cadangan kerja kursus sejarah penggal 2

15
CADANGAN KERJA KURSUS SEJARAH PENGGAL 2 (2015) (940/4) NAMA : YAGEVARATHINI A/P YELLAPAN NO. K/P : 960214-08-6590 TEMA : 3 - SEJARAH PENDIDIKAN TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN

Upload: kumaran-simpleguy

Post on 24-Dec-2015

1.012 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

CADANGAN KERJA KURSUS SEJARAH

PENGGAL 2 (2015) (940/4)

NAMA : YAGEVARATHINI A/P YELLAPAN

NO. K/P : 960214-08-6590

TEMA : 3 - SEJARAH PENDIDIKAN

TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN

SEKOLAH MENENGAH SUNGAI

PARI,IPOH DI NEGERI PERAK DARI

DARI TAHUN 2000 HINGGA 2013.

960214-08-6590

Page 2: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

PENGENALAN

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting

yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan

membangun dari aspek politik, sosial dan ekonomi ialah penekanan terhadap

perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam

sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di

mana kanak-kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya

serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan

ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta

nilai- nilai positif untuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar di seluruh negara

Malaysia.

Di Malaysia,dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat penting dalam

menentukan hala tuju sistem pendidikan negara. Ianya untuk memastikan agar dasar ini

dapat dilaksanakan khususnya dalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang

progresif. Dalam konteks ini, hasil perkembangan sistem pendidikan di negara kita ialah

dapat diketahui dengan wujudnya sekolah-sekolah yang berteraskan pendidikan sebagai

sumber utama untuk membentuk pemimpin yang berpendidikan tinggi. Salah sebuah

sekolah yang menjadi teras kepada kurikulum dan kokorikulum ialah Sekolah Menengah

Kebangsaan Sungai Pari di Dearah Kinta Utara,Ipoh, Perak yang mengutamakan sistem

pendidikan bertaraf KBSM.

960214-086590

Page 3: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

Dalam bidang kurikulum pula sekolah tersebut telahpun mencapai beberapa

kejayaan. Dari segi kokorikulum pula ramai pelajar mendapat pingat dalam acara-acara

lompat tinggi dalam Kejohanan Olahraga sekolah-sekolah ASEAN. Jadi sumbangan

sekolah ini amatlah dihargai dalam membangunkan sistem pendidikan di seluruh

Malaysia secara tidak lansung. Oleh itu, saya sebagai pengkaji ingin mengkaji tentang

sejarah penubuhan sekolah ini dan ingin mengenali sejarah perkembangan sekolah ini

sebagai kunci dalam membangunkan sistem pendidikan di seluruh Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian dalam menjalankan kajian saya adalah bagi mengenali

kepentingan sistem pendidikan di sekolah menengah Sungai Pari, Perak yang menjadi

tumpuan dan misi setiap sekolah di daerah Kinta Utara,Ipoh,Perak. Dengan ini saya dapat

mengenali apakah langkah yang dijalankan di sekolah tersebut dan apakah impak

positifnya kepada para pelajar di sekolah tersebut.

Objektif seterusnya ialah mengkaji tentang kejayaan dalam bidang kokorikulum

dan pencapaian sekolah tersebut dalam bidang kurikulum. Dengan ini, saya dapat

mengumpulkan pencapaian akademik dan cara mengasah bakat pelajar demi mencapai

tahap pendidikan yang tertinggi di sekolah tersebut.

Objektif yang terakhir ialah mengenalpasti impak positif kewujudan sekolah SMK

Sungai Pari kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan mengetahui impak positif,

ini akan membantu generasi akan datang untuk menjadikan kajian ini sebagai pedoman

Page 4: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

dalam membantu meletakkan sekolah tersebut sebagai sekolah terunggul di seluruh

negara Malaysia.

960214-08-6590

PERMASALAHAN KAJIAN/PERSOALAN

Melalui kajian ini, saya dapat menjelaskan latar belakang Sekolah Menengah

Kebangsaan Sungai Pari Ipoh sebagai kunci kejayaan dalam sistem pendidikan di Daerah

Kinta Utara,Ipoh.Kajian ini juga akan memaparkan penglibatan pelajar dalam bidang

kurikulum dan kokorikulum secara langsung yang bermula pada tahun 2000 hingga tahun

2013. Ini akan membantu saya untuk menghebohkan sekolah tersebut di mata masyarakat

di Negara ini.

Bukan sahaja dari segi kurikulum,malah saya dapat mengkaji tentang pencapaian

sekolah tersebut dari segi kokorikulum di mana pihak sekolah banyak mangajurkan

aktiviti-aktiviti berperingkat negara seperti acara Rokethon yang menjadi memecah buku

rekod Malaysia dengan melancarkan 105 roket dengan serentak yang menjadi satu

panduan untuk saya mengambil sekolah tersebut sebagai sekolah terunggul dari semua

aspek.

Page 5: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

960214-08-6590

Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan sekolah tersebut terletak pada tangan

kakitangan sekolah seperti tenaga pengajar dan pengetua sekolah tersebut yang menjadi

factor utama kejayaan sekolah tersebut sebagai institusi pendidikan di Daerah Kinta

Utara,Ipoh.

SKOP KAJIAN

Kajian ini dilanjutkan bagi mengetahui latar belakang dan kepentingan sekolah

Menengah Kebangsaan Sungai Pari sebagai sekolah yang unggul dalam melaksanakan

system pendidikan yang cekap dan teratur bagi menjayakan setiap pelajar dengan

cemerlang dalam bidang pendidikan dan bidang sukan. Kajian ini dijalankan dalam

tempoh masa 10 tahun dari tahun 2000 hingga 2013 dimana kejayaan yang dicapai oleh

sekolah tersebut sangat kerap dilaksanakan. Kajian ini dilaksanakan di kawasan Jalan

Sungai Pari, 30200, daerah Kinta Utara, Ipoh, Perak. Sekolah tersebut dipilih kerana ia

ditempatkan berhampiran dengan kawasan sekolah saya dan mudah dapat pengangkutan

ke kawasan kajian saya tanpa sebarang masalah.

SOROTAN KAJIAN LEPAS/KAJIAN TERDAHULU

Dalam menghasilkan kajian ini, saya mendapati belum ada lagi penyelidikan yang

pernah dilakukan sama seperti saya terhadap sekolah tersebut. Jadi, saya melihat dan

Page 6: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

960214-08-6590

merujuk beberapa hasil tesis terdahulu yang mempunyai segelintir persamaan dari segi

aspek kajian. Ini membantu saya untuk mengenali cara dan etika yang dilakukan oleh

pengkaji terdahulu. Antara hasil kajian yang telah saya rujuk ialah pengkaji Yahya

Abdullah – Ustaz Kamarulzaman Abdul Ghani yang menghasilkan satu kajian yang

bertajuk Persepsi, minat dan penghayatan terhadap mata pelajaran pendidikan islam di

kalangan pelajar-pelajar tingkatan lima di SMK Mudzaffar Shah, Simpang Empat

Semanggol, Perak. Beliau menceritakan tentangpersepsi, minat dan penghayatan terhadap

mata pelajaran Pendidikan Islam. Program SPSS 10.0 digunakan untuk menganalisis data.

Min keseluruhan persepsi pelajar ialah 3.27 dan minat mereka ialah 3.32 sementara

penghayatan mereka terhadap mata pelajaran ini ialah 3.22. Kajian ini mendapati

pencapaian pelajar terhadap persepsi, minat dan penghayatan adalah pada tahap

sederhana. Dalam kajian ini penulis telah menggunakan ujian-t untuk mengukur

perbezaan persepsi, minat dan penghayatan di antara pelajar Sains dan Sastera terhadap

Pendidikan .

Selain itu, satu lagi pengkaji yang telah mengkaji tentang system pendidikan iaitu

Sanusi, Suzana and A Samah, Narina (2003) yang menghasilkan kajian beliau yang

bertajuk Sikap Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Kerian Perak Terhadap Pusat Sumber

Sekolah. Bachelor's thesis, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini adalah untuk melihat

perbezaan pengetahuan dan sikap guru terhadap peranan dan aktiviti Pusat Sumber

Sekolah mengikut jantina, umur, pengalaman, mengajar dan kelayakan ikhtisas guru.

Page 7: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan di antara penguasaan pengetahuan

guru terhadap peranan

960214-08-6590

Pusat Sumber Sekolah dengan sikap guru terhadap aktiviti yang dianjurkannya.

Subjek kajian terdiri daripada 217 orang guru sekolah menengah di lapan buah

sekolah dalam daerah Kerian Perak.

KAEDAH KAJIAN

Menurut maklumat dan data-data yang digunakan dalam kajian ini telah diperoleh

daripada tiga sumber sekunder dan satu sumber primer. Sumber sekunder pertama ialah

diperoleh daripada bahan rujukan seperti buku-buku ilmiah dan majalah sekolah dari

tahun 2000 hingga tahun 2013 dari pihak sekolah SMK Sungai Pari Ipoh dan dari

Perpustakaan Tun Abdul Razak Ipoh. Saya juga memperoleh segelintir keratan-keratan

akhbar mengenai kejayaan sekolah tersebut dari segi pendidikan dan kokorikulum.

Kaedah melayari internet khususnya blog rasmi SMK.Sungai Pari,Ipoh juga telah

dijalankan oleh saya bagi mengumpul maklumat tambahan mengenai sejarah dan

pencapaian sekolah tersebut.

Manakala saya juga telah menjalankan kajian soal selidik terhadap perkembangan

sekolah tersebut kepada pihak yang berkenaan terutamanya warga SMK Sungai Pari dan

juga kakitangan sekolah tersebut.

Page 8: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

960214-08-6590

Sumber primer yang kukuh ialah melibatkan kaedah penemubual dengan pengetua

atau kakitangan sekolah SMK Sungai Pari bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang

sekolah tersebut untuk memudahkan saya menjalankan kajian sedemikian.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

PENGENALAN

Dalam bahagian pengenalan pada kajian yang sebenar yang akan saya

mengkaji, saya ingin menyentuh tentang latar belakang SMK.Sungai Pari Ipoh yang telah

ditubuhkan pada tahun 1965 dan menjadi satu pedoman kepada semua warga lelaki di

seluruh Daerah Kinta Utara. Saya juga ingin menulis tentang perkembangan sekolah

tersebut dari segi kurikulum dan kokorikulum dan menjadi salah sebuah sekolah terkenal

di seluruh dearah pada masa ini. Hal ini demikian kerana saya ingin menceritakan tentang

keistimewaan perkembangan institusi sekolah sebagai sekolah yang sangat terkenal dalam

pelbagai bidang.

ISI

Sebagai pengkaji, saya ingin menulis tentang visi dan misi sekolah tersebut

dalam bahagian isi dalam struktur esei saya. Hal ini demikian kerana visi dan misi

merupakan satu konsep asa bagi setiap kewujudan sekolah dan mereka selalunya berusaha

untuk mencapai visi dan misinya dengan cepat

Page 9: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

960214-08-6590

Isi seterusnya ialah mengenlpasti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sekolah

tersebut bagi menjayakan warga sekolah tersebut. Dengan ini saya dapat mengkaji tentang

semua kejayaan dari aspek kokorikulum dan kurikulum.

Seterusnya, saya juga ingin menyatakan impak positif kewujudan sekolah

tersebut sebagai sekolah yang terkenal dan ingi menyatakan kesan kepada diri warga

sekolah tersebut.

PENUTUP

Setiap permulaan mesti ada pengakhiran dan saya ingin menyentuh tentang

impak keseluruhan perkembangan sekolah tersebut sebagai sekolah KBSM dan apakah

program-program masa depan yang bakal dijalankan oleh pihak penganjur sekolah

tersebut bagi mendukung visi dan misi yang sangat mencabar pada diri seorang warga

SMK Sungai Pari Ipoh.

Page 10: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

960214-08-6590

BIBLIOGRAFI

…..Chandran ,Thogaraj. Persiapan Rokethon. Gemilang.Mega Melon SDN.BHD. 2012.23

http://www.highbeam.com/doc/1P1-82692348.html.

http://sungaipari.blogspot.com/

http://www.yatedo.com/search/profil?q=schoolname%3A%28smk+sungai+pari+ipoh

%29+researches&btn_s=

http://id.famedpages.com/www/sm+sungai+pari+ipoh

…..M.S. Jimmy, Jim Annie. Kedudukan Dan Penilaian Pendidikan Sejarah Di Malaysia:

Satu Kajian Dan Penilaian Terhadap Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Dan Latihan Guru

Sejarah. Perpustakaan Tun Abdul Razak. Prof. Madya Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd.

Rahman, 1978.

…..Mariaselvam, Jeffrey Moses . Falsafah Sekolah. Gemilang. Mega Melon SDN.BHD.

2011.15

…..Seeni, John Devasagayam. Pengetua SMK.Sungai Pari.22.03.2015.SMK.Sungai Pari.

Page 11: Cadangan Kerja Kursus Sejarah Penggal 2

…...SMK Sungai Pari flex their muscles to win.News Straits Times.15 August.2002.