keselamatan ukm 2

33
1.0 PERSOALAN KAJIAN Serangan binatang liar di UKM seperti monyet dan juga khinzir menjadi fenomena dan perbualan oleh sesetengah individu, terutamanya bagi mahasiswa mahasiswi baru tahun satu. Antara persoalan yang mencetuskan idea untuk mendalami kajian ini adalah : Sejauh manakah binatang-binatang liar ini mengganggu aktiviti harian pelajar? Adakah binatang-binatang ini mendatangkan kemudaratan kepada para pelajar? Justeru, persoalan-persoalan di atas mendorong kepada aspek pemahaman yang lebih mendalam mengenai tajuk kajian. Perkara yang ingin dirungkaikan dalam kajian ini adalah pengaruh sistem keselamatan dalam kelancaran sesuatu perjalanan mahupun aktiviti harian pelajar. Banyak contoh yang boleh dilihat, antaranya, pelajar yang menggunakan alternatif berjalan kaki ke fakulti ataupun destinasi masing-masing berisiko untuk diserang oleh binatang liar. Selain itu, pelajar juga berisiko tinggi menghadapi kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pengguna kenderaan. Oleh hal yang demikian, persoalan yang ingin dikaji adalah : Sejauh manakah jaminan terhadap keselamatan pelajar di UKM? Apakah ciri-ciri keselamatan yang dikuatkuasakan oleh bahagian Pengarah Keselamatan UKM? Adakah tahap keselamatan yang rendah menjejaskan produktiviti pelajar? Adakah keselesaan pelajar tergugat sekiranya ingin melibatkan diri dalam aktiviti sosial di dalam UKM? 1

Upload: farisya-ajis

Post on 26-Sep-2015

55 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

contents

TRANSCRIPT

1.0 PERSOALAN KAJIAN

Serangan binatang liar di UKM seperti monyet dan juga khinzir menjadi fenomena dan perbualan oleh sesetengah individu, terutamanya bagi mahasiswa mahasiswi baru tahun satu.

Antara persoalan yang mencetuskan idea untuk mendalami kajian ini adalah :

Sejauh manakah binatang-binatang liar ini mengganggu aktiviti harian pelajar?

Adakah binatang-binatang ini mendatangkan kemudaratan kepada para pelajar?

Justeru, persoalan-persoalan di atas mendorong kepada aspek pemahaman yang lebih mendalam mengenai tajuk kajian. Perkara yang ingin dirungkaikan dalam kajian ini adalah pengaruh sistem keselamatan dalam kelancaran sesuatu perjalanan mahupun aktiviti harian pelajar.

Banyak contoh yang boleh dilihat, antaranya, pelajar yang menggunakan alternatif berjalan kaki ke fakulti ataupun destinasi masing-masing berisiko untuk diserang oleh binatang liar. Selain itu, pelajar juga berisiko tinggi menghadapi kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pengguna kenderaan. Oleh hal yang demikian, persoalan yang ingin dikaji adalah :

Sejauh manakah jaminan terhadap keselamatan pelajar di UKM?

Apakah ciri-ciri keselamatan yang dikuatkuasakan oleh bahagian Pengarah Keselamatan UKM?

Adakah tahap keselamatan yang rendah menjejaskan produktiviti pelajar?

Adakah keselesaan pelajar tergugat sekiranya ingin melibatkan diri dalam aktiviti sosial di dalam UKM?

2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji keberkesanan sistem keselamatan terhadap mahasiswa dan mahasiswi UKM. Persoalan-persoalan seperti jaminan terhadap keselamatan pelajar, ciri-ciri keselamatan yang dikuatkuasakan, pengaruh keselamatan terhadap produktiviti pelajar dan juga keselesaan pelajar dalam aktiviti sosial mendorong kepada tujuan kajian ini dilakukan.

Pengarah bahagian keselamatan UKM, Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal sendiri telah melaksanakan langkah-langkah ke arah memelihara kebajikan dan keselamatan warga UKM. Walau bagaimanapun, sistem keselamatan yang telah dikuatkuasakan di UKM memerlukan pelaksanaan yang teratur dan kerjasama daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Oleh hal yang demikian, kajian ini dirangka dengan menekankan aspek keberkesanan sistem keselamatan terhadap mahasiswa dan mahasiswi UKM.

3.0 BATASAN KAJIAN

Kajian Tahap Keselamatan di UKM ini dibataskan terhadap para pelajar tahun satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka adalah pelajar baharu yang merasai suasana kampus di UKM dan kebanyakannya adalah berbeza daripada suasana tempat tinggal mereka sebelum ini. Jadi, respon mereka juga harus dititikberatkan dalam analisis kajian ini.

Selain itu, responden-responden dari Kolej Pendeta Zaba, Kolej Keris Mas dan Kolej Ungku Omar mendominasi kajian ini. Kolej pendeta Zaba merupakan kolej yang terletak di Lingkungan kedua dan merupakan kolej paling jauh antara kolej-kolej lain di UKM. Begitu juga dengan Kolej Keris Mas yang terletak sedikit terpinggir daripada kolej-kolej lain. Oleh hal yang demikian, faktor lokasi jarak jauh antara kolej ini dengan kolej-kolej yang lain menyebabkan kajian ini difokuskan terhadap penghuni-penghuni kolej dari aspek penyampaian sistem keselamatan sekiranya berlaku kecemasan. Selain itu, kami juga meluaskan skop kajian kami dengan menjalankan kaji selidik di beberapa fakulti yang terpilih, seperti Fakulti Pengajian Islam serta Fakulti Sains dan Teknologi. Kajian ini juga hanya dibataskan terhadap keberkesanan tahap keselamatan di UKM.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Semasa menjalankan kajian ini, sumber-sumber berilmiah dan berkualiti adalah sangat penting dalam penentuan hasil kajian yang bakal diperoleh. Justeru, kaedah kajian yang dipilih adalah bersumberkan resensi kepustakaan dan juga berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan.

Kajian ini dilakukan melalui kaedah resensi kepustakaan. Hal ini bemaksud, sebahagian daripada maklumat dan data yang diperoleh adalah melalui pencarian bahan sama ada sumber primer mahupun sekunder. Sumber-sumber ini didapati di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Bahan-bahan tersebut juga boleh didapati dalam bentuk artikel, jurnal, mikrofilem, video, internet dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sumber yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui internet. Malah, sumber artikel dan jurnal juga didapati secara atas talian memandangkan teknologi masa kini yang semakin canggih. Jurnal dan bahan ilmiah ini masing-masing boleh didapati dengan melayari Google Scholar dan juga Google Books. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka juga dirujuk untuk mendapatkan definisi yang lebih terperinci.

Borang soal selidik juga telah diedarkan kepada 90 orang pelajar UKM mulai 12 hingga 31 Oktober 2014 dalam kalangan pelajar tahun satu. Dari segi kaum, 92.2 peratus adalah kaum Melayu, dan selebihnya adalah kaum Cina dan lain-lain kaum. Kaum Melayu merupakan responden major kajian ini kerana kaum ini merupakan yang paling ramai menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, 92.2 peratus responden beragama Islam, 2.2 peratus beragama Buddha dan 5.6 peratus berasal daripada lain-lain agama. Dari segi kolej, borang soal selidik juga diedarkan kepada penghuni-penghuni Kolej Pendeta Zaba, Kolej Keris Mas. Manakala dari segi fakulti pula, responden adalah daripada Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

5.0 KAJIAN LEPAS

Kajian yang dijalankan oleh Sariah Ahmad (2002) adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan semasa menjalankan kerja amali di bengkel. Selain daripada itu, kajian ini juga dilakukan oleh beliau untuk mengenal pasti keperluan manual keselamatan yang ingin dijadikan sebagai panduan kepada pengguna bengkel semasa melakukan kerja amali. Kajian ini melibatkan 85 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester akhir di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Muar. Terdapat empat perkara yang dijadikan perbincangan dalam kajian ini. Empat perkara tersebut meliputi sikap pelajar, penerangan tentang amalan keselamatan, persekitaran bengkel yang selamat dan termassuklah peranan pengajar dan pelajar sendiri. Hasil dari dapatan kajian ini menunjukkan pelajar mempunyai kesedaran tentang amalan keselamatan walau bagaimanapun pelajar masih belum memahami sepenuhnya penerangan keselamatan yang diberikan.

Kajian yang dilakukan oleh Nur Fazreen (2013) mengunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu kekerapan, skor min, peratusan, sisihan piawai dan ujian-T tidak bersandar kepada pengunaan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Secara keseluruhan, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap amalan keselamatan di makmal kejuruteraan dalam kalangan pelajar yang merangkumi tiga aspek utama iaitu penguasaan pengetahuan amalan keselamatan, sikap pelajar terhadap amalan keselamatan dan penguasaan kemahiran pelajar terhadap amalan keselamatan semasa bekerja di makmal. Kajian ini menunjukkan tahap kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan makmal di makmal kejuruteraan adalah berada di tahap yang positif. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar wanita terhadap tahap kesedaran amalan keselamatan semasa bekerja di makmal kejuruteraan.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Siti Atiqah (2008) adalah bertujuan untuk meninjau factor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan pengajaran di dalam bengkel. Kajian yang dilakukan ini melibatkan dua buah sekolah teknik di kawasan Negeri Sembilan. Antara faktor yang dikaji dalam kajian ini ialah faktor keselamatan, kelengkapan, pengurusan dan persekitaran. Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada Sekolah Menengah Teknik Ampangan dan Sekolah Menengah Teknik Port Dickson. Seramai 168 orang pelajar telah terlibat secara lansung dalam menjawab boring soal selidik yang diedarkan. Hasil dapatan daripada kajian ini didapati bahawa pengajaran di dalam bengkel akan mengakibatkan perubahan pada tingkah laku pelajar. Pengajaran guru yang baik serta kemudahan kelengkapan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran bengkel yang berkesan mempu mewujudkan hasil pencapaian akademik yang baik pada diri pelajar.

Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Mohd Hazreel (2003) adalah untuk mengkaji keselamatan dalam menangani isu ganguan seksual. Kajian ini juga dilakukan untuk mengkaji sejauh mana isu ini memberi kesan yang negatif terhadap pembelajaran pelajar. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengkaji di manakah tahap kesedaran pelajar Diploma Pelancongan Politeknik Johor Bharu (PJB) tentang isu ganguan seksual yang wujud di institusi-institusi pendidikan. Seramai 100 orang responden yang terpilih terlibat dalam penyelidikan ini. Mereka terdiri daripada para pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, PJB. Kajian mendapati bahawa tahap kesedaran para pelajar terhadap kewujudan ganguan seksual masih di tahap sederhana dan perhatian daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab amat diperlukan dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran para pelajar. Kajian ini juga menyatakan bahawa ganguan seksual juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada kesan negatif terhadap pembelajaran mangsa.

Secara keseluruhannya, kajian-kajian yang dilakukan pada masa yang lepas lebih menekankan keselamatan ketika berasa di dalam makmal atau bengkel yang melibatkan alatan pekerjaan. Ini menunjukkan bahawa amalan keselamatan perlu berada di tahap yang tinggi di dalam makmal bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan. Terdapat juga kajian yang memberi tekanan dimana isu ganguan seksual di bawah keselamatan mampu memberi kesan yang negative terhadap pembelajaran para pelajar.

6.0 KESELAMATAN DI UKM

Penubuhan sesebuah institusi, sama ada di peringkat rendah mahupun globalisasi memerlukan nilai dan tahap keselamatan yang tinggi. Selain mementingkan struktur pembangunan dan keberhasilan yang bakal diperoleh, keselamatan organisasi sesebuah institusi tidak harus dipandang enteng kerana mereka adalah kumpulan yang bakal menentukan hala tuju institusi tersebut. Setiap langkah adalah berisiko. Justeru, persoalannya adalah persiapan setiap individu itu dalam menangani risiko yang bakal dihadapi.

Tidak dinafikan bahawa amalan keselamatan bukan sahaja dipraktikkan dalam sesebuah organisasi besar dan bersifat globalisasi, malah ciri-ciri keselamatan itu sendiri telah mula dipraktikkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan, seperti penyediaan kit kecemasan. Namun begitu, dewasa ini masih kedengaran di corong-corong telinga dan meniti dari bibir ke bibir umat manusia mengenai kemalangan yang berlaku di setiap rumah kediaman. Hal ini terjadi adalah kerana sikap individu tersebut yang lalai dan juga memandang enteng terhadap risiko yang mungkin bakal terjadi.

Justeru, perkara yang boleh dilakukan bagi organisasi tersebut untuk kelangsungan institusi masing-masing adalah dengan mengurangkan risiko yang mungkin bakal terjadi melalui sistem keselamatan yang lebih efisien. Perkara ini adalah tidak terkecuali bagi sebuah institusi pengajian tinggi awam, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM sendiri dilengkapi dan diperhalusi dengan sistem keselamatan yang tersendiri. Namun begitu, perkara yang ingin dikaji adalah keberkesanan sistem keselamatan yang direka terhadap kehidupan harian mahasiswa dan mahasiswi.

Akhbar Kosmo (Jun, 2009) melaporkan, seorang mahasiswi jurusan Sains Kimia ditemui terbaring di laluan utama kolej di UKM kerana dipercayai terjatuh dari tingkat empat. Walau bagaimanapun, tiada saksi atau bukti yang boleh menerangkan tentang faktor-faktor kejadian tersebut berlaku. Kejadian seperti ini mungkin berlaku di pelbagai tempat dan pelajar itu sendiri haruslah mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan masing-masing.

Oleh hal yang demikian, kajian keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia membawa satu nilai yang seharusnya dipandang serius oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Para pelajar juga tidak harus memandang enteng terhadap perkara ini kerana mereka harus mengetahui setiap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan. Secara keseluruhannya, sistem keselamatan adalah penting dalam mencorak struktur pentadbiran organisasi dan juga hala tuju pembelajaran para pelajar. Kecemerlangan sahsiah dan akademik pelajar juga menjadi sebahagian daripada kejayaan sistem keselamatan organisasi tersebut.

6.1 Definisi

Selamat merupakan suatu elemen yang dibentuk di dalam diri setiap individu untuk memelihara dirinya daripada segala bentuk malapetaka dan ancaman. Manakala, keselamatan pula menggambarkan suatu keadaan yang menerangkan situasi seseorang individu mahupun benda.

Walau bagaimanapun, definisi keselamatan seperti yang digambarkan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka tidak jauh bezanya. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2008), keselamatan juga didefinisikan sebagai satu keadaan yang terhasil daripada perubahan tingkahlaku manusia atau persekitaran fizikal untuk mengurangkan kemungkinan bahaya yang selanjutnya mengurangkan kemalangan.

Menurut Maklumat Glossary Sistem Keselamatan Kebangsaan United States, sistem keselamatan yang ditakrifkan adalah lebih kepada keselamatan data maklumat dan teknologi sedia ada bagi sesebuah institusi. Rekod-rekod simpanan di Universiti Nevada, Las Vegas yang menyimpan pelbagai nombor keselamatan sosial, rekod kesihatan pelajar dan juga nombor kad kredit adalah dilindungi oleh undang-undang. UKM juga tidak terkecuali daripada pembangunan data-data keselamatan warga UKM. Hal ini demikian kerana institusi ini dilengkapi dengan Unit Keselamatan UKM yang menyediakan pelbagai langkah dan aduan boleh dibuat untuk kegunaan dan kemudahan struktur organisasi.

Syarikat Ensiklopedia Britain pula memberi penerangan mengenai keselamatan dalam bidang yang lebih luas. Menurutnya, keselamatan didefinisikan sebagai suatu keadaan yang terlindung daripada ancaman bahaya ataupun suatu perkara yang dilakukan untuk membuatkan institusi masyarakat mahupun sesuatu tempat itu berasa selamat.

Menurut Kamus Cambridge atas talian, keselamatan juga didefinisikan sebagai suatu bentuk perlindungan terhadap manusia, bangunan, organisasi ataupun negara daripada pelbagai ancaman seperti jenayah dan juga serangan negara asing.

Keselamatan dilihat dalam pelbagai prospek dan aspek bagi negara atau institusi yang berlainan. Secara keseluruhannya, perkara utama yang ingin disampaikan melalui keselamatan adalah perlindungan terhadap sesuatu daripada pelbagai aspek yang mencurigakan.

6.2 Kepentingan keselamatan

Tahap keselamatan yang tinggi sangat diperlukan oleh setiap individu tanpa mengira generasi. Setiap tahun pihak universiti, khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia akan menerima beribu-ribu pelajar baharu. Mahasiswa mahasiswi baharu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke UKM sudah tentu memandang kepada suasana di sekitar kolej dan fakulti masing-masing. justeru, keluarga yang hadir bersama pelajar-pelajar baharu ini akan membuat tanggapan dan perspektif sendiri terhadap suasana pembelajaran dan tempat tinggal yang yang bakal didiami. Golongan-golongan ini adalah individu yang akan menyebarkan budaya keselamatan UKM kepada warga luar. Sekiranya pelawat tersebut memberi tanggapan positif terhadap keselamatan dan suasana yang dialami, maka nama baik UKM sebagai tempat pembelajaran yang kondusif akan dikenali oleh masyarakat luar. Oleh hal yang sedemikian, menjadi suatu keperluan bagi pihak pengurusan universiti memastikan keselamatan di UKM berjalan lancar dan konsisten.

Menurut Zainun Ishak (2006) dalam karyanya, beliau ada menyatakan bahawa istilah keselamatan biasanya khusus untuk menghindari keadaan yang akan membawa kemalangan dan kerugian. Oleh hal yang demikian, kepentingan keselamatan dalam perjalanan struktur pentadbiran universiti tidak harus dipandang enteng terutama dalam urusan perlindungan sistem pengkalan data pelajar dan juga kerahsiaan organisasi. Sistem ini haruslah dilindungi dengan sistem pertahanan dan benteng yang kukuh. Sekiranya berlaku pencerobohan, tampuk pemerintahan institusi tersebut mungkin bertukar dan dikuasai oleh orang luar. Justeru, suatu langkah yang praktikal harus diambil untuk menangani pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi.

Keselamatan di universiti juga amat penting bagi menjamin suasana yang harmoni. Sekiranya pihak universiti tidak mampu mengawal tahap keselamatan di dalam kampus, pastinya keadaan tersebut akan mengundang kepada kemalangan. Sebagai contoh, acara tahunan UKM, iaitu pilihan raya kampus sering kali menimbulkan kontroversi, lantaran perbezaan fahaman politik dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UKM. Sekiranya tiada kesatuan dalam pendapat, maka pergaduhan antara pelajar akan mudah tercetus dan mungkin juga boleh melibatkan kemalangan. Kemalangan tersebut akan menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat luar dan juga universiti-universiti di Malaysia. Hal ini pastinya mengundang kebimbangan dalam diri setiap warga universiti dan seterusnya akan mengganggu gugat keamanan yang sedia ada dalam institusi tersebut. Walau bagaimanapun, Justeru itu, aspek keselamatan merrupakan perkara yang perlu dijadikan fokus utama dalam sesebuah pentadbiran universiti.

Kepentingan keselamatan dalam mempengaruhi hal ehwal akademik pelajar dipandang sebagai suatu aspek yang jitu dalam kajian ini. Hal ini ditekankan mengenai cara psikologi pelajar dalam mengatasi dan menghadapi ancaman, pada masa yang sama pelajar tersebut harus berusaha untuk memberri fokus pada pelajaran. Warga UKM sedia tahu bahawa suasana institusi ini kaya dengan kepelbagaian biologi dan juga habitat-habitat liar. Tidak terkecuali peranan pelajar asing dan juga orang luar yang datang melawat. Hal-hal seperti ini mungkin mengganggu emosi para pelajar dalam menuntut ilmu. Sebagai contoh, pelajar mungkin harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke fakulti bagi yang tidak menggunakan perkhidmatan bas. Selain itu, situasi lain adalah seperti gangguan secara seksual setiap kali menaiki bas. Justeru, aktiviti harian pelajar dalam menuntut ilmu sedikit sebanyak akan terganggu.

6.3 Ciri-ciri keselamatan di UKM

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, terdapat beberapa ciri keselamatan yang disediakan oleh pihak pengurusan universiti. Ciri-ciri keselamatan ini termasuklah ketika berada di tempat kediaman, di fakulti, di makmal kerja dan juga ketika melakukan aktiviti riadah bersama kawan-kawan. Secara umumnya, ciri-ciri keselamatan di UKM dibentuk adalah bertujuan menjamin keselamatan semua individu.

Kehidupan mahasiswa sentiasa sibuk dengan tugasan-tugasan kuliah yang diberi oleh pensyarah dan aktiviti-aktiviti persatuan. Adakalanya mereka terpaksa pulang pada lewat malam daripada perjumpaan persatuan mahupun aktiviti belajar secara berkumpulan. Justeru, perkara asas yang disediakan oleh pihak keselamatan UKM adalah sistem pencahayaan yang dipasang di kolej-kolej kediaman dan juga di fakulti. Pencahayaan yang terang juga dapat mengurangkan jumlah kemalangan khususnya kemalangan di jalan raya. Walau bagaimanapun, tidak semua tempat diterangi dengan lampu jalan raya seperti di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Hal ini mengundang bahaya dan ketakutan dalam kalangan pelajar kerana sebahagian pelajar harus menghadiri kuliah pada waktu malam.

Setiap kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia dilengkapi dengan kemudahan saluran keselamatan seperti jawatan Eksekutif Keselamatan dan Kebajikan. Bagi kolej Pendeta Zaba, jawatan ini dipegang oleh saudara Muhammad Alif. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keselamatan pelajar di kolej-kolej kediaman juga turut diberi perhatian. Keselamatan pelajar tidak hanya diberi perhatian di kolej sahaja, malah keseluruhan kawasan UKM. Hal ini dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) yang juga melalui Eksekutif Keselamatan dan Kebajikan. Justeru, skop yang dikendalikan oleh PMUKM adalah lebih meluas merangkumi keseluruhan suasana persekitaran UKM. Secara keseluruhannya pula, pentadbiran keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dikendalikan oleh Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal, selaku Pengarah Bahagian Keselamatan UKM dan juga Timbalan Naib Canselor UKM. Hal ini menunjukkan bahawa sistem keselamatan UKM juga mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab melalui pengurusan dan pentadbiran yang sistematik.

Keselamatan lalu lintas di UKM turut diberi perhatian. Suatu peraturan dikuatkuasakan di UKM, iaitu Peraturan-peraturan Lalulintas Jalan UKM 1998 yang bertujuan menjaga keselamatan lalulintas jalan di dalam kawasan kampus. Peraturan ini dikuatkuasakan ke atas semua kakitangan UKM, pelajar-pelajar, pekerja-pekerja luar dan juga pelawat. Antara akta yang digunakan dalam peraturan ini adalah seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987, Peruntukan-peruntukan kaedah 27, Kaedah-kaedah UKM (Tatatertib Kakitangan) 1998, dan juga kaedah 32, Kaedah-kaedah UKM (Tatatetib Pelajar) 1998. Peraturan-peraturan ini mengehadkan had laju kenderaan bermotor, kenderaan hanya boleh dipandu atau ditunggang di atas jalan raya, tidak meletak kenderaan yang boleh menghalang orang atau kenderaan lain, menggunakan ruang letak kenderaan yang disediakan, hanya membenarkan seorang pembonceng bagi kenderaan beroda dua, mematuhi tanda lalulintas, memiliki lesen memandu yang sah dan juga membuat halangan yang mengganggu perjalanan lalulintas di jalan raya. Sekiranya peraturan-peraturan ini dilanggar, tidakan tatatertib boleh dikenakan dan keistimewaan pelekat kenderaan juga boleh dibatalkan.

Pihak universiti juga menyediakan khidmat pengawal keselamatan yang ditempatkan di pintu pagar utama universiti, pintu pagar lingkungan pertama dan kedua serta di setiap kolej kediaman. Pengawal keselamatan yang dilantik di setiap bahagian diberi kuasa untuk menahan kenderaan bermotor yang tidak ditampal dengan pelekat, melaporkan kepada pihak berkuasa tatatertib UKM mengenai kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan UKM dan juga mengambil sebarang tindakan seperti yang diarahkan oleh Pengarah Keselamatan UKM (Peraturan-peraturan Lalulintas Jalan UKM, 1998).

6.4 Cadangan penambahbaikan tahap keselamatan

Beberapa kaedah telah dikenalpasti untuk meningkatkan tahap keselamatan di universiti. Pada zaman globalisasi ini, peningkatan terhadap pengunaan teknologi maklumat adalah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Oleh hal yang demikian, pihak universiti perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan kuasa teknologi maklumat dalam mengendalikan aspek keselamatan di dalam universiti. Sebagai contoh, pihak universiti perlu mewujudkan aplikasi sistem pemantauan keselamatan yang boleh digunakan oleh setiap warga UKM. Sistem ini diwujudkan untuk memudahkan pelajar sekiranya mereka ingin menyalurkan idea mahupun masalah terhadap tahap keselamatan di universiti. Walau bagaimanapun, saluran aduan sistem keselamatan yang sedia ada pada waktu ini sedang dalam usaha penambahbaikan. Contohnya, di laman web UKM, www.ukm.my/keselamatan. Sistem tersebut juga memberi kemudahan kepada pihak universiti untuk mendapat respon serta lebih banyak idea bagi tujuan penambahbaikan tahap keselamatan di universiti.

Selain itu, pengunaan CCTV (Closed-circuit television) juga perlu ditingkatkan di kawasan-kawasan yang tersembunyi. Sebagai contoh, tempat penyimpanan beg di perpustakaan. Keselamatan di kawasan-kawasan begini selalunya dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Tanpa pengetahuan mereka, tempat tersebut dijadikan sebagai markas pencurian barang-barang berharga oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab. Selain di tempat penyimpanan beg, kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan juga perlu diberi perhatian. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pihak-pihak yang bertanggungjawab boleh menggunakan CCTV sebagai rujukan untuk mencari punca kemalangan berlaku.

Aspek keselamatan perlulah ditanam dalam setiap individu semenjak kecil. Pepatah Melayu ada mengatakan, jika ingin melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan keselamatan di rumah adalah aspek pertama yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa supaya kanak-kanak sedia maklum dan juga bertindak secara rasional terhadap pelbagai risiko yang bakal dihadapi apabila menginjak dewasa kelak.

Selain itu, pengawal keselamatan perlulah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan menjalankan rondaan sekerap yang mungkin. Pengawal keselamatan yang berkawal di pintu pagar utama universiti perlu membuat pemeriksaan terhadap setiap kenderaan yang masuk bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan. Seterusnya, pengawal keselamatan yang bertugas di setiap kolej kediaman perlulah menjalankan rondaan di setiap blok kediaman dengan lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Hal ini demikian supaya dapat mengurangkan masalah sosial serta jenayah berat seperti kes rogol dan juga kecurian yang mungkin akan berlaku. Oleh hal yang demikian, tugas pengawal keselamatan dipandang sebagai suatu kerja yang berat kerana individu-individu ini yang akan dijadikan sebagai rujukan oleh para pelajar dan juga pihak atasan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kelak.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Kajian berkaitan keselamatan ini dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia melibatkan pelajar tahun satu. Bahagian A adalah data Demografi responden berdasarkan borang soal selidik juga telah diedarkan kepada 90 orang pelajar UKM mulai 12 hingga 31 Oktober 2014. Dari segi kaum, 95.2 peratus adalah kaum Melayu, 2.2 peratus kaum Cina dan 2.6 peratus adalah daripada lain-lain kaum seperti kaum Rungus dan Kaum Iban. Selain itu, 92.2 peratus responden beragama Islam, 2.2 peratus beragama Buddha dan 5.6 peratus berasal daripada lain-lain agama seperti agama Kristian.

Responden terdiri daripada pelajar yang tinggal di beberapa kolej terpilih, iaitu 26.7 peratus responden adalah dari penghuni Kolej Pendeta Zaba, 25.6 peratus Kolej Keris Mas dan 47.7 peratus adalah daripada lain-lain kolej seperti Kolej Ibrahim Yakub, Kolej Aminuddin Baki, Kolej Ibu Zain dan Kolej Dato Onn.

Responden terlibat juga terdiri daripada pelajar tahun satu di beberapa fakulti, iaitu 30 peratus responden adalah daripada Fakulti Sains dan Teknologi, 48.9 peratus pula daripada Fakulti Pengajian Islam, 6.7 peratus daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan 14.4 peratus daripada lain-lain fakulti seperti Fakulti Teknologi dan Sains Makanan, Fakulti Undang-undang dan Fakulti Teknologi dan pengurusan. Berikut adalah peratus kenderaan yang digunakan oleh pelajar di dalam UKM.

Berikut adalah

Bahagian B dalam kajian ini berkaitan maklum balas responden tentang situasi semasa di sekeliling responden. Secara keseluruhannya, dapatan kajian pada bahagian B adalah seperti berikut:

Jadual 1 : Peratusan pendapat peribadi responden

Butiran

Tidak setuju

(%)

Kurang setuju

(%)

Tidak pasti

(%)

Setuju

(%)

Sangat setuju

(%)

(1) Saya berasa takut untuk berjalan-jalan

di sekitar UKM.

16.7

20.0

22.2

37.8

3.3

(2) Saya pernah dikejar oleh khinzir ketika

berada di sekitar UKM.

77.8

13.3

2.2

6.7

0.0

(3) Saya bertindak berdiam diri dan terkaku

apabila diserang oleh binatang buas ini.

43.3

13.3

30.0

12.2

1.2

(4) Pihak kolej ada memberi taklimat tentang

keselamatan di UKM semasa minggu

orientasi.

8.9

5.6

26.7

40.0

18.8

(5) Saya yakin bahawa tahap keselamatan di

UKM adalah tinggi.

10.0

21.1

45.6

21.1

2.2

(6) Orang luar diberi kebebasan sepenuhnya

untuk keluar dan masuk UKM.

7.8

8.9

22.2

34.4

26.7

(7 ) UKM mewajibkan penggunaan sticker

dalam kalangan warga UKM.

4.4

7.8

35.6

35.6

16.6

(8) Pengawal keselamatan di pintu pagar

utama dan di setiap kolej membuat

pemeriksaan terhadap kenderaan tanpa

sticker UKM.

12.2

12.2

44.4

15.6

15.6

(9) Warga UKM yang menunggang dan

memandu kenderaan mereka dengan laju

dikenakan tindakan.

7.8

3.3

31.1

34.4

23.4

(10) Biro keselamatan diwujudkan di setiap

kolej.

0.0

0.0

8.9

62.2

28.9

(11) Biro keselamatan di setiap kolej

menjalankan tugas dan peranan masing-

masing untuk menjamin keselamatan

pelajar.

5.6

3.3

26.7

50.0

14.4

(12) Pengawal keselamatan membuat rondaan

dengan kerap terutama pada waktu malam.

5.5

5.5

44.4

26.7

17.9

(13) Pelajar diberi latihan kecemasan di setiap

kolej sebagai panduan untuk menghadapi

detik kecemasan.

4.4

4.4

31.1

37.8

22.3

(14) Kamera CCTV dipasang di setiap sudut

yang memerlukan pemerhatian.

8.9

2.2

30.0

38.9

20.0

(15) Saya pernah menghadapi gangguan seksual

ketika berada di sekitar fakulti.

78.9

11.1

6.7

2.2

1.1

(16) Saya juga pernah menghadapi gangguan

seksual ketika berada di kolej kediaman.

80.0

12.2

7.8

0.0

0.0

(17) Saya menjadi terlalu berwaspada dengan

keadaan sekeliling sehingga menjejaskan

pembelajaran saya.

32.2

32.2

24.4

11.2

0.0

(18) Lampu-lampu jalan tidak dibangunkan

sepenuhnya terutama di kawasan kolej dan

di sekitar fakulti.

3.3

6.7

15.6

31.1

43.3

Berdasarkan jadual 1, berikut adalah pecahan-pecahan graf yang dirangka berdasarkan butiran-butiran dalam borang soal selidik.

(2) Saya pernah dikejar oleh khinzir ketika berada di sekitar UKM.

Graf 1 : Peratusan pelajar yang diserang binatang buas.

(16) Saya pernah menghadapi gangguan seksual ketika berada di kolej kediaman.

Graf 2 : Peratusan gangguan seksual yang dialami oleh pelajar.

(18) Lampu-lampu jalan tidak dibangunkan sepenuhnya terutama di kawasan kolej dan di

sekitar fakulti.

Graf 3 : Peratusan lampu jalan yang tidak dibangunkan oleh pihak UKM.

PERBINCANGAN

Perbincangan adalah berdasarkan pendapat peribadi responden dan juga soalan-soalan yang dikemukakan pada bahagian C borang soal selidik serta dikaitkan dengan data demografi responden.

Umum sedia tahu bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia dikelilingi oleh habitat pelbagai jenis hidupan. Kepelbagaian biologi serta ekosistem yang terancang ini menjadi penggemar hidupan-hidupan liar seperti babi hutan, monyet, ular dan juga beruang. Walau bagaimanapun, 91.1 peratus responden mengaku tidak pernah menghadapi situasi berbahaya seperti dikejar dan dicederakan oleh babi hutan. Hal ini demikian kerana, pihak keselamatan UKM telah mengambil langkah seperti meletakkan tanda amaran di kawasan-kawasan tertentu yang sering dikunjungi oleh binatang-binatang tersebut, lantaran 50 peratus responden menggunakan alternatif berjalan kaki untuk bergerak ke destinasi masing-masing. Pejalan kaki serta penunggang motosikal terdedah kepada risiko serangan binatang buas dan juga kemalangan jalan raya terutamanya pada waktu malam di beberapa tempat yang terdapat kurang sumber pencahayaan.

Graf pada soalan (18) menggambarkan tahap kepuasan pelajar terhadap sistem pencahayaan yang dibangunkan di dalam kampus UKM Bangi. UKM menjaga keselamatan dan kebajikan warganya melalui pembangunan sistem pencahayaan yang terang dan terancang. Contohnya di Fakulti Sains dan Teknologi. Walau bagaimanapun, Majoriti responden, iaitu 74.4 peratus bersetuju bahawa fakulti-fakulti dan kolej-kolej di Universiti Kebangsaan Malaysia ini disimbahi dengan kemudahan lampu yang kurang memuaskan. Hal ini adalah berdasarkan pemerhatian yang dibuat terhadap beberapa fakulti, seperti fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Majoriti pelajar daripada fakulti ini adalah penghuni Kolej Pendeta Zaba. Jalan raya yang menghubungkan kolej ini dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina adalah sangat gelap. Justeru itu, keadaan ini membahayakan keselamatan pelajar yang berulang-alik pada waktu malam atas urusan kuliah mahupun perjumpaan persatuan. Bukan itu sahaja, suasana di kedua-dua jalan hadapan dan jalan belakang Kolej Pendeta Zaba juga sangat gelap walaupun masih terdapat lampu. Oleh hal yang demikian, Hari Interaksi bersama Naib Canselor telah diadakan di setiap kolej bagi membincangkan masalah-masalah pelajar. Masalah ini juga telah dibangkitkan dan dibincangkan bersama Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, selaku Naib Canselor dan juga Pengarah Bahagian Keselamatan UKM.

Berdasarkan graf pada soalan (2) pula, bilangan responden yang bersetuju bahawa pernah dikejar oleh binatang buas adalah tidak melebihi sepuluh peratus. Malah, peratusan bilangan responden yang tidak pernah dikejar oleh binatang buas ini mencatatkan kadar yang paling tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa binatang-binatang yang mendiami UKM ini tidak bersifat ganas sehingga mampu mencederakan sebahagian besar pelajar UKM. Oleh hal yang demikian, hal ini tidak menjadi suatu kebimbangan yang hebat buat pihak keselamatan UKM khususnya, memandangkan tiada aduan berhubung serangan binatang liar. Peratusan gangguan seksual seperti dalam graf 2 juga menunjukkan bilangan peratus yang ketara. Responden yang pernah mengalami gangguan seksual di kolej kediaman menunjukkan kosong peratus.

Berdasarkan pendapat peribadi responden pada soalan bahagian C, terdapat 80 orang responden yang tidak berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan yang dibangunkan oleh pihak UKM. Hal ini adalah atas beberapa faktor, seperti kebebasan yang diberikan terhadap orang luar untuk keluar masuk kolej tanpa pantauan yang ketat terutamanya pada waktu malam, laluan pejalan kaki yang berlumut dan licin dan juga yang paling dominan adalah serangan monyet di bilik-bilik penghuni kolej. Walau bagaimanapun, masih terdapat golongan minoriti, iaitu 10 orang responden yang berpuas hati dengan unit keselamatan UKM. Hal ini adalah atas beberapa faktor seperti penyediaan lokar berkunci di Perpustakaan Tun Sri Lanang, peranan pengawal keselamatan di setiap kolej, peranan Wisma Aman, khususnya dalam pemantauan aktiviti politik pelajar serta pemberian saman terhadap pelajar yang melanggar peraturan jalan raya.

Justeru, beberapa cadangan penambahbaikan terhadap sistem keselamatan UKM telah diutarakan oleh responden. Antaranya, menambah bilangan lampu jalan dan juga lampu tangga di setiap blok kolej kediaman, membuat pemeriksaan dengan teliti terhadap kenderaan luar yang memasuki pintu utama UKM terutamanya pada waktu malam, memperbaiki tangga dan juga laluan pejalan kaki yang bermasalah, memasang jeriji di setiap tingkap bilik pelajar, menambah perkhidmatan bas pada hari minggu dan juga memperbaiki jalan raya yang berlubang. Selain itu, cadangan lain yang boleh diutarakan adalah pelaksanaan latihan kebakaran di setiap kolej kediaman dan juga fakulti masing-masing. Hal ini seharusnya dipertimbangkan oleh Eksekutif Keselamatan dan Kebajikan di setiap kolej dan fakulti.

Gangguan seksual terhadap pelajar UKM juga menunjukkan kosong peratus. Hal ini disebabkan oleh jumlah pelajar yang terlalu ramai dan pelajar bergerak secara berkelompok, lalu menyebabkan pergerakan pengganggu seksual menjadi terbatas. Tambahan pula, UKM menerima lebih ramai pelajar, iaitu lebih kurang 4000 pelajar pada tahun 2014.

Analisis menunjukkan kadar peratus yang lebih tinggi, iaitu 37.8 peratus pelajar yang berasa takut dan tidak selamat ketika berada di dalam kawasan UKM. Hal ini mungkin disebabkan oleh situasi pelajar sebagai mahasiswa baharu dan belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Sebahagian pelajar menghadapi kejutan budaya dengan keadaan persekitaran yang dikelilingi oleh berbagai jenis hidupan liar di UKM. Sebanyak 50 peratus pelajar yang bergerak ke fakulti masing-masing secara berjalan kaki dicadangkan agar mengubah kaedah tersebut dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak UKM sehingga pelajar tersebut dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran UKM yang sebenar. Walau bagaimanapun, isu serangan binatang buas tidak menunjukkan kebimbangan yang ketara memandangkan hanya 6.7 peratus pelajar pernah mengalaminya.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sistem keselamatan yang dirangka berasaskan kepentingan mahasiswa dan mahasiswi UKM dilaksanakan dengan teratur dan efisien. Namun begitu, masih terdapat kelopongan di beberapa bahagian yang mengganggu gugat keselamatan pelajar. Hal ini jelas terdapat pada sistem pencahayaan lampu jalan yang menjadi rungutan utama para pelajar. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan secara keseluruhannya adalah dalam keadaan terkawal, malah kemalangan yang melibatkan pelajar ketika berada di dalam kawasan kampus adalah sangat sedikit dan kebanyakannya berpunca daripada kelalaian pelajar itu sendiri. Kekurangan sistem keselamatan seperti sumber pencahayaan yang dinyatakan dalam kajian tidak menjejaskan produktiviti pelajar, malah pelajar bergerak aktif ke kuliah dan juga tempat-tempat perjumpaan pada waktu malam secara berkumpulan. Tambahan pula, bas di UKM beroperasi sehingga 11.30 malam. Jadi, keselesaan pelajar tidak seharusnya dipertikaikan memandangkan UKM telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk kegunaan pelajar.

Justeru, kajian ini menjawab persoalan tentang jaminan keselamatan di UKM yang berada di bawah pantauan Pengarah bahagian keselamatan UKM, Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal, serta bantuan daripada beberapa pihak seperti pihak polis Wisma Aman, pengawal keselamatan serta Biro-biro keselamatan di setiap kolej dan fakulti.

9.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad , Sariah. 2002. Penghasilan manual keselamatan bengkel kimpalan : satu tinjauan di Institut Latihan Perindustrian Muar.Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. (tesis elektronik). http://eprints.uthm.edu.my/850/1/24_Pages_from_PENGHASILAN_MANUAL_KESELAMATAN_BENGKEL_KIMPALAN_SATU_TINJAUAN_DI_INSTITUT_LATIHAN_PE.pdf [23 Oktober 2014].

Sallehuddin, N. F. 2013.Kesedaran terhadap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar di Makmal Kejuruteraan UTHM. Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (tesis elektronik). http://eprints.uthm.edu.my/5357/1/NUR_FAZREEN_BINTI_SALLEHUDDIN.pdf [23 Oktober 2014].

Shahrudin, S. A. 2008.Faktor Yang Mempengaruhi Pengajaran Dan Pelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan. Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia. (tesis elektronik). http://eprints.utm.my/5898/1/PSM_JILID-TQAH.pdf [29 Oktober 2014].

Hasmi, M., & Hazreel, M. 2003.Tahap kesedaran pelajar tentang isu gangguan seksual dan kesannya terhadap pembelajaran. Doctoral dissertation, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. (tesis elektronik). http://eprints.uthm.edu.my/1595/1/24_Pages_from_TAHAP_KESEDARAN_PELAJAR_TENTANG_ISU_GANGGUAN_SEKSUAL_DAN_KESANNYA_TERHADAP_PEMBELAJA.pdf [21 Oktober 2014].

Peraturan-peraturan Lalulintas Jalan UKM 1998. Universiti Kebangsaan Malaysia: 1-7

http://www.merriam-webster.com/dictionary/security

http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/security

10.0 LAMPIRAN

Bahagian keselamatan, Wisma Aman melakukan tugasan dan rondaan di sekitar kampus UKM, Bangi.

21

Monyet berkeliaran di sekitar blok Kolej Pendeta Zaba.

Pelajar diingatkan dengan tanda amaran binatang liar yang dicacak oleh Bahagian Kelamatan, UKM Bangi.

Gangguan Seksual di Kolej Kediaman

Pelajar menghadapi gangguan seksual ketika berada di kolej kediamanTidak setujuKurang setujuTidak pastiSetujuSangat setuju8012.27.800

Lampu jalan tidak dibangunkan sepenuhnya di kawasan kolej dan fakultiTidak setujuKurang setujuTidak pastiSetujuSangat setuju3.36.715.631.143.3

Kenderaan Yang Digunakan Oleh Pelajar

Kenderaan Yang Digunakan Oleh Pelajar

BasKeretaMotosikalBerjalan Kaki0.45.6000000000000022E-24.400000000000015E-20.5

Serangan Binatang Buas

Pelajar pernah diserang oleh binatang buasTidak setujuKurang setujuTidak pastiSetujuSangat setuju77.813.32.20000000000000026.70