bukupanduancgpapindaan versi 1 (pindaan 22 sept 2006)

50
VERSI 1 BUKU PANDUAN LATIHAN DAN PENILAIAN JTM SISTEM PENILAIAN CGPA (SPC) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SUMBER MANUSIA JABATAN TENAGA MANUSIA ARAS 6, BLOK D4, PARCEL D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA pindaan 22 SEPT 2006

Upload: nazrimdali5270

Post on 18-Dec-2015

117 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • VERSI 1

    BUKU PANDUAN LATIHAN DAN PENILAIAN JTM

    SISTEM PENILAIAN CGPA (SPC)

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SUMBER MANUSIA JABATAN TENAGA MANUSIA ARAS 6, BLOK D4, PARCEL D PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

    pindaan 22 SEPT 2006

  • 2

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    1. PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan Buku Panduan Latihan dan Penilaian JTM, terutamanya kepada:

    1. En Abdullah bin Ali Pengarah Pembangunan Kemahiran Sumber Manusia, JTM

    2. En Zaihan bin Shukri Pengarah JMTI 3. En Zuraka Bin Yusof Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kawalan

    Teknikal, Ibu Pejabat 4. En Mohd Sukri bin Ismail Pengarah ILP Kuala Terengganu 5. En Abd Halim bin Ali Mohammed Pengarah ILP Labuan 6. En Azmir bin Yunus Timbalan Pengarah ADTEC Melaka 7. Puan Rosnoizam binti Abd. Majid Timbalan Pengarah ADTEC Shah

    Alam 8. En Mat Setia bin Mohd Raji Ketua Jabatan VTRD CIAST 9. Pn Rd. Khairina Khirotdin Penolong Pengarah Cawangan Kawalan

    Teknikal, Ibu Pejabat Urusetia KPP(Kawalan Teknikal) Tarikh mula digunapakai : 1 Jan 2005 Tarikh mula dibangunkan : 16 Dis 2004

  • 3

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    2. KANDUNGAN 1. PENGHARGAAN 2 2. KANDUNGAN 3 3. LATARBELAKANG DAN OBJEKTIF 5 4. ORGANISASI LATIHAN 5 5. CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PEMBANGUNAN

    KEMAHIRAN SUMBER MANUSIA 6 6. KONSEP LATIHAN ILJTM 7 7. PROGRAM LATIHAN SEPENUH MASA 7 8. TEMPOH PENGAJIAN 7 9. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN 8 10. STRUKTUR KURSUS

    10.1 Bahasa Pengantar 9 10.2 Subjek 10 10.3 Unit Kredit 10 10.4 Ko-kurikulum 10 11. JADUAL LATIHAN 14 12. PENILAIAN PELAJAR

    12.1 Teknik Penilaian 15 12.2 Komposisi markah 16 12.3 Sistem Gred 18 12.4 GPA dan CGPA 18

    12.5 Status Akademik Pelajar 21 12.6 Ulang Nilai dan Ulang Modul 22 12.7 Status Penilaian Modul 25

    12.8 Syarat-syarat menjalani Latihan Dalam Loji 25 12.9 Projek Tahun Akhir 26 12.10 Prasyarat Untuk Penganugerahan Sijil dan Diploma 27 12.11 Pemberhentian Pelajar 27 13. PERATURAN BERKENAAN MENIRU ATAU MENCIPLAK 28

  • 4

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    14. YURAN 28 15. BANTUAN KEWANGAN 28 16. TANGGUNGJAWAB MEMATUHI PERATURAN 28 17. SENARAI BORANG-BORANG SISTEM LATIHAN ILJTM 28 18. MAKLUMAT DAN KAEDAH MENGGUNAKAN BORANG 29 DAN DOKUMEN 19. CARTA ALIR BAGI PROSES SISTEM PENILAIAN CGPA (SPC) 30 20. LAMPIRAN 20.1 Lampiran 1 : Senarai Kursus Yang Dijalankan di ILJTM 33 20.2 Lampiran 2 : a) Penetapan Bilangan Jam Kredit Program

    Latihan Peringkat Sijil 36 b) Penetapan Bilangan Jam Kredit Program Latihan Peringkat Sijil Juruelektrik 37 c) Penetapan Bilangan Jam Kredit Program Latihan Peringkat Diploma 38 d) Penetapan Bilangan Jam Kredit Program Latihan Peringkat Diploma NITP 39

    20.3 Lampiran 3 : Contoh Soalan Ujian Teori/Penilaian Pengetahuan 41 20.4 Lampiran 4 : Senarai Borang dan Tanggungjawab 45 20.5 Lampiran 5 : Sistem Pengurusan Penilaian CGPA ILJTM 50

  • 5

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    3. LATARBELAKANG DAN OBJEKTIF

    Perkembangan ekonomi negara yang semakin berkembang mendorong permintaan bilangan tenaga kerja mahir negara bagi memenuhi keperluan industri dan syarikat swasta di seluruh negara. Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) sentiasa memastikan graduan mendapat latihan yang terbaik serta mempunyai ketrampilan yang tinggi yang akan membantu mereka mendapat pekerjaan yang sesuai.

    Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) telah menjalankan Sistem Penilaian Berterusan yang berasaskan penilaian ketrampilan kemahiran oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Memandangkan graduan ILJTM perlu juga bersaing dengan graduan dari lain-lain institusi latihan vokasional serta institusi pengajian tinggi dalam mendapatkan pekerjaan, maka satu pendekatan untuk menambahbaik sistem penilaian sedia ada perlu dilaksanakan oleh JTM. Ini adalah bertujuan supaya graduan ILJTM akan mendapat segulung sijil atau diploma kemahiran disamping transkrip yang membolehkan graduan tersebut mendapatkan peluang untuk melanjutkan pengajian ke latihan kemahiran dan teknikal yang lebih tinggi. Pendekatan yang dicadangkan ialah dengan perlaksanaan Sistem Himpunan Purata Mata Nilaian Gred atau CGPA disemua peringkat latihan ILJTM. Objektif utama dalam pelaksanaan CGPA ini diantaranya:

    Memberi suatu jaminan mutu ketrampilan graduan keluaran daripada

    ILJTM pada tahap yang optimum melalui penilaian yang lebih baik, berkesan dan diterima oleh industri.

    Mengujudkan budaya persaingan dikalangan pelajar untuk mendapatkan nilai gred (CGPA) yang tinggi dan lebih baik sebagai tanda tahap pencapaian dan kepuasan latihan.

    Memberi satu metodologi penilaian yang berasaskan soalan-soalan yang seragam, sistem penilaian yang lebih adil, berkaitan dan memenuhi ciri kemahiran bagi memastikan kualiti pelajar ILJTM.

    Membentuk sikap bertanggungjawab dan kesungguhan pelajar dalam penilaian amali dan teori bagi mencapai ketrampilan yang ditetapkan.

    4. ORGANISASI LATIHAN

    JTM di bawah Kementerian Sumber Manusia sehingga kini mempunyai sebanyak 26 institut di seluruh negara dengan 80 bidang kemahiran yang ditawarkan di peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan.

  • 6

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    5. CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PEMBANGUNAN

    KEMAHIRAN SUMBER MANUSIA

    CIAST

    PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

    SUMBER MANUSIA

    CIAST ADTEC /JMTI ILP IBU PEJABAT

    KETUA PENGARAH

    1. Cawangan Pembangunan Kemahiran

    2. Cawangan Pengurusan Latihan

    3. Cawangan Kawalan Teknikal

    4. Cawangan Penyelidikan & Perancangan

    1. ILP Kuala Lumpur 2. ILP Ipoh 3. ILP Kuantan 4. ILP Kota Bahru 5. ILP Bukit Katil 6. ILP Kuala

    Terengganu 7. ILP Jitra 8. ILP Pasir Gudang 9. ILP Labuan 10. ILP Kota Samarahan 11. ILP Kota Kinabalu 12. ILP Kangar 13. ILP Pedas 14. ILP Muar 15. ILP Kepala Batas 16. ILP Nibong Tebal 17. ILP Kuala Langat 18. ILP Selandar 19. ILP Mersing 20. ILP Sandakan 21. ILP Miri

    1. ADTEC Shah Alam

    2. ADTEC Alor Gajah

    3. ADTEC Kulim 4. ADTEC Batu

    Pahat 5. JMTI 6. (ADTEC Jerantut) 7. (ADTEC Taiping)

  • 7

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    6. KONSEP LATIHAN ILJTM

    JTM mengendalikan latihan kemahiran dan teknikal yang menjurus kepada Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3, Diploma Teknologi, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Pengajar Vokasional (DPV), Diploma Lanjutan Teknologi dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia.

    Latihan yang dijalankan adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau National Occupational Skill Standard (NOSS). Dengan berpandukan NOSS, silibus atau sukatan latihan telah dibangunkan bagi menghasilkan satu sukatan latihan selaras dengan kehendak dan keperluan industri semasa. Sebanyak 78 bidang latihan dalam pelbagai pengkhususan telah dibangunkan dan dijalankan di seluruh ILJTM.

    7. PROGRAM LATIHAN SEPENUH MASA

    Sila rujuk kepada LAMPIRAN 1 (Senarai Kursus / Latihan yang Dijalankan di ILJTM.)

    8. TEMPOH PENGAJIAN

    Tempoh pengajian atau latihan sepenuh masa di ILJTM adalah mengikut program latihan sebagaimana yang telah ditetapkan samada di peringkat sijil atau diploma. Tempoh pengajian yang maksimum adalah termasuk semester tambahan seperti Jadual 1 di bawah :

    Tempoh pengajian

    Peringkat Program Latihan Minimum Maksimum

    Sijil Juruteknik

    Perindustrian Sijil Kemahiran

    Malaysia Tahap 1 dan 2

    1 tahun 3 bulan

    1 tahun 9 bulan SIJIL

    Sijil Juruelektrik

    PW2 Sijil Juruelektrik

    PW4 Sijil Kemahiran

    Tahap 1 hingga 3

    2 tahun

    2 tahun 6 bulan

  • 8

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    DIPLOMA Diploma Teknologi Diploma

    Kemahiran Malaysia Tahap 4

    Diploma Pengajar

    Vokasional

    3 tahun

    3 tahun 6

    bulan

    4 tahun

    4 tahun 6 bulan

    DIPLOMA LANJUTAN

    Diploma LanjutanTeknologi

    Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5

    5 tahun

    6 tahun

    Jadual 1 : Program latihan yang dijalankan di ILTJM mengikut peringkat dan tempoh pengajian.

    9. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

    Syarat-syarat kemasukan secara am ke program latihan di ILJTM di mana kelayakannya adalah mengikut kursus yang ditawarkan. Syarat-syarat kemasukan tersebut adalah seperti Jadual 2 di bawah:

    Program Latihan Syarat Kemasukan Secara Am

    Sijil Juruteknik Perindustrian

    SPM atau setaraf dengannya serta lulus dalam Matematik/Matematik Tambahan, Fizik/Sains serta lulus Bahasa Melayu.

    Diploma Teknologi (Kemasukan SKM)

    SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan dan mempunyai SPM atau setaraf dengannya serta lulus dalam Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

    Diploma Teknologi (Kemasukan SPM)

    SPM atau setaraf dengannya serta kepujian dalam Matematik/Matematik Tambahan dan Sains/Fizik, Bahasa Melayu dan lulus Bahasa Inggeris

  • 9

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Diploma Pengajar Vokasional

    SPM atau setaraf dengannya serta kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik dan lulus Bahasa Inggeris serta satu matapelajaran lain .

    Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5 Diploma Lanjutan Teknologi

    (a) SPM atau setaraf denganya serta

    kepujian dalam lima (5) mata pelajaran; Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan, Sains/Fizik, dan satu mata pelajaran lain.

    (b) Memiliki Diploma Teknologi Kejuruteraan JMTI atau kelayakan diploma lain yang setaraf dengannya dan memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4).

    Jadual 2 : Syarat-syarat kemasukan secara am mengikut program yang

    dijalankan di ILJTM. Nota : Maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan boleh dirujuk melalui iklan pengambilan pelajar baru yang tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

    10. STRUKTUR KURSUS

    Struktur kursus ILJTM adalah berdasarkan 6 kategori utama iaitu Mekanikal dan Pengeluaran; Elektrikal dan Elektronik; Teknologi Maklumat; Sivil dan Bangunan; Percetakan; dan Bahan Bukan Logam. Kursus-kursus yang dijalankan adalah mengikut Silibus Format Baru ILJTM yang telah dibangunkan dan diseragamkan untuk semua institusi latihan di bawah JTM.

    10. 1 Bahasa Pengantar

    Bahasa pengantar yang digunakan oleh semua ILJTM adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

  • 10

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    10.2 Subjek

    Kurikulum latihan di ILJTM diagihkan kepada 30% teori dan 70% amali bagi peringkat Sijil dan 40% teori dan 60% amali bagi peringkat Diploma. Subjek atau modul yang dipelajari dibahagikan kepada: (a) Modul Teras Kemahiran (Teori & Amali) (b) Subjek Umum & Sokongan (c) Ko-kurikulum (d) Latihan Dalam Loji (OJT) (e) Projek Akhir (f) Pedagogi & Latihan Internship (National Instructor Training

    Programme (NITP) sahaja) 10.3 Unit Kredit

    ILJTM menggunakan sistem unit kredit di mana setiap unit kredit adalah bersamaan dengan 1.5 jam latihan seminggu. Pelajar perlu menyempurnakan sejumlah 45 hingga 120 unit kredit bagi tujuan graduasi pada peringkat sijil hingga diploma. Jumlah pembahagian unit kredit lengkap bagi ILJTM adalah seperti di LAMPIRAN 2 (Penetapan Bilangan Jam Kredit Untuk Program Latihan ILJTM).

    1 unit kredit = 1.5 jam x 20 minggu = 30 jam untuk satu semester. Bilangan jam setiap subjek atau modul hendaklah diselaraskan kepada gandaan 30. Bagi subjek atau modul yang jumlah jamnya kurang daripada 1 unit kredit, hendaklah dijalankan secara seminar, short lecture, ceramah khas, sesi perbincangan, sindiket atau dimasukkan ke dalam modul lain yang sesuai.

    10.4 Ko-kurikulum

    Selain menjalani latihan kemahiran dan teknikal, pelajar turut diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu kegiatan ko-kurikulum yang diluluskan seperti Askar Wataniah, Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Pasukan Bomba & Penyelamat dan lain-lain badan beruniform yang dibenarkan. Satu unit kredit akan diberikan untuk latihan ko-kurikulum pada semester 1 dan 2 yang wajib dihadiri oleh semua pelajar. Ketidakhadiran ko-kurikulum dengan peratusan kehadiran kurang daripada 90% ini akan menyebabkan pelajar tidak berjaya menyempurnakan program latihan dan tidak akan dianugerahkan sijil atau diploma di akhir kursus.

  • 11

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Walaubagaimanapun pelajar yang mempunyai peratusan kehadiran kurang daripada 90% wajar diberikan pertimbangan berdasarkan kepada kehadiran dan tahap displin di mana gabungan di antara kedua-dua displin dan kehadiran ini akan diberi mata nilai sewajarnya. Pengecualian ko-kurikulum hanya akan diberikan atas sebab-sebab kesihatan atau keilatan dengan pengesahan daripada klinik/hospital kerajaan sahaja. Tiada kredit akan diberikan kepada pelajar ini. Skema pemarkahan yang diberikan kepada pelajar mengikut peratusan kehadiran dan tahap disiplin pelajar adalah seperti Jadual 3 di bawah:

    Jadual 3 : Skema pemarkahan aktiviti kokurikulum mengikut peratusan kehadiran dan tahap displin pelajar.

    Nota : Peratusan dikira menggunakan 20 pertemuan/aktiviti dalam 1 semester.

    PERATUSAN KEHADIRAN

    (%)

    TAHAP DISIPLIN GRED TAHAP PENILAIAN

    MATA NILAI

    100

    Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan, mempunyai komitmen yang tinggi terhadap segala aktiviti yang dilakukan, menampilkan sifat kepimpinan yang tinggi kepada pelajar lain dan merupakan pelajar yang aktif.

    A

    Lulus dengan

    kepujian

    4.00

    95 99

    Mematuhi arahan yang diberikan dan memberikan komitmen serta menunjukkan minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

    B

    Lulus dengan

    baik

    3.00

    90 94

    Kurang mematuhi arahan yang diberikan dan kurang minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

    C

    Lulus

    2.00

  • 12

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    PERUBAHAN TATACARA PENILAIAN KO-KURIKULUM MULAI JULAI 2006 Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Penilaian CGPA (SPC) telah bersetuju untuk menggunapakai perubahan tatacara penilaian ko-kurikulum berkuatkuasa mulai sesi kemasukan Julai 2006. Perubahan ini dibuat adalah bertujuan untuk penambahbaikan aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di ILJTM dengan mengambil kira kehadiran dan tahap displin pelajar. Pencapaian pelajar dalam ko-kurikulum adalah berdasarkan kepada kombinasi markah kehadiran dan empat (4) tahap disiplin yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar sebagaimana Jadual 4 di bawah:

    Jadual 4: Definisi Tahap Disiplin Aktiviti Ko-Kurikulum

    Gred dan mata nilai yang akan diperolehi adalah berdasarkan kepada Jadual 5 (Penilaian Pertama Kali) dan Jadual 6 (Penilaian Ulang Modul) di bawah:

    TAHAP DISPLIN DEFINISI DISIPLIN MENGIKUT TAHAP

    I

    Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan, mempunyai komitmen yang tinggi terhadap segala aktiviti yang dilakukan, menampilkan sifat kepimpinan yang tinggi kepada pelajar lain dan merupakan pelajar yang aktif.

    II

    Mematuhi arahan yang diberikan dan memberikan komitmen serta menunjukkan minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

    III

    Kurang mematuhi arahan yang diberikan dan kurang minat terhadap aktiviti yang dijalankan.

    IV

    Tidak mematuhi arahan yang diberikan, tidak menunjukkan komitmen langsung terhadap aktiviti yang dijalankan, tiada minat untuk menyertai kegiatan yang dijalankan dan merupakan pelajar yang kurang aktif.

  • 13

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    PERATUSAN KEHADIRAN (%) TAHAP DISIPLIN GRED MATA NILAI TAHAP KETRAMPILAN

    I A 4.00 Trampil Cemerlang II A- 3.67 Trampil Cemerlang III B+ 3.33 Trampil Baik

    100

    IV E 0.00 Belum Trampil I B+ 3.33 Trampil Baik II B 3.00 Trampil Baik III B- 2.67 Trampil Baik 95-99

    IV E 0.00 Belum Trampil I B- 2.67 Trampil Baik II C+ 2.33 Trampil III C 2.00 Trampil

    90-94

    IV E 0.00 Belum Trampil I C 2.00 Trampil II C- 1.67 Belum Trampil III D+ 1.33 Belum Trampil

  • 14

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Pengecualian ko-kurikulum hanya akan diberikan atas sebab-sebab kesihatan atau keilatan dengan pengesahan daripada klinik/hospital kerajaan sahaja. Tiada kredit akan diberikan kepada pelajar ini. 11. JADUAL LATIHAN

    Setiap sesi latihan tahunan terbahagi kepada dua semester iaitu Semester Januari dan Semester Julai. Setiap semester pula mengambil masa selama 20 minggu latihan. Jadual mingguan akan dibahagikan kepada 24 slot di mana pembahagian 5 slot untuk hari Isnin hingga Khamis dan 4 slot pada hari Jumaat. Pembahagian slot dan masa adalah seperti Jadual 7 berikut:

    Jadual 7 : Jadual mingguan latihan mengikut slot dan masa Nota : Bagi negeri yang cuti pada hari Jumaat perlu menyelaras jadual untuk menggenapkan jumlah jam yang diperlukan.

    Bilangan slot seminggu = 20 hingga 23 slot ( 1 slot untuk masa rujukan pelajar)

    20 slot latihan seminggu: Jumlah minimum jam latihan seminggu = 20 x 1.5 jam = 30 jam Jumlah minimum jam latihan semester = 20 x 30 jam = 600 jam

    23 slot latihan seminggu: Jumlah maksimum jam latihan seminggu= 23 x 1.5 jam = 34.5 jam Jumlah maksimum jam latihan semester = 20 x 34.5 jam = 690 jam

    MASA 8.00 - 9.30

    9.30 - 10.00

    10.00 - 11.30

    11.30 - 1.00

    1.00 - 2.00

    2.00 - 3.30

    3.30 - 5.00

    SLOT 1 R SLOT 2 SLOT 3 R SLOT 4 SLOT 5 ISNIN 1.5 jam E 1.5 jam 1.5 jam E 1.5 jam 1.5 jam SELASA 1.5 jam H 1.5 jam 1.5 jam H 1.5 jam 1.5 jam RABU 1.5 jam A 1.5 jam 1.5 jam A 1.5 jam 1.5 jam KHAMIS 1.5 jam T 1.5 jam 1.5 jam T 1.5 jam 1.5 jam MASA 8.00

    - 9.30 9.30 - 10.00

    10.00 - 11.30

    11.30 - 12.15

    12.15 - 2.45

    2.45 - 3.30

    3.30 - 5.00

    SLOT 1 SLOT 2 SLOT 3(i) SLOT 3(ii) SLOT 4 JUMAAT 1.5 jam Rehat 1.5 jam 0.75 jam Solat

    Jumaat0.75 jam 1.5 jam

  • 15

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    12. PENILAIAN PELAJAR

    12.1 Teknik Penilaian

    Pelajar akan dinilai untuk menentukan prestasi dan ketrampilan mereka melalui penilaian KERJA KURSUS dan PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER bagi setiap modul kursus yang mengandungi bahagian teori dan amali. Teknik Penilaian Kerja Kursus merangkumi tugasan, kuiz ,ujian, persembahan, laporan projek dan kehadiran. Kehadiran dianggap sebahagian daripada markah kerja kursus amali. Peperiksaan Akhir Semester bagi kedua-dua bahagian teori dan amali untuk setiap modul akan dijalankan di ILJTM pada setiap akhir semester.

    Bagi subjek atau modul yang melibatkan penilaian ketrampilan di mana memenuhi semua kriteria penilaian (100%) dalam sistem pentauliahan MLVK adalah bersamaan dengan markah 50% dalam sistem CGPA, maka penilaian untuk Ujian Teori perlulah dijalankan dalam 2 bentuk soalan seperti berikut:

    a) SOALAN KETRAMPILAN: terdiri daripada soalan-soalan OBJEKTIF atau SUBJEKTIF mengikut kesesuaian di mana penilaian markahnya berdasarkan penilaian ketrampilan iaitu 100% trampil dan mengikut keperluan NOSS sahaja. Contoh soalan tersebut adalah seperti di LAMPIRAN 3 (Contoh Soalan Ujian Teori/Penilaian Pengetahuan). Markah penilaian ketrampilan akan direkodkan ke dalam Borang Ketrampilan seperti di lampiran yang disertakan.

    b) SOALAN SISTEM PENILAIAN CGPA: terdiri daripada

    soalan-soalan SUBJEKTIF dan/atau OBJEKTIF yang mana penilaian markahnya berdasarkan penilaian sistem CGPA iaitu 50% lulus dan soalannya berdasarkan kepada silibus ILJTM. Contoh soalan tersebut adalah seperti di LAMPIRAN 3 (Contoh Soalan Ujian Teori/Penilaian Pengetahuan). Markah penilaian berasaskan sistem CGPA akan direkodkan ke dalam Borang Pemarkahan seperti di lampiran yang disertakan.

    Manakala bagi penilaian Peperiksaan Akhir, soalan yang disediakan adalah daripada pemilihan soalan daripada bank soalan yang dikumpul daripada institut. Pemilihan soalan tersebut akan dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Soalan Peperiksaan yang dilantik oleh Ibu Pejabat mengikut kursus.

  • 16

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    PERUBAHAN TEKNIK PENILAIAN MULAI JULAI 2006 Jawatankuasa Penyelarasan Sistem Penilaian CGPA (SPC) telah bersetuju untuk menekankan kehadiran pelajar semasa latihan dengan mengambil kira 5% daripada jumlah kehadiran pelajar menjadi sebahagian daripada markah kerja kursus. Peperiksaan Akhir Semester bagi kedua-dua bahagian teori dan amali untuk setiap modul akan dijalankan di ILJTM pada setiap akhir semester. Penilaian kerja kursus hendaklah sekurang-kurangnya dijalankan 4 kali bagi setiap modul. (tidak termasuk markah kehadiran). Penilaian Peperiksaan Akhir akan dijalankan serentak daripada soalan yang diselaraskan oleh Ibu Pejabat.

    12.2 Komposisi Markah

    Teknik penilaian yang akan digunakan adalah berdasarkan kepada komposisi markah yang telah ditetapkan. Penilaian akan dibuat mengikut kaedah Competency Based Training bagi tugasan yang melibatkan subjek kemahiran teras di dalam NOSS serta dipadankan dengan sistem penggredan (CGPA). Markah akhir bagi semester untuk setiap modul diambil seperti berikut:

    a) Bagi peringkat Sijil sebanyak 30% markah diambil dari Teori

    manakala 70% selebihnya diambil dari penilaian Latihan Amali. Dalam setiap modul terdapat 2 Peperiksaan Akhir Semester yang akan diduduki oleh pelajar iaitu Peperiksaan Akhir Teori dan Peperiksaan Akhir Amali bagi modul teras. Pembahagian markah yang diperuntukkan untuk kedua-kedua peperiksaan ini adalah seperti berikut:

    TEORI

    Kerja kursus Teori ` 20% Peperiksaan Akhir Teori 10% Jumlah - 30%

    AMALI

    Kerja kursus Amali 40 % Peperiksaan Akhir Amali 30 % Jumlah - 70 %

    b) Bagi peringkat Diploma sebanyak 40% markah diambil dari

    Teori manakala 60% selebihnya diambil dari penilaian latihan Amali. Dalam setiap modul terdapat 2 Peperiksaan Akhir Semester yang akan diduduki oleh pelajar iaitu Peperiksaan Akhir Teori dan Peperiksaan Akhir Amali bagi modul teras.

  • 17

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Pembahagian markah yang diperuntukkan untuk kedua-kedua peperiksaan ini adalah seperti berikut:

    TEORI Kerja kursus Teori 20% Peperiksaan Akhir Teori 20% Jumlah - 40%

    AMALI

    Kerja kursus Amali 30 % Peperiksaan Akhir Amali 30 % Jumlah - 60 %

    c) Bagi peringkat Diploma Lanjutan sebanyak 50% markah diambil dari Teori manakala 50% selebihnya diambil dari penilaian latihan Amali. Dalam setiap modul terdapat 2 Peperiksaan Akhir yang akan diduduki oleh pelajar iaitu Peperiksaan Akhir Teori dan Peperiksaan Akhir Amali bagi modul teras. Pembahagian markah yang diperuntukkan untuk kedua-kedua peperiksaan ini adalah seperti berikut:

    TEORI

    Kerja kursus Teori 20% Peperiksaan Akhir Semester Teori 30% Jumlah - 50%

    AMALI

    Kerja kursus Amali 20 % Peperiksaan Akhir Amali 30 % Jumlah - 50 %

    d) Bagi subjek umum & sokongan dan juga mana-mana subjek

    teras yang tiada komponen amali, pemarkahan adalah sama untuk kursus di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan. Pecahan markah yang diambil untuk kerja kursus dan Peperiksaan Akhir Semester bagi subjek Teori dan Amali adalah seperti berikut:

    TEORI

    Kerja kursus Teori 50% Peperiksaan Akhir Teori 50% Jumlah - 100%

    e) Bagi subjek umum & sokongan yang mempunyai kedua-dua

    komponen teori dan amali, komposisi markah teori dan amali adalah sebagaimana pecahan di perkara 12.2 (a), 12.2 (b) dan

  • 18

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    12.2 (c) bergantung kepada peringkat Sijil, Diploma atau Diploma Lanjutan.

    12.3 Sistem Gred

    Pelajar akan diberi gred (A hingga E) pada akhir semester mengikut markah yang diperolehi dalam sesuatu subjek atau modul. Gred yang diterima untuk setiap subjek diubah kepada mata nilaian yang setara (0 hingga 4) mengikut skema pemarkahan seperti Jadual 8 di bawah:

    MARKAH (%) GRED

    TAHAP PENGETAHUAN

    (NON-CBT) MATA NILAI

    TAHAP KETRAMPILAN

    (CBT) 80 100 75 - 79

    A A

    Lulus dengan kepujian

    4.00 3.67

    Trampil Cemerlang

    70 - 74 65 69 60 64

    B + B B

    Lulus dengan baik

    3.33 3.00 2.67

    Trampil Baik

    55 - 59 50 54

    C + C

    Lulus 2.33 2.00

    Trampil

    45 - 49 40 44 35 39 0 34

    C- D+

    D E

    Gagal 1.67 1.33 1.00 0.00

    Belum Trampil

    Jadual 8 : Skema pemarkahan mengikut gred, mata nilai, tahap pengetahuan dan tahap ketrampilan.

    12.4 GPA dan CGPA

    Purata nilai gred (grade point average), ringkasnya GPA, dikira dengan mengambil jumlah mata nilaian didarab dengan unit kredit dan dibahagikan dengan jumlah unit kredit untuk semester tersebut.

    PNG = Jumlah semua mata nilaian x unit kredit dlm satu semester (GPA) Jumlah semua kredit yang diambil dalam semester tersebut Himpunan Purata Nilai Gred (cumulative grade point average), ringkasnya CGPA, ditentukan dengan mengira jumlah keseluruhan mata nilaian didarab dengan unit kredit dan dibahagi dengan jumlah keseluruhan unit kredit untuk semua subjek yang telah diambil dari awal pengajian sehingga kini. HPNG = Jumlah semua mata nilaian x unit kredit yang diperolehi (CGPA) Jumlah semua kredit yang diambil sehingga kini

  • 19

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Contoh : A. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI 1/2005

    Kod Subjek/Modul Nama Subjek/Modul

    Unit Kredit Gred

    Mata Nilaian

    A02-01-01 Workshop Safety 1 A 4.00 A02-01-02 Technical Drawing 1 2 B 6.00 A02-01-03 Metrology 1 1 B 3.00 A02-01-05 Basic Network 2 A 8.00 A02-01-06 Drilling Operation 1 A 4.00 MK-1011 Engineering Mathematic 1 1 E 0.00 SK - 1021 Engineering Science 1 1 D 1.00 P1 1031 Islamic Education 1 B 3.00

    JUMLAH 10 29.00 PNG = Jumlah semua mata nilaian x unit kredit dlm satu semester (GPA) Jumlah semua kredit yang diambil dalam semester tersebut

    = (mata nilaian x unit kredit) (Unit kredit keseluruhan) = 29 = 2.9 10

    GPA yang diperolehi pelajar ini adalah 2.9 untuk sesi 1/2005 di mana unit kredit keseluruhan yang dikira adalah 10. Unit kredit bagi mata pelajaran yang GAGAL akan dimasukkan ke dalam pengiraan GPA ini. Pelajar ini dikehendaki mengulang modul disebabkan dia GAGAL dalam 2 subjek/modul iaitu Engineering Mathematics 1 dan Engineering Science 1. Maka pengiraan CGPAnya adalah seperti berikut:

    HPNG = Jumlah semua mata nilaian x unit kredit yang diperolehi (CGPA) Jumlah semua kredit yang diambil sehingga kini = (mata nilaian x unit kredit terkumpul) (Unit kredit keseluruhan) = 29 = 2.9 10

  • 20

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    B. KEPUTUSAN SEMESTER 2/2005

    Kod Subjek/Modul Nama Subjek/Modul

    Unit Kredit Gred

    Mata Nilaian

    A04-01-01 Metallurgy 1 C 2.00 A04-01-02 Metrology II 1 A- 3.67 A04-01-04 CNC Turning 2 C 4.00 A04-01-05 CNC Milling I 2 B 6.00 A04-01-06 EDM Operation I 2 C 4.00 (*)MK-1011 Engineering Mathematic 1 1 C 2.00 (*)SK - 1021 Engineering Science 1 1 C 2.00

    10 23.67 Nota : (*) Ulang modul boleh dijalankan pada semester berikutnya (jika pelajar tiada masalah dengan pertindihan modul yang sedang diambil pada semester tersebut) atau pada semester tambahan. Pelajar ini telah mengulang modul pada semester berikutnya dan lulus dengan gred C untuk kedua-dua subjek/modul. Pelajar yang lulus dalam ulang modul hanya layak diberikan gred maksimum C+ (markah diantara 55 hingga 59) dan gred minimum C (markah di antara 50 hingga 54) bagi penilaian tersebut tanpa mengambil kira markah yang gagal sebelum itu. Maka pengiraan GPA untuk sesi 2/2005 setelah mengulang modul adalah : GPA = (mata nilaian x unit kredit)

    (Unit kredit keseluruhan = 23.67 = 2.36 10

    Manakala markah CGPAnya yang baru setelah mengulang modul adalah seperti berikut:

    CGPA = Jumlah semua mata nilaian x unit kredit yang diperolehi

    Jumlah semua kredit yang diambil sehingga kini

    = (mata nilaian x unit kredit terkumpul) (Unit kredit terkumpul)

    = 29 + 23.67 0 -1 = 2.87 10 + 10 1 - 1

    Prinsip kiraan : Gred terbaru mengganti gred terdahulu . Mata nilaian dan unit kredit yang diperolehi pada 1/2005 perlu ditolak dari kiraan CGPA bagi semester 2/2005

  • 21

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Kesimpulan: Ini bermakna markah penilaian yang GAGAL untuk sesuatu subjek yang memerlukan pelajar mengulang modul pada sesuatu semester haruslah diambil kira bagi menunjukkan prestasi pelajar pada semester tersebut. Setelah pelajar tersebut selesai mengulang modul pada semester tambahan atau semester berikutnya, gred yang terbaru mestilah menggantikan gred yang terdahulu. 12.5 Status Akademik Pelajar

    Berdasarkan CGPA yang diperolehi, seseorang pelajar akan diklasifikasikan seperti berikut :

    (a) Lulus Baik

    Seseorang pelajar berada di dalam status Lulus Baik sekiranya mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 2.0. Pelajar yang berada dalam kedudukan ini layak untuk menyambung pengajian ke semester berikutnya. Jika sehingga semester akhir pelajar mendapat CGPA 2.0 atau lebih, maka pelajar berkenaan telah memenuhi salah satu syarat penganugerahan Sijil Juruteknik Perindustrian atau Diploma Teknologi atau Diploma Lanjutan Teknologi.

    (b) Dalam Perhatian

    Pelajar yang berada dalam status Dalam Perhatian adalah mereka yang mempunyai CGPA di antara 1.67 hingga 1.99. Pelajar ini boleh meneruskan pengajian ke semester berikutnya tetapi perlu mengulang modul yang GAGAL dalam satu semester tambahan sebelum menjalani semester akhir. Pelajar akan diberi peluang sehingga 3 kali status Dalam Perhatian dan pelajar akan disingkirkan jika melebihi 3 kali bagi kedua-dua peringkat sijil dan diploma.

    (c) Diberhentikan

    Status akademik pelajar yang Diberhentikan adalah mereka yang mempunyai CGPA kurang dari 1.67 di semester pertengahan semasa dalam latihan dan kurang daripada 2.0 semasa semester akhir. Pelajar yang berada dalam status berkenaan tidak akan diberi peluang untuk menyambung pengajian ke semester berikutnya. Walaubagaimanapun, mereka layak diberikan Penyata Pencapaian dan transkrip.

  • 22

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Berdasarkan kepada kerja atau tugasan yang diberi, status ketrampilan kemahiran yang diberi adalah berasaskan perkara berikut: (a) Belum Trampil

    Gagal disebabkan oleh tidak hadir atau tidak melakukan kerja atau melakukan kerja dengan tidak mempunyai etika kerja yang baik atau melakukan kerja dengan merbahaya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, rakan, pengajar, peralatan atau bengkel. Atau selepas menjalani dua ulangan tetapi masih gagal menunjukkan hasil kerja yang munasabah

    (b) Trampil

    Dapat melakukan sesuatu kerja dengan hasil yang munasabah pada penilaian kali pertama atau semasa ulang nilai dijalankan.

    (c) Trampil Baik

    Dapat melakukan sesuatu kerja tanpa ulangan dan menghasilkan dengan kemas dan berketepatan biasa dari segi masa dan spesifikasi kerja. Menunjukkan sikap, etika dan pengetahuan kerja yang baik.

    (d) Trampil Cemerlang

    Dapat melakukan sesuatu kerja tanpa ulangan dan menghasilkan kerja dengan berketepatan tinggi dari segi masa dan spesifikasi kerja. Menunjukkan sikap, etika dan pengetahuan kerja yang cemerlang.

    12.6 Ulang Nilai dan Ulang Modul Bagi ujian atau penilaian kerja kursus untuk bahagian teori dan amali, sekiranya pelajar gagal dengan gred kurang dari gred C (markah yang diperolehi kurang daripada 50%), ULANG NILAI haruslah dijalankan terutamanya bagi ujian atau penilaian kerja kursus yang melibatkan task NOSS. Ulang nilai ini hanya dibenarkan dua kali sahaja untuk setiap ujian atau penilaian bagi tujuan pengiraan gred. Pelajar yang lulus dalam ulang nilai hanya layak diberikan gred maksimum C+ (markah diantara 55 hingga 59) dan gred minimum C (markah di antara 50 hingga 54) bagi penilaian tersebut.

  • 23

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Sekiranya pelajar gagal dalam kedua-dua ulang nilai (tiga penilaian) bagi sesuatu penilaian, maka hanya markah gagal yang tertinggi dari tiga penilaian tersebut sahaja akan diambil kira untuk pengiraan gred subjek/modul.

    Sekiranya seseorang pelajar telah lulus sesuatu modul (markah lebih 50%) tetapi gagal dalam kedua-dua ulang nilai bagi penilaian kerja kursus yang melibatkan task NOSS, maka pengajar perlu mengadakan siri ulang nilai sehingga semua task yang terlibat dapat ditrampilkan. Walaubagaimanapun ulang nilai dalam kes ini tidak melibatkan permarkahan kerana:

    a) Pelajar telahpun lulus modul/subjek di atas dengan

    mendapat markah melebihi 50%. b) Siri ulang nilai perlu dilakukan bagi memastikan kesemua

    task NOSS trampil dan seterusnya dapat melengkapkan portfolio MLVK.

    Sekiranya seseorang pelajar gagal (markah kurang daripada 50%) sesuatu modul, maka pelajar tersebut perlu mengulang semula modul tersebut pada semester yang lain. Ini dipanggil ULANG MODUL. Pelajar yang lulus dalam ulang modul hanya layak diberikan gred maksimum C+ (markah diantara 55 hingga 59) dan gred minimum C (markah di antara 50 hingga 54) bagi penilaian tersebut, tanpa mengambil kira markah yang gagal sebelum itu. Pelajar yang mengulang modul dalam semester tambahan dikehendaki membiayai sendiri kos latihan untuk semester tambahan tersebut. Bagi peringkat Diploma, dibenarkan menambah semester sebanyak 2 semester tambahan manakala bagi peringkat Sijil, dibenarkan menambah 1 semester tambahan sahaja.

    Setiap pengajar dikehendaki melaporkan keputusan modul/subjek pelajar untuk setiap semester ke dalam Borang Laporan Keputusan Subjek (SPC.02) yang telah dikemaskini sepanjang semester dan borang tersebut hendaklah dilengkapkan pada akhir semester selepas Peperiksaan Akhir Semester dijalankan. Pengiraan gred setiap pelajar akan dibuat menggunakan Borang SPC.03 (Laporan Pencapaian Pelajar). Ulasan dan carta pencapaian pelajar juga perlu disediakan oleh pengajar menggunakan borang ini. Pengajar perlu menyerahkan borang SPC.02 dan SPC.03 yang telah lengkap diisi kepada UPP untuk dikeluarkan keputusan rasmi.

    CONTOH : Seorang pelajar yang mengambil subjek (Modul) Introduction To PC Component dalam Tahap 2 telah dinilai sepanjang semester seperti berikut:

  • 24

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Kerja kursus Teori:

    Kuiz 1 = 50% (Lulus) Ujian 1 = 60% (Lulus) Laporan 1 = 50% (Lulus) Ujian 2 = 40% (Gagal) Jumlah = 200%

    Sekiranya 2 kali ulang nilai telah dilakukan tetapi beliau masih gagal dengan markah masing-masing 25% dan 30%, maka markah gagal tertinggi iaitu 40% akan dikira.

    Oleh itu jumlah Kerja Kursus untuk teori ialah = 200/400 x 10% = 5%.

    Andaikan keputusan akhir semesternya seperti berikut (anggap beliau

    lulus dalam semua penilaian teori dan amali yang lain).

    Modul (Subjek) Jenis PenilaianKerja Kursus

    Peperiksaan Akhir Semester

    Jumlah

    Teori 5% 15% 20% Introduction To PC Component Amali 20% 30% 50%

    70%

    Pelajar tersebut telah lulus modul di atas dengan mendapat markah keseluruhan 70% (gred B+).

    Sekiranya Ujian 2 melibatkan task NOSS, pengajar perlu mengadakan

    siri ulang nilai sehingga semua task yang terlibat dapat ditrampilkan. Walaubagaimanapun ulang nilai dalam kes ini tidak melibatkan permarkahan kerana:

    a) Pelajar telahpun lulus modul/subjek di atas dengan

    mendapat markah 70% (iaitu melebihi 50%). b) Siri ulang nilai dilakukan bagi memastikan kesemua task

    NOSS trampil dan seterusnya dapat melengkapkan portfolio MLVK

  • 25

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    12.7 Status Penilaian Modul

    Terdapat beberapa status akan diberikan untuk setiap penilaian modul berdasarkan kepada markah yang diperolehi oleh setiap pelajar pada akhir semester dan ia akan ditunjukkan di dalam borang SPC.05 (Laporan Keputusan Akhir Semester). Status penilaian modul berikut adalah seperti di dalam Jadual 9 di bawah:

    Jadual 9 : Status penilaian modul

    12.8 Syarat-syarat menjalani Latihan Dalam Loji

    Latihan Dalam Loji (OJT) diwajibkan kepada semua pelajar ILJTM dan dijalankan selama 12 minggu di industri-industri yang dikenalpasti. Kebiasaannya, latihan dijalankan pada semester ketiga (untuk program sijil) dan semester keenam (untuk program diploma). Bagaimanapun, ianya bergantung kepada jadual latihan sesuatu kursus dan juga status pelajar tersebut.

    Bil Status Makna Cara Pemakaian

    1. L Lulus Status yang diberikan apabila markah modul atau subjek sama atau melebihi 50%.

    2. G Gagal Status yang diberikan apabila markah modul atau subjek kurang daripada 50%.

    3. TL Tak Lengkap

    Status bersyarat/sementara untuk memberi peluang kepada pelajar yang terlebih dahulu telah mendapat kelulusan institut disebabkan alasan - alasan tertentu menyiapkan Kerja Kursus atau Peperiksaan Akhir dalam tempoh 2 minggu selepas semester berakhir. Selepas 2 minggu, status TL hendaklah ditukar samada kepada L atau G.

    4. DK Dikecualikan Status yang diberikan kepada pelajar yang dikecualikan dari mengambil subjek atau modul tertentu.

    5. GS Gugur Subjek Status yang diberikan kepada pelajar yang telah menggugurkan subjek atau modul tertentu.

    6. BH Berhenti/ Diberhentikan Status yang diberikan kepada pelajar yang telah berhenti atau diberhentikan dari institut.

    7. TU Tidak Ulang Status yang diberikan kepada pelajar yang tidak mengulang subjek atau modul tertentu.

    8. TG Tangguh Status yang diberikan kepada pelajar yang telah menangguhkan latihan

    9. GT Gantung Status yang diberikan kepada pelajar yang telah digantung latihan sepanjang semester berkenaan.

  • 26

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Tujuan Latihan Dalam Loji ialah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan dan suasana kerja sebenar di industri. Jumlah jam kredit bagi Latihan Dalam Loji adalah 5 unit. Penilaian dan pemarkahan bagi Latihan Dalam Loji adalah berdasarkan kepada:

    1. Kehadiran pelajar (kurang 90% kehadiran dianggap gagal)

    2. Buku log/ harian pelajar 3. Laporan penyelia/ ulasan syarikat 4. Laporan eksekutif (khas untuk pelajar diploma)

    Latihan Dalam Loji akan dijalankan di tempat-tempat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ILJTM. Pelajar tidak dibenarkan menjalani latihan di industri atau mana-mana tempat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan dari pihak pengurusan ILJTM. Pelajar boleh menghubungi pihak industri bagi tujuan mendapatkan tempat latihan, walaubagaimanapun kelulusan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan ILJTM.

    Syarat-syarat menjalani Latihan Dalam Loji ialah : (a) Memperolehi CGPA 2.00 ke atas (b) Telah trampil semua subjek atau modul teras (c) Mendapat kelulusan pihak institut

    12.9 Projek Tahun Akhir

    Projek Tahun Akhir akan dilakukan oleh pelajar secara individu atau berkumpulan dan ianya diwajibkan untuk pelajar di peringkat Diploma. Projek Tahun Akhir akan mengambil masa 12 minggu. Ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar melakukan suatu projek yang berkaitan dengan bidang pengkhususan masing-masing. Melalui projek ini, pelajar akan berpeluang menggunakan segala ilmu dan kemahiran bagi mengeluarkan hasil kerja yang bermutu tinggi. Pelajar yang gagal akan dibenarkan melaksanakan semula projek tersebut dengan syarat tidak melebihi 3 kali status Dalam Perhatian sebelum ini. Projek Tahun Akhir ini diberikan sebanyak 5 unit kredit. Penilaian dan pemarkahan bagi Projek Tahun Akhir ini adalah berdasarkan kepada:

    1. Cadangan projek 2. Laporan projek 3. Persembahan 4. Komitmen keseluruhan

  • 27

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    12.10 Prasyarat Untuk Penganugerahan Sijil dan Diploma

    (a) SKM / DKM

    Pelajar-pelajar yang memohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) perlu menyimpan dan mengemaskini portfolio dengan lengkap. Bukti-bukti ketrampilan yang dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam portfolio adalah bukti-bukti yang berdasarkan kepada tugasan-tugasan yang terdapat dalam NOSS.

    Pelajar-pelajar yang memohon Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Tahap 4 juga perlu menyimpan portfolio dengan lengkap untuk setiap tahap. Pegawai Naziran (PN) dari ILJTM akan datang secara berkala untuk memeriksa portfolio tahap 1 hingga 3 (bagi single-tier) manakala Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dari MLVK akan datang untuk menyemak portfolio Tahap 4.

    (b) Sijil Juruteknik Perindustrian, Diploma Teknologi dan

    Diploma Pengajar Vokasional

    Pelajar-pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat berikut layak diperakukan untuk menerima Sijil Juruteknik, Diploma Teknologi atau Diploma Pengajar Vokasional yang dianugerahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia : (i) Lulus semua subjek yang telah ditetapkan iaitu

    sekurang-kurangnya gred C untuk subjek kemahiran dan subjek umum.

    (ii) Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 2.00. (iii) Menyertai kegiatan ko-kurikulum dengan jayanya. (iv) Menyempurnakan Latihan Dalam Loji dan Projek

    Tahun Akhir. (v) Disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan

    Persijilan Jabatan Tenaga Manusia.

    12.11 Pemberhentian Pelajar

    Seseorang pelajar boleh diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

    (a) Dikenakan status Diberhentikan. (b) Dikenakan status Dalam Perhatian melebihi 3 kali bagi

    kedua-dua peringkat sijil dan diploma. (c) Digugurkan atas sebab tidak mendaftarkan diri untuk kursus. (d) Diberhentikan atas sebab tindakan disiplin (rujuk Buku

    Peraturan dan Disiplin Pelajar).

  • 28

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    13. PERATURAN BERKENAAN MENIRU ATAU MENCIPLAK

    ILJTM memandang serius tentang kesalahan meniru atau menciplak. Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar yang melakukan kesalahan sedemikian berpandukan Buku Peraturan dan Disiplin Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia.

    14. YURAN

    Yuran pengajian bagi program peringkat sijil adalah dibiayai oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya. Bagi program di peringkat Diploma, yuran pengajian sebanyak RM3,000.00 setahun akan dikenakan kepada pelajar. Bagi penginapan dan makan, sebanyak RM616.00 setahun juga akan dikenakan kepada pelajar yang menginap di asrama (Tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa).

    15. BANTUAN KEWANGAN

    Pelajar di peringkat Diploma yang berminat untuk mendapat bantuan kewangan boleh memohon kepada Tabung Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia. Borang permohonan boleh didapati dari Unit Pengurusan Latihan di institut masing-masing. Pelajar juga boleh membuat permohonan pinjaman atau biasiswa dari mana-mana Yayasan Negeri, Syarikat swasta atau agensi-agensi yang turut menawarkan kemudahan pinjaman dan biasiswa pendidikan.

    16. TANGGUNGJAWAB MEMATUHI PERATURAN

    Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar dan pengajar ILJTM untuk mengetahui dan memahami semua peraturan, syarat dan dasar yang terkandung di dalam buku Panduan ini. Selain itu, pelajar mestilah juga mematuhi semua syarat, peraturan dan dasar yang digubal dari masa ke semasa, termasuklah peraturan pelajar yang terkandung dalam Buku Peraturan dan Disiplin Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia. Pihak ILJTM juga berhak meminda sebarang program, kursus, peraturan ataupun dasar, tanpa sebarang notis awal.

    17. SENARAI BORANG-BORANG SISTEM LATIHAN ILJTM

    Berikut adalah jadual perbandingan penggunaan borang-borang yang digunakan di dalam sistem Pentauliahan MLVK, Sistem Penilaian Berterusan (SPB) JTM dan Sistem Penilaian CGPA (SPC) JTM (Jadual 9). Bagi borang-borang SPC.01 hingga SPC.08, ia boleh digunakan secara automatik melalui penggunaan perisian Sistem Pengurusan Penilaian CGPA ILJTM.

  • 29

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    Sistem Pentauliahan MLVK Sistem Penilaian CGPA JTM

    Tiada Borang Pemarkahan Tiada Borang Ketrampilan MLVK/T/1002(P1) Borang Pendaftaran Permohonan Sijil / Diploma

    SPC.01 Borang Pendaftaran Permohonan Diploma/Sijil Juruteknik

    Tiada SPC.02 Laporan Keputusan Subjek Tiada SPC.03 Laporan Pencapaian Pelajar Tiada SPC.04 Keputusan Peperiksaan Portfolio Pelajar / RPK Rekod Penilaian Kumulatif (SKM/DKM) Tiada SPC.05 Laporan Keputusan Akhir

    Semester Tiada SPC.06 Borang Permohonan Pengeluaran

    Sijil/Diploma. MLVK/T/1003(P1) Borang Permohonan Pengeluaran Sijil / Diploma

    SPC.07 Borang Audit Ketrampilan

    Tiada SPC.08 Borang Pengesahan Keputusan Akhir

    Tiada Transkrip Akademik Tiada Borang Maklumat Persijilan

    Jadual 9 : Perbandingan penggunaan borang-borang di antara Sistem Pentauliahan MLVK dan Sistem Penilaian CGPA JTM.

    18. MAKLUMAT DAN KAEDAH MENGGUNAKAN BORANG DAN DOKUMEN Sila rujuk kepada LAMPIRAN 4 (Senarai Borang dan Tanggungjawab)

  • 30

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    19.CARTA ALIR BAGI PROSES SISTEM PENILAIAN CGPA (SPC)

    CARTA ALIR 1(KEMASUKAN PELAJAR)

    PELAJAR MELAPOR DIRI

    PELAJAR MENJALANI LATIHAN

    Mengemukakan BORANG SPC.01 (Borang Pendaftaran Permohonan Diploma/Sijil Juruteknik) ke Ibu Pejabat dalam tempoh 30 hari dari tarikh latihan bermula. Tindakan KJ dan Pengarah

    ULANG NILAI (MAKSIMUM 3 KALI)

    PENGELUARAN KEPUTUSAN OLEH UPP

    TIDAK LULUS

    ULANG MODUL BAGI MODUL YANG GAGAL

    MULA

    PENGESAHAN PN & MESYUARAT

    JAWATANKUASA PEPERIKSAAN & PERSIJILAN

    JTM

    Mengisi BORANG SPC.02(Laporan Keputusan Subjek), BORANG SPC.03(Laporan Pencapaian Pelajar) Tindakan oleh Pengajar, KJ dan UPP

    Menyediakan BORANG SPC.04 ( Keputusan Peperiksaan) Tindakan oleh UPP, KJ

    Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Peperiksaan dan Persijilan(MJKPP) ILJTM untuk mengesahkan keputusan. Tindakan oleh KJ, UPP, Pengarah

    PEPERIKSAAN SEMESTER

    KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DIEDARKAN KEPADA PELAJAR

    PENGELUARAN KEPUTUSAN OLEH UPP

    PENGESAHAN KEPUTUSAN

    PENILAIAN KERJA

    KURSUS

  • 31

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    CARTA ALIR 2 (PENGESAHAN)

    KHIDMAT NASIHAT PN

    LAWATAN PN

    PENGESAHAN PN

    LAWATAN PN TAMAT

    PENGESAHAN KEPUTUSAN

    Mengisi BORANG SPC.05, SPC.06 dan SPC.07 dan menyerahkan kepada PN. Tindakan UPP dan Pengarah

    Memeriksa BORANG SPC.05, SPC.06 dan SPC.07 Tindakan PN

    PN memberi khidmat nasihat (jika ada) kepada institut dan membuat Laporan Naziran untuk dikemukakan kepada institut. Institut akan memberikan maklumbalas dan mengemukakan kepada Ibu Pejabat untuk dibentangkan dalam MJPP JTM. Tindakan PN dan institut

    Mengesahkan BORANG SPC.05, SPC.06 dan SPC.07 Tindakan PN

    Mengisi BORANG SPC.08 dan disahkan oleh Pengarah Tindakan UPP dan Pengarah

    Mengemukakan BORANG SPC.05, BORANG SPC.06 dan BORANG SPC.08 kepada Ibu Pejabat untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan JTM (MJPP). Tindakan UPP

    LATIHAN MULA

    LATIHAN TAMAT

    PELAJAR MENJALANI LATIHAN PADA SEMESTER AKHIR

    MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL

    PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN ILJTM (MJKPP)

    Menyediakan transkrip akademik setelah keputusan akhir ILJTM disahkan dalam MJPP JTM. Tindakan UPP

  • 32

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    CARTA ALIR 3 (PERSIJILAN)

    TAMAT

    PENGESAHAN KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA

    KECIL PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN ILJTM (MJKPP)

    MULA

    PELAJAR MELAPOR DIRI

    PELAJAR MENJALANI PENILAIAN

    PENGESAHAN KEPUTUSAN OLEH PN

    PENGESAHAN KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN JTM (MJPP)

    Mengemukakan Borang Maklumat Persijilan ILJTM (BK-T14-02/BK-T14-03) kepada Ibu Pejabat Tindakan UPP

    Mengemaskini Borang Maklumat Persijilan ILJTM (BK-T14-02/BK-T14-03) Tindakan UPP

    NO SIRI SIJIL

    MELENGKAPKAN DATA SIJIL

    TANDATANGAN KETUA PENGARAH

    DISERAHKAN KEPADA PELAJAR

    Menyelaras nombor siri sijil beserta sijil kosong dan mengedarkannya kepada ILJTM Tindakan CKT, Ibu Pejabat

    Mencetak maklumat pelajar dalam sijil dan mendapatkan tandatangan Pengarah. Mengemukakan sijil-sijil yang telah lengkap kepada CKT, Ibu Pejabat. Tindakan UPP

    Menyerahkan sijil yang telah lengkap dicetak oleh ILJTM kepada Ketua Pengarah untuk pengesahan dan tandatangan Tindakan CKT, Ibu Pejabat

    Menyerahkan semula sijil yang lengkap kepada ILJTM untuk diserahkan kepada pelajar Tindakan CKT, Ibu Pejabat

  • 33

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    20 . LAMPIRAN 20.1 Lampiran 1: SENARAI KURSUS YANG DIJALANKAN DI ILJTM

    Bil Kod Kursus Peringkat Pengajian

    1 A01 Mekanik Industri Sijil

    2 A02 Pemesinan Am Sijil

    3 A03 Pemesinan CNC Sijil

    4 A04 Pembuat Acuan & Alat Pemotong Sijil

    5 A05 Pembuat Acuan Pembentuk Sijil

    6 A06 Teknologi Foundri Sijil

    7 A08 Kimpalan Arka dan Gas Sijil

    8 A09 Fabrikasi Logam Sijil

    9 A10 Pemasangan Paip Gas Sijil

    10 A11 Automotif Sijil

    11 A12 Reka Bentuk Produk Industri Sijil

    12 A13 Kenderaan Perdagangan Berat Sijil

    13 A14 Kejuruteraan Jaminan Mutu Sijil

    14 A15 CADD Mekanikal Sijil

    15 B01 Juruelektrik Sijil

    16 B02 Penyejukbekuan & Penyamanan Udara Sijil

    17 B03 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah-AO 6B Sijil

    18 B04 Instrumen Perindustrian Sijil

    19 B05 Elektronik Industri Sijil

    20 B06 Telekomunikasi Sijil

    21 B08 Juruelektrik PW4 Sijil

    22 B09 Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah-AO 2T Sijil

    23 B10 Automasi Perindustrian Sijil

    24 C01 CADD Senibina Sijil

    25 C02 Binaan Bangunan Berasaskan Kayu Sijil

  • 34

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    26 C03 Binaan Bangunan Sijil

    27 C04 Paip & Sanitari Sijil

    28 C05 Teknologi Perabot Sijil

    29 C06 Diploma Teknologi Binaan DT

    30 D01 Teknologi Percetakan (Lithografik) Sijil

    31 D02 Teknologi Percetakan (Pracetak) Sijil

    32 D03 Teknologi Percetakan (Grafik) Sijil

    33 E01 Teknologi Plastik Sijil

    34 E02 Teknologi Seramik Sijil

    35 F01 Teknologi Komputer (Sistem) Sijil

    36 F02 Teknologi Komputer (Rangkaian) Sijil

    37 F04 Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) Sijil

    38 F05 Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) Sijil

    39 I01 DPV (Teknologi Pengeluaran) DPV

    40 I02 DPV (Teknologi Pembuatan) DPV

    41 I03 DPV (Teknologi Kimpalan) DPV

    42 I04 DPV (Teknologi Automotif) DPV

    43 I05 DPV (Teknologi Elektronik) DPV

    44 I06 DPV(Teknologi Telekomunikasi) DPV

    45 I07 DPV (Teknologi Mekatronik) DPV

    46 I08 DPV (Teknologi Komputer-Rangkaian) DPV

    47 I09 DPV(Teknologi Komputer-Sistem) DPV

    48 I10 DPV (Teknologi Jaminan Mutu) DPV

    49 I11 DPV (Teknologi Pembuat Acuan & Alat Pemotong) DPV

    50 I12 DPV (Teknologi Binaan) DPV

    51 I13 DPV (Teknologi Fabrikasi Logam) DPV

    52 I14 DPV (Teknologi Foundri) DPV

    53 I15 DPV (Teknologi Instrumentasi) DPV

    54 I16 DPV (Teknologi Percetakan) DPV

  • 35

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    55 I17 DPV (Teknologi Plastik) DPV

    56 I18 DPV (Teknologi Elektrik Kuasa) DPV

    57 I19 DPV ( Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara) DPV

    58 J01 Diploma Tek. Kejuruteraan Mekatronik DT (JMTI)

    59 J02 Diploma Tek. Kejuruteraan Komputer DT (JMTI)

    60 J03 Diploma Tek. Kejuruteraan Elektronik DT (JMTI)

    61 J04 Diploma Tek. Kejuruteraan Pembuatan DT (JMTI)

    62 J11 Diploma Lanjutan Tek.Kej.Mekatronik (Automasi & Robotik) DLT (JMTI)

    63 J12 Diploma Lanjutan Tek.Kej.Komputer (Sistem) DLT (JMTI)

    64 J13 Diploma Lanjutan Tek.Kej.Elektronik (Instrumentasi dan Kawalan) DLT (JMTI)

    65 J14 Diploma Lanjutan Tek.Kej.Pembuatan (Pembuatan Termaju) DLT (JMTI)

    66 K01 Diploma Teknologi Kimpalan DT

    67 K02 Diploma Teknologi Pengeluaran DT

    68 K03 Diploma Teknologi Pembuatan DT

    69 K04 Diploma Teknologi Jaminan Mutu DT

    70 K05 Diploma Teknologi Mekatronik DT

    71 L01 Diploma Teknologi Elektrik Kuasa DT

    72 L02 Diploma Teknologi Elektronik DT

    73 L03 Diploma Teknologi Telekomunikasi DT

    74 L05 Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara DT

    75 G01 Diploma Teknologi Komputer (Sistem) DT

    76 G02 Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) DT

    77 G04 Diploma Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) DT

    78 G05 Diploma Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) DT Nota : 1. DPV Diploma Pengajar Vokasional 2. DT Diploma Teknologi 3. DLT Diploma Lanjutan Teknologi

  • 36

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    20.2 Lampiran 2 : a) PENETAPAN BILANGAN JAM KREDIT UNTUK PROGRAM LATIHAN ILJTM PERINGKAT SIJIL

    NOTA : *BAGI PELAJAR YANG TIDAK MELANJUTKAN PELAJARAN KE ADTEC, OJT AKAN DIJALANKAN PADA SEMESTER 3 SELAMA 3 BULAN

    SEMESTER 1 2 3 BIL PERKARA

    JAM KREDIT JAM KREDIT JAM KREDIT CATATAN

    Penanugerahan sijil 1 SUBJEK TERAS 17 17 1 dan 2 (latihan

    Dijalankan di ILP) 1.1 LATIHAN INDUSTRI* 5 2 SUBJEK UMUM 5 4

    2.1 MATEMATIK KEJURUTERAAN 1 1 2.2 SAINS KEJURUTERAAN 1 1 2.3 KOMPUTER 1 2.4 BAHASA INGGERIS 1 1 2.5 AGAMA / MORAL 1 1 3 KO-KURIKULUM 1 1

    4 KENEGARAAN 1 HARI SEMINAR (HADIR WAJIB) 5 KESELAMATAN 2 HARI SEMINAR(ST) (HADIR WAJIB) 6 LABOUR LAW 2 JAM SEMINAR

    (HADIR WAJIB)

    JUMLAH 23 22 5

  • 37

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    20.2 Lampiran 2 : b) PENETAPAN BILANGAN JAM KREDIT UNTUK PROGRAM LATIHAN ILJTM (SIJIL JURUELEKTRIK)

    TEMPOH PENGAJIAN TAHUN 1 TAHUN2

    SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4 BIL PERKARA

    JAM KREDIT JAM KREDIT JAM KREDIT JAM KREDIT CATATAN

    1 MODUL TERAS 14 - 17 15 - 18 16 - 20 1.1 LATIHAN INDUSTRI 5 2 SUBJEK UMUM 5 4 3 2.1 MATEMATIK KEJURUTERAAN 1 1 1 2.2 SAINS KEJURUTERAAN 1 1 1 2.3 APLIKASI KOMPUTER 1 2.4 BAHASA INGGERIS 1 1 2.5 PENDIDIKAN AGAMA/MORAL 1 1 1 3 KO-KURIKULUM 1 1 4 KENEGARAAN 1 HARI SEMINAR (HADIR WAJIB) 5 KESELAMATAN 2 HARI SEMINAR(ST) (HADIR WAJIB) 6 LABOUR LAW 2 JAM SEMINAR (HADIR WAJIB) JUMLAH 20 - 23 20 - 23 5 19 - 23

  • 38

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    20.2 Lampiran 2 : c) PENETAPAN BILANGAN JAM KREDIT UNTUK PROGRAM LATIHAN ILJTM PERINGKAT DIPLOMA

    SEMESTER 1 2 3 4 5 6 BIL PERKARA

    JAM KREDIT

    JAM KREDIT

    JAM KREDIT

    JAM KREDIT

    JAM KREDIT

    JAM KREDIT

    CATATAN

    Penganugerahan Diploma 1 SUBJEK TERAS 17 17 17 17 18 Tahap 4 bagi kursus ADTEC dan JMTI

    1.1 PROJEK AKHIR 5 1.2 LATIHAN INDUSTRI 5

    2 SUBJEK UMUM 5 4 2 2

    2.1 MATEMATIK KEJURUTERAAN 1 1 1 1

    2.2 SAINS KEJURUTERAAN 1 1 1 1 2.3 KOMPUTER 1 2.4 BAHASA INGGERIS 1 1 2.5 AGAMA / MORAL 1 1 1

    3 KO-KURIKULUM 1 1 1 1 4 KENEGARAAN 1 HARI SEMINAR (HADIR WAJIB) 5 KESELAMATAN 2 HARI SEMINAR(ST) (HADIR WAJIB) 6 LABOUR LAW 2 JAM SEMINAR (HADIR WAJIB)

    JUMLAH 23 22 20 20 18 10

  • 39

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    20.2 Lampiran 2 : d) PENETAPAN BILANGAN JAM KREDIT UNTUK PROGRAM LATIHAN ILJTM PERINGKAT DIPLOMA NITP

    TEMPOH PENGAJIAN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN3 6 BULAN

    SEM 1 SEM 2 SEM 3 SEM 4 SEM 5 SEM 6 SEM 7 BIL PERKARA JAM

    KREDIT JAM

    KREDIT JAM

    KREDIT JAM

    KREDIT JAM

    KREDIT JAM

    KREDIT JAM

    KREDIT

    CATATAN

    1 SUBJEK TERAS 14 - 17 15 - 18 16 - 19 17 - 20 18 - 23 10

    1.1 PROJEK AKHIR 5 1.2 LATIHAN INDUSTRI 5

    2 SUBJEK UMUM 5 4 3 2

    2.1 MATEMATIK KEJURUTERAAN 1 1 1 1

    2.2 SAINS KEJURUTERAAN 1 1 1 1 2.3 KOMPUTER 1 2.4 BAHASA INGGERIS* 1 1 2.5 AGAMA / MORAL* 1 1 1

    3 ISD 3.1 PEDAGOGY 10 3.2 INTENSHIP 10

    4 KO-KURIKULUM 1 1 1 1 5 KENEGARAAN 1 HARI SEMINAR (HADIR WAJIB)

    6 SAFETY 2 HARI SEMINAR (ST) (HADIR WAJIB)

    7 LABOUR LAW 2 JAM SEMINAR (HADIR WAJIB)

    JUMLAH 20 - 23 20 - 23 20 - 23 20 - 23 18 - 23 10 20

  • 40

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    JUMLAH BILANGAN JAM KREDIT UNTUK SEMUA PROGRAM LATIHAN ILJTM PROGRAM LATIHAN JUM. JAM KREDIT TEMPOH 1. SIJIL 40 - 46 1 TAHUN 3 BULAN * 2. SIJIL JURUELEKTRIK 64 74 2 TAHUN 3. DIPLOMA ADTEC 108 - 125 3 TAHUN 4. DIPLOMA NITP 128 - 145 3 THN 6 BLN 5. DIPLOMA JMTI 114 3 TAHUN 6. DIPLOMA LANJUTAN JMTI 76 2 TAHUN

    * DALAM PROSES CADANGAN MELANJUTKAN TEMPOH KEPADA 1 TAHUN 6 BULAN

  • 41

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    20.3 Lampiran 3 : CONTOH SOALAN UJIAN TEORI/PENILAIAN PENGETAHUAN BAHAGIAN A

    1. Komputer ialah peralatan yang melakukan tiga pekara kecuali:

    A. Menerima arahan input B. Memproses maklumat(mengira) C. Mengeluarkan data output D. Membaiki kerosakkan pada litar

    2. Berikut yang manakah merupakan peranti (device) bagi output:

    A. Pengimbas (scanner) B. Pencetak (printer) C. Tetikus (mouse) D. Papan kekunci (keyboard)

    3. Apakah yang dianggap sebagai arahan pada komputer:

    I. Pergerakkan kursor(cursor) di skrin oleh tetikus II. Menaip sesuatu pada keybord. III. Maklumat di keluarkan pada mesin pencetak

    A). I dan III B). I sahaja C). I dan II D). III sahaja

    4. Namakan jenis kabel bagi penyambungan di antara patch panel ke hub

    A. straight cable B. crossover cable C. coaxial cable D. Fiber optic cable

    5. Berapakah jarak meter yang dibenarkan bagi penyambungan di antara

    patch penel kepada computer

    A. 10 meter B. 50 meter C. 90 meter D. 100 meter

  • 42

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    BAHAGIAN B

    S1.

    a. Apakah langkah langkah keselamatan yang perlu diambil ketika memasang sesebuah komputer? (4M)

    b. Berikan 2 jenis peralatan atau komponen optical storage? (2M) c. Berikan nama penuh bagi CD-ROM, fungsinya dan juga 2 kelemahan

    bagi komponen ini. (4M) (10M) S2.

    a. Nyatakan fungsi cakera liut dan berikan jenis-jenis cakera liut yang wujud pada masa sekarang? (6M)

    b. Apakah yang dimaksudkan dengan Modem dan terangkan kendaliannya? (2M)

    c. Apakah fungsi cakera keras? (2M) (10M)

    S3

    a) Nyatakan 3 kumpulan perkakasan komputer (5M) b) Terangkan dengan lengkap 3 kumpulan perkakasan komputer tersebut

    (5M) S4

    Apakah yang di maksudkan dengan : (10M)

    a). Papan Induk (Motherboard) - b). Prosesor (Microprocessor atau CPU ) - c). Kad Video (Video card) - d). Monitor - e). Tetikus (mouse) f). Papan kekunci (Keybord) - g). Pembesar suara (speaker) - h). Ingatan capaian rawak (RAM)

    S5 Apakah yang dimaksudkan dengan OSI reference model dan nyatakan

    langkah-langkah bagi melaksanakan pemasangan kabel untuk membina rangkaian yang boleh berfungsi.

    (10M)

  • 43

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

    KUALA TERENGGANU

    BORANG KETRAMPILAN (Bahagian A)

    PERKARA YANG DINILAI PENILAIAN PERTAMA ULANG NILAI 1

    ULANG NILAI 2

    A. PROSES KERJA Penilaian Teori mengenai komputer dan perkakasan komputer.

    TRAMPIL

    B. HASIL KERJA Tiada

    C: KESELAMATAN/SIKAP Tiada

    D: LAIN-LAIN

    KEPUTUSAN TRAMPIL

    TARIKH PENILAIAN

    TANDATANGAN PEGAWAI PENILAI

    NAMA PEGAWAI PENILAI

    Nota: - Potong yang tidak berkenaan

    Kod Kemahiran & Kemahiran Kod Subjek B11- 2 - 1

    No. Duti & Tugas Jenis Penilaian PENILAIAN PENGETAHUAN

    Nama Pelajar

    Shahrul Aiman bin Khalid

    No. ID 0123456

    Penilaian Teori/Amali*

    CONTOH BORANG

  • 44

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA TERENGGANU

    BORANG PERMARKAHAN (Bahagian B)

    Kod Subjek/ Subjek B11- 2 - 1 Kredit 3

    Nama Pelajar Shahrul Aiman bin Khalid No. ID 0123456

    Tarikh Jenis Penilaian

    Ujian 1/Ulang Nilai 1/Ulang Nilai 2

    Markah 60% Penilaian Teori/Amali*

    Kriteria/No. Soalan Markah

    1. Soalan pertama 4/10 2. Soalan kedua 6/10 3. Soalan ketiga 7/10 4. Soalan keempat 8/10 5. Soalan kelima 5/10

    Jumlah 30/50 = 60%

    Nota: -

    Potong yang tidak berkenaan

    CONTOH BORANG

  • 45

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    20.4 Lampiran 4 : SENARAI BORANG DAN TANGGUNGJAWAB Bil Nama Borang Cara Penggunaan T/jawab

    1.

    Borang Permarkahan (Format terpulang pada pihak institut)

    Borang ini digunakan untuk semua jenis penilaian. Borang dengan maklumat subjek, kriteria penilaian dan pecahan

    markah disediakan oleh pengajar. Nama Pelajar dan No. ID diisi oleh pelajar. Penilaian dan pemarkahan diisi oleh pengajar Pengajar diwajibkan memindahkan markah yang diperolehi ke dalam

    borang SPC.02 (Laporan Keputusan Subjek) setiap kali selepas penilaian.

    Akhir sekali, serahkan kepada pelajar sebagai makluman, semakan dan rujukan.

    Bukti penilaian hendaklah diserahkan kepada pelajar untuk disimpan dalam portfolio MLVK jika ianya melibatkan task NOSS. Bukti yang tidak melibatkan NOSS tidak diwajibkan untuk disimpan dalam portfolio.

    Pengajar Pelajar

    2.

    Borang Ketrampilan (Format terpulang pada pihak institut)

    Borang ini digunakan jika penilaian tersebut melibatkan task NOSS

    MLVK sahaja. Borang dengan maklumat penilaian dan kriteria penilaian disediakan

    oleh pengajar. Maklumat kursus dan peribadi diisi oleh pelajar. Penilaian diisi oleh pengajar dengan cara meletakkan perkataan

    TRAMPIL atau TAK TRAMPIL bagi setiap kriteria yang dinilai. Dilampirkan pada muka hadapan setiap bukti penilaian pelajar yang

    melibatkan NOSS samada teori atau amali. Disimpan oleh pelajar bersama-sama bukti penilaian dalam portfolio

    MLVK selepas dinilai oleh pengajar.

    Pengajar Pelajar

  • 46

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    3.

    SPC.01 Borang Pendaftaran Permohonan Diploma/Sijil Juruteknik

    Dilengkapkan oleh pengajar bagi setiap pengambilan baru. Disahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan. Diserahkan kepada UPP dan Ibu Pejabat sebagai rujukan untuk

    pengeluaran sijil dan pengesahan status pelajar.

    Pengajar KJ Pengarah UPP Ibu Pejabat

    4.

    SPC.02 Laporan Keputusan Subjek

    Dikemaskini oleh pengajar selepas setiap kali penilaian dibuat

    (tugasan, kuiz, persembahan, projek, laporan dan ujian) berdasarkan Borang Permarkahan.

    Dilengkapkan oleh pengajar pada akhir setiap semester setelah Peperiksaan Akhir Semester.

    Disahkan oleh Pengajar dan Ketua Jabatan. Diserahkan kepada UPP untuk dikeluarkan keputusan rasmi. Salinan disimpan oleh Ketua Jabatan dan UPP.

    Pengajar KJ UPP

    5.

    SPC.03 Laporan Pencapaian Pelajar

    Dilengkapkan oleh pengajar pada setiap akhir semester berdasarkan

    kepada Borang SPC.05 (Laporan Keputusan Akhir Semester) Disahkan oleh Ketua Jabatan Diserahkan kepada UPP bersama-sama Borang SPC.05 (Laporan

    Keputusan Akhir Semester) Salinan disimpan oleh Ketua Jabatan dan UPP

    Pengajar KJ UPP

    6.

    SPC.04 Keputusan Peperiksaan

    Disediakan oeh UPP pada setiap akhir semester berdasarkan Borang

    SPC.03(Laporan Pencapaian Pelajar) Disahkan oleh Ketua Bahagian/Ketua Jabatan ILJTM. Dihantar kepada pelajar dan salinan kepada ibu bapa/penjaga. Salinan disimpan oleh UPP.

    UPP Pengarah

    Pelajar Penjaga

  • 47

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    7. Rekod Penilaian Kumulatif (SKM/DKM)

    RPK hendaklah disimpan dan dikemaskini oleh pelajar. Pengajar (Pegawai Penilai) hendaklah mengisi dan menandatangan

    ruang yang disediakan berdasarkan Borang SPC.04 (Keputusan Peperiksaan)

    Pengajar (Pegawai Pengesah Dalaman) hendaklah menandatangani ruang yang disediakan setelah penyemakan penilaian dilakukan berpandukan Borang Ketrampilan.

    Bukti-bukti pencapaian ketrampilan mesti disimpan dalam portfolio MLVK pelajar

    PP PPD

    Pelajar

    8.

    SPC.05 Laporan Keputusan Akhir Semester

    Disediakan oleh UPP setelah tamat semester berdasarkan Borang SPC.04 (Keputusan Peperiksaan)

    Disemak dan disahkan oleh Pegawai Naziran Jabatan Tenaga Manusia

    Difailkan oleh UPP Borang ini digunakan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

    Peperiksaan dan Persijilan ILJTM (MJKPP) Selepas pengesahan di peringkat institut, borang ini akan diserahkan

    kepada Ibu Pejabat untuk tujuan pengesahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Pensijilan JTM (MJPP).

    UPP Peg. Naziran Ibu Pejabat

    9.

    SPC.06 Borang Permohonan Pengeluaran Sijil/Diploma

    Disediakan oleh UPP untuk kumpulan pelajar semester akhir (yang akan bergraduasi)

    Disahkan oleh Ketua UPP, Pengarah dan Pegawai Naziran JTM Borang ini digunakan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Kecil

    Peperiksaan dan Persijilan ILJTM (MJKPP) Selepas pengesahan di peringkat institut, borang ini akan diserahkan

    kepada Ibu Pejabat untuk tujuan pengesahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Pensijilan JTM (MJPP).

    UPP Pengarah

    Peg. Naziran Ibu Pejabat

  • 48

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    10.

    SPC.07 Borang Audit Ketrampilan Tahap 1, 2 dan 3

    Borang ini digunakan untuk kursus diploma sahaja. Disedia dan diisi oleh Jabatan dan disahkan oleh Pegawai Pengesah

    Dalaman dan Pegawai Naziran sebelum lawatan Pegawai Pengesah Luaran MLVK.

    Untuk mengesahkan pencapaian ketrampilan NOSS Tahap 1, 2, dan 3 program diploma sahaja.

    Borang ini digunakan bagi membantu Pegawai Pengesah Luaran

    PPD Peg. Naziran

    11.

    Borang Pengesahan Keputusan Bagi Jawatankuasa Kecil Peperiksaan dan Persijilan ILJTM

    Disediakan oleh UPP Diserahkan bersama Borang SPC.05 (Laporan Keputusan Akhir

    Semester) dan SPC.06 (Borang Permohonan Pengeluaran Sijil/Diploma) kepada Ibu Pejabat bagi tujuan pengesahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan JTM (MJPP).

    UPP Ibu Pejabat

    12.

    BK-T14-06/BK-T14-07 Borang Maklumat Persijilan ILJTM

    Disediakan oleh UPP Diserahkan bersama Borang SPC.05 (Laporan Keputusan Akhir

    Semester) , SPC.06 (Borang Permohonan Pengeluaran Sijil/Diploma) dan SPC.08 (Borang Pengesahan Keputusan Akhir Pengajian) kepada Ibu Pejabat bagi tujuan pengesahan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan JTM (MJPP).

    UPP Ibu Pejabat

    13. Transkrip Akademik

    Disediakan oleh UPP setelah pelajar tamat latihan Salinan Pertama diberikan kepada pelajar dengan percuma

    UPP

  • 49

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    14.

    a) Sijil Juruteknik

    Perindustrian

    b) Diploma Teknologi

    c) Diploma

    Pengajar Vokasional

    Dikeluarkan setelah keputusan disahkan dalam Mesyuarat

    Jawatankuasa Peperiksaan dan Persijilan JTM (MJPP). Disediakan oleh UPP setiap institut Perekodan dan daftar sijil / diploma oleh UPP Simpanan dan kawalan oleh UPP sehingga penyampaian semasa

    Majlis Konvokesyen.

    UPP Ibu Pejabat

  • 50

    Sistem Penilaian CGPA (SPC)

    20.5 Lampiran 5 : SISTEM PENGURUSAN PENILAIAN CGPA ILJTM Sistem Pengurusan Penilaian CGPA ILJTM ini ialah satu perisian yang telah dibangunkan khusus untuk semua peringkat pengajar dan pengurusan dalam penyediaan dan keseragaman laporan-laporan serta keputusan latihan yang dijalankan bermula dari pendaftaran pelajar dan kursus sehinggalah pengeluaran transkrip keputusan latihan dan percetakan peringkat sijil/diploma. Contoh-contoh format dan borang SPC.01 hingga SPC.08, BK-T14-06/BK-T14-07 dan garis panduan penggunaan sistem telah disediakan bagi panduan semua pengajar/pegawai yang terlibat. Sistem ini akan terus digunapakai sehinggalah arahan penggunaan modul penilaian dalam TMS (Training Management System) dikuatkuasakan.

    KandunganPenghargaanLatarbelakang dan ObjektifOrganisasi Latihan Carta Organisasi Bahagian Pembangunan Kemahiran Sumber ManusiaKonsep Latihan ILJTMProgram Latihan Sepenuh MasaTempoh PengajianSyarat-syarat kemasukanStruktur kursusJadual LatihanPenilaian PelajarPeraturan Berkenaan Meniru atau MenciplakYuranBantuan KewanganTanggungjawab Mematuhi PeraturanSenarai Borang-borang Sistem Latihan ILJTMMaklumat dan kaedah menggunakan borang dan dokumenCarta Alir Bagi Proses Sistem Penilaian CGPA (SPC)Lampiran