cabaran hubungan etnik

7
Dalam tempoh lima dekad pasca kemerdekaan, hubungan entik di Malaysia telah melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Malaysia merupakan sebuah Negara yang rakyatnya majmuk sifatnya iaitu terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, bahasa, budaya dan agama. Untuk memahami cabaran-cabaran yang telah dan sedang dilalui oleh rakyat Malaysia sememangnya tidak mudah. Hal ini kerana, ia melibatkan pelbagai dimensi dan faktor yang akhirnya memberi kesan kepada cabaran membina masyarakat yang stabil dan harmoni. Cabaran utama yang dihadapi ialah memupuk perpaduan dan integrasi antara entik untuk membina, menjalin dan mewujudkan kestabilan politik dan pembangunan serta keselamatan Negara. Negara kita yang masyarakatnya majmuk sifatnya tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik seperti cabaran kepentingan antara etnik dari aspek social yang meliputi aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan, polarisasi kaum dan kontrak social. Pemisahan fizikal wujud akibat dasar pecah dan perintah British dan kewujudan masyarakat pluralistik. Pemisahan fizikal dari aspek penempatan, misalnya bukan sahaja merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam kalangan anggota setiap etnik, tetapi juga memperkuatkan lagi perasaan kekitaan serta menimbulkan juga perasaan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Selepas Malaysia ditubuhkan, timbul cabaran yang lain. Contohnya pemisahan fizikal akibat keadaan geografi antara Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung Tanah Melayu. Ini mengakibatkan rakyat di Sarawak dan Sabah tidak mengenali dan tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan mereka yang tinggal di Semenanjung disebabkan jarak Wilayah dan jarak social yang berbeza. Sistem pendidikan yang berbeza dan berasingan juga merupakan faktor penyumbang kepada cabaran hubungan etnik untuk memupuk

Upload: mc-cruzt-kristofer

Post on 16-May-2017

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: cabaran hubungan etnik

Dalam tempoh lima dekad pasca kemerdekaan, hubungan entik di Malaysia telah

melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Malaysia merupakan sebuah

Negara yang rakyatnya majmuk sifatnya iaitu terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum,

bahasa, budaya dan agama. Untuk memahami cabaran-cabaran yang telah dan sedang

dilalui oleh rakyat Malaysia sememangnya tidak mudah. Hal ini kerana, ia melibatkan

pelbagai dimensi dan faktor yang akhirnya memberi kesan kepada cabaran membina

masyarakat yang stabil dan harmoni. Cabaran utama yang dihadapi ialah memupuk

perpaduan dan integrasi antara entik untuk membina, menjalin dan mewujudkan kestabilan

politik dan pembangunan serta keselamatan Negara.

Negara kita yang masyarakatnya majmuk sifatnya tidak boleh lari daripada

menghadapi pelbagai cabaran hubungan etnik seperti cabaran kepentingan antara etnik dari

aspek social yang meliputi aspek pemisahan fizikal, pengasingan pendidikan, polarisasi

kaum dan kontrak social. Pemisahan fizikal wujud akibat dasar pecah dan perintah British

dan kewujudan masyarakat pluralistik. Pemisahan fizikal dari aspek penempatan, misalnya

bukan sahaja merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam kalangan anggota setiap

etnik, tetapi juga memperkuatkan lagi perasaan kekitaan serta menimbulkan juga perasaan

prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan

etnik terhadap golongan etnik yang lain. Selepas Malaysia ditubuhkan, timbul cabaran yang

lain. Contohnya pemisahan fizikal akibat keadaan geografi antara Sarawak dan Sabah

dengan Semenanjung Tanah Melayu. Ini mengakibatkan rakyat di Sarawak dan Sabah tidak

mengenali dan tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan mereka yang tinggal di

Semenanjung disebabkan jarak Wilayah dan jarak social yang berbeza.

Sistem pendidikan yang berbeza dan berasingan juga merupakan faktor

penyumbang kepada cabaran hubungan etnik untuk memupuk integrasi dan persefahaman

dalam kalangan pelajar. Keadaan ini demikian disebabkan interaksi sesame mereka hanya

berkisar dalam kalangan etnik yang sama sahaja, walaupun kurikulumnya sama di semua

jenis sekolah. Polarisasi dalam kalangan pelajar pun merupakan masalah dalam hubungan

etnik di Malaysia. Demikian juga dengan isu kontak social yang dianggap sebagai

persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka pelembagaan. Kini isu ini

sering kali ditimbulkan oleh pihak tertentu sehingga boleh membawa kepada ketenggangan

hubungan antara etnik di Negara ini.

Selain itu juga, wujud cabaran kepentingan antara etnik dari aspek ekonomi yang

merangkumi aspek pengurusan dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sector ekonomi.

Dalam pengurusan ekonomi, terdapat jurang yang amat luas di antara orang melayu dengan

orang bukan melayu. Orang melayu kebanyakannya menguasai sector pertanian tradisional

Page 2: cabaran hubungan etnik

dengan menggunakan teknologi rendah. Manakala orang cina pula umumnya menguasai

sector yang lebih maju seperti bidang peniagaan dan pedagangan dengan menggunkan

teknologi moden. Ini mengakibatkan wujudnya jurang pendapatan yang ketara dan

ketidakseimbangan pendapatan antara dua kaum ini. Hal ini merupakan cabaran dalam

hubungan etnik dan mewujudkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk seperti di

Malaysia.

Perbezaan pekerjaan berdasarkan sector ekonomi juga merupakan cabaran

hubungan etnik kerana setiap golongan etnik dikelaskan mengikut sector ekonomi tertentu

spserti pertanian, peniagaan, perindustrian dan pentadbiran awam. Hal ini amat ketara

semasa pemerintahan British apabila orang melayu kebanyakannya terlibat dalam sector

pertanian manakala orang cina dan india masing-masing terlibat dalam sector perniagaan

dan menjadi buruh di estet-estet. Peristiwa inilah yangmenghalang interaksi antara kaum

dan seterusnya memperkukuhkan lagi semangat perkauman. Sehingga kini, masih wujud

jurang dari segi ekonomi khususnya jurang antara Bandar dan luar Bandar dan jurang

antara kaya dan miskin. Selain itu, timbul pula masalah kawasan dan rakyat miskin tegar

yang tidak pernah timbul sebelum ini.

Cabaran lain ialah dari segi nilai antara etnik. Contohnya perbezaan agama, bahasa

dan budaya merupakan ciri-ciri penting dalam masyarakat majmuk. Perbezaan tersebut

mempersulitkan lagi jurang hubungan antaraetnik, lantaran setiap kaum terus menyuntik

semangatperkaumannya yang menebal untuk mempertahankan agama, bahasa dan

kebudayaannya. Kesannya menyebabkan setiap anggota kumpulan etnik lebih

mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan

pekerjaan dan natijah akhirnya mewujudkan polarisasi antara etnik. Lebih mencabar lagi

apabila setiap kumpulan etnik menjadikan fahaman etnosentrisme sebagai pegangan dalam

masyarakatnya.

Cabaran lain termasuklah dari aspek budaya dan nilai. Dalam proses membina jati

diri Malaysia, rakyat perlu mempunyai kekuatan budaya dan nilai yang bersifat

keMalaysiaan supaya rakyanya yang berbilang kaum berupaya membina satu jalinan social

yang kukuh dan utuh. Lantaran itu, adalah amat penting seluruh rakyat Malaysia memahami

dan menghayati dasar kebudayaan kebangsaan yang telah digubal berasaskan semangat

kerjasama dan persefahaman antara etnik di Malaysia. Cabarannya ialah proses

menerapkan budaya dan nilai ke dalam kehidupan masyarakat yang pelbagai sifatnya,

bukanlah suatu yang mudah direalisasikan disebabkan mereka memiliki pelbagai kelainan

dan perbezaan sama ada dari segi cara kehidupan mahupun cara penghayatan amalann

sistem nilai.

Page 3: cabaran hubungan etnik

Demikian juga halnya dari aspek pembinaan jati diri rakyat Malaysia yang sejati. Jati

diri ialah rangkuman segala nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan

sejagat sesuatu kumpulan etnik atau kaum. Manifestasi dari rangkuman nilai-nilai tersebut

akan membentuk watak dan sahsiah diri seseorang yang memancarkan watak dan sifat

peribadi, cara berfikir dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati diri

kaumnya. Cabaranya ialah pembentukan jati diri seseorang juga bukanlah sesuatu yang

boleh dipaksa dalam diri seseorang. Ertinya adalah mustahil kita boleh memaksa sesuatu

system nilai dan amalan budaya kepada seseorang yang lain. Justeru itu, pembentukan jati

diri Malaysia merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi dan ditangani dengan

bijaksana.

Satu lagi cabaran yang paling getir ialah membina jalinan hubungan harmoni antara

interetnik dan intraetnik. Sebagaimana yang dimaklumi, Malaysia dihuni oleh pelbagai kaum

dari pelbagai latar belakang budaya, tradisi, system kepercayaan dan anutan agama dan

kepercayaan. Kepelbagai lain ialah dari segi bahasa seperti bahasa melayu sebagai bahasa

rasmi, bahasa cina atau mandarin, bahasa inggeris, bahasa tamil serta pelbagai bahasa

suskuan dalam kalanagan orang asli dan pribumi Sabah dan Sarawak. Kepelbagai bahasa

dan dialek ini merupakan cabaran baggi membina jalinan hubungan harmoni anatar

interetnik dan intraetnik. Hubungan interetnik adalah merujuk kepada hubungan antara satu

etnik dengan etnik yang lain. Hal ini merupakan cabaran besar yang sedang dihadapi oleh

masyarakat Negara ini dalam proses pembentukan bangsa Malaysia sesuai dengan slogan

1 Malaysia yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi dan bersedia mempertahankan

martabatkan dan kedaulatannya pada bila-bila masa diperlukan. Hubungan intraetnik yang

merujuk kepada hubungan antara sesama kaum atau satu keturunan juga wujud cabaran

menjalin hubungan politik khususnya dalam kontek sosiopolitik.

Sehubungan dengan cabaran tersebut, timbul persoalan lain iaitu adakah wujud

budaya politik yang sihat dalam kalangan pemimpin dan masyarakat di Malaysia selepas

melalui lebih daripada sepuluh kali pilihanraya? Cabaran ini merupakan satu igauan yang

masih menjadi tanda Tanya terutamanya soal bagaimana mendewasakan atau

mematangkan masyarakat Malaysia mengenai system politik dan falsafah serta amalan

demokrasi yang membenarkan persaingan politik yang sihat tanpa menjejaskan hubungan

etnik walaupun berbeza dari segi pegangan idelogi politik. Apa yang nyata ialah keadaan ini

masih belum wujud setuntasnya di Negara ini kerana masih kedengaran pertikaian politik

yang membawa kepada hubungan kurang baik antara sesame kaum dan antara kaum.

Tidak terkecuali juga sikap dalam prejudis, diskriminasi, stereotaip dan

etnosentrisme yang masih menebal di kalangan segelintir anggota masyarakat kita yang

Page 4: cabaran hubungan etnik

tidak sepatutnya dibudayakan. Hal ini kerana sikap prejudis atau prasangka merupakan

elemen yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak terteram dalam hubungan kaum. Hal

ini disebabkan konflik dengan mudah boleh berlaku, lantaran sikap prejudis boleh

membangkitkan perasaan tidak puas hati antara satu etnik dengan etnik yang lain. Demikian

juga sikap diskriminasi sebagai lanjutan daripada sikap prangsangka terhadap kaum lain.

Jika keadaan ini berlaku akibatnya boleh memberi kesan negative dan boleh mencentuskan

keadaan yang kurang harmoni.

Demikian juga halnya dengan sikap stereotaip yang ditanggapi negative dan telah

bersarang dalam kotak pemikiran seseorang. Kesanya menyebabkan tindak tanduk

seseorang itu sering kali bersifat bias dan berat sebelah. Lebih mencabar ialah sikap

etnosentrisme yang biasanya merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan

nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya etnik lain. Jika ini wujud dalam

kotak pemikiran kaum-kaum tertentu kesannya amat buruk dan boleh menjejaskan

hubungan kaum. Cabaran-cabaran tersebut merupakan penyumbang utama sebab

tercetusnya peristiwa 13 mei 1969. Tragedi berdarah ini telah banyak meninggalkan kesan

dari segi politik, ekonomi dan social. Pengenalan kaum berasaskan sector ekonomi dan

lokasi penempatan tidak langsung membantu integrasi, malah mencetuskan rasa tidak puas

hati kerana berlakunya ketidakseimbangan antara kaum. Ketidakseimbangan ini secara

tidak langsung menyebabkan perhubungan antara kaum menjadi lebih terbatas.

Cabaran masa kini yang paling sulit ialah cabaran globalisasi iaitu corak hidup yang

berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat bersifat sejagat. Lantaran itu dengan mudah

pengaruh dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai-nilai negative, ekonomi bebas,

ciptaan sains dan teknologi yang boleh memusnahkan serta system politik ynag boleh

dianggap terbaik bagi semua manusia dengan mudah dapat di bawa masuk ke Negara kita.

Melalui globalisasi ini juga barat mengeksport segala macam keburukan yang boleh

merosakkan Negara dan alam sekitarnya, budaya hiburan dan pengeksplotasi sumber

manusia serta bahan mentah ke seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Maknanya

globalisasi merupakan faktor perubahan budaya yang akhirnya boleh melenyapkan nilai

leluhur dan jati diri rakyat Malaysia anak menjadi pudar. Keadaan ini berupaya melemahkan

tradisi Negara Malaysia dan menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun

Malaysia.

Kesemua cabaran tersebut di atas jika tidak dibendung dan dikawal akan

menjeruskan kepada pembentukan semangat perkauman yang mendalam, menimbulkan

prasangka dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme. Keadaan ini seterusnya akan

memberi kesan yang buruk kepda hubungan etnik, integrasi, perpaduan dan mudah

Page 5: cabaran hubungan etnik

terjadinya konflik. Lebih parah lagi akan mengundangkan rusuhan kaum. Lebih digerunkan

ialah ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan daripada kepesatan perkembangan

globalisasi dan mengenakan tekanan kepada pihak lain secara tidak adil, khususnya dalam

konteks hubungan antara Negara dan antarabangsa.