kertas cadangan kursus kepimpinan pelajar2010
Post on 25-Dec-2015
309 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
KURSUS KEPIMPINAN PELAJARTRANSCRIPT
BAB 1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU KUDIN27600 RAUBKERTAS CADANGAN KURSUS KEPIMPINAN PELAJARMEMPERKASAKAN KEPIMPINAN PELAJAR1.0 PendahuluanPemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, ketua tingkatan pemimpin asrama, ahli PRS dan SLAD merupakan satu unit yang membantu pengurusan sekolah dalam pembentukan sahsiah dan tingkah laku pelajar lain. Pihak sekolah memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap pemimpin pelajar agar ia dapat menjadi pemimpin dan membantu guru-guru dalam memantapkan sekolah terutamanya dalam pengurusan disiplin murid. Kepimpinan bertujuan mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki orang yang memimpin. Pemimpin pelajar adalah orang yang mempunyai keupayaan mendorong pelajar lain supaya patuh dengan rela hati tanpa tekanan atau perasaan. Sekolah menaruh harapan supaya mereka berupaya mencipta sekumpulan pelajar yang bertenaga, sedia berkorban dan komited dengan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan di peringkat sekolah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang, dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (JERIS). Kursus Kepimpinan Pelajar merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan aspirasi ini. Program yang dijalankan ini diharap dapat meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Ia juga diharapkan agar mereka yang dilantik akan menjadi contoh dan ikutan (role model) kepada murid-murid lain dari segi pencapaian akademik mahupun tingkah lakunya. Sehubungan itu Program Kepimpinan Pelajar yang dipilih khususnya untuk menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada semua pengawas dan ketua pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kudin. Justeru itu program memperkasakan pemimpin pelajar perlu dilaksanakan agar kualiti kepimpinan mereka dapat ditingkatkan dan seterusnya menyumbang ke arah iklim sekolah yang lebih baik.
Pembangunan disiplin murid merupakan landasan dan asas ke arah masyarakat berdaya saing untuk mencapai wawasan negara. Justeru, penekanan perlu dilakukan untuk mendidik murid-murid menuju ke arah sifar masalah disiplin. Keberkesanan sesebuah organisasi sangat bergantung kepada kepimpinan dan kerjasama semua warga organisasi tersebut. Sehubungan itu Program Memperkasakan Kepimpinan Pelajar yang dipilih untuk dijalankan di sekolah ini khususnya untuk menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada warga pengawas dan ketua kelas.
2.0 Rasional
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di peringkat sekolah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang, dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial ( JERIS ). Program Kepimpinan Pelajar merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan aspirasi ini. Mereka perlu diberi latihan dan bimbingan bagi meningkatkan kemenjadian Kendiri .
3.0
Matlamat
Menjadikan pemimpin pelajar berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan untuk menjalankan tugas. Di samping itu, ianya akan melahirkan pemimpin yang berkualiti dari segi mutu perkhidmatan. Budaya disiplin yang tinggi akan membantu membentuk tingkah laku pelajar lain.
4.0
Objektif
4.1Melahirkan pemimpin pelajar yang komited terhadap tugas dan sentiasa bertanggungjawab membantu sekolah mencapai visi dan misi yang ditetapkan.4.2Melahirkan pengawas dan ketua kelas yang mempunyai jati diri yang unggul, yakin kepada diri sendiri dan mempunyai kemahiran memimpin.4.3 Sentiasa bersikap positif terhadap tugas dan tahu tentang bidang tugas.4.4Menjadi pemimpin yang boleh dicontohi (role model) oleh murid lain.4.5Sentiasa berdaya saing untuk memajukan diri dan sekolah.4.6Membantu guru-guru menjaga disiplin sekolah.5.0 Tema
Pemimpin Iltizam Teras Kegemilangan Sekolah. Tema ini dipilih kerana sesuai dengan objektif program iaitu memberikan fokus kepada pembangunan diri pemimpin pelajar agar lebih efektif ketika menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Disebabkan mereka adalah pemimpin kepada pelajar lain, maka ia seharusnya berupaya menjadi role model kepada pelajar yang mereka pimpin.6.0
Kumpulan Sasaran
BilKumpulan PelajarLelakiPerempuanJumlah
1Ahli PRS5510
2Ahli SLAD101020
3Ketua kelas161632
4Exco Asrama101020
5Pengawas sekolah101030
Jumlah5656112
7.0
Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan
7.1 Tarikh : 27 hingga 28 Mac 20107.2 Tempoh:3 hari 2 malam
7.3Tempat : SMK TENGKU KUDIN8.0
Anggaran Kos Program8.1
Sumber kewangan:
8.1.1Peruntukan asrama
8.1.2Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
8.2
Perbelanjaan:Jumlah perbelanjaan RM 4712.00 - (Lihat Lampiran 1)9.0
Carta Organisasi
JAWATANKUASA INDUK
10. 0Jawatankuasa Pelaksana dan Bidang TugasLihat lampiran 2
11. 0Jadual KursusLihat lampiran 312. 0 Modul KursusLihat lampiran 413.0 Nama Peserta14.0 Lihat Lampiran 5
14.0Nama Penceramah dan Fasilitator
Lampiran 6
15.0Nama Guru Bertugas
Lampiran 716.0KEPERLUAN KURSUS
Aktiviti: Ceramah dan Bengkel Dalam Kumpulan iPakaian rasmi sekolah
iiAlatulis
Aktiviti: Kembara dan riadah:-
i. Trak suit
ii. T-shirt sekolah
iii. Kasut sukan
iv. Ubat-ubat peribadi
v. Tali
vi. Bekalan air dan makanan
vii. Alatulis
Aktiviti: Kerohanian ( Tazkirah dan sembahyang):-
i. Pakaian ibadat (kesesuaian)
ii. Alatulis16.0 PenutupDengan adanya kursus kepimpinan pelajar ini adalah diharap akan memberi kesan yang positif kepada pengawas dalam usaha untuk membantu pihak sekolah membina iklim yang kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Semoga segala input-input yang disampaikan akan menjadikan mereka, pemimpin yang berpengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan dan berkeupayaan untuk menjalankan tugas dalam sebarang keadaan sesuai dengan slogan sekolah ILMU SULUH HIDUP.Disediakan oleh,
Disemak oleh,.......................................................
.......................................................
( EN. ROSLAN B LAZIM)
( En Abdul Majid B Min )Setiausaha Kursus Kepimpinan
Pengerusi Kursus KepimpinanGuru Bimbingan Dan Kaunseling
PK Hal Ehwal Murid
SMK Tengku Kudin.
SMK Tengku Kudin Lampiran 1: Perbelanjaan
BIL.PERKARAJUMLAH
( RM )SUMBER
1Makan peserta, fasilitator dan urusetia
(125 orang X RM10.00 X 2 hari = RM2500.00 ) 2500.00
Peruntukan Asrama
2Saguhati Penceramah( 6 orang X RM50.00 = RM300.00 )300.00PIBG
3
Fail, alatulis dan alatan-alatan lain: RM:
Buku catatan 112 buah = 112.00
Permenant Marker 2 kotak = 68.00
Kertas mahjong 100 helai = 50.00
Fail poket 84 buah = 84.00
Masking tape 5 gelung = 10.00
Kain putih 6 meter = 24.00
Tali tangsi 1 gelung = 4.00
Bola sepak 5 biji (S/U sukan)
Bola jaring 5 (S/U sukan)
Gunting/pisau Unit B & K
- Air minuman 500ml : 10 kotak = 100.00 412.00
PIBG
4Hadiah (Hamper) RM 30.00 X 5150.00Asrama
5Baju T Peserta dan Fasilitator 125 X RM 10.001250.00Asrama
6Runcit/Pelbagai100.00PIBG
JUMLAH BESAR4752.00
Lampiran 2: Jawatankuasa Pelaksana Kursus Kepimpinan Pelajar Anjuran SMK. Tengku KudinBilJawatankuasa
Nama AJKBidang Tugas
1PenasihatCik Hajah Kamsuri binti Ibrahim, AMPPengetua Menjadi penasihat segala perjalanan program
2PengerusiEn Abdul majid Bin MinPK Hem
Mempengerusikan mesyuarat
Menyelesaikan masalah berbangkit
3Naib Pengerusi INaib Pengerusi iiPn. Hj Kuzaimah binti PK Pentadbiran En Rasimi Bin
Bersedia untuk mengambil alih tugas-tugas pengerusi sekiranya diperlukan
5SetiausahaPenolong SetiausahaEn. Roslan bin LazimGuru Kaunseling SMKTKCik Esmawati bt Menyediakan kertas kerja kursus
Membuat surat jemputan penceramah dan fasilitator
Menghantar surat kebenaran penjaga
Menghantar surat kepada PPD Raub & IPTAA Menyediakan borang penilaian dan membuat laporan kursus
Menyediakan minit mesyuarat
- Mengumpul Semua Bahan dan Maklumat Program
6Penyelaras En. Tee len On
Pn Mariam
Guru Penasihat Pengawas
Membuat penyelarasan semua tugas
Mempastikan semua persiapan AJK berjalan dengan lancar
Melaporkan kepada pengerusi dan setiausaha sekiranya ada masalah berbangkit
Mempastikan kursus berjalan dengan lancar
7PendaftaranPn.
Pn.
Cik Mendaftar kehadiran peserta
Mendaftar kehadiran fasilitator
8BendahariPn. Hamidah bt wahabPenyelia Asrama
CIK Fong
Bendahari PIBG Memohonkan peruntukan dari sumber yang telah ditentukan ( Peruntukan asrama, dan PIBG)
Mengeluarkan wang yang diperlukan
Merekodkan semua jenis perbelanjaan
Membuat laporan kewangan selepas kursus tamat dan menyerahkannya kepada setiausaha
9Modul dan Ketua FasilitatorPn. Wan Hashimah W. Mustapha
Pn Mariam bt Che yusof
Merangka modul kursus
Memberi taklimat kepada fasilitator
Membuat penilaian keberkesanan modul
10PA Sistem dan LCDEn. Khalil b. Ismail
Memasang dan mempastikan PA sistem dan LCD boleh berfungsi dengan baik
Bertanggungjawab ke atas keselamatan PA sistem dan LCD semasa kursus dijalankan dan selepas kursus tamat (simpan ditempat asal)
11Persiapan dewa