buli

17
PENGHARGAAN. Syukur, Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus ini dengan jayanya. Seinfiniti ucapan terima kasih saya kalungkan kepada pensyarah yang telah banyak membantu saya dan rakan- rakan iaitu Encik Mohd Zabidi bin Arifin. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada beliau, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Saya juga mengalungkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang turut sama membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Mereka berdua banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, ucapan terima kasih saya hulurkan kepada rakan-rakan yang turut sama-sama membantu saya. Dengan tunjuk ajar dan kritikan mereka, maka tugasan ini dapat dihasilkan dengan lancar. KANDUNGAN 1

Upload: fariha-muhamad

Post on 11-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

buli

TRANSCRIPT

Page 1: Buli

PENGHARGAAN.

Syukur, Alhamdulillah kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan

Kerja Kursus ini dengan jayanya. Seinfiniti ucapan terima kasih saya kalungkan

kepada pensyarah yang telah banyak membantu saya dan rakan- rakan iaitu Encik

Mohd Zabidi bin Arifin. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada beliau, tidak mungkin

saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Saya juga

mengalungkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang turut sama

membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Mereka berdua banyak

memberi dorongan dan semangat kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih saya hulurkan kepada rakan-rakan yang turut

sama-sama membantu saya. Dengan tunjuk ajar dan kritikan mereka, maka tugasan

ini dapat dihasilkan dengan lancar.

1

Page 2: Buli

KANDUNGAN

Penghargaan 1

GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH.

1.0 Pengenalan 3

1.1 Hasil Dapatan

1.1.1 Faktor-faktor Buli 5

1.1.2 Kesan-kesan Buli 8

1.2 CADANGAN

1.2.1 Ibu Bapa 9

1.2.2 Pihak Kerajaan 10

1.2.3 Institusi Pendidikan 11

1.3 KESIMPULAN 12

1.4 APENDIKS 13

1.5 REFLEKSI 16

1.6 BIBLIOGRAFI 17

2

Page 3: Buli

TAJUK: Gejala Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah.

1.0 PENGENALAN

Isu tentang gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah pada dewasa kini

makin membuak-buak. Sudah tentu bahawa isu ini bukanlah satu isu baharu

kepada dunia pendidikan di negara ini. Namun begitu, isu ini tidak harus

dipandang sipi dan memandangnya dengan sebelah mata oleh mana- mana

pihak. Hal ini adalah demikian kerana, kes- kes buli di sekolah sudah tidak dapat

dihitung dengan menggunakan jari lagi. Malah, semakin hari ada sahaja

pertambahan kes yang berlaku. Selain menjadi semakin serius, gejala buli adalah

merupakan salah satu daripada terjadinya kes- kes bunuh diri serta peras ugut di

sekolah.

Menurut takrif yang dikeluarkan oleh laman web Wikipedia, buli bermaksud

perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk

menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan

mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Menurut

pandangan Prof Madya Dr Mastura Badzis, iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan

Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris, buli

adalah satu bentuk conduct disorder yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku

dan gangguan emosi. Buli boleh didefinisikan sebagai suatu tingkah laku negatif

dan berterusan yang dilakukan dengan niat sengaja untuk mengganggu mangsa,

manakala mangsa selalunya dalam keadaan terganggu dan tertekan.

Pada April 2004, Kementerian pelajaran Malaysia telah mengumumkan

penubuhan satu badan yang diberi nama Jawatankuasa Petugas Khas. Badan ini

ditubuhkan bagi menangani gejala samseng dan buli yang semakin menular di

sekolah. Namun demikian, usaha-usaha kerajaan bagaikan sia-sia sahaja kerana

kes buli pada masa kini semakin menjadi-jadi. Tidak hairanlah jika pada setiap

hari akan kelihatan berita- berita tentang kes buli semakin galak menghiasi dada-

dada akhbar.

Gejala buli ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu buli fizikal dan buli

mental. Buli fizikal melibatkan fizikal seperti menendang, menumbuk mengambil

atau merosakkan barangan orang lain. Buli mental pula terdapat dua sub-kategori

3

Page 4: Buli

iaitu buli melibatkan verbal dan buli yang melibatkan emosi. Buli melibatkan

verbal bermaksud memanggil nama seseorang dengan gelaran-gelaran yang

memalukan dan meminta duit saku daripada pelajar lain. Buli yang melibatkan

emosi pula ialah mengejek, mempersenda dan menyebarkan fitnah mengenai

seseorang.

Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes buli.

Pengaruh rakan sebaya adalah merupakan faktor utama dalam peningkatan kes

buli. Hal ini demikian kerana kebanyakan pelajar sekolah menghabiskan masa

seharian mereka di sekolah dan bersama rakan- rakan sebaya. Selain itu,

kekurangan perhatian daripada ibu bapa juga merupakan pendorong kepada

peningkatan kes ini. Demi mengejar kemewahan, sesetengah daripada ibu bapa

sanggup mengabaikan anak- anak. Malah, media juga merupakan sakah satu

daripada faktor berlakunya pertambahan gejala ini. Seperti diketahui umum,

media elektronik khususnya, banyak memaparkan cerita- cerita yang berunsur

keganasan dan kekejaman. Maka, tidak hairanlah jika para pelajar bertindak

sedemikian rupa kerana jiwa remaja lebih menjurus kepada keinginan uuntuk

mencuba sesuatu yang baru.

Walaubagaimanapun, jari tidak perlu dituding kepada mana-mana pihak bagi

mencari permasalahan utama dalam gejala buli ini. Semua pihak perlu sedar

bahawa gejala ini semakin lama semakin serius dan memerlukan perhatian yang

padu bagi membendung meningkatnya kes- kes buli.

4

Page 5: Buli

1.1 HASIL DAPATAN

1.1.1 Faktor- faktor buli.

Salah satu faktor berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah

ialah pengaruh daripada rakan sebaya. Hal ini adalah demikian kerana para

pelajar lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan sebaya dan lebih

mementingkan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Malah, ibu bapa dan

guru tidak lagi menjadi model dalam kehidupan remaja kini. Mereka lebih

percaya dengan rakan yang seusia untuk berkongsi masalah. Pelajar yang

bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih

kecil. Kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia

mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar

terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli.

Sebagai contoh, Mohammad Afiq Qusyairi bin Baharuddin, seorang pelajar

tingkatan satu di sekolah agama di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang

cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut.

Pelajar berkenaan telah mengalami kecederaan parah dan kemungkinan akan

lumpuh kerana keccederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf

tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohammad Afiq

disebabkan terpengaruh ralan sebaya atau sekadar untuk nerseronok-

seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak. Oleh yang

demikian, jelaslah bahawa pengaruuh rakan sebaya adalah merupakan satu

punca yang menyumbang kepada berlakunya kejadian buli dalam kalangan

pelajar sekolah.

Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi punca berlakunya kes-

kes buli. Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi

pergaduhan yang berbahaya da mendedahkan pelbagai isu- isu negatif

kepada para penonton. Sebahagian besar penonton terdiri daripada kalangan

pelajar iaitu golongan remaja. Mereka mudah terpengaruh oleh apa yang

mereka tonton dan meniru aksi- aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari

akibat yang bakal mereka perolehi daripadaperbuatan mereka. Kajian juga

mendapati bahawa tayangan filem- filem aksi dan komik- komik yang

dipasarkan mendapat sambutan yang besar dalam kalangan masyarakat

5

Page 6: Buli

terutamanya golongan para pelajar. Paparan aksi daripada filem- filem dan

komik- komik ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi perilaku remaja pada

masa kini. Dek kerana sambutan yang hangat, stesen- stesen televisyen

berlumba- lumba untuk menyiarkan dan menerbitkan filem berkenaan.

Paparan melalui media elektronik dan cetak banyakmemaparkann adegan

buli. Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan melalui Perbadanan

Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menyekat kebanjiran filem

asing terutamanya dari Hong Kong, Thailand, Singapura dan Hollywood,

masih ada lagi usaha- usaha daripada segelintir masyarakat yang cuba untuk

membawa pengaruh filem berkenaan dan memperkenalkan filem- filem

tersebut kepada para remaja. Lambakan filem aksi yang ada di pasaran telah

mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem ini. Antara

contoh filem- filem tempatan yang berpotensi membawa penonton ke arah

keganasan ialah filem ‘Buli’, ‘Gangster’,dan ‘KL Menjerit’. Filem dari luar pula

ialah ‘Ong Bak’, ‘Gen X Cops’ dan ‘Infernal Affairs’. Media cetak pula lebih

menjurus kepada komik. Antara komik yang popular dalam kalangan pelajar

ialah ‘Pedang Setiawan’, ‘Juara Wira’ dan lain- lain.

Masalah desakan hidup turut menjadi punca berlakunya masalah buli.

Halini demikian kerana sikap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab

mereka terhadap anak-anak lantaran mengejar kemewahan hdup. Kesibukan

ibu bapa dalam mencari wang telah menyebabkan anak- anak mereka bebas

tanpa pantauan yang sepatutnya. Pengabaian ibu bapa terhadap

tanggungjaawab mendidik anak- anak sehinggakan mendorong mereka

mencari kebebesan di luar rumah. Keadaan ini menyebabkan mereka mula

memberontak, menghadapi tekanan perasaan dan berasa kurang mendapat

perhatian daripada ibu bapa. Tekanan perasaan yang dialami oleh para

remaja disebabakan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan,

penderaan, kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan

mereka yang mengalami masalah ini dengan pelbagai cara. Salah satu cara

tersebut adalah seperti membuli rakan yang lain semata- mata dengan niat

melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka. Sebagai contoh, pada 20

Mac 2005, Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake High School, Minnesota,

6

Page 7: Buli

Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya,

seorang guru dan seorang pengawal keselamatan.

7

Page 8: Buli

1.1.2 Kesan-kesan buli.

Budaya buli ini telah membawa pelbagai kesan buruk. Kesan buruk ini

merangkumi pelbagai aspek. Aspek pertama ialah dari segi emosi. Secara

emosi, mangsa- mangsa buli ini seringkali merasa takut dan bimbang pada

setiap kali mereka berada di kawasan sekolah. Faktor ini akan menyukarkan

mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran dan menjurus

kepada kemerosotan prestasi pelajaran. Sayang sekali sekiranya terdapat

mangsa buli yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai potensi untuk

berjaya. Malah, tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan

kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan

perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan

turut mengalami gangguan emosi dan merasakan persekitaran sekolah tidak

lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dia pula akan

diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan

Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr. Suradi

Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti

mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan sahaja takut ke

sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya.

Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya

manakala pembuli datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu

dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli berlaku di

sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya, sama ada akibat kelemahan

guru, kemudahan fizikal atau organisasi, budaya dan nilai yang

diamalkan.Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang

malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid

membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang

membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah

gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadi seorang

dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan

orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi

pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera

terhadap isteri, perogol, dan perompak.

8

Page 9: Buli

1.2 CADANGAN

1.2.1 Ibu Bapa

Dalam menangani masalah buli ini, penglibatan ibu bapa dalam menjadi

semakin penting. Hal ini demikian kerana ibu bapalah yang merupakan asas

pembentukan peribadi anak-anak. Bak kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah

dari rebungnya’. Malahan ibu bapa juga merupakan insan yang paling hampir

dengan anak-anak. Ibu bapa harus memberikan pendidikan agama ke[ada

anak- anak mereka sejak dari kecil lagi sebagai langkah utama dalam

menangani masalah ini. Hal ini demikian kerana, pendidikan agama adalah

aspek yang penting dalam melahirkan individu yang bermaruah dan

mengamalkan budi pekerti yang mulia.

Di samping itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam

memerhatidan memantau setiap tindak tanduk anak- anak dalam proses

memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan sebaya yang mempunyai

nilai moral yang tidak baik. Contohnya, ibu bapa perlu kerap mengadakan

perbincangan dengan guru jika mendapati anak mereka burubah sikap dan

tindak- tanduknya. Jangan sampai terhantuk baru nak tengadah.

Justeru, peranan ibu bapa dalam menangani kes buli tidak boleh

disangkal lagi kerana ibu bapa adalah role model terbaik kepada anak- anak.

9

Page 10: Buli

1.2.2 Pihak kerajaan.

Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam

pembasmian gejala buli di sekolah. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan

merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan

dan keamanan sejagat terpelihara. Pihak kerajaan perlu memastikan undang-

undang sedia ada dipatuhi dan diguna pakai oleh setiap individu. Mendengar

sahaja perkataan ‘hukuman’, para pelajar akan menjadi gerun ditambah

dengan hukuman berat. Mereka akan mencuba sedaya upaya membendung

niat mereka dan lama- kelamaan gejala buli akan dapat ditangani dan suram

ditelan perubahan masa.

Antara hukuman yang boleh dijalankan terhadap pesalah buli ialah

sebatan mandatori, penjara, dihantar ke pusat- pusat pemulihan serta dibuang

sekolah. hukuman- hukuman berat seperti ini akan menjadi penahan

danpenghalang terbaik kepada pelajar yang suka membuli. Di samping itu,

pihak- pihak berwajib juga perlu menggembleng tenaga bagi mengatasi

masalah ini. Sebagai contoh, Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala

Disiplin di sekolah ditubuhkan ekoran daripada kematian Muhammad Farid bin

Ibrahim, pelajar tingkatan empat yang dipercayai dibuli oleh sekumpulan

pelajar tingkatan lima di Seklolah Menengah Agama Dato’ Kelana

PetraMaamor, Ampangan, Seremban pada 28 Mac 2004.

Oleh itu,sebagai institusi yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah,

kerajaan hendaklah berusaha menjamin keamanan dan keselamatan dengan

mengambil langkah berkesan bagi membanteras gejala ini dari terus menjadi

barah dalam kalangan masyarakat.

10

Page 11: Buli

1.2.3 Institusi pendidikan.

Institusi pendidikan merupakan tempat formal individu dalam proses

menimba ilmu. Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan langkah paling

berkesan untuk mengekang masalah buli dan menjadi tunjang atau paksi

utama yang dapat mengubati penyakit sosial yang semakin meruncing ini.

Pendidikan sekular secara formal juga perlu diberikan kepada anak- anak

agar melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek secara

seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan

Negara.

Melalui pendidikan yang sempurna, minda seseorang akan terbuka dan

sikap serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal dapat dibentuk. Pihak

sekolah misalnya melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan

syarat kepada pelajar sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak

wajar akan dikenakan hukuman. Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa

yang menjatuhkan air muka orang lain, isyarat tidak wajar, merosakkan harta

benda sekolah, terlibat dalam gejala dadah serta menentang pihak berkuasa

adalah kesalahan yang membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan.

Seterusnya, program yang memberikan penekanan penyelesaian

masalah dan program antibuli perlu diterapkan di dalam kelas. Hal ini

demikian kerana, di dalam kelas ialah tempat yang paling banyak berlakunya

tingkah laku buli. Contohnya, sebuah sekolah di Kuala Lumpur nerjaya

mengurangkan jenayah buli apabila guru besar sekolah itu sendiri yang

menubuhkan kumpulan petugas khas dalam kalangan murid bagi memberi

laporan kejadian buli di dalam kelas dan di dalam sekolah. implikasinya,

pendekatan ini mampu mengurangkan sebanyak 80 peratus kejadian buli

dalam masa dua bulan. Oleh itu, jelaslah bahawa institusi pendidikan

merupakan antara tempat yang terbaik dalam mendidik para pelajar dalam

menangani jenayah buli dalam kalangan mereka sendiri.

11

Page 12: Buli

1.3 KESIMPULAN

Walaupun jenayah buli tidak tergolong di dalam senarai jenayah yang

baru menular dalam kalangan pelajar di Malaysia, namun begitu jenayah ini

merupakan satu jenayah yang serius. Jenayah buli mampu mencederakan

pelajar dan ada kes buli yang melibatkan kematian si mangsa. Tidak dinafikan

bahawa pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh pelabagai pihak termasuk

badan-badan bukan kerajaan bagi membendung masalah ini.

Walaubagaimanapun, langkah-langkah tersebut seperti mati di tengah jalan.

Usaha-usaha yang ditonjolkan adalah bagai melepaskan batuk di tangga

kerana kebanyakan usaha menemui jalan buntu kerana kes buli makin

meningkat dari hari ke hari.

Sehubungan itu, semua pihak harus bekerjasama dalam usaha

menangani masalah ini. Usaha daripada setiap pihak amat penting jika

mahukan jenayah ini dibanteras dengan sempurna. Bak kata pepatah,

‘bersatu tugeh, bercerai roboh’. Selain itu, anak-anak muda juga harus bijak

dalam mencorak masa depan mereka sejajar denngan slogan ‘ pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara’

12

Page 13: Buli

TAJUK KAJIAN: TEMPAT KEJADIAN BULI.

Tempat Kejadian Buli.

Dalam KelasSebelum guru masukKantinDi tandasLain-lain

Gambarajah 1: Tempat kejadian buli di sekolah.

Semasa pulang dari sekolah Di perhentian bas Pulang dari kelas tambahan0

2

4

6

8

10

12

14

16

13.48.76.5

Gambarajah 2: Tempat kejadian buli di luar sekolah.

13

Page 14: Buli

Contoh poster Kempen Hentikan Buli yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

14

Page 15: Buli

Contoh-contoh masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah.

15

Page 16: Buli

REFLEKSI.

Dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini, pelbagai pengalaman yang

saya tempuhi. Semasa proses pencarian maklumat dan bahan kajian, saya

memperolehi pelbagai pengetahuan dan sedikit sebanyak ianya membantu saya di

dalam menungkatkan pengetahuan dan pengalaman saya. Hal ini amat bertepatan

dan sejajar dengan diri saya, iaitu seorang bakal guru. Di samping itu juga, tugasan

ini turut membantu saya dalam mengeratkan hubungan saya dengan rakan- rakan

sekelas kerana kami saling bertukar pandangan dan idea. Faktor ini telah membantu

kami dalam menyelesaikan beberapa perkara yang kami tidak faham semasa

menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya mampu menilai kecekapan diri saya dalam menyiapkan

tugasan secara individu. Saya dapati bahawa diri saya mampu menyelesaikan

tugasan secara individu ini dengan lancar di samping beberapa pertolongan dan

pandangan daripada beberapap orang rakan saya.

16

Page 17: Buli

BIBLIOGRAFI

Buli. (2011, September 21). Retrieved September 25, 2011, from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org

Mohamad, M. H. (2005, Jun 22). Buli Tidak Selaras denagn Pendekatan Islam Hadhari. Retrieved September 26, 2011, from Artikel Bahasa Melayu: http://www.ikim.gov.my

Nazri, M. (2009, Ogos 4). Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja. Retrieved September 26, 2011, from Bahasa Malaysia SPM: http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/kejadian-buli-dalam-kalangan-remaja.html

Noridah. (2007, Mac 8). Abstrak Kajian Tentang Buli. Retrieved September 26, 2011, from Gejala Buli: http://gejalabuli.blogspot.com/

Raziems. (2009, Mac 3). Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah. Salah Siapa? Retrieved September 26, 2011, from Not An Average Blog: http://rmsworld.blogspot.com

Rev, A. (2006, oktober 10). Apakah Maksud atau Definisi Buli dan Bagaimana Buli Berlaku? Retrieved september 26, 2011, from Duke Amiene Rev: http://dukeamienerev.blogspot.com

17