kembang usaha penternakan udang laut di ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di balok,...

55
KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI PAHANG KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Berpengalaman lebih 17 tahun dalam bidang akuakultur penternakan udang laut, Kembang Subur Sdn. Bhd. kini meneroka kawasan baharu untuk memperluaskan usaha yang dilakukan di negeri ini. Pengarah Urusannya, Encik Jeffrey Kc Lee berkata, usaha bermula dengan pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga ada mengusahakan pusat pembenihan dan kolam ternakan udang laut seluas 60 hektar di Kampung Badong, Pekan dan telah melabur sebanyak RM50 juta bagi tujuan tersebut sejak tahun 2014. “Hasil penternakan dapat mengeluarkan sehingga 900 tan udang laut setahun dan lebih mengujakan, pada enam bulan pertama tahun ini sahaja telah hasilkan 450 tan udang. Kita juga dalam persediaan untuk meneruskan pembangunan seluas 20 hektar lagi di kawasan sama bermula tahun hadapan,” katanya. Beliau ditemui bersama Pengarah Urusan QL Resources Bhd, Chia Song Kooi yang mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Upload: others

Post on 18-Mar-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI PAHANG

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Berpengalaman lebih 17 tahun dalam bidang

akuakultur penternakan udang laut, Kembang Subur Sdn. Bhd. kini meneroka

kawasan baharu untuk memperluaskan usaha yang dilakukan di negeri ini.

Pengarah Urusannya, Encik Jeffrey Kc Lee berkata, usaha bermula dengan

pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu

menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun.

“Kami juga ada mengusahakan pusat pembenihan dan kolam ternakan udang laut

seluas 60 hektar di Kampung Badong, Pekan dan telah melabur sebanyak RM50

juta bagi tujuan tersebut sejak tahun 2014.

“Hasil penternakan dapat mengeluarkan sehingga 900 tan udang laut setahun dan

lebih mengujakan, pada enam bulan pertama tahun ini sahaja telah hasilkan 450 tan

udang. Kita juga dalam persediaan untuk meneruskan pembangunan seluas 20

hektar lagi di kawasan sama bermula tahun hadapan,” katanya.

Beliau ditemui bersama Pengarah Urusan QL Resources Bhd, Chia Song Kooi yang

mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan

Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan

Multimedia Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar, YB. Dato’

Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Page 2: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

Merupakan anak syarikat kepada QL Resources yang merupakan sebuah syarikat

agromakanan multinasional, syarikat itu kini mencari ruang dan peluang terbaru

untuk mengembangkan lagi usaha penternakan udang laut di negeri ini.

“Berdasarkan kejayaan yang dikecapi sebelum ini serta kelebihan dari segi ilmu,

pengalaman dan teknologi, kami berhasrat untuk menambah pelaburan di Negeri

Pahang kerana kestabilannya daripada pelbagai sudut dan peluang-peluang yang

ada.

“Kami juga mahu mencipta kerjasama lebih erat dengan agensi-agensi berkaitan di

negeri ini termasuk di tapak baharu yang bersesuaian di Pekan dalam tempoh masa

tidak lama lagi,” katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fairus Mohd Foto: Mahathir Ali

Page 3: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 4: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga
Page 5: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

MBNP BERTUAH TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS DALAM BELANJAWAN

2021 NEGERI PAHANG

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) melahirkan

rasa syukur dan bertuah apabila menerima peruntukan khas untuk pembangunan

belia berjumlah RM470,000 yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, YAB.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dalam pembentangan Belanjawan 2020

Negeri Pahang, Isnin lalu.

Pengerusinya, Encik Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, peruntukan ini adalah

julung kali diumumkan oleh Menteri Besar dalam Belanjawan khusus untuk MBNP

dan pihaknya sangat bersyukur serta berterima kasih kepada Kerajaan Pahang yang

mengumumkan peruntukan berkenaan.

“Sebelum ini, MBNP memang ada menerima bantuan serta peruntukan untuk

melaksanakan pelbagai program daripada Kerajaan Pahang tetapi bukan khusus

menerusi Belanjawan Negeri.

“Justeru, saya mewakili 26 badan gabungan dengan jumlah ahli seramai 10,000

orang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Pahang pimpinan YAB.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy kerana menyalurkan peruntukan ini kepada MBM dan

badan gabungan.

“Dengan peruntukan ini nanti akan dapat memastikan pembangunan belia di Negeri

Pahang dapat dilaksanakan secara komprehensif dan lebih berkesan,” katanya

ketika dihubungi Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy dalam Belanjawan 2021 Negeri Pahang sebelum ini

mengumumkan peruntukan sebanyak RM470,000 untuk diagihkan kepada MBNP,

11 Majlis Belia Daerah dan 15 badan gabungan.

Page 6: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan satu Dana Khas sebanyak RM10 juta

yang boleh dijadikan bantuan awal dan pengembangan perniagaan khas untuk

golongan muda di Negeri Pahang.

Sementara itu, beliau juga menyambut baik pengumuman Dana Khas sebanyak

RM10 juta kepada golongan muda terutamanya ketika pandemik COVID-19 berlaku.

“Kita lihat ketika berlaku pandemik COVID-19 ini ramai individu termasuk anak muda

kehilangan pekerjaan, justeru dengan adanya Dana Khas ini boleh membantu anak-

anak muda untuk membuka perniagaan sendiri,” katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Mahathir Ali

Page 7: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 8: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: RM1.4 JUTA SELESAI ISU AIR DI LRA

SEBERANG TEMBELING

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Sejumlah RM1.4 juta diperuntukkan bagi menaik

taraf dan membaik pulih isu bekalan air di kawasan Jalan Jengkuar, Jalan Temalian

dan Jalan Felda Sungai Retang di Jerantut.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata,

daripada jumlah itu, sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi memasang pam galak

di Loji Rawatan Air (LRA) Seberang Tembeling bagi mengepam air ke kawasan

berkenaan.

Beliau berkata, ia bertujuan membantu mengatasi masalah tersebut dalam masa

terdekat sebelum diteruskan dengan projek jangka panjang yang menelan belanja

RM1.2 juta menerusi kerja naik taraf paip hantaran daripada jenis mild steel.

"Sebelum ini, paip hantaran bersaiz diameter 150 milimeter (MM) akan dinaik taraf

kepada 300MM dengan jarak sepanjang 4 kilometer yang menelan belanja RM1.2

juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS) berhubung isu bekalan

air di kawasan Jalan Jengkuar, Jalan Temalian dan Jalan Kaloi Felda Sungai Retang

pada sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 bagi sesi

pertanyaan lisan di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Katanya lagi, pemasangan pam galak di LRA Seberang Tembeling itu adalah perlu

bagi mengepam air ke lokasi yang lebih tinggi memandangkan kedudukan lokasi

yang dibangkitkan berada di kawasan yang tinggi dan kedudukan tangki imbangan

LRA Seberang Tembeling pula berada sama aras dengan kawasan berkenaan.

Page 9: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

Dalam pada itu, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut memaklumkan bahawa projek

menaik taraf atau membina loji rawatan air baharu di Kampung Air Hitam bernilai

RM25 juta hingga RM50 juta turut dicadangkan dan tertakluk kepada kelulusan

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 10: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 11: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: SYARIKAT PEMAJU DIMINTA PULIHKAN

KEHIJAUAN DI BUKIT SEKILAU

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang meminta agar syarikat pemaju

yang melaksanakan projek perumahan di atas tanah kerajaan di kawasan Bukit

Sekilau agar memulihkan kehijauan di lokasi berkenaan sebelum menyerahkan

kembali baki 3.668 ekar tanah kepada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata,

kawasan terbabit telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tanah seluas 2.976

ekar yang kini dibangunkan dengan pembangunan perumahan dua tingkat

menjadikan jumlah keseluruhan seluas 6.652 ekar.

"Baki 3.668 ekar pula masih dalam perundingan di antara Kerajaan Negeri dengan

pihak syarikat supaya menyerahkan kembali tanah tersebut kepada pihak Kerajaan

Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Ahli Dewan Negeri

Semambu, YB. Encik Lee Chean Chung (PKR) pada Mesyuarat Ketiga Penggal

Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 berkenaan tindakan Kerajaan Negeri terhadap

kerja penggondolan tanah projek perumahan pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri (DN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri

Pahang, di sini hari ini.

Katanya, proses rundingan tersebut kini sedang berjalan bagi membolehkan

keputusan dicapai dapat memenuhi kedua-dua belah pihak memandangkan pihak

syarikat telah mengeluarkan kos bagi kerja-kerja pembangunan. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 12: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 13: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

PENGHARGAAN TINGGI KEPADA SEMUA TERLIBAT SEHINGGA PAHANG

TIADA KES COVID-19

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Penghargaan amat tinggi kepada atas kerja

keras dan kerjasama petugas barisan hadapan, semua ketua jabatan, warga semua

jabatan Negeri, Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sehingga

menjadikan Pahang tiada kes baharu COVID-19 sehingga kini.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, pihaknya

yang terlibat secara langsung dalam tugasan ini juga menyembah menjunjung kasih

atas tunjuk ajar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang

Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-

Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam

Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Juga terima kasih atas kepimpinan YAB. Dato' Sri Menteri Besar, sokongan semua

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta semua Ahli YB Dewan Negeri Pahang.

"Alhamdulillah, Dewan Negeri hari ini memberikan 'standing ovation' kepada

pasukan COVID-19 Pahang. Sehingga hari ini Pahang mencatatkan tiada kes

baharu COVID-19 di Pahang dan tiada kes aktif COVID-19 di hospital.

"Yang paling penting penghargaan sewajarnya kepada semua penduduk Pahang

yang memberikan sepenuh kerjasama," katanya dalam satu kenyataan media di sini

hari ini. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo

Page 14: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 15: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PROJEK PEMBINAAN PARKIR DI KEA

FARM TIDAK TERTAKLUK LAPORAN EIA

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Projek persendirian pembinaan kawasan tempat

letak kenderaan di Pasar Kea Farm, Cameron Highlands tidak tertakluk kepada

penyediaan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan

dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin

berkata, projek berkeluasan 0.6023 ekar di atas nama Tetuan See Kok Seong &

Fresh Golden Highlands dilakukan bagi membina kawasan tempat letak kenderaan.

"Berdasarkan semakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), aktiviti tersebut tidak

tertakluk kepada penyediaan laporan EIA,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Tanah Rata, YB. Encik Chiong Yoke Kong (DAP) berhubung laporan EIA bagi projek

pembinaan di kawasan Pasar Kea Farm pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga

Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, sekiranya projek pembinaan tersebut melibatkan lokasi

yang luas melebihi 50 ekar, laporan EIA perlu disediakan bagi melihat kesan

terhadap alam sekitar ekoran pembinaan terbabit.

"Sekiranya kita nak buat perumahan dan tanah tersebut berkeluasan 50 hektar dan

lebih, itu perlukan laporan EIA.

"Kita ada jadual yang kita perlu patuhi dan sekiranya permohonan tersebut melebihi

daripada kategori ditetapkan, maka itu perlukan laporan EIA," katanya.

Page 16: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

Katanya, bagi sebarang projek yang melibatkan kawasan tadahan air, pihak

Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan projek terbabit manakala kawasan yang

sensitif seperti kawasan berbukit dan tebing sungai pula memerlukan laporan EIA. –

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 17: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 18: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERJANJIAN RPDR-PKPP TIADA KAITAN

AKTA PERSAINGAN 2010 (AKTA 712)

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Dua perjanjian yang dimeterai oleh Royal

Pahang Durian Resources (RPDR) dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri

Pahang (PKPP) pada 9 Mac lalu tidak mempunyai kaitan dengan Akta Persaingan

2010 (Akta 712).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri

Pahang, YB. Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak berkata, perjanjian

tersebut tidak berkaitan dengan apa juga terma atau pun skim yang ditawarkan oleh

RPDR kepada pengusaha durian.

"Perjanjian yang dimeterai tersebut hanyalah berkaitan saham atau pun ekuiti pihak-

pihak RPDR dan PKPP serta pembahagian keuntungan kedua-dua belah pihak.

Bersandarkan kepada perjanjian itu, Kerajaan Negeri mendapati bahawa tidak ada

kaitannya dengan Akta Persaingan 2010," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Tras, YB. Encik Chow Yu Hui (DAP) berhubung perjanjian RPDR-PKPP yang

didakwa cuba memonopoli pasaran durian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga

Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Perancangan lain oleh pihak RPDR-PKPP itu antara lain adalah untuk

memperkenalkan durian dengan jenama Raub kepada eksport antarabangsa dan

dijangka dapat dicapai.

Dalam pada itu, mengenai isu penerokaan tanah haram oleh pekebun-pekebun

durian, beliau berkata, tindakan tersebut adalah salah dan menyalahi perundangan

serta melanggar peraturan yang ditetapkan.

Page 19: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

"Kita hendak mencari rezeki ada caranya bukan dengan cara meneroka tanah

secara haram kerana secara perundangannya tindakan ini menyalahi peraturan,"

katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, permohonan tanah yang ditolak oleh pihak kerajaan

adalah kerana Kerajaan Negeri mempunyai perancangan pembangunan tertentu

bagi sesuatu lokasi dan kawasan selain mengelakkan gangguan terhadap alam

sekitar dan memerlukan laporan EIA. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 20: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 21: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG SALUR RM30 JUTA

UNTUK BANTU RAKYAT TERKESAN COVID-19

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang telah memperuntukkan hampir

RM30 juta bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-

19.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita

dan Keluarga, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata, terlalu banyak

program kebajikan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri terutama ketika

menghadapi penularan wabak COVID-19, baru-baru ini.

"Kebajikan ini merangkumi semua termasuklah bantuan oleh Kerajaan Negeri

terhadap mereka yang terkesan akibat COVID-19 hampir RM30 juta telah pun

dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Teruntum, YB. Encik Sim Chon Siang berhubung program kebajikan sosial pada

Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri

Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 88 badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh

negeri ini turut melaksanakan kerja sosial dengan diberikan geran sebanyak

RM5,000 hingga RM10,000 sama ada melalui Kerajaan Negeri mahu pun JKM.

Menjawab soalan tambahan daripada ADN Cheka, YB. Encik Lee Ah Wong

berhubung pusat penjagaan warga emas, beliau berkata, Kerajaan Negeri telah

mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang dikelola oleh JKM bersama

NGO setempat.

Page 22: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

"Setiap daerah di seluruh Pahang telah mempunyai PAWE dan terbaru di daerah

Lipis dan kita juga membantu rumah-rumah warga emas yang dikelolakan oleh pihak

swasta," katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 23: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 24: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: MUIP AGIH BANTUAN PENDIDIKAN

UNTUK PELAJAR IPTA DAN IPTS

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang menerusi Majlis Ugama Islam

dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan bantuan zakat kepada

pelajar yang akan dan sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang,

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Kerajaan Negeri bersyukur kerana

dapat mengurus zakat dengan baik apabila MUIP turut menyediakan skim bantuan

dan agihan zakat bagi membantu golongan pelajar IPT.

"Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS diberikan bantuan secara one-off apabila ingin

masuk ke pusat-pusat pengajian mereka sama ada di peringkat diploma, ijazah,

sarjana dan doktor falsafah (PhD) kategori Pengajian Islam atau selain Pengajian

Islam," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Bukit Ibam, YB. Datin Hajah Samsiah Haji Arshad (BN), berhubung bantuan

pelajaran dan pendidikan kepada pelajar IPTA dan IPTS pada Mesyuarat Ketiga

Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, bagi mendapatkan bantuan pendidikan tersebut,

pelajar boleh membuat permohonan dengan mengemukakan surat tawaran belajar.

"Pelajar juga boleh melayari laman web MUIP www.muip.gov.my dengan mengambil

pautan ‘zakat4pengajian’ bagi membuat permohonan bantuan dan pengagihan zakat

ini berdasarkan tahap pengajian masing-masing," katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 25: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 26: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

ENCIK MOHD ZAHAR DILANTIK MEMANGKU PENGHULU GRED 40

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Penghulu Mukim Pedah, Encik Mohd Zahar

Wahid telah dipilih untuk memangku jawatan Penghulu Gred NP40 di Pejabat

Daerah dan Tanah Rompin (Mukim Tioman) berkuatkuasa Isnin lalu.

Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan berkenaan disempurnakan oleh YB.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak kepada Encik Mohd

Zahar di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-

Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain

dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, YH. Dato’ Mohd Zakaria Ibrahim. –

PAHANGMEDIA

Page 27: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 28: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: 30 INISIATIF BAGI CAPAI HALA TUJU

MTEN

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang memperkenalkan 30 inisiatif

untuk membantu mencapai hala tuju penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri

Pahang (MTEN) dalam memajukan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan

memakmurkan Negeri Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan

Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata,

langkah tersebut diyakini mampu membantu para penganggur dan golongan muda

yang kehilangan pekerjaan untuk mendapat semula pekerjaan dalam pelbagai

sektor ekonomi.

"Kerajaan Pahang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu

dan memberikan kerjasama dalam mengambil tahu dan membuka peluang-peluang

pekerjaan dan diselaraskan bersama dengan Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin (BN), berhubung tindakan

Kerajaan Negeri dalam membantu anak muda yang kehilangan pekerjaan selepas

wabak COVID-19 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-

14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga 30 Oktober 2020, kadar pengangguran

dan statistik anak muda berusia 15 hingga 39 tahun yang kehilangan pekerjaan di

negeri ini berjumlah 1,707.

Katanya lagi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mewujudkan portal

pekerjaan MYFutureJobs bagi membantu majikan mengiklankan kekosongan

Page 29: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

jawatan dan membantu golongan pencari kerja dan sehingga September 2020

sebanyak 1,280 majikan telah berdaftar dengan menawarkan 11,835 pekerjaan.

Beliau berkata, bagi majikan yang ingin meningkatkan kemahiran pekerja, mereka

boleh memohon faedah latihan di bawah program ini dengan kadar yuran

ditanggung Perkeso sebanyak maksimum RM4,000 bagi setiap pekerja.

Sebanyak RM922,800 telah dibayar kepada 411 majikan negeri Pahang melibatkan

1,134 pekerja sehingga September 2020. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 30: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 31: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

BANTUAN KHAS RM1,000 BUKTI KEPRIHATINAN TINGGI KERAJAAN NEGERI

PAHANG

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak

RM1,000 kepada penjawat awam jelas memperlihatkan tahap keprihatinan yang

tinggi kepemimpinan Kerajaan Pahang.

Seorang kakitangan kerajaan, Nur Lydia Natasha Dzulkaranain, 29, berkata, semua

kakitangan wajar berterima kasih dengan langkah yang diambil itu.

Menurutnya, ia amat menggembirakan apabila Menteri Besar Pahang menyatakan

bahawa setiap inci kejayaan yang dirasai hari ini adalah hasil usaha padu semua

kakitangan.

"Sudah semestinya sebagai kakitangan Kerajaan Negeri saya bersyukur di atas

pengumuman tersebut, malah tidak menjangka bahawa jumlah yang diberikan

semakin bertambah berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM750," katanya ketika

ditemui hari ini.

Bagi Nurul Jannah Kamarulzaman, 29, pemberian bantuan khas tersebut

meringankan beban kakitangan terutamanya yang terkesan akibat dilanda pandemik

COVID-19.

"Tidak dinafikan bahawa kakitangan kerajaan masih mempunyai kerja namun

perbelanjaan kehidupan seharian masih berjalan dengan biasa dan bertambah

dengan keperluan lain seperti anak-anak perlu dihantar pengasuh kerana sesi

persekolahan yang ditutup lebih awal," katanya.

Isnin lalu, Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan pemberian bantuan khas

kewangan sebanyak RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam tanpa pengecualian

gred dalam pembentangan Belanjawan 2021 Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata

sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi bantuan yang pembayarannya akan dibuat

sebelum 16 Januari tahun hadapan.

Page 32: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

Seorang lagi penjawat awam, Mohd Zuhdi Zakaria, 35, berkata dia amat berterima

kasih atas bantuan berkenaan dan berharap agar ia menjadi pemangkin semangat

kepada semua kakitangan untuk terus berkhidmat dengan bersungguh-sungguh.

"Pemberian ini amat menyentuh hati kami. Terasa dihargai dalam bersama-sama

menjalankan tanggungjawab dalam membangunkan kemakmuran ekonomi dan

sosial negeri ini," katanya.

Perasaan sama turut disuarakan, Wan Mohd Khairi Wan Jamaludin, 38, yang

mengharapkan bantuan berkenaan dapat meringankan beban penjawat awam di

negeri ini.

Bagi Amila Saleha Baharin, 32, pemberian tersebut menjadi penghargaan kepada

mereka sebagai kakitangan yang turut bersama menyumbang kepada kerajaan

negeri. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fairus Mohd

Page 33: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 34: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga
Page 35: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN SEDIA PERUNTUKAN

RM500,000 UNTUK PROJEK JALAN PERHUBUNGAN DESA

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Pejabat Kementerian Pembangunan Luar

Bandar (KPLB) Negeri Pahang memperuntukan sejumlah RM500,000 bagi projek

Jalan Perhubungan Desa (JPD) untuk pembinaan jalan asas di Rancangan Tanah

Kelompok (RTK) di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli

Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkata, semua Pejabat Daerah

dan Tanah yang terlibat boleh mengemukakan permohonan berkenaan kepada

Pejabat KPLB Negeri Pahang dan juga agensi-agensi lain yang berkaitan.

"Peruntukan yang disediakan bagi satu-satu projek adalah tidak melebihi

RM500,000. Bagaimanapun sebarang pertimbangan dan kelulusan permohonan

adalah tertakluk kepada kementerian dan juga susunan keutamaan perlaksanaan

projek berkenaan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta pemimpin tempatan,"

katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Tahan, YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS), berhubung pembinaan

jalan ke RTK Negeri Pahang pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri

Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

KPLB melalui JPD menyediakan kemudahan asas jalan raya berturap dan tidak

berturap di kawasan luar bandar termasuk pembinaan jalan ke RTK bagi tujuan

pembinaan rumah. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 36: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 37: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERKETAT HUKUMAN KEPADA PENIAGA

TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan

Rosdy Wan Ismail mencadangkan agar hukuman terhadap peniaga yang menaikkan

harga sewenang-wenangnya diperketatkan.

Beliau berkata, ini bertujuan memastikan mereka patuh terhadap arahan

kementerian dalam menjaga kebajikan para pengguna terutama melibatkan harga

barang keperluan asas.

“Kerajaan perlu meningkatkan penguatkuasaan dan tegas terhadap hukuman atau

denda yang dikenakan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan supaya

mereka takut untuk bersikap tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata ketika menjawab soalan tambahan sesi pertanyaan pada Mesyuarat

Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini,

hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan

Hal Ehwal Pengguna, YB. Dato’ Haji Nazri Ngah menjelaskan, Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa

menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan tegas serta konsisten sebagai

langkah mengawal kestabilan harga barangan keperluan rakyat di pasaran.

“Negara kita mengamalkan pasaran ekonomi bebas di mana barangan akan

ditentukan oleh permintaan dan penawaran namun KPDNHEP sentiasa mengambil

langkah-langkah proaktif bagi mengawal kenaikan harga.

“Selain itu, KPDNHEP juga melaksanakan OPS SURI dan OPS TEKO bertujuan

memastikan pematuhan penandaan harga oleh peniaga di pasar-pasar awam dan

restoran di seluruh negeri,” katanya.

Page 38: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Beserah, YB. Tuan Haji Andansura Rabu, berhubung langkah kerajaan mengawal

kenaikan harga barangan.

Katanya, bagi memantau harga barang, pihaknya turut mengadakan pemantauan

harga di 54 premis terpilih seperti pasar raya, pasar basah, pasar mini, kedai

serbaneka 24 jam, kedai runcit dan premis makanan siap masak.

“Para pengguna juga digalak menggunakan aplikasi Price Catcher dan MySales

Tracker bagi membuat perbandingan harga sebelum membuat pembelian dan

mengetahui premis yang mengadakan promosi jualan murah,” katanya. –

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 39: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 40: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: HANYA RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

TERKECUALI MEMASANG PAPAN TANDA JAWI

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020 : Pelaksanaan pemerkasaan tulisan Jawi di

papan tanda premis perniagaan adalah menyeluruh dan tiada pengecualian

terhadap mana-mana pihak termasuklah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau

Persatuan Cina kecuali rumah-rumah ibadat bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB.

Dato’ Abd Rahim Muda berkata, arahan tersebut telah dimasukkan ke dalam syarat

pembaharuan lesen perniagaan premis.

Beliau berkata, sehingga 30 September 2020, sebanyak 198 kompaun telah

dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri kepada pemilik

premis.

“Pecahan kompaun yang dikeluarkan mengikut PBT adalah Majlis Perbandaran

Kuantan (MPK) dengan 115 kompaun dikeluarkan, Majlis Perbandaran Bentong

dengan 11 kompaun, Majlis Daerah Maran (4 kompaun), Majlis Daerah Rompin (24

kompaun) dan Majlis Daerah Raub dengan 44 kompaun," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN)

Bilut, YB. Encik Lee Chin Chen (DAP) berhubung penggunaan tulisan jawi pada

papan tanda premis pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang

Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Page 41: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

Beliau berkata, pengeluaran kompaun ini bukan sahaja kepada premis perniagaan

sahaja tetapi juga melibatkan beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang

gagal memasang papan tanda tulisan Jawi.

“Pada permulaan arahan penggunaan tulisan Jawi, saya turut menerima aduan

menyatakan bahawa fengshui tidak bagus dan kos untuk menurunkan papan tanda.

Kerajaan Negeri tidak pernah menyuruh menurunkan papan tanda.

“Tulisan Jawi bukan menggambarkan agama Islam tetapi adalah budaya Melayu

malah pada zaman British pun kita telah menggunakan tulisan Jawi,” katanya. –

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Fansurina Abdullah Foto: Mohd Mahathir Mohd Ali

Page 42: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 43: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG LULUS PEMBERIAN

DUA KOMPUTER RIBA BAGI SETIAP DEWAN NEGERI

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang meluluskan cadangan

pemberian dua buah komputer riba untuk diberikan kepada pelajar di setiap Dewan

Negeri (DN) di negeri ini.

Menteri Besar Pahang YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia adalah

susulan cadangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura yang meminta sumbangan

komputer riba bagi membantu para pelajar yang tidak berkemampuan.

“Kita luluskan hari ini juga cadangan ADN Inderapura. Kita akan bagi satu Dewan

Negeri dua buah komputer riba. Anggaran keseluruhan kos bagi tujuan ini adalah

kira-kira RM63,000 iaitu mengambil kira kesemua 42 DUN yang ada,” katanya.

Sebelum itu, dalam perbahasan Belanjawan 2021 Negeri Pahang, ADN Inderapura,

YB. Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Haji Sharif memohon sumbangan ini diberikan

kepada para pelajar universiti yang berada pada tahun pertama.

“Saya cadangkan melalui wakil rakyat atau penyelaras untuk sumbang kepada

rakyat komputer riba ini kepada pelajar-pelajar universiti tahun pertama sahaja.

“Terutamanya kepada pelajar di dalam kategori B40 yang sangat memerlukannya

bagi membantu melancarkan proses pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri

Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 44: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 45: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: JAMBATAN KEDUA TANJUNG LUMPUR

DIJANGKA DIBUKA TAHUN DEPAN

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Jambatan Kedua Tanjung Lumpur di sini

dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada awal tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang,

YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman berkata, jambatan kedua tersebut kini dalam

proses pewartaan sebelum dapat dibuka kepada orang ramai.

“Sekarang jambatan tersebut dalam proses pewartaan dan dijangka siap diwartakan

insya-Allah pada awal tahun hadapan.

“Dan selepas itu jambatan itu boleh dibuka untuk kegunaan orang ramai,” katanya

ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri (ADN) Teruntum, YB. Encik Sim Chon

Siang pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di

Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

ADN Teruntum dalam masa yang sama turut mencadangkan Kerajaan Negeri

supaya membina sebuah jeti di Serambi Teruntum bagi mengelakkan kesesakan di

Menara Kuantan 188.

“Menara Kuantan 188 bakal menjadi mercu tanda baharu bandar Kuantan dan akan

menjadi daya tarikan pelancong di Bandar Kuantan tetapi dari segi faktor keselesaan

pengunjung juga perlu diambil kira. Tempat letak kenderaan yang agak terhad

bimbang akan mengakibatkan kesesakan.

“Saya mencadangkan supaya membina satu jeti di Serambi Teruntum yang

membawa pengunjung menyusuri Sungai Kuantan dan membawa ke perhentian

seterusnya iaitu jeti di bandar Kuantan,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan jeti ini juga dapat menarik lebih ramai pengunjung

disamping memberi faedah kepada penduduk setempat.

Page 46: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

“Bot yang membawa pengunjung juga mestilah mengenakan kadar bayaran yang

berpatutan supaya perkhidmatan tersebut dapat dinikmati oleh semua golongan

masyarakat.

“Selain itu, ianya dapat menjadi salah satu daya tarikan baru yang terdapat di

bandar Kuantan dan dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Menara Kuantan 188

sekaligus menghidupkan Serambi Teruntum," katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 47: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 48: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: DANA KHAS PERNIAGAAN RM10 JUTA

DISARAN DIAGIH SAMA RATA SETIAP DAERAH

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020 : Pengagihan dana khas perniagaan berjumlah

RM10 juta yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang dalam pembentangan

Belanjawan 2021 Negeri Pahang diharapkan dapat diagihkan secara sama rata

kepada golongan belia di setiap daerah di negeri ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Dong, YB. Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab Moin berkata,

agihan tersebut diharap dapat diselaraskan dengan sebaik mungkin oleh pihak yang

berkaitan.

“Dana ini adalah sesuatu yang memberi erti dalam suasana kepayahan ketika ini.

Saya ingin mencadangkan dana anak muda RM10 juta ini diagihkan ke seluruh

daerah sebanyak sama rata.

“Kalau RM10 juta diberi RM2,000 bantuan kepada seorang, maka kita akan dapat

bantu hampir 5,000 orang di seluruh negeri Pahang. Iaitu lebih kurang 450 orang

satu daerah.

“Kalau boleh agihan ini biarlah dapat diselaraskan sebaik mungkin oleh jentera-

jentera jabatan yang berkaitan dan jangan dirumitkan memandangkan situasi

sekarang sudah cukup sukar bagi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 Negeri Pahang

pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri

Pahang, di sini, hari ini

Page 49: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

Beliau juga mencadangkan Kerajaan Negeri dengan bantuan agensi berkenaan

untuk menjalankan program berkaitan keusahawanan kepada belia di negeri ini.

“Saya cadangkan pihak agensi kerajaan juga harus menyusun program tersendiri

bagi membina dan menyuburkan budaya keusahawanan dan membina usahawan-

usahawan di seluruh negeri Pahang ini.

“Saya kira Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) khususnya, ada objektif

tersendiri untuk membina usahawan ini dan boleh menyalurkan sumber-sumber

tertentu, bukan sahaja membantu dari segi kewangan tapi juga menyuburkan

kegiatan-kegiatan berkaitan perniagaan di kalangan anak-anak muda," katanya. -

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 50: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 51: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: LEMBAH BENOM DICADANG JADI

KLUSTER EKOPELANCONGAN PAHANG

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Lembah Benom yang terletak di Mukim Ulu

Cheka dicadangkan untuk dijadikan kluster ekopelancongan di negeri ini berikutan

keunikannya yang tersendiri.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damak, YB. Tuan Haji Zuridan Mohd Daud berkata,

kawasan ini mempunyai banyak lokasi yang unik dan berpotensi untuk menarik

kehadiran pelancong.

“Kawasan Lembah Benom ini merupakan kawasan yang kaya dengan produk-

produk unik yang juga berpotensi untuk menarik kehadiran para pelancong.

“Antara kawasan yang dimaksudkan adalah Laluan Raflessia (Raflessia Trails), Lata

Berembun, Eksplorasi Gunung Benom, Bukit Panau, Sungai Rengat, Durian Organik

Premium, Lata Sangka Dua, Lang Buana Eco Resort Park, dan Eksplorasi Banjaran

Tungku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 Negeri Pahang

pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri

Pahang, di sini, hari ini.

Beliau juga meminta Kerajaan Negeri memberikan kebenaran kepada penduduk

setempat untuk menguruskan taman eko-rimba di kawasan tersebut.

“Diharapkan Kerajaan Negeri dapat memberikan kebenaran kepada penduduk sama

ada melalui JKKK atau NGO untuk menguruskan taman eko-rimba sebagai pusat

Page 52: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

program luar, program kerja berpasukan dan sebagainya kerana ia akan membuka

peluang kerja kepada orang kampung.

“Saya juga memohon Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

untuk memulihkan semula kawasan Hutan Simpan Kenong di Kampung Som yang

terbiar begitu lama dengan membaik pulih kuarters kakitangan dan menaik taraf

taman rekreasi,” katanya.

Beliau juga turut mencadangkan Kerajaan Negeri memberikan peruntukan kepada

sekolah tahfiz yang tidak berdaftar di bawah peruntukan RM1 juta kepada madrasah

dan sekolah tahfiz di negeri ini.

“Mengikut rekod jumlah keseluruhan madrasah dan sekolah tahfiz yang ada di

negeri ini adalah sebanyak 164 buah. Di mana 89 adalah berdaftar manakala 75 lagi

tidak berdaftar.

“Jadi saya mohon Kerajaan Negeri memperuntukkan dana bagi membantu sekolah-

sekolah tahfiz yang belum berdaftar bagi melengkapkan prasarana agar memenuhi

spesifikasi keselamatan dan kesihatan bagi tujuan pendaftaran,” katanya. -

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 53: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 54: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG DICADANG BUKA

SEMULA DARA, LKWJ

KUANTAN, 18 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang dicadangkan untuk membuka

semula Lembaga Kemajuan Pembangunan Wilayah (Regional Development

Authorities) (RDA) di negeri ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelangai, YB. Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Haji Yaakob

berkata, Kerajaan Negeri perlu membuka semula Lembaga Kemajuan Pahang

Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).

“Kita hidupkan semula regional development authorities (RDA) dan buka semula

kawasan di Bandar Jengka (LKWJ), kawasan DARA dan sebagainya.

“Kita tutup dulu kerana telah mematuhi arahan Kerajaan Persekutuan untuk

menutup semua RDA ini. Rupa-rupanya kita tutup Jengka, kita tutup DARA, negeri

lain Kelantan dan Kedah teruskan dan baru-baru ini sesetengah RDA di negeri lain

dapat peruntukan,” katanya.

Beliau juga memohon Kerajaan Negeri memberikan peruntukan kepada rumah-

rumah anak yatim di negeri ini.

“Kalau boleh belanjawan kali ini dipanjangkan kepada rumah anak-anak yatim. Saya

percaya tak banyak dalam RM 2 juta ke RM3 juta sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada Mesyuarat Ketiga Penggal

Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut meminta Kerajaan Negeri untuk mengambil

tindakan susulan berkenaan pemberian royalti sebanyak RM100 juta yang dijanjikan

oleh Kerajaan Persekutuan.

“Pada 2014 atau 2016, saya percaya YAB. Perdana Menteri ketika itu ada berjanji

untuk beri royalti kepada negeri Pahang. Dijanjikan royalti RM100 juta. Tapi sampai

sekarang kita tak dapat,” katanya. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Muhammad Muslimi Abd Rahim

Page 55: KEMBANG USAHA PENTERNAKAN UDANG LAUT DI ......pelaburan dalam pusat pembenihan udang laut di Balok, Kuantan yang mampu menghasilkan sehingga 500 juta benih setiap tahun. “Kami juga

(LIPUTAN BERGAMBAR)