bumi semakin panas punca perubahan cuaca mendadak

1
Bumi semakin panas punca perubahan cuaca mendadak PARIS: Satu laporan disusun pakar kajian cuaca antarabangsa merumuskan pemanasan global sudah pun mengakibatkan perubahan cuaca yang dijangka lebih mendadak pada masa depan. Laporan itu menyatakan terdapat bukti kukuh kegiatan manusia banyak menyumbang kepada peningkatan pemanasan global. Akhbar Britain The Independent, melihat draf berkenaan berkata laporan itu menyatakan peningkatan suhu di antara 2 dan 4.5 Celsius besar kemungkinan berlaku pada abad ini. Malah kemungkinan peningkatan sehingga 6 Celsius tidak boleh diketepikan. Laporan berkenaan akan dikeluarkan di Paris Jumaat ini oleh Panel antara Kerajaan mengenai Perubahan Cuaca (IPCC), satu badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada akhir mesyuarat empat harinya yang bermula semalam. Laporan itu yang pertama oleh IPCC sejak 2001 dan keempat sejak ia ditubuhkan pada 1988, akan disahkan kira-kira 500 ahli sains dan wakil kerajaan. Draf itu membuat kaitan kukuh di antara peningkatan pengeluaran karbon dioksida (CO2) akibat kegiatan manusia dengan perubahan cuaca. Dalam laporan pada 2001, IPCC mengisytiharkan pencemaran karbon yang disebabkan pembakaran minyak, gas dan arang batu meningkatkan paras CO2 kepada paras paling tinggi dalam 420,000 tahun. CO2 adalah gas utama pelepasan gas hijau greenhouse istilah yang merujuk kepada enam gas bahaya yang dilepaskan ke atmosfera dan menghalang cahaya matahari daripada melantun semula ke angkasa lepas. Dalam tempoh 50 tahun lalu, suhu bumi meningkat sebanyak 0.1 Celsius setiap dekad dan kebanyakan peningkatan itu boleh dikaitkan dengan kegiatan manusia, menurut laporan 2001 itu. Ia meramalkan menjelang 2100, suhu atmosfera akan meningkat antara 1.4 dan 5.8 darjah Celsius dan paras laut antara 0.009 hingga 0.88 meter bergantung kepada berapa banyak gas hijau dilepaskan. Ahli sains turut dijangka mengemukakan bukti baru bahawa perubahan itu sudah mula berlaku dan mungkin akan menjadi lebih buruk. Antara bukti mengenai kemusnahan sistem cuaca termasuk pengecutan glasier dan salji yang meliputi kawasan pergunungan tinggi, kadar tinggi ais yang cair di Kutub Utara dan peningkatan kadar asid di laut disebabkan penyerapan karbon oleh atmosfera. Kajian sebelum ini juga menunjukkan bahawa kepanasan global menjadi punca peningkatan kejadian ribut dan taufan manakala banyak negara mencatatkan kejadian ribut, salji dan kemarau di luar musim. AFP/Agensi

Upload: rizal-chan

Post on 13-Dec-2014

75 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bumi Semakin Panas Punca Perubahan Cuaca Mendadak

Bumi semakin panas punca perubahan cuaca mendadak

PARIS: Satu laporan disusun pakar kajian cuaca antarabangsa merumuskan pemanasan global sudah pun mengakibatkan perubahan cuaca yang dijangka lebih mendadak pada masa depan.

Laporan itu menyatakan terdapat bukti kukuh kegiatan manusia banyak menyumbang kepada peningkatan pemanasan global.

Akhbar Britain The Independent, melihat draf berkenaan berkata laporan itu menyatakan peningkatan suhu di antara 2 dan 4.5 Celsius besar kemungkinan berlaku pada abad ini.

Malah kemungkinan peningkatan sehingga 6 Celsius tidak boleh diketepikan.

Laporan berkenaan akan dikeluarkan di Paris Jumaat ini oleh Panel antara Kerajaan mengenai Perubahan Cuaca (IPCC), satu badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada akhir mesyuarat empat harinya yang bermula semalam.

Laporan itu yang pertama oleh IPCC sejak 2001 dan keempat sejak ia ditubuhkan pada 1988, akan disahkan kira-kira 500 ahli sains dan wakil kerajaan.

Draf itu membuat kaitan kukuh di antara peningkatan pengeluaran karbon dioksida (CO2) akibat kegiatan manusia dengan perubahan cuaca.

Dalam laporan pada 2001, IPCC mengisytiharkan pencemaran karbon yang disebabkan pembakaran minyak, gas dan arang batu meningkatkan paras CO2 kepada paras paling tinggi dalam 420,000 tahun.

CO2 adalah gas utama pelepasan gas hijau “greenhouse” istilah yang merujuk kepada enam gas bahaya yang dilepaskan ke atmosfera dan menghalang cahaya matahari daripada melantun semula ke angkasa lepas.

Dalam tempoh 50 tahun lalu, suhu bumi meningkat sebanyak 0.1 Celsius setiap dekad dan kebanyakan peningkatan itu boleh dikaitkan dengan kegiatan manusia, menurut laporan 2001 itu.

Ia meramalkan menjelang 2100, suhu atmosfera akan meningkat antara 1.4 dan 5.8 darjah Celsius dan paras laut antara 0.009 hingga 0.88 meter bergantung kepada berapa banyak gas hijau dilepaskan.

Ahli sains turut dijangka mengemukakan bukti baru bahawa perubahan itu sudah mula berlaku dan mungkin akan menjadi lebih buruk.

Antara bukti mengenai kemusnahan sistem cuaca termasuk pengecutan glasier dan salji yang meliputi kawasan pergunungan tinggi, kadar tinggi ais yang cair di Kutub Utara dan peningkatan kadar asid di laut disebabkan penyerapan karbon oleh atmosfera.

Kajian sebelum ini juga menunjukkan bahawa kepanasan global menjadi punca peningkatan kejadian ribut dan taufan manakala banyak negara mencatatkan kejadian ribut, salji dan kemarau di luar musim. – AFP/Agensi