spm soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

25
Soalan Struktur Sistem politik masyarakat Melayu tradisional 1. (a) Apakah tanggungjawab raja dalam sisitem politik masyarakat melayu tradisional? (i) ______________________________________________________________________ _____ (ii) ______________________________________________________________________ _____ ( 2 markah) (b) Apakah kesan kesetiaan rakyat terhadap raja? ______________________________________________________________________ _____ ( 1 markah) (c) Nyatakan dua aspek pembentukan negara dan bangsa di negeri- negeri melayu sebelum penjajahan kuasa Barat. (i) ______________________________________________________________________ _____ (ii) ______________________________________________________________________ _____ Sistem pemerintahan beraja

Upload: luqman

Post on 21-Dec-2015

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SPM soalan dan jawapan Bab 3 Tingkatan 5

TRANSCRIPT

Page 1: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

Soalan Struktur

Sistem politik masyarakat Melayu

tradisional

1. (a) Apakah tanggungjawab raja dalam sisitem politik masyarakat melayu tradisional?

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(b) Apakah kesan kesetiaan rakyat terhadap raja?

___________________________________________________________________________

( 1 markah)

(c) Nyatakan dua aspek pembentukan negara dan bangsa di negeri-negeri melayu sebelum

penjajahan kuasa Barat.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(d) Berikan dua perubahan yang berlaku dalam sistem politik di negeri-negeri Melayu selepas

penjajahan kuasa barat.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(e) Apakah ciri-ciri pembentukan bangsa Malaysia?

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

(iii) ___________________________________________________________________________

( 3 markah)

Soalan Esei

1. (a) Terangkan lima usaha kearah pembinaan negara bangsa di Eropah.

( 10 markah)

(b) Jelaskan pembentukan negara Islam yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

( 5 markah)

(c) Bagaimanakah pemimpin negara kita berjaya mendapatkan kemerdekaan negara tanpa

pertumpahan darah? ( 5

markah)

Sistem pemerintahan beraja

Page 2: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

SKEMA JAWAPAN

Soalan StrukturSistem politik masyarakat Melayu

tradisional

1. (a) Apakah tanggungjawab raja dalam sistem politik masyarakat melayu tradisional?- Memberi perlindungan politik kepada rakyat.- Menjamin keselamatan rakyat yang mendiami wilayah kekuasaannya.

(2 x 1 = 2 markah)(b) Apakah kesan kesetiaan rakyat terhadap raja?

- Menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut.- Menjadikan sesebuah kerajaan itu kuat dan kukuh.

(2 x 1 marks. 1 markah)(c) Nyatakan dua aspek pembentukan negara dan bangsa di negeri-negeri melayu sebelum

penjajahan kuasa Barat.- Bangsa - Kerajaan / empayar - Negeri

(2 x 1 marks. 2 markah)

(d) Berikan dua perubahan yang berlaku dalam sistem politik di negeri-negeri Melayu selepas penjajahan kuasa barat.

- Menetapkan sempadan setiap kerajaan.- Konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeri.- Menggabungkan semua negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat.

(3 x 1 marks. 2 markah)(e) Apakah ciri-ciri pembentukan bangsa Malaysia?

- Penggunaan satu bahasa kebangsaan.- Pengamalan kebudayaan kebangsaan.- Penghayatan Rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan. (3 x 1 = 3 markah)

Soalan Esei1. (a) Terangkan lima usaha kearah pembinaan Negara bangsa di Eropah.

F1 – Idea negara bangsa bermula di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19.H1a – Berlaku apabila tercetusnya Revolusi Inggeris 1688.H1b – Perang Kemerdekaan Amerika 1776.H1c – Revolusi Perancis 1789.F2 – Muncul idea tentang hak rakyat kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden.H2a – Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal.F3 – Perkembangan nasionalisme menyebabkan kehilangan entiti politik.H3a – Berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.F4 – Nasionalis menggunakan unsure persamaan rumpun bangsa dan bahasa.H4a – Membentuk negara bangsa masing-masing.F5 – Kekalahan Jerman dan sekutunya dalam Perang Dunia Pertama dan Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan.H5a – Melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.H5b – Mencadangkan prinsip penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri.H5c – Mencadangkan prinsip sempadan negara berasaskanbangsa.F6 – Empayar Austri-Hungary dan Turki yang kalah telah dibahgikan berdasarkan etnik dan bangsa yang membentuk negara bangsa yang merdeka.

Sistem pemerintahan beraja

Page 3: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

H6a – Muncul tujuh negara bangsa baru, iaitu Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

(16 x1 marks.10 markah)

(b) Jelaskan pembentukan Negara Islam yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.F1 – Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam Madinah.F2 - Nabi Muhammad s.a.w memperkenalkan Piagam Madinah.H2a – Berjaya menyatukan penduduk pelbagai kaum, iaitu orang Yahudi, Kristian dan Arab.F3 – Menggunakan cara diplomasi, musyawarah dan permuafakatan dalam pentadbiran.H3a- Baginda Berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat.F4 – Kejayaan ini membentuk wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan.H4a – Antara pemimpin dengan pemimpin.H4b – Antara pemimpin dengan rakyat.

(8 x 1 marks. 5 markah)(c) Bagaimanakah pemimpin Negara kita Berjaya mendapatkan kemerdekaan Negara tanpa pertumpahan darah?F1 – Berkat kebijaksanaan pemimpin.F2 – Melalui rundingan.F3 – Melalui pakatan murni.F4 – Melalui tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar.F5 – pemimpin negara kita berpandangan jauh. (5 x 1 = 5 markah)

Page 4: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

Soalan Struktur

2. Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan Negara bangsa moden di Eropah yang

tercetus pada penghujung abad ke-18 dan ke-19.

(a) Nyatakan tiga peristiwa yang mencetuskan konsep Negara bangsa moden di Eropah.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

(iii) ___________________________________________________________________________

( 3 markah)

(b) Senaraikan dua prinsip yang dicadangkan dalam Deklarasi empat Belas Perkara Woodrow

Wilson.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(c) Namakan tiga Negara bangsa yang muncul setelah empayar Austria-Hungary dan Turki

mengalami kekalahan.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

(iii) ___________________________________________________________________________

( 3 markah)

(d) Apakah yang dimaksudkan dengan realpolitik?

___________________________________________________________________________

( 1 markah)

(e) Sekiranya anda dilantik menjadi ketua pemimpin, bagaimanakah anda menyatukan Negara?

___________________________________________________________________________

( 1 markah)

Soalan Esei

2. (a) Apakah yang anda faham tentang realpolitik?

( 3 markah)

(b) Bagaimanakah Count Benso di Cavour membentuk Negara Itali pada abad ke-19?

( 8 markah)

(c) Terangkan usaha Otto Eduard von Bismarck untuk membentuk negara Jerman pada tahun

1870-an.

( 9 markah)

Page 5: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

SKEMA JAWAPAN

Soalan Struktur2. Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan Negara bangsa moden di Eropah yang

tercetus pada penghujung abad ke-18 dan ke-19.(a) Nyatakan tiga peristiwa yang mencetuskan konsep Negara bangsa moden di Eropah.

- Revolusi Inggeris 1688.- Perang Kemerdekaan Amerika 1776.- Revolusi Perancis 1789.

(3 x 1 = 3 markah)(b) Senaraikan dua prinsip yang dicadangkan dalam Deklarasi empat Belas Perkara Woodrow

Wilson.- Penentuan nasib Negara oleh rakyat sendiri.- Prinsip sempadan Negara berasaskan bangsa.

(2 x 1 = 2 markah)(c) Namakan tiga Negara bangsa yang muncul setelah empayar Austria-Hungary dan Turki

mengalami kekalahan.- Czechoslovakia- Estonia- Finland- Latvia- Lithuania- Poland- Yugoslavia

(7 x 1 maks. 3 markah)(d) Apakah yang dimaksudkan dengan realpolitik? - Prinsip yang mewajarkan apa saja cara seeperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan

peperangan untuk mencapai matlamat politik.(1 x 1 = 1 markah)

(e) Sekiranya anda dilantik menjadi ketua pemimpin, bagaimanakah anda menyatukan Negara? - Melalui rundingan, tolak ansur dan permuafakatan.

Soalan Esei2. (a) Apakah yang anda faham tentang realpolitik?

F1 – Amalan politik yang dipelopori oleh Niccholo Machiavelli dalam bukunya The prince.H1a – Amalan ini mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik.C1a – Seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan.

(3 x 1 = 3 markah)(b) Bagaimanakah Count Benso di Cavour membentuk Negara Itali pada abad ke-19?F1– Count Camillo Benso di Cavour menggunakan amalan realpolitik untuk menyatukan Itali menjadi sebuah negara.F2 – Beliau mengadakan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860.H2a – Itali berjaya menewaskan Austria hasil bantuan Napoleon III.F3 – Beliau mengadakan pungutan suara untuk memperolehi sokongan majoriti rakyat bagi menyatukan Itali.F4 – Itali membantu Prussia mengalahkan Austria pada tahun 1866.H4a – Sebagai balasan, Vanetia telah diserahkan kepada Itali.F5 – Pada tahun 1870, Perancis berundur dari Rom.H5a – Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang menyatukan Rom dan Itali.H5b – Penyatuan ini membentuk sebuah negara bangsa Itali.

(9 x 1 maks. 8 markah)

Page 6: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

(c) Terangkan usaha Otto Eduard von Bismarck untuk membentuk Negara Jerman pada tahun 1870-an.F1 – Otto Eduard von Bismarck mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi.F2 – Beliau menggunakan pelbagai taktik.C2a – Seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi. Penipuan dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.F3 – Beliau mengamalkan sistem kediktatoran yang diterima oleh rakyat untuk penyatuan

Jerman.F4 – Beliau menggunakan isu membenci kuasa asing.H4a – Bertujuan memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.F5 – Beliau melancarkan tiga peperangan menentang musuhnya.H5a – Berperang dengan Denmark pada tahun 1864.H5b – Berperang dengan Austria pada tahun 1866.H5c – Berperang dengan Perancis pada tahun 1870.

(10 x 1 maks. 9 markah)

Page 7: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

Soalan Struktur

3. Pembinaan Negara dan bangsa Malaysia telah bermula pada tahun 1957 dan hal ini masih

berterusan hingga kini.

(a) Nyatakan dua ciri asas pembinaan Negara dan bangsa yang berdaulat.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(b) Senaraikan dua badan penting yang membentuk kerajaan Malaysia pada hari ini.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(c) Mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah Negara berdaulat?

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(d) Berikan maksud negara, bangsa dan kerajaan.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

(iii) ___________________________________________________________________________

( 3 markah)

(e) Apakah kepentingan bangsa Malaysia?

_______________________________________________________________________________

( 1 markah)

Soalan Esei

3. (a) Jelaskan maksud ciri-ciri negara dan bangsa di bawah dengan merujuk kepada Malaysia:

(i) Negara

( 3 markah)

(ii) Bangsa

( 3 markah)

(b) Huraikan lima ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

( 10 markah)

(c) Terangkan kepentingan sistem perundangan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Page 8: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

( 4 markah)

SKEMA JAWAPANSoalan Struktur3. Pembinaan Negara dan bangsa Malaysia telah bermula pada tahun 1957 dan hal ini masih

berterusan hingga kini.

(a) Nyatakan dua ciri asas pembinaan negara dan bangsa yang berdaulat.- Negara- Kerajaan- Bangsa- Perlembagaan

(4 x 1 maks. 2 markah)

(b) Senaraikan dua badan penting yang membentuk kerajaan Malaysia pada hari ini.- Badan Perundangan.- Badan Pelaksana.- Badan Kehakiman. (3 x 1 maks. 2 markah)

(c) Mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah Negara berdaulat?- Menjadi rujukan untuk mentadbir Negara.- Memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat. (2 x 1 = 2 markah)

(d) Berikan maksud Negara, bangsa dan kerajaan. - Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintahan yang berwibawa.- Bangsa ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebuah wilayah serta mempunyai persamaan dan segi bahasa, adat resam, kesenian da pengalaman sejarah.- Kerajaan ialah institisu pemerintahan yang bertanggungjawab menggubak dan melaksanakan dasar sesebuah Negara. (3 x 1 = 3

markah)

(e) Apakah kepentingan bangsa Malaysia? Melahirkan individu yang mencintai tanah air dan menghapuskan semangat perkauman.

(1 x 1 = 1 markah)Soalan Esei3. (a) Jelaskan maksud ciri-ciri negara dan bangsa di bawah dengan merujuk kepada Malaysia:

(i) NegaraF1 – Wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan pemerintah yang berwibawa.F2 – Malaysia terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.F3 – Merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun, bertanggungjawab membuat

dan melaksanakan keputusan politik, serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

(3 x 1 = 3 markah)(ii) BangsaF1 – Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah.F2 – Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman

sejarah.F3 – Idea bangsa sering digunakan untuk mewujudkan perasaan berbilang kaum bagi

membentuk bangsa Malaysia yang jitu.(3 x 1 = 3 markah)

Page 9: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

(b) Huraikan lima ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.F1 – Wilayah pengaruhH1a – Kawasan tempat tinggal rakyat dan mempunyai sempadan.H1b – Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja.H1c – Meliputi seluruh Tanah melayu dan Timur Sumatera.F2 – KedaulatanH2a – Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah.H2b – Pemerintahan mempunyai kuasa menggubal undang-undang serta hak mutlak ke atas rakyat.H2c – Memastikan negara bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.F3 – Lambang-lambangH3a – Simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara.C3a – Seperti sistem pemerintahan beraja, bahasa melayu, adat istiadat Melayu dan agama Islam.H3b – Alat kebesaran sultan yang dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protocol dan adat istiadat istana.F4 – Keunggulan undang-undangH4a – Undang-undang bertujuan mengawal masyarakat melalui peraturan yang diwartakan.H4b – Undang – undang memelihara keamanan, menetukan struktur kerajaan, kehakiman,

bahasa, agama dan kerakyatan yang diterima oleh masyarakat.H4c – Sumber undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang

dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam.C4a – Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.F5 – RakyatH5a – Seluruh penduduk dalam sesebuah wilayah yang terikat dengan undang-undang

dan peraturan.H5b – Rakyat harus taat kepada raja dan ditunjukkan dengan cara menghadiri adat

istiadat kerajaan, bergotong-royong, kerahan tenaga dan mempertahankan negara.F6 – Kerajaan H6a – Badan yang mentadbir, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan serta

menjalin hubungan diplomatik dengan luar negara.

H6b – Sistem Pembesar Empat Lipatan menjadi tonggak institusi Kesultanan melayu Melaka.

(23 x1 marks 10 markah)

(c) Terangkan kepentingan sistem perundangan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka.F1 – Sistem perundangn di Melaka bertujuan memelihara keamanan serta melindungi

rakyat.F2 – Sumber undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam.C2a – Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.F3 – Hukum Kanun Melaka menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar, pantang larang

di kalangan anggota masyarakat.H3a – Hukum Kanun Melaka menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam

serta undang-undang keluarga.

Page 10: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

F4 – Undang-undang Laut Melaka menyentuh perkara berkaitan tatacara pelayaran di laut.

C4a – Seperti tanggungjawab nakhoda kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nahkoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah. (7 x 1 marks 4 markah)

Soalan Struktur

Kesultanan Melayu Melaka

Menjadi asas pembinaan Negara dan bangsa Malaysia.

4. (a) Nyatakan dua ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(b) Namakan pembesar yang menganggotai Pembesar Berempat pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

(iii) ___________________________________________________________________________

(iv) ___________________________________________________________________________

( 4 markah)

(c) Apakah tanggungjawab rakyat terhadap raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

( 1 markah)

(d) Namakan dua undang-undang bertulis yang diguna pakai pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(e) Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda menunjukkan taat setia kepada raja dan negara?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

( 1 markah)

Soalan Esei

Page 11: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

4. (a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, huraikan tentang Undang-undang Tubuh Kerajaan

Johor. ( 8

markah)

(b) Terangkan empat ciri Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang menjadi perlembagaan bertulis di

Terengganu. ( 8

markah)

(c) Jelaskan empat ciri utama Sistem Jemaah Menteri di Kelantan. ( 4 markah)

SKEMA JAWAPAN

Soalan Struktur4. (a) Nyatakan dua ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

- Wilayah pengaruh.- Kedaulatan.- Keunggulan undang-undang.- Kerajaan.- Rakyat.-Lambang-lambang. (6 x 1 maks. 2 markah)

(b) Namakan pembesar yang menganggotai Pembesar Berempat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.- Bendahara.- Penghulu Bendahari.- Laksamana.- Temenggung. (4 x 1 = 4 markah)

(c) Apakah tanggungjawab rakyat terhadap raja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?- Menghadiri adat istiadat kerajaan.- Menyertai gotong-royong.- Menganggotai kerahan tenaga.- Mempertahankan Negara. (4 x 1 maks. 1 markah)

(d) Namakan dua undang-undang bertulis yang diguna pakai pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

- Undang-undang Laut Melaka.- Hukum Kanun Melaka. (2 x 1 = 2 markah)

(e) Sebagai rakyat Malaysia, bagaimanakah anda menunjukkan taat setia kepada raja dan negara?- Sanggup mempertahankan negara.- Menyokong dasar kerajaan.- Menghormati sistem beraja berperlembagaan.- Tidak mencemarkan nama negara. (4 x 1 maks. 1 markah)

Soalan Esei4. (a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, huraikan tentang Undang-undang Tubuh Kerajaan

Johor.F1 – Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1895.F2 – Merupakan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap.H2a – Diasaskan mengikut perlembagaan Barat.

Page 12: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

F3 – Mengandungi perkara tentang keturunan Sultan sebagai pewaris taktha dan syarat menjadi raja.

H3a – Melayu, lelaki, beragama Islam dan waris sultan.F4 – Pengiktirafan orang Melayu Johor sebagai rakyat Johor.F5 – Agama Islam sebagai agama rasmi negeri.F6 – Raja, Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada

kuasa atau kerajaan lain.F7 – Raja berhak memilih Menteri Besar dan jawatan Naib Menteri Besar ditentukan

oleh Jemaah Menteri dengan perkenan raja.F8 – Majlis Mesyuarat Negeri terbahagi kepada Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.H8a – Majlis Negeri mempunyai kuasa perundangan, dipengerusikan oleh Menteri Besar

sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu Raja dan jemaah Menteri dalam hal pentadbiran.

H8b – Jemaah Mmenteri mempunyai kuasa pelaksanaan terdiri daripada lapan hingga dua belas orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri, berbangsa

Melayu, beragama Islam dan rakyat Johor.F9 – Pegawai kerajaan yang dilantik menjadi menteri mesti mengangkat sumpah dan

memberikan taat setia kepada raja dan kerajaan Johor.F10 – Persidangan jemaah menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa

apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta Menteri Besar atau permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.

(14 x 1 maks. 8 markah)

(b) Terangkan empat ciri Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang menjadi perlembagaan bertulis di Terengganu.F1- Berasaskan Undang-Undang tubuh Kerajaan Johor 1895.H1a – Diperkenalkan oleh Sultan Zainal Abidin bagi tujuan menghalang British yang mahu meluaskan kuasanya di Terengganu.F2 – Mengekalkan amalan sistem monarki.H2a – memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam sebagai agama rasmi.F3 – Pemerintahan bercorak raja berperlembagaan.H3a – pemerintah mesti beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris Sultan.F4 – Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.F5 – Menteri yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan mesti beragama Islam,

berbangsa Melayu, rakyat Terengganu dan taat setia kepada Sultan dan kerajaan.H5a – Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan.H5b – Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan membantu Sultan dan Jemaah Menteri dalam

pentadbiran.F6 – Jemaah Menteri berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenan oleh Sultan.F7 – Menteri dan waris Sultan dilarang mengkianati pemerintah negeri dan ditegah

menyerahkan negeri kepada kuasa lain.(12 x 1 maks. 8 markah)

(c) Jelaskan empat ciri utama Sistem Jemaah Menteri di Kelantan.F1 – Dibentuk oleh Sultan Muhammad II.F2 – Bertujuan melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.F3 – Terdapat lapan badan Jemaah Menteri dan setiap satu menganggotai oleh empat

orang pembesar.F4 – Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang masing-masing.

(4 x 1 = 4 markah)

Page 13: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

Soalan Struktur

Negeri Sembilan Negeri Melayu yang pertama berbentuk persekutuan

5. (a) Namakan empat buah negeri terdapat di Negeri Sembilan.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

(iii) __________________________________________________________________________

(iv) __________________________________________________________________________

( 4 markah)

(b) Berikan dua tanggungjawab Lembaga di Negeri Sembilan.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

(c) Apakah peranan Buapak dalam pemerintahan Adat Perpatih?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

( 1 markah)

(d) Siapakah yang bertanggunjawab melantik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?

__________________________________________________________________________

( 1 markah)

(e) Nyatakan kesan amalan demokrasi dalam pemilihan di Negeri Sembilan.

(i) ___________________________________________________________________________

(ii) ___________________________________________________________________________

( 2 markah)

Soalan Esei

Page 14: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

5. (a) Jelaskan konsep persekutuan dan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam sistem

pentadbiran Negeri Sembilan.

( 10 markah)

(b) Terangkan kedudukan Yang Dipertuan Besar dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan.

( 5 markah)

(c) Nyatakan kesan amalan demokrasi yang diamalkan di Negeri Sembilan. ( 5 markah)

SKEMA JAWAPAN

Soalan Struktur5. (a) Namakan empat buah negeri terdapat di Negeri Sembilan.

- Sungai Ujong. - Rembau. - Johol. - Jelebu.-Jempol. - Seri Menanti. - Terachi. - Gunung Pasir.- Inas. (9 x 1 maks. 4 markah)

(b) Berikan dua tanggungjawab Lembaga di Negeri Sembilan.- Merupakan ketua suku.- Berkuasa memilih Undang. (2 x 1 = 2 markah)

(c) Apakah peranan Buapak dalam pemerintahan Adat Perpatih?- Merupakan ketua perut dan menjadi rujukan dalam setiap masalah. (1 x 1 = 1 markah)

(d) Siapakah yang bertanggunjawab melantik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan? - Undang. (1 x 1 = 1 markah)

(e) Nyatakan kesan amalan demokrasi dalam pemilihan di Negeri Sembilan.- Melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama.- Amalan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku. (2 x 1 = 2 markah)

Soalan Esei5. (a) Jelaskan konsep persekutuan dan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam sistem

pentadbiran Negeri Sembilan.F1 – Negeri Sembilan merupaka negeri Melayu pertama yang berbentuk persekutuan.H1a – Muncul sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Persekutuan.F2 – Mengamalkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan di tangan rakyat.F3 – Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi tetapi tidak berhak melantik

pembesar.F4 – Pelantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.F5 – Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan dengan

Undang.F6 – Negeri Sembilan terdiri daripada empat Luak.H8a – Lembaga ialah ketua suku anggota masyarakat.H8b – Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing dan berkuasa memilih

Undang.F9 – Buapak merupakan Ketua Perut.F10 – Setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.F11 – Buapak menyelesaikan masalah berkaitan adat.F12 – Prinsip demokrasi diamalkan dalam pemilihan pemimpin.H12a – Tidak mengamalkan kuasa mutlak.

Page 15: SPM soalan & jaw bab 3 tingkatan 5

H12b – Mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat.H12c – Mewujudkan peraturan hidup harmoni dan mementingkan permuafakatan serta

semangat kerjasama.(19 x1 maks. 10

markah)(b) Terangkan kedudukan Yang Dipertuan Besar dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan.F1 – Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi di Negeri Sembilan.F2 – Tidak mempunyai kuasa mutlak dan ti dak berhak melantik pembesar.F3 – Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan dengan Undang.F4 – Undang bertanggungjawab melantik Yang Dipertuan Besar. (5 x 1 = 5 markah)(c) Nyatakan kesan amalan demokrasi yang diamalkan di Negeri Sembilan.F1a – Melahirkan peraturan hidup.C1a – Kepentingan bersama.C1a – Semangat gotong-royang.C1a – PermuafakatanC1a – Sikap saling menghormati antara satu sama lain.F2 – Mementingkan permuafakatan.H2a – Mengutamakan semangat kerjasama dalam pemilihan pemimpin.

(7 x 1 maks. 5 markah)