soalan peperiksaan pertengahan tahun bahasa melayu sk sg udang 2014

17
SULIT 1 SOALAN KEFAHAMAN ( Tempoh menjawab: 60 Minit ) Jawab semua soalan. Soalan 1 hingga 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama . . …………………… A Si Galak B Si Tompok C Sang Bedal D Sang Kancil Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini. 2. Beg yang agak berat terpaksa . Syafiq ke sekolah setiap ………………… hari. A dijinjing B digalas C dibimbit D diangkat 2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

Upload: qamarul-aqramin-rosli

Post on 12-May-2017

272 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

SULIT 1

SOALAN KEFAHAMAN

( Tempoh menjawab: 60 Minit )

Jawab semua soalan.

Soalan 1 hingga 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama ……………………. .

A Si Galak

B Si Tompok

C Sang Bedal

D Sang Kancil

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2. Beg yang agak berat terpaksa …………………. Syafiq ke sekolah setiap hari.

A dijinjing

B digalas

C dibimbit

D diangkat

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 2

3. Gadis itu tersipu-sipu …………………… apabila diusik oleh beberapa orang

pemuda.

A marah

B geram

C malu

D sedih

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4. Hanisah sedang asyik menonton televisyen di ___________________ rumahnya.

A ruang keluarga

B ruang makan

C ruang dapur

D ruang tamu

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 3

5. Azira ……………….. menjawab semua soalan Kuiz Sains itu dengan tepat.

A dapat

B belum

C masih

D sedang

6. Nabila telah membeli 2 ……………….. baju kurung baru daripada butik itu.

A helai

B pasang

C buah

D keping

7. “Taman Baiduri terletak tidak jauh dari ……………..,” kata Haikal.

A sini

B ini

C itu

D sana

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah ini.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 4

8. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada

ditanduk oleh kerbau.

A perlahan

B pantas

C cepat

D laju

9. Khairul menoleh ke belakang ……………….. terdengar namanya dipanggil.

A jika

B seraya

C apabila

D tatkala

10. “Tolong ………………… saya sepotong kuih,” kata Cikgu Kadir kepada Azman.

A buatkan

B carikan

C hantarkan

D belikan

11. Puan Diana berasa kesal kerana ……………….anaknya tanpa usul periksa.

A kemarahan

B marahkan

C memarahi

D memarahkan

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 5

12. Anak bongsu Pak Leman ……………….. terutama apabila memakai baju kebaya.

A tampan amat

B cantik sekali

C bagus sungguh

D kacak sekali

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13. Terdapat se …………………… anak sungai yang jernih airnya di belakang

rumah saya.

A buah

B biji

C kaki

D batang

14. Amirul terpijak kulit pisang ………….. terjatuh.

A lalu

B selagi

C sambil

D tetapi

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 6

15. “........................ jamah makanan yang dihidang di atas meja,” kata Puan Zaleha

kepada tetamunya.

A Minta

B Harap

C Tolong

D Jemput

16. Kakak berminat untuk mengisi jawatan kosong sebagai ………………. di

syarikat itu.

A jawatankuasa

B warganegara

C setiausaha

D sukarela

17. Guru yang akan mengadili pertandingan itu ......................... Cikgu Yusri.

A adalah

B ialah

C oleh

D demi

18. …………………. tayar motorsikal Ghazali itu patah ketika terbalik akibat

terlanggar tunggul kayu.

A Sesiku

B Bebola

C Jejari

D Tetiang

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 7

Soalan 19

Pilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris.

19. Fauzi tergamam apabila dia dipaksa masuk ke dalam kereta oleh orang yang tidak

dikenalinya.

A terjerit

B terkejut

C gugup

D tercekik

Soalan 20

Pilih kata yang berlawanan dengan perkataan bergaris.

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20. Rumah usang itu sering menjadi buah mulut orang kampung kerana dipercayai

berhantu.

Perkataan berlawan bagi usang ialah

A tua

B buruk

C lama

D baru

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 8

Soalan 21

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

21. Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.

A Mengapakah saudara meminati bidang perniagaan?

B Bilakah saudara akan menceburi bidang perniagaan?

C Adakah saudara berminat menceburi bidang perniagaan?

D Sejak bilakah saudara mula menceburi bidang perniagaan?

Soalan 22

Pilih jawapan yang sesuai untuk soalan yang diberikan.

Soalan 24 berdasarkan gambar di bawah.

22. Apakah yang sedang dilakukan oleh anggota polis trafik itu?

A Anggota polis trafik itu sedang mengawal kesesakan lalu lintas.

B Anggota polis trafik itu sedang menahan pesalah-pesalah trafik.

C Anggota polis trafik itu sedang menyaman seorang pemandu kereta.

D Anggota polis trafik itu sedang berbual dengan pemandu kereta.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 9

Soalan 23 dan soalan 24.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23. “ Adik, Cikgu Yusri sedang menunggu kamu di bilik guru,” kata Fadilah kepada

Irwan.

A Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sedang menunggunya di

bilik guru.

B Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sudah ada di bilik guru.

C Fadilah memberitahu Cikgu Yusri, Irwan sedang menunggu.

D Fadilah diberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri menunggunya.

24. Ibu tidak suka akan perbuatan abang yang suka menghabiskan masanya dengan

menonton televisyen sehingga larut malam.

A Abang tidak disukai oleh ibu yang suka menonton televisyen sehingga

larut malam.

B Sikap abang yang suka menonton televisyen tidak disenangi oleh ibu.

C Perbuatan abang yang suka menonton televisyen sehingga larut malam

tidak disenangi oleh ibu.

D Abang tidak menyukai sikap ibu yang suka menonton televisyen.

Soalan 25 hingga soalan 27.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25 I Pokok rambutan itu berbuah lebat kerana sering dibaja.

II Hujan turun dengan lebat pada petang itu.

III Rambut adik sangat lebat walaupun baru berusia dua tahun.

IV Pendapatannya semakin lebat sejak dia berniaga sendiri.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 10

A I sahaja

B I dan II sahaja

C I, II dan III sahaja

D I, II, III dan IV

26 I Lepas kejadian itu, Ali tidak mahu ke sana lagi.

II Peristiwa yang lepas jangan dikenang.

III Semenjak minggu yang lepas, kecederaannya semakin pulih.

IV Kami tidak lepas peluang menyaksikan perlawanan akhir itu.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I dan III sahaja

D II dan IV sahaja

27 I Bilik itu kacau sekali apabila diselongkar oleh adik.

II Keadaan kacau di pekan akibat amukan seorang lelaki gila.

III Fikiran Zaidi kacau apabila mengenangkan kegagalannya dalam

peperiksaan.

IV “Kacau kuah kacang itu sehingga pekat,” kata ibu.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 11

Soalan 28 hingga soalan 30.

Pilih ayat yang betul.

28 A Azman sukar memilih antara kedua-dua orang kawannya.

B Kamarul lebih tampan dari abangnya.

C Fendi memberi ibunya segelas air.

D Suria ialah adik kepada Mamat.

29 A Guru itu memarahkan muridnya kerana membuat bising.

B Sikap saling memahami dalam kalangan masyarakat dapat memupuk

perpaduan.

C Udara di Kota Melati yang terletak di atas bukit itu sungguh tenang.

D Adik bukan terangkat kotak yang berat itu.

30 I Majlis pernikahan Fauziah diadakan secara besar-besaran.

II Pemain cakera padat abang rosak kerana memasuki air.

III Cik Aisyah mula menetap di situ kira-kira sedekad yang lalu.

IV Ustazah Roziah tercungap-cungap ketika memanjat tangga yang tinggi itu.

A I dan IV sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D I, III dan IV sahaja.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 12

Soalan 31 hingga soalan 35.

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada suatu petang, Puan Nazli ke Pasar Segar Subang Jaya. Ketika beliau sedang memilih ikan, Cikgu Maria seorang guru di SK SS 19 Subang Jaya datang menegurnya.

Cikgu Maria : Puan Nazli, apa khabar?

Puan Nazli : Eh, Cikgu Maria! Khabar baik.

Cikgu Maria : Wah! Nak masak apa hari ini? Banyak juga barang yang Puan Nazli beli ya?

Puan Nazli: Oh! Sebenarnya, saya ingin membawa anak-anak saya pergi berkelah di Ulu

Yam esok.

Cikgu Maria : Esok? Kalau begitu, Puan Nazli tidak hadirlah ke Hari Terbuka di sekolah ya?

Puan Nazli: Hari Terbuka? Saya tidak tahu-menahu hal ini. Tiada surat pemberitahuan pun

yang saya dapat daripada pihak sekolah.

Cikgu Maria: Begini puan. Pihak sekolah telah mengedarkan surat sejak 3 hari lalu. Semua

murid sudah mendapat surat tersebut termasuklah Ikhwan.

Puan Nazli

: Benarkah begitu, cikgu? Inilah yang membuat saya marah, cikgu. Anak saya

itu memang cuai. Tak sangka pula Ikhwan tidak memaklumkan kepada saya

tentang hal ini. Nasib baiklah saya berjumpa dengan cikgu di sini. Kalau tidak,

terlepas peluang saya untuk berbincang dengan guru-guru di sekolah tentang

perkembangan anak saya.

Cikgu Maria : Tak mengapalah Puan Nazli.

Puan Nazli: Terima kasih cikgu. Kita jumpa lagi esok, ya. Nampaknya terpaksalah ditunda

perkelahan keluarga saya ke tarikh lain.

Cikgu Maria : Baiklah. Jumpa nanti puan.

31 Siapakah Cikgu Maria?

A Guru Besar

B Kawan Puan Nazli

C Guru Kelas Ikhwan

D Guru Disiplin Sekolah

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 13

32 Pada pendapat anda, apakah tujuan Cikgu Maria ke Pasar Segar Subang Jaya?

A ingin berjumpa dengan Puan Nazli

B ingin membeli sayur-sayuran

C ingin pergi berkelah

D ingin minum kopi bersama rakannya

33 Pada hari apakah Cikgu Maria bertemu dengan Puan Nazli di Pasar Segar Subang

Jaya?

A Jumaat

B Sabtu

C Isnin

D Khamis

34 Perkataan ditunda di dalam petikan di atas bermaksud ..........................

A dibatalkan.

B ditangguhkan.

C diedarkan.

D pergi.

35 Apakah yang sering membuatkan Puan Nazli marah kepada anaknya, Ikhwan?

A Cuai.

B Malas.

C Suka berkelah.

D Suka bermain.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 14

Soalan 36 hingga soalan 40.

Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1080, Taman Permai 2,

42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan.

15 JANUARI 2014

Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan selamatnya.

Semoga kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda di sini sentiasa sihat

dan gembira.

Kakanda,

Surat kakanda telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Ribuan terima kasih

adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan surat kepada

adinda. Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda tentang keindahan

Taman Negara Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menikmati

kehijauan dan keindahan alam di sana. Alangkah seronoknya jika adinda dapat bersama-

sama kakanda pada masa itu.

Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama kakanda. Pada

minggu pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satu perkhemahan di

Hutan Lipur Galah. Aktiviti ini khas dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada

murid-murid Tahun Enam berkaitan dengan perkhemahan. Pelbagai aktiviti yang menarik

telah diadakan sepanjang perkhemahan ini antaranya ialah aktiviti pertolongan cemas,

sukan dan rekreasi. Semua aktiviti ini adinda ikuti dengan penuh semangat.

Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan. Aktiviti ini

dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta di dalam menempuh

rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa sungguh seronok mengikuti

aktiviti perkhemahan ini.

Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 15

yang akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini. Adinda rasa

cukuplah sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan menulis lagi untuk

kakanda apabila ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada

adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga.

Adindamu,

Suraya

36 Bilakah penulis menerima surat dari Kota Kinabalu?

A 13 Januari 2014

B 14 Januari 2014

C 15 Januari 2014

D 16 Januari 2014

37 Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?

A Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para

pengunjung.

B Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun.

C Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi.

D Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya.

38 Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah?

A Pihak sekolah

B Setiausaha Sukan

C Persatuan Pengakap

D Murid-murid Tahun 6

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 16

39 Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakaknya

A apabila dia mempunyai masa terluang.

B apabila mendapat balasan daripada kakaknya.

C setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR.

D setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan.

40 Pernyataan berikut benar tentang tujuan perkhemahan itu dijalankan kecuali

A menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.

B menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar.

C memupuk sikap cintakan alam sekitar.

D mencungkil kreativiti pelajar.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT

SULIT 17

SKEMA JAWAPAN

SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014

BAHASA MELAYU TAHUN 4

No.

soalan Jawapan

No.

soalan Jawapan

No.

soalan Jawapan

No.

soalan Jawapan

1 A 11 C 21 D 31 C

2 B 12 B 22 C 32 B

3 C 13 D 23 A 33 A

4 D 14 A 24 C 34 B

5 A 15 D 25 C 35 A

6 B 16 C 26 B 36 A

7 A 17 B 27 C 37 D

8 B 18 C 28 D 38 A

9 C 19 B 29 B 39 A

10 D 20 D 30 D 40 D

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka SULIT