Kanan
F32 2 0 2
4. Pen. Pegawai Sistem Maklumat F29 8 0 8
Jumlah 15 0 15
Jadual 2: Pengisian Jawatan Personel ICT Jabatan Laut Malaysia
4. RASIONAL YANG MEMBAWA KEPADA CADANGAN PROJEK ICT 4.1 Cadangan Memperbaharui Kontrak Penyewaan Perkhidmatan Kontrak Bagi Service Provider Dan Application Service Provider Bagi Perkhidmatan Long Range Identification Tracking (LRIT) of Ships Jabatan Laut Malaysia Secara Rundingan Terus Dengan Telekom Malaysia;
4.1.1 Tujuan
i. Tujuan utama LRIT ialah untuk memantau pergerakan kapal-kapal serta meningkatkan kesedaran ke atas keselamatan pelayaran, seterusnya ia dapat meningkatkan serta memperbaiki di dalam aspek sekuriti maritim. Melalui sistem LRIT, Negara Pelabuhan Port States dan Negara Bendera Flag States boleh mendapatkan maklumat kapal yang sedang menuju ke pelabuhan mereka dan membenarkan pihak berkuasa pelabuhan yang dituju atau Negara bendera kapal tersebut untuk menjejaki perjalanan kapal yang dikehendaki sebaik sahaja kapal tersebut berada di dalam kawasan polygon yang diisytiharkan oleh negara berkenaan sehingga di dalam lingkungan 1000 batu nautika.
4.1.2 Latar Belakang
i. Sistem LRIT telah ditender dan diiklankan pada tahun 2006.
Telekom Malaysia Berhad (TM) telah dianugerahkan tender kerana telah memenuhi segala spesikasi yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat kekangan dari pihak International Mobile Satellite Organization (IMSO) mengenai pembangunan sistem LRIT berkenaan dan disambung semula pada Julai 2008 dan disiapkan pada tahun 2011.
ii. TM telah dianugerahkan secara rundingan terus untuk
menyelenggara dan menjadi administration untuk sistem LRIT 30 September 2012 untuk selama 5 tahun sehingga 1 October 2017.
iii. Lanjutan perjanjian selama 1 tahun iaitu sehingga 30 September
2018 dengan TM telah dimuktamadkan.
iv. Sehubungan dengan itu, pihak Jabatan telah memutuskan untuk melaksanakan rundingan terus dengan TM untuk Perkhidmatan Sistem LRIT ini berdasarkan kebolehan dari segi teknikal dan komersil TM dalam peringkat Antarbangsa terutamanya dengan pihak IMO, IMSO serta Inmarsat dan juga pengalaman TM dalam mengendalikan sistem berdasarkan ICT.
v. Sistem LRIT terdiri daripada dua (2) komponen iaitu komponen
yang berada di atas kapal dan komponen stesen radio pantai. Komponen di atas kapal, terdiri daripada peralatan pemancar komunikasi manakala komponen di darat terdiri daripada
Communication Service Provider (CSP), Application Service provider (ASP), LRIT Data Center (S), the LRIT Data Distribution Plan dan the International LRIT Data Exchange. Sila rujuk carta sistem LRIT di bawah (Rajah 1 dan Rajah 2);-
Rajah 1
vi. Peruntukan bagi projek ini telah diluluskan melalui peruntukan Kumpulan Wang Dius Api.
4.1.3 Isu dan Cabaran
Antara isu-isu dan cabaran sedia ada yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
i. Sistem LRIT yang telah diperkenalkan oleh pihak IMO melantik IMSO
sebagai badan audit untuk memastikan sistem-sistem LRIT yang dibangunkan oleh se