buli

11
BULI Masalah Buli Di Sekolah Mohd. Aris bin Anis Mohd. Noor bin Abd. Rashid Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan beberapaaspek berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara membuat aduan berkaitan kes buli disekolah Abstrak Kajian Tentang Buli Gejala Buli Azneezal Ar-Rashid Bin Mohd RamliNora Binti MislanSiti Mislia Binti Selamat Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Kertas kerja ini selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah

Upload: jaiho-jambari

Post on 25-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

buli

TRANSCRIPT

BULIMasalah Buli Di SekolahMohd. Aris bin Anis Mohd. Noor bin Abd. Rashid

Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah. Kertas kerja ini ditulis untuk menjelaskan beberapaaspek berkaitan dengan masalah buli di sekolah. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan ialah definisi buli, jenis-jenis buli, mengenali ciri-ciri pembuli, mengenali ciri-ciri mangsa buli, statistik kes buli, faktor-faktor yang mendorong berlakunya kes buli, beberapa peringkat menangani masalah buli dan tatacara membuat aduan berkaitan kes buli disekolahAbstrak Kajian Tentang BuliGejala BuliAzneezal Ar-Rashid Bin Mohd RamliNora Binti MislanSiti Mislia Binti Selamat

Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Kertas kerja ini selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung keadaan ini. Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.Posted bynoridahat12:15 AMBuli. Itulah isu yang sentiasa kita dengar sama ada dari berita ataupun surat khabar. Tetapi tahukah anda maksud sebenar buli? Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Selain daripada itu, buli juga bermaksud tingkah laku yang agresif sama ada secara fizikal atau psikologi ke atas mangsa secara berulang kali. Biasanya perbuatan buli ini akan didapati di sekolah sama ada sekolah rendah ataupun menengah. Secara keseluruhannya, perbuatan buli ini adalah tidak baik dan akan mendatangkan kesan sama ada kepada mangsa ataupun pembuli itu sendiri.

Pembuli biasanya terdiri daripada pelajar senior di sekolah tersebut. Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka adalah lebih besar dan kuat serta mempunyai pengaruh yang lebih hebat. Disebabkan mereka merasakan diri mereka adalah hebat, mereka akan mencari mangsa yang lebih lemah dan muda daripada mereka supaya mereka dapat menunjukkan kekuatan mereka. Selain itu, para pembuli juga akan bertindak dalam satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang. Ini akan memudahkan tindakan mereka dan memberi mereka lebih keyakinan diri untuk bertindak membuli orang lain.

Mangsa buli biasanya merupakan orang yang lebih junior dan lemah daripada pembuli. Mereka juga kelihatan lebih lemah dan biasanya bersendirian. Selain itu, ada juga mangsa buli yang merupakan budak baru dalam sesebuah sekolah. Mangsa buli juga merupakan seseorang yang disayangi guru dan popular di kalangan pelajar. Keadaan ini akan menyebabkan pembuli berasa cemburu dan iri hati terhadap mereka lalu cuba untuk menyakitkan mereka sama ada secara fizikal ataupun mental.

Faktor yang mendorong seseorang terjebak dalam aktiviti membuli adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Terdapat pembuli yang mengikut jejak rakan mereka supaya mereka tidak berasa tersisih dan merasakan diri mereka masih tergolong dalam kumpulan itu walaupun mereka tidak ingin mencederakan orang lain dengan membuli. Ini adalah kerana mereka takut mereka akan disisihkan sekiranya mereka tidak mengikut perlakuan rakan mereka.

Selain itu, terdapat juga pembuli yang pernah menjadi mangsa buli. Ini adalah kerana mereka masih tidak dapat melepaskan diri daripada trauma terdahulu yang menyebabkan mereka menjadi pembuli. Mereka cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialami terdahulu kepada mangsa mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan terkenang masa lampau mereka yang menyakitkan. Ini akan menyebabkan mereka berasa lebih menderita. Keadaan inilah yang menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan seterusnya menyebabkan mangsa buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.

Keinginan untuk mendapat perhatian orang juga merupakan salah satu faktor penyebab berlakunya kejadian buli. Mereka ingin melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain terutamanya ibu bapa mereka yang selalu sibuk bekerja. Mereka kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga dan ini akan menyebabkan mereka berasa kesunyian dan ingin mendapat kasih sayang daripada rakan-rakan dan guru mereka. Akan tetapi, mereka tidak mengetahui cara yang betul untuk meluahkan perasaan mereka. Selain itu, terdapat pembuli yang menghadapi masalah dalam keluarga mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan penceraian ibu bapa yang akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak mengetahui cara yang betul untuk meluahkannya. Ini adalah kerana mereka takut sekiranya kelemahan dan masalah yang mereka hadapi diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego mereka terutamanya kepada lelaki. Selain itu, pengaruh daripada media massa yang berunsurkan keganasan juga mendorong perbuatan buli. Orang ramai akan terdedah dengan unsur yang negatif ini dan ada di antara mereka yang mengikut perlakuan tersebut. Ini akan meningkatkan gejala buli di sekolah.

Pada era yang moden ini, pembuli bukan sahaja terdiri daripada lelaki. Ini adalah kerana terdapat perempuan yang menjadi pembuli yang lebih mengerunkan daripada lelaki. Mereka akan bersikap lebih ganas dan menakutkan dari sangkaan orang ramai. Akan tetapi, peratus pembuli di kalangan perempuan adalah lebih rendah berbanding dengan lelaki.

Perlakuan buli terdiri daripada 2 jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli fizikal merupakan buli yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal seperti pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak teranjang yang boleh mengakibatkan kecederaan. Selain itu, buli fizikal juga boleh mengakibatkan kematian. Manakala buli mental pula merupakan perbuatan buli yang akan memberi impat dari segi psikologi seperti mengejek. Kes jenis buli ini jarang mendapat perhatian orang ramai, tetapi kes jenis ini berlaku dengan serius di sekolah.

Perbuatan buli ini akan memberi kesan sama ada kepada pembuli ataupun mangsa buli. Kesan luaran yang paling ketara yang akan dialami oleh pembuli ialah pembuli akan mempunyai rekod yang buruk di sekolah dan akan menjejaskan kehidupannya setelah meningkat dewasa. Mereka akan mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan dan ini akan mendorong mereka untuk menjadi penjenayah yang agresif. Mangsa buli pula akan mengalami kecederaan fizikal. Mereka juga akan menjadi pembuli kerana trauma yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga akan mencari mangsa lain untuk mendapat kembali harga diri mereka yang terjejas akibat dibuli. Mangsa buli juga akan mengalami kesan dalaman iaitu masalah psikilogi. Mereka akan hilang keyakinan diri serta tiada matlamat hidup dan mereka juga akan berasa takut untuk hadir ke sekolah. Selain itu, ada di antara mereka yang akan mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna lagi.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini. Pihak sekolah harus mengetahui gejala buli yang berlaku di sekolah dan berusaha untuk membanteras gejala tersebut dengan mengetatkan pengawasan di sekolah serta menggiatkan aktiviti meronda di kawasan tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga harus mendidik pelajar tentang keburukan gajala buli sejak di bangku sekolah lagi. Hukuman yang lebih keras harus dikenakan terhadap pembuli supaya gejala ini dapat dibendung.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan untuk membendung gejala ini. Ibu bapa harus mengambil berat akan anak-anak mereka dan memberikan mereka kasih sayang supaya mereka tidak berasa tersisih dan kesunyian. Ini akan membantu mengelakkan anak-anak mereka daripada terjebak dalam gejala buli. Ibu bapa juga harus mengetahui kegiatan yang berlaku di sekolah anak-anak mereka supaya mereka tidak bergaul dengan rakan yang akan mempengaruhi mereka ke jalan yang salah.

Selain daripada ibu bapa dan pihak sekolah, pelajar sendiri harus mengambil inisiatif untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala ini. Mereka harus meluahkan masalah yang mereka hadapi sama ada kepada ibu bapa mereka, rakan-rakan atau guru kaunseling. Ini boleh mengelakkan mereka daripada melakukan gejala yang tidak baik akibat tertekan. Mereka juga harus berfikir tentang baik dan buruk perlakuan mereka agar tidak memudaratkan orang lain.

Akhir kata, pencegahan gejala ini harus dilakukan oleh semua pihak dan bukan hanya satu pihak sahaja. Ini adalah kerana bak kata pepatah ''bersatu teguh, bercerai roboh''. Oleh itu, kita kenalah bersatu padu dan berganding bahu untuk membanteras gejala ini daripada berleluasa dan memudaratkan generasi akan datang.

Tema: Gejala BuliGejala buli semakin berleluasa dalam kalangan remaja.Bincangkan langkah mengatasi gejala buli di sekolah.

Belakangan ini, isu gejala bulisering meniti dari bibir ke bibirgolonganmarhaendi negara ini. Dari segi konsepsinya, gejala buli bolehditakrifkansebagai perbuatan memeras ugut pelajar lain hingga mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.Biasanya, murid sekolah menengah yang bermasalah terlibat dalam gejala buli ini. Keadaan pembuli dan mangsanya bertepatan dengan peribahasa, bagai anjing dengan kucing. Oleh itu, terdapat pelbagaistrategi untuk mengatasigejala buli di sekolah.

Antaraprakarsa yang pragmatikdan berkesan untuk menangani gejala buli ialah remaja seharusnya bijak memilih rakan sebaya. Hal ini demikian dapat mengelakkan remaja daripada terlibat dalam gejala negatif. Justeru, remaja perlu mencari rakan yangIslamik, taat kepada kedua ibu bapa dan mempunyai budi pekerti mulia sebagai rakan akrab.Natijahnya, remaja boleh menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala buli serta perlakuan negatif yang lain.Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa bahangnya. Rakan yang baik bolehdianalogikanseperti bunga ros yang sentiasa mekar dan harum baunya.Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, orang yang cemerlang dan hebat dalam pergaulan bermula daripada cetusan aura apabila dikelilingi rakan-rakan yang hebat.Sekiranyaremaja Malaysia bijak dalam bersahabat, maka pastinya gejala buli dapat dikurangkan.

Selain itu, langkah seterusnya ialah ibu bapa bertanggungjawab memantau tingkah laku anak-anak mereka. Hal ini demikian, ibu bapa boleh mengesan sebarang perlakuan aneh anak-anak mereka. Justeru, ibu bapa seharusnya megetahuikeberadaananak-anak mereka dengan sentiasa berhubung melalui telefon bimbit. Natijahnya, ibu bapa boleh menghindarkan anak-anak mereka daripada sebarang perlakuan songsang terutamanya buli.Hal ini bertepatan dengan peribahasa, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa pencoraknya.Pemantauan berkesan oleh ibu bapa dalam menangani gejala buli boleh dianalogikan seperti selimut yang menutup tubuh ketika kesejukan.Sekiranya, ibu bapa peka dengan tingkah laku anak-anak maka statistik masalah buli dalam kalangan remaja di sekolah akan berkurangan.

Selain itu, pihak kerajaan bolehmenjenamakan semulakempenantibuli yang selama ini saban tahun diadakan di sekolah. Hal ini kerana kempen antibuli yang berteraskan ceramah dan pameran agak kurang terkesan di hati para pelajar. Pihak sekolah melalui Unit Disiplin Sekolah boleh menukar strategi kempen yang proaktif dan provokatif bagi tujuan menakut-nakutkan bakal pembuli. Justeru, pihak sekolah umpamanya boleh meminta kerjasama pihak Jabatan Penjara Malaysia atau Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kempen antibuli menjadi lebih berkesan.Kerjasama pelbagai pihak dalam menangani gejala buli boleh diumpamakan seperti ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sekiranya, kempen antibuli berjayameresapi nuranipelajar maka pastinya sekolah menjadi tempat yang lebih selamat untuk semua pelajar.

Akhir kalam, gejala buli yang menjadipolemikdalam kalangan masyarakat pelajar di negara ini perlu ditangani segera.Sememangnyagejala buli masih wujud namun banyak kes-kes terpencildisensasikanoleh media massa di negara ini.Semogagejala buli dapat ditangani secara bijaksana oleh pihak berkuasa dengan kerjasama pihak sekolah.Oleh itu kita perlubersinergidalam memastikan gejala buli dapat dilenyapkan di bumi bertuah ini. sekiranya gejala buli tidak wujud maka Malaysia mampu berdiri gah di persada dunia danmendabik dadakerana generasi mudanya bertaraf dunia.

[Nur Asyikin Zailan , 5 Bestari SMK BR]Kesan buli[sunting|sunting sumber]Pembuli[sunting|sunting sumber]Kesan luaran:[sunting|sunting sumber] Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi penjenayah. Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.Dibuli[sunting|sunting sumber]Kesan luaran[sunting|sunting sumber] Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian.Kesan dalaman[sunting|sunting sumber] Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?[sunting|sunting sumber]Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli iaitu:Tahap sekolah[sunting|sunting sumber]

Sesetengah sekolah dengan masaalah buli telah menanganinya dengan memasang kamera CCTV.1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli, contohnya talianhotlinebuli 1-800-884774.3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.Tahap kelas[sunting|sunting sumber]1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.Tahap individu[sunting|sunting sumber]1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.Rujukan[sunting|sunting sumber]1. Jump upRalat petik: Tagtidak sah; teks bagi rujukannces-2005-310tidak disediakanPautan luar[sunting|sunting sumber] Sistem laporan Buli di talian Malaysia. Kesan buli ditempat kerja terhadap prestasi kerja*Gejala buli boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam semakin . Banyak fektor mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang.

Bulibermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.