penambahbaikan sekolah

Upload: chen-siew-ping

Post on 18-Jul-2015

153 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    1/16

    KERANGKA KOMPREHENSIF UNTUK PENAMBAHBAIKANSEKOLAH BERKESAN: SATU KAJIAN EKSPLORATORI

    RUSMINI BT KU AHMAD, Ph.D.Pensyarah

    Institut Aminuddin Baki

    ABSTRAKArtikel ini membincangkan pembentukan kerangkakomprehensif penambahbaikan sekolah berkesan. Kerangkakomprehensif ini dibentuk berdasarkan kepada teori-teoriperancangan sinoptik, mekanisme pasaran, 'cybernetics+danorganisasi pembelajaran serta 'autopoiesis'dan analisiskajian-kajian kes keberkesanan sekolah di lapan buali negarakesatuan Eropah iaitu Belgium, England, Itali, Finland,Portugal, Greek, Belanda dan Sepanyol. Kerangka ini bolehdigunapakai oleh pelaksana, penyelidik dan pembuat dasar.Kerangka ini memberikan gambaran kepada pelaksanamengenai keseluruhan [aktor-faktor yang boleh membantuatau menghalang penambahbaikan sekolah.

    PENGENALANKeberkesanan sekolah danpenambahbaikan sekolah merupakan duabidangyang menjadi fokus para akademik, pembuat dasar serta pelaksana padapertengahan tahun 1980 an. Tuntutan untuk meningkatkan kelebihan dayasaing terutamanya di barat telah memaksa sekolah untuk mencari kaedah-kaedah untuk menjadi lebih berkesan dan meningkatkan prestasi. Dalamusaha mencapai matlamat ini para penyelidik dan ahli akademik telahberusaha untuk menjawab dua persoalan asas iaitu apakah ciri-ciri sekolahberkesan? Bagaimanakah sekolah boleh melakukan penambahbaikan danseterusnya menjadi lebih berkesan? Persoalan pertama menjurus kepadahasil keberkesanan sesebuah sekolah dan kriterianya sementara persoalankedua lebih memfokuskan kepada proses-proses dalam sesebuah sekolahdan kaedah untuk meningkatkan keberkesanan serta kualitinya. Kajian-kajian keberkesanan sekolah lebih bertumpu kepada persoalan pertamaselama beberapa tahun sementara penyelidik bidang penambahbaikansekolah memberikan perhatian yang lebih kepada persoalan kedua.

    17

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    2/16

    Walaupun kedua-dua kumpulan penyelidik ini memfokuskanpersoalan-persoalan di atas namun metodologi kajian menunjukkanterdapat perbezaaan dalam kedua-dua kumpulan penyelidik sekolahberkesan dan penambahbaikan sekolah tanpa adanya usaha untukmenunjukkan hubungan yang synergistic antara kedua-dua bidang ini(Stoll 1996). Namun begitu terdapat beberapa kajian yang cubamenghubungkaitkan kedua-dua bidang ini (Reynolds et al. 1993; West &Hopkins. 1995; Gray et al. 1996; Hopkins1996).

    Menurut Gray (1996), terdapat beberapa cabaran untukmenggabungkan i1mu kedua-dua konsep keberkesanan danpenambahbaikan sekolah kerana keberkesanan berfokuskan kepada ukuranhasil sementara penambahbaikan berfokuskan kepada proses perubahandalaman. Oleh itu untuk menggabungkan kedua-dua bidang ini maka satukerangka konsep yang komprehensif diperlukan. Kerangka konsep ini akanmemberikan gambaran dan kefahaman yang lebihjelas mengenai amalan-amalan di sekolah yang membantu meningkatkan keberkesanan pencapaianmurid-murid. Artikel ini akan membincangkan pembentukan kerangkakomprehensif penambahbaikan sekolah berdasarkan kepada teori-teoriyang berkaitan serta kajian-kajian kes dari lapan negara-negara kesatuanEropah yang menunjukkan penambahbaikan keberkesanan sekolah.ASAS TEORI PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH BERKESAN

    Pembentukan kerangka komprehensif penambahbaikan sekolah berkesanpada asasnya adalah berdasarkan kepada analisis teori saintifik sosial danpendidikan. Teori-teori ini dapat menerangkan faktor-faktor utama yangmenyurnbang kepadamodel penarnbahbaikan sekolah berkesan (Scheerens,2005). Terdapat empat teori yang rnewakili asas teori serta prinsip-prinsipdalam sains sosial iaitu:1. Teori kurikulum. Teori ini merupakan asas kepada model perancangansinoptik atau rasional.11. Teori mikro ekonomi dan teori pilihan awam. Teori ini menekankan

    insentif dan akauntabiliti kawalan pengguna.111. Cybernetics dan teori organisasi pernbelajaran.IV. Teori kawalan kendiri dan organisasi kendiri. Teori ini berkaitan

    dengan konsep autopoiesis.

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    3/16

    PERANCANGAN SINOPTIK ATAURASIONAL DANSTRUKTUR BIROKRASI

    Perancangan sinoptik boleh digunakan untuk mengkonseptualisasikanmatlamat jangka panjang dan kaedah untuk mencapainya (Carneiro 1994).Ciri-ciri perancangan sinoptik yang boleh diaplikasikan dalam pendidikanialah:1. Kenyataan positif mengenai matlamat dan instrumen penilaian.ii. Susunan objektif secara sistematik.111. Keselarasan kaedah pengajaran dan isi kandungan.IV. Pemantauan peningkatan pembelajaran murid berdasarkan matlamat.

    Konsep perancangan sinoptik atau rasionaljuga diperluaskan kepadastruktur organisasi. Prinsip-prinsip berkaitan dengan kawalan bolehdiaplikasikan kepada pembahagian kerja, pembentukan unit dan jugakaedah pemantauan. Selain daripada itu struktur mekanistik, pengurusansaintifik dan birokrasi adalah antara kaedah dalam perancangan rasionalsecara umumnya. Konsep perancangan sinoptik adalah berkaitan denganmerealisasikan matlamat dan pendekatan sistematik untuk mencapaimatlarnat seterusnya dilihat sebagai elemen yang penting dalam modelpenarnbahbaikan sekolah berkesan.

    MEKANISMA PASARANMekanisrna pasaran adalah berkaitan dengan pemilihan ibu bapa

    terhadap sekolah-sekolah (Morgan 1986). Sekolah diberikan autonomiuntuk rnenarik lebih ramai murid-murid ke sekolah masing-masing.Sekolah harus memberikan perhatian kepada kehendak ibu bapa, stakeholder, kehendak dan tekanan faktor luar yang mernerlukan sekolahmelakukan penarnbahbaikan serta keperluan sekolah untuk beroperasidengan kuasa autonomi. Kesemua ini merupakan elemen-elemen yangpenting untuk pembinaan kerangka konseptual untuk penambahbaikansekolah berkesan.

    PRINSIP CYBERNETIC. PERANCANGAN RETROACTIVEDAN ORGANISASI PEMBELAJARAN

    Prinsip ini menggunakan penilaian maklumat sebagai asas untuk melakukantindakan pembetulan atau tindakan berasaskan penambahbaikan dalam

    19

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    4/16

    konsep cybernetic kitaran penilaian. Maklum balas dan tindakanpembetulan merupakan satu daripada prinsip utama dimanamalan-amalandalam prinsip ini mengandungi 4 fasa:-1. Pengukuran dan penilaian prestasi11. Interpretasi penilaianiii. Maklum balas berdasarkan maklumat supaya penambahbaikan dapat

    dilakukan.iv. Penggunaan maklumat untuk penambahbaikan prestasi organisasi.

    Dalam konsep organisasi pembelajaran, struktur dan prosedur adalahbersesuaian dengan kitaran ini. Contohnya seperti oganisasi menggalakkanperbincangan secara terbuka dan reflektif, menghargai perbezaanpandangan dan mengelakkan sikap defensif terhadap prosedur-proseduryang ditetapkan (Morgan 1986).

    Organisasi pembelajaran yang berfungsi bagi sesebuah sekolahadalah berasaskan kepada autonomi yang diberikan kepada sekolah sepertimempelbagaikan pedagogi dan kebolehan menghasilkan ilmu dalamorganisasi (Palincsar & Brown 1992).

    Teori organisasi pembelajaran menyediakan objektif berasaskanpenyesuaian terhadap perubahan. Secara keseluruhannya prinsip cybematicdan organisasi pembelajaran menunjukkan kitaran proses penambahbaikansebagai elemen penting dalam proses sekolah.

    AUTOPOIESISKonsep autopoiesis berasal daripada konsep bidang biologi iaitu proseskesinambungan organisma hidup.Konsep ini digunakan untukmenjelaskanfungsi organisasi (Kickert 1993). Organisasi digambarkan sebagai satusistem terbuka. Dalam konteks kesinambungan organisasi, konsep adaptasiorganisasi untuk mengatasi perubahan persekitaran serta self referencemerupakan mekanisme untuk organisasi berfungsi. Dalam konteks sekolahberkesan dan penambahbaikan sekolah, konsep autopoiesis ini lebih kepadaasas untuk menerangkan cabaran terhadap perubahan dan bagaimanasekolah berusaha untuk mengatasi cabaran-cabaran untuk menjadi sekolahyang berkesan. Konsep autopoiesis juga mempunyai hubungan denganidea autonomi organisasi. Sekiranya sekolah diberi autonomi, inisiatifdalam proses penambahbaikan sekolah harus mengambilkira kekangan

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    5/16

    dan juga peluang dalam mengurus organisasi untuk menjadi sekolah yangcemerlang.KAJIAN-KAJIAN KES DI LAPAN BUAH NEGARA KESATUAN

    EROPAH (BELGIUM, ENGLAND, ITALI, FINLAND,PORTUGAL, GREEK, BELANDA DAN SEPANYOL)

    Pembentukan kerangka penambahbaikan sekolah berkesan dimantapkanberdasarkan kepada kajian-kajian kes yang dibuat di lapan buah negarakesatuan Eropah. Tujuan kajian kes ini ialah untuk1. Menjelaskan faktor yang menggalakkan dan menghalang

    penambahbaikan sekolah berkesan di sekolah rendah dan menengahmelalui penilaian program penambahbaikan sekolah di negara-negarakesatuan Eropah serta menganalisis teori-teori yang menyumbangkepada kajian.

    11. Menggabungkan faktor -faktor ini dalam kerangka komprehensif yangmemberikan penerangan teoritikal.Dalam kajian kes ini satu definisi program penambahbaikan sekolah

    yang menyeluruh telah digunakan untuk mengatasi perbezaan sistempendidikan dan program. Program penambahbaikan sekolah merupakantindakan yang telah dirancang pada peringkat sekolah yang memenuhikriteria kerangka penambahbaikan sekolah berkesan serta disokong padaperingkat daerah dan kebangsaan. Bagi tujuan perbandingan programkajian-kajian kes di lapan buah negara terbabit, kerangka penilaian sepertijadual 1 telah dibina berdasarkan tinjauan literatur. Kerangka ini akanmengenal pasti ciri-ciri yang terdapat di dalam setiap program(Gray et al. 1999; Jakobsen et al. 1998; MacBeath & Mortimore. 2001;Stoll & Fink. 1996)

    21

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    6/16

    JaduallFokus ISoalan

    Format skala

    HasH Tahap sekolah dapat memenuhipencapaian murid1.1 Pencapaian matlamat murid

    1.2 Perubahan dalam hasil murid

    Tahap pencapaianI (tiada - lengkap)Negatif - Positif

    2 Tahap pencapaian sekolah dalam prosespenambahbaikan

    1

    2.1 Pencapaian hasil

    2.2 Pencapaian proses program yangdirancang

    2.3 Tahap program penambahbaikanmeningkatkan keberkesanan prosesdalam bilik darjah

    2.4 Pemantapan proses penambahbaikan

    Tahap pencapaian(tiada -lengkap)Tahap pencapaian(tiada -lengkap)Negatif - Positif(termasuk tiada)

    Tiada - Bolehdipertimbangkan

    Proses I Bagaimana sekolah terlibat dalamkitaran proses penambahbaikan

    3 3.1 Bukti program penambahbaikanmelibatkan analisis keperluan,perancangan, penilaian danmaklumbalas

    Tiada penglibatan -Menyeluruh

    Sedikit - Semua3.2 Bilangan guru yang terlibat

    Pengaruh Tahap faktor konteks sekolahmempengaruhi kejayaan program

    4 4.1 Pengaruh kurikulum sekolah Negatif - Positif(termasuk tiada)

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    7/16

    FokusSoalan Format skal~

    Negatif - Positif I4 . 2 Pengaruh organisasi sekolahII

    4.3 Pengaruh penglibatan ibubapa

    4.4 Pengaruh organisasi pembelajaran

    4.5 Pengaruh agen perubahan dalaman Negatif - Positif(termasuk tiada)5 Tahap faktor luaran mempengaruhikejayaan program

    : 5.1 Pengaruh agen perubahan luarani5.2 Pengaruh faktor konteks dalaman5.3 Pengaruh faktor sistem Negatif - Positif

    6 , Soalan pilihan yang melibatkan programmerangkumi beberapa sekolah

    (termasuk tiada)Negatif - Positif(termasuk tiada)Negatif - Positif(termasuk tiada)

    Negatif - Positif(termasuk tiada)Negatif - Positif

    6.1 Bukti matlamat program tercapai bagi Tahap pencapaianI sekolah-sekolah yang terlibat (tiada - lengkap)

    I Soalan umum untuk semua program!I yang terlibat

    7 Faktor-faktor lain yang mempengaruhi Soalan terbukapenambahbaikan sekolah berkesanI 8 Antara tiga faktor yang dinyatakan yang Soalan terbuka

    Imanakah paling mempengaruhi dalam

    i proses program penambahbaikan sekolah Iberkesan Ii9 Faktor-faktor lain yang manghalang Soalan terbukapenambahbaikan sekolah berkesan

    10 Antara tiga faktor yang dinyatakan yang Soalan terbuka manakah paling mempengaruhi dalam !! proses program penambahbaikan sekolah !berkesan

    23

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    8/16

    Kajian-kajian kes setiap program sekolah dianalisis oleh kumpulansetiap negara dan juga negara-negara lain bagi menjamin ketekalan hasilanalisis(Wikely et.al 2005) Melalui analisis dan proses moderasi tema-tema utama dapat dikelaskan kepada empat kriteria utama.1. Konteks11. Peranan agen luaran111. Peranan agen dalamanIV. Kompleksiti dan hubungkait semua faktor-faktor dan pengaruh ke atas

    penambahbaikan sekolah berkesanBerdasarkan kepada analisis teori iaitu perancangan sinoptik,

    mekanisme pasaran, cybernetics dan organisasi pembelajaran sertaautopoiesis dan analisis kajian-kajian kes di lapan buah negara kesatuanEropah iaitu Belgium, England, Itali, Finland, Portugal, Greek, Belandadan Sepanyol maka satu kerangka komprehensif bagi penambahbaikansekolah berkesan oleh Creemers dan Reezigt (2005) telah dibentuk.

    Rajah 1Kerangka komprehensif untuk penambahbaikan sekolah berkesan

    Konteks Pendidikan---------------_ - - --- - __-,

    "-,,\\\\II

    II/Keperluan //Sumber untuk / //

    Penambahbaikan - - -_ _ -- _ ---- --- _ ---- ----------

    24

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    9/16

    Kerangka di atas menunjukkan konsep penambahbaikan sekolahberada dalam konteks pendidikan bagi sesebuah negara. Penambahbaikansekolah tidak boleh dikaji secara berasingan daripada konteks pendidikan(Lagerweij 2001; Sun 2003). Penambahbaikan sekolah akan berhadapandengan konsep kontekstual seperti tekanan untuk melakukanpenambahbaikan, keperluan sumber untuk penambahbaikan dan matlamatpendidikan. Kajian telah menunjukkan terdapat tiga faktor yang berkaitandengan konteks. Peringkat permulaan penambahbaikan, tekanan kepadaperubahan merupakan faktor konteks yang utama. Sumber merupakanfaktor konteks yang kedua kerana penambahbaikan sekolah boleh wujuddalam kekangan sumber bagi konteks tertentu. Akhirnya hasilpenambahbaikan sekolah harus selaras dengan matlamat pendidikan yangtelah ditetapkan mengikut konteks masing-rnasing.

    FAKTOR TEKANAN KEARAH PENAMBAHBAIKANMenurut teori sekolah sebagai organisasi pernbelajaran, sekolahmenyatakan definisi keperluan perubahan organisasi, kemudianmenyediakan strategi perubahan dan akhimya menilai sarna ada keperluanyang dinyatakan tercapai atau tidak. Namun begitu dalam situasi semasasekolah mernerlukan satu bentuk tekanan luar untuk melakukanpenambahbaikan. Tekanan iniakan memberikan faedah kepada sekolahyang marnpu berubah dan menerima perubahan dengan positif sebaliknyasekolah yang tidak mempunyai kemahiran dan kesediaan untuk berubahakan menghadapi masalah tambahan pula kurang sokongan diberikan olehpelbagai pihak, Kajian menunjukkan empat faktor yang menggalakkantekanan untuk perubahan iaitu:1. Mekanisme pasaranPengaruh mekanisme pasaran berbeza antara negara-negara kesatuanEropah yang menjalankan kajian penambahbaikan sekolah berkesan. Bagikebanyakan negara faktor ini tidak dianggap rnembawa kesan yang positif(Cuban 2003). Tetapi bagi negara-negara lain mekanisme pasaran sepertikebebasan memilih sekolah oleh murid-murid dan ibu bapa, penglibatankomuniti menyebabkan persaingan antara sekolah-sekolah. Persainganmenyemarakkan lagi keperluan untuk menggambarkan imej yang baikkepada pelanggan dan ini akan menggalakkan lagi penambahbaikansekolah. Sepertimana yang berlaku di United Kingdom, budaya untukmelakukan perubahan adalah tinggi melalui persaingan untuk mendapatkan

    25

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    10/16

    peruntukan berdasarkan pendaftaran secara terbuka di sekolah-sekolah danprestasi sekolah dimaklumkan kepada ibubapa agar mereka dapat membuatpemilihan.ii. Penilaian pihak luar dan akauntabilitiPenilaian luar biasanya berdasarkan kepada hasil pencapaian muridterutama sekali apabila pencapaian sekolah dimaklumkan kepadamasyarakat maka sekolah harus melakukan penambahbaikan. Terdapat juganegara seperti Finland yang tidak menjadikan penilaian berdasarkan kepadapencapaian murid. Sekolah dinilai berdasarkan fungsi dan proses. Begitujuga di Itali, guru-guru tidak dinilai berdasarkan pencapaian murid tetapisebaliknya berdasarkan proses. Berbeza pula di Greek, di mana tidak adapenilaian luar secara formal namun begitu kejayaan murid diukurberdasarkan kepada peratus pelajar yang dapat memasuki universiti.iii. Agen luarTerdapat sekolah di beberapa buah negara yang melakukanpenambahbaikan atas saranan daripada jemaah nazir, pembuat dasar,perunding pendidikan atau penyelidik. Sepertimana di United Kingdom,Belanda dan Sepanyol, jemaah nazir boleh mengenakan tekanan supayasekolah melakukan perubahan. Bagi negara yang mempunyai sistempendidikan yang berpusat seperti di Itali peranan agen luar dianggap sebagaikurang penting. Di Greek pula tidak terdapat jemaah nazir tetapiKementerian Pelajaran merupakan agen Juar utama yang menggalakkanpenambahbaikan sekolah. Walaubagaimanapun kestabilan polisi jugaadalah penting dalam proses penambahbaikan sekolah. Perubahan polisiyang kerap akanmenambahkan beban kerja yang menyebabkan penurunanproduktiviti.:: :< : : l.S~; ; : : : :

    ~" < : : l;::: Pengaruh masyarakatjuga boleh menyebabkan sekolah terpaksamelakukani: l~ perubahan. Matlamat pendidikan bergantung kepada kehendak masyarakat~ dan ianya akan berubah apabila terdapat perubahan dalam kehendak~ masyarakat. lni dapat dilihat dari segi pendidikan vokasional yang~ diwujudkan berdasarkan kepada keperluan ekonomi dan perdagangan.E~ Perkembangan kemajuan K'T juga bukan sahaja menuntut perubahan

    iv. Perubahan masyarakat dan penyertaan masyarakat dalampendidikan

    26

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    11/16

    dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga meluaskan lagi matlamatpendidikan.

    KEPERLUAN SUMBERBagi melakukan penambahbaikan di sekolah, keperluan sumber adalahpenting. Sumber bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk material tetapijuga dalam bentuk sokongan dalam proses penambahbaikan sekolahberkesan. Faktor yang dikenalpasti sebagai konsep sumber ialah:i. Kuasa autonomi kepada sekolahTinjauan literatur penambahbaikan sekolah menunjukkan kuasa autonomiyang diberikan kepada sekolah boleh menyumbang kepada kejayaansekolah sekiranya inisiatif yang dibuat sesuai dengan kehendak dankeperiuan sekolah. Kuasa autonomi yang diberikan kepada sekolahmengandungi beberapa domain seperti matlamat pendidikan, kaedahpengajaran dan pernbelajaran, pentadbiran dan pengurusan serta kewangan.ii. Sumber kewangan dan persekitaran kerja guru serta sekolahProses penambahbaikan sekolah bergantung juga kepada sumber kewangandan persekitaran kerja guru serta sekolah. Dengan sumber kewangan sertamasa yang mencukupi maka proses penambahbaikan akan menjadi lebihmudah. Begitu juga dengan bilangan gum, beban kerja gum, saiz kelasmempengaruhi motivasi mereka dalam proses penambahbaikan sekolah.

    Di Finland, kesatuan guru boleh menggalak atau menghalang usahapenambahbaikan oleh kerana mereka menyokong kestabilan staf danmengurangkan beban kerja manakala di Belanda pengurangan saiz kelasyang kecil terutamanya di sekolah rendah boleh meningkatkankeberkesanan sekolah sementara di Portugal, struktur kerjaya guru dankeperluan latihan dalaman merupakan kunci utama dalarn penambahbaikansekolah. Sokongan daripada komuniti boleh membantu menambahbaiksekolah. Sementara sokongan kementerian merupakan asas kepadapenambahbaikan, pengaruh komuniti merupakan faktor secara langsung.

    27

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    12/16

    MATLAMAT PENDIDIKANWalaupun sekolah menetapkan sasaran tertentu untuk penambahbaikansecara spesifik namun matlamat-rnatlamat lain juga dalam kontekspendidikan boleh diukur. Matlamat utama bagi setiap mata pelajarandi sekolah di Belanda adalah didefinisikan bagi peringkat rendah danmenengah. Kerajaan telah menetapkan matlamat kebangsaan, daerah dansasaran sekolah di United Kingdom dalam mata pelajaran yang utama.Matlamat kebangsaan untuk semua sekolah dii Greek pula disediakan dandijelaskan dalam kurikulum kebangsaan.

    Kajian-kajian terdahulu menunjukkan penambahbaikan sekolahberkesan melibatkan proses-proses peringkat sekolah. Walaupun gurumerupakan pemangkin perubahan dalam bilik darjah secara terus tetapibagi menarnbahbaik sekolah inisiatif guru secara individu adalah tidakmencukupi. Penambahbaikan yang dilakukan oleh seorang guru akan hilangsekiranya guru bertukar kecuali sekolah dapat memantapkan budayapenambahbaikan. Oleh itu kajian-kajian penambahbaikan sekolahkebanyakkanya melibatkan sekolah sebagai unit analisis. Pada peringkatsekolah kajian penambahbaikan sekolah berkesan telah mengenal pastitiga konsep iaitu:1. Budaya penarnbahbaikanii. Proses penambahbaikaniii. Hasil penambahbaikan

    ~ Konsep ini merupakan kunci utarna kepada penambahbaikan~ sekolah. Budaya boleh digambarkan sebagai latar belakang dan proses-~ proses yang berlaku di dalamnya serta hasil rnerupakan matlamat utama dalam proses-proses itu. Ketiga-tiga elernen ini adalah saling berkait antaras : :.~ satu sarna lain.E :.~~ BUDAYAPENAMBAHBAIKANs ::- g Budaya penambahbaikan merupakan asas kepada semua proses~ penambahbaikan di sekolah. Kajian telah mengenal pasti sembilan faktor~ yang menyumbang kepada budaya penarnbahbaikan sekolah iaitu tekanans ::~ dalarnan untuk penambahbaikan, autonorni yang diberikan kepada sekolah,~ perkongsian visi, kesanggupan menjadi organisasi pembelajaran, sejarahE :- 2 ; penambahbaikan,perasaankesepunyaan,kepirnpinan,kestabilanstafdan masa.

    28

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    13/16

    PROSES PENAMBAHBAIKANSekolah yang dinamik menganggap penambahbaikan sebagai satu prosesyang berterusan. Sebahagian sekolahmenganggap penambahbaikan adalahproses yang berbeza. Masalah diselesaikan apabila ianya timbul. Kajianmenunjukkan lima peringkat dalam proses penambahbaikan iaitu:a) Penilaian keperluan untuk penambahbaikanb) Diagnosis keperluan penambahbaikan dan menetapkan matlamatc) Merancang aktiviti penambahbaikand) lmplementasie) Penilaian dan refleksi

    HASIL PENAMBAHBAIKANUsaha untuk melakukan penambahbaikan berfokus kepada beberapamatlamat yang jelas untuk dicapai dalam masa tertentu. Matlamatpenambahbaikan sekolah berkesan harus dinyatakan dalam bentuk hasilpembelajaran murid atau dalam bentuk faktor yang merupakan kuncikepada kejayaan muid seperti faktor guru dan sekolah (Hopkins, 1995).lni bermakna sekolah yang ingin melakukan penambahbaikan harusmenumpukan kepada dua jenis matlamat iaitu:

    Matlamat yang dinyatakan secara eksplisit berhubung dengan hasilpembelajaran murid yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan sikapdan tidak hanya mengukur kemahiran kognitif sahaja.

    Matlamat yang berfokus kepada perubahan. Matlamat inimerangkumi perubahan dalam organisasi sekolah, tingkahlaku guru ataubahan-bahan pembelajaran yang digunakan. Hasil pembelajaran muridmasih menjadi keutamaan namun usaha penambahbaikan yangmendatangkan hasil kejayaan kepada sekolah juga boleh dijadikanmatlamat untuk mengukur proses.

    FUNGSI KERANGKA PENAMBAHBAIKAN SEKOLAHBERKESAN

    Kerangka penambahbaikan sekolah berkesan yang telah dibincangkanadalah berasaskan kepada gabungan idea dan konsep daripada pelbagaiteori serta dapatan daripada kajian-kajian kes. Kerangka ini boleh

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    14/16

    digunakan dalam konteks pendidikan mengikut kesesuaian di negaramasing-masing. Kerangka ini boleh digunapakai oleh pelaksana, penyelidikdan pembuat dasar. Kerangka in i memberikan gambaran kepada pelaksanamengenai keseluruhan faktor-faktor yang boleh membantu ataumenghalang penambahbaikan sekolah. Walaubagaimanapun sekolah harusmentafsirkan faktor-faktor dalam kerangka ini mengikut situasi dankesesuaian dengan keperluan masing-masing.

    Bagi penyelidik kerangka ini boleh menyediakan asas untuk kajianselanjutnya mengenai penambahbaikan sekolah berkesan. Beberapapembolehubah boleh dipilih untuk dikaji dan beberapa hipotesis bolehdijanakan daripada kerangka ini. Pembuat dasar dapat menggunakankerangka ini dalam menyediakan perancangan dalam prosespenambahbaikan sekolah. Ianyajuga dapat membantu pembuat-pembuatdasar melihat kepentingan penambahbaikan sekolah kepada hasilpembelajaran murid dan juga bagaimana kuatnya pengaruh konteksterhadap sekolah.

    PENUTUPKerangka komprehensif penambahbaikan sekolah berkesan telah dibinaberdasarkan teori-teori perancangan sinoptik, mekanisme pasaran,'cybemeticsdan organisasi pembelajaran serta 'autopoiesis' dan analisiskajian-kajian kes di lapan buah negara kesatuan Eropah iaitu Belgium,England, Itali, Finland, Portugal, Greek, Belanda dan Sepanyol. Secarakeseluruhannya kerangka ini dapat mencetuskan perdebatan sertaperbincangan berhubung dengan penarnbahbaikan sekolah berkesan. Ianyajuga dapat menjelaskan perbezaan faktor-faktor penarnbahbaikan mengikutperbezaan konteks sesebuah negara. Selain daripada itu kerangka ini jugaboleh dijadikan garis panduan untuk perancangan, rekabentuk,implementasi, penilaian serta refleksi ke atas projek penambahbaikan dankajian penambahbaikan sekolah berkesan. Namun begitu fungsi kerangkaini bergantung kepada konteks ianya digunakan dan individu atau pihakyang menggunakannya.

    30

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    15/16

    RUJUKANCarneiro, R. 1994. The evolutionary dynamics of education systems:

    Exposition on institutional development. Paris, France: UNESCO,International Commission on Education for the Twenty-FirstCentury.

    Creemers, M., & Reezigt, G. 2005. A comprehensive framework foreffective school improvement. School Effectiveness and SchoolImprovement. 4: 407-424.

    Cuban, L. 2003. Why is it so hard to get good schools? New York:Teachers College Press.

    Gray, J., Goldstein, H. & Jesson, D. 1996. Changes and improvement inschool Effectiveness: Trends over five years, Research paper ineducation 11(1):35-51.

    Gray, J., Reynolds, D., Fitz-Gibbon, C.'E, & Jesson, D. 1996. MergingTraditions: The future of research on school and schoolimprovement. London: Cassell.

    Gray, J., Hopkins, D., Reynolds, D., Wilcox, B., Farrell, S.,& Jesson, D.1999. Improving schools:Performance and potential.Buckingham, UK: Open University Press.

    Hopkins, D. 1995. Towards effective school improvement. SchoolEffectiveness and School Improvement. 6:265 - 274.

    Hopkins, D. 2001 School improvement for real.London: RoutledgeFalmer.

    Hopkins, D., Ainscow, M., & West, M. 1994. School improvement in anera of change. London:Cassell.Hopkins, D., &Lagerwelj, N. 1996. Making good schools:Linking school

    effectiveness and school improvement.London: Routledge.Jakobsen, L., MacBeath, J. , Meuret, D., & Scratz, M. 1998.

    Evaluating quality in 101 schools. Paper presented at the AnnualMeetingof theAmericanEducationalResearchAssociation.SanDiego,CA.

    31

  • 5/16/2018 penambahbaikan sekolah

    16/16

    Kickert, W. J. 1993. Autopoiesis and the science of (public)administration: Essence, sense and nonsense. OrganizationStudies. 2: 261 - 278.

    Lagerweij, N. A. J. 2001. In Creemers, M., & Reezigt, G. Acomprehensive framework for effective school improvement.School Effectiveness and School Improvement, 4, 407-424.

    MacBeath, J., & Mortimore, P. 2001. Improving school effectiveness.Buckingham, UK: Open University Press.

    Morgan, G. (1986). Images of organizations. Beverly Hills, CA: Sage.Palincsar, A. S., & Brown, A. L. 1992. Classroom dialogues to promote

    self-regulated comprehension. In J. Brophy (Ed.), Advances inresearch on teaching (Vol. 1,pp. 35 - 72).Greenwich, CT: JAI Press.Reynolds, D., Hopkins, D & Stoll, L. 1993. Linking school effectiveness

    knowledge and school improvement practice: Towards a synergy,School Effectiveness and School Improvement 4(1): 37-58.

    Scheerens, 1.& Demeuse, M. (2005). The theoretical basis of the effectiveschool improvement model. School Effectiveness and SchoolImprovement, 4, 373-385.

    Stoll, L., & Fink, D. 1996. Changing our schools: Linking schooleffectiveness and school improvement. Buckingham, UK: OpenUniversity Press.

    Sun, H. 2003. National contexts and effective school improvement.Groningen,The Netherlands: University of Groningen/GION.

    West, M.D. & Hopkins, D.1995. Re emphasizing school effectivenessand school improvement. In Harris, A., Bennett, N. Schooleffectiveness and school improvement: Alternative perspectives.London:Continum

    Wikely, F., Stoll,L.,Murillo,J. (2005). Evaluating effective schoolimprovement: Case studies of programmes in eight europeancountries and their contribution to the effective school improvementmodel. School Effectiveness and School Improvement. 4: 387-405.