cadangan jaw krts3

18
CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015 SOALAN 1 Maksud Nasionalisme Perasaan cinta atau sayang akan bangsa dan negara perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan Tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudaaan asing SOALAN 2 Sebab-Sebab Penentangan Pemimpin Tempatan Terhadap British Dasar Penaklukan British untuk mengukuhkan kedudukan politik dan kuasanya memperluas kuasa politik kawasan yang ditakluki terikat dengan peraturan memaksa sesetengah kawasan menjadi tanah jajahan Naning dipaksa membayar ufti melaksanakan Sistem Residen di Selangor/ Negeri Sembilan/ Perak/ Pahang Sistem Penasihat dilaksanakan di Johor/ Kelantan/ Terengganu/ Kedah/ Perlis orang Iban di Sarawak dianggap lanun Eksploitasi Ekonomi Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British Pelaksanaan Sistem Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan British memperkenalkan sistem cukai Undang-undang dan peraturan-peraturan tanah Untuk mendapatkan hasil yang maksimum British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British Tanah dikenakan cukai. Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan Tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai GC SEJARAH SELANGOR 1

Upload: ckg-rmy

Post on 04-Dec-2015

5.261 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Sejarah SPM 2015 Kertas 3

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

SOALAN 1 Maksud Nasionalisme

Perasaan cinta atau sayang akan bangsa dan negara perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan Tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudaaan asing

SOALAN 2 Sebab-Sebab Penentangan Pemimpin Tempatan Terhadap British

Dasar Penaklukan British untuk mengukuhkan kedudukan politik dan kuasanya memperluas kuasa politik kawasan yang ditakluki terikat dengan peraturan memaksa sesetengah kawasan menjadi tanah jajahan Naning dipaksa membayar ufti melaksanakan Sistem Residen di Selangor/ Negeri Sembilan/ Perak/ Pahang Sistem Penasihat dilaksanakan di Johor/ Kelantan/ Terengganu/ Kedah/ Perlis orang Iban di Sarawak dianggap lanun

Eksploitasi Ekonomi Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi

tempatan bagi kepentingan mereka Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British

dengan pemimpin tempatan Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan

menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British

Pelaksanaan Sistem Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan British memperkenalkan sistem cukai Undang-undang dan peraturan-peraturan tanah Untuk mendapatkan hasil yang maksimum British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk

mesti mendapat kebenaran British Tanah dikenakan cukai. Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan Tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar

cukai

Campur tangan British dalam adat resam tempatan

GC SEJARAH SELANGOR 1

Page 2: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan

British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan budaya tempatan

Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan

Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan

Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas

kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan

ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal

ehwal daerahnya Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan

kehilangan kuasa Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin

tempatan yang mendorong mereka menentang British

Kesulitan Penduduk Tempatan Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang

menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan pemimpin tempatan

Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang British

SOALAN 3Peristiwa perjuangan/ kebangkitan tokoh tempatan/ pemimpin

Penghulu Dol Said (Naning) Dipelopori oleh Penghulu Dol Said Menentang Naning dijadikan wilyah taklukan British Enggan menghantar satu per sepuluh hasil sebagai ufti British menghantar tenteranya menakluk Naning pada tahun 1831 Dol Said dibantu oleh Yam Tuan Ali dari Rembau Syed Syaban, Penghulu Remai dan Rechat, Dato’Kelana Sungai Ujong serta

Penghulu Gemenceh Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie 1,200 orang tentera British menyerang Dol Said kali kedua, Dol Said tidak

mendapat bantuan daripada mana-mana pihak Pasukan British Berjaya mengalahkan tentera Dol Said Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke MalakaDato’ Maharaja Lela (Perak)

GC SEJARAH SELANGOR 2

Page 3: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Dato’ Maharajalela dan pembesar Melayu Perak dan yang lain membuat bantahan secara terbuka terhadap campur tangan British

Dato’ Maharajalela membuat kubu di Pasir Salak Dato’ Maharajalela dengan pe,mbesar-pembesar Melayu bermesyuarat di

Durian Sebatang menentang undang-undang British Dato’ Maharajalela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W

Birch Selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di

Belanja Dato’ Maharajalela melakukan penentangan terhadap British Namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British Dato’ Maharajalela mengerahkan Seputum, Pandak Lam dan lain-lain

membunuh J.W.W Birch di Sungai Perak, Pasir Salak Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota lama apabila

tentera British seramai 500 orang melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang terlibat

Dato’ Maharajalela bersama-sama Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Induk dijatuhi hukuman gantung setelah dibicarakan di Matang, Perak yang dihakimi oleh Raja Idris dan penasihatnya ialah Frank Swettenham.

Yam Tuan Antah (Negeri Sembilan) Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato’ Syahbandar Sungai Ujong iaitu

Abdullah Tunggal menentang penguasaan British di Negeri Sembilan Kedua-dua mereka menentang kemasukan British di Sungai Ujong British menyokong Dato’Kelana menduduki Terachi dan Paroi British menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi Pada tahun 1888 Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai

Dato’ Bahaman (Pahang) Menentang pembinaan balai polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya Menyerang British kerana mengankap anak buahnya Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan akibat tekanan daripada British Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh

raja Chulalongkorn Beliau menetap di Chiengmai Diberi wang sara hidup 1000 baht dan meninggal dunia di Chiengmai Dato’ Bahaman menetantang pelantikan J.P Rodgers sebagai re3siden pertama

di Pahang Beliau menentang pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan

dengan adat resam dan sistem politik tempatan Dasar-dasar itu termasuklah sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah,

sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar

GC SEJARAH SELANGOR 3

Page 4: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul telah menentang British selama 5 tahun

Tok janggut ( Kelantan) Penentangan terhadap penjajhan British berlaku di Pasir Putih pada tahun

1910 British memperkenalkan Sistem Penasihat British British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang

diperkenalkan Tok Janggut membantah perlaksanaan sistem cukai ini Beliau enggan membayar cukai Bantahan Tok janggut tidak dilayan Pegawai Daerah Pasir Puteh mengarahkan pihak polis menangkap Tok

Janggut tapi gagal Pada tahun 1915 Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji

Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan Berjaya menawannya

Sebuah kerajaan baru telah dibentuk Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan

Che Ishak sebagai pegawai daerah Dengan menggunakan nama sultan Kelantan, British telah membawa masuk

pasukan tentera dari negeri Selat Mereka memulakan serangan pada Mei 1915 di Saring. Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden

telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya Tok Janggut telah terkorban dalam serangan itu dan mayatnya diarak

keseluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas

Sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British

Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu) Beliau tidak berpuashati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah

British yang diperkenalkan kepada orang tempatan Pada JUlai dan Ogos 1922, Haji Abdul rahman Limbong mengetuai penduduk

kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa kebenaran British Pada Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan

membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III Tanash itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga kampung Pelam Dengan bantuan Tengku Nik Maimunah mereka dapat disuraikan Penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada Mei 1928 Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya

mendudukinya Kumpulan di Kuala Telemong telah bersiap sedia menunggu arahan untuk

menentang British

GC SEJARAH SELANGOR 4

Page 5: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang

British menangkan dan memburu sesiapa sahaja yang menghalang Cara ini memudahkan Briitsh kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka

kepada sultan Sepasukan Polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong Pasukan polis Berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan

mengorbankan 11 orang Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang

dibawa dari Singapura Beliau Berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah

Rentap (Sarawak) Pada tahun 1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James

Brooke di kubu Nanga Skrang kerana tindakan Brookes yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang

Dianggap sebagai lanun Berjaya mengusir Brookes Brookes membalas dengan membakar kampung mereka Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit sadok dan membina kubu Rentap terus diserang oleh pasukan Brookes Pada tahun 1861, tentera Brookes Berjaya mengalahkan Rentap Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungan Entabai Seranganya semakin lemah

Linggir (Sarawak) Pemimpin kaum Iban di Saribas Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849 Menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupur Merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke/ Kapten Farquhar

menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut

Syariff masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur (Sarawak) Syariff masahor bersama Datu patinggi Abdul Ghapur Penentangan oleh Orang Melayu Menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka/ Sungai Rajang Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk

tempatan 1858, James Brooke membina kubu di kanowit Shariff masahor telah menyerang kubu tersebut Beliau dan datu patinggi Abdul Ghapur menyerang James Brooke di Kuching

tetapi gagal Shariff Masahor melarikan diri ke Brunei

GC SEJARAH SELANGOR 5

Page 6: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura

Mat Salleh (Sabah) Mat Salleh memerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat salleh SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh Mereka melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu Pegawai-pegawai syarikat bersikap kasar kepada pendudk tempatan Mat salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi Mat

Salleh tidak dilayan Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampungnya Mat Salleh terpaksa melarikan diri Mat Salleh dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap

kubu SBUB di Pulau Gaya SBUB telah menawarkan [elan damai kepada Mat Saleeh dengan

menyerahkan Tambunan kepadanya SBUB mungkir janji Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan mnenyerang kubu

Mat Salleh Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunai pada 31 Januari 1900

SOALAN 4Peranan/ mesej / isu yang disampaikan oleh Akhbar dalam penggerak semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Akhbar meniupkan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua. Antara penulis akhbar yang terkenal ialah Zainal Abidin Ahmad ( za’ba)

(1920-an), Dato’ Onn bin Jaafar dan Abdul Rahim Kajai(1930-an) Antara akhbar yang terkenal ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis,

Utusan Melayu, Warta Negara dan Fajar Sarawak

Isu Ekonomi Menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam

ekonomi tempatan Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu Melarang orang Melayu menjual tanah Menyeru orang Melayu berjimat cermat Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur

Isu Sosial Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan

GC SEJARAH SELANGOR 6

Page 7: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih kerja & tidak mahu berusaha

Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan anak-anak

Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan & kerja tangan

Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikan nilai ekonomi Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran

British Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat

Isu Politik Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan

kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang

Melayu dalam perkhidmatan kerajaan Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

SOALAN 4Peranan/ mesej/ isu yang dibangkitkan yang oleh Majalah dalam penggerak semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Majalah Guru oleh Muhamad Dato’ Muda Linggi,Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid

Pendidikan anak-anak Melayu Menyeru perpaduan orang Melayu Meniupkan semangat cinta akan negara Membaiki taraf hidup orang Melayu Memajukan bahasa & sastera Melayu Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa

Majalah Pengasuh oleh Dato’ Nik Mohamad Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu Memperluas ilmu dalam semua bidang Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Majalah Bulan Melayu oleh Zainon Sulaiman Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya

Timur Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa

GC SEJARAH SELANGOR 7

Page 8: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

SOALAN 4Mesej/ isu/ tema yang dibangkitkan yang oleh Novel dalam penggerak semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Novel Keris Melaka oleh Ahmad Bakhtiar Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti

Hang Tuah Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong

semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

Novel Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan Menghargai warisan bangsa sendiri Mencintai tanah air Menolak kesenangan demi maruah bangsa

Novel Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa Mencintai tanah air Berasa bangga dengan kebolehan sendiri Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak

mahu menjatuhkan maruah bangsa

Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya Membuang pandangan negetif yang boleh menghalang kemajuan bangsa

SOALAN 4Peranan persatuan-persatuan dalam membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Pada awal abad ke-20, muncul persatuan-persatuan yang membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu.

Tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan pembelaan politik bangsa

Contoh: Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan sahabat Pena Malaya(PASPAM), Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Sabahat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau, Kesatuan Melayu Muda (KMM)

GC SEJARAH SELANGOR 8

Page 9: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Kesatuan Melayu Singapura ( KMS) Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura Diasaskan Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh Tujuan penubuhan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk

Melayu Singapura Mohammad Eunos Abdullah telah Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran di

British Dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat bagi mewakili

orang Melayu kejayaan beliau ialah kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian

British, memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di Singapura.

Kesannya – mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan negeri Melayu lain pada tahun 1930-an

Persatuan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM) Ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin oleh S.M. Zainal Abidin B.A Tujuan penubuhan ialah untuk menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan &

bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri

telah mendapat sambutan hangat Walaupun tidak bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas

kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Persatuan-Persatuan negeri Persatuan negeri juga ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di

Perak(1937), Selangor(1938), Negeri Sembilan(1938) dan Pahang(1938) Objektif penubuhan adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi

membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan & perkhidmatan kerajaan

Dengan ini, perpaduan di kalangan orang Melayu dapat digalakkan

Persatuan di Sarawak Persatuan kebangsaan Melayu Sarawak ditubuhkan pada tahun 1939 Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Tujuan penubuhannya ialah untuk mengeratkan perpaduan Melayu , menggalakkan

pendidikan, menjaga budaya & maruah bangsa dan menegakkan ajaran Islam Persatuan ini mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching.

Persatuan di Sabah Kesedaran berpersatuan di Sabah tidak menonjol Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena iaitu di Jesselton(Kota Kinabalu),

Labuan dan Tawau Aktivitinya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan sekolah

Melayu

GC SEJARAH SELANGOR 9

Page 10: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah

Kesatuan Melayu Muda ( KMM) Ditubuhkan pada tahun 1939 Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob iaitu wartawan akhbar Majlis Objektif penubuhan ialah :

Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu

Walaubagaimanapun tujuan penubuhan KMM ialah lebih bersifat politik KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau

British dari Tanah Melayu Antara tindakan Ibrahim Haji Yaakob ialah

Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan

Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British

Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong KMM dengan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British

Kesan daripada perjuangannya, Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan 150 orang penyokong KMM ditangkap British akhir tahun 1941 & dipenjarakan di Changi, Singapura

Kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940 Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan

kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia Kedua

Soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan pilih kasih British kepada anak negeri telah dibincangkan

Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi

masalah sosiekonomi & politik Orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian Kongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang Melayu

di seluruh Semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme

SOALAN 5Cara anda menunjukkan/menzahirkan semangat nasionalisme terhadap negara. ATAU ciri-ciri warganegara Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.

Menghormati raja dan pemimpin negara yang menjadi lambang perpaduan rakyat

Menyanyi lagu Negaraku dengan berdiri tegak dan penuh bersemangat Menghormati lambang-lambang negara seperti Jata Negara, lagu Negaraku

dan bendera kebangsaan

GC SEJARAH SELANGOR 10

Page 11: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Membeli barang buatan Malaysia agar ekonomi berkembang maju Mematuhi undang-undang negara supaya negara aman Bangga berbahasa Melayu demi mengukuhkan peranannya sebagai bahasa

kebangsaan Bangga sebagai rakyat Malaysia dan akan menyokong dasar-dasar negara Bangga dengan kejayaan pasukan sukan negara yang bertanding di peringkat

antarabangsa Hidup bersatu-padu secara harmoni agar negara aman dan makmur Mengamalkan tradisi dan budaya bangsa supaya dapat mengukuhkan jati diri Menyambut hari kemerdekaan dengan penuh penghayatan serta mengibarkan

jalur gemilang Bekerjasama dan tolong menolong dalam menjayakan sesuatu program Menghormati budaya dan agama kaum lain supaya dapat mengelakkan

perbalahan antara kaum Berusaha menjaga maruah bangsa dan negara agar negara dihormati Menjunjung perlembagaan negara agar keamanan negara terjamin Bersyukur sebagai warganegara Malaysia yang aman dan damai Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mampu bersaing dengan

negara lain Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara Berani dan sanggup mempertahankan negara agar tidak dijajah semula Melibatkan diri dalam pembangunan negara untuk kemajuan negara Bersikap toleransi agar dapat menjauhi pergaduhan antara kaum

SOALAN 5Bukti/ kesan masyarakat Malaysia mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi/ kejayaan yang dicapai oleh negara Malaysia

Berjaya mengekalkan perpaduan antara kaum Mengibarkan bendera kebangsaan semasa sambutan hari kebangsaan Berjaya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara Berjaya membangunkan mercu tanda negara sepertu Putrajaya, Cyberjaya dan

KLIA Bersama meraikan hari perayaan dengan mengunjungi rumah terbuka tanpa

mengira kaum Kejayaan atlet negara dalam bidang sukan antarabangsa seperti Dato’ Lee

Chong Wei dalam sukan badminton Mempunyai sistem persekolahan kebangsaan yang diterima pakai oleh semua

kaum Rakyat Malaysia membudayakan dasar kebudayaan kebangsaan yang

dianjurkan oleh kerajaan Malaysia mampu menjaga maruahnya daripada sebarang bentuk pertumpahan

darah Kemasukan pelabur asing dalam menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi Mampu mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang

kaum Memainkan peranan dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti

ASEAN dan PBB

GC SEJARAH SELANGOR 11

Page 12: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Berjaya mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang diwarisi sejak merdeka

Rakyat Malaysia peka dan prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara dengan menganggotai Rejimen Askar Wataniah dan Ikatan Relawan Rakyat

Keunikan dan keistimewaan masyarakat Malaysia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia

Malaysia berjaya menjadi hub pendidikan dunia disebabkan keamanan dan keharmonian masyarakat. Kedatangan pelajar asing kerana pendidikan bertaraf antarabangsa.

Berjaya menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa seperti pertandingan lumba kereta dan motor Formula 1

Kejayaan program transformasi kerajaan yang melibatkan transformasi ekonomi dan luar bandar

Hak kebebasan asasi, memilih pemimpin melalui pilihan raya dan memiliki harta dan hak bersuara

Kejayaan program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha

SOALAN 6Bagaimanakah semangat nasionalisme yang tinggi mampu memajukan negara kita

Pemimpin negara akan mentadbir negara dengan jujur ikhlas. Program-program pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna untuk rakyat

Kepimpinan yang bertanggungjawab akan melahirkan hubungan erat dengan rakyat. Ini membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan

Amalan rasuah dalam negara dapat dihindari. Ketelusan pentadbiran dapat dilaksanakan. Ketirisan dalam ekonomi dapat dielakkan

Semangat sayangkan negara menggalakkan pekerja bekerja bersungguh-sungguh. Ini akan meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan negara

Ahli-ahli sukan akan berusaha dalam sesuatu pertandingan untuk mengharumkan nama negara

Rakyat akan berusaha mempertahankan negara daripada sebarang ancaman musuh-musuh luar. Kedaulatan negara akan dapat dipertahankan.

Semangat toleransi dan berkerjasama dapat memupuk perpaduan kaum. Keharmonian dan keamanan dapat diwujudkan.

Pertelingkahan antara kaum dapat dielakkan Sistem politik negara akan lebih stabil Ekonomi berkembang pesat Banyak peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan Kesedaran yang dimiliki mendorong rakyat berusaha meningkatkan ilmu

pengetahuan Rakyat yang berilmu pengetahuan dapat menyumbang idea dan kepakaran

membangunkan negara Sikap bertanggungjawab dan keprihatinan masyarakat dapat mengurangkan

kadar jenayah. Pengurangan kadar jenayah membolehkan kerajaan menumpukan usaha pembangunan negara dalam bidang-bidang yang lain

GC SEJARAH SELANGOR 12

Page 13: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Rakyat menjaga kebersihan persekitaran. Keindahan persekitaran terpelihara sehingga menarik pelancong. Kehadiran pelancong menambah pendapatan negara. Imej negara juga akan meningkat

Mana-mana yang munasabah

SOALAN 6Berjayakah pemimpin-pemimpin tempatan menentang British?

Berjaya Dol Said berjaya menewaskan tentera British yang menyerang Naning pada

tahun 1831. Dato Maharajalela dan anak buahnya di Perak berjaya membunuh J.W.W

Birch di Pasir Salak. Linggir di Sarawak berjaya menyerang menyerang kapal Nemesis di Batang

Lupar Rentap berjaya menyerang dan mengusir pasukan James Brooke di Kubu

Nanga Skrang Mat Salleh berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya Sabah Dato Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British

selama lima tahun Tok Janggut dan rakan-rakannya telah berjaya menyerang Pasir Puteh di

Kelantan dan berjaya menubuhkan sebuah kerajaan Pengikut Haji Abdul Rahman Limbong telah menyerang bangunan kerajaan di

Kuala Berang dan mendudukinya Gerakan Kaum Muda melalui gerakan Islah berjaya memberikan kesedaran

kepada masyarakat tentang kepentingan bagi memajukan ekonomi, politik dan pendidikan. Mereka juga berjaya menubuhkan beberapa buah madrasah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat termasuk golongan wanita.

Mohammad Eunos Abdullah yang memimpin Kesatuan Melaui Singapura berjaya memperoleh petempatan khas bagi orang-orang Melayu di Singapura

Persatuan Sahabat Pena Malaya berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu

Gagal British berjaya menewaskan Dol Said dalam serangan kali ke-2 pada tahun

1832. Dol Said terpaksa menyerah diri James Brooke berjaya menewaskan Linggir dalam pertempuran di Batang

Lupar dan menewaskan Rentap sehingga menyebabkan Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai

Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berjaya ditahan oleh James Brooke

Mat Salleh berjaya ditewaskan dan meninggal dunia Dato Maharajalela, Sultan Abdullah, Sultan Ismail serta pengikut-pengikut

mereka berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman oleh British Dato Syahbandar ditewaskan oleh British dan terpaksa menandatangani

perjanjian menerima campurtangan British di Sungai Ujong British berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya Haji Abdul Rahman Limbong berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman

GC SEJARAH SELANGOR 13

Page 14: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

SOALAN 7Cadangan untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan Mengukuhkan sistem pendidikan Menghayati sejarah pembentukan negara dan bangsa Mempertingkatkan kempen 1 Malaysia Mempertingkatkan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Menguatkuasakan sepenuhnya Akta Bahasa Kebangsaan Mengamalkan prinsip Rukun Negara Memperluaskan aktiviti sukan Melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Menghormati pemimpin Mengutamakan kepentingan negara Mengutamakan perpaduan /muhibah Mengaktifkan peranan Badan Sukarela Mengamalkan integriti Mempergiatkan lawatan ke tempet-tempat bersejarah Menghargai keamanan Mempergiatkan kempen Belilah Barang Buatan Malaysia Mempertingkatkan kempen Amalan Nilai Murni Mengelakkan pertelingkahan Mengelakkan prasangka buruk Mengelakkan gejala negatif Mengukuhkan pasukan keselamatan dan pertahanan negara Meningkatkan taraf pemikiran rakyat

SOALAN 7Cabaran untuk memperkasakan semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda.

Mengekalkan perpaduan Taraf pemikiran rendah Pengaruh budaya luar Kemasukan filem asing Budaya hiburan yang keterlaluan Kekurangan ilmu pengetahuan Kurang kemahiran

SOALAN 7Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mewujudkan masyarakat yang patriotik.

Daya saing produk Malaysia Campur tangan kuasa luar Jenayah rasuah Jenayah ciber Mengekalkan perpaduan kaum Pencerobohan yang mengancam keselamatan negara Perbezaan ideologi politik

GC SEJARAH SELANGOR 14

Page 15: Cadangan Jaw Krts3

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Perbezaan agama/kepercayaan/budaya Kegagalan media massa dalam menyampaikan mesej perpaduan Terhakis semangat cintakan negara/jati diri

GC SEJARAH SELANGOR 15