budaya & pembelajaran.pdf

7
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Sosiobudaya Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas, impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah i. Penerimaan dan layanan yang adil Mengikut Noriati at el mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar. Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai individu yang mempunyai keunikan. Justeru, guru perlu memberi layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar. Guru hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang murid dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid yang tercicir tidak merasa tersisih. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah memperkembang potensi mereka secara optimum. Mereka dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa ada perasaan rendah diri. Menurut Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

Upload: ed-gna

Post on 07-Sep-2015

69 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

BUDAYA & PEMBELAJARAN.pdf

TRANSCRIPT

  • BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

    Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Sosiobudaya

    Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan

    siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam sesebuah kelas. Guru

    juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap

    pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya

    guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek

    budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit

    sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Setelah

    guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,

    impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka

    di sekolah

    i. Penerimaan dan layanan yang adil

    Mengikut Noriati at el mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi,

    tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama akan

    membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar.

    Guru tidak seharusnya melayan pelajar sebagai satu kelompok individu,

    kelompok kelas sosial atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai

    individu yang mempunyai keunikan. Justeru, guru perlu memberi layanan yang

    adil mengikut keperluan individu pelajar.

    Guru hendaklah mengajar tanpa mengira kaum atau status sosial seorang murid

    dengan mewujudkan kumpulan pelbagai kategori supaya murid-murid yang

    tercicir tidak merasa tersisih. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah

    memperkembang potensi mereka secara optimum. Mereka dapat berkomunikasi

    dengan baik antara satu sama lain tanpa ada perasaan rendah diri. Menurut

    Rohand Meighan (1986), Kelas Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup

    atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

  • ii. Strategi pembelajaran yang sesuai.

    Setiap seorang pelajar itu adalah unik. Keunikan mereka tidak sama antara satu

    sama lain. Seorang guru tidak boleh menganggap semua murid boleh belajar

    dengan cara yang sama. Biasanya penyampai seseorang guru itu bergantung

    pada persekitaran tempat tinggal pelajar, status sosioekonomi keluarga dan gaya

    pembelajaran. Guru harus berusaha untuk menolong murid memahami dan

    membentuk nilai, sikap serta tingkah laku yang sesuai. Dengan mengambil kira

    faktor-faktor yang membantu pembelajaran guru dapat menyediakan

    pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan. Menurut Dunn dan Dunn

    (1979), setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Oleh itu, guru

    perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang gaya pembelajaran dan

    bagaimana menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar dengan pengajaran guru

    agar dapat mencapai pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

    Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan

    dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran.

    Menurut Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis

    pelajar berasaskan kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar.

    Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif,

    penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn (1978) mengkategori gaya

    pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsur-unsur asas tetapi

    diklasifikasikan dan diringkaskan kepada empat perkara sahaja berdasarkan

    rangsangan (stimuli)

    iii. Pengurusan bilik darjah

    Pengurusan hal-ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang

    yang ditunjukkan guru dapat menjinakkan mereka, bercakap bahasa lembut,

    menegur dan membetul kesilapan dengan cara berhemah, di samping

    menggunakan segala sifat akan mempercepat proses kecintaan dan kesetiaan

    murid terhadap gurunya. Guru perlu melayan keperluan murid ke arah

    memperkembang potensi mereka secara optimum. Faktor ini mendesak guru

  • menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan

    adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid

    supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan

    tepat.

    http://www.authorstream.com/Presentation/izzyati009-775697-pembentukan-

    persekitaran-pembelajaran-yang-kondusif-2/

    Menurut Noriati A Rashid et al mengurus pelajar yang ramai berlainan latar

    belakang bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai satu komuniti kecil di dalam

    bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan rutin harian

    bilik darjah. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan

    suasana yang terkawal.

    iv. Penglibatan aktif murid

    Lave dan Wenger (1991) mencadangkan supaya seseorang individu akan

    menjadi seseorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam

    penglibatannya. Beliau boleh mengembangkan identitinya serta perasaan

    kepunyaannya terutama sebagai ahli kepada sesuatu kumpulan. Wenger (1998)

    mengembangkan pandangan mengenai pembelajaran melalui penglibatan sosial

    berkenaan. Guru mesti menolong murid membentuk Konsep Kendiri Positif

    supaya mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan perasaan yang seronok.

    v. Aspirasi /Jangkaan guru

    Aspirasi bermaksud cita-cita dan harapan seseorang dalam sesuatu aspek

    kehidupan. Pencapaian akademik adalah satu aspek persekolahan yang tidak

    dapat dipisahkan dari kehidupan pelajar. Bagaimana pencapaian akademik

    pelajar adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Latar

    belakang pelajar adalah faktor yang sering disebut sebagai pengaruh utama

    kepada perbezaan dalam pencapaian akademik yang pelbagai.

  • Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya

    pembelajaran banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran

    dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik

    kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman

    pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan

    tahap serta gaya pembelajaran pelajar mempu memberi pulangan yang cukup

    baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam

    sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi

    pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana

    pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya

    berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.

    Ini kerana tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan

    menyampaikan ilmu pengetahuan. Kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu

    tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama

    pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini

    pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar

    belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, etnik, personaliti,

    bahasa, status ekonomi keluarga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, fizikal,

    tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta

    minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasi dalam kehidupan sebenar.

    http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar,html

    Seseorang guru perlu bijak menangani kepelbagaian tahap pencapaian murid.

    Ini kesan daripada kepelbagaian tahap sosioekonomi mereka. Setiap murid

    mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Seseorang guru perlu bijak dalam

    memotivasikan pelajar untuk menyiapkan kerja rumah dan membuat tugsan

    yang diberikan. Guru perlu menggunakan pelbagai strategi dan teknik yang

    berbeza untuk mengajar dan memberi kefahaman kepada pelajar.

  • vi. Bahasa

    Dalam bidang pendidikan, Akta pelajaran 1961 yang dirangka berasaskan

    Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 menekankan

    penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Penyata Razak

    1956 menyatakan

    Tujuan dasar pelajar di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan

    budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu

    peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa

    Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walau pun perkara ini tiada

    dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan

    beransur-ansur. (Penyata Razak, perenggan 12, 1956)

    Penggunaan bahasa merangkumi penggunaannya secara betul dan jitu di dalam

    dan di luar bilik darjah. Contohnya, di dalam kelas sebaik-baiknya hendaklah

    menggunakan bahasa kebangsaan kerana memudahkan proses pengajaran dan

    pembelajaran walaupun terdapat pelbagai kaum di dalam kelas tersebut supaya

    satu persekitaran yang kondusif dapat terbentuk.

    Menurut Syed Ismail Syed Mustapa (2012) aspek bahasa harus diberi

    pertimbangan yang sewajarnya oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai

    kaum pastilah menyebabkan berlakunya dialek bahasa yang sedikit sebanyak

    akan memberi impak kepada pembelajaran. Jurang yang berlaku akibat daripada

    penggunaan bahasa dialek haruslah dielakkan.

  • Penggunaan bahasa yang Standard akan memberi peluang sama rata kepada

    murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti Pembelajaran Faktor ini

    mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan

    bilik darjah, dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan

    budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang

    betul dan tepat.

    Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid

    kadang kala mengambil masa yang agak lama. Apabila berlaku perubahan ke

    arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih.

    vii. Pelbagai kaedah pembelajaran

    Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

    mengikut tahap pencapaian murid. Guru juga perlu memberi tunjuk ajar untuk

    mengatasi masalah akademik murid yang lemah melalui pelbagai kaedah yang

    sesuai seperti penganjuran kem-kem motivasi dan sebagainya. Masa pengajaran

    dapat digunakan semaksimumnya untuk melakukan banyak aktiviti yang

    merangsangkan minda. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan kata-kata

    bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (Sense Humour).

    Guru juga perlu menghormati murid-murid, bersikap adil, hukuman berbentuk

    deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan

    murid dengan guru akan renggang serta memberi teguran umum berbentuk

    nasihat tetapi bukan leteran. Guru perlu bertanggungjawab untuk membentuk

    komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari

    pelbagai Sosio-Budaya.

    KESIMPULAN

    Negara Malaysia mempunyai pelbagai budaya dan sosiobudaya yang berbeza

    antara satu sama lain. Kepelbagaian masyarat ini memerlukan usaha berterusan

    untuk membentuk masyarakat yang saling memahami antara satu sama lain.

    Khususnya apabila berlaku pertembungan budaya antara setiap kumpulan.

    Dalam proses tersebut melibatkan peringkat integrasi antara kaum. Proses ini

  • adalah bertujuan menyatupadukan pelbagai kelompok masyarakat dengan

    menghilangkan perbezaan identiti. Proses ini juga merujuk kepada penyatuan

    kelompok yang berbeza latar belakang dan menjadi satu entiti yang terikat oleh

    norma dan nilai serta kepentingan bersama.

    Sebagai seorang pendidik sudah menjadi tanggungjawab guru untuk

    membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik dan

    sosial. Guru perlu mengkaji dan memahami sosiobudaya setiap pelajar untuk

    memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran supaya tidak ada murid yang

    merasa tersisih. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah

    memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap

    pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan.