bunuh diri dan gangguan mental

Upload: hjamli

Post on 07-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Bunuh Diri Dan Gangguan Mental

    1/3

    Mengapa bunuh diri?

    Membunuh diri yang berlaku dalam masyarakat negara ini semakin berleluasapada masa kini. Ia seperti satu fenomena yang sudah biasa berlaku, sama sepertikejadian bunuh diri yang berlaku di negara-negara maju seperti Jepun; masyarakatnyasudah biasa. Masyarakat moden hari ini sudah lali atau masak dengan kejadian sepertiitu.

    Umpamanya, di negara China yang merupakan sebuah negara di mana rakyatnyapaling ramai membunuh diri. Dianggarkan setiap tahun, lebih daripada 300,000penduduk China membunuh diri, lebih 10 kali ganda dari jumlah bunuh diri tahunan diAmerika Syarikat. Negara-negara lain yang mencatat kejadian bunuh diri yang tinggitermasuklah Jepun dan Venezuela.

    Tindakan membunuh diri turut menunjukkan trend yang mengejutkan di negarakita. Data dari Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan (NSRM-National Suicide Registry

    Malaysia) mendapati sekurang-kurangnya dua orang membunuh diri setiap hari dengankadar purata 60 orang dalam sebulan. Ia satu trend yang didapati menyamai trendbunuh diri di negara Amerika. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati setiaptahun, satu juta orang akan meninggal dunia kerana membunuh diri, dengan anggaranpurata sebanyak 3,000 kejadian setiap hari.

    Peningkatan kes bunuh diri yang berlaku di negara ini menimbulkan banyakpersoalan yang memerlukan kajian mendalam dan agresif dilakukan, di sampingmerangka pelan pencegahan dan pemulihan yang komprehensif. Berdasarkan trendyang ada, ia seperti menggambarkan wujudnya satu penularan dalam kejadian sepertiini. Tindakan membunuh diri yang berlaku di negara-negara luar didapati sudah

    merebak dan menjangkiti pemikiran dan tingkahlaku rakyat negara ini untuk melakukanperbuatan yang sama. Ini bukan sesuatu yang menghairankan. Memang gejala iniberjangkit dalam masyarakat, tidak kira di mana mereka berada, terutamanya dari segikaedah dan cara bunuh diri itu dilakukan. Malah perlakuan bunuh diri lebih mudahberjangkit atau berlaku di kalangan mereka yang tidak stabil tahap kesihatanmentalnya, berbanding dengan individu yang sihat dan mempunyai tahap pemikiranyang waras.

    Apakah maksud membunuh diri? Secara umumnya, bunuh diri merupakan satuperbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan sengaja dan secara sedar dengantujuan memusnahkan diri sendiri atau bagi mengakhiri kehidupan sendiri sehingga

    menemui kematian. Dalam kebanyakan kes bunuh diri, ia berlaku akibatketidakmampuan seseorang individu itu menghadapi tekanan dalam kehidupan yangdialami. Mereka berasa bahawa langkah untuk meneruskan kehidupan bukan satu ideayang baik, sebaliknya lebih menambah kesengsaraan.

    Terdapat juga mereka yang terlibat itu merasakan diri mereka disisihkan, berasasunyi dan tidak dipedulikan, serta berasa kecewa dan dihantui masalah kemurungan.Gejala bunuh diri juga sering berlaku dalam kalangan pesakit mental kronik seperti

  • 8/6/2019 Bunuh Diri Dan Gangguan Mental

    2/3

    skizofrenia, kecelaruan personaliti, dan mereka yang terlibat dengan penyalahgunaandadah dan alkohol. Individu yang pernah mengalami trauma sebagai mangsa buli dankeganasan juga didapati berisiko tinggi untuk membunuh diri akibat tidak mahuberterusan dibuli atau dipermainkan serta dikasari.

    Walaupun gejala bunuh diri sering dikaitkan dengan penyakit mental kronikseperti kemurungan dan ketagihan dadah, namun trend seperti ini mula dipertikaikan.Pendekatan teori psikiatri Barat mendapati kemurungan merupakan punca utama gejalabunuh diri, walaupun ia juga boleh berlaku akibat daripada faktor ketagihan dadah dangangguan mental yang lain. Di Amerika, kadar bunuh diri yang tinggi berpunca daripadakesan penyakit kemurungan dan ketagihan dadah serta alkohol yang sememangnyatinggi. Namun dalam konteks negara China, perkara ini tidak sedemikian.

    Fakta yang wujud apabila mengambil kira terhadap situasi yang berlaku dinegara China ialah apabila kajian mendapati peningkatan kes bunuh diri yang berlakusecara luar biasa, menandingi kadar di negara Amerika khususnya, sedangkan kadar

    penyakit kemurungan kronik dan ketagihan dadah adalah lebih rendah daripada kadaryang berlaku di Amerika. Ini menunjukkan ada perkara atau faktor lain di sebalikpenyakit-penyakit mental tersebut yang dikatakan berperanan terhadap kejadian bunuhdiri yang tinggi di China. Ada kemungkinan ia terjadi akibat daripada kesan kadarpengangguran yang tinggi, tahap sistem sokongan sosial dalam masyarakat yangrendah dan bersikap individualistik, kurang kepintaran dalam menyelesaikan masalahatau tekanan budaya dari luar. Pokoknya, ia tidak lari dari faktor sosio-psikologikaldalam menyumbang kepada kes bunuh diri.

    Berdasarkan penelitian terhadap fenomena ini, suatu perkara yang jelas ialahkes bunuh diri sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada tekanan atau stres dan

    juga kestabilan pemikiran individu dalam menjalani kehidupan yang banyak cabaran.Dari segi fakta, tiada mana-mana individu yang sihat dan berasa seronok menjalanikehidupan mereka sanggup membunuh diri sendiri, melainkan apabila keadaan menjadisebaliknya, atau sistem sokongan dalam masyarakat bagi mencegahnya tidak wujudatau lemah fungsinya.

    Namun apabila situasi menjadi lebih buruk, membunuh diri dilihat sebagai satu-satunya cara yang ada bagi menyelamatkan keadaan, ia menggambarkan sesuatuyang tidak kena pada diri individu terbabit, khususnya berkaitan dengan cara merekaberfikir atau menyelesaikan masalah yang ada. Secara tidak langsung, ia berkaitandengan cara pemikiran mereka yang terjejas, mungkin akibat daripada sindromkegagalan fungsi otak psikogenik. Pemikiran yang terjejas pula merupakan ciri-cirikesihatan mental individu yang tidak stabil yang akhirnya membawa kepada pelbagaitanda gangguan mental dan tingkahlaku, termasuklah bunuh diri.

  • 8/6/2019 Bunuh Diri Dan Gangguan Mental

    3/3

    Selain bunuh diri, terdapat satu lagi kategori yang berkaitan iaitu cubaanmembunuh diri. Cubaan bunuh diri difahami sebagai satu tindakan bagi membunuh diri,atau cubaan untuk mendatangkan kematian bagi diri sendiri tetapi tidak semestinyaberjaya. Dalam peringkat ini, individu terbabit berkemungkinan akan terus berusahamencapai hasratnya sehinggalah kematian itu diperoleh, atau mereka akan berpatah

    balik untuk menjalani kehidupan seterusnya secara normal. Bagi keadaan ini, rawatanawal dan tindakan pencegahan mesti diberikan. Walau apapun keadaan dan alasan,bunuh diri tetap satu perbuatan yang dilarang keras dalam Islam dan merupakan satudosa yang amat besar.