cadangan penambahbaikan aktiviti rekreasi
DESCRIPTION
asTRANSCRIPT
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI REKREASI
Setiap aktiviti rekreasi yang dirancang dalam kertas kerja pasti ada
kekurangan yang perlu dibaiki. Hal ini kerana dengan mengenalpasti kekurangan tersebut murid
baru dapat meningkatkan lagi usaha untuk lebih cemerlang.
Dari segi pengurusan masa, murid perlu belajar menepati masa supaya majlis
penutupan dapat dijalankan tepat pada waktunya. Semua pelajar sepatutnya persediaan awal
sebelum majlis memerlukan iaitu dari segi peralatan dan penyediaan tempat aktiviti. Peralatan
yang hendak digunakan untuk setiap aktiviti mestilah cukup dari segi kuantiti dan berada dalam
keadaan baik supaya keselamatan murid terjamin.
Selain itu , dari segi aktiviti rekreasi, peraturan yang ditetapkan perlu jelas supaya tidak
menimbulkan salah faham antara pemain. Stesen perlu diwujudkan supaya murid boleh
bergerak dari satu kawasan acara ke kawasan acara yang lain supaya tidak berlaku kelewatan
masa dan murid dapat dikawal dengan baik. Setiap aktiviti yang dijalankan perlu melibatkan
semua murid supaya murid tidak merasa bosan untuk menunggu.Seterusnya, jarak untuk setiap
aktiviti pula mestilah ditentukan
dengan baik supaya ianya bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dankeadaan murid
yang menjalankan aktiviti rekreasi tersebut.
Di sini, saya mencadangkan menambahkan cabaran lagi untuk setiap aktiviti.
Contohnya, “abseiling” dan “crossing river” supaya aktiviti tersebut menjadi lebih menarik dan
seronok. Dengan cara ini, murid dapat mengenal lebih banyak aktiviti dan merasa seronok
untuk bermain. Selain itu, penyediaan kertas kerja ini memerlukan kelancaran perjalanan
aktiviti. Oleh yang demikian, segala perancangan kertas kerja perlu di teliti dan dibuat
perbincangan dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.
Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru harus menggilap
potensi mereka dalam penyediaan kertas kerja. Untuk penyediaan kertas kerja di masa
hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu
merangsang pemikiran murid serta pemilihan aktiviti rekreasi dan tempat rekreasi yang sesuai.