jamadilakhir kelantan sahaja percuma kita dan cuaca panas ... · cuaca adalah lembap dan ia mula...

1
kita dan cuaca panas di mesir Wan Ahmad Hanif Wan Mohamed @ Adnan Kuliah Bahasa Arab Tahun 2, Universi Al Azhar Kaherah S ebelum kita hadir ke Mesir, rata-rata telah mengetahui penjagaan kesihatan dan bagaimanakah cara rawatan yang akan diterima di sini. Itu pun sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan sewaktu menuntut pengajian di Mesir. Ada yang telah diberi pendedahan sewaktu mengikuti kursus (secara langsung) atau melalui sahabat yang sememangnya telah berada di sini (tidak secara langsung). Kita juga mungkin terbayang akan turut mengalami gangguan kesihatan seperti kebiasaan di Malaysia. Contohnya, selesema, batuk, sakit perut berpanjangan, demam panas, sakit gigi, alahan atau tidak kurang juga penyakit yang tergolong dalam high risk. Saya tidak perlu sebutkan di sini paras penyakit tersebut. Pembaca tentu telah memahaminya. Mac sehingga oktober di ketogerikan musim panas di negara Mesir. Semua penuntut dapat merasai udara yang agak terik ini pada waktu sekarang. Namun tidak dinafikan cuaca mungkin berubah tahun ke tahun akibat peralihan angin yang tidak menentu. Sebagai contoh, panas yang melanda sekarang lebih lewat berbanding tahun 2007 iaitu bermula bulan april. Kawasan Hayy Sabie juga mula dilanda hujan yang agak kerap dan di selang seli dengan guruh. Namun sebaliknya ia tidak berlaku pada musim panas tahun lepas. Kawasan yang seringkali menerima suhu fairly high adalah Luxor dan selatan negara ini. Begitu juga kita pernah melalui udara yang agak berdebu dan sangat kelam. Rata-rata menyangka ia ribut pasir dan tanda kepada peralihan musim sejuk kepada panas. Penulis kurang pasti jawapannya. Namun, ia tetap akan melanda kita pada musim bunga iaitu sekitar Mac hingga April. Ia di panggil Angin Khamsin. Sifatnya yang panas dan datang daripada sahara dengan membawa pasir serta debu sehinggalah beberapa hari yang tidak menentu. Walaupun begitu, musim ini jualah yang ramai dikunjungi oleh pelancong asing. Tetapi, ia perlu di elak oleh kita kerana khuatir boleh membawa penyakit yang tidak di duga. Anda boleh melihat data cuaca Mesir berbentuk celciusº seperti di bawah sekitar Kaherah seperti berikut: [Bulan] [rendah / tinggi] Januari 8.6 19.1 Februari 9.3 21 Mac 11.2 23.7 April 13.9 28.2 Mei 17.4 32.4 Jun 19.9 34.5 Julai 21.5 22.7 Ogos 21.6 34.8 September 19.9 23.3 Oktober 17.8 29.8 November 12.1 24.1 Disember 10.4 20.7 Data cuaca tahun 2007 Sumber ask-aladin.com Di delta sepanjang pantai mediterranian cuaca adalah lembap dan ia mula tersebar ke Mesir terutamanya bandar Kaherah dan bertambah pada bulan 8. Kita yang berada musim ini sudah tentu memikirkan cara untuk berteduh dan cuba mengelak dari terkena matahari lebih lama terutama ketika mengembara (jaulah). Kesan yang timbul ke atas kulit mungkin akan disedari dengan tidak sengaja seperti kekeringan dan warna kulit di tangan berubah menjadi ungu. Bibir mudah merekah dan pengelupasan kulit berlaku terutamanya di wajah atau sekitar muka. Kita dinasihati agar mengenakan perlindungan yang boleh menutupi kepala dan elakkan dari kekurangan meminum air. Jika jaulah tersebut menghala ke kawasan sahara, kita dinasihati membawa bekalan air yang bersih dan mencukupi kerana kawasan tersebut mudah berlaku pengeringan secara cepat. Oh ya, sahara tidak semestinya yang kita bayangkan di filem-filem yang menayangkan padang sahara luas tersebut, kerana ke Piramid pun, kawasan tersebut boleh dikategorikan sebagai padang sahara. Kembali kepada persoalan penyakit yang penulis timbulkan sebentar tadi, apakah di Mesir ini kita khuatir akan mengalami penyakit Malaria? Atau diarrhoea (cirit-birit) dan sebagainya? Malaria wujud melalui gigitan nyamuk. Serangga ini kita jarang menjumpainya kerana habitat nyamuk di sini banyak terdapat sekitar kawasan kampung, padang atau rumput sahaja. Kita tidak perlu risau mengenainya dan ia tidak memberi jawapan yang agak bahaya kepada kesihatan kita disini. Malah, melalui sumber penulisan di laman jaringan egypt travel, di Mesir tidak perlu khuatir kepada penyakit tersebut kerana ia jarang berlaku selepas 80 tahun yang lalu. Bagaimana dengan diarrhoea? Kita sering dinasihati untuk mengambil makanan yang bersih dan minuman yang telah masak. Begitu juga buah-buahan yang dicuci terlebih dahulu. Di Mesir bagaimana? Pengambilan air agak ketara pada musim panas. Kadang-kadang kita terus membuka paip air dan terus meminumnya. Bahkan di kedai warga tempatan menyediakan air yang tidak masak terlebih dahulu kepada pelanggan. Ia agak biasa bagi kita yang berada lama di Mesir. Walaupun sesetengahnya telah berlaku proses chlorinated, namun tidak semua begitu. Jika kita mengalami symptom cirit-birit, fikir- fikirkan sebabnya. Air mesti di masak terlebih dahulu untuk meminumnya. Tapi, jika berlaku gejala tersebut. Dapatkan ubat seperti Anitnall or Entoseed. InsyaAllah tindakannya cepat dan boleh membuang sebarang worth of symptom di badan kita. Selain penjagaan kedua penyakit di atas, adakah anda pernah dengar heat stroke? Ia berlaku pada awal penerimaan iklim panas dan menimpa kepada sesiapa yang belum membiasakan diri dengan iklim tersebut. Penyakit ini memang bahaya sehingga boleh membawa maut. Walaupun ia jarang berlaku. Tetapi, penulis kira ia menjadi satu penyakit yang selalu di waspada oleh penduduk Mesir. Artikel yang ditulis oleh seseorang mengenai penyakit ini tidak mungkin memulakan dengan statement berbunyi The hot weather has arrived, and it is time to start worrying about heatstroke”. Penyakit ini pernah menyerang dua orang atlit bola sepak di padang latihan. Kepanasan badan mampu menjadi panas melebih 106º menyebabkan sistem badan akan hilang. Rawatan kecemasan yang terbaik adalah menanggalkan pakaian mangsa dan percikkan dengan air sejuk. Halakan kipas. Ia boleh menguapkan air untuk menyejukkan pesakit tanpa mengigil disebabkan ais. Nasihat penulis, aktiviti yang kita lakukan pada musim panas mestilah dengan berhati- hati dan jangan sampai ia membantut pengajian di Mesir ini untuk menuntut ilmu dengan badan yang cergas dan fikiran yang cerdas. Akhir kata, build your body to brave with extra gain! EDISImingguan 24JamadilAkhir1429h 27Jun2008m untuk ahli kelantan sahaja EDARANpercuma bil.10

Upload: others

Post on 28-Nov-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JamadilAkhir kelantan sahaja percuma kita dan cuaca panas ... · cuaca adalah lembap dan ia mula tersebar ke Mesir terutamanya bandar Kaherah dan bertambah pada bulan 8. Kita yang

kita dan cuaca panas di mesir Wan Ahmad Hanif Wan Mohamed @ Adnan Kuliah Bahasa Arab Tahun 2, Universiti Al Azhar Kaherah

S ebelum kita hadir ke Mesir, rata-rata telah mengetahui penjagaan kesihatan dan bagaimanakah cara rawatan yang akan diterima di sini.

Itu pun sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan sewaktu menuntut pengajian di Mesir. Ada yang telah diberi pendedahan sewaktu mengikuti kursus (secara langsung) atau melalui sahabat yang sememangnya telah berada di sini (tidak secara langsung). Kita juga mungkin terbayang akan turut mengalami gangguan kesihatan seperti kebiasaan di Malaysia. Contohnya, selesema, batuk, sakit perut berpanjangan, demam panas, sakit gigi, alahan atau tidak kurang juga penyakit yang tergolong dalam high risk. Saya tidak perlu sebutkan di sini paras penyakit tersebut. Pembaca tentu telah memahaminya. Mac sehingga oktober di ketogerikan musim panas di negara Mesir. Semua penuntut dapat merasai udara yang agak terik ini pada waktu sekarang. Namun tidak dinafikan cuaca mungkin berubah tahun ke tahun akibat peralihan angin yang tidak menentu. Sebagai contoh, panas yang melanda sekarang lebih lewat berbanding tahun 2007 iaitu bermula bulan april. Kawasan Hayy Sabie juga mula dilanda hujan yang agak kerap dan di selang seli dengan guruh. Namun sebaliknya ia tidak berlaku pada musim panas tahun lepas. Kawasan yang seringkali menerima suhu fairly high adalah Luxor dan selatan negara ini. Begitu juga kita pernah melalui udara yang agak berdebu dan sangat kelam. Rata-rata menyangka ia ribut pasir dan tanda kepada peralihan musim sejuk kepada panas. Penulis kurang pasti jawapannya. Namun, ia tetap akan melanda kita pada musim bunga iaitu sekitar Mac hingga April. Ia di panggil Angin Khamsin. Sifatnya yang panas dan datang daripada sahara dengan membawa pasir serta debu sehinggalah beberapa hari yang tidak menentu. Walaupun begitu, musim ini jualah yang ramai dikunjungi oleh pelancong asing. Tetapi, ia perlu di elak oleh kita kerana khuatir boleh membawa penyakit yang tidak di duga. Anda boleh melihat data cuaca Mesir

berbentuk celciusº seperti di bawah sekitar Kaherah seperti berikut: [Bulan] [rendah / tinggi] Januari 8.6 19.1 Februari 9.3 21 Mac 11.2 23.7 April 13.9 28.2 Mei 17.4 32.4 Jun 19.9 34.5 Julai 21.5 22.7 Ogos 21.6 34.8 September 19.9 23.3 Oktober 17.8 29.8 November 12.1 24.1 Disember 10.4 20.7 Data cuaca tahun 2007 Sumber ask-aladin.com

Di delta sepanjang pantai mediterranian cuaca adalah lembap dan ia mula tersebar ke Mesir terutamanya bandar Kaherah dan bertambah pada bulan 8. Kita yang berada musim ini sudah tentu memikirkan cara untuk berteduh dan cuba mengelak dari terkena matahari lebih lama terutama ketika mengembara (jaulah). Kesan yang timbul ke atas kulit mungkin akan disedari dengan tidak sengaja seperti kekeringan dan warna kulit di tangan berubah menjadi ungu. Bibir mudah merekah dan pengelupasan kulit berlaku terutamanya di wajah atau sekitar muka. Kita dinasihati agar mengenakan perlindungan yang boleh menutupi kepala dan elakkan dari kekurangan meminum air. Jika jaulah tersebut menghala ke kawasan sahara, kita dinasihati membawa bekalan air yang bersih dan mencukupi kerana kawasan tersebut mudah berlaku pengeringan secara cepat. Oh ya, sahara tidak semestinya yang kita bayangkan di filem-filem yang menayangkan padang sahara luas tersebut, kerana ke Piramid pun, kawasan tersebut boleh dikategorikan sebagai padang sahara. Kembali kepada persoalan penyakit yang penulis timbulkan sebentar tadi, apakah di Mesir ini kita khuatir akan mengalami penyakit Malaria? Atau diarrhoea (cirit-birit) dan sebagainya? Malaria wujud melalui gigitan nyamuk. Serangga ini kita jarang menjumpainya kerana habitat nyamuk di sini banyak terdapat sekitar kawasan kampung, padang atau rumput sahaja. Kita tidak perlu risau mengenainya dan ia tidak memberi jawapan yang agak bahaya kepada kesihatan kita disini. Malah, melalui sumber penulisan di laman jaringan egypt travel, di Mesir tidak perlu khuatir kepada penyakit tersebut kerana ia jarang berlaku selepas 80 tahun yang lalu. Bagaimana dengan diarrhoea? Kita sering dinasihati untuk mengambil

makanan yang bersih dan minuman yang telah masak. Begitu juga buah-buahan yang dicuci terlebih dahulu. Di Mesir bagaimana? Pengambilan air agak ketara pada musim panas. Kadang-kadang kita terus membuka paip air dan terus meminumnya. Bahkan di kedai warga tempatan menyediakan air yang tidak masak terlebih dahulu kepada pelanggan. Ia agak biasa bagi kita yang berada lama di Mesir. Walaupun sesetengahnya telah berlaku proses chlorinated, namun tidak semua begitu. Jika kita mengalami symptom cirit-birit, fikir-fikirkan sebabnya. Air mesti di masak terlebih dahulu untuk meminumnya. Tapi, jika berlaku gejala tersebut. Dapatkan ubat seperti Anitnall or Entoseed. InsyaAllah tindakannya cepat dan boleh membuang sebarang worth of symptom di badan kita. Selain penjagaan kedua penyakit di atas, adakah anda pernah dengar heat stroke? Ia berlaku pada awal penerimaan iklim panas dan menimpa kepada sesiapa yang belum membiasakan diri dengan iklim tersebut. Penyakit ini memang bahaya sehingga boleh membawa maut. Walaupun ia jarang berlaku. Tetapi, penulis kira ia menjadi satu penyakit yang selalu di waspada oleh penduduk Mesir. Artikel yang ditulis oleh seseorang mengenai penyakit ini tidak mungkin memulakan dengan statement berbunyi “ The hot weather has arrived, and it is time to start worrying about heatstroke”. Penyakit ini pernah menyerang dua orang atlit bola sepak di padang latihan. Kepanasan badan mampu menjadi panas melebih 106º menyebabkan sistem badan akan hilang. Rawatan kecemasan yang terbaik adalah menanggalkan pakaian mangsa dan percikkan dengan air sejuk. Halakan kipas. Ia boleh menguapkan air untuk menyejukkan pesakit tanpa mengigil disebabkan ais. Nasihat penulis, aktiviti yang kita lakukan pada musim panas mestilah dengan berhati-hati dan jangan sampai ia membantut pengajian di Mesir ini untuk menuntut ilmu dengan badan yang cergas dan fikiran yang cerdas. Akhir kata, build your body to brave with extra gain!

EDISImingguan 24JamadilAkhir1429h 27Jun2008m untuk ahli kelantan sahaja EDARANpercuma

bil.10