pengurusan ternakan udang galah macrobrachium resenbergii secara komersil

29
PENGURUSAN TERNAKAN UDANG GALAH Macrobrachium resenbergii SECARA KOMERSIL SUHAIRI BIN ALIMON Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Batu Berendam, 75350 MELAKA JABATAN PERIKANAN KEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA Freshwater Fisheries Research Centre (Department of Fisheries) Batu Berendam, 75350 Melaka http://agrolink.moa.my/dof/ppat Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre All Rights Reserved

Upload: walicroc

Post on 15-Apr-2016

373 views

Category:

Documents


60 download

DESCRIPTION

udang galah

TRANSCRIPT

PENGURUSAN TERNAKAN UDANG GALAH Macrobrachium resenbergii SECARA KOMERSIL

SUHAIRI BIN ALIMONPusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar,

Batu Berendam,75350 MELAKA

JABATAN PERIKANANKEMENTERIAN PERTANIAN MALAYSIA

Freshwater Fisheries Research Centre(Department of Fisheries)Batu Berendam, 75350 Melakahttp://agrolink.moa.my/dof/ppat

Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research CentreAll Rights Reserved

PENDAHULUAN

Kertas ini disediakan bagi memenuhi permintaan untuk mendapatkan maklumat terkini tentang industri udang galah di Malaysia. Ia disediakan berdasar kepada risalah terdahulu yang diterbitkan dalam tahun 1993, yang dirasakan telah agak tertinggal oleh perkembangan pesat industri ini sekarang.

Perbincangan akan lebih menumpu kepada pengurusan ternakan monokultur secara intensif, iaitu pendekatan kormersial; walaubagaimanapun maklumat umum yang boleh diamalkan oleh penternak kecilan ada juga diselitkan. Sedikit keterangan tentang pembenihan dan aspek ekonomi juga dimasukkan. Banayk maklumat dari kertas-kertas yang dibentang dalam "Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini" yang telah diadakan di Melaka pada akhir 1996 lalu mengisi sebahagian dari keterangan di sini. Maklumat semasa dari sumber lain samada dari dalam mahupun luar negara juga dimuatkan.

Diharapkan ia memberi manfaat kepada pembaca sekelian.

Terima kasih.

PPPAT

Mei 2000

---------------------------------------------------

Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.All Rights Reserved.

1. LATAR BELAKANG

Udang galah Macrobrachium resenbergii merupakan antara hidupan ternakan air tawar paling popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Harga pasarannya telah melonjak dari sekitar RM15/kg pada akhir

tahun 80'an kepada sekitar RM25/kg sekarang (2000). Sebelum ekonomi meleset (1997), harga telah meningkat sekitar RM40 bagi setiap kg udang hidup. Permintaan untuk udang galah memang sentiasa tinggi. Ini dijangka oleh peningkatan taraf hidup dan penambahan pendapatan penduduk Malaysia, seterusnya meningkatkan daya beli disamping masing-masing mempunyai peruntukan yang lebih untuk program rekreasi (memancing di kolam berbayar). Peningkatan harga dan permintaan ini seterusnya merangsang ramai penternak ikan menukar kepada ternakan udang galah. Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah tinggal mula digali untuk kolam udang galah. Terdapat juga program pembangunan pertanian

kawasan yang telah menjadikan udang galah sebagai spesies tumpuan untuk dimajukan, malah ada daerah yang telah memilih spesies ini sebagai maskot atau produk utama pengeluaran di daerah masing-masing. Sebuah ladang akuakultur yang terbesar di pantai timur juga telah menceburi bidang penternakan udang galah untuk pasaran tempatan dan eksport. Udang galah juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia.

Potensi pelaburan dalam industri udang galah adalah cerah. Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangkamasa singkat. Keluasan kolam 0.2 ha (0.5 ekar) mampu menghasilkan udang sekitar 300kg bagi satu pusingan, malah ada penternak yang berupaya menghasilkan udang sehingga 700kg bagi satu musim (Mun, K.H., 1996) dengan teknik pengurusan yang lebih baik.

Walaupun perkembangan industri udang galah sangat pesat di Malaysia sekarang ini, ia sebenarnya masih kecil jika dibanding dengan jumlah pengeluaran dunia. Malaysia masih tertinggal jauh berbanding Vietnam, Taiwan dan Thailand yang menjadi pengeluar utama udang galah dunia. Sumbangan industri udang galah kepada akuakultur Malaysia juga adalah rendah. Misalnya dalam tahun 1995 industri ini hanya menyumbang sekitar 0.06% sahaja dari nilai pengeluaran akuakultur.

Malaysia sememangnya berpotensi untuk maju dalam industri ini. Kepakaran dalam teknologi pembenihan dan ternakan telah lama terdapat di sini. Malah sebenarnya kajian terawal di dunia ke atas spesies udang galah ini telah bermula di sini sejak akhir tahun 50'an lagi (Ling, S.W., 1969). Malaysia juga mempunyai iklim tropika yang sesuai untuk tumbesaran udang galah. Kita mempunyai banyak sumber air tawar yang belum tercemar (di Pahang, N. Sembilan, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak) yang sangat ideal bagi ternakan udang galah ini. Asset yang bernilai ini perlu dimajukan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia disamping dapat menghasilkan sendiri lebih bahan makanan bagi mengurangkan import bahan-bahan makanan yang bernilai berjuta ringgit tersebut. Memang menjadi hasrat utama Jabatan Perikanan Malaysia untuk menghasilkan lebih bahan makanan untuk penduduk tempatan seperti yang terkandung dalam rancangan Dasar Pertanian Negara III (DPN 3).

Selain untuk pasaran segar tempatan (hidup, mati), udang galah juga mampu untuk dieksport. Potensi industri hiliran seperti pembungkusan dan pemprosesan memang ujud. Sehingga kini eksport udang galah Malaysia hanya kepada Singapura dalam bentuk segar (mati, hidup) dan sedikit ke Jepun. Masalah utama mengapa industri hiliran udang galah tidak berkembang di Malaysia adalah kerana kurangnya kepercayaan oleh syarikat-syarikat besar akan potensi industri ini. Memanglah industri berkaitan pertanian mempunyai resiko yang tinggi tetapi sekiranya ia dilakukan dengan teratur dan penuh kepakaran maka masalah kerugian dapat dikurangkan. Penceburan diri dalam

bidang pembenihan, ternakan dan pemerosesan udang galah ini memang memerlukan pelaburan besar yang tidak mampu ditanggung oleh penternak sambilan atau pengusha kecil. Pihak swasta besar bolehlah membina kilang pemerosesan disamping operasi pembenihan dan ternakan manakala pihak penternak kecilan dan sederhana dapat membantu dalam penghasilan benih dan udang dewasa secara berterusan untuk diproses oleh kilang tersebut.

Kerajaan melalui institusi kewangan (bank) telah menyediakan skim bantuan kewangan, malahan melalui MIDA juga galakan dan insentif telah diujudkan bagi maksud menggalah perkembangan industri berasaskan eksport.

---------------------------------------------------

Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.All Rights Reserved.

2. PEMILIHAN TAPAK

Tapak yang sesuai menjadi asas kepada kejayaan projek. Tapak yang sesuai akan memudahkan pengurusan, mencepatkan kerja seterusnya kos pengendalian juga rendah.

2.1 Sumber Air

Sumber air yang baik bermakna ia tidak tercemar, banyak dan bekalannya berterusan (walaupun di musim kemarau). Ini bermakna nilai pH sekitar 6.5 - 8.5, kandungan oksigen > 3.0 mg/l. Paras pencemaran biasanya ditentukan dari segi nilai keperluan biokimia (BOD) dan bacaan < 4.0 mg/l adalah dianggap tidak tercemar.

Punca air paling sesuai untuk ternakan udang galah

2.2 Tanah Sesuai

Bermakna ia tidak masam dan tidak terlalu beralkali, dapat menakung air, bukan kawasan pelupusan sampah, kimia atau bahan radioaktif.

Mengambil sampel tanah untuk menentukan kesesuaian tapak kolam

2.3 Mempunyai Kemudahan Asas

Ini termasuk jalan dan bekalan elektrik. Kemudahan asas ini boleh dibina sendiri atau menggunakan jentera penjana kuasa tetapi memerlukan belanja yang tinggi.

2.4 Lokasi

Bermakna tidak terlalu jauh dari tempat pemasaran, mudah diawasi sepanjang masa, mudah mendapatkan pekerja, bukan kawasan banjir.

2.5 Di luar Zon Pembangunan Perindustrian dan Penempatan Penduduk

Pembangunan kerapkali mencemaran sumber air menjadikannya tidak sesuai untuk aktiviti akuakultur.

---------------------------------------------------

Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.All Rights Reserved.

3. KOLAM

3.1 Kolam Tanah

Tumbesaran udang galah dalam tangki simen dan sangkar tidaklah secepat dalam kolam tanah. Dijangkakan makanan semulajadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan mereput menjadi penyebab perkara ini.

Kolam ternakan udang galah di Kuala Pilah, N. Sembilan

3.2 Bentuk

Bentuk terbaik dari segi ruang maksimum adalah empat segi (empat persegi atau empat segi bujur). Bentuk ini juga mudah diuruskan.

3.3 Lebar

Lebar kolam pula bergantung kepada cara pemberian makanan dan teknik penangkapan hasil. Jika pemberian makanan secara menabur menggunakan tangan sahaja, maka lebar yang sesuai adalah tidak lebih dari 20 meter, dimana makanan dapat ditabur rata di seluruh kolam. Jika diguna alat bantu menabur makanan atau sampan, maka lebar kolam bergantung kepada keupayaan alat berkenaan.

3.4 Panjang

Panjang kolam biasanya 2-3 kali lebar.

3.5 Saiz

Saiz minimum kolam udang adalah 400m� (Ling, S.W. 1969). Di Malaysia saiz biasa kolam udang adalah antara 0.25 ekar hingga 1.5 ekar (1000-6000m�).

3.6 Kedalaman

Kolam dengan kedalaman sekitar 1.0-2.0 m adalah sesuai untuk udang. Kolam terlalu cetek menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan, manakala kolam yang terlalu dalam pula menyukarkan pengurusan.

3.7 Dasar kolam

Kolam berdasar rata adalah sesuai bagi udang. Dasar berlopak memberi peluang udang bersembunyi ketika penjaringan dan pengeringan. Dasar kolam juga hendaklah mencerun ke arah air keluar agar pengeringan dapat dilakukan dengan sempurna. Dasar kolam yang berpasir dengan sedikit berlumpur adalah terbaik bagi udang galah.

3.8 Batas (ban)

Batas atau ban kolam berfungsi sebagai pemisah antara kolam dan tempat laluan ketika pemberian makanan dan ketika operasi penangkapan. Lebar batas ini bergantung kepada fungsi dan jenis tanah. Batas kolam di kawasan berpasir perlu mempunyai lebar yang lebih berbanding kawasan bertanah liat kerana masalah hakisan. Kawasan tanah laterit pula biasanya memerlukan ban bersaiz pertengahan. Walaubagaimanapun sekiranya kenderaan seperti lori digunakan, maka saiz ban sekurang-kurangnya 4 meter lebar.

3.9 Pintu Air

Kolam hendaklah mempunyai pintu / saluran untuk air masuk dan keluar yang berpenapis bagi menghalang kemasukkan ikan-ikan pemangsa ke dalam kolam dan bagi mencegah udang dari terlepas keluar dari kolam. Kadar masuk/keluar air juga hendaklah boleh dikawal dengan struktur pengawalan seperti injap (valve, cock). Kedudukan pintu air masuk dan pintu air keluar pula hendaklah bertentangan agar air keluar ("kotor") tidak bercampur semula dengan air masuk ("bersih"). Kedudukan pintu yang bertentangan juga memungkinkan pertukaran lengkap air kolam.

---------------------------------------------------

Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.All Rights Reserved.

4. PENYEDIAAN KOLAM

4.1 Pemeriksaan awal

Kawasan sekeliling dan dalam kolam lama perlu dibersihkan dari pokok-pokok liar, rumput rampai dan segala tumbuhan yang tidak diperlukan. Ban yang rosak perlu

dibetulkan. Kebocoran kolam perlu dibaiki. Segala peralatan lama yang tidak lagi berfungsi hendaklah dibaiki atau diganti baru.

4.2 Pengeringan

Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit). Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari pula mencepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam. Jangkamasa pengeringan antara 1 - 2 minggu biasa dibuat, walaubagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.

4.3 Membuang lumpur

Kolam telah kerap diguna kerapkali mengumpul lumpur di dasarnya. Lumpur yang terlalu tebal tidak sesuai kerana ia menjadi perangkap makanan yang diberikan lalu tidak dapat dimunfaatkan oleh udang. Perkumpulan makanan dan najis dalam lumpur ini juga akan mengujudkan lapisan dimana proses pereputan berlaku secara anaerobik dan ini membina bahan dan gas toksid di dasar kolam. Pendedahan lapisan ini kepada air akan membebaskan bahan toksid ini kepada udang / ikan menyebabkan berlaku kematian

dalam jumlah besar. Semasa penjaringan, lumpur juga menjadi tempat perlindungan udang dari ditangkap. Semasa pengeringan, keluarkan semua lumpur hitam di dasar kolam ini dan dedahkan kolam kepada cahaya matahari dalam jangmasa lebih panjang (1-2 bulan) untuk memuluhkannya.

4.4 Membilas

Kolam baru digali perlu dibilas bagi menghilangkan bahan-bahan beracun yang mungkin terdapat di dalam tanah atau hasil tindakbalas kimia antara permukaan kolam dengan udara. Pembilasan sekali atau dua kali elok dilakukan. Kolam telah lama diguna biasanya tidak perlu dibilas.

4.5 Meracun

Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Gunakanlah bahan racun organik. Contoh racun ikan adalah akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau. Bagi mengurangkan penggunaan racun, kedalaman air kolam perlu dikurangkan ke takat minimum. Bisa racun akan menurun oleh pencairan air hujan. Racun dari bahan organik juga kurang berbisa jika disimpan lama, diserangan kulat dan lembap oleh hujan dan embun. Sekiranya diguna hampas biji teh, kadar untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10mg/l manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan. Sekiranya timbul masalah ikan liar masuk ke kolam udang, racun hampas biji teh ini boleh juga diguna kerana ikan sahaja yang akan mati kerana kadar kematian kepada udang galah adalah sekitar 1340 mg/l (Chang, L. W. dan K. S. Ong, 1978). Setelah sehari digunakan, kebanyakkan racun organan akan hilang bisanya.

4.6 Mengapur

Kolam dikapur dengan tujuan:

Menstabilkan pH Meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan

kolam

Membunuh ikan liar (pemangsa)

Menghapuskan organisma patogen (musuh)

Menegapkan dasar kolam

Menggalak proses udang bersalin kulit

Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:

Kapur abu panas (quicklime - CaO): - berkesan cepat, jangkamasa berkesanan pendek.

Kapur batu putih [lime stone - Ca(CO3)2], berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa kekesannya panjang.

Kapur abu sejuk (slake / hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang.

Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar 1kg/10m�.

4.7 Membaja

Kolam dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air. Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organan dan baja kimia. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organan yang biasa digunakan, walaubagaimanapun dalam Kod Amalan Baik Akuakultur yang sedang diterapkan Jabatan Perikanan dalam industri akuakultur agar memenuhi piawaian antarabangsa, penggunaan baja dari bahan najis haiwan ini tidak digalakkan dengan alasan kebersihan dan kesihatan kepada pengguna. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m�/minggu.

4.8 Pengairan

Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukkan haiwan pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.

Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang/ikan adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m� tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang tersangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimunafaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.

Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi membantu menambah kandungan oksijan dalam air ketika waktu malam.

---------------------------------------------------

Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.All Rights Reserved.

5. KELENGKAPAN KOLAM

Pengurusan ternakan yang cekap bukan sahaja memerlukan lokasi dan rekabentuk kolam yang baik tetapi juga perlukan peralatan yang sesuai. Peralatan tersebut membantu pengendalian ternakan dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Antara peralatan yang perlu adalah:

5.1 Alat pengudaraan

Ini adalah alat terpenting untuk sistem ternakan udang galah secara intensif dan juga pusat penetasan ikan. Kepadatan ternakan 10/m� atau kurang tidaklah memerlukan alat pengudaraan sekiranya kadar tukaran air memadai. Beberapa alat pengudaraan terdapat dipasaran. Pengubahsuaian dari alat lain juga boleh dilakukan bagi mengurangkan kos. Alat pengudaraan yang biasa adalah kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air.

Kincir air

Aire-O2

Penyembur angin (air blower)

5.2 Struktur pelindung

Struktur pelindung dalam kolam udang perlu sebagai tempat persembunyian terutama ketika udang bersalin kulit. Udang mempunyai tabiat suka memangsa sesama sendiri (karnibalisma) ketika ini. Contoh bahan pelindung adalah jaring, paip PVC, batang buluh, pelepah kelapa, tayar kenderaan dan raga buluh/rotan.

5.3 Peralatan Kaji Mutu Air

Alat terpenting adalah DO meter, untuk menyukat kandungan oksigen dalam kolam. Paras oksigen dalam kolam perlu sentiasa tinggi (>3 mg/l atau lebih) kerana tumbesaran udang akan terencat dalam kandungan oksigen kolam rendah. Paras yang lebih rendah (<1.0 mg/l) menyebabkan udang mati. Analisis kandungan oksigen ini perlu dilakukan setiap pagi sebelum pemberian makanan kerana masalah oksigen rendah biasanya berlaku di awal pagi (dan ketika musin hujan/mendung/berjerubu). Sekiranya paras oksigen rendah, kadar alir air memasuki kolam hendaklah ditinggikan atau di pasang alat pengudaraan dengan serta merta.

Parameter lain yang diperlu di amati adalah seperti pH, kandungan ammonia dan sebagainya.

5.4 Peralatan lain

Pam air diguna untuk mengeluarkan air dari kolam ketika pengeringan, ia juga boleh diguna untuk pengudaraan.

Bekas makanan biasanya berbentuk empatsegi, diperbuat dari jaring halus dan berbingkai kuat (logam, kayu, buluh, rotan). Sebahagian makanan dimasukkan ke dalam bekas ini dan diletak di beberapa tempat di dalam kolam sebagai alat penyukat makanan.

Tangki diperlukan untuk menyimpan udang sebelum dipasarkan. Tangki biasanya dibuat dari bahan simen atau gentian kaca. Tangki gentian kaca mudah di pindahalih ke tempat lain.

Alat penimbang diguna untuk menimbang udang ketika persampelan, untuk menyukat makanan dan diguna ketika pemasaran.

Jala diguna untuk mengambil untuk persempelan. Jaring pula diguna ketika mendaratkan udang untuk jualan.

Pejabat pentadbiran biasanya terletak dalam kawasan kolam. Segala maklumat berkaitan kolam dan ternakan terdapat di sini. Pusat operasi ini diketuai oleh pengurus atau tuan punya ladang. Stor untuk menyimpan makanan, peralatan dan bahan kimia biasanya terletak di kawasan pejabat. Makanan dan bahan kimia pula disimpan dengan sempurna dalam stor. Pegawai Keselamatan diperlukan bagi menawasi kompleks kolam. Pondok kawalan pula biasanya terletak di pintu masuk kompleks.

Kenderaan diperlukan ketika pemberian makanan, membawa kelengkapan, pemasaran, membawa benih dan sebagainya. Kerja-kerja meninjau kolam, pengangkutan barang dan kakitangan juga memerlukan kenderaan. Kompleks kolam yang besar biasanya mempunyai berbagai kenderaan bagi tujuan dan fungsi yang berlainan.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

6. BENIH dan PEMBENIHAN

Benih udang galah boleh dibeli dari pusat penetasan swasta atau kerajaan atau secara mengeluarkannya sendiri. Terdapat 8 buah pusat penetasan benih udang galah swasta dan dua buah milik kerajaan beroperasi di Malaysia sekarang. Kompleks kolam udang yang berdayamaju sepatutnya mampu menghasilkan benih sendiri supaya operasi ternakan dapat berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Bekalan benih dari pihak lain kerapkali tidak mengikut jadual, jumlah yang kurang atau mutunya boleh dipersoalkan. Penghasilan sendiri benih udang galah adalah mudah. Kursus pembenihan udang galah

boleh diperolehi di Pusat Penetasan Udang Galah (PPUG) Kerajaan di Kampung Acheh, Sitiawan, Perak dan di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Benih Udang Kebangsaan (PPPBUK) di Kuala Muda, Kedah. Umumnya, satu pusingan pembenihan mengambil masa 35 hari. Dalam setahun sebanyak 5 pusingan pembenihan dapat dilakukan setelah mengambilkira masa untuk membersihkan kelengkapan, waktu rehat (break cycle) dan kerja-kerja pembaik pulih peralatan.

6.1 Teknologi Pembenihan

6.1.1 Sistem Intensif

Sistem ini direkacipta di Tahiti dalam tahun 1970 (AQUACOP,1977). Ia menghasilkan benih udang galah menggunakan air yang di kitar semula. Kos peralatan dan operasi agak tinggi kerana beberapa pam air dan teknologi penapisan yang canggih digunakan. Sistem ini memerlukan penjagaan rapi dan operator yang berpengalaman. Bahan kimia biasa digunakan secara berterusan dan banyak. Penghasilan anak udang (juvenile) adalah tinggi (110ekor/l) dengan kos pengeluaran antara 2.2-2.5 sen/ekor. Satu pusingan pengeluaran selama 30-35 hari. Sistem ini perlu dibina berhampiran laut kerana memerlukan air laut yang banyak. Ia lebih sesuai kepada pengusha skil komersial (Yaacob, A. dan Liong, P.C., 1996).

6.1.2 Sistem Separa Intensif

Sistem ini memerlukan pertukaran air 50% -100% setiap 2-4 hari. Teknik air hijau atau air jernih digunakan di sini. Memerlukan bekalan air laut yang banyak juga. Kos modal

dan operasi agak rendah dan mampu menghasilkan anak udang sebanyak 30-70 ekor/l. Kos pengeluaran seekor anak udang adalah 2.2-2.4 sen.

6.1.3 Sistem Air Pusingan.

Teknologi ini tidak memerlukan penambahan air disepanjang operasi penghasilan benih. Daya angkat udara (air lift) diguna sebagai punca tenaga untuk mengkitar semula air dalam sistem ini (Hambal. 1986).

6.1.4 Sistem Ekstensif

Sistem paling mudah dan lebih murah. Ia tidak memerlukan penambahan air sepanjang masa pengeluaran benih. Pengusha kecil mampu menggunakan sistem ini kerana ia boleh dibina berhampiran kolam. Kos penghasilan benih sekitar 2.2-2.7 sen bagi setiap ekor anak udang

6.1.5 Sistem Lain

Terdapat juga sistem asuhan rega udang galah dalam kolam tanah (Tunsutappanich, A. et al, 1997). Sistem ini agak rumit kerana saiz benih yang kecil sukar untuk ia diasingkan dari lumpur kolam.

6.2 Pengendalian Benih

6.2.1 Pengendalian dengan cermat

Benih udang galah adalah kecil, rapuh dan sensitif kepada kecederaan, dan perubahan sekitaran. Semasa pengiraan, pembungkusan dan pelepasan, benih hendaklah dikendali dengan cermat untuk mengurangkan kecederaan fizikal.

6.2.2 Kurangkan kejutan suhu

Perbezaan suhu air dalam bekas mengandungi benih udang dan suhu air kolam hendak tidak terlalu jauh (<2.00C). Ini dapat dilakukan dengan mengapungkan bekas plastik di dalam kolam selama 10 minit atau lebih terlebih dahulu.

6.2.3 Pastikan kadar pelepasan

Anggarkan bilangan benih yang hidup ketika penerimaan dengan menghitung beberapa beg sebagai sampel untuk memberi gambaran tentang kadar hidup semasa penghantaran seterusnya menentukan kadar pelepasan yang diperlukan. Masalah terlebih atau terkurang stocking dapat diatasi sekiranya langkah tersebut diambil.

6.2.4 Pelepasan benih diketika suhu rendah

Adalah ideal untuk melepaskan benih udang/ikan ketika awal pagi atau larut petang (malam). Ini kerana suhu rendah ketika itu dapat mengurangkan kejutan suhu semasa penghantaran. Walaubagaimanapun sekiranya benih diterima ketika tengahari, adalah lebih baik ia dilepas juga ketika itu untuk mengurangkan kematian oleh faktor tekanan (stress) jika masih berada dalam bekas plastik tersebut.

6.3 Teknik Pelepasan Benih

6.3.1 Pelepasan ke kolam asuhan

Bertujuan menghasilkan benih bersaiz besar untuk pelepasan ke kolam ternakan. Ini bertujuan untuk meningkatkan kadar hidup udang dalam kolam ternakan kelak. Dilakukan oleh pengusha yang menghasilkan sendiri benih kerana jumlah yang dihasilan melebihi permintaan (jualan dan kegunaan sendiri). Kadar pelepasan dalam kolam asuhan adalah tinggi, misalnya sehingga 1000 ekor/m�. Makanan awalan (starter) diberikan kepada anak udang. Jangkamasa asuhan sekitar 2 bulan. Kolam dijaring dan benih dipindah ke dalam kolam ternakan.

6.3.2 Pelepasan terus ke kolam ternakan

Cara ini biasanya dilakukan untuk benih yang dibeli. Jangkamasa ternakan antara 4 - 6 bulan. Kadar pelepasan adalah antara 10-15/m�. Makanan awalan (starter) diberikan untuk udang asuhan.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

PENGURUSAN TERNAKAN

7.1 Sistem Ternakan

7.1.1 Ternakan Semusim

Ternakan semusim bermakna kolam dikeringkan setiap kali pusingan ternakan. Ini diikuti dengan pengeringan, pengapuran dan pembajaan sebelum pusingan ternakan selanjutnya dilakukan. Teknik ini baik kerana kehadiran musuh, pemangsa dan kerosakan kolam, ban dan peralatan dapat di ketahui awal semasa kolam dikeringkan dimana langkah-langkah pembaikan boleh dilakukan segera.

7.1.2 Ternakan Berterusan

Bermakna kolam dikeringkan sekali setiap 2-4 tahun. Benih udang dimasukkan setiap kali selepas penghasilan. Akan sentiasa terdapat udang berlainan saiz di dalam kolam berkenaan. Cara begini diamalkan oleh penternak yang menghasilkan sendiri benih udang dan tidak mempunyai bilangan kolam yang besar. 7.2 Saiz Ternakan

7.2.1 Skil Komersil

Skil komersil biasanya mengamalkan sistem intensif monokultur dimana hanya satu spesies sahaja diternak dalam satu-satu kolam dengan kepadatan ternakan tinggi (>10/m�). Keluasan kawasan biasanya besar, 10 ekar atau lebih. Pengurusan mutu air dan ternakan adalah sangat rapi, berterusan dan sangat berkesan. Alat pengudaran adalah keperluan utama. Pendapatan dari ladang adalah besar, tetap dan berpanjangan melalui jualan benih dan udang dewasa. Setiap kakitangan melaksanakan tugas-tugas yang khusus. Teknologi moden dan peralatan canggih biasa digunakan dalam semua peringkat pengawasan, pengurusan dan perlaksanaan projek. Makanan rumusan adalah keperluan nutrient utama kepada udang yang diternak.

7.2.2 Skil kecilan

Skil kecilan dilakukan oleh petani secara sambilan untuk pendapatan sampingan. Udang diternak secara monokultur atau polikultur. Keluasan kawasan biasanya sekitar 1-3 ekar sahaja. Kadar pelepasan adalah sederhana atau rendah (10/m� atau kurang). Makanan rumusan dan makanan tambahan diberikan kepada udang ternakan. Benih udang dibeli dari pembekal swasta atau kerajaan. Penghasilan udang biasanya agak rendah, bermusim dan tidak berterusan.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

PENGURUSAN MAKANAN

Makanan rumusan untuk udang galah (pelet) telah lama terdapat di pasaran. Makanan ini agak sesuai untuk udang kerana mengandungi protein yang tinggi (30-40%), mengandungai zat-zat lain yang diperlukan dan stabil dalam air. Walaubagaimanapun didapati udang masih memerlukan bekalan makanan semujadi dari kolam. Pemberian makanan dua kali sehari, (pagi, petang) biasa dilakukan penternak. Ada juga penternak yang memberi makanan tiga kali sehari (Fauzi, M.W., 1996). Makanan awalan (starter) diberikan untuk bulan 1-2, diikuti dengan makanan tumbesaran (grower) bagi bulan 2-4 dan dua bulan berikutnya dengan makanan Penamat (finisher) sehingga udang dipasarkan. Setengah pengusha kecilan memberikan jagung, kopra kelapa dan perut ayam sebagai makanan sampingan.

Makanan hendaklah ditabur rata di dalam kolam untuk memberi peluang semua udang mendapatkan makanan tersebut. Dua cara biasa diguna untuk menetukan sukatan makanan, iaitu dengan kaedah mencuba atau berdasarkan berat badan.

8.1 Pemberian Makanan Dengan Kaedah Mencuba

Memeriksa baki makanan

Teknik ini memerlukan bekas makanan dimana sebahagian makanan diletak didalamnya dan sebahagian yang lain ditabur di dalam kolam. Bekas makanan ini diletak dibeberapa tempat dalam kolam dan diperiksa ketika pemberian makanan selanjutnya. Jika makanan berbaki bermakna jumlah yang diberikan berlebihan dan perlu dikurangkan. Sebaliknya sekiranya makanan telah habis, bermakna jumlah makanan yang diberikan adalah mencukupi atau kurang. Ulang menambah/mengurang makanan beberapa kali untuk mendapatkan sukatan yang tepat. Ulang ujian ini setiap dua minggu (atau sekurang-kurangnya sebulan sekali) untuk mendapatkan kadar permakanan yang betul.

8.2 Pemberian Makanan Berdasarkan Berat Badan

Ini dilakukan dengan terlebih dahulu mendapatkan anggaran jumlah berat semua udang dalam kolam. Anggaran ini diperoleh dengan mendharap berat purata seekor udang dengan anggaran jumlah semua udang dalam kolam. Berdasarkan jadual yang dikepilkan, keperluan makanan setiap hari dapat ditentukan.

Jadual 1: Anggaran Keperluan Makanan Udang Berdasarkan

Berat Badan

(Keluasan kolam 0.2 ha., kadar pelepasan 10/m )�

Usia udang (bulan)

Anggaran jumlah udang dalam

kolam (%)

Berat seekor udang

(g)

Keperluan makanan (%) berbanding berat badan

(g)

Keperluan makanan

harian (kg)

Keperluan makanan sebulan

(kg)A B C D E FAWAL 100 0.01 100-20 1.00 30.001 80 0.51 20-10 4.08 122.402 70 2.75 5-4 9.73 291.903 60 5.00 4-3 12.00 360.004 50 15.96 3-2 23.94 718.205 45 30.59 2 27.53 825.936 40 39.00 2 31.20 -

Cara mengira jumlah makanan yang diperlukan dalan satu-satu hari adalah seperti berikut: Misalnya kita dikehendaki menganggar jumlah makanan harian yang perlu diberi kepada udang dalam kolam 2,000m� dengan kadar pelepasan 10/m� pada bulan ketiga.

Cara mengira

Untuk mendapatkan jumlah berat makanan dharapkan Bilangan Pelepasan X Anggaran jumlah udang dalam kolam X Berat udang (kg) X Keperluan makanan harian atau Bilangan AwalXBXCXD.

Bilangan awal (ekor) = 2 000m� X 10/m� = 20 000

B = 60% = 0.06

C = 5.00 g

------- = 0.005 kg

1000

D = 4% = 0.04

Maka

jumlah makanan harian untuk bulan ketiga bagi kolam ini adalah

20 000 X 0.06 X 0.005 kg X 0.04 = 2.4 kg.

Walaubagaimanapun sekiranya mutu air menurun oleh perubahan cuaca atau faktor pencemaran, jumlah makanan yang diberikan hendaklah dikurangkan mungkin sehingga 50%. Ini kerana selera makan udang yang menurun.

8.3 Hasilkan Sendiri Makanan

Makanan boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos. Komponen tempatan yang murah dan mudah diperolehi boleh dugunakan. Sebuah ladang di Temoh, Perak telah

berjaya menghasilkan sendiri makanan ini untuk udang ternakan mereka dengan hasil pengeluaran setanding kalau tidak lebih baik dari hasil pengeluaran oleh penggunaan makanan dibeli. (Ahmad-fauzi, M.W.,1996). Penghasilan makanan rumusan untuk udang/ikan tidaklah terlalu rumit. Makanan udang sepatutnya mengandungi protein yang agak tinggi (juvenile: 35-40%, dewasa: 25-30%), lemak (5-6%), karbohaidrat (35-40%), serat (5-10%), zat kalsium (2.5-3.0%), Fosforus (1-2%) dan vitamin. Bahan-bahan asas yang biasa diguna untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, bahan perekat, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan. Walaubagaimanapun sebahagian dari bahan-bahan ini boleh diganti dengan bahan lain. Proses membuat makanan di kilang-kilang melibatkan pengisaran, mencampur, membuat butiran dan pengeringan (Chin, K., 1996).

Mesin pembuat makanan

Makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam / itik, perut ayam dan hampas kacang soya diberikan kepada udang ternakan oleh pengusha kecilan. Pemberian makanan sampingan ini boleh dilakukan sekiranya bahan-bahan tersebut murah dan mudah diperolehi. Walaubagaimanapun mutu air kolam berkenaan hendaklah sentiasa dalam kawalan agar tidak terlalu subur yang memungkinkan kematian udang ternakan.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

PENGURUSAN MUTU AIR

Mutu air kolam perlu dipastikan sentiasa sesuai untuk ternakan udang. Mutu air dapat dikesan melalui warna, kelikatan dan akan tingkah-laku organisma dalam kolam. Antara masalah berkaitan mutu air adalah:

9.1 Kandungan Oksigen rendah dalam kolam

Ini adalah masalah utama ternakan udang galah. Berbanding ikan, udang lebih terkesan oleh kandungan oksigen rendah. Antara penyebab paras oksigen rendah di dalam kolam adalah kepadatan ternakan terlalu tingi, kadar alir air keluar-masuk yang perlahan, alat pengudaraan tidak berfungsi, cuaca mendung (hujan, berjerubu), kehadiran ikan liar yang terlalu banyak dan kehadiran plankton yang terlalu tinggi.

9.2 Tanda-tanda Kandungan Oksigen Rendah Dalam Kolam

i) Banyak organisma air (udang, ikan, siput dan lain) berada atau berenang di permukaan air atau di tepi kolam.

ii) Semua organisma ini kurang reaktif kepada gangguan.

iii) Udang menaiki tebing/batas/ban.

iv) Ikan tercungap-cungap bernapas di permukaan kolam dengan pergerakkan yang perlahan dan tidak reaktif kepada gangguan.

v) Air kolam kelihatan pekat dan berwarna suram.

9.3 Cara mengatasi masalah oksigen rendah dalam kolam

i) Memasang alat pengudaraan

ii) Tambahkan kadar alir masuk air ke dalam kolam

iii) Kurangkan kepadatan ternakan (udang, ikan)

iv) Buang sebahagian air kolam dan ganti dengan air baru yang bermutu

v) Berenang, bersampan, menepuk permukaan air kolam

Sekiranya cara-cara di atas tidak boleh dilakukan, maka sebenarnya kolam tersebut adalah TIDAK SESUAI untuk ternakan udang.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

PENGAWASAN TERNAKAN

10.1 Pengawasan harian

Perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2x sehari, pagi dan petang, iaitu ketika memberi makanan. Pemeriksaan waktu pagi adalah lebih utama kerana masalah kandungan oksigen rendah biasanya berlaku ketika ini dan sekiranya berlaku pencerobohan malam sebelum, ia dapat dikesan dengan bukti saki baki udang di atas ban. Pengesanan terhadap kerosakan ban, kolam, pintu air, alat pengudaraan dan sebagainya juga boleh dilakukan waktu ini. Pengawasan waktu petang pula sesuai bagi mengesan kehadiran haiwan pemangsa seperti biawak, memerang, burung dan sepertinya.

10.2 Pengawasan tumbesaran

Tumbesaran udang perlu dikesan bagi menetukan pembesarannya bersesuai dengan umur. Pengesanan ini dilakukan setiap bulan atau dua kali sebulan dengan mengukur berat dan panjang badan. Pengambilan sampel udang adalah dengan menjala atau menjaring. Semasa pengambilan contoh ini perhatikan juga kesihatan udang, kehadiran udang mati dan ikan pemangsa yang mungkin tertangkap sama. Dari nilai purata tumbesaran yang dikumpul akan diperoleh lengkok tumbesaran udang (berat atau panjang) berbanding usia. Perbandingan dengan julat piawai ini dapat menentukan samada tumbesaran berlaku dengan cepat, lambat atau menyamai tumbesaran sepatutnya.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

MUSUH TERNAKAN DAN CADANGAN MENGATASI

Musuh dan penyakit yang tidak dikawal dengan sempurna akan memberi kesan negatif kepada hasil tangkapan. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan dengan betul dan berkesan. Antara musuh-musuh udang ternakan adalah seperti berikut.

11.1 Ikan Pemangsa

Benih ikan haruan, keli, puyu, belida, belut dan ketutu boleh berada di dalam kolam dengan menembusi jaring penapis yang kasar. Ia juga boleh melalui rongga pada batas kolam dan melalui pintu air yang bocor. Sebahagian spesies ini mampu merangkak merentasi batas kolam ketika musim hujan. Antara cara untuk mengatasi ikan liar ini adalah:

* Memasang penapis halus pada salur masuk air.

* Membina pagar keliling kolam (zing, jaring halus, papan, konkrit, buluh dsb)

* Membuat rawatan hampas biji teh

* Memancing

* Memasang bubu.

Menjala dan menjaring secara berulang-ulang

Membaiki ban yang bocor

11.2 Serangga Air

Anak pepatung dan serangga air lain menjadi pemangsa kepada benih udang galah yang baru dilepas ke dalam kolam. Minyak kelapa bercampur air sabun dilaporkan boleh memerangkap dan membunuh serangga ini. Semasa rawatan, aliran air dihentikan selama 1-2 jam agar lapisan bahan rawatan yang terbentuk di permukaan air tidak dihanyutkan air keluar kolam. Air dialirkan semula apabila semua serangga pemangsa ini telah mati.

11.3 Haiwan Darat

Biawak, ular dan memerang boleh memangsai udang. Pagar keliling kolam boleh dibina bagi menghindari pencerobohan haiwan-haiwan ini. Pagar boleh dibian dari bahan zing, jaring, papan, buluh atau dawai mata halus. Dinding konkrit boleh dibina tetapi kos pembinaannya tinggi. Haiwan-haiwan ini juga boleh ditembak, dipasang perangkap dan diracun.

11.4 Burung

Burung raja udang, helang dan burung hantu adalah unggas pemangsa udang dan ikan. Menembak adalah cara yang berkesan. Perangkap yang terdiri dari getah dan sangkar boleh digunakan. Di negara maju dan di ladang-ladang ternakan ikan hiasan, jaring dipasang di atas kolam bagi menghindari serangan burung ini.

11.5 Manusia

Adalah musuh yang paling sukar di atasi. Sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil, kesan terhadap hasil adalah sangat nyata. Langkah paling berkesan adalah dengan memasang pagar keliling Kolam dan mengawasi ternakan sepanjang masa terutama ketika udang telah mencapai saiz pasaran. Perhubungan yang baik dengan

penduduk sekitaran juga dapat membantu. Pekerja yang tidak amanah perlu diberhentikan.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

MUSUH TERNAKAN DAN CADANGAN MENGATASI

Musuh dan penyakit yang tidak dikawal dengan sempurna akan memberi kesan negatif kepada hasil tangkapan. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan dengan betul dan berkesan. Antara musuh-musuh udang ternakan adalah seperti berikut.

11.1 Ikan Pemangsa

Benih ikan haruan, keli, puyu, belida, belut dan ketutu boleh berada di dalam kolam dengan menembusi jaring penapis yang kasar. Ia juga boleh melalui rongga pada batas kolam dan melalui pintu air yang bocor. Sebahagian spesies ini mampu merangkak merentasi batas kolam ketika musim hujan. Antara cara untuk mengatasi ikan liar ini adalah:

* Memasang penapis halus pada salur masuk air.

* Membina pagar keliling kolam (zing, jaring halus, papan, konkrit, buluh dsb)

* Membuat rawatan hampas biji teh

* Memancing

* Memasang bubu.

Menjala dan menjaring secara berulang-ulang

Membaiki ban yang bocor

11.2 Serangga Air

Anak pepatung dan serangga air lain menjadi pemangsa kepada benih udang galah yang baru dilepas ke dalam kolam. Minyak kelapa bercampur air sabun dilaporkan boleh memerangkap dan membunuh serangga ini. Semasa rawatan, aliran air dihentikan selama 1-2 jam agar lapisan bahan rawatan yang terbentuk di permukaan air tidak dihanyutkan air keluar kolam. Air dialirkan semula apabila semua serangga pemangsa ini telah mati.

11.3 Haiwan Darat

Biawak, ular dan memerang boleh memangsai udang. Pagar keliling kolam boleh dibina bagi menghindari pencerobohan haiwan-haiwan ini. Pagar boleh dibian dari bahan zing, jaring, papan, buluh atau dawai mata halus. Dinding konkrit boleh dibina tetapi kos pembinaannya tinggi. Haiwan-haiwan ini juga boleh ditembak, dipasang perangkap dan diracun.

11.4 Burung

Burung raja udang, helang dan burung hantu adalah unggas pemangsa udang dan ikan. Menembak adalah cara yang berkesan. Perangkap yang terdiri dari getah dan sangkar

boleh digunakan. Di negara maju dan di ladang-ladang ternakan ikan hiasan, jaring dipasang di atas kolam bagi menghindari serangan burung ini.

11.5 Manusia

Adalah musuh yang paling sukar di atasi. Sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil, kesan terhadap hasil adalah sangat nyata. Langkah paling berkesan adalah dengan memasang pagar keliling Kolam dan mengawasi ternakan sepanjang masa terutama ketika udang telah mencapai saiz pasaran. Perhubungan yang baik dengan penduduk sekitaran juga dapat membantu. Pekerja yang tidak amanah perlu diberhentikan.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

PENGHASILAN

Kadar tumbesaran individu udang berbeza bergantung kepada sex, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan. Dalam satu populasi udang, akan terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan udang yang berbeza saiz. Udang besar yang terdiri dari udang jantan. Udang bersaiz

sederhana pula terdiri dari udang betina

kebanyakkannya, manakala udang kecil terdiri dari udang jantan yang bantut. Udang besar atau udang bantut biasanya akan memenuhi antara 20-50%

populasi. Peratusan ini juga akan bergantung kepada kepadatan ternakan dimana dalam kepadatan tinggi, jumlah udang bantut akan bertambah. Dalam kepadatan yang rendah, lebih banyak udang besar akan diperolehi. Dari kajian yang telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, di Batu Berendam, mendapati bahawa dengan kadar pelepasan 10/m� bagi kolam 0.4 ha selama 6 bulan ternakan dengan kadar kemandirian sekitar 40%, hasil sebanyak 620.4 kg udang dapat dihasilkan dalam satu pusingan ternakan (Suhairi, A dan Misri, S.,1992). Ini bersamaan 3.077.2kg/ha/tahun.

12.1 Penghasilan Semusim

Penjaringan akan dimulakan pada bulan ke empat dan diulangi 3-4 minggu sekali sehingga semua udang dikeluarkan dari kolam. Kolam kemudian dikeringkan dan rawatan kolam dilakukan. Udang dipasarkan samada mengikut saiz atau secara purata. Udang yang terlalu kecil dari beberapa kolam boleh di pindah ke satu kolam untuk dibesarkan.

12.2 Penghasilan Berterusan

Dalam sistem ini hasil dikutip mulai bulan keempat dan berterusan 2 hingga 4 tahun kemudian. Pelepasan benih dilakukan setiap kali selepas pengeluaran hasil. Rawatan terhadap kolam hanya akan dilakukan selepas kolam dikeringkan. Udang besar akan sentiasa ada untuk di pasarkan. Hanya pengusaha yang menghasilkan sendiri benih mempraktikkan cara sedemikian kerana mempunyai bekalan benih sepanjang masa. Pengusha yang tidak menghasilkan sendiri benih tidak mengamalkan teknik ini kerana kadar hidup yang agak rendah dan bekalan benih tidak berterusan.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.All Rights Reserved.

PENGENDALIAN HASIL DAN PEMASARAN

Udang boleh dipasarkan secara borong atau runcit. Pemasaran borong biasanya mendapat harga lebih rendah kerana udang besar dan kecil dijual bersama. Penjualan borong juga boleh dilakukan setelah pengasingan berdasarkan saiz dilakukan. Penjualan runcit dilakukan sendiri oleh penternak dan biasanya diasingkan kepada saiz berlainan untuk harga berbeza.

13.1 Kesegaran

Udang segar baru mati mendapat harga lebih tinggi berbanding udang telah lama mati (buruk). Selepas ditangkap,

udang hendaklah dipasarkan dengan segera untuk mempastikan kesegarannya atau air batu diguna untuk mengekalkan mutu. Bilik sejuk dan kenderaan dengan sistem dinginbeku adalah keperluan penting ladang-ladang besar.

13.2 Hidup atau Mati

Udang hidup mempunyai harga yang jauh lebih tinggi berbanding udang yang telah mati. Udang hidup biasa dipasarkan di restoran makanan laut atau untuk kolam memancing di kawasan bandar. Pengangkutan udang hidup memerlukan tangki air dengan sistem pengudaraan.

13.3 Saiz

Harga udang bersaiz besar adalah lebih tinggi berbanding udang kecil. Umumnya terdapat tiga saiz udang dipasaran, iaitu besar (A) berukuran 50g dan lebih, sedang (B) 25-50 g dan kecil (C) bersaiz kurang dari 25 g seekor.

13.4 Udang diproses

Teknologi ini masih belum diamalkan di Malaysia. Udang dibersihkan, dibuang kulit dan kepala sebelum dibungkus rapi sebelum dieksport. Teknologi ini telah lama diamalkan bagi udang harimau.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

ANALISIS KEWANGAN

Dalam analisis yang dicadangkan ini, andaian-andaian berikut telah dibuat.

1. - Luas kawasan projek 10 hektar dengan keluasan kolam ternakan sebanyak 8 hektar

2. - Bilangan kolam sebanyak 40 buah bersaiz 0.2 hektar (0.5 ekar) sebuah.

3. - Kadar pelepasan ternakan adalah 10/m� atau 20,000/kolam.

4. - Hatcheri menghasilkan benih sebanyak 800,000/pusingan. Kos pengeluaran benih adalah RM0.025/ekor. Harga jualan benih setiap ekor adalah RM0.05.

14.1 Kos Modal

Kos modal adalah semua perbelanjaan penyediaan keperluan asas seperti kos pembinaan pejabat, hatcheri, kolam, jalan, bangunan (stor, pondok jaga, dsb), pembinaan sistem pengairan, pembinaan pagar, penyediaan bekalan tenaga elektrik (pendawaian, alat penjana tenaga elektrik), pembelian kenderaan, pembelian kelengkapan dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak RM 600,000.00 diperlukan (lampiran 1).

14.2 Kos Operasi

Kos Operasi merupakan kos untuk pengurusan ladang, pengeluarkan benih dan penghasilan udang dewasa. Bagi projek dirancang, sebanyak RM 416,365.76 dianggarkan sebagai Kos Operasi ladang.

14.2.1 Kos Operasi Pembenihan

Kos Operasi pembenihan udang adalah RM20,000.00 bagi satu pusingan. Lima pusingan penghasilan benih boleh dilakukan dalam setahun, maka kos yang terlibat adalah sebanyak RM100,000.00 (Yaakob.A, dan Liong,P.C,. 1996. extrapolated data).

14.2.2 Kos Operasi Penghasilan Udang

Kos Operasi penghasilan udang adalah sebanyak RM 244,365.76 untuk setahun (lampiran 2).

14.2.3 Kos Pengurusan

Ini melibatkan kos berkaitan pengurusan pejabat pentadbiran seperti bil air, elektrik dan talifon. Ia juga meliputi gaji pengurus ladang, jaga dan kerani. Dianggarkan kos pengurusan sekitar RM 6,000.00 sebulan atau sebanyak RM 72,000.00 setahun.

14.3 Hasil dan Pulangan

14.3.1 Hasil jualan benih

Jumlah pengeluaran/pusingan (ekor) 800,000

Kekerapan pengeluaran/tahun 5

Harga pasaran (RM/ekor) 0.05

Nilai jualan (RM) 200,000.00

14.3.2 Hasil Dari Kolam

Jumlah pengeluaran/kolam (kg) 310

Jumlah pengeluaran dari semua kolam(40 kolam)(kg) 12,400

Nilai pulangan/pusingan (RM25.00/kg)(RM) 310,000.00

Nilai Pulangan/tahun (2 pusingan)(RM) 620,000.00

Jumlah pulangan/tahun dari hatcheri dan kolam (RM) 820,000.00

14.3.3 Margin Kasar

Adalah perbezaan antara hasil jualan dan Kos (Operasi dan Pengurusan). Bagi projek ini margin kasar adalah sebanyak RM 403,634.24.

14.3.4 Margin Bersih

Margin Bersih projek adalah RM 351,134.24.

14.4 Kadar Pulangan Dalaman (IRR) bagi projek ini adalah 76.10 peratus.

14.5 Kadar Pulangan Terhadap Kos (B/C ratio) adalah 1.68.

14.6 Jangkamasa Bayar Balik Modal adalah selama 1.43 tahun.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.

RUJUKAN

Ahmad-fauzi, M.W.,1996. Pengalaman menternak udang galah (macrobrachium rosenbergii)di Kg. Silo, Temoh, Perak. Prosiding Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini. Melaka. Jabatan Perikanan Malaysia.

AQUACOP, 1977. Macrobrachium rosenbergii (de man) culture in Polynesia: Observation on the water chemodynamism in an intensive larval rearing. Proc. 8th. Ann. Workshop Wld. Maricult. Soc., San Jose, Coasta Rica. 9-13 Jan. 1977. Louisia State University, Baton Rouge, USA.p. 293-309.

Chin, K.,1996. Teknologi pemakanan udang galah. Prosiding Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini. Melaka. Jabatan Perikanan Malaysia.

Hambal, H., 1986. Pembenihan Udang Galah Secara Air Pusingan. Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian Malaysia. 17p.

Ling, S.W., 1969. The general biology and development of Macrobrachium rosenbergii.

FAO Fish. Rep., (57) Vol.3:589-606.

New, M.B. and Singholka, S., 1985 Freshwater Prawn Farming. A Manual for the culture of Macrobrachium rosenbergii FAO Fish. Tech. Pap.,(225) Rev. 1:118p

Mohammad-Hatta, M. 1996. Penyakit-penyakit udang. Petikan nota kuliah

Mun, K.H.,1996. Personal experience in setting up and operation of a Macrobrachium rosenbergii commercial farm. Prosiding Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini. Jabatan Perikanan Malaysia.

Suhairi, A., Misri, S., Yusuf, S. dan Amir, M., 1993. Ternakan Udang galah

(Macrobrachium rosenbergii) Dalam Kolam. Risalah Perikanan Bil.54. Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur.26p.

Suhairi, A. Misri, S.,1992. The culture of giant Malaysian freshwater prawn Macrobrachium rosenbergii in the pond. Proceeding of the National IRPA Seminars (Agr. Sector) Vol.II:187-188.

Tunsutapanich, A., Thongrod, S., Sanggontangit, T. and Omanee, C. Research point to improve commercial production technique of juvenile giant prawn in earthen pond. Aqua. Asia Farm. audi.: Apr-Jun,1997.

Yaakob, A. and Liong, P.C., 1996. Teknologi pembenihan udang galah dan potensi ekonominya. Prosiding Seminar Udang galah: Potensi pelaburan dan teknologi terkini. Melaka, 1996. Jabatan Perikanan Malaysia.

Anon.1992. Cadangan Usahaniaga Ternakan Udang Laut Dalam Kolam.Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia.27p.

---------------------------------------------------Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.

All Rights Reserved.