cabaran industri udang laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan...

28
Jun 2013 Berita Perikanan 1 Bil. 85 (Jun 2013) • (PERCUMA) Projek Sungai Como Buahkan Hasil Hasil Temoleh PPA Perlok Memperkaya Sumber Perairan Umum Program My Kampung My Future Keunikan Langgai dan Sungkur Cabaran Industri Udang Laut TEKA SILANG KATA di muka surat 27

Upload: vandat

Post on 30-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Jun 2013 Berita Perikanan 1

Bil. 85 (Jun 2013) • (PERCUMA)

• ProjekSungaiComoBuahkanHasil

• HasilTemolehPPAPerlokMemperkayaSumberPerairanUmum

• ProgramMy Kampung My Future• KeunikanLanggaidan

Sungkur

Cabaran IndustriUdang Laut

TEKA SILANG KATA

di muka surat 27

Page 2: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

2 Berita Perikanan Jun 2013

PenasihatHj. Ahmad Azahari Ahmad

Ketua EditorialZaki Haji Mokri

Sidang RedaksiPengurusan Maklumat : Nor Khalilah Zainuddin, Mohd Fakhrudin Yasok & Mohd Nor Effendi Aziz Pengembangan : Kasim Tawe Akuakultur : Azura Markus Biosekuriti : Norashikin Daliyana Pelesenan & PS : Mohamad Hafiz Mushidi Shakori Perlindungan Sumber : Noor Azean Md SuhimiPerancang & Pembangunan : Mohd Yusri Ismail Kejuruteraan : Sumawati Amad Bugis Sumber Manusia : Zam Zam SarifanPenyelidikan Perikanan : Nor Hadzirah Ramli / Yusri AtanDPPSPM : Wahidah Mohd Arshaad

KorespondenKedah: Anuar Omar, Perlis: Masoffi Ab. Karim, Pulau Pinang: Thanaletchumy Chandrasegar, Perak: Norul Fahezah Salehhuddin, Selangor: Fazlan Abd. Ghani, Melaka: Mohd. Azam Jusoh,Negeri Sembilan: Khanisah Mujin, Johor: Nur Afifah A. Rahman,Pahang: Mohamed Semail, Terengganu: Muslihah Abdul Rahaman, Kelantan: Wan Azman Wan Mamat, Labuan: Nazrul Azman Mat Rahim, Sarawak: Nata Bakar, Sabah: Sairin Samin

JurufotoNor Yubas Sahari YaacobAbdul Razak Mohamad

EdaranAbdul Razak Mat Aini

Reka Bentuk dan PercetakanSasyaz Holding Sdn. Bhd.

Isi Kandungan

Editorial

PerutusanAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,Kesungguhan kerajaan untuk memajukan sektor pertanian sebagai satu sektor yang moden dan berdaya maju yang berasaskan kepada teknologi terkini dapat dilihat apabila sektor berkenaan terus diletakkan sebagai salah satu bidang utama di bawah Rancangan Malaysia ke Sepuluh (RMKe-10). Hasrat ini hanya boleh dicapai dan direalisasikan dengan bentuk tindakan dan aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. Saya percaya dengan komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam sektor ini, negara kita akan mencapai status negara maju dengan pertanian moden berteknologi tinggi.

Untuk merealisasikan hasrat ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi Negara pada tahun 2010 dan menetapkan indikator pencapaian (KPI) yang besar kepada Jabatan Perikanan yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan peruntukan yang sangat besar.

Bagi sektor perikanan, sebanyak tiga Projek Permulaan (EPP) iaitu EPP#3 Mini Estet Rumpai Laut, EPP#4 Sistem Sangkar Bersepadu dan EPP#6 Sistem Kolam Bersepadu mula dilaksanakan pada tahun 2011. Sehingga tahun 2012, sebanyak 80 syarikat telah mengemukakan cadangan sebagai syarikat peneraju. Namun demikian, hanya 11 syarikat daripada 20 syarikat yang berpotensi telah dilantik sebagai peneraju berserta kuantum melibatkan pelaburan berjumlah RM1.498 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar merupakan pelaburan dalam industri udang laut bernilai RM1.226 bilion atau 81.9%.

Kerajaan yakin program EPP#6 Sistem Kolam Bersepadu ini mampu menyumbang sebanyak RM1.2 bilion (USD398 juta) kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan 12,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun sehingga 2020. Kita mempunyai tujuh tahun lagi untuk mencapai sasaran ini. Justeru, Jabatan Perikanan telah memantapkan pendekatan dan dasar sedia ada bagi memastikan khidmat penyampaian yang lebih berkesan dan impak pembangunannya dapat dinikmati oleh rakyat.

Pembaca yang dihormati sekalian,Sektor perikanan telah memainkan peranan penting dalam menentukan jaminan bekalan makanan dan menjana pendapatan serta kemakmuran kepada kumpulan sasar terutamanya nelayan. Kelestarian perikanan komersial dan aktiviti perikanan rekreasi berkongsi teras yang sama iaitu pemuliharaan sumber perikanan pantai. Perit jerih nelayan dan para pemancing dari setiap trip ke laut akan berbaloi apabila ada hasil yang dibawa pulang. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk terus menyokong program yang dapat menyedarkan masyarakat terhadap pentingnya pemuliharaan sumber perikanan.

Pengurusan sumber perikanan akan terus dipergiatkan melalui usaha-usaha melarang penggunaan alat penangkapan yang boleh merosakkan sumber perikanan di kawasan zon A iaitu yang berjarak 0 hingga 5 batu nautika dari pantai. Di kawasan ini, nelayan hanya boleh mengguna peralatan tradisional sahaja. Manakala peralatan komersial seperti pukat tunda, pukat jerut ikan dan peralatan yang diharamkan adalah dilarang sama sekali.

Pembaca yang dihormati sekalian,Matlamat kerajaan adalah untuk mentransformasikan industri perikanan pantai di mana nelayan tradisional akan digalakkan mengguna vesel dan peralatan yang moden dan ekonomik. Program Transformasi Nelayan ini akan meningkatkan pendapatan di samping memastikan sumber terus mapan. Usaha-usaha dipertingkatkan untuk menarik nelayan pantai memasuki perniagaan yang lebih menguntungkan seperti perikanan rekreasi, pemprosesan, pemasaran ikan dan akuakultur. Melalui pendekatan ini, pendapatan nelayan boleh dipelbagaikan dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada aktiviti menangkap ikan sahaja. Justeru, pendapatan mereka menjadi lebih stabil dan terjamin.

Memandangkan pengurusan sumber berasaskan komuniti telah berjaya dilaksanakan melalui beberapa projek perintis, usaha ini akan diperluaskan kepada lebih ramai komuniti nelayan. Sekian, wassalam.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)Ketua Pengarah Jabatan Perikanan MalaysiaPutrajaya

234

56

778

910

11

12

12

1313

14, 15, & 161717

18181919202021212222

2324

252627282828

• Perutusan• Cabaran Industri Udang Laut• Potensi Stok Udang Harimau Di Perairan Malaysia

Timur Untuk Pembangunan Akuakultur• Akuatorium Tarik Penyelidik Dan Orang Ramai• Pejabat Perikanan Negeri Perlis Mercu Tanda

Kepentingan Sektor Perikanan• Projek Sungai Como Buahkan Hasil• Pelancaran Tabung Wira Negara• Hasil Temoleh PPA Perlok Memperkaya Sumber

Perairan Umum• Program My Kampung My Future• Majlis Perundingan Industri Akuakultur Beri Manfaat

Kepada Penternak• Program Kerjasama Latihan Makmal Antara Jabatan

Perikanan Malaysia Dengan Kerajaan Belanda• Pusat Pemantauan Pulau Aman Cegah Pencerobohan

Kenka 2 Bot• Perkasakan Persatuan Penternak Akuakultur Di Setiap

Negeri• Rumah Selesa, Sumber Sungai Diperkaya• “Satu Murid, Satu Tumbuhan Akuatik”• Lensa Perikanan• “Keluarga Bahagia, Pekerja Ceria, Perikanan Berjaya• Contohi Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Perikanan

Negeri Pulau Pinang• Program Semarak Kasih Perikanan Pulau Pinang• Nelayan Tanjung Karang Terima Bantuan• 750 Kumpulan Sasar Negeri Melaka Terima Bantuan• Perikanan Melaka Lancar Kelab MyAgrosis UTeM• Kesan Penambakan Laut, Nelayan Terima Sagu Hati• Program Ihsan Samudera Melaka• Gegar Perairan Johor Barat• Nelayan Darat Perlis Dapat Bantuan Pulih Rumah• Sate Ikan Tilapia Berkhasiat• 193 Nelayan Dilantik Sebagai Ketua Komuniti

Perikanan Sarawak• Puan Rusiah Pelopor Penternakan Tiram Mutiara• Kakitangan Jabatan Perikanan Sabah Asah Bakat

Menulis Dan Fotografi• Keunikan Langgai Dan Sungkur• Perusahaan Ikan Kering Aminah• Uji Minda Anda!! - Teka Silang Kata• Resipi Pilihan – Mi Ikan• Puisi – Gemilang Perikanan• Kartun - Ikan Oh! Ikan

Page 3: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Jun 2013 Berita Perikanan 3

Oleh: MohdFakhrudinYasok BahagianPengurusanMaklumatPerikanan IbuPejabatPerikanan,Putrajaya

Cabaran IndustriUdang Laut

Menjelang tahun 2020, kerajaan telah menetapkan sasaran pengeluaran akuakultur udang laut sebanyak

214,000 tan metrik bernilai RM6.5 bilion. Justeru, semua pihak perlu mempergiatkan pengeluaran bagi mencapai sasaran tersebut kerana pengeluaran udang laut negara pada tahun 2011 hanya 67,000 tan metrik sahaja.

Pembangunan industri udang laut semakin mencabar kerana timbulnya isu-isu seperti pengurusan ladang, penyakit, kesan perubahan iklim dunia serta keperluan global seperti pensijilan dan pasaran. Sehubungan itu, Seminar Udang Kebangsaan 2013 yang diadakan pada 19 Mac 2013 memang

yang telah berjaya mengatasi masalah EMS melalui penambahbaikan pengurusan ladang dan penggunaan teknologi baharu. Pihak kerajaan juga telah mengadakan kerjasama dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau untuk mengatasi masalah penyakit tersebut. Pengusaha digalak mengamalkan penternakan yang baik dan menekankan bidang pembangunan genetik dan penyakit udang laut termasuk program pembangunan induk udang laut tempatan yang bebas patogen (Specific Pathogen Free – SPF). Usaha ini sangat penting bagi mengeluarkan benih-benih berkualiti untuk kegunaan penternak dan mengurangkan kebergantungan kepada Pusat BMC (Broodstock Multiplier Centre) dari luar negara.

Dalam usaha memperluas pasaran produk udang negara ke peringkat global, pengusaha perlu mematuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh negara pengimport. Amerika Syarikat sebagai negara pengimport produk udang terbesar telah mengenakan tarif anti lambakan (anti dumping tariff) kepada beberapa negara pengeluar udang utama di Asia seperti negara China. Namun, Amerika Syarikat telah mengesan terdapat aktiviti ‘transhipment’ dan ‘repacking’ antara syarikat tempatan dengan negara ketiga. Sekiranya kerajaan tidak membendung aktiviti seperti ini, maka Malaysia akan menanggung risiko disenaraikan sebagai negara yang dikenakan kadar tarif yang tinggi.

Jabatan Perikanan Malaysia telah merangka program daya jejak (traceability) yang menyeluruh dari peringkat hatceri, ladang penternakan hinggalah ke kilang pemprosesan. Pelaksanaan program ini membolehkan Sijil Asal Produk dapat disahkan oleh Jabatan Perikanan sebelum produk dieksport ke luar negara. Program ini juga akan memperkukuhkan Skim Persijilan Ladang Akuakultur (SPLAM) dan Sijil Kualiti Ikan (Fish Quality Certificate, FQC) yang telah diperkenal di peringkat ladang akuakultur, hatceri dan kilang. Sehingga kini, sejumlah 34 pemilik ladang akuakultur telah berjaya memperolehinya. Manakala 65 pemilik ladang akuakultur pula telah berjaya mendapat Skim Amalan Akuakultur Baik (SAAB) di samping 22 ladang Sijil Kualiti Ikan (FQC). Pihak kerajaan amat mengharapkan kerjasama pengusaha ladang akuakultur khususnya udang untuk menyertai program traceability. Jabatan Perikanan juga sedang meneruskan kajian dari segi ekologi dan penyakit bagi mencari penyelesaian kepada masalah industri udang pada masa ini.

Di samping itu juga, Akta Makanan Haiwan 2009 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula April 2013 untuk mengawal selia kualiti makanan haiwan melalui pengawalan import, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan dan juga bahan. Di bawah akta ini, pengimport hendaklah berlesen, manakala pembuat dan penjual pula hendaklah berdaftar. Langkah tersebut akan dapat memastikan makanan haiwan memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan serta tercemar supaya haiwan seperti udang laut selamat dimakan.

tepat pada masanya kerana udang laut merupakan salah satu komoditi akuakultur utama yang diberi tumpuan di bawah Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011 - 2020 dan juga merupakan spesies utama dalam EPP#6 Sistem Kolam Bersepadu yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan melalui penglibatan pihak swasta.

Masalah yang dihadapi penternak udang pada masa ini ialah penyakit Early Mortality Syndrome (EMS) yang mendatangkan kerugian yang besar kepada industri udang negara yang turut dihadapi oleh negara China, Vietnam dan Thailand. Namun, ada di kalangan pengusaha

Udang laut dari Lahad Datu, Sabah.

YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merasmikan Seminar Udang Kebangsaan 2013.

Page 4: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

4 Berita Perikanan Jun 2013

Negeri Sabah dengan perairan yang luas, kaya dengan pelbagai sumber perikanan. Antara spesies yang utama

ialah udang harimau (Penaeus monodon). Pada tahun 2010, Sabah dan WP Labuan mencatatkan pendaratan udang harimau terkumpul sebanyak 760 tan metrik iaitu masing-masing 38% dan 20% dari jumlah pendaratan udang harimau di Malaysia.

Induk udang harimau dari perairan Sabah dan Labuan merupakan komoditi terpenting bagi industri penternakan udang di rantau Asia Tenggara dan telah diakui sebagai yang terbaik untuk penghasilan benih. Ketika industri tersebut berada di kemuncak sekitar tahun 90-an, seekor induk betina boleh mencecah antara RM250 hingga RM5,000. Justeru, aktiviti pendaratan induk menjadi

tuaian yang mampan, (MSY) ialah masing-masing 810,000 dan 122,000 ekor dari perairan Tawau; 705,000 dan 361,000 ekor dari Labuan; 288,000 dan 137,000 ekor dari Sandakan; 276,000 dan 38,000 ekor dari Lahad Datu; 133,000 dan 65,000 ekor dari Kudat dan 88,000 dan 47,000 ekor dari perairan Miri, Sarawak.

Pada keseluruhannya, diunjurkan Sabah boleh membekal kira-kira 197 tan metrik induk betina dan 32 tan metrik induk jantan setahun. Perkembangan ini akan membolehkan pihak Jabatan Perikanan Malaysia merancang pembangunan Pusat Pengeluaran Induk (Broodstock Management Centre, BMC) udang harimau baka terpilih tempatan untuk kegunaan industri akuakultur dalam negara dan eksport bagi menjamin sumber stok udang harimau yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

satu aktiviti tersendiri dan memberi pulangan yang tinggi kepada nelayan tempatan. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tidak berpanjangan berikutan permintaan yang menjunam sekitar awal tahun 2000 kerana masalah wabak penyakit yang menyerang ternakan udang harimau. Ini menyebabkan penternak beralih kepada spesies udang putih eksotika yang diimport dari Hawaii, Amerika Syarikat.

Oleh: HadilRajali&MushidiHassan InstitutPenyelidikanPerikanan(FRI)Bintawa, Kuching,Sarawak

Potensi Stok Induk Udang Harimau Di Perairan Malaysia Timur Untuk Pembangunan Akuakultur

Induk udang harimau betina untuk hatceri.

Hasil tangkapan selama dua malam di Perairan Tawau, Sabah.

Berikutan keperluan negara untuk membangunkan induk udang harimau domestik yang bebas penyakit (SPF) bagi pembangunan semula aktiviti akuakultur udang tersebut, satu penaksiran stok telah dibuat pada tahun 2012 oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Bintawa, Sarawak. Penaksiran sumber udang harimau melalui survei yang dijalankan pada tahun 2012 mendapati bahawa perairan Labuan adalah paling produktif dengan anggaran tahap tuaian maksimum yang mampan (maximum sustainable yield, MSY) pada 160 tan metrik setahun. Ini diikuti rapat oleh perairan Tawau (156 tan metrik), Sandakan (68 tan metrik), Lahad Datu (46 tan metrik), Kudat (28 tan metrik) dan Miri di Sarawak pada tahap 23 tan metrik setahun. Bilangan induk betina (bersaiz 50 - 150 g) dan jantan (bersaiz >80g) yang boleh dikutip dari perairan Malaysia Timur pada tahap

Page 5: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Jun 2013 Berita Perikanan 5

Batu Maung, Pulau Pinang: Akuatorium yang sedia ada di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) di sini akan dibaik pulih bagi menarik pengunjung dan juga penyelidik akuakultur. Akuatorium yang dibina pada tahun 1995 itu kini berjaya menarik pengunjung sekitar 150 ribu setahun termasuk penyelidik dari dalam dan luar negara. Oleh: MohamedSemail

PejabatPerikananNegeriPahang

YBrs. Tn. Hj. Ismail Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), ketika mengadakan lawatan ke FRI ini berkata, pelbagai spesies yang sedang diancam kepupusan juga akan ditempatkan di sini seperti dugong, penyu, yu, pari, tuntung dan ketam kelapa (Coconut crab). Ketam kelapa dijangka mampu menarik pelawat kerana ia mampu memanjat pokok kelapa, mengupas serta memecahkan buah untuk memakan isinya.

Bagi menjamin projek berkenaan beroperasi dengan baik, Jabatan Perikanan akan bekerjasama dengan pengusaha

akuarium swasta termasuk pengusaha akuarium di KLCC dan UnderWater World, Langkawi. Akuatorium berkenaan dijangka akan mula beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada Oktober tahun ini. Selain itu, ia juga dibuka kepada mana-mana penyelidik yang berminat untuk membuat penyelidikan mengenai batu karang dan tumbuhan akuatik.

Sementara itu, YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah merasmikan Karnival Pertanian dan Inovasi Perikanan di tempat yang sama. Karnival yang

bermula dari 22 hingga 24 Mac 2013, turut diisi dengan pelbagai acara seperti pameran inovasi, demonstrasi masakan, penyampaian insentif dan lain-lain.

Beliau berkata, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) ini perlu dibuat promosi bagi menggalakkan orang ramai datang untuk melihat hasil penyelidikan dan inovasi dalam sektor perikanan.

“Bila rakyat datang, mereka akan tahu apa yang ada di FRI ini yang berada di tengah-tengah bandar raya di kawasan yang luas dan mempunyai Akuatorium yang cantik”, katanya.

Sehubungan itu, kerajaan meluluskan RM1 juta untuk menaik taraf Akuatorium di sini untuk menarik orang ramai. Pada majlis ini juga beliau turut menyampaikan bantuan insentif berupa jaket keselamatan dan pukat udang tiga lapis kepada nelayan.

Akuatorium Tarik Penyelidik Dan Orang Ramai

YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah merasmikan Karnival Pertanian dan Inovasi Perikanan.

Penyampaian bantuan insentif kepada nelayan sempena Karnival Pertanian dan Inovasi Perikanan.

YBrs. Tn. Hj. Ismail Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) memberi makan kepada penyu karah.

Page 6: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

6 Berita Perikanan Jun 2013

Pejabat PerikananNegeri Perlis Mercu TandaKepentinganSektor PerikananOleh: NorKhalilahZainuddin BahagianPengurusanMaklumatPerikanan IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

Kuala Perlis, Perlis: Orang ramai terutamanya kumpulan sasar perlu memanfaatkan kewujudan Pejabat Perikanan Negeri Perlis yang kini menjadi mercu tanda kepada kepentingan sektor perikanan negara ini khususnya di negeri Perlis. Peranan kerajaan mewujudkan persekitaran yang mesra pelanggan dan pro-perniagaan perlu disambut oleh kumpulan sasar untuk menjana pengeluaran ikan negara di samping dapat meningkatkan sosioekonomi mereka.

YB Datuk Seri Noh Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, semasa merasmikan Bangunan Pejabat Perikanan Negeri Perlis dan Penyampaian Lesen Sampan Nelayan Serta Bantuan Di Bawah Program “Touch Point” berkata, kumpulan sasar perlu memanfaatkan khidmat sokongan yang disediakan kakitangan Jabatan Perikanan dan menterjemahkan sepenuhnya kepada pembangunan industri perikanan yang lebih ketara. Beliau berkata, pembinaan infrastruktur ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada para nelayan dan usahawan, tetapi turut meningkatkan taraf hidup mereka.

YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia berkata, pembinaan Pejabat Perikanan yang terletak

lesen sampan khas, 150 orang menerima jaket keselamatan, pelampung keselamatan dan alat pemadam api. Sementara itu tujuh orang menerima bantuan pinjaman TEKUN.

Dalam majlis ini juga, “Rakan FISH” turut dilancarkan yang berfungsi sebagai mata-mata kepada Jabatan Perikanan dalam menyampaikan maklumat terutamanya aktiviti pencerobohan kawasan penangkapan ikan dan penggunaan peralatan menangkap ikan yang terlarang. Untuk tujuan ini, seramai 21 orang kontek nelayan telah dilantik sebagai Rakan FISH bagi kawasan Kuala Perlis dan Sungai Baru. Pihak kerajaan juga telah meluluskan sebanyak RM100,000 untuk program penyelenggaraan lapan buah tapak tukun tiruan di negeri Perlis bagi meningkatkan sumber perikanan dan menghalang pencerobohan vesel pukat tunda.

Walaupun bersaiz kecil, negeri Perlis amat penting dalam industri perikanan tangkapan di negara ini. Ia mempunyai seramai 6,376 orang nelayan yang mendaratkan kira-kira 135,200 tan metrik ikan bernilai RM700 juta. Negeri ini juga mempunyai seramai 403 orang penternak akuakultur yang mengusahakan sebanyak 880 buah kolam penternakan ikan air tawar.

di Kuala Perlis ini merupakan usaha Jabatan Perikanan untuk memperkemas khidmat sokongan aktiviti perikanan di negeri Perlis. Pejabat ini diketuai oleh Pengarah Perikanan Negeri bersama 19 orang kakitangan. Pembinaan infrastruktur yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.8 juta ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan berpusat bagi aktiviti pelesenan, pengembangan dan khidmat kepakaran serta pengurusan pentadbiran di negeri ini. Jabatan Perikanan berharap para pengusaha perikanan di negeri Perlis akan menjadikan pejabat baharu ini sebagai pusat untuk mendapatkan perkhidmatan dan khidmat nasihat bagi meningkatkan kecekapan operasi mereka. Ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengubah sektor perikanan daripada projek-projek tradisional kepada suatu bidang perniagaan yang digerakkan oleh sektor swasta bagi memenuhi permintaan ikan di dalam dan luar negara.

Kerajaan telah memperuntukkan dana kewangan sebanyak RM6 juta di bawah program ‘touch point’ pada tahun ini untuk membantu kumpulan sasar terutamanya nelayan pantai di seluruh negara. Justeru, dalam majlis ini seramai 79 orang nelayan menerima

YB Datuk Seri Noh Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merasmikan Bangunan Pejabat Perikanan Negeri Perlis.

Page 7: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Jun 2013 Berita Perikanan 7

Ismail Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ketika menyampaikan taklimat lawatan kerja kepada YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, dan YBrs. Datuk Farida Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Pembangunan).

Menurutnya, projek berkenaan telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007 dengan kos keseluruhan RM91.3 juta. Kini, Sungai Como menjadi pusat pengeluar ikan air tawar terbesar

Putrajaya: Sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia Bil.3/2013, Ketua Pengarah, YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood telah melancarkan Tabung Wira Negara pada 22 Mac 2013. Jabatan Perikanan Malaysia mengambil inisiatif untuk mengutip sumbangan bagi Tabung Wira Negara selepas ia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013. Tabung ini diwujudkan bagi mengiktiraf dan menghargai perjuangan dan pengorbanan wira-wira negara untuk mempertahankan kedaulatan negara seperti mana yang telah berlaku di Lahad Datu dan di Semporna, Sabah. Sejumlah RM1,060 telah disumbangkan oleh warga Jabatan Perikanan Malaysia dan telah dihantar kepada penyelaras iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Terima kasih dan syabas kepada penyumbang, semoga sumbangan tuan dirahmati Allah!!!

Kuala Berang, Terengganu: Peruntukan RM2.2 juta yang dibelanjakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bagi program meningkatkan pengeluaran ikan khususnya penternakan ikan dalam sangkar di Sungai Como ternyata berjaya membuahkan hasil.

Kawasan seluas 2,800 hektar di kawasan terbabit telah diwartakan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) dan kini muncul sebagai zon pengeluaran ikan utama di Terengganu. Kawasan berkenaan mampu menempatkan lebih 2,000 buah sangkar ikan, sekali gus menjadi tarikan utama pelabur dalam industri perikanan.

“Kerajaan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri turut menyumbang sebanyak RM50 juta bagi menjayakan projek ini. Peruntukan terbabit digunakan bagi tujuan pembinaan prasarana, kelengkapan serta jalan raya bagi kemudahan penternak di sini.

“Kini, terdapat lebih daripada enam syarikat yang giat menjalankan penternakan ikan yang melibatkan 1,600 buah sangkar. Antara spesies utama yang diternak serta mendapat permintaan baik di sini ialah tilapia merah, baung dan patin hitam.

“Hasil ikan di sini lebih berkualiti jika dibandingkan di tempat lain kerana kawasan ini bebas dari pencemaran dan penyakit serta persekitaran yang terkawal,” jelas YBrs. Tn. Hj.

Projek Sungai Como Buahkan Hasil

Pelancaran Tabung Wira Negara

YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah (dua dari kiri), bersama tetamu kenamaan, melepaskan benih ikan baung.

YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah mencuba masakan ikan yang diternak di Sungai Como.

Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Berhad (KOTANI) turut melabur dengan membina 200 unit sangkar di Sg. Como.

YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menderma untuk Tabung Wira Negara.

Oleh: MohamedSemail PejabatPerikananNegeriPahang

Oleh: TanGeikHong BahagianPelesenandanPengurusanSumber IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

di negeri itu. Adalah dijangkakan pada tahun ini (sehingga bulan Jun), sebanyak 200 tan metrik ikan bernilai RM1.8 juta akan dihasilkan. Harga ladang bagi ikan bersaiz 500 gram mampu dijual dengan harga RM9 sekilogram. Kebanyakan ikan berkenaan untuk pasaran sekitar Kuala Terengganu.

“Jabatan Perikanan Malaysia juga mempelawa pelabur yang berkemampuan dan berminat dalam industri perikanan untuk melabur di sini. Ini berikutan, masih banyak terdapat kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan penternakan ikan sangkar.

“Terbaharu, tambahnya, Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Berhad (KOTANI) turut melabur dengan membina 200 unit sangkar. Adalah dijangkakan pada akhir Mac atau April nanti KOTANI akan mula mengeluarkan hasil.

“Selain itu, Jabatan Perikanan Malaysia melalui Program Pemulihan Rakyat Termiskin (PPRT) turut memberi peluang kepada 80 peserta tempatan yang kurang bernasib baik mencebur diri dalam bidang penternakan ikan.”

Menurutnya lagi, peserta yang tidak berkemampuan mengusahakan sendiri sangkar berkenaan, bolehlah menyerahkannya kepada syarikat swasta. Mereka yang terbabit akan menerima syer setiap tahun. Jabatan Perikanan Malaysia akan memantau dan bekerjasama dengan syarikat terbabit bagi memastikan kebajikan peserta tidak terabai.

Jun 2013 Berita Perikanan 7

Page 8: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

8 Berita Perikanan Jun 2013

Pembiakan ikan temoleh secara aruhan hasil gabungan beberapa teknik khas boleh dipelajari di PPA Perlok, Jerantut, Pahang.

Kejayaan Jabatan Perikanan Malaysia menjalankan pembenihan ikan temoleh secara aruhan dapat menjamin kemandirian spesies ikan ini di Malaysia.

Anak ikan temoleh hasil pembiakan aruhan.

Ikan temoleh (Probarbus jullieni), atau lebih sinonim dengan panggilan temelian di Pahang merupakan antara spesies ikan

kap yang terbesar mendiami sungai-sungai di Malaysia. Di Malaysia, ikan ini hanya mendiami di dua buah sungai utama iaitu Sungai Pahang dan Sungai Perak. Ia juga boleh didapati di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, Terengganu hasil dari program pelepasan umum pada tahun 1995. Di Asia Tenggara, ia boleh didapati di lembangan Sungai Mekong di Kemboja dan Chao Phraya di Thailand. Ikan ini mendiami kawasan sungai berjeram dan berkerikil halus dan menjadikan moluska sebagai sumber makanan utama dan boleh mencapai saiz maksimum sepanjang 110 cm. Berat induk jantan yang matang ialah antara dua hingga tujuh kilogram, manakala berat induk betina adalah antara lima hingga 15 kilogram.

Hasil Temoleh PPA Perlok Memperkaya Sumber Perairan Umum

Sebagai salah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan bagi memulihara sumber perikanan negara, Jabatan Perikanan Malaysia melalui Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut, Pahang telah berusaha untuk memulihkan kelestarian spesies ikan ini di perairan tempatan. Pelbagai usaha dan percubaan telah dilakukan bagi membiakkan ikan temoleh. Pada permulaannya ia sukar dibiakkan kerana ikan ini membiak secara bermusim iaitu antara Oktober hingga Februari, tidak membiak secara semula jadi di dalam kurungan dan masa pengeraman telur yang panjang iaitu 72 jam. Namun pada tahun 2003, Pusat ini berjaya membiakkan ikan temoleh secara aruhan hasil gabungan beberapa teknik khas. Sebanyak 7,500 ekor benih ikan ini berjaya dikeluarkan untuk dilepaskan ke habitat asal dan sebahagian kecil disimpan untuk dijadikan induk pelapis.

Sehingga Mac 2013, Pusat ini telah berjaya menghasilkan dan melepaskan 145,750 ekor benih ikan tersebut ke habitat asal. Bagi menjamin kelestarian stok, ikan ini juga dilepaskan secara terkawal di Tasik Putrajaya. Usaha murni Jabatan Perikanan ini bukan sahaja dapat menambah dan meningkatkan kuantiti ikan temoleh di dunia, malah menjamin kelangsungan populasinya ini untuk tatapan generasi akan datang.

Ikan temoleh mempunyai badan berbentuk memanjang dan padat serta terdapat tujuh hingga lapan jalur hitam pada lateral badan (dari belakang kepala hingga ke dasar kaudal). Ikan ini mempunyai kepala yang berbentuk muncung tumpul, sepasang sesungut maxilla yang kecil dan sepasang mata yang besar. Ciri-ciri istimewa ikan ini ialah bahagian kepalanya berwarna kuning kehijauan dengan iris mata berwarna kemerah-merahan. Lazimnya, siripnya berwarna merah muda dan sedikit gelap di bahagian sirip kaudal.

Spesies ikan yang boleh membesar sehingga mencapai berat 70 kilogram ini, sering menjadi buruan pemancing tempatan sebagai sumber makanan, pendapatan dan perikanan rekreasi (game fish). Oleh kerana populasinya semakin berkurangan, harganya menjadi tinggi di pasaran. Selain itu, kemusnahan habitatnya yang berpunca dari pencemaran dan aktiviti manusia, telah menjejaskan kawasan pembiakan dan makanan semula jadi ikan temoleh. Justeru, spesies ikan ini telah dikategorikan sebagai “diancam kepupusan” dan disenaraikan di bawah IUCN Red List (International Union for Conservation of Nature). Ikan ini juga dikawal dari segi konservasi dan dilarang dari diperdagangkan di bawah CITES [Appendix l] (The Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora).

Oleh: MohdNazriPuasa PusatPengembanganAkuakultur(PPA)Perlok, Jerantut,Pahang Pelepasan benih ikan di Tasik Putrajaya.

Page 9: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Jun 2013 Berita Perikanan 9

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Datuk Seri Noh Hj. Omar merasmikan program My Kampung My Future sempena Karnival Industri Asas Tani di Kg. Merotai, Tawau, Sabah.

Cik Janaria Binti Kurus

Sehubungan itu, Program My Kampung My Future telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 2 November 2012 di Kg. Merotai, Tawau, Sabah. Strategi pelaksanaan program ini ialah dengan melibatkan golongan belia yang akan diberi latihan sebelum menyertai aktiviti-aktiviti pertanian dan pemprosesan, pelancongan tani serta program kesukarelaan meliputi aktiviti kesukanan dan kebudayaan.

Program My Kampung My FutureOleh: KasimTawe BahagianPengembanganPerikanan IbuPejabatPerikananMalaysia,Putrajaya

Sebagai permulaan, tiga buah kampung telah dikenal pasti bagi pelaksanaan program My Kampung My Future iaitu Kg. Merotai di Tawau, Sabah, Kg. Gadong di Simunjan, Sarawak dan Mukim Pulau Tiga di Daerah Kampung Gajah, Perak. Pemilihan kampung-kampung berkenaan adalah berdasarkan faktor-faktor seperti kedudukan di luar bandar, pernah menerima Anugerah Desa Cemerlang, mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),

Sektor ekonomi desa yang merangkumi bidang pertanian dan bukan pertanian berdepan dengan cabaran

globalisasi. Ia memerlukan transformasi untuk menyokong hasrat kerajaan ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Justeru, pihak kerajaan memperkenalkan Program “My Kampung My Future” yang dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy. Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan usaha pembangunan ekonomi bernilai tinggi yang dilaksanakan oleh golongan belia luar bandar.

mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus belia aktif, mempunyai kemudahan infrastruktur asas, sumber tanah dan aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk diperluaskan serta mempunyai nilai tradisi. Pelaksanaan program ini seterusnya akan dikembangkan ke beberapa kampung lain, dengan sasaran lima buah kampung baharu dikenal pasti pada setiap tahun.

Salah seorang pengusahanya ialah Cik Janaria Binti Kurus yang mengusahakan penternakan udang putih (L. vannamei) di Sungai Merotai Besar. Beliau yang berasal dari Kg. Tanah Merah, Merotai Besar, Tawau, merupakan penternak sepenuh masa dan beliawanis berjaya dalam bidang akuakultur. Siswazah dalam jurusan Pengurusan Perladangan dan Perniagaan Tani ini, meneruskan aktiviti penternakan udang yang telah diusahakan oleh keluarganya sejak tahun 1990-an. Kini, projeknya berjaya mengeluarkan lima tan metrik udang setahun bernilai RM50,000.

Beliau berhasrat untuk memperluaskan aktiviti kepada kilang pemprosesan serta melatih belia-belia tempatan menceburi bidang akuakultur.

SUMBANGANARTIKELDANGAMBARKami mengalu-alukan sumbangan artikel dan gambar daripada pembaca terutamanya:

• PERSATUAN-PERSATUAN AKUAKULTUR• PERSATUAN-PERSATUAN NELAYAN • PESARA-PESARA JABATAN PERIKANAN MALAYSIA• LAIN-LAIN

Hantarkan sumbangan artikel dan gambar anda kepada:Pengarang Berita Perikanan, E-mel: [email protected] atau [email protected]: 03-8889-2498

Jun 2013 Berita Perikanan 9

Page 10: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

10 Berita Perikanan Jun 2013

Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur, Encik Ahmad Hazizi Aziz membentangkan kertas kerja bertajuk “Halatuju Industri Akuakultur Malaysia”.

YBrs. Tuan Haji Ismail bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) merasmikan majlis.

Penyerahan akuarium kepada Sekolah Kebangsaan Jelutong.

Oleh: MohdRafiHasan PejabatPerikananNegeriPulauPinang

Majlis Perundingan Industri AkuakulturBeri Manfaat Kepada Penternak

Seberang Jaya, Pulau Pinang: Interaksi terus antara kumpulan sasar dengan Jabatan Perikanan amat wajar diadakan bagi memastikan pertumbuhan pembangunan akuakultur di negara ini mencapai momentum yang tinggi. Justeru, Majlis Perundingan Industri (MPI) Akuakultur perlu diaktifkan.

YBrs. Tuan Haj i Ismai l Abu Hassan, T imba lan Ke tua Penga rah Pe r i kanan (Pembangunan) berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perundingan Industri (MPI) Akuakultur Jabatan Perikanan Negeri

Pulau Pinang Tahun 2013 pada April lalu di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seramai 320 orang pengusaha akuakultur seluruh negeri Pulau Pinang telah menghadiri program yang julung-julung kali diadakan.

Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberikan maklumat terkini mengenai hala tuju industri akuakultur di Malaysia, peluang-peluang dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran akuakultur dan perbincangan isu-isu semasa untuk memajukan industri perikanan negara.

Beliau berkata, program ini amat berjaya dan perlu dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain mengenai konsep pelaksanaannya.

Sebanyak l ima ke r tas ke r j a t e l ah dibentangkan. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah:• Harga ikan air tawar yang rendah di pasaran.

Justeru, cadangan untuk menambah nilai hasil keluaran seperti dijadikan pekasam atau disalai bagi meningkatkan harga jualan.

• Kematian ikan yang berlaku pada peringkat matang. Pengusaha dicadangkan supaya mengurangkan kepadatan ikan di dalam kolam untuk meningkatkan kandungan oksigen.

• Pengusaha mencadangkan supaya penetapan zon penampan di kawasan paya bakau dibincangkan di peringkat kementerian untuk diselaraskan dengan semua agensi yang tidak sependapat mengenai jarak zon penampan.

• Program pemutihan perlu dijalankan untuk menyusun semula kedudukan sangkar di perairan bagi menyelesaikan aduan nelayan pantai yang mendakwa kawasan tangkapan semakin sempit kerana sangkar yang berselerak. Langkah ini juga dapat mengelak penularan wabak penyakit ikan di kawasan penternakan kerana jarak antara sangkar yang terlalu dekat. Dari program pemutihan tersebut, didapati 70 pengusaha sangkar tidak mempunyai lesen SKL yang melibatkan 1,530 buah sangkar yang luas keseluruhannya melebihi 35,000 meter persegi. Mereka diminta untuk membuat permohonan rasmi ke Pejabat Perikanan Daerah yang berkaitan.

Majlis dihadiri seramai 320 orang pengusaha akuakultur dari seluruh negeri Pulau Pinang.

Page 11: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Jun 2013 Berita Perikanan 11

YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan sijil kepada peserta Latihan Quality Assurance and Validation of Chemical Methods.

Latihan Method Validation and Quality Assurance for qPCR and Other Biological Analyses.

Oleh: ZarinaZainuddin PusatBiosekuritiPerikanan,KualaLumpur

Program Kerjasama Latihan MakmalAntara Jabatan Perikanan Malaysia Dengan Kerajaan Belanda

Kuala Lumpur: Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah bagi dua sesi latihan pengesahan kaedah analisis makmal di bawah program kerjasama dua hala antara Jabatan Perikanan Malaysia dengan Kerajaan Belanda iaitu latihan Quality Assurance and Validation of Chemical Methods yang diadakan pada 25 - 29 Mac 2013 dan latihan Method Validation and Quality Assurance for qPCR and Other Biological Analyses pada 8 - 12 April 2013. Latihan berkenaan telah disampaikan oleh saintis-saintis dari RIKILT, Wageningen UR, Belanda iaitu Bjorn Berendsen dan Robin Wegh bagi latihan Quality Assurance and Validation of Chemical Methods, Jeroen Van Dijk dan Stephanie Zaaijer bagi latihan Method Validation and Quality Assurance for qPCR and Other Biological Analyses, manakala Ingrid Gevers bertindak sebagai fasilitator bagi kedua-dua latihan ini.

Seramai 24 orang peserta iaitu 20 orang daripada makmal-makmal di bawah Bahagian Biosekurit i Perikanan dan empat orang lagi peserta daripada Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung telah mengikuti latihan ini (12 peserta bagi setiap sesi latihan). Dalam

latihan ini, semua peserta diberi pemahaman mengenai cara melakukan pengesahan kaedah analisis makmal (laboratory analysis method validation) yang terbahagi kepada pengesahan kaedah analisis kimia dan juga analisis biologikal (pengkhususan bagi analisis DNA menggunakan kaedah qPCR). Kedua-dua latihan ini disampaikan dalam bentuk teori dan praktikal (penyelesaian latihan-latihan simulasi) bagi memastikan semua peserta benar-benar memahami konsep pengesahan kaedah analisis.

Pengesahan kaedah analisis merupakan satu elemen yang sangat penting di dalam sesebuah makmal untuk memastikan analisis yang dijalankan adalah menggunakan kaedah yang betul bagi tujuan menganalisis kandungan sesuatu bahan kimia yang merbahaya ataupun mengenal pasti kehadiran mikroorganisma yang terdapat di dalam sampel ikan yang mana akan memberi kesan buruk kepada kesihatan awam mahupun kesihatan ikan. Pengesahan kaedah analisis juga adalah keperluan bagi mendapatkan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 di mana ianya adalah sebagai indikator terhadap tahap kesempurnaan sesuatu sistem pengurusan kual i t i bagi sesebuah makmal. Dengan

adanya akreditasi ini, keputusan analisis yang dikeluarkan oleh sesebuah makmal akan diyakini di peringkat antarabangsa.

Kedua-dua sesi latihan ini telah dilaksanakan dengan jayanya di mana semua peserta telah memahami cara yang betul bagaimana sesuatu kaedah analisis dapat disahkan. Majlis penutup bagi sesi latihan Quality Assurance and Validation of Chemical Methods telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia, manakala majlis penutup bagi sesi latihan Method Validation and Quality Assurance for qPCR and Other Biological Analyses pula disempurnakan oleh YBrs. Pn. Hjh. Badariah Bt. Mohd Ali, Pengarah Bahagian Biosekuriti Perikanan.

Seiring dengan usaha makmal untuk mendapatkan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005, kesemua peserta latihan digesa untuk melakukan proses pengesahan kaedah analisis sebaik sahaja pulang ke makmal masing-masing. Usaha ini diharapkan dapat menaikkan tahap kualiti perkhidmatan analisis makmal yang diberikan kepada pelanggan agar setara dengan kualiti makmal-makmal di peringkat antarabangsa.

Penerangan disampaikan oleh pakar dari RIKILT semasa Latihan Quality Assurance and Validation of Chemical Methods.

Tenaga pengajar dan peserta Latihan Method Validation and Quality Assurance for qPCR and Other Biological Analyses.

Tenaga pengajar dan peserta Latihan Quality Assurance and Validation of Chemical Methods.

Page 12: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

12 Berita Perikanan Jun 2013

Kuala Juru, Pulau Pinang: Jabatan Perikanan Malaysia telah mewujudkan Pusat Pemantauan Pulau Aman di Batu Kawan, Pulau Pinang dalam usaha mencegah pencerobohan bot-bot “Kenka 2 Bot” dari negeri Perak ke sekitar perairan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Pusat pemantauan ini merupakan yang ketiga diwujudkan di negeri ini selepas Pusat Pemantauan Teluk Bahang dan Pusat Pemantauan Teluk Kumbar di bahagian pulau.

YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, semasa merasmikan Majlis Pelancaran Gegar Kenka 2 Bot dan Cakna Perikanan Gotong Royong Siput Rantai di Pangkalan

Pulau Pinang: Kejayaan pembangunan industri akuakultur di negara-negara pengeluar akuakultur utama di Asia adalah disebabkan oleh penyatuan penternak-penternak mereka. Konsep ‘Aquaculturer Club’ telah berjaya membantu penternak kecil di India, manakala, kerajaan Vietnam pula berjaya menubuhkan persatuan-persatuan penternak ikan di daerah-daerah. Sementara di China, Jepun, Indonesia dan Thailand pula, persatuan dan Jabatan Perikanan mereka membentuk jaringan ke peringkat daerah, negeri dan nasional secara kolektif.

Di Pulau Pinang, Persatuan Penternak Akuakultur Negeri Pulau Pinang (PENKUA) telah ditubuhkan tiga tahun lalu. Pada 10 April

Perkasakan Persatuan Penternak Akuakultur Di Setiap Negeri

Pusat Pemantauan Pulau Aman Cegah Pencerobohan Kenka 2 Bot

Oleh: MohdRafiHasan PejabatPerikananNegeriPulauPinang

Oleh: HuzainiAbd.Hamid PejabatPerikananNegeriPulauPinang

YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood merasmikan majlis. Ahli Rakan Fish, Kuala Juru, Pulau Pinang.

Majlis dihadiri seramai 540 orang pengusaha akuakultur.

YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan bersama YBhg. Dato’ Goh Cheng Leang, Pengerusi PENKUA melancarkan laman sesawang.

Nelayan Kuala Juru, Pulau Pinang berkata, pusat pemantauan ini akan berfungsi sebagai penyalur maklumat kepada pihak berkuasa termasuk Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) supaya tindakan pantas dapat diambil ke atas bot-bot Kenka 2 Bot yang menceroboh kawasan-kawasan penangkapan ikan Zon A. Ia juga berfungsi bagi memantau perubahan ekosistem di perairan tersebut yang boleh menjejaskan aktiviti marin seperti pencemaran, perubahan paras air laut dan aktiviti penebangan bakau secara haram.

Sempena majlis tersebut, seramai 16 orang nelayan menerima Sijil Pelantikan Rakan Fish. Penternak kerang turut menerima peralatan

2013, PENKUA telah mengadakan Mesyuarat Agong kali Ke-3 dan Majlis Makan Malam yang telah dirasmikan oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Beliau turut melancarkan laman sesawang PENKUA iaitu www.penkua.org yang dihadiri seramai 540 orang tetamu jemputan.

Semasa ucapan pe rasmian be l i au berkata, kejayaan PENKUA ini boleh dicontohi oleh Pejabat Perikanan Negeri lain untuk menubuhkan persatuan akuakultur masing-masing bagi meningkatkan hasil akukultur negeri.

untuk memungut siput rantai dan tong berinsulasi.

Program gotong-royong membersihkan siput rantai turut diadakan bagi mengatasi masalah siput rantai yang mengancam projek penternakan kerang di Kuala Juru dan Sungai Sembilang. Lebih 100 orang penternak kerang dari dua buah kawasan berkenaan telah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit kerana lebih 50% kerang yang mereka ternak mati akibat ancaman siput rantai tersebut.

Page 13: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Jun 2013 Berita Perikanan 13

Oleh: MohdRafiHasan JabatanPerikananNegeriPulauPinang

Oleh: MohdRafiHasan JabatanPerikananNegeriPulauPinang

Tasik Gelugor, Pulau Pinang: Program Jiwa Murni iaitu gotong-royong membaiki rumah nelayan darat dan pelepasan benih ikan ke perairan umum telah diadakan di Kg. Sg. Korok, Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada Mac lalu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kawasan Tasik Gelugor. Seramai 150 orang nelayan darat dan 25 orang pelajar kemahiran

Jelutong, Pulau Pinang: Setiap kanak-kanak perlu diberi kesedaran mengenai kepentingan tumbuhan dan sumbangannya kepada kehidupan manusia. Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dan Syarikat World Aquatic Ecosystem Sdn. Bhd. (WAESB) telah mengadakan Program “Satu Murid, Satu Tumbuhan Akuatik” untuk memupuk kesedaran di kalangan kanak-kanak mengenai alam sekitar supaya generasi

YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyerahkan bantuan pembaikan rumah nelayan darat yang melibatkan peruntukan sebanyak RM231,000.

YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop melepaskan benih ikan dan udang galah ke perairan umum.

Rumah Selesa, Sumber Sungai Diperkaya

“Satu Murid, Satu Tumbuhan Akuatik”

Encik Chuah Teong Kooi, Pengarah Urusan Syarikat World Aquatic Ecosystem Sdn. Bhd. memberikan penerangan mengenai tumbuhan akuatik aqua scaping sambil diperhatikan oleh Guru Besar SJK (C ) Phen Shin.

Konsep penerapan pelajar dengan alam.

oleh 25 orang pelajar kemahiran dari CIDM bersama kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang.

Bel iau bersama nelayan darat turut melepaskan sebanyak 40,000 ekor benih udang galah dan 30,000 ekor benih ikan lampam sungai ke perairan umum di pangkalan nelayan Sungai Korok, Seberang Perai Utara. Pada tahun 2012, sebanyak 145,000 ekor benih udang galah, lampam sungai dan ikan baung telah dilepaskan di sungai ini.

dari CIDB turut serta dalam program ini. YB Tan Sri Nor Mohamed Yackop telah

menghulurkan sumbangan peribadi beliau kepada Persatuan Nelayan Darat Kawasan Sungai Dua sebanyak RM3,000. Seramai 29 orang nelayan darat dari Parlimen Tasik Gelugor telah menerima bantuan di bawah Skim Pembaikan Perumahan Nelayan Darat bernilai RM231,000. Ia diikuti dengan program gotong-royong membaiki rumah milik seorang nelayan iaitu Encik Abbas Saad yang disertai

akan datang boleh terus hidup dengan harmoni di alam semula jadi. Program yang dihadiri seramai 250 orang pelajar ini dilancarkan oleh Guru Besar SJK (C) Phen Shin, Puan Wong Shau Fhon pada Mac lalu di Jelutong, Pulau Pinang.

Program ini juga memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai penanaman tumbuhan akuatik dan penjagaan ikan hiasan sebagai satu hobi yang sihat. Pihak sekolah telah dibekalkan satu set akuarium berserta 30 ekor ikan hiasan yang akan dijaga oleh pelajar.

Page 14: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

27 Mac 2013YABhg. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia turut melawat gerai pameran Jabatan Perikanan Malaysia sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) di Langkawi, Kedah.

1 April 2013Majlis Menandatangani Persetujuan Bersama Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pengarah Bahagian dan Pengarah Perikanan Negeri, Tahun 2013 telah diadakan di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

19 Mac 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menandatangani perjanjian kerjasama dengan Syarikat Blue Archipelago Berhad sempena Seminar Udang Kebangsaan 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur.

22 Mac 2013YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan jaket keselamatan sempena Karnival Pertanian dan Inovasi di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang.

25 Mac 2013YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menandatangani plak sempena Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Perikanan Negeri Perlis dan Penyampaian Lesen Sampan Nelayan Serta Bantuan Di Bawah Program “Touch Point” Negeri Perlis di Kuala Perlis, Perlis.

14 Berita Perikanan Jun 2013

Page 15: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

1 April 2013YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan replika cek Program Bantuan Perumahan Nelayan Darat kepada YB Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bera sempena Majlis Perasmian Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) Parlimen Bera, Pahang.

9 April 2013YBrs. Tn. Hj. Johari Bin Ramli, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta Kursus Pengenalan Ciri-ciri Vesel Pukat Tunda Dua Bot di Kemaman, Terengganu.

6 April 2013YB Dato’ Mahdzir Bin Khalid, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Padang Terap menerima replika cek Program Projek Perumahan Nelayan Darat daripada YBrs. Encik Teo Siong Wan, Pengarah Perikanan Negeri Kedah sempena Karnival Pertanian dan Industri Asas Tani di Padang Terap, Kedah.

10 April 2013YBrs. Tn. Hj. Johari Bin Ramli, Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan stiker kepada pengusaha sempena Majlis Interaksi Bersama Pengusaha dan Taikong Vesel Laut Dalam Yang Berasal Dari Negara Vietnam Sempena Gegar 1-Perikanan di Kuantan, Pahang.

16 April 2013YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Subang melepaskan benih ikan keli Sempena Majlis Perasmian Projek Penternakan Ikan Keli Di Dalam Tangki di Bawah Program Penternakan Ikan di Sekolah-sekolah, di SMK Subang, Shah Alam, Selangor.

26 April 2013YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menyampaikan Sijil Amalan Akuakultur Baik sempena Majlis Penyampaian Bantuan Program “Touch Point”, Lesen Khas Sampan dan Sijil Amalan Akuakultur Baik (SAAB) di Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Jun 2013 Berita Perikanan 15

Page 16: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

17 Mei 2013YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bersama para media dan pelajar UTM Skudai, Johor melepaskan anak penyu di Majlis Penghayatan Pemuliharaan Penyu sempena Program Kembara Media Perikanan 2013 di Pantai Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

29 April 2013YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan Lesen Nelayan Darat sempena Program Gegar Perairan Johor Barat di Kampung Parit Haji Salam, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor.

4 Mei 2013YBhg. Dato’ Hj. Raihan Bin Sharif, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (dua dari kanan) membakar sate ikan tilapia sempena Promosi Sate Ikan 2013 di Restoran Sate Kajang Hj. Samuri, Kajang, Selangor.

16 Mei 2013YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perikanan Malaysia (tengah), bersama para media sempena Majlis Perasmian Kembara Media Perikanan 2013 di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

1 Mei 2013YBhg. Dato’ Hj. Raihan Bin Sharif, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancang), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Pesta Memancing Belia Perikanan 1-Malaysia dan Program Pengukuhan Ekosistem Perikanan Bersama Komuniti di Pantai Sg. Lang, Sabak Bernam, Selangor.

16 Berita Perikanan Jun 2013

Page 17: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Oleh: MohdRafiHasan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang

Oleh: MohdRafiHasan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang

Majlis penyampaian hadiah dan saguhati kepada kakitangan yang akan bersara dan cabutan bertuah.

YBrs. Encik Mohd Shaupi Derahman menyampaikan insentif kepada ahli.

Ahli kelab menyampaikan usul.

Sukaneka melibatkan anak-anak kakitangan.

”Sehati sejiwa” dan “pautan kasih”.

Sungai Petani, Kedah: Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Negeri Pulau Pinang (KESUKEP) telah menganjurkan Hari Keluarga pada April lalu di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah. Hari Keluarga ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sidek Md. Jahaya, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang merangkap Penaung KESUKEP.

Seramai 580 orang warga Pejabat Perikanan Pulau Pinang termasuk ahli keluarga masing-masing telah menghadiri Hari Keluarga ini. Tujuan utama penganjurannya ialah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara warga kerja, bak kata

Batu Maung, Pulau Pinang: Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang (KESUKEP) merupakan salah satu kelab sukan yang teraktif di Jabatan Perikanan Malaysia. Perkara ini telah diakui oleh YBrs. Encik Mohd Shaupi Derahman, Timbalan Ketua Pengarah

“Keluarga Bahagia, Pekerja Ceria, Perikanan Berjaya”

Contohi Kelab Sukan Dan KebajikanPejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang

pepatah “yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan”.

Antara acara yang te lah d ia tur ia lah senamrobik, tujuh acara sukaneka, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Kesimpulannya, program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang ini telah menceriakan semua pihak yang sudah semestinya mencapai matlamat penganjurannya. Hari Keluarga ini perlu diadakan setiap tahun kerana “keluarga bahagia, pekerja ceria, perikanan berjaya”.

RM56,850. Setiap tahun, kelab membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk menjaga kebajikan ahli seperti bayaran insentif kecemerlangan akademik anak ahli, kematian, perkahwinan dan lain-lain. Kelab ini juga menyediakan pelbagai kursus dan pakej mengerjakan umrah. Bayaran yuran tahunan hanyalah sebanyak RM2 sebulan.

Perikanan (Operasi) semasa merasmikan Mesyuarat Agong KESUKEP Kali ke-11 pada April lalu di Batu Maung, Pulau Pinang.

YBrs. Encik Mohd Shaupi memuji KESUKEP ke rana se ra tus pe ra tus kak i t angannya merupakan ahli kelab. Beliau tidak menafikan

bahawa kelab sukan menjadi penyeri dan juga dapat menyatukan kakitangan Jabatan Perikanan.

Mesyuarat Agong kali ini telah dihadiri seramai 108 ahli bagi memilih pengerusi dan ahli jawatankuasa yang baharu sesi 2013/2014. Encik Mohd Rafi dan Puan Noraisyah masing-masing sekali lagi telah dipilih sebagai Pengerusi KESUKEP dan Naib Pengerusi KESUKEP sesi 2013/2014.

Penaung KESUKEP, Tuan Haji Mohd Sidek Jahaya berkata, tabung kelab sehingga Disember 2012 ialah sebanyak

Jun 2013 Berita Perikanan 17

Page 18: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Tanjong Karang, Selangor: Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin telah diadakan di Kampung Tok Adam, Tanjong Karang, Selangor pada Mac lalu yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Program ini bertujuan untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di parlimen tersebut.

Teluk Kumbar, Pulau Pinang: Perhubungan antara kumpulan sasar dengan Jabatan Perikanan perlu dieratkan kerana mereka merupakan tonggak kepada kejayaan industri perikanan. Justeru, Program Semarak Kasih Perikanan Pulau Pinang telah diadakan pada April lalu di Sg. Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang telah dirasmikan oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

YH Dato’ Ahamad Sabki Mahmood berkata, Jabatan Perikanan sentiasa menghargai sumbangan 5,644 orang nelayan dan 627 orang penternak ikan yang telah mendaratkan 101,007 tan metrik bernilai RM808.85 juta. Justeru, Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang diperuntukkan sebanyak RM475 ribu melalui projek ’Touch Point’

Program Semarak Kasih Perikanan Pulau Pinang

Nelayan Tanjung Karang Terima Bantuan

Oleh: MohdRafiHasan Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang

Oleh: SihaburoziAbdullah Pejabat Perikanan Negeri Selangor

YBhg. Dato’ Mohd Hashim Bin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia merasmikan majlis.

Seramai 200 orang nelayan menerima bantuan.

Encik Yong Kim Siong menerima bantuan benih ikan keli dan makanan rumusan.

Encik Ariffin Ismail menerima “pukat udang tiga lapis” dan minyak pelincir.

Seramai 200 nelayan di sekitar Tanjung Karang telah menerima bantuan. Setiap nelayan sampan Zon A menerima sebuah tong insulasi di bawah program ‘Touch Point’ berserta 10 ekor anak ayam sebagai tambahan pendapatan kepada nelayan. Nelayan-nelayan yang terlibat adalah dipilih dari tujuh buah pangkalan iaitu Bagan Pasir, Tanjung Karang, Kunci Air, Bagan Tengkorak, Parit 3 dan Parit 4.

YBhg. Dato’ Hashim menegaskan agar setiap masyarakat terutama para nelayan yang berada di kawasan tersebut memanfaatkan segala pemberian yang telah diberikan oleh kerajaan dalam membangunkan sosio ekonomi mereka.

untuk meningkatkan taraf hidup penternak akuakultur dan nelayan.

Pada program ini, seramai 400 orang nelayan pantai dari Teluk Kumbar, Gertak Sanggul, Sg. Batu dan Binjai menerima tiga utas pukat udang tiga lapis dan satu tong

minyak pelincir setiap orang. Seramai 10 orang penternak ikan air tawar dari daerah Balik Pulau menerima 5,000 ekor benih ikan keli dan 13 beg makanan rumusan setiap orang.

Salah seorang penerima ialah Encik Ariffin Ismail, 56 tahun yang merupakan seorang nelayan pantai dari Teluk Kumbar, merakamkan ucapan terima kasih kerana bantuan ini dapat meringankan bebannya.

Encik Yong Kim Siong, 45 tahun, yang merupakan penternak ikan air tawar dari Kuala Sg. Pinang, Balik Pulau pula melahirkan rasa terharu di atas bantuan benih ikan dan makanan rumusan yang diterimanya.

18 Berita Perikanan Jun 2013

Page 19: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Melaka: Kelab MyAgrosis Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka pada Mac lalu. Pada majlis tersebut, beliau telah menyerahkan bantuan sebanyak RM85,000 kepada kelab tersebut untuk menjalankan aktiviti Agroniaga K-Shoppe.

Jabatan Perikanan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk membimbing Kelab MyAgrosis UTeM yang telah ditubuhkan pada Disember 2012 dengan penyertaan seramai 56 pelajar.

Kelab MyAgrosis merupakan salah satu program ‘National Blue Ocean Strategy’ antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) untuk menjadikan pertanian sebagai kerjaya pilihan utama dan membentuk komuniti usahawan komersial yang lebih dinamik. Di peringkat kebangsaan, ia telah dilancarkan pada Disember 2011 di UiTM Kedah oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Kelab MyAgrosis akan ditubuhkan di semua IPTA dengan unjuran penyertaan ahli seramai 20,000 pelajar dari 20 IPTA dengan dana sebanyak RM10 juta. Ahli-ahli kelab juga boleh meminjam dari Agrobank yang menyediakan dana sebanyak RM20 juta sekiranya masih berminat untuk meneruskan aktiviti keusahawanan yang dijalankan semasa di IPTA.

Melaka: Seramai 750 kumpulan sasar telah menerima bantuan dalam Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Kumpulan Sasar yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka pada Mac lalu bertempat di tapak Pasar Tani UTC, Melaka.

Kumpulan sasar tersebut terdiri daripada penternak yang ter je jas ak ibat banj i r, usahawan perikanan, nelayan, peserta Azam Tani dan ahli-ahli kelab MyAgrosis. Mereka menerima bantuan berupa input benih, makanan ikan, peralatan pemprosesan,

Perikanan Melaka Lancar Kelab MyAgrosis UTeM

750 Kumpulan Sasar Negeri Melaka Terima Bantuan

Oleh: Mohd.AzamJusoh Pejabat Perikanan Negeri Melaka

Oleh: Mohd.AzamJusoh Pejabat Perikanan Negeri Melaka

Ahli Kelab MyAgrosis UTeM.

YAB Ketua Menteri Melaka menyampaikan bantuan.

Seramai 750 orang kumpulan sasar menerima bantuan.

YAB Ketua Menteri Melaka menyampaikan replika cek kepada Kelab MyAgrosis UTeM.

kios jualan, motosikal roda t iga, tong ber insu las i , en j in sampan dan moda l pusingan perniagaan. Sebanyak RM2.2 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan program bantuan tersebut.

Majlis penyampaian sijil tamat latihan kepada empat orang peserta projek asuhan

benih ikan marin di Zon Industri Akuakultur Sempang turut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Negeri Melaka mempunyai seramai 1,702 orang nelayan dan 229 orang penternak ikan yang berdaftar yang telah menyumbang pengeluaran sebanyak 10,000 tan metrik ikan.

Jun 2013 Berita Perikanan 19

Page 20: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Melaka: Seramai 239 nelayan yang terjejas akibat penambakan laut di Bandar Hilir, Melaka telah menerima sagu hati dalam majlis yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka pada Februari lalu. Kerajaan Negeri telah meluluskan bayaran sagu hati berjumlah

Kuala Linggi, Melaka: Program Ihsan Samudera Negeri Melaka telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka pada Mac lalu bertempat di RTC Kuala Linggi, Melaka. Program ini diadakan untuk menyampaikan bantuan kepada nelayan melalui sumbangan Yayasan 1-Malaysia Development Berhad (1-MDB).

Seramai 1,339 nelayan dari seluruh negeri Melaka telah menerima pelbagai bantuan seperti bot gentian kaca, enjin sangkut, jaket

YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Mohd. Rustam menyampaikan sagu hati.

Seramai 239 orang nelayan yang terjejas menerima sagu hati.

Oleh: Mohd.AzamJusoh Pejabat Perikanan Negeri Melaka

Oleh: Mohd.AzamJusoh Pejabat Perikanan Negeri Melaka

Kesan Tambakan Laut, Nelayan Terima Sagu Hati

Program Ihsan Samudera Melaka

Peserta yang hadir di Program Ihsan Samudera Negeri Melaka.

YAB Ketua Menteri Melaka menyampaikan bantuan kepada nelayan.

RM670,400 kepada 239 orang nelayan yang terlibat iaitu 109 nelayan sepenuh masa dan 130 ne la yan sambilan.

Aktiviti penambakan laut dijalankan di kawasan yang

Batang Tiga, Klebang, Pokok Mangga, L imbongan, Tengkera, Kampung H i l i r, Kampung Serani dan Padang Temu.

In i merupakan ka l i kedua ne layan berkenaan menerima sagu hati. Bayaran sagu hati kali pertama telah diadakan pada 21 Oktober 2012 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM443,200. Kadar bayaran adalah sebanyak RM3,200 kepada nelayan sepenuh masa dan RM1,600 kepada nelayan yang menjalankan kerja sampingan.

bermula dari Lereh sehingga ke Padang Temu, Daerah Melaka Tengah. Semua konsesi tambak laut yang telah diluluskan disyaratkan untuk menjelaskan bayaran Sumbangan Tabung Ekonomi Ne layan dan bayaran sagu hati kepada nelayan mengikut jumlah ke luasan yang akan ditambak. Nelayan yang terjejas akibat penangkapan ikan di kawasan penambakan laut melibatkan 10 pangkalan di daerah Melaka Tengah iaitu Lereh, Sungai Lereh,

keselamatan, pukat dan bantuan makanan. Manakala anak-anak nelayan yang terpilih diberikan bantuan pakaian seragam sekolah dan wang saku sebanyak RM100 seorang. Untuk negeri Melaka sahaja, Yayasan 1-MDB telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Seminar Pengurusan Kewangan turut diadakan yang disertai seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada nelayan, penternak dan peserta Azam Tani untuk memberi pendedahan kepada kumpulan sasar Jabatan Perikanan dalam aspek pengurusan kewangan yang bijak.

20 Berita Perikanan Jun 2013

Page 21: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Batu Pahat, Johor: Program Gegar Perairan Johor Barat sempena Program Gegar Perikanan 1-Malaysia telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada April lalu di Kampung Parit Haji Salam, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor. Program Gegar Perikanan 1-Malaysia merupakan salah satu usaha Jabatan Perikanan Malaysia untuk menangani isu-isu utama yang dihadapi oleh kumpulan sasar di seluruh negara.

I su u tama yang t imbul d i kawasan Johor Barat ialah garis persempadanan zon

turut menyampaikan bantuan benih dan makanan ikan kepada 39 orang penternak.

Selain itu, sebanyak lima buah sekolah di Batu Pahat telah dipilih bagi Program Akuarium Sekolah. Program kesedaran menjaga sumber perikanan dan pertandingan mewarna di kalangan pelajar pra sekolah turut diadakan.

Para pengunjung yang dianggarkan seramai 500 orang juga berpeluang melihat pameran, demonstrasi memproses produk perikanan, penyelenggaraan enjin dan membeli produk-produk yang dijual.

penangkapan ikan oleh vesel-vesel pukat tunda yang tidak jelas. Ini telah menimbulkan salah faham antara nelayan tradisi dan nelayan pukat tunda. Justeru, Jabatan Perikanan telah memasang GPS di vesel-vesel pukat tunda supaya tidak melanggar sempadan zon penangkapan ikan.

YBhg . Da t o ’ Mohd . Hash im t e l ah menyerahkan sebanyak 120 lesen kepada nelayan darat dari kawasan Yong Peng dan Semberong, menyampaikan 320 jaket keselamatan dan 60 buah peti kecemasan kepada pengusaha industri asas tani. Beliau

YBrs. Encik Shukri Deris, Pengarah Perikanan Negeri Perlis memberi penerangan kepada nelayan darat.

Sebanyak lima buah sekolah di Batu Pahat telah dipilih bagi Program Akuarium Sekolah.

Gegar Perairan Johor Barat

Kangar, Perlis: Program Perumahan Nelayan Darat (PPND) merupakan salah satu program untuk meningkatkan kualiti hidup para nelayan yang mula dilaksanakan pada akhir tahun 2012. Program ini adalah kesinambungan dari Program Pembaikan Perumahan Nelayan yang dijalankan oleh pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada nelayan-nelayan laut di seluruh Malaysia melalui pengumuman Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah memperluaskan lagi program ini kepada seluruh nelayan darat di seluruh negara dengan peruntukan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan yang berjumlah RM300 juta.

Di negeri Perlis untuk tahun 2012, seramai 28 orang nelayan darat yang didaftarkan dan dikategorikan sebagai nelayan Zon A telah dikenal pasti dan terpilih bagi menerima bantuan pembaikan perumahan ini. Justeru, Majlis Penerangan

Oleh: MuhdAriffAdullah Pejabat Perikanan Negeri Perlis

Oleh: NajibJamin Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat Johor

Nelayan Darat Perlis Dapat Bantuan Pulih Rumah

Seramai 28 orang nelayan darat negeri Perlis yang layak menerima bantuan PPND.

Program Perumahan Nelayan Darat (PPND) telah diadakan pada Mac la lu. Takl imat berkaitan tatacara dan kaedah pelaksanaan program PPND ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Shukri Deris, Pengarah Perikanan Negeri Perlis.

Majlis ini memperjelaskan dan memberi kefahaman serta menjawab persoalan- persoalan yang telah dibangkitkan oleh para peserta yang terlibat agar projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Program ini dijangka akan siap sepenuhnya sebelum Oktober 2013 dan pelaksanaannya akan diteruskan untuk fasa kedua yang akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bergantung kepada peruntukan dan penyertaan peserta yang telah dikenal pasti serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan.

YBhg. Dato’ Mohd. Hashim Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mengikuti demonstrasi penyelenggaraan enjin bot.

Jun 2013 Berita Perikanan 21

Page 22: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Oleh: NataBakar Pejabat Perikanan Laut Sarawak

Sebagai Ketua Komuniti Perikanan Sarawak

Kuching, Sarawak: Negeri Sarawak yang mempunyai kawasan pesisir pantai yang panjang, menjadi penghalang kepada pihak Jabatan Perikanan untuk berurusan dengan golongan sasar terutamanya masyarakat nelayan dengan lebih efisien. Ia disulitkan lagi dengan faktor taburan kampung nelayan yang agak berselerak dan terpencil.

Bag i memudahkan u rusan dengan masyarakat nelayan, Jabatan Perikanan telah melantik seramai 193 orang nelayan sebagai

Sehubungan i tu , Maj l i s Pe lant ikan Ketua Komuniti Perikanan dan Penyerahan Projek “Touch Point” Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Talib Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak merangkap ADUN Jepak bagi memberi pengiktirafan kepada mereka yang dilantik sebagai Ketua Komuniti Perikanan.

Sempena majlis itu, para nelayan dan kumpulan sasar turut menerima bantuan di bawah projek ‘Touch Point’ yang berbentuk jaket keselamatan, peti ikan berinsulasi, makanan ikan dan benih ikan siakap.

Ketua Komuniti Perikanan bagi tempoh 2013 hingga 2016 bagi kawasan masing-masing. Ketua Komuniti Perikanan yang dilantik berperanan sebagai penghubung antara komuniti nelayan dengan Jabatan Perikanan. Mereka akan menjadi pemimpin, pembimbing dan penyalur maklumat kepada komuniti nelayan. Mereka juga akan menerima aduan dari masyarakat nelayan untuk disampaikan kepada pihak Jabatan Perikanan demi untuk kemajuan mereka.

YB Datuk Hj. Talib Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak merangkap ADUN Jepak menyampaikan Sijil Lantikan kepada Ketua Komuniti Perikanan Kawasan Bintulu.

Ketua Komuniti Perikanan 2013 - 2016 Kawasan Kuching.

Penyampaian sijil pengiktirafan.

193 Nelayan Dilantik

Kajang, Selangor: Majlis Promosi Sate Ikan 2013 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Raihan Sharif, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 4 Mei 2013 di Restoran Sate Kajang Hj. Samuri, Kajang, Selangor. Program anjuran

mengeluarkan sebanyak 1,800 tan metrik ikan tilapia bernilai RM11 juta setahun. Ikan tilapia yang dihasilkan juga berkualiti kerana telah mendapat pengiktirafan Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan Sijil Halal.

Produk sate ikan tilapia ini boleh diperoleh di 20 cawangan Sate Kajang Haji Samuri yang telah diberikan pengiktirafan sebagai pembekal sate ikan tilapia.

Oleh: MohdNorEffendiAbdAziz Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya

Sate Ikan Tilapia Berkhasiat

YBhg. Dato’ Hj. Raihan Sharif, YH Dato’ Ahamad Sabki dan Dato’ Haji Samuri Sukiman membakar sate tilapia.

bersama antara Jabatan Pe r i kanan Ma l a ys i a , Sate Kajang Haji Samuri dan Tilapia House Sdn. Bhd. ini bertujuan untuk mengubah persepsi orang ramai bahawa produk i kan a i r tawar bo leh dipelbagaikan menjadi sajian harian yang sihat, berkualiti dan lazat. Sekali gus, usaha yang dijalankan ini mampu mewujudkan skop pemasaran baharu ikan air tawar di negara ini.

Sate ikan ti lapia yang dihasilkan ini menggunakan ikan “Supreme tilapia” yang dihasi lkan dar ipada baka “Genet ica l ly Improved Farmed Tilapia-GIFT” yang diternak di Zon Industri Akuakultur, Tasik Temenggor, Perak. Projek berimpak tinggi ini mampu

22 Berita Perikanan Jun 2013

Page 23: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Oleh: MohamedSemail Jabatan Perikanan Negeri Pahang

Selain pengkulturan rumpai laut, kawasan perairan Sabah juga sesuai untuk penternakan tiram mutiara. Mutiara,

memang menjadi buruan ramai wanita. Malah, pemakainya merasa begitu gah dan sempurna bila memperagakannya. Namun, jarang yang mengetahui bagaimana ia dihasilkan.

Salah seorang pakar penternakan tiram mutiara dari Semporna, Sabah iaitu Puan Rusiah Kalmin berkata, terdapat mutiara yang mencecah sehingga jutaan ringgit sebiji. Namun, ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun untuk matang bagi mendapatkan hasil yang berkualiti.

“Industri ini juga memerlukan suntikan modal yang besar. Kos penternakan di kawasan seluas 200 hingga 400 ekar memerlukan modal RM800,000 hingga RM1 juta”, jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

“Terdapat mutiara asli dan separa asli di pasaran. Kedua-duanya nampak sempurna, namun kualiti dan harganya jauh berbeza. Biasanya, pembeli begitu keliru untuk membezakan antara asli dan bukan asli”, katanya.

Katanya, terdapat dua kaedah untuk menghasilkan mutiara. Paling mudah dengan memasukkan nukleus ke dalam tiram dan dibiarkan dalam sangkar penternakan. Tiram akan mengeluarkan cecair kimia dari badannya untuk menyalut atau membungkus nukleus. Tempoh matang untuk menghasilkan mutiara adalah antara dua hingga tiga tahun. Namun, ia juga bergantung kepada keadaan persekitaran. Jika air persekitaran bersih dan banyak makanan, ia akan cepat membesar.

“Justeru, kita dapati mutiara jenis ini berbentuk bulat dan berwarna kekuningan. Tetapi, paling rumit dan memerlukan kepakaran ialah ketika membuka kulit tiram untuk memasukkan nukleus. Jika tersilap membukanya, tiram akan tercedera dan mati”, katanya.

“Paling getir ialah semasa mengeluarkan mutiara dari tiram yang memerlukan kepakaran tinggi. Penyepit khas digunakan untuk menyepit mutiara dari dagingnya. Jika tersalah sepit,

dagingnya akan luka sekali gus mengakibatkan kematian”, katanya.

“Satu kaedah lagi ialah menternak tiram tanpa memasukkan nukleus. Untuk menghasilkan mutiara tulen bergantung kepada nasib kerana ia dihasilkan oleh tiram itu sendiri dan mutiara yang dihasilkan tidak bulat”, katanya.

Menurut Puan Rusiah yang berpengalaman hampir 20 tahun menternak tiram berkata, tidak semua tiram yang diternak kaedah ini mengeluarkan hasil terbaik. Ia bergantung kepada saiz yang mempengaruhi harga. Mutiara bersaiz besar, dijual dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgit, malah ada yang mencecah sehingga jutaan ringgit sebiji. Tetapi ia jarang berlaku.

Menurutnya, musuh dalam penternakan mutiara ialah masalah kecurian di mana pencuri datang dengan menyelam serta mengambil tiram yang matang.

Dari tinjauan penulis mendapati Puan Rusiah adalah orang pertama yang menternak tiram mutiara di Sabah. Malah, beliau juga adalah wanita tunggal negara yang menceburi industri itu.

Kini, beliau serta suaminya Encik Kajiwara, 52, mampu tersenyum puas dengan hasil dari usahanya yang lumayan.

Encik Kajiwara memeriksa tiram matang.

Membuka tiram mutiara memerlukan kepakaran.

Tiram matang sedia untuk dituai.

Nuk leus yang d igunakan untuk menghasilkan mutiara.

Puan Rusiah Pelopor Penternakan Tiram Mutiara

Puan Rusiah bersama mutiara yang mampu mencecah ratusan ribu ringgit

Jun 2013 Berita Perikanan 23

Page 24: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Kota Kinabalu, Sabah: Kursus Teknik Penulisan dan Fotografi anjuran Jabatan Perikanan Sabah telah berjaya menarik minat lebih 20 kakitangan Jabatan terbabit sekali gus bakal melahirkan kakitangan yang mahir dalam bidang penulisan. Kursus yang dijalankan selama tiga hari itu berjaya membuka minda mereka untuk meningkatkan kemahiran menulis dan mengambil gambar.

Penyelaras kursus, Encik Aidi Sapri, 44, berkata, ia juga bertujuan mewujudkan kemahiran asas dalam teknik penulisan dan fotografi yang dikatakan mampu menjana pendapatan sampingan jika ia digunakan dengan betul.

“Mereka yang terlibat dipilih dari pelbagai cawangan termasuk akuakultur dan juga kejuruteraan. Walaupun ia pertama kali diadakan di sini, namun sambutan penyertaan yang diterima amat menggalakkan.

“Adalah menjadi harapan Jabatan, mereka yang terbabit ini nanti mampu menjadi perintis

Peserta Kursus Teknik Penulisan dan Fotografi.

Peserta tekun membuat latihan

Encik Aidi - Pertama kali

mendapat sambutan.

Puan Anita - Perlu kursus lanjutan.

sebagai penulis berbakat, sekali gus mampu menghasil tulisan untuk penerbitan majalah Jabatan Perikanan nanti.

Bagi menjayakan kursus ini, Jabatan Perikanan menjemput Encik Mohamed Semail yang didatangkan khas dari Kuantan, Pahang yang berpengalaman lebih sembilan tahun dalam bidang penulisan dan fotografi.

“Enc ik Mohamed yang merupakan kakitangan Jabatan Perikanan dan menjadi wartawan sambilan bersama media Berita Harian, seharusnya menjadi contoh kepada kakitangan lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Salah seorang peserta, Puan Anita A. Raman, 43, berkata, kursus itu sangat berfaedah kepada semua kak i tangan. Ma lah , ia memahirkan kaki tangan dalam bidang terbabit.

Katanya, bagi mencungkil bakat berkenaan, Jabatan Perikanan seharusnya mengadakan kursus peringkat kedua selepas ini. Ini bertujuan

Asah Bakat Menulis Dan Fotografi

Oleh: MohamedSemail Pejabat Perikanan Negeri Pahang

Kakitangan Jabatan Perikanan Sabah

agar Jabatan mampu melahirkan penulis yang benar-benar berwibawa dan juga menjadi aset berharga kepada Jabatan.

Ketua Cawangan Kejuruteraan dan Teknikal, Encik Sairin Samin, berkata, mereka yang terpilih akan diuji untuk menyerahkan hasil penulisan mereka untuk diterbitkan.

“Buat permulaan, semua peserta hendaklah menyerahkan hasil penulisan kepada penyelaras untuk diterbitkan dalam Berita Perikanan.

“Untuk jangka panjang dan kemahiran kakitangan, Jabatan Perikanan bersedia mengadakan kursus peringkat kedua nanti. Namun, jelasnya, hanya peserta benar-benar berminat, berkemahiran serta berkebolehan sahaja boleh menyertai kursus peringkat kedua nanti,” katanya ketika menutup majlis tersebut baru-baru ini.

24 Berita Perikanan Jun 2013

Page 25: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

“Langgai” dan “Sungkur” atau Push net adalah sejenis peralatan menangkap ikan tradisional yang menggunakan tenaga

manusia sepenuhnya. Umumnya, kedua-dua peralatan ini dikenali sebagai langgai sahaja. Umpamanya di Johor, ia dipanggil langgai, manakala di Kedah dipanggil sirin. Namun, kaedah menggunakannya adalah sama. Kedua-dua peralatan tersebut berbentuk seperti pukat sorong bersaiz kecil yang dikendalikan dengan tenaga manusia.

Langgai dan sungkur mempunyai bentuk dan saiz pemegang yang sama, begitu juga lokasi serta cara mengoperasikannya. Perbezaannya hanyalah pada saiz mata pukat dan sasaran tangkapan. Langgai diperbuat dari batang buluh yang panjangnya antara lima hingga enam meter dengan saiz mata pukat 1.5 cm. Manakala saiz mata pukat pada bahagian keroncong ialah 1 cm. Tangkapan utama langgai ialah udang bersaiz sederhana seperti udang putih, udang merah dan anak-anak ikan. Waktu operasi ialah semasa air surut (air bani) di kawasan kedalaman air yang kurang dari dua meter. Semasa menangkap udang, langgai dimasukkan ke dalam air dan ditolak selama 10 hingga 15 minit. Ia kemudiannya diangkat supaya hasil tangkapan masuk ke keroncong. Proses ini diulang sehingga operasi selesai.

Peralatan langgai. Peralatan sungkur. Udang baring atau udang geragau yang ditangkap dengan menggunakan peralatan sungkur.

Aktiviti melanggai.

Keunikan Langgai Dan Sungkur

Oleh: Mohd.AzamJusoh Pejabat Perikanan Negeri Melaka

Lazimnya seorang pelanggai udang berupaya mendaratkan tangkapan udang kecil di antara dua hingga 10 kilogram yang bergantung pada musim. Pengusaha sungkur udang baring pula berupaya mendaratkan hasil di antara lima hingga 30 kilogram dan pada musim kemuncak, mereka boleh menghasilkan sehingga 60 kilogram setiap trip. Udang hidup mendapat permintaan yang tinggi khususnya daripada kaki pancing yang dijual mengikut saiz antara 30 sen hingga 80 sen seekor.

Aktiviti unik ini juga berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan kerana terdapat pelancong yang tertarik untuk melihatnya terutama bila tiba musim udang geragau di mana nelayan secara beramai-ramai turun ke laut bagaikan pesta.

Aktiviti menyungkur.

Manakala bahan binaan dan bentuk sungkur pula adalah sama seperti langgai, hanya yang membezakannya ialah saiz mata pukat. Saiz mata pukat di bahagian atas ialah 3 cm dan di bahagian tengah hingga ke keroncong menggunakan saiz mata pukat yang lebih halus. Tangkapan utama sungkur ialah udang baring atau dipanggil udang geragau di Melaka. Untuk menangkap udang baring, sungkur ditolak dan tidak diangkat dari mula sehinggalah operasi selesai. Operasinya memakan masa di antara dua hingga empat jam.

Di Melaka, aktiviti ini telah diusahakan sejak dahulu lagi, walaupun telah berlaku perubahan teknologi penangkapan ikan. Ini adalah kerana terdapat permintaan kepada hasil tangkapan segar di samping harganya yang berpatutan. Ia boleh digunakan sepanjang masa. Namun, musim kemuncaknya ialah antara bulan Mei hingga Julai dan antara September dan Oktober setiap tahun.

Dianggarkan Melaka mempunyai seramai lebih dari 350 pengusaha langgai dan sungkur, yang mana lebih 80% daripada mereka adalah pengusaha sambilan. Lokasi utama ialah di sebelas pesisir pantai yang bermula dari pantai Pengkalan Balak hingga ke Padang Temu. Usaha ini memberi pendapatan tambahan kepada pengusaha terutama pada musim kemuncak kerana udang yang ditangkap digunakan untuk dijadikan belacan dan cencaluk.

Jun 2013 Berita Perikanan 25

Page 26: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Oleh: NordiayanaIshak Pejabat Perikanan Daerah Pasir Puteh, Kelantan

dan Kuala Besut, Terengganu. Ikan yang ditangkap oleh nelayan di sini hanya untuk jualan ikan segar sahaja.

Penduduk di sini suka menempah ikan keringnya secara pukal terutamanya apabila mereka hendak mengadakan kenduri. Tempahan juga diterima daripada pemborong dari luar kawasan. Walau bagaimanapun, Mak Su hanya mampu menghasilkan kira-kira 350 kilogram ikan kering sahaja dalam sebulan. Biarpun permintaan ikan keringnya tinggi, namun beliau terpaksa melupakannya berikutan infrastruktur yang dimilikinya masih belum mampu untuk meningkatkan pengeluaran.

Antara cabaran lain ialah untuk mendapatkan bekalan ikan mentah kerana terdapat persaingan daripada 15 pengusaha produk ikan kering dan keropok di Kg. Pachakan ini. Antara spesies ikan yang mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan ikan kering adalah ikan nipis, gelama, kembong, cencaru, tamban, seliat, talang dan tenggiri. Masalah lain yang dihadapinya adalah dari segi cuaca dan kawasan pemprosesan ikan kering yang terhad.

Bagi yang berminat untuk menempah produk ikan kering Mak Su boleh menghubungi beliau di talian 014-8057933 / 014-5171435.

Hasil laut seperti ikan segar dan produk industri asas tani dari Kg. Pachakan, Pasir Puteh sememangnya terkenal di negeri

Kelantan. Salah seorang pengusaha yang turut membangunkan perusahaan berasaskan ikan untuk menaik taraf ekonomi keluarga ialah Puan Aminah Jusoh, 57, atau lebih dikenali sebagai Mak Su yang juga merupakan seorang ibu tunggal.

”Di sini tidak ramai golongan muda yang berminat untuk mengusahakan produk ikan kering walaupun permintaan agak tinggi. Mungkin kerana pekerjaannya yang agak leceh dan tidak senyaman seperti bekerja di dalam pejabat”, katanya ketika ditemui dalam satu sesi penyerahan bantuan oleh Pejabat Perikanan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Jelas Mak Su, perusahaan ikan kering miliknya telah bertapak hampir 16 tahun lalu. Ketika itu, dirinya tidak memiliki apa-apa dan hanya memikirkan untuk membuat ikan kering dengan hasil tangkapan arwah suaminya dahulu yang bekerja sebagai nelayan. Namun katanya, apabila mula menjalankan perusahaan, barulah dia sedar bahawa perlu ada sebuah tempat khas untuk menghasilkan ikan kering.

Bagaimanapun selepas lapan tahun mengusahakan produk ikan kering, usaha Mak Su mendapat perhatian Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dan IADA Kemasin Semerak Negeri Kelantan yang datang menghulurkan bantuan berupa peralatan seperti peti penyejuk beku, peti ikan, tong insulasi dan bidai jemuran yang berjumlah hampir RM10,000. Pada tahun 2009, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan telah memberi bantuan di bawah Program Mempelbagaikan dan Menambah Pendapatan berupa peralatan

seperti tong insulasi, peti ikan, bidai jemuran dan besin yang berjumlah RM10,000.

Pada tahun 2012, seka l i lagi dengan prihatinnya Jabatan Perikanan Negeri Kelantan memberi input bantuan di bawah Program Percubaan dan Demonstrasi berupa peralatan seperti meja siang ikan dan tong insulasi 450 L yang berjumlah RM2,250.

Jelas Mak Su, memandangkan bekalan ikan mentah ter la lu sukar diperoleh dari nelayan-nelayan tempatan, dia terpaksa memperolehnya dari pemborong ikan dari Kuala Kedah, Kedah Mak Su bersama pelanggan dan Pegawai Perikanan.

Puan Aminah Jusoh menerima surat kelulusan bantuan daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Mampu mengeluarkan kira-kira 350 kilogram ikan kering sebulan.

26 Berita Perikanan Jun 2013

Page 27: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

TEKA SILANG KATA

Nama: ..................................................................................................................

No. K/P: ............................................ No. Telefon: .............................................

Mendatar:1. Turtle Excluder Device (TED) dalam Bahasa Malaysia

ialah Peranti ________ Penyu. 4. Sejenis ikan kecil yang sering dibuat perumpamaan, “tak

sungguh ________ melaut, akhirnya balik ke tepi juga”.9. Nelayan membawa pemancing dengan bot untuk aktiviti

Perikanan _________. 13. Salah sebuah negara Indo China yang sedang meningkat

dalam bidang akuakultur 16 . Perkataan yang bermakna “bunyi riuh atau bising seperti

orang berkelahi atau ketawa beramai-ramai”. 18. Nama saintifik bagi ikan Puyu ialah ________ testudineus.19. Istilah yang dipinjam dari loghat Kelantan yang bermakna

orang yang mengangkat hidangan dalam majlis jamuan atau pelayan jemputan.

21. Waktu yang akan datang, masa kemudian, kelak, contoh: “bila hari raya ______, pulanglah.

24. Binaan yang ditempatkan di laut sebagai tempat ikan berlindung dan membiak.

25. Sesuatu yang telah diikat, pertalian yang erat. 27. Yang datang selepas ini, yang tersebut di bawah ini.28. Teriakan, panggilan, contoh: “_______nya didengar

orang”.

29. Maksud yang mendalam, tujuan yang sebenar daripada sesuatu, contoh: “tiap-tiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah dalam Islam itu, mempunyai ________ bagi faedah kehidupan manusia”.

Menurun:1. Monitoring, Control and Surveillance (MCS) dalam Bahasa

Malaysia ialah Pemantauan, Pengawalan dan ________.2. Kertas yang ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim

kepada orang lain.3. Kuasa ke atas sesuatu (yang ditentukan oleh undang-

undang, agama, adat istiadat dll)5. Membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut

dalam sesuatu perkataan.6. Melakukan percubaan kimia dll.7. Berumur.8. Telur ikan Sturgeon dipanggil ___________.10. Ibu negara Itali.11. “Melihat” dalam Bahasa Inggeris.12. Hasrat, keinginan.14. Sedap.

15. Gelaran atau panggilan yang bermakna “anak dara tua”.16. Sejenis spesies tumbuhan akuatik yang cantik dan bernilai

ialah Cabomba ___________. 17. Sesuatu yang bersambung-sambung, kumpulan atau

sistem yang berhubungan antara satu sama lain, contoh: “satu _______ pemasaran”.

20. Sejenis binatang dalam kelas Hirudinea, rupanya seperti pacat.

22. Hidupan satu sel yang sentiasa berubah bentuknya.23. Negara yang mempunyai jumlah penduduk yang kedua

teramai di dunia.24. Program “______ Point” diadakan untuk memberi

bantuan kepada kumpulan sasar.26. Dunia, bumi, segala yang ada di langit dan di bumi.

Jawapan Teka Silang KataBP MAC 2012

BORANG PENYERTAAN TEKA SILANG KATA (BP JUN 2013)

Jun 2013 Berita Perikanan 27

Page 28: Cabaran Industri Udang Laut - dof.gov.my · aktiviti yang didorong oleh pelaburan swasta dan kerjasama semua pihak. ... Pengusaha digalak mengamalkan ... melalui pengawalan import,

Mi Ikan

Jabatan Perikanan Malaysia(Department of Fisheries Malaysia)

Aras 1-6, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTRAJAyA.Tel: 03 - 8870 4000 No. Faksmili: 03 - 8889 2498 Laman Web: http://www.dof.gov.my E-mel: [email protected]

Bahan-bahan:Tepung gandum 500 gram Telur 1 biji Air abu 1 sudu makan Pewarna kuning 1 sudu makanIsi ikan 200 gramGaram 1 sudu makanAir 150 ml

Cara Membuat Mi:1. Campurkan garam, air abu dan pewarna kuning bersama-sama air

dan kacau sehingga sebati.2. Gaulkan isi ikan bersama tepung gandum sehingga sebati. Masukkan

telur ke dalam adunan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

3. Jadikan doh kepada beberapa ketulan kecil dan jadikannya bentuk memanjang.

4. Gelekkan doh menjadi nipis dengan menggunakan mesin.5. Sapukan tepung pada kepingan doh supaya tidak melekat antara

satu sama lain. 6. Masukkan kepingan doh pada mesin pembuat mi. Pegang pada

kepingan doh supaya ia tidak menjadi kerinting. 7. Masukkan mi ke dalam air mendidih yang dicampurkan dengan

sedikit minyak masak selama tiga hingga empat minit.8. Angkat dan siram dengan air biasa dan tos. Apabila kering, gaulkan

dengan sedikit minyak masak.9. Mi ikan ini sedia untuk dimasak dengan pelbagai cara seperti masakan

sup dan goreng.

Resipi disediakan oleh:-Bahagian Pengembangan PerikananIbu Pejabat Perikanan MalaysiaPutrajayaTel: 03-88704413

Selamat mencuba!!!

Resipi Pilihan

KawasanLaranganMemancingPersatuanIkan-ikanAirTawarTasikBiru

Nukilan:

Mutiara QasehPutrajaya

25 Mac 2013

Gemilang Perikanan

Tekad maju seia sekata,Berdiri teguh di bumi nyata,Capai visi piagam ditepati,Melaksana dasar perikanan sepenuh hati.

Penternak dan nelayan,Langkah seiring,Mara ke hadapan,Menongkah arus teknologi,Sama memacu kejayaan,

Kita warga Perikanan,Tabah harungi segala cabaran,Terus berjuang, kuatkan azam,Demi agama, bangsa dan negara.

Jabatan Perikanan Malaysia,Peneraju transformasi,Berdaya saing dan berinovasi,Melakar sejarah tersendiri,Gemilang Perikanan di Malaysia.