buletin - universiti kebangsaan malaysia...hamdi abd shukor secara rasminya telah memulakan tugas...

4
BULETIN BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 14 FEBRUARI 2019 Perutusan Naib Canselor UKM 2019 Perlantikan saya sebagai Naib Canselor UKM yang baharu adalah satu amanah yang digalas penuh dengan harapan yang tinggi untuk meningkatkan lagi keserlahan UKM sebagai universiti penyelidikan terkemuka dan tersohor di arena lokal dan antarabangsa. Agenda Universiti penyelidikan akan menjadi paksi utama pengoperasian universiti ini. Keutamaan akan difokuskan kepada keberhasilan berkualiti tinggi hasil penyelidikan berimpak dan bersifat 'frontier'. Kita perlu menggerakkan seluruh jentera UKM dalam menggapai hasrat ini. Saya bersyukur, selama tempoh awal penubuhan sehingga kini, UKM telah berjaya melaksanakan amanah membina kesarjanaan dan penerokaan ilmu berteraskan aspirasi kebangsaan yang dilakar melalui pelbagai kejayaan yang dicapai oleh para pensyarah, pelajar, pentadbir dan staf pelaksana. Mari kita terus membina universiti kita dengan langkah gagah dan tersusun. Perjalanan menarik di tahun 2019 ini baru sahaja bermula dan saya berharap warga UKM membina semangat satu pasukan untuk membina kebitaraan universiti ini. Semangat 'Satu UKM' perlu dipasak kuat dalam jiwa warga UKM dan membuang jauh pemikiran silo. Dalam usaha untuk memahami dan mengenali Fakulti/Institut dan PTJ dengan lebih dekat, maka program lawatan ke fakulti, institut dan PTJ telah diadakan pada peringkat awal ini. Banyak perkara yang telah dikongsikan oleh Warga UKM dengan saya melalui medium interaksi formal dan sosial. Saya telah mendengar dan meneliti kesemuanya. Ada perkara yang boleh dilaksana segera, ada yang memerlukan masa tertakluk kepada kekangan dan had-had tertentu. Saya bersama barisan pengurusan menegaskan komitmen kami untuk berusaha sebaik mungkin bagi menimbang dan mengambil langkah sewajarnya terhadap maklumbalas yang diterima. Antara langkah yang telah diambil dalam menangani isu yang dikongsikan oleh warga ialah penubuhan Jawatankuasa Khas bagi memurnikan pelaksanaan penstrukturan fakulti dan pemurnian Cabaran Perdana; mengadakan siri perbincangan dengan Bahagian Sumber Manusia(BSM) bagi meneliti isu perjawatan dan kenaikan pangkat; menyegerakan pelaksanaan laluan kerjaya pensyarah perubatan ke gred 56; mempertimbangkan skim ganjaran untuk menggalakkan penerbitan; dan meneliti isu-isu berkaitan prasarana. Selain itu beberapa isu khusus yang berbangkit di PTj yang tertentu juga sedang diambil tindakan dan maklumbalas diberikan dalam masa terdekat. Pengurusan tertinggi universiti juga komited terhadap ketelusan dan integriti di segenap peringkat. Justeru itu,UKM telah meletakkan Unit Integriti melapor terus kepada Lembaga Pengarah Universiti, agar segala aduan atau siasatan dapat dijalankan secara bebas walaupun terhadap Naib Canselor sendiri tanpa pengaruh atau campur tangan pengurusan. Saya juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga UKM di atas kejayaan kita memperbaiki kedudukan ke tangga 151–160 berbanding 161-170 pada tahun lalu dalam Times Higher Education: Top Universities in Asia Pacific 2019. Semoga peningkatan ini membakar semangat untuk kita terus berusaha memberikan yang terbaik dalam aspek pendidikan, penyelidikan dan khidmat. Saya menyeru warga UKM untuk bersama-sama dalam menjalankan amanah besar ini agar UKM terus cemerlang dan diberkati Allah swt. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor Naib Canselor

Upload: others

Post on 14-Jan-2020

30 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN - Universiti Kebangsaan Malaysia...Hamdi Abd Shukor secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu berkuatkuasa

BULETIN BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK

BILANGAN 14 FEBRUARI 2019

Perutusan Naib Canselor UKM 2019 Perlantikan saya sebagai Naib Canselor UKM yang baharu adalah satu amanah yang digalas penuh dengan harapan yang tinggi untuk meningkatkan lagi keserlahan UKM sebagai universiti penyelidikan terkemuka dan tersohor di arena lokal dan antarabangsa. Agenda Universiti penyelidikan akan menjadi paksi utama pengoperasian universiti ini. Keutamaan akan difokuskan kepada keberhasilan berkualiti tinggi hasil penyelidikan berimpak dan bersifat 'frontier'.

Kita perlu menggerakkan seluruh jentera UKM dalam menggapai hasrat ini. Saya bersyukur, selama tempoh awal penubuhan sehingga kini, UKM telah berjaya melaksanakan amanah membina kesarjanaan dan penerokaan ilmu berteraskan aspirasi kebangsaan yang dilakar melalui pelbagai kejayaan yang dicapai oleh para pensyarah, pelajar, pentadbir dan staf pelaksana. Mari kita terus membina universiti kita dengan langkah gagah dan tersusun.

Perjalanan menarik di tahun 2019 ini baru sahaja bermula dan saya berharap warga UKM membina semangat satu pasukan untuk membina kebitaraan universiti ini. Semangat 'Satu UKM' perlu dipasak kuat dalam jiwa warga UKM dan membuang jauh pemikiran silo.

Dalam usaha untuk memahami dan mengenali Fakulti/Institut dan PTJ dengan lebih dekat, maka program lawatan ke fakulti, institut dan PTJ telah diadakan pada peringkat awal ini. Banyak perkara yang telah dikongsikan oleh Warga UKM dengan saya melalui medium interaksi formal dan sosial. Saya telah mendengar dan meneliti kesemuanya. Ada perkara yang boleh dilaksana segera, ada yang memerlukan masa tertakluk kepada kekangan dan had-had tertentu. Saya bersama barisan pengurusan menegaskan komitmen kami untuk berusaha sebaik mungkin bagi menimbang dan mengambil langkah sewajarnya terhadap maklumbalas yang diterima.

Antara langkah yang telah diambil dalam menangani isu yang dikongsikan oleh warga ialah penubuhan Jawatankuasa Khas bagi memurnikan pelaksanaan penstrukturan fakulti dan pemurnian Cabaran Perdana; mengadakan siri perbincangan dengan Bahagian Sumber Manusia(BSM) bagi meneliti isu perjawatan dan kenaikan pangkat; menyegerakan pelaksanaan laluan kerjaya pensyarah perubatan ke gred 56; mempertimbangkan skim ganjaran untuk menggalakkan penerbitan; dan meneliti isu-isu berkaitan prasarana. Selain itu beberapa isu khusus yang berbangkit di PTj yang tertentu juga sedang diambil tindakan dan maklumbalas diberikan dalam masa terdekat.

Pengurusan tertinggi universiti juga komited terhadap ketelusan dan integriti di segenap peringkat. Justeru itu,UKM telah meletakkan Unit Integriti melapor terus kepada Lembaga Pengarah Universiti, agar segala aduan atau siasatan dapat dijalankan secara bebas walaupun terhadap Naib Canselor sendiri tanpa pengaruh atau campur tangan pengurusan.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga UKM di atas kejayaan kita memperbaiki kedudukan ke tangga 151–160 berbanding 161-170 pada tahun lalu dalam Times Higher Education: Top Universities in Asia Pacific 2019. Semoga peningkatan ini membakar semangat untuk kita terus berusaha memberikan yang terbaik dalam aspek pendidikan, penyelidikan dan khidmat.

Saya menyeru warga UKM untuk bersama-sama dalam menjalankan amanah besar ini agar UKM terus cemerlang dan diberkati Allah swt.

Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor Naib Canselor

Page 2: BULETIN - Universiti Kebangsaan Malaysia...Hamdi Abd Shukor secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu berkuatkuasa

PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN

Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor Dilantik menjadi Naib Canselor baru UKM

Mantan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaya, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Beliau yang merupakan Naib Canselor UKM ke-11 telah menerima dokumen serahan tugas daripada mantan Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali yang telah tamat tempoh pelantikan pada 31 Disember 2018 lalu.

Berkongsi idea dan pandangan mengenai isu-isu utama berkaitan dengan P&P daripaa perspektif yang berbeza terutamanya dalam kontek menyahut cabran industri 4.0 melalui program baharu yang diperkenalkan dalam K-Novasi ke-4 iaitu program Bicara 4.0 yang akan disampaikan oleh pakar dalam & luar negara.

K-Novasi

UKM 2019

Page 3: BULETIN - Universiti Kebangsaan Malaysia...Hamdi Abd Shukor secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu berkuatkuasa

SIRI PERTEMUAN NAIB CANSELOR

Page 4: BULETIN - Universiti Kebangsaan Malaysia...Hamdi Abd Shukor secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu berkuatkuasa

Penasihat Prof. Dr. Ishak Yussof

Ketua Editor

Prof. Dr. Fariza Md. Sham

Editor Prof. Dr. Mohd. Zaidi Omar

Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim

Encik Saidi Bin Ismail Puan Zaimi Makhtar

Puan Nor Saribon Ramli

Reka Bentuk Encik Barudin Baharin

Urus Setia

Encik Ahmad Hazreen Wagiman Puan Nur Hazimah Abd. Kadir

Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590

www.ukm.my/strategi-ukm

Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada

berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat

majukan bahan tersebut ke alamat e-mel [email protected]

SIDANG PENGARANG

HUBUNGI

AKTIVITI PUSAT STRATEGI UKM

1. Pertemuan Pusat Strategi bersama Naib Canselor UKM - 4 Januari 2019

2. Mesyuarat Pengesahan Pencapaian Prestasi KPI UKM 2018 bersama Setiausaha Jawatankuasa Taskforce KRA - 17 Januari 2019

3. Mesyuarat Pengesahan Data MyMoheS (Modul Staf & RDC) bersama Naib Canselor - 25 Januari 2019

4. Penghantaran Data QS World University Ranking 2020 - 1 Februari 2019

5. Siri pertemuan Naib Canselor bersama Fakulti dan Institut bermula Januari 2019

6. Bengkel Penyediaan data MyRA - Anugerah dan Pelantikan Luar - Januari hingga Mac 2019

7. Perbincangan Penyediaan Hala Tuju UKM 2019 bersama Naib Canselor - 7 Februari 2019

8. Perbincangan Anugerah Bitara UKM - 14 Februari 2019