kerja kursus pengajian am penggal 2 stpm 2014

50
AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA YANG BERLAKU DI TAMAN DATO’ WAN. ABSTRAK Dalam menjalankan kajian Pengajian Am ini, saya telah memilih tema 1 iaitu Ekologi:Persekitaran.Tajuk kajian saya ialah Aktiviti Pembakaran Terbuka yang Berlaku di Taman Dato’ Wan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktoraktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan oleh sesetengah penduduk Taman Dato Wan dan kesan aktiviti pembakaran terhadap penduduk Taman Dato Wan serta alam sekitar. Taman Dato’ Wan terletak di mukim Ampangan, Seremban yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar Seremban. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, soal selidik dan rujukan.Dapatan utama kajian ini ialah melalui soal selidik iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik secara rawak kepada 30 orang responden. Hasil kajian mendapati pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Walaubagaimanapun, jika dibiarkan aktiviti ini berlanjutan ini akan menyebabkan perkara ini menjadi lebih serius. Jesteru, kajian ini dilaksanakan bagi membuka mata masyarakat dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mencegah aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.

Upload: qistina-afi

Post on 24-Dec-2015

1.213 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

TAJUK : AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA YANG BERLAKU DI TAMAN DATO’ WANTEMA 1 : EKOLOGI DAN PERSEKITARAN

TRANSCRIPT

Page 1: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA YANG BERLAKU DI

TAMAN DATO’ WAN.

ABSTRAK

Dalam menjalankan kajian Pengajian Am ini, saya telah memilih tema 1 iaitu

Ekologi:Persekitaran.Tajuk kajian saya ialah Aktiviti Pembakaran Terbuka yang Berlaku

di Taman Dato’ Wan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktoraktiviti pembakaran

terbuka yang dilakukan oleh sesetengah penduduk Taman Dato’ Wan dan kesan aktiviti

pembakaran terhadap penduduk Taman Dato’ Wan serta alam sekitar. Taman Dato’ Wan

terletak di mukim Ampangan, Seremban yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar

Seremban. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, soal selidik dan

rujukan.Dapatan utama kajian ini ialah melalui soal selidik iaitu dengan mengedarkan

borang soal selidik secara rawak kepada 30 orang responden. Hasil kajian mendapati

pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan hanya dilakukan secara kecil-kecilan.

Walaubagaimanapun, jika dibiarkan aktiviti ini berlanjutan ini akan menyebabkan

perkara ini menjadi lebih serius. Jesteru, kajian ini dilaksanakan bagi membuka mata

masyarakat dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mencegah aktiviti

pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.

Page 2: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

ISI KANDUNGAN

Butir Halaman

SINOPSIS I

ISI KANDUNGAN Ii

PENGHARGAAN Iii

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Negeri Sembilan

3.2 Daerah Seremban

3.3 Taman Dato’ Wan

3

3

4

5

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Persampelan

4.2 Pengumpualn Data

4.3 Teknik Penganalisaan Data

6

6

7-8

8

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Demografi Resonden

5.2 Pengetahuan Am Resonden

5.3 Faktor

5.4 Kesan

9

9-12

13

14-19

20-25

6.0 RUMUSAN 26

RUJUKAN 27

LAMPIRAN 28-35

PENGHARGAAN

Page 3: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Syukur kepada tuhan kerana saya telah dapat melaksanakan kerja kursus

Pengajian Am yang bertajuk ‘Aktiviti Pembakaran Terbuka yang Berlaku di Taman

Dato’ Wan, Ampangan’ dengan sempurna.Semasa menjalankan kajian ini, saya telah

mendapat bantuan dan kerjasama yang tidak ternilai harganya daripada pelbagai pihak.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

mereka yang berkenaan.

Ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

Ampangan, Datin Sri Hjh Rohayah Binti Harun yang telah memberi kebenaran untuk

menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

sekalung terima kasih kepada guru Pengajian Am saya iaitu,Puan Maliga a/p Mayyar

yang banyak memberi bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar dari awal hingga ke akhir

kajian ini disempurnakan.

Tidak lupa juga kepada permata hati dan pengarang jantung, iaitu ayah dan ibu

saya.Meraka banyak memberi sokongan moral dan semangat yang kukuh kepada saya

bagi menyiapkan tugasan ini.Seterusnya, bagi rakan-rakan seperjuangan yang banyak

mencurahkan idea serta memberikan komen yang membina bagi membantu saya

menyiapkan tugasan kajian ini, terima kasih diucapkan.

Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada semua responden yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam

mlengkapkan borang soal selidik yang diberikan.Tidak lupa juga kepada semua pihak

yang terlibat secara lansung atau tidak di atas segala budi dan jasa yang telah

dihulurkan.Jasa anda semua amat dihargai.

1.0 PENGENALAN

Page 4: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Pembakaran didefinisikan sebagai perihal

(perbuatan dan sebagainya) membakar manakala terbuka bermaksud tidak tertutup

(bertutup), terdedah. Pembakaran terbuka juga boleh ditakrifkan sebagai pembakaran

sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan

secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang, atau lohong.

Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran

udara.Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang harus dilaksanakan bagi melarang

masyarakat melakukan aktiviti yang mengancam alam sekitar seperti pembakaran

terbuka. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1998) yang memberikan hukuman

lebih ketat untuk kesalahan pembakaran terbuka iaitu denda maksimum RM 500, 000

atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. Namun, di Taman Dato’

Wan masih ada segelintir penduduk yang tidak menghiraukan tentang akta yang telah

dikuatkuasakan dan akibat daripada aktiviti pembakaran terbuka. Oleh itu, kajian ini

dibuat bertujuan mengenal pasti faktor dan kesan aktiviti pembakaran terbuka di Taman

Dato’ Wan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Page 5: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Dalam kajian ini,beberapa objektif telah menjadi landasan dan panduan pengkaji.

Objektif kajian tersebut adalah:

1) Mengenal pasti faktor-faktor aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh

penduduk Taman Dato’ Wan

2) Mengenal pasti kesan aktiviti pembakaran terbuka terhadap penduduk Taman

Dato’ Wan dan alam sekitar.

3.0 LOKASI KAJIAN

Page 6: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat

penting.Kawasan kajian ini adalah berfokus di kawasan Taman Dato’ Wan yang

terletak bersebelahan dengan Kompleks Belia dan Sukan Paroi serta berdekatan

dengan beberapa buah sekolah seperti Kolej Vokasional Ampangan, Sekolah Teknik

Tuanku Jaafar , Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan dan Sekolah

Menengah Agama Dato' Klana Petra Maamor.

3.1 Negeri Sembilan

Peta 1 : Peta Negeri Sembilan

Sumber: Google Image

Negeri Sembilan ialah sebuah negeri yang terkenal dengan Adat Perpatihnya.

Negeri yang terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan Kuala Lumpur ini terdiri

daripada 7 daerah dan 1 daerah kecil iaitu Seremban, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah,

Jempol, Rembau , Tampin dan daerah kecil Gemas. Seremban adalah ibu negeri tetapi

Seri Menanti yang terletak di daerah Kuala Pilah adalah Bandar Diraja bagi Negeri

Sembilan.

3.2 Daerah Seremban

Page 7: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Peta 2 : Daerah Seremban

Sumber: Google Maps

Peta 2 menunjukkan peta Seremban yang terletak di Bahagian Utara Negeri Sembilan dan

merupakan daerah keempat terbesar dengan keluasan 93.501.88 hektar. Terdapat 8 buah

mukim dengan mempunyai 89 buah Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK)

termasuk 12 JKKK Kampung Baru Bandar Seremban ini terletak di hulu Sungai Linggi

yang merupakan sungai yang terbesar di negeri ini. Sungai ini mengalir di bahagian

selatan Bandar Seremban tersebut. Di dalam sebuah buku yang bertajuk Negeri Sembilan

Dan Sejarahnya, terdapat beberapa cerita bagaimana bandar Seremban mendapat nama.

Buku tersebut telah dikarang oleh Abdul Samad Idris.Antara cerita-cerita yang terdapat

dalam buku tersebut ialah Nama yang diambil dari pokok-pokok yang tumbuh dengan

banyaknya di sekitar Hospital Besar Seremban.Pokok-pokok tersebut dipanggil pokok

'Bemban'. Selain itu, ada yang menyatakan bahawa Bandar Seremban pada masa dahulu

selalu ditenggelami air apabila hujan lebat.keadaan tersebut lalu dipanggil 'Beremban'

sehingga bertukar kepada nama Seremban. (sumber Laman web seremban.ns.gov.my)

3.3 Taman Dato’ Wan

Page 8: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Gambar 1: Taman Dato’ Wan

Sumber : Kajian Lapangan (8 Febuari 2014)

Gambar 1 di atas menunjukkan lokasi kajian iaitu Taman Dato’ Wan yang terletak

di mukim Ampangan iaitu salah satu mukim yang terdapat dalam daerah Seremban dan

berada dalam Negeri Sembilan. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 5 kilometer

dari Bandar Seremban dan berada di bawah pentadbiran Majlis Pembandaran Seremban.

Keluasan Taman Dato’ Wan ialah kira-kira 16 kilometer persegi (sumber pemaju

perumahan). Kawasan ini telah dimajukan oleh Syarikat Koperasi Kakitangan Kerajaan

Sdn. Bhd pada sekitar tahun 1971 hingga 1980.Kawasan perumahan ini terletak di

sebelah barat Bandar Seremban.

Page 9: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

4.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan

objektif kajian dengan hasil kajian.Dalam kajian ini pengkaji menggunakan persampelan

rawak mudah (simple random). Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk

mendapatkan maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah

ditetapkan. Kaedah ini berbentuk diskritif iaitu menggunakan instrumen borang kaji

selidik dimana ianya mudah untuk mendapatkan maklumat daripada responden

(MARSON e.t.a.l 1998)

Dapatan kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada

responden manakala maklumat yang diterima akan dianalisis secara kuantitatif. Data

jenis kuantitatif adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan kekerapan

angka dan skor. Ini adalah kerana data jenis kuantitatif sesuai bagi penyelidikan yang

menggunakan instrumen soal selidik dan kajian untuk mendapatkan maklumat kajian

(Mohd Najib , 1999). Kaedah soal selidik dan temu bual dikakukan dengan penduduk

tempatan di Taman Dato’ Wan. Selain itu, reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian

tinjauan atau kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan kawasan

kajian iaitu Taman Dato’ Wan, Ampangan. Kaedah kajian ini dipilih kerana darjah

melaksanakannya adalah singkat (DAUS,1986).

4.1 Persampelan

Kaedah ini menggunakan persampelan bukan probiliti iaitu teknik persampelan bertujuan

iaitu untuk menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji seramai 30 orang responden

telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini. Saiz sampel ini dikatakan relevan

menurut (BALEY 1994) di mana lebih kurang 20 kes merupakan saiz minimum bagi

kajian yang memerlukan analisis data perangkaan pemilihan responden adalah

berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk mereka menjawab soal selidik.

Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka

seharusnya warganegera Malaysia.

Page 10: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

4.2 Pengumpulan Data

Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik dan

pemerhatian. Borang soal selidik telah ditetapkan soalannya berdasarkan objektif kajian

bagi mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti

pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan dan kesan aktiviti pembakaran terbuka.

Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua iaitu data primer dan

data sekunder.

4.2.1 Data Primer

Dataprimer ialah kaedahsoal selidik dan temubual bersemuka dilakukan dengan

penduduk tempatan. Selain itu kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau

keadaan di Taman Dato’ Wan borang soal selidik adalah kaedah utama dalam

mengumpulkan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran.Penggunaan

borang soal selidik perlu melalui strategi bagi mereka membentuk soalan soal selidik

yang bersesuaian supaya tidak terlalu berat sebelah (Abdul Rahim etal 1999).

a) Borang soal Selidik

Dalam melaksanakan kajian , pengkaji menggunakan borang soal selidik

bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada penduduk Taman Dato’

Wan mengenai aktiviti pembakaran terbuka. Terdapat beberapa sebab mengapa borang

soal selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji kerana soal selidik memerlukan kos

membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat.Pengkaji juga

boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan

cepat. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data primer.Soalan dalam borang

soal selidik ini telahpun ditetapkan oleh pengkaji bersesuaian dengan objektif kajian.

Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang diguna para pengkaji untuk

mendapatkan data primer, borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut

objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak

menyimpang jauh daripada sasaran dan bahasa yang digunakan haruslah mudah dan

senang difahami oleh semua golongan responden . Hal in membolehkan semua responden

faham semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang tidak benar, di

mana ia akan memberi kesannya terhadap penganalisaan kajian ini nanti.

Page 11: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup dan terbuka . Rasional

menggunakan soalan tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan

mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang

bersifat piawai dan mudah dianalisis oleh penyelidik. Bagi soal selidik berbentuk terbuka

pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan berbagai

bentuk jawapan , responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai.

b) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan

maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temu bual pemerhatian

memerlukan penyelidikan memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian .Kaedah

pemerhatian memerlukan penyelidik untuk ke lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat

mentah serta lebih memahami situasi sebenar yang digambarkan oleh respoden.Pengkaji

juga berpeluang untuk meneliti perkembangan yang yang terbaru yang berlaku iaitu

aktiviti pembakaran terbuka.Juga daripada hasil kajian ini pengkaji mampu mengetahui

faktor-faktor dan kesan aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.

4.2.2 Data Sekunder

Data sekunder diperoleh dari perpustakaan,buku-buku ilmiah,jurnal,majalah dan akhbar.

Data-data penting termasuklah buku-buku , majalah , keratan akhbar , jurnal-jurnal dan

bahan-bahan ilmiah yang lain.Selain itu, rujukan laman sesawang seperti google maps

dan image bagi memperoleh data iaitu peta serta gambar rajah.

4.3 Teknik Penganalisaan Data

Data dianalisis mengikut kaedah diskriptif iaitu dalam bentuk peratusandan kekerapan

analisis data dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan

kepada responden (Malim dan George 1997).Tahap analisis dicapai apabila data yang

diperoleh dipastikan disunting dan ditukar kepada angka.Seterusnya, data tersebut yang

telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf, dan carta. Dalam borang kaji

selidik ini skala likert tiga peringkat digunakan dalam menilai punca dan kesan

pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan setiap peringkat penilian diberi nilai dalam

bentuk angka menggunakan skala likert. Dimana angka 3 mewakili setuju angka 2

mewakili tidak setuju dan angka 1 mewakili tidak pasti.

Page 12: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis mengenai penemuan kajian yang telah dilakukan

daripada borang soal selidik yang diisi oleh responden.Data yang telah dimasukkan

diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan dan taburan kekerapan.

5.1 Pengetahuan Am responden

BIL SOALAN Ya Tidak

1Adakah anda mengetahui tentang aktiviti

pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini?30 100% 0 0%

2Adakah anda pernah melakukan pembakaran

terbuka13 43% 17 57%

Jadual 1 : Pengetahuan Am Responden

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Pada bahagian ini iaitu bahagian B telah diutarakan 5 soalan yang terdiri

daripada 2 yang memerlukan responden membulatkan satu jawapan antara Ya atau

Tidak dan 3 soalan stuktur. Bagi soalan pertama kesemua responden 30 orang (100%)

mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di Taman Dato’ Wan.

Soalan kedua pula seramai 12 orang (40%) menyatakan bahawa mereka pernah

melakukan pembakaran terbuka manakala selebihnya 18 orang (60%) tidak pernah

melakukan pembakaran terbuka. Soalan ini berkait rapat dengan jantina

responden.Jantina bagi responden yang menyatakan ‘Ya’ ialah 10 orang responden

lelaki (33%) dan 2 orang responden perempuan (7%). Manakala jantina bagi

responden yang menyatakan’Tidak’ ialah 7 orang responden lelaki (23%) dan 11

orang responden perempuan (37%).Jelaslah bahawa majoriti responden yang pernah

membuat pembakaran terbuka adalah responden lelaki.

Page 13: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.2 Faktor pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan.

Bil PerkaraSetuju Tidak setuju Tidak Pasti

f % f % f %

1 Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa.

23 77 4 13 3 10

2 Masyarakat tidak menegur pelaku aktiviti pembakaran terbuka.

18 60 9 30 3 10

3 Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial seperti daun, pokok, dan tayar.

28 93 0 0 2 7

4Tiada kutipan secara berkala oleh Majlis Pembandaran Seremban terhadap sisa komersial.

9 30 16 53 5 17

5 Sikap pelaku pembakaran terbuka yang tidak bertanggungjawab.

23 77 4 13 3 10

6 Tidak ada tindakan daripada Jabatan Alam Sekitar.

5 17 8 27 17 56

7 Salah satu cara menghalau nyamuk. 27 90 2 7 1 3

8 Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka.

24 80 3 10 3 10

9Menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membanteras pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa.

18 60 10 33 2 7

10 Kurangnya pengetahuan dan pendidikan tentang pembakaran terbuka. 22 73 5 17 3 10

Jadual 2 : Faktor pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Page 14: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.2.1 Faktor 1

77%

13%

10%

Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa

SETUJU

TIDAK SETUJU

TIDAK PASTI

Rajah 1 : Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 1, majoriti responden iaitu seramai 23 orang responden (77%)

telah memilih setuju bagi faktor tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa

menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka di taman ini. Manakala selebihnya 4

orang responden (13%) telah memilih tidak setuju dan 3 orang (10%) telah memilih

tidak pasti mengenai faktor tersebut menyebabkan berlakunya aktiviti pembakaran

terbuka. Faktor ini mempengaruhi tahap pendidikan responden.Seramai 12 orang

responden (40%) bagi tahap pendidikan SPM bersetuju dengan penyataan tersebut,

seterusnya 9 orang responden (30%) pada peringat STPM/Setaraf menyatakan

mereka setuju dan peringkat Ijazah/PHD 2 orang bersetuju (7%) bahawa tiada aduan

dibuat kepada pihak berkuasa menyebabkan aktiviti pembakaran terbuka berlaku. Hal

ini jelas menunjukkan majoriti responden berada pada tahap pendidikan yang rendah.

Page 15: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.2.2 Faktor 3

SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

93

07

Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial

FAKTOR 3

PERA

TUS

Mudah dihapuskan

Rajah 2 : Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 2, bagi faktor ketiga iaitu jalan mudah untuk menghapuskan

sisa komersial, majoriti responden seramai 28 orang(93%) bersetuju bahawa faktor

tersebut menyebabkan pembakaran terbuka berlaku di Taman Dato’ Wan. Manakala

selebihnya 2 orang (7%) tidak pasti dan tidak ada responden (0%)yang tidak setuju

bagi faktor jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial. Pendapatan

responden bagi mereka yang memilih skala likert setuju ialah 2 orang responden (7%)

tiada pendapatan, 3 orang responden (10%) mempunyai pendapatan bawah dari

RM1000 sebulan, 20 orang responden (66%) mempunyai pendapatan sebanyak

RM1000-RM3000 sebulan dan bagi pendapatan mereka RM4000-RM5000 sebulan

mewakili 3 orang responden (10%). Selebihnya 2 orang responden (7%) tidak pasti

mempunyai pendapatan sebanyak RM4000-RM5000 sebulan.Dapatan kajian

menunjukkan faktor ini berkait rapat dengan pendapatan responden kerana majoriti

responden bependapatan antara RM1000-RM3000.

Page 16: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.2.3 Faktor 4

30%

53%

17%

Tiada kutipan secara berkala oleh MPS

SETUJU

TIDAK SETUJU

TIDAK PASTI

Rajah 3 : Tiada kutipan secara berkala oleh MPS

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seterusnya, faktor keempat ialah tiada kutipan secara berkala oleh Majlis

Pembandaran Seremban (MPS) terhadap sisa komersial.Seramai 9 orang (30%) telah

memilih setuju dan 16 orang responden (53%) memilih tidak setuju bagi faktor

tersebut. Namun begitu , seramai 5 orang responden (17%) telah memilih tidak pasti

bahawa tiada kutipan secara berkala oleh MPS. Berdasarkan data yang diperoleh ini,

majoriti responden tidak bersetuju bahawa tiada kutipan secara berkala oleh MPS

faktor yang menyebabkan aktiviti pembakaran terbuka berlaku di taman ini.

Page 17: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.2.4 Faktor 7

90%

7%3%

Salah satu cara menghalau nyamukSETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

Rajah 4 :Salah satu cara menghalau nyamuk

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seramai 27 orang responden (80%) telah memilih setuju manakala 2 orang

responden (7%) telah memilih tidak setuju bagi faktor salah satu cara menghalau

nyamuk. Selebihnya,1 orang responden (3%) telah memilih tidak pasti terhadap

faktor tersebut yang menyebabkan penduduk di Taman Dato’ Wan melakukan aktiviti

pembakaran terbuka.Oleh itu, dapat dilihat berdasarkan rajah 4, majoriti responden

bersetuju dengan faktor ini.Bagi faktor ini tahap pendidikan resonden yang

menyatakan mereka bersetuju ialah 15 orang responden (51%) pada peringkat SPM,

10 orang responden (33%) pada peringkat STPM/Setaraf dan 2 orang responden (7%)

pada peringkat Ijazah/ PHD. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden yang

bersetuju berada pada tahap SPM. Oleh itu, jelaslah bahawa tahap pendidikan

responden mempengaruhi faktor ini

Page 18: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.2.5 Faktor 8

SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

80

10 10

Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka

Series 1

PERA

TUS

Tiada kesedaran

Rajah 5:Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Selain itu,majoriti responden iaitu seramai 24 orang (80%) memilih setuju

bagi faktor tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka.Manakala bagi skala

tidak setuju dan tidak pasti, masing-masing mempunyai bilangan responden yang

sama iaitu seramai 3 orang (10%) bagi faktor ini.Faktor ini berkaitan dengan tahap

pendidikan responden.Responden yang memilih skala setuju tahap pendidikan

mereka ialah 11 orang responden (37%) bagi SPM, STPM/Setaraf pula seramai 10

orang responden (33%) dan 3 orang responden (10%) mempunyai pendidikan

ditahap Ijazah/PHD.Seterusnya, 3 orang responden (10%) pada tahap SPM

menyatakan mereka tidak bersetuju dengan faktor ini.Bagi tidak pasti pula, 2 orang

(7%) pada tahap SPM dan 1 orang responden (3%) peringkat STPM/Setaraf.Oleh

itu, dapat dibuktikan bahawa majoriti responden berada pada tahap SPM.

Page 19: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.3 Kesanpembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan dan alam sekitar

Bil PerkaraSetuju Tidak setuju Tidak Pasti

f % f % f %

1 Gangguan kesihatan seperti batuk, sesak nafas, dan perit tekak.

28 94 1 3 1 3

2 Rumah diselubungi asap. 21 70 4 13 5 17

3 Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur.

25 83 3 10 2 7

4 Rumah menjadi berdebu. 18 60 6 20 6 20

5 Tidak dapat bersantai di luar rumah dengan selesa.

22 73 8 27 0 0

6 Penglihatan menjadi terhad. 28 93 2 7 0 0

7 Mengancam keselamatan kerana boleh mengundang kebakaran.

26 87 0 0 4 23

8 Keadaan persekitaran berjerebu. 24 80 4 13 2 7

9 Berlakunya hujan asid. 26 87 0 0 4 13

10 Indeks Pencemaran Udara akan meningkat. 24 80 4 13 2 7

Jadual 3 :Kesanpembakaran terbuka terhadap penduduk di

Taman Dato’ Wan dan alam sekitar

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Page 20: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.3.1 Kesan 1

94%

3%3%

Gangguan kesihatan SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

Rajah 6 : Gangguan Kesihatan

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden iaitu 28 orang responden

(94%) telah memilih setuju bagi kesan gangguan kesihatan seperti batuk, sesak

nafas, dan perit tekak.Selebihnya, skala likert tidak setuju dan tidak pasti masing-

masing mewakili 1 orang responden (3%) bagi kesan tersebut akibat daripada

aktiviti pembakaran terbuka.Kesan ini mempengarui umur rsponden. Lingkungan

umur responden bagi mereka yang memilih skala setuju ialah 7 orang responden

(23%) berumur antara 21-35, 5 orang responden (17%) umurnya 36-50, 4 orang

responden (13%) berada diantara 51-65 tahun dan majoriti responden bersetuju

dengan faktor ini berumur 66 keatas iaitu seramai12 orang (41%). Bagi skala

likert tidak setuju 1 orang responden (3%) berada di dalam lingkungan umur 51-

65 tahundan tidak pasti 1 orang responden(3%) berumur 36-50 tahun.Dapatan ini

jelas menunjukkan responden berumur 66 tahun keatas mendapat kesan terhadap

gangguan kesihatan ini.

Page 21: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.3.2 Kesan 3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

83

107

Bau asap melekat pada pakaian yang di-jemur.

SETUJUTIDAK SETUJUTIDAK PASTI

PERA

TUS

Bau asap melekat pada pakaian

Rajah 7 : Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Seterusnya, majoriti responden seramai 25 orang responden (83%) telah

memilih setuju bagi kesan ketiga ini iaitubau asap melekat pada pakaian yang

dijemurmanakala seramai 3 orang responden (10%) memilih tidak setuju bagi kesan

tersebut. Minoriti responden iaitu2 orang responden (7%) memilih tidak pasti

terhadap kesan ini.Kesan ini berkait rapat dengan jantina responden.Jantina

responden lelaki yang menyatakan mereka setuju dengan kesan ini ialah 12 orang

responden (40%) manakala responden perempuan pula seramai 13 orang

(43%).Jelaslah bahawa responden perempuan mendapat kesan ini.

Page 22: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.3.3 Kesan 4

60%20%

20%

Rumah menjadi berdebuSETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI

Rajah 8 : Rumah menjadi berdebu

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 8, seramai 18 orang responden (60%) telah memilih setuju bagi

kesan rumah menjadi berdebu. Meskipun begitu, terdapat 6 orang responden (20%)

memilih tidak setuju dan 6 orang responden bersamaan (20%) memilih tidak pasti

bagi kesan rumah menjadi berdebu.Ini bermakna majoriti daripada penduduk Taman

Dato’ Wan mendapat kesan rumah mereka berdebu akibat daripada aktiviti

pembakaran terbuka ini.

Page 23: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.3.4 Kesan 6

SETUJU TIDAK SETUJU TIDAK PASTI0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

93

70

Penglihatan menjadi terhad.

FAKTOR 6

PERA

TUS

Penglihatan Terhad

Rajah 9 : Penglihatan menjadi terhad

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Selain itu, bagi kesan yang keenam iaitu penglihatan menjadi terhadmajoriti responden

iaitu seramai 28 orang responden (93%) bersetuju dengan kesan tersebut berlaku akibat

daripada aktiviti pembakaran terbuka.Namun begitu, tedapat juga 2 orang responden

(7%) telah memilih tidak setuju dan tiada responden (0%) bagi skala likert tidak pasti

akan kesan penglihatan menjadi terhad.Kesan ini mempengaruhi umur responden.Bagi

responden yang memilih skala likert setuju lingkungan umur mereka ialah 7 orang (23%)

berumur 21-35 tahun, 6 orang (20%) umur mereka 36-50 tahun, lingkungan umur 51-65

tahun pula ialah 3 orang responden (10%) dan 12 orang responden (40%) berumur 66

tahun dan keatas. Selebihnya 2 orang responden (7%) yang menyatakam mereka tidak

setuju berumur antara 51-65 tahun.Jelaslah bahawa umur responden mempengaruhi kesan

ini.

Page 24: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

5.3.5 Kesan 8

80%

13%

7%

Keadaan persekitaran berjerebu

SETUJU

TIDAK SETUJU

TIDAK PASTI

Rajah 10 : Keadaan persekitaran berjerebu

Sumber : Kajian Lapangan (Soal Selidik)

Berdasarkan rajah 10, searamai 24 orang responden (80%) telah memilih setuju

bagi kesan keadaan persekitaran berjerebu. Namun begitu, terdapat 4 orang responden

(13%) telah memilih tidak setuju manakala 2 orang (7%) tidak pasti dengan kesan

tersebut. Oleh itu, dapat dilihat bahawa majoriti responden bersetuju dengan kesan

keadaan persekitaran berjerebu.Kesan ini berkaitan dengan tahap pendidikan

responden.Bagi skala likert setuju tahap pendidikan responden ialah 11 orang (37%)

pada peringkat SPM, 10 orang (33%) pada peringkat STPM/Setaraf dan peringkat

Ijazah/PHD pula ialah 3 orang responden (10%). 3 orang responden (10%) yang

mempunyai tahap pendidikan diperingkat SPM dan 1 orang responden (3%) pada

tahap STPM/Setaraf menyatakan mereka tidak setuju dengan kesan tersebut.

Selebihnya, 2 orang responden (7%) tidak pasti akan kesan ini.

Page 25: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

6.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, aktiviti pembakaran terbuka di Taman Dato’ Wan

didapati hanya dilakukan secara kecil-kecilan. Hal ini kerana hanya segelintir responden

sahaja yang pernah melakukan pembakaran terbuka tetapi kesemua responden

mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di taman ini. Hasil

daripada kajian pengetahuan am responden, kebanyakan responden menyatakan jenis

sampah yang dibakar oleh penduduk ialah daun kering seterusanya majoriti responden

bersetuju bahawa penduduk biasanya membakar sampah pada waktu petang. Dari kajian

ini juga, majoriti responden bersetuju bahawa faktor aktiviti pembakaran terbuka berlaku

di taman ini kerana jalan mudah untuk menghapuskan sisa komersial dan salah satu cara

menghalau nyamuk. Hal ini demikian kerana, melalui pemerhatian pengkaji, penduduk

akan mengumpulkan sisa komersial untuk di bakar selepas melakukan aktiviti

pembersihan kawasan persekitaran rumah mereka dan taman ini merupakan kawasan

wabak denggi. Namun begitu, faktor 3 dan faktor 7 masing-masing berkait rapat dengan

pendapatan dan tahap pendidikan responden.Faktor jalan mudah menghapuskan sisa

komersial berkaitan dengan pendapatan responden kerana majoriti responden mempunyai

pendapatan antara RM1000-RM3000. Faktor salah satu cara menghalau nyamuk pula

dipengaruhi oleh tahap pendidikan responden kerana pendidikan kebanyakan responden

pada tahap SPM. Selain itu, gangguan kesihatan dan penglihatan menjadi terhad

merupakan kesan yang dipersetujui oleh majoriti responden akibat daripada aktiviti

pembakaran terbuka ini.Kedua-dua kesan tersebut berkait rapat dengan umur responden

dimana majoriti responden yang bersetuju dengan kesan ini berumur 66 tahun

keatas.Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat membuka mata masyarakat dan pihak-

pihak yang bertanggungjawab untuk mencegah aktiviti pembakaran terbuka di Taman

Dato’ Wan kerana jika dibiarkan perkara ini berlanjutan perkara ini akan menjadi serius.

Page 26: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

7.0 RUJUKAN

1. Berita Harian (2014). Pembakaran terbuka, habuk halus, kerja tanah punca jerebu. Dicapai pada Mac, 13, 2014 dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pembakaranterbuka_habukhalus_kerjatanahpuncajerebu/Article/index_html

2. Google Image (2014). Peta Negeri Sembilan. Dicapai pada Febuari 7, 2014, dari

https://www.google.com/image/

3. Halina Mohd Noor. “Pembakaran terbuka tidak kira masa” dlm. Berita Harian,18

Febuari 2010

4. Hamid Karim. “Usaha atasi pembakaran terbuka” dlm. Harian Metro, 17 April

2001

5. Jabatan Alam Sekitar (2013). “Langkah proaktif tangani jerebu”(Pulihara Alam

Sekitar, Selamatkan Bumi). Dicapai pada Febuari 8, 2014, dari

http://www.doe.gov.my/webportal/info-umum/langkah-proaktif-tangani-jerebu/

6. Kamus Dewan edisi keempat,2005.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

7. Malaysia. Jabatan Alam Sekitar, 2007. Larangan Pembakaran Terbuka.

Putrajaya : Bahagian Komuniksai Strategik & Bahagian Udara Jabatan Alam

Sekitar.

8. Map Data (2014) Google Maps. Peta Seremban. Dicapai pada Febuari 7, 2014,

dari https://www.google.com/maps/place/Seremban,+Negeri+Sembilan/

9. Nawwar Abdul Rahim. “2,402 pembakarn terbuka” dlm. Mingguan Malaysia, 23

Mac 2014

10. Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Sembilan (2014). Latar belakang Seremban.

Dicapai pada Febuari 8, 2014 dari

http://seremban.ns.gov.my/index.php/maklumat-organisasi/profail/latar-belakang

11. Siti Fatimah. “Denda pembakaan terbuka disyor RM500,000” dlm. Utusan

Malaysia, 20 April 1998

12. tongkatwaran75 (2014). Bomba Dah Penat Kata Ketua Pengarah. Dicapai pada

Mac, 14, 2014 dari http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=9848

Page 27: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

13. Utusan Malaysia (1998). Pembakaran terbuka dan kesannya. Dicapai pada Mac,

13, 2014 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=1998&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm

LAMPIRAN

Page 28: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Borang Soal Selidik

BAHAGIAN A

Tandakan [ / ] pada yang berkenaan

Jantina

Lelaki Perempuan

Umur

21 - 35

36 - 5051 - 6566 dan ke atas

Taraf Pendidikan

PMRSPMSTPM/SETARAF IJAZAH/PHD

Status Perkahwinan

BujangBerkahwinDuda /Janda

Pekerjaan

KerajaanSwastaSendiriPencen

Tidak Bekerja

Pendapatan Bulanan

Bawah dari RM 1000RM 1000 – RM 3000RM 4000 – RM 5000Lebih dari RM 5000

Page 29: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

BAHAGIAN B

Bulatkan satu jawapan bagi soalan 1 dan 2 serta nyatakan jawapan bagi soalan 3

hingga 5.

1. Adakah anda mengetahui tentang aktiviti pembakaran terbuka yang berlaku di

taman ini?

Ya / Tidak

2. Adakah anda pernah melakukan aktiviti pembakaran terbuka?

Ya / Tidak

3. Apakah jenis-jenis sampah yang dibakar ?

_____________________________________________

4. Bilakah waktu kebiasaan aktiviti pembakaran terbuka dilakukan oleh penduduk?

______________________________________________

5. Mengapakah penduduk di taman ini membakar sampah?

_____________________________________________

BAHAGIAN C

29

Page 30: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Berikan penilaian anda berdasarkan skala berikut dengan menandakan [ / ] :

Faktor pembakaran terbuka berlaku di Taman Dato’ Wan

Bil Perkara SetujuTidak setuju

Tidak pasti

1 Tidak ada aduan dibuat kepada pihak berkuasa.

2 Masyarakat tidak menegur pelaku aktiviti pembakaran terbuka.

3 Jalan mudah untuk menghapuskan sisa-sisa komersial seperti daun, pokok, dan tayar.

4 Tiada kutipan secara berkala oleh Majlis Pembandaran Seremban terhadap sisa komersial.

5 Sikap pelaku pembakaran terbuka yang tidak bertanggungjawab.

6 Tidak ada tindakan daripada Jabatan Alam Sekitar.

7 Salah satu cara menghalau nyamuk.

8 Tiada kesedaran tentang kesan pembakaran terbuka.

9 Menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membanteras pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa.

10 Kurangnya pengetahuan dan pendidikan tentang pembakaran terbuka.

Page 31: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Kesan pembakaran terbuka terhadap penduduk di Taman Dato’ Wan dan alam sekitar

Bil Perkara SetujuTidak setuju

Tidak pasti

1 Gangguan kesihatan seperti batuk, sesak nafas, dan perit tekak.

2 Rumah diselubungi asap.

3 Bau asap melekat pada pakaian yang dijemur.

4 Rumah menjadi berdebu.

5 Tidak dapat bersantai di luar rumah dengan selesa.

6 Penglihatan menjadi terhad.

7 Mengancam keselamatan kerana boleh mengundang kebakaran.

8 Keadaan persekitaran berjerebu.

9 Berlakunya hujan asid.

10 Indeks Pencemaran Udara akan meningkat.

KERATAN AKHBAR

31

Page 32: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Berita Harian (18 Febuari 2010)

Utusan Malaysia (20 April 1998)

Harian Metro (17 April 2001)

Page 33: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

Mingguan Malaysia (23 Mac 2014)

Berita Harian 3 September 2003

33

Page 34: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014
Page 35: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014

RISALAH

35

Page 36: KERJA KURSUS PENGAJIAN AM PENGGAL 2 STPM 2014