pelancongan budaya

30
Dasar Pelancongan Budaya Dasar Pelancongan Budaya Mohd. Ghazali Abdullah ABSTRAK Kertas ini membentangkan satu pendekatan budaya sebagai produk pelancongan. Lazimnya sesuatu bangsa itu mendatangi rantau yang berlainan ras untuk melihat dan merasai kelainan amalan budaya dan cara hidup di tempat itu. Kelainan budaya dapat menimbulkan pengalaman baru tentang keunikan budaya ras atau bangsa itu. Di samping itu faktor-faktor lain seperti keindahan alam, perubatan, sukan dan riadah, tidak dinafikan menjadi penentu pelancong mendatangi sesuatu tempat itu. Dalam budaya pelancong mahu menikmati budaya pentas dan budaya harian. Kedua-dua jenis budaya ini saling melengkapi untuk disajikan kepada pelancong sebagai produk atau penawaran kepada pelancong. Kata Kunci: pelancong, budaya pentas, budaya harian, pelancongan budaya. Pengenalan Terdapat perkaitan erat antara pelancongan dengan budaya. Selain daripada alam semula jadi, produk budaya juga menjadi objek tarikan kehadiran seseorang pelancong ke sesuatu destinasi. Pelancong adalah seseorang pelawat yang datang dari luar tempat yang dilawatinya, manakala produk budaya pula adalah objek tarikan yang terdapat di tempat yang dilawatinya itu. Produk budaya tersebut adalah bentuk -bentuk budaya tempatan. Bentuk- bentuk budaya tempatan merujuk kepada budaya benda dan budaya bukan benda. Budaya benda merujuk kepada budaya hasil ciptaaan manusia yang mempunyai nilai dan kegunaan dalam komuniti itu. Budaya bukan benda merujuk kepada amalan, sistem kepercayaan, pemikiran, nilai-nilai yang tidak bersifat benda, malah lebih bersifat akal-budi dan rohani. Kebelakangan ini penelitian perkaitan antara pelancongan dengan budaya tempatan lebih memberi tumpuan terhadap impak pelancongan kepada pembangunan budaya tempatan. Sebahagian pengkaji meneliti tentang pertembungan antara pelancong dengan budaya tempatan lebih cenderung untuk melihat kesan negatif pelancongan kepada budaya (King 1993: 29). Namun begitu, terdapat kajian-kajian lain seperti yang dikemukakan oleh 225 Aswara Bab 10.pmd 225 10/6/2009, 9:02 AM

Upload: aril-eles

Post on 12-May-2017

341 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

Mohd. Ghazali Abdullah

ABSTRAK

Kertas ini membentangkan satu pendekatan budaya sebagai produk pelancongan. Lazimnya sesuatu bangsa itu mendatangi rantau yang berlainan ras untuk melihat dan merasai kelainan amalan budaya dan cara hidup di tempat itu. Kelainan budaya dapat menimbulkan pengalaman baru tentang keunikan budaya ras atau bangsa itu. Di samping itu faktor-faktor lain seperti keindahan alam, perubatan, sukan dan riadah, tidak dinafikan menjadi penentu pelancong mendatangi sesuatu tempat itu. Dalam budaya pelancong mahu menikmati budaya pentas dan budaya harian. Kedua-dua jenis budaya ini saling melengkapi untuk disajikan kepada pelancong sebagai produk atau penawaran kepada pelancong.

Kata Kunci: pelancong, budaya pentas, budaya harian, pelancongan budaya.

Pengenalan

Terdapat perkaitan erat antara pelancongan dengan budaya. Selain daripada alam semula jadi, produk budaya juga menjadi objek tarikan kehadiran seseorang pelancong ke sesuatu destinasi. Pelancong adalah seseorang pelawat yang datang dari luar tempat yang dilawatinya, manakala produk budaya pula adalah objek tarikan yang terdapat di tempat yang dilawatinya itu. Produk budaya tersebut adalah bentuk -bentuk budaya tempatan. Bentuk-bentuk budaya tempatan merujuk kepada budaya benda dan budaya bukan benda. Budaya benda merujuk kepada budaya hasil ciptaaan manusia yang mempunyai nilai dan kegunaan dalam komuniti itu. Budaya bukan benda merujuk kepada amalan, sistem kepercayaan, pemikiran, nilai-nilai yang tidak bersifat benda, malah lebih bersifat akal-budi dan rohani. Kebelakangan ini penelitian perkaitan antara pelancongan dengan budaya tempatan lebih memberi tumpuan terhadap impak pelancongan kepada pembangunan budaya tempatan.

Sebahagian pengkaji meneliti tentang pertembungan antara pelancong dengan budaya tempatan lebih cenderung untuk melihat kesan negatif pelancongan kepada budaya (King 1993: 29). Namun begitu, terdapat kajian-kajian lain seperti yang dikemukakan oleh

225

Aswara Bab 10.pmd 225 10/6/2009, 9:02 AM

Page 2: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

McKean (1976) yang menunjukkan bahawa pelancongan juga boleh membawa kesan yang sebaliknya. Untuk membuktikan hakikat itu, mereka mengemukakan contoh budaya orang Bali dan orang Toraja di Sulawesi. Pelancongan telah memberi manfaat kepada budaya tempatan tersebut dari segi kewangan, galakan dan semangat baru serta rasa bangga terhadap budaya mereka sendiri. Walau apapun kesannya, dapatlah dikatakan bahawa pertembungan para pelancong, khususnya pelancong asing dengan budaya tempatan telah mewujudkan hubungan yang saling berkaitan antara keduanya. Hubungan itu pula membawa pengintegrasian budaya tempatan ke dalam budaya kebangsaan (Kagami 1993). Persoalan inilah juga yang mahu diketengahkan dalam kajian ini.

Bidang Kajian

Sesuai dengan tema yang mahu diketengahkan itu, maka kajian ini bolehlah dikategorikan sebagai kajian tentang pelancongan budaya. Pada pandangan Victor T. King (1992: 30), penelitian terhadap perkaitan antara pelancongan dengan budaya tempatan lazimnya dibuat secara mudah iaitu melihat untung-ruginya ataupun perbezaan antara manfaat dengan keburukan yang diperolehi oleh penduduk tempatan dan budaya mereka akibat pelancongan. Meskipun beliau tidak menolak perspektif seperti itu tetapi membayangkan bahawa realiti perkaitan tersebut lebih kompleks daripada untung-rugi itu. Pertama sekali persoalan tentangnya adalah bergantung kepada definisi budaya yang digunakan; skala, keadaan dan tempoh kegiatan pelancongan; konteks tempat dan waktu kajian yang dilakukan; ciri-ciri komuniti tempatan dan pelancong; tanggapan dan harapan pelancong dan keadaan interaksi antara orang tempatan dengan pelancong. Di samping mencadangkan perspektif yang lebih terbuka, King juga mengingatkan tentang apa yang pernah disebut oleh Abd. Kadir Din (1990: 331) bahawa tidak begitu mudah untuk melihat peranan pelancongan dari sudut yang luas.

Untuk mengelak kekusutan perbincangan akibat penggunaan sudut pandangan yang luas dan juga tidak melupakan pendapat tentang kerencaman fenomena pelancongan seperti yang dinyatakan di atas, maka bidang kajian ini memberi perhatian kepada dua aspek yang utama, iaitu objek (produk) budaya yang disediakan dan impak pelancongan ke atas produk. Kedua-dua aspek itu tidak dilihat dalam keadaan statik, sebaliknya dilihat sebagai suatu proses yang kedua-dua aspek tersebut, iaitu budaya

226

Aswara Bab 10.pmd 226 10/6/2009, 9:02 AM

Page 3: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

tempatan dan pelancongan saling berkaitan sehingga terjadi dinamika kepada budaya tempatan. Dalam proses yang demikian kadang-kadang budaya tempatan berkembang menjadi budaya kebangsaan ataupun mengucup dan lenyap.

Kajian tentang impak langsung pelancongan ke atas budaya tempatan bukanlah suatu bidang yang baru (Kagami 1996; King 1992). Umpamanya. Setelah patung itu dikomersialkan kepada para pelancong, ia tidak lagi objek yang kudus, sebaliknya berkembang sebagai cenderamata. Pada satu pihak, ukiran kayu itu berkembang dan pada pihak yang lain, fungsi tradisionalnya telah berubah. Walau bagaimanapun kajian itu agak kecil kerana tertumpu kepada satu produk budaya pada satu komuniti sahaja. Bidang kajian tesis ini dikira lebih lebar daripada itu kerana ia mahu melihat pelbagai produk budaya pada satu lokaliti yang lebih besar, iaitu sebuah negeri.

Produk budaya yang diketengahkan dalam kajian ini diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu budaya harian dan budaya pentas. Budaya harian ialah budaya yang berkaitan dengan kegiatan harian sesuatu masyarakat yang menarik perhatian pelancong. Budaya pentas pula ialah yang sengaja dipentaskan untuk tujuan tontonan pelancong. Produk yang terhasil dalam kedua-dua bentuk budaya ini saling lengkap melengkapi di antara satu dengan lain. Produk tersebut juga ada yang boleh dijual terus kepada pelancong dan ada yang hanya menjadi daya tarikan kepada pelancong mengunjungi sesebuah destinasi. Produk yang langsung boleh dijual ialah seperti barangan ukiran, kraftangan dan pakaian, manakala yang menjadi daya tarikan ialah persembahan, kemesraan dan cara hidup.

Produk budaya pentas ialah seperti persembahan budaya yang diadakan bertujuan untuk dipasarkan kepada pelancong. Persembahan itu diadakan pada waktu-waktu dan di tempat-tempat tertentu sahaja. Budaya harian lebih merujuk kepada perlakuan harian para anggota masyarakat. Kehidupan harian yang mempunyai ciri-ciri tersendiri lazimnya turut menjadi daya tarikan pelancong yang datang dari luar. Meskipun budaya harian itu pada umumnya boleh diamati oleh pelancong, tetapi kegiatan harian itu turut menghasilkan objek-objek budaya seperti pakaian dan kraf yang boleh dibeli oleh pelancong. Lokaliti kajian mempunyai kedua-dua jenis budaya di atas. Malah kehadiran pelancong kepada lokaliti berkenaan dianggarkan berpunca daripada kewujudan produk budaya tersebut.

Sesuai dengan perkara yang dikaji di atas, maka para pelancong yang menjadi tumpuan utama dalam kajian ini ialah pelancong

227

Aswara Bab 10.pmd 227 10/6/2009, 9:02 AM

Page 4: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

antarabangsa. Tumpuan kepada pelancong antarabangsa ini penting kerana ketibaan mereka lebih merupakan kehadiran orang asing yang boleh dianggap tidak pernah melihat produk budaya berkenaan. Selain kepentingan mereka kepada keupayaan ekonomi negara dalam konteks tukaran wang asing, ia juga merupakan pertembungan dua budaya yang berbeza, iaitu budaya tempatan dengan budaya luar. Pertembungan sebegini sudah tentu boleh melahirkan reaksi tertentu yang pula memberi kesan kepada budaya tempatan. Namun begitu, pelancong dalam negeri turut diambil kira kerana ia juga merupakan sebahagian daripada industri pelancongan negara dan kehadiran mereka kepada lokaliti berkenaan juga ada berkait dengan budaya tempatan.

Sebagaimana yang dibahaskan oleh Kagami (1996) dan Sarnsorn (1996) tentang sokongan yang disumbangkan oleh pelancongan kepada perkembangan budaya di Indonesia dan di Thailand, maka hal yang sama berlaku di Malaysia. Dalam konteks lokaliti kajian ini, boleh dikatakan bahawa perkembangan ataupun setidak-tidaknya kelangsungan beberapa bentuk budaya tempatan, terutamanya budaya pentas berlaku kerana potensinya sebagai produk yang boleh dijual kepada pelancong. Oleh kerana potensi itu juga, ia bukan sahaja dihidup dan dikembangkan sebagai budaya tempatan tetapi juga telah diangkat ke taraf kebangsaan. Tegasnya, sesetengah bentuk budaya pentas tersebut tidak lagi menjadi milik lokaliti asalnya tetapi telah dikembangkan di paras kebangsaan terutama sekali di Kuala Lumpur, iaitu ibu negara.

Dengan itu, kajian ini juga menyoroti pengintegrasian budaya tempatan ke dalam budaya kebangsaan. Pengintegrasian itu berlaku selain didorong untuk pembinaan negara, ia juga didorong oleh tuntutan industri pelancongan. Industri pelancongan negara bukan sahaja memerlukan produk budaya untuk dipasarkan kepada pelancong seperti yang diperkatakan di atas, tetapi juga memerlukan imej tertentu bagi mempromosikan destinasi dan produk pelancongan. Seperti yang dibahaskan oleh Kagami (1996) dalam kes Indonesia yang lebih menekankan kepentingan pelancongan berbanding dengan dasar pembinaan negara, maka hal yang sama boleh berlaku di negara ini.

Bidang kajian tesis ini bukanlah terhad kepada impak pelancongan ke atas produk budaya tetapi juga impak ke atas dasar budaya tempatan dan kebangsaan. Penelitian sebegini dirasakan lebih baik kerana ia bukan sahaja mengemukakan pemerian tentang perkembangan (atau kemerosotan) bentuk-bentuk budaya tempatan tetapi juga menjelaskan artikulasi antara pelancongan, sebagai agen luaran dengan dasar budaya

228

Aswara Bab 10.pmd 228 10/6/2009, 9:02 AM

Page 5: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

tempatan. Ringkasnya, bidang kajian ini bukan sahaja bersabit dengan penjualan produk budaya kepada pelancong tetapi juga tentang pengaruh pelancongan terhadap dasar budaya negara yang menjadi destinasinya.

Pelancongan sebagai satu industri yang sedang berkembang pesat hari ini sewajarnya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas negara-negara mundur dan sedang membangun. Negara-negara tersebut menganggap bahawa kehadiran para pelancong dari negara maju seperti Amerika Utara, Eropah Barat dan Jepun boleh dijadikan sumber ekonomi yang penting untuk pembangunan negara. Negara-negara mundur dan sedang membangun itu pula dari segi sejarahnya adalah bekas tanah jajahan negara-negara maju tersebut. Dengan itu pelancongan boleh juga dilihat sebagai suatu bentuk baru kehadiran kolonial atau apa yang disebut ‘neo-colonial’ dan kehadiran sebegini tentunya memberi impak yang tidak kurangnya berbanding dengan waktu kolonial dahulu (Palmer 1994). Persoalan ini turut disentuh dalam kajian ini.

Tujuan Kajian

Terdapat beberapa tujuan kajian ini dilakukan. Pertama ialah untuk memperlihatkan budaya tempatan baik budaya pentas mahupun budaya harian yang menjadi produk yang boleh dijual dan daya penarik pelancong. Dalam waktu yang sama mahu dilihat sejauh manakah kemampuan dan kekuatan produk tersebut di samping melihat kesan pelancongan ke atas perkembangan ataupun kemerosotannya.

Kedua, kajian ini juga bertujuan menilai peranan kerajaan negeri dan pusat dalam mempromosikan produk budaya tersebut sebagai faktor tarikan pelancong. Dalam hal ini, tumpuan diberikan kepada agensi yang berkaitan seperti Pejabat Kebudayaan Negeri dan Pusat Penerangan Pelancongan. Agensi-agensi ini ditubuhkan untuk memelihara, mengembang dan mempromosikannya. Penilaian ini juga termasuk terhadap dasar agensi berkenaan dalam bidang masing-masing.

Ketiga, kajian ini mahu meneliti perhubungan antara pelancong antarabangsa dengan masyarakat tuan rumah. Kajian ini menyedari bahawa sektor pelancongan membawa kesan positif dan negatif kepada masyarakat tuan rumah. Permasalahan tersebut adalah di luar daripada batasan kajian ini memandangkan isu kesan ini terlampau luas serta memerlukan kajian tersendiri. Oleh itu kajian ini hanya menyentuh secara sepintas lalu isu ini.

229

Aswara Bab 10.pmd 229 10/6/2009, 9:02 AM

Page 6: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

Konsep-konsep Kajian

Terdapat beberapa konsep penting yang digunakan dalam kajian ini. Konsep-konsep itu ialah pelancongan, pelancongan budaya, budaya harian, budaya pentas. Penjelasan ini dirasakan perlu untuk memberi gambaran yang jelas tentang isu atau persoalan kajian ini.

Pelancongan

Pada dasarnya pelancongan berkait dengan ruang, waktu dan wang kerana ia melibatkan perjalanan untuk melancong. Pelancongan menurut Mathieson dan Wall (1991:1) melibatkan beberapa aspek iaitu pergerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang dilakukan selama tinggal di destinasi tersebut, dan kemudahan yang disediakan untuk keperluan mereka. Kesemua aspek itu akan melibatkan ruang, waktu dan perbelanjaan. Tegasnya, pelancongan melibatkan masa lapang dan kewangan. Tanpa masa lapang dan kewangan yang mencukupi, pelancongan tidak boleh berlaku. Oleh hal yang demikian pelancongan boleh dianggap sebagai kegiatan golongan yang mampu atau yang mempunyai cukup tabungan untuk tujuan ini. Seseorang yang melancong lazimnya untuk mendapatkan hiburan dan kerehatan dari tekanan pekerjaan seharian, yang seringkalinya bersifat rutin dan membosankan.

Pada awalnya, pelancongan adalah kegiatan golongan aristokrat, iaitu golongan kaya, berkedudukan dan mempunyai waktu lapang yang banyak. Mereka melancong untuk beristirahat dan berekreasi. Perkembangan industri dan kemunculan masyarakat moden membolehkan rakyat biasa (massa) mengubah taraf sosioekonomi mereka sehingga mereka juga berpeluang untuk mempunyai masa dan wang yang boleh digunakan untuk melancong. Sistem pekerjaan ekonomi moden sama ada di dalam sektor perkilangan, pentadbiran dan perkhidmatan mempunyai masa senggang seperti cuti mingguan dan cuti tahunan. Semasa cuti itulah mereka melancong melepas penat dari bebanan kerja seharian.

Pelancong

Crompton (1979) mendefinisikan pelancong sebagai orang yang membuat perjalanan dari tempat ia tinggal ke suatu destinasi yang jaraknya sekurang-kurang 50 batu dengan berbagai tujuan seperti beristirahat dan

230

Aswara Bab 10.pmd 230 10/6/2009, 9:02 AM

Page 7: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

urusan peribadi kecuali berulang-alik ke tempat kerja. World Tourism Organisation (WTO 1981) mendefinisikan pelancong sebagai sesiapa yang tinggal di suatu tempat tanpa mengira kewarganegaraan, membuat perjalanan ke tempat lain bagi satu tempoh sekurang -kurangnya 24 jam atau bermalam untuk sesuatu tujuan selain daripada aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan atau upah. Definisi ini telah diperbaharui (WTO 1993) dengan menambah bahawa pelancong adalah mereka yang tinggal di luar kawasan kediaman mereka secara berterusan tetapi kurang dari satu tahun untuk tujuan berhibur, berniaga atau tujuan-tujuan lain.

Berdasarkan definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa pelancong ialah mereka yang mengembara ke luar kawasan tempat tinggal mereka antara jangka waktu sehari semalam sehingga setahun. Para pengembara tersebut dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pelancong domestik dan pelancong antarabangsa. Pelancong domestik ialah mereka yang melakukan perjalanan dalam negeri yang sama, iaitu tidak melibatkan penyeberangan sempadan negara. Pelancong antarabangsa ialah mereka yang terlibat dengan keluar-masuk sesebuah negara asing.

Tourism Development Corporation (TDC 1976) mendefinisikan pelancong antarabangsa sebagai seseorang yang melawat sesebuah negara lain dengan apa-apa sahaja tujuan kecuali untuk bekerja (upah) dari negara yang dilawatinya. WTO (1981) mendefinisikan pelancong antarabangsa sebagai individu yang berasal dari sesebuah negara dan memasuki negara tanpa niat untuk migrasi, memperolehi pekerjaan di negara yang di lawati, wakil diplomatik atau sebagai anggota tentera dan pelarian. Mereka yang mempunyai tujuan-tujuan berikut iaitu untuk bercuti, melawat kawan dan keluarga, menjalankan perniagaan termasuk persidangan, rekreasi, rawatan perubatan, adat istiadat, keagamaan, belajar, sukan dan transit ke negara lain yang dikategori sebagai pelancong. Dalam kategori itu juga termasuk pekerja kapal laut dan kapal terbang yang berhenti sementara, pedagang atau peniaga asing termasuk juruteknik yang bertugas untuk memasang jentera atau peralatan. Golongan lain ialah pekerja yang diutus untuk menjalankan tugas oleh badan-badan antarabangsa. Definisi WTO tersebut mempunyai persamaan dengan apa yang ditakrifkan oleh BarOn (1984).

Pelancongan Budaya

Konsep pelancongan budaya telah dibincangkan dengan baik oleh Greg Richards (1996). Perbincangan yang dikemukakan di sini adalah

231

Aswara Bab 10.pmd 231 10/6/2009, 9:02 AM

Page 8: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

berdasarkan kepada perbahasan beliau tersebut. Sebelum ini telahpun dijelaskan pengertian pelancong dan pelancongan yang merujuk kepada perjalanan atau lawatan seseorang ke satu-satu tempat (destinasi) tertentu dalam jangka waktu yang tertentu. Perkara yang agak rumit ialah untuk mentakrifkan konsep budaya kerana ia mempunyai ratusan takrifan dan setiapnya berbeza-beza pula (Kroeber dan Kluckhohn 1963) . Walau bagaimanapun Tomlinson mencadangkan bahawa pengertian budaya perlu ditumpukan kepada maksud budaya yang digunakan sebenarnya. Penggunaan itu mengikut beliau dapat dibahagi dua iaitu budaya sebagai proses dan budaya sebagai produk.

Budaya sebagai proses adalah pendekatan yang digunakan dalan antropologi dan sosiologi. Ia merujuk kepada peraturan atau tatacara sesebuah kumpulan sosial. Kumpulan sosial itu mungkin sebuah komuniti, masyarakat dan negara atau kumpulan tertentu seperti kumpulan ‘pelancongan massa’. Umpamanya Urry (1990) menggunakan istilah budaya pelancongan massa. Budaya sebagai produk digunakan dalam kritikan kesusasteraan. Dari segi genre ini, budaya dianggap sebagai produk yang muncul daripada kegiatan orang perseorangan ataupun kumpulan. Produk itu pula mempunyai makna tertentu. Sebuah karya sastera yang dihasilkan oleh seorang pengarang terkenal dikelaskan sebagai produk budaya tinggi dan sebuah drama televisyen pula dikelaskan sebagai karya budaya rendah.

Dalam penelitian budaya biasa seperti yang dilakukan oleh seorang ahli etnografi ataupun seorang pengkritik sastera, kedua-dua pendekatan di atas jarang bertindih. Namun demikian dalam penyelidikan pelancongan, kedua-dua pendekatan itu semacam wujud perkaitan. Budaya sebagai proses ialah tujuan pelancong mencari keaslian dan makna melalui pengalaman pelancongan. Kehadiran para pelancong pula membawa kepada penciptaan manisfestasi budaya khusus untuk penggunaan pelancong. Inilah yang dikatakan budaya sebagai produk. Ringkasnya, budaya sebagai proses diubah melalui pelancongan kepada budaya sebagai produk ( Richard 1996: 21). Dengan itu juga MacCannell (1976: 25) telah menggunakan istilah ‘pengeluaran kebudayaan’ untuk menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas. Beliau juga berpendapat pelancongan adalah bidang yang ideal untuk meneliti hakikat pengeluaran kebudayaan tersebut.

Walau bagaimanapun hakikat produk budaya adalah terlalu luas dan istilah pelancongan kebudayaan telah digunakan untuk menerangkan penggunaan kesenian, tinggalan sejarah, cerita rakyat dan manifestasi budaya yang lain oleh para pelancong. Definisi pelancongan kebudayaan

232

Aswara Bab 10.pmd 232 10/6/2009, 9:02 AM

Page 9: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

yang berbagai itu pada pendapat Bonink (1992) boleh dibahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu pertama pendekatan tapak dan monumen. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada pemerian jenis-jenis tempat tarikan pelancongan. Pendekatan ini secara jelas didasarkan kepada takrifan budaya sebagai produk. Pada pandangan Richard (1992: 22) pendekatan ini berguna untuk kajian kuantitatif tentang pelancongan budaya kerana agak senang untuk mengenal pasti, mengira dan menemu duga pelawat tempat-tempat tarikan pelancong budaya. Pada waktu yang sama pendekatan ini agak menyempitkan pandangan tentang aktiviti dan motivasi pelancong budaya kerana ia menghadkan analisisnya kepada tempat yang khusus. Satu senarai tipikal jenis tempat atau kawasan yang dianggap menarik pelancong budaya telah dikeluarkan oleh ECTARC (1989). Tempat-tempat tersebut ialah tapak arkeologikal dan muzium; seni bina (runtuhan, bangunan terkenal, seluruh bandar); kesenian, ukiran, kraf galeri, perayaan dan peristiwa; muzik dan tarian (klasikal, lisan, semasa); drama (teater, filem, pelakon drama); bahasa dan sastera; perayaan keagamaan; dan budaya-budaya primitif. Perkara-perkara di atas secara jelas berorientasikan kepada konsep budaya sebagai produk dan juga ‘budaya tinggi’, tetapi bukan kepada budaya sebagai proses.

Pendekatan kedua ialah boleh dinamakan pendekatan konseptual. Konseptual definisi pelancongan budaya cuba memerihalkan tujuan dan makna yang ada pada aktiviti pelancongan. Umpamanya sebagai contoh, McIntosh dan Goeldner (1986) mendefinisikan pelancongan budaya sebagai merangkumi ‘semua aspek pengembaraan yang melibatkan pengembara mempelajari sejarah dan warisan orang lain atau cara hidup dan pemikiran semasa mereka’. Dengan perkataan lain, para pelancong budaya belajar tentang produk dan juga proses budaya orang lain. Wood (1984) pula melihat ‘budaya sebagai kontektual yang peranannya ialah membentuk pengalaman suatu situasi pelancong secara umum tanpa tumpuan khusus ke atas keunikan suatu budaya yang khusus’. Ia berlawanan dengan pelancongan etnik yang menekankan kepada keunikan jati diri budaya kelompok tertentu.

Masalah mengintegrasikan kedua-dua pendekatan di atas untuk mendefinisikan pelancongan budaya diselesaikan oleh WTO (1985) dengan menggunakan dua definisi. Pertama, definisi sempit iaitu memasukkan semua pergerakan orang yang bermotivasi budaya seperti pelancongan untuk belajar, menonton persembahan kesenian dan menikmati budaya, pengembaraan ke tempat perayaan dan peristiwa budaya yang lain, melawat tempat dan monumen dan mengembara untuk belajar tentang alam semula jadi, cerita rakyat dan kesenian dan juga

233

Aswara Bab 10.pmd 233 10/6/2009, 9:02 AM

Page 10: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

pengunjungan ke tanah (tempat) suci. Sungguhpun definisi ini cuba meluaskan apa yang terdapat pada tempat dan monumen di atas, tetapi ia masih merupakan satu senarai aktiviti yang lazim dilakukan oleh para pelancong dan ia juga masih tertumpu kepada budaya tinggi. Definisi kedua, iaitu definisi yang lebih luas dengan merangkumi ‘semua pergerakan orang … yang ingin memuaskan kepelbagaian keinginan, meningkatkan taraf budaya individu dan pengetahuan, pengalaman dan pertembungan’. Definisi ini tidak begitu berguna kerana ia terlalu umum dan tidak menyediakan asas bagi menentukan apa sebenarnya kegiatan budaya.

Salah satu faktor penting pelancaran Projek Penyelidikan Pelancongan Budaya oleh ATLAS (European Association for Tourism and Education) pada tahun 1991 ialah masalah takrifan pelancongan budaya. Kedua-dua pendekatan, iaitu berasaskan kepada budaya sebagai produk dan juga sebagai proses telah digunakan dalan projek penyelidikan ini. Definisi yang dipakainya ialah yang telah dikemukakan oleh Irish Tourist Board (ITB) yang mengatakan bahawa pelancongan budaya ialah pengembaraan yang dilakukan dengan niat sebahagian atau seluruhnya untuk meningkatkan apresiasi seseorang tentang sumber-sumber budaya Eropah (Richards 1996: 23). Definisi pelancongan budaya ATLAS sekarang ialah pergerakan seseorang kepada tarikan budaya di luar kawasan kediamannya dengan niat mendapatkan maklumat dan pengalaman untuk memenuhi keperluan budayanya. Definisi ini memberi penekanan kepada motivasi pelancong kerana di dalam motivasi itu terdapat unsur pembelajaran. Unsur ini dianggap ciri utama kepada pelancongan budaya. Unsur ini juga membezakan antara pelawat biasa dengan pelancong budaya.

Walau bagaimanapun kebelakangan ini persoalan pelancongan dan budaya sebagai dua entiti sosial yang terasing semakin kabur. Malah terdapat beberapa orang sarjana seperti MacCannell dan Urry cenderung untuk menyatukan kedua-dua konsep di atas. Bagi MacCannell, kesemua pelancongan adalah sebuah pengalaman budaya, manakala Urry pula mengatakan pelancongan adalah budaya (Richard 1996: 25). Sungguhpun pandangan ini boleh diterima tetapi ianya terlalu umum. Pengertian yang terlalu umum sebegini tidak begitu berguna untuk menjadi kerangka analisis kerana ia tidak membezakan aktiviti pelancongan yang pelbagai itu. Secara lebih khusus, pelancongan budaya dapat disimpulkan sebagai pergerakan seseorang ke tempat-tempat tarikan budaya sama ada budaya itu ‘tinggi’ mahupun ‘rendah’ demi untuk mendapat pengetahuan, pengalaman dan menguatkan daya apresiasinya.

234

Aswara Bab 10.pmd 234 10/6/2009, 9:02 AM

Page 11: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

Budaya tinggi adalah budaya yang dikaitkan dengan penduduk kota, golongan bangsawan yang kenal huruf dan berkuasa. Bentuk-bentuk budaya tinggi ialah seperti sastera bertulis, muzik klasik dan artifak yang bermutu tinggi dan halus. Budaya rendah adalah budaya rakyat yang tinggal di luar kota tidak berkuasa dan buta huruf. Budaya mereka lebih kasar dan sederhana. Walau bagaimanapun, dalam konteks budaya Melayu terlalu sukar untuk membuat pembahagian jelas antara budaya tinggi dengan budaya rendah (Wan Abdul Kadir 1995). Secara umum budaya antara golongan bangsawan dan rakyat terdapat percampuran. Umpamanya persembahan makyung atau wayang kulit dikongsi oleh golongan istana dan rakyat. Untuk memudahkan penjelasan, dalam pembahagian bentuk-bentuk budaya dalam kajian ini digunakan konsep budaya harian dan budaya pentas.

Budaya Harian dan Budaya Pentas

Budaya harian merujuk kepada “the scenes of everyday life that can be readily observed by tourists in their natural setting” (Kadir 1997: 111). Dengan perkataan lain ia adalah budaya yang menjadi amalan atau kebiasaan dalam kehidupan sesuatu komuniti atau masyarakat. Kebiasaan itu tidak semestinya dilakukan setiap hari kerana ada amalan yang dilakukan apabila timbul keperluan seperti upacara dan perayaan. Tegasnya budaya harian ialah kegiatan harian anggota komuniti seperti kegiatan menangkap ikan di laut bagi komuniti nelayan atau bersawah bagi komuniti tani dan kegiatan-kegiatan lain seperti politik, agama, kenduri-kendara dan upacara. Amalan harian tersebut adalah berbagai-bagai mengikut corak kehidupan sesebuah komuniti berkenaan. Komuniti pedalaman mempunyai pola kehidupan harian yang berbeza dengan komuniti bandaran.

Budaya pentas merujuk kepada: “contrived staged presentations which are specifically prepared for the tourist” (Kadir 1997: 111). Sungguhpun konsep pentas digunakan di sini tetapi ianya tidak hanya terhad kepada bentuk-bentuk budaya yang dipentaskan di panggung, di dewan atau dipentas khas seperti persembahan teater dan tarian tetapi juga bentuk budaya yang dipersembahkan tanpa pentas seperti kenderaan kereta lembu yang mengelilingi bandar. Budaya pentas tidak semestinya kegiatan kehidupan harian komuniti kerana terdapat amalan yang kini telah ditinggalkan seperti menggunakan kereta lembu untuk pengangkutan. Ia diadakan secara sengaja semata-mata untuk dipersembahkan kepada pelancong. Dengan itu terdapat bentuk-bentuk budaya pentas yang tidak

235

Aswara Bab 10.pmd 235 10/6/2009, 9:02 AM

Page 12: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

lagi menjadi kegiatan harian. Dalam konteks yang sama, muzium juga dapat dimasukkan ke dalam budaya pentas kerana ia mempersembahkan pelbagai bentuk artifak budaya untuk menarik perhatian pelawat. Selain muzium, bangunan-bangunan bersejarah, istana, kubur bersejarah, persembahan kesenian dan pesta dapat dianggap sebagai budaya pentas.

Kerangka Teori

Sebagaimana pelancongan itu sendiri, fenomena pelancongan budaya pada dasarnya adalah berkait dengan kehadiran para pelancong dari negara maju, iaitu Barat (Amerika Utara dan Eropah) atau disebut juga negara Dunia Pertama ke negara-negara bukan Barat atau negara Dunia Ketiga. Kehadiran mereka itu diandaikan bahawa mereka tertarik kepada bentuk-bentuk budaya tempatan yang mereka anggap masih lagi asli dan unik. Sehubungan dengan itu, negara -negara bukan Barat tersebut dalam usaha mempromosikan pelancongan sebagai sektor ekonomi utama negara mereka telah menonjolkan produk-produk budaya sebagai daya tarikan para pelancong Barat tersebut. Fenomena inilah yang dianggap sebagai pergantungan budaya dalam industri pelancongan.

Pergantungan budaya adalah suatu konsep baru yang diketengahkan. Ianya terbit daripada keinginan beberapa orang sarjana seperti Bryden (1977), Turner dan Ash (1976) dan Perez (1975) untuk menjelaskan cengkaman pengaruh budaya Barat ke atas negara-negara Dunia Ketiga, khususnya negara-negara di Amerika Latin. Walau bagaimanapun sehingga sekarang konsep atau teori pergantungan lebih merujuk kepada aspek ekonomi dan politik tetapi tidak kepada pergantungan budaya. Pergantungan budaya adalah pengembangan lanjut konsep pergantungan ekonomi tersebut. Oleh itu, untuk menjelaskan teori pergantungan budaya ada baikmya diteliti terlebih dahulu konsep pergantungan ekonomi dan politik yang menjadi titik-tolak kepadanya.

Teori pergantungan dibangunkan oleh tokoh -tokoh seperti Fernando Henrique Cardoso, Theotonio dos Santos dan Osvaldo Sunkel (Valenzuela dan Valenzuela (1979). Namun demikian nama Andre Gunder Frank lebih terkenal daripada mereka kerana karya Frank telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris. Para ahli sosiologi di atas membahaskan bahawa pembangunan sesebuah rantau atau negara hanya boleh difahami dengan mengaitkan keterikatannya ke dalam sistem ekonomi-politik dunia yang muncul bersama gelombang penjajahan Eropah. Sistem global itu dianggarkan mempunyai ciri

236

Aswara Bab 10.pmd 236 10/6/2009, 9:02 AM

Page 13: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

ketidaksamaan pembangunan meskipun bersepadu antara dua bahagian yang berbeza. Satu bahagian dinamakan ‘pusat’ dan bahagian lain dinamakan ‘pinggir’. Seperti kata Sunkel dan Paz:

A fundamental working hypothesis … for the explanation of the process of change in Latin America is to consider underdevelopment as part of the global historical process of development. Both underdevelopment and development are aspects of the same phenomenon, both are historically simultaneous, both are linked functionally and, therefore, interact and condition each other mutually. This results … in the division of the world between industrial, advanced or ‘central’ countries, and underdeveloped, backward or ‘peripheral’ countries (Valenzuela dan Valenzuela 1979: 44).

Bahagian pusat atau dikenali juga sebagai metropolis dianggap lebih dinamik pembangunannya dan pihak yang mendapat keberuntungan dalam hubungan global itu. Pada satu pihak yang lain, iaitu bahagian pinggir, pembangunannya berada dalam kekangan akibat terikat ke dalam sistem global itu dan tuntutan pengadaptasiannya kepada keperluan bahagian pusat. Keadaan inilah yang membuat negara mundur tersebut berada dalam kepergantungan. Santos mengungkapkan pergantungan itu seperti berikut:

Dependency is a situation in which a certain number of countries have their economy conditioned by the developed and expansion of another … placing the dependent countries in a backward position exploited by the dominant countries (Valenzuela dan Valenzuela 1979: 44).

Pembangunan yang tidak serata dan pergantungan bahagian pinggir kepada bahagian pusat bermula semenjak abad ke- 16 lagi apabila kapitalis menjadi sistem ekonomi dunia yang utama. Dalam sistem kapitalis itu dan hari ini industri pelancongan adalah sebahagian daripadanya, negara-negara maju (industri) menjadi penentu kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara mundur melalu modal, kepakaran, pengurusan dan dasar. Negara mundur yang juga dikenali sebagai satelit menjadi tempat pelaburan dan pengeksploitasian negara metropolis. Oleh kerana sebahagian besar keuntungan pelaburan dan pengeksploitasian itu dialirkan semula ke negara metropolis menyebabkan negara satelit terus menerus bergantung kepadanya.

Dominasi ekonomi negara-negara metropolis itu, akhirnya membawa

kepada penguasaan politik mereka ke atas negara-negara satelit.

237

Aswara Bab 10.pmd 237 10/6/2009, 9:02 AM

Page 14: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

Tambahan pula, pada umumnya negara-negara satelit itu adalah bekas tanah jajahan mereka. Kemerdekaan negara-negara satelit itu hanya melepaskannya daripada penjajahan langsung, tetapi secara tidak langsung masih dikuasai oleh negara bekas kolonial mereka. Hakikat inilah yang diistilahkan sebagai neo-kolonialisme (Lowenthal 1972; Palmer 1994).

Seandainya dapat diterima pandangan yang dikemukakan oleh para pendokong teori pergantungan ekonomi dan politik di atas, maka sudah tentu dapat juga diterima hakikat kewujudan pergantungan budaya. Ekonomi, politik dan budaya adalah tiga sub-sistem yang mendirikan sesebuah masyarakat (Terray 1962; White 1949). Ketiga-tiga sub-sistem itu saling bergantungan dan berkait antara satu dengan yang lain. Perubahan yang berlaku pada satu sub-sistem akan melibatkan sub-sistem yang lain. Oleh itu pandangan yang dikemukakan oleh Erisman (1983: 339) bahawa teori pergantungan harus melewati parameter ekonomi sehingga ke perbatasan budaya adalah wajar. Malah beliau mengemukakan contoh pelacuran yang merupakan salah satu daya tarikan pelancong di kepulauan West Indies untuk menguatkan hujahnya itu. Kegiatan pelacuran bukan semata-mata persoalan ekonomi tetapi juga menyangkut persoalan nilai dan kepercayaan. Nilai dan kepercayaan adalah aspek budaya. Namun demikian tidak banyak sarjana yang mendalami anjuran Erisman di atas.

Dengan itu juga, makalah yang dikemukakan oleh Erisman (1983) dalam Annals of Tourism Research bolehlah dianggap satu -satunya tulisan yang terperinci dan sistematik tentang pergantungan budaya. Perbahasan tentang teori pergantungan budaya yang dikemukakan di sini adalah didasarkan kepada makalah beliau tersebut.

Erisman memulakan perbincangan teori pergantungan budaya dengan mengemukakan definisi budaya yang digunakan oleh ahli-ahli sains politik, iaitu Almond dan Powell (1966) dan Lucian W. Pye (1966) yang melihat budaya dari sudut sikap, norma, nilai dan kepercayaan yang dimiliki oleh para anggota sesebuah masyarakat. Definisi sebegini sebenarnya melihat budaya dari sudut ideasional (Kessing 1981; 68). Unsur-unsur ideasional tersebut seperti nilai dan kepercayaan menjadi asas kepada pembentukan makna dan peraturan hidup. Sebagaimana kata Goodenough (1961: 522) bahawa budaya menyediakan ‘standards for deciding what is, … fordeciding what can be, … for deciding how one feels about it, … for deciding what to do about it, and …deciding how to go about doing it’.

Salah satu ciri budaya ialah ia diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui proses sosialisasi. Sosialisasi ialah proses

238

Aswara Bab 10.pmd 238 10/6/2009, 9:02 AM

Page 15: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

pembelajaran budaya secara langsung dan tidak langsung seseorang kanak-kanak untuk melengkapkan dirinya menjadi anggota masyarakatnya (Ember dan Ember 1996: 582). Pembelajaran secara langsung ialah suatu usaha yang sengaja diadakan untuk membudayakan seseorang, manakala secara tidak langsung pula sebaliknya. Tindakan kerajaan mengawal sistem pendidikan dan media massa bolehlah dianggap usaha sengaja dan ia adalah jenis pembudayaan (sosialisasi) secara langsung. Contoh sosialisasi secara tidak langsung ialah seperti kempen-kempen galakan yang diadakan dari masa ke semasa.

Bertolak daripada definisi budaya itu, maka pergantungan budaya dapatlah ditakrifkan sebagai keadaan di mana sikap, norma, nilai dan kepercayaan yang memberi peraturan dan makna kepada sesebuah masyarakat itu ditentukan oleh budaya luaran yang akhirnya terbentuk hubungan budaya yang bersifat dominan dan subordinat. Budaya dominan ialah budaya masyarakat metropolis dan budaya subordinat pula budaya masyarakat satelit (Erisman 1983: 342). Ataupun, dalam istilah Goodenough di atas, pergantungan budaya itu wujud apabila kebakuan (standard) pilihan yang dibuat oleh para anggota sesebuah masyarakat ditentukan oleh budaya luar. Pergantungan budaya itu adalah juga sama seperti pengantungan ekonomi/politik, iaitu budaya satelit bergantung kepada budaya metropolis. Pergantungan ini wujud disebabkan ‘stimuli’ utama pembangunan budaya satelit datang dari luar.

Apabila sesebuah masyarakat satelit didominasi oleh masyarakat metropolis dalam ketiga-tiga sub-sistem, iaitu ekonomi, politik dan budaya maka masyarakat berkenaan memasuki fasa pergantungan yang komprehensif. Pada ketika ini, tanpa mengira masyarakat itu merdeka atau tidak, ia adalah sebuah daerah yang dijajah. Lowenthal (1972) membahagikan fasa pembangunan pergantungan kepada dua. Fasa pertama ialah wujud pergantungan ekonomi yang terjadi akibat daripada ikatan sejarah penjajahan, penerimaan bantuan luar ataupun bebanan hutang negara. Pada fasa ini juga, pergantungan politik muncul selaras dengan pendominasian ekonomi tersebut. Fasa kedua pergantungan ialah apabila komponan budaya metropolis seperti nilai dan norma diterima pakai secara meluas di negara satelit. Keadaan ini berlaku apabila proses sosialisasi di negara satelit menjadikan budaya negara metropolis sebagai model rujukan, uumpamanya untuk ‘hidup seperti orang Amerika’ atau ‘menjadi orang Barat’ (Erisman 1983, 345).

Erisman juga telah mengemukakan empat perspektif untuk melihat pergantungan budaya. Perspektif-perspektif itu ialah trickle down, komoditisasi, penggodaan massa dan perhambaan kulit hitam.

239

Aswara Bab 10.pmd 239 10/6/2009, 9:02 AM

Page 16: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

Perspektif trickle down memberi perhatian kepada peranan budaya kelompok dominan (elit) tempatan yang telah terikat dengan budaya metropolitan. Umpamanya persekitaran metropolis yang diwakili oleh segelintir anggota masyarakatnya telah membentuk koloni Yankee di setiap pulau di Caribbean. Budaya dan gaya hidup koloni Yankee itu menjadi model kepada elit Indian Barat. Elit tersebut pula dikatakan menjadi ikutan kepada orang ramai. Setiap orang yang ingin memajukan dirinya, menjadikan elit tersebut sebagai petunjuk kepada kebakuan (standard) yang perlu diikuti. Elit tempatan semacam broker budaya. Mereka menyebarkan kepada massa idea dan tabiat asing yang pula dapat dilihat dengan jelas dalam sektor pelancongan. Oleh itu, pelancongan dianggap sebagai alat atau agen pensosialisasian ke arah mewujudkan pergantungan budaya.

Perspektif ini sangat mekanistik sifatnya kerana ia mengandaikan bahawa tidak ada penentangan di kalangan elit tempatan terhadap cara hidup Barat sehingga pelancongan dapat memberi kesan yang sama untuk semua anggotanya. Pada realiti, terdapat kelompok yang membenci Amerika Utara dan lebih condong kepada budaya kebangsaan. Di sebalik tanggapan tentang kewujudan kelompok elit yang akur kepada metropolis, terdapat juga kelompok yang bersifat nasionalistik. Kelompok nasionalistik itu juga turut dicontohi oleh sebahagian penduduk kepulauan tersebut. Tambahan pula elit yang bergantung kepada budaya metropolis itu sering kali terpisah dengan massa sehingga wujud jarak sosial yang luas antara mereka dengan massa. Dalam keadaan ini sudah tentu mereka tidak dapat bertindak sebagai petunjuk yang menitiskan budaya asing itu kepada orang ramai.

Perspektif komoditisasi bertolak daripada hakikat bahawa kegiatan pelancongan di Caribbean adalah dikawal oleh para kapitalis Amerika Utara. Para pengusaha itu, seperti rakan sejawat mereka di mana-mana– mempunyai satu keinginan – memaksimakan keuntungan dengan menjual produk kepada seramai mungkin pengguna dan dalam waktu yang sama mengurangkan kos operasi serendah mungkin. Ringkasnya, kepulauan tersebut dilihat tidak lebih daripada barangan yang boleh dijual kepada pelancong. Dengan menyedari bahawa etos kapitalis telah menyerap ke dalam industri pelancongan dan industri itu pula meluas di kepulauan Caribbean, perspektif ini menyimpulkan bahawa kesan pelancongan massa ialah menarik masyarakat kepulauan itu ke dalam kerangka kapitalis global Amerika Syarikat. Akhirnya ideologi kapitalis pusat meresap dan menjadi dominan di Caribbean. Dominasi ideologi itu mempengaruhi interaksi sosial dan mengubah pandangan tentang sejarah

240

Aswara Bab 10.pmd 240 10/6/2009, 9:02 AM

Page 17: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

dan tradisi budaya mereka. Erisman mengemukakan contoh kajian yang dibuat oleh Forster (1964) dan Cohen (1977) yang memperlihatkan bahawa tradisi lama telah berubah. Contoh perubahan itu ialah hubungan sosial yang biasa bertukar menjadi hubungan yang bersifat wang. Upacara tradisi dan perayaan keagamaan telah menjadi separa kudus dan dipakejkan sesuai untuk kegunaan pelancong. Untuk menjelaskan itu Erisman mengutip pendapat Perez (1975: 26) yang menyatakan:

The very culture passes into dependency on tourist patronage. Art, music, dance and literature become the patrimony of an expanding tourist economy, In the process, artistic expression in the West Indies loses its integrity and, indeed, its relevance to the West Indian experience …. In this sense, culture does not function in its historical role as an agent of national unity precisely because of its inability to assume and maintain viable national proportions(Erisman 1983: 353)

Kesemua dalam budaya seperti sejarah, seni, muzik dan kemesraan orang ramai adalah barangan yang boleh dijual-beli. Justeru itu, pelancongan telah menjadi penentu kepada budaya dan perkembangan di kepulauan tersebut. Di samping perubahan budaya kepada barangan, Cohen juga menyebut tentang ‘kebakuan kemudahan’ seperti terdapat dalam operasi industri pelancongan. Beliau memberi contoh rangkaian hotel seperti Holiday Inns yang hampir sama di mana-mana sahaja. Kebakuan itu juga adalah petanda kewujudan pergantungan budaya.

Perspektif penggodaan massa hampir sama dengan perspektif trickle down. Perbezaan antara keduanya ialah perspektif penggodaan massa menganggap kesan industri pelancongan terkena kepada semua orang yang mempunyai kontak dengannya. Umpamanya di bahagian timur Caribbean, terdapat pergaulan yang meluas antara pelancong dengan penduduk tempatan. Tabiat dan gaya hidup yang dipersembahkan oleh para pelancong telah dijadikan sebagai gambaran tentang kehidupan biasa orang Amerika.

Gambaran ini sudah tentu suatu yang ideal tetapi bukan realitinya. Para pendokong perspektif ini merasakan bahawa ramai orang Indian Barat yang tidak mempunyai pengalaman peribadi dan keterangan yang lengkap, menyamakan apa sahaja yang berkaitan pelancongan dengan orang Amerika. Tabiat dan gaya hidup para pelancong itu dengan penduduk tempatan, sudah tentu suatu yang mengiurkan. Akibatnya mereka mula meniru tabiat berpakaian, makanan dan yang lebih penting ialah nilai orang Amerika, terutamanya etika kepenggunaan sebagai

241

Aswara Bab 10.pmd 241 10/6/2009, 9:02 AM

Page 18: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

panduan kepada tabiat sosial mereka. Pada tahap ini, mereka telah terjatuh ke dalam perangkap pergantungan budaya. Mereka telah digoda sehingga hilang identiti nasional dan kebanggan budaya sendiri.

Pergantungan itu menjadikan penduduk pulau-pulau tersebut menjadi terputus daripada akar Caribbean mereka, sehingga tidak terdaya menyumbangkan apa-apa bagi mengatasi kemelut sosio ekonomi mereka. Pada masa yang sama mereka gagal untuk diterima masuk ke dalam masyarakat metropolitan. Para pelancong pulang kepada realiti asal mereka, manakala penduduk tempatan terus tinggal dalam impian mengingini kehidupan yang lebih baik sehingga mereka semakin sukar untuk membebaskan diri daripada pergantungan itu.

Perspektif penggodaan massa ini juga mempunyai kelemahan kerana kerelevanannya bergantung kepada saiz penduduk yang terlibat. Sekiranya penduduk yang terlibat agak kecil, maka kadar kekuatan penggodaan agak terhad. Dengan itu ia gagal menjadi fenomena massa. Masalah yang lebih besar daripada itu yang dihadapi oleh perspektif ini ialah keterlupaannya kepada semangat nasionalisme yang boleh melemahkan daya godaan budaya asing itu. Gerakan pembebasan dan usaha memiliknegarakan pelaburan asing adalah bukan sahaja desakan ekonomi dan tindakan politik tetapi juga mempunyai unsur budaya. Angin semangat nasionalisme di Dunia Ketiga telah bertiup kencang selepas Perang Dunia II. Satu demi satu negara-negara itu bebas daripada penjajahan. Hakikat ini dengan sendiri mencairkan kerelevanan perspektif penggodaan massa.

Gagasan terakhir yang dicadangkan oleh Erisman untuk melihat pergantungan budaya ialah perspektif perhambaan kulit hitam. Perspektif ini muncul daripada persoalan ras yang terdapat dalam perdagangan pelancongan di Caribbean. Perspektif ini bertolak daripada dua realiti pelancongan di sana. Pertama, pelancongan sebagai industri perkhidmatan sentiasa menuntut mereka yang terlibat dengannya bertolak-ansur kepada pelanggan. Kedua, semua pelancong yang datang ke sana adalah orang kulit putih dan orang tempatan yang melayan mereka, terutama di peringkat bawahan adalah orang kulit hitam. Perspektif ini juga mengandaikan bahawa masyarakat Amerika Syarikat selalunya bersifat perkauman dan komuniti Anglo masih menjadi pentakrif peranan yang patut dimainkan oleh orang bukan kulit putih. Pelancong Amerika tidak meninggalkan sikap tersebut ketika melancong, malah ketika melancong itulah mereka boleh bertindak lebih kasar kepada orang kulit hitam. Mereka menganggap berhak berkelakuan demikian kerana mereka membayar perkhidmatan berkenaan. Dengan itu, sama

242

Aswara Bab 10.pmd 242 10/6/2009, 9:02 AM

Page 19: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

ada secara sedar atau tidak sedar, orang kulit hitam menduduki taraf yang lebih rendah dan ini menjadikan mereka bergantung secara budaya kepada metropolis.

Pelancongan telah dilihat sebagai alat menanam semula sikap perkauman dan ketuanan orang kulit putih yang wujud zaman kolonial lalu. Kelemahan perspektif ini ialah ia tidak mengambil kira tentang keengganan penduduk Indian Barat menerima kedudukan yang rendah itu. Kedudukan tersebut adalah suatu yang dipaksakan ke atas mereka. Malah, dapat dianggapkan bahawa tidak mungkin semudah itu mereka menyerahkan harga diri mereka kepada kehendak pelancong. Dengan itu perspektif ini kurang meyakinkan.

Sungguhpun kajian yang mendalam tentang fenomena pergantungan budaya di kepulauan Caribbean belum dilakukan, namun Erisman berpendapat bahawa secara terpendam hubungan budaya yang tidak serata itu wujud. Pelancongan massa dipercayai boleh mewujudkan pergantungan budaya. Kesemua perspektif di atas adalah angggapan dan tidak satu pun telah diuji (Erisman 1983: 359-460). Dianggarkan bahawa perspektif komoditisasi dan penggoda massa lebih berpotensi bagi menghuraikan pergantungan budaya dalam konteks pelancongan.

Untuk menjelaskan pelancongan budaya yang menjadi persoalan kajian ini, perspektif komoditisasi akan diaplikasikan kerana ia dianggap lebih sesuai. Penyediaan produk budaya dan perkembangan budaya di Malaysia kelihatan lebih condong ke arah proses komoditisasian, umpamanya seperti yang dibahaskan oleh Couilard dalam kajiannya tentang ukiran kayu orang Jah Hut di Pahang. Komoditisasi bukan sahaja berlaku ke atas produk pelancongan tetapi juga turut mempengaruhi dasar-dasar budaya sama ada pada paras tempatan mahupun nasional. Perkara-perkara di atas akan diperkatakan dalam bab-bab akan datang.

Isu-isu dalam Kajian Pelancongan Budaya

Pelancongan walaupun satu disiplin atau bidang ilmu yang muda berbanding dengan disiplin yang lain tetapi penulisan dan kajian tentangnya boleh dikatakan agak meluas juga (Cooper et al. 1998: 4). Hal tersebut berlaku kerana bidang ini melibatkan pelbagai disiplin ilmu seperti ekonomi, geografi, antropologi, sains politik, sosiologi dan psikologi (Nash 1977: 9). Untuk membincangkan kesemua tulisan dan kajian itu adalah di luar bidang kajian dan kemampuan pengkaji. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang tulisan dan kajian tersebut adalah lebih tertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan pelancongan budaya.

243

Aswara Bab 10.pmd 243 10/6/2009, 9:02 AM

Page 20: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

Sebagaimana dinyatakan di bahagian perbahasan konsep pelancongan budaya bahawa antara tulisan yang baik dalam hal ini ialah buku yang disunting oleh Greg Richards (1996) yang berjudul ‘Cultural Tourism in Europe’. Di bahagian awal buku ini diterangkan konsep dan skop pelancongan budaya. Richards juga membahaskan pelancongan dalam konteks-konteks sosial, ekonomi dan dasar. Bahagian seterusnya perbincangan pelancongan budaya di dasarkan kepada negara tertentu seperti Belgium, Denmark, Perancis dan Greek. Perkara-perkara yang turut disentuh dalam perbincangan itu ialah aspek pemasaran, penawaran, strategi, dasar dan pembangunan pelancongan budaya di negara yang dikaji itu.

Suatu hal lain yang relevan dengan bidang kajian ini yang dikemukakan dalam perbincangan pelancongan budaya di atas ialah tentang Acara Bandaraya Budaya Eropah atau European Cultural Capital Event. Pelancaran projek ini yang dimulai oleh bandaraya Athens pada tahun 1983 adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan penduduk Eropah melalui ekspresi budaya. Bandaraya-bandaraya di Eropah bergilir-gilir setiap tahun mengadakan acara ini untuk menonjolkan ciri-ciri budaya masing -masing. Matlamat akhir projek ini ialah untuk menarik para pelancong ke bandaraya berkenaan. Tahun Melawat Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1990 telah menggunakan konsep tersebut.

Sebagaimana suntingan buku di atas, tulisan tentang pelancongan dan budaya pada umumnya lebih banyak berbentuk makalah sama ada yang diterbitkan dalam buku ataupun jurnal seperti Annals of Tourism Research. Jurnal ini telah menerbitkan keluaran khusus berkait dengan produk budaya dengan pelancongan di bawah tajuk Heritage and Tourism (volume 23, bilangan 2, 1996); Pilgrimage and Tourism(volume 19, bilangan 1, 1992); dan Tourist Arts (volume 20, bilangan 1, 1993). Di dalam keluaran-keluaran tersebut dibincangkan tentang tapak sejarah, bandar lama dan tempat suci (keagamaan), muzium, lombong lama dan kraftangan. Perkara yang hampir sama tetapi lebih tertumpu kepada rantau Asia Pasifik telah dibicarakan di bawah Cultural Heritage and Tourism. Penelitian itu lebih tertumpu kepada produk budaya dan ‘budaya tinggi’.

Perbincangan perkaitan antara isu budaya dengan pelancongan yang berkait dengan Malaysia, Indonesia dan Thailand ialah beberapa makalah yang termuat dalam Tourism and Cultural Development in Asia and Oceania (Yamashita et al. 1997). Antara makalah-makalah itu ialah yang ditulis oleh Kadir H. Din, Heather Zeppel, Shinji Yamashita,

244

Aswara Bab 10.pmd 244 10/6/2009, 9:02 AM

Page 21: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

Haruya Kagami dan Nuan Sarnsorn. Kadir membahaskan tentang kesan pelancongan ke atas budaya tempatan dari beberapa segi seperti kesenian, bahasa dan makanan.

Pelancongan memang memberi sumbangan ke arah perkembangan kesenian dengan adanya permintaan terhadap kraf dan seni ukir. Dari segi bahasa dan makanan kelihatan pengaruh asing begitu menonjol seperti penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi pelancong dengan orang tempatan. Zeppel, Yamashita, Kagami dan Sornsorn pada dasarnya membentangkan perbincangan tentang produk budaya tempatan yang boleh dikembangkan atau dipasarkan kepada pelancong. Yamashita dan Kagami mengemukakan huraian tentang budaya di Indonesia, Zeppel tentang budaya rumah panjang di Sarawak dan Sornsorn pula tentang pesta cahaya di Thailand. Perbincangan tersebut menunjukkan bahawa budaya telah menjadi suatu tarikan pelancong yang penting selain keindahan alam semula jadi. Bentuk-bentuk budaya tempatan yang ada itu boleh dibangunkan sehingga menjadi produk nasional.

Selain makalah dalam buku di atas, Kadir juga telah menulis beberapa makalah tentang pembangunan pelancongan di Malaysia dalam konteks etnik dan budaya (1983; 1989; 1996) . Dalam makalah-makalah tersebut beliau menyebut tentang kewujudan pelbagai etnik yang bukan sahaja menjadi sumber kekayaan budaya tetapi juga masalah dalam pengagihan kegiatan ekonomi, termasuklah kegiatan dalam sektor pelancongan yang pula berkait dengan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Beliau juga turut menimbulkan isu kegagalan Islam untuk mencorakkan budaya pelancongan di Malaysia meskipun agama itu menggalakkan pengembaraan dan budaya layan diri (hospitaliti).

Selain Kadir, tulisan Victor T. King juga turut menyentuh tentang budaya dan pelancongan di Malaysia. Beliau telah menyunting sebuah buku tentang Pelancongan di Borneo “Tourism ini Borneo” (1992). Buku ini mengandungi sejumlah makalah yang membincangkan ekonomi dalam pelancongan, pelancongan budaya di kalangan masyarakat Iban, rumah panjang, orang utan sebagai eco pelancongan dan muzium. Antara penulis yang membincangkan tentang pelancongan budaya ialah King, Kadir, Zeppel dan Caslake.

King, sebagai ahli antropologi lebih banyak memberi penekanan kepada aspek budaya dalam perbincangannya. Bagi beliau, kepelbagaian etnik dan budaya serta kekayaan sejarah selain keindahan alam semula jadi di Malaysia merupakan daya tarikan kepada para pelancong. Para pelancong yang tertarik kepada ‘budaya tinggi’ boleh melawat muzium

245

Aswara Bab 10.pmd 245 10/6/2009, 9:02 AM

Page 22: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

dan tapak-tapak sejarah, manakala pelancong yang ingin melihat ‘budaya rendah’ boleh menyaksikan pesta budaya (1993).

Wan Hashim (1988) yang melihat kebudayaan dalam dua aspek iaitu material dan non -material. Tetapi kedua -dua aspek ini mempunyai perkaitan yang rapat kerana aspek material lahir daripada aspek non-material iaitu pemikiran dan kreativiti. Beliau membuktikan bahawa kebudayaan menjadi pendorong kepada pelancong berdasarkan kepada sejarah kerana tinggalan sejarah diklasifikasikan sebagai budaya. Ini dapat dibuktikan di Mesir pelancong ke sana untuk melihat keindahan seni ukir piramid, Spinx dan candi-candi Firaun di Luxor. Soviet Union yang kaya dengan bangunan masjid dan madrasah di Bukhara dan Samarkand menggambarkan kebesaran tamadun Islam zaman lampau. India dengan kecantikan bangunan Taj Mahal, Jawa dengan candi Borobudur dan Prambanan dan sebagainya menjadi daya tarikan yang amat unik kepada pelancong.

Rujukan

Alexander, E.P. (1979). Museums in Motion. Nashville: American Association for State and Local History.

Almond, Powell (1966). Comparative Politics: A Developmental Approach. Boston: Little, Brow & Co.

Bailey, K.D. (1992). Kaedah Penyelidikan Sosial. Terj. Hashim Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

BarOn, R.R.V. (1984). Tourism Terminology and Standard Definitions. The Tourism Review. USA. 39 (1): 2-4.

Bartolin, M.T.A. dan Maiztegui- Onate, C. (1996). Cultural Tourism In Spain. dlm. Richards, G. (Ed.) Cultural Tourism in Europe. Wallingford: CAB. International. hal. 267-282.

Bascom, W.W. (1976). Changing African Art, dlm. Graburn, N.H. Ethnic and Tourism Art: Cultural Expressions from the fourth World.Beduley. University of California Press. hal. 303-319.

Bauer, M. (1996). Cultural Tourism In France. dlm. Richards, G. (Ed.) Cultural Tourism In Europe. Wallingford: CAB. International. hal. 147-164.

Bhatia, A.K. (1983). Tourism Development: Principal and Practices. Sterling Publisher Private Limited.

Bonnink, C. (1992). Cultural Tourism Development and Government Policy. MA. Dissertation. Rijksuniversiteit Utrecht.

246

Aswara Bab 10.pmd 246 10/6/2009, 9:02 AM

Page 23: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

Bonnink, C. dan Richards, G. (1992). Cultural Tourism in Europe. Centre for Leisure and Tourism Studies, University of North London.

Boorstin, D.J. (1961). The Image: A Guide to Pseudo Events in America. New York: Harper & Row.

Bracey, H.E. (1970). People and the Countryside. London: Louthedge & Kegan Paul.

Bryden, John (1977). Tourism and Development: A Case Study of Commonwealth Caribbean. Cambridge: Cambridge University Press.

Burkart, A.J. dan Medlik, S. (1974). Tourism – Past, Present and Future. London: Heinemann.

Bywater, M. (1993). The Market for Cultural Tourism in Europe. dlm.Travel and Tourism Analyst 6. hal. 30-46.

Caploritz, D. (1983). The Stases of Social Research. New York: John Wiley & Sons.

Cohen, E. (1974). Who is a tourist? A conceptual clarification,Sociological Review, 22, 727-553.

Cohen, E. (1979). A phenomenology of tourist & Experiences dlm. Sociology 13 hal. 179- 202.

Cohen, E. (1993) . Open-ended prostitution as a skilful game of luck: opportunity, risk and security a mong tourist-oriented postitutes in a Bangkok Soi dlm. Tourism in South East- Asia (Ed.). King, V.C. dan Parnwell, M. J.G. London. Routledge. hal. 155-178.

Cooper et.al. (1998) . Tourism: Principles & Pratice. London: Logman. Costa, P. dan Borg. J. van der (1996). Cultural Tourism in Italy. dlm.

Richards, G. (Ed.) Cultural Tourism In Europe. Wallingford: CAB. International. hal. 215-232.

Couillard, M. (1980). Tradition in Tourism: Carving in a Jah Hut Community. Universiti Sains Malaysia: Penang.

Crompton, J. (1979). Motivations for pleasure vacation dlm. Annals of Tourism Research 6, hal. 408-424.

Crystal, E. (1977). Tourism in Torojo (Sulawesi, Indonesia) dlm. Smith, V.L. (Editor) Hosts and Guests the Anthropology of Tourism. Pennsylvaria: University of Pennsylvania Press. hal. 109-176

Curado, H. de Carralho (1996) . Cultural Tourism in Portugal. dlm. Richards, G. (Ed.) Cultural Tourism In Europe. Wallingford: CAB. International. hal. 249-266.

de Kadt, E. (1979). Tourism-Passport to Development? New York: Oxford University Press.

247

Aswara Bab 10.pmd 247 10/6/2009, 9:02 AM

Page 24: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

Deitch, L.I. (1977). The Impact of Tourism upon the Arts and Crafts of the Indians of the Southtern United States. dlm. Smith, V.L. (Ed.)Hosts and Guests The Anthropology of Tourism. Pennsylvania. University of Pennsylvania Press. hal. 173-184.

ECTARC (1989). Contribution to the Drafting of a charter for Cultural Tourism. Wales: European Center for Traditional and Regional Cultures.

Erisman, H. Michael (1983). Tourism and Culture Dependency in the West Indies dlm. Annals of Tourism Research 3: 337-361.

Foley, M. (1996). Cultural tourism In The United Kingdom. dlm. Richards, G. (Ed.) Cultural Tourism in Europe. Wallingford: CAB. International. hal. 283-310).

Forster, John (1964). The Sociological Consenquences of Touism dlm.International Journal of Comparative Sociology 5(2): 217-227.

Francillion, G. (1975). Tourism in Bali its aconomic and socio cultural impact: three points of view. dlm. International Social Science

Journal, 27: hal. 723-752.Ghulam Sarwar Yuosof (1992). Panggung Semar – Aspect of

Traditional Malay Theatre. Petaling Jaya: Tempoh Publishing.Gold, R.L. (1971). Rotes in Sociological Observations. dlm. Franklin

B.J.(Ed.) Research Methods: Issues and Insights. California: Wadsworth Publishing.

Graburn, N.H.H. (1977). Tourism: The Sacred Journey. dlm. Smith, V.L. (Ed.) Hosts and Guests The Anthropology of Tourism. Pennsylvania: University of Pennsylvania Press. hal. 17-32.

Greenwood, D.J. (1977). Cultural by the Pound: An Anthropological Perpective on Tourism as Culture Commoditization. dlm. Smith, V.L. (Ed.) Hosts and Guests The Anthropology of Tourism. Pennsylvania: University of Pennsylvania Press. hal. 129-138.

Groenendael, Victoria M. Clara van (1987). Dalang Disebalik Wayang. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti.

Gunder Frank, Andre (1966). Lumpen-Bourgeoisie and Lumper-Development: Dependence Class and Politics in Latin America. New York: Monthly Review Press.

Hotmann, Norbert (1979). A Survey of Tourism in Mest Malaysia and some Socio-Economic Implications. Singapore: ISEAS, Reaseach Notes and Discussion. No. 13.

Inskeep, Edward (1996). Perancangan Pelancongan: Pendekatan Pembangunan Bersepadu dan Berkekalan (terj.) Che Elainee

248

Aswara Bab 10.pmd 248 10/6/2009, 9:02 AM

Page 25: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

Che Hassan dan Norlida Abd. Halim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Irish Tourist Board (1988). Inventory of Cultural Tourism Resources In the Member.

Ismail Yusoff (2000). Nik Aziz: Antara Pemikiran Islam dan Penglibatan Politik dlm. Pemikir, Oktober-Disember. Utusan Melayu & ISIS.

Jafari, J. (1992). Cultural Tourism and Regional Development. dlm.Annals of Tourism Research 19. hal. 576-577.

Kadir H. Din (1990). Bumiputera Entrepreneurship in the Penang - Langkawi Tourist Industry. Thesis Ph.D. University of Hawaii.

Kadir H. Din (1997). Tourism and Cultural Development in Malaysia: Issues for a New agenda. Dlm. Tourism and Cultural Development in Asia and Oceania. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kadir H. Din (1982). Tourism in Malaysia: Competing Needs in a Plural Society. dlm. Annals of Tourism Research. Vol. 9. hal. 453-480.

Kadir H. Din (1988a). Tourism in Malaysia: Competing Needs in a Plural Society. dlm. Annals of Tourism Research. Vol. 9. hal. 453-480. Social and Cultural Impacts of Tourism. dlm. Annals of Tourism Research. Vol. 15. hal. 563-566.

Kadir H. Din (1988b). Keusahawanan Bumiputra dalam Industri Pelancongan di Cherating dan Pulau Tioman. Kertas Kadangkala bil. I (tidak diterbitkan).

Kadir H. Din (1989). Towards on Intergrated Approach to Tourism Development: Observations from Malaysia. dlm. Tej Vir Singh, H.L. Theuns and Frank M. Go, (eds) Towards Atternative Tourism: The Case of Developing Countries, Frankfurt: Peter Lang, hal. 181-204.

Kadir H. Din. (t.t.) Kebudayaan dan Pembudayaan dalam Industri Pelancongan. Kertas tidak diterbitkan.

Kadir H. Din (1997). Arkeo-Pelancongan: Merentas Ruang dan Masa dlm. Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abd. Rahman, Mohamed Mokhtar Abu Bakar, Ahmad Hakimi Khairuddin & Jazamuddin Baharuddin. 1987). Pembangunan Arkeologi Pelancongan Negeri Pahang. Pekan. Lembaga Muzium Negeri Pahang. Hal. 17-25.

Kalogeropoulou, H. (1996). Cultural Tourism In Greece. dlm. Richards, G. (Ed.). Cultural Tourism In Europe. Wallingford: CAB. International. hal. 183-196

249

Aswara Bab 10.pmd 249 10/6/2009, 9:02 AM

Page 26: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

King, V. T. (1993). Tourism and Culture in Malaysia. dlm. Tourism in South East Asia (Ed.) King, V.C. and Parnwell, M.J.G. London: Routledge. hal. 99-116.

Krause, W., Donald, G. dan Hyman, J. (1973). International Tourism and Latin America Development. Bureau of Business Research. USA. 17(1): 408-418.

Kroeber, A.L. dan Khuckhohn, C. (1963) . Culture - A Critical Review of Concepts And Definistions. New York: Vintage Books.

Kuppusamy, R. (1991). Pembangunan Industri Pelancongan di Kelantan: Masalah dan Prospek. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Langemeyer, A. dan Roth, P. (1996). Cultural Tourism in Germany. dlm. Richards, G (Ed.) Cultural Tourism In Europe. Wallingford: CAB. Internatioal. hal. 165-185.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (1993-1997). Laporan Tahunan 1993-1997. Kuala Lumpur.

MacCannell, D. (1976). The Tourist: A New Theory of the Leisure Class. London: Macmillon.

MacIntosh. R.W. and Goeldner, R. (1986). Tourism: Principles, Practises, Philosophies. New York: Wilay and Sons.

MacKenzie, M. (1977). The davian art of tourism: airport art. dlm. Farrell, B.H. Social and Economic Impact of Tourism on Pacific Communities. Santa Cruz. Pusat Pengajian Pasifik Selatan. University of California. hal. 83-85.

Matheison, A. dan Wall, G. (1991). Pelancongan: Impak Ekonomi, Fizikal dan Sosial (terj.) Kadir H. Din. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matusky, Patricia (1993). Malaysian Shadow Play and Music: Continuity of an Oral Tradition. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

May, R.J. (1977). Tourism and the artifect in Papua New Guinea. dlm. Finney, B.R. dan Watson, A.A. New Kind of Sugar: Tourism in the Pacific. Santa Cruz: Pusat Pengajian pasifik Selatan, University of California. hal. 125-133.

McKean, P. F. (1977). From purity to Pollution? A symbolic from in trasition: the Balinese Ketjak. dlm. Becker, A. dan Yengoyen, A. (Ed.) The World Imagination of Reality: Symbol Systems in South East Asia. Tuscon: University of Arizona Press. hal. 293-302.

McKean, P.F. (1977b). Towords a Theoretical Analysis of Tourism: Economic Dualism and Cultural Involution in Bali dlm. Smith, V.L.

250

Aswara Bab 10.pmd 250 10/6/2009, 9:02 AM

Page 27: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

(Ed.). Hosts and Guests. Pennsylvania University of Pennsylvania Press. hal. 93-108.Munsters, W. 1996. Munsters, W. 1996.

McKean, Philip (1976). Tourism, Culture Change and Culture Conservation in Bali dlm. Banks, D. J. (editor), Changing identities, Practices and Philosophies. Ohio: Grid Inc.

Md. Din bin Jusoh (1983). Seni Ukir: Satu Kajian Umum. Dlm. Warisan Kelantan 11. Kota Bharu: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Merriam, Sharan B. (1998). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.

Mohd. Taib Osman, ed. (1974). Traditional Drama and Music of Southeast Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nash, D. (1977). Tourism as a form of Imperialism. dlm. Smith, V.L. (Ed.) Host and Guests The Anthropology of Tourism. Pennsylvania: University of Pennsylvania Press. hal. 33-47.

Nettekoven, L. (1979). Mechanisms of interaction. dlm. de Kadt, G.Tourism - Passport to development? New York. Oxford University Press. hal. 135-145.

Nunez, T. (1977). Touristic Studies in Anthropology Persepective. dlm. Smith, V.L. (Ed.) Hosts and Guests The Anthropology of Tourism Pennsylvania: University of Pennsylvania Press. hal. 207-216.

Parnwell, M. J.G. (1993). Tourism and rural handicrafts in Thailand .dlm. Tourism in South East Asia (Ed.). King, V.C. and Parnwell, M.J.G. London: Routledge. hal. 234-257.

Pichard, M. (1993). Cultural tourism in Bali: National integration and regional differentiation. dlm. Tourism in South East Asia (ed.) King. V.C. and Parnwell, M.J.G. London: Rouhledge. hal. 71-98.

Plog, S.C. (1991). Leisure Travel: Making it a Growth Market ...Again!. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Pye, Lucian W. (1966). Aspects of Political Development. Boston: Little, Brow & Co.

Richards, G. (1993). Cultural Tourism in Europe. dlm. Cooper, C.P. and Lockwood, A. (eds). Progress in Tourism, Recreation and Hospitality Management Vol. 5. hal. 99-115.

Richards, G. (1996a). The scope and Significance of Cultural Tourism. dlm. Richards G. (Ed.) Cultural Tourism in Europe. Wallingford: CAB. Internatioanl. hal. 19-46.

Richards, G. (1996b). The Social Context of Cultural Tourism. dlm. Richards, G. (Ed.) Cultural Tourism in Europe. Wallingford: CAB. International. hal. 47-70.

251

Aswara Bab 10.pmd 251 10/6/2009, 9:02 AM

Page 28: Pelancongan Budaya

Jurnal ASWARA

Richards, G. (1996c). The Policy Context of Cultural Tourism: dlm. Richards, G. (Ed.) Cultural Tourism In Europe Wallingford: CAB. International. hal. 87-105.

Richards, G. (1996d). Cultural Tourism in The Netherlands. dlm. Richards. G. (Ed.) Cultural Tourism In Europe. Wallingford. CAB. International. hal. 233-248.

Richards, G. (1996e) . European Cultural Tourism: Trends and future Prospects. dlm. Richards, G. (Ed.) Cultural Tourism In Europe. Wallingford: CAB. International. hal.311-334.

Richards, G. and Eratton, C. (1996). The economic context of Cultural Tourism: dlm. Richards. G. (Ed.) Cultural Tourism in Europe. Wallingford: CAB. International. hal.71-86.

Robinson, H. (1976). A Geography Tourism. London: MacDonald & Evans.

Ropponen, P.J. (1976). Tourism and the local population. dlm. Planning and Development of the Tourist Industry in the E.C.E. Region. New York: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. hal. 104-109.

Schadler, F. (1979). African arts and crafts in a world of changing values. dlm. de Kadt, E. Tourism – Passport to Development? London: Oxford University Press. hal. hal. 146-156.

Shanin, Teodor (1990). Tani dan Masyarakat Tani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sheppard, M. (1972). Taman Indera: Malay Decorative Arts and Pastimes. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Shouten, F. (1995). Improving Visitor Care in Heritage attractions. dlm. Tourism Management Vol. 16. hal. 259-264.

Skeat, W.W. (1965). Malay Magic: Being An Introduction to The Folklore and Popular Religion of the Malay Peninsula. Ney York: Dover Pub.

Stanton, M.E. (1977). The Polynesian Cultural Center: A Multi- Ethnic Model of Seven Pacific Cultures .dlm. Smith, V.L. (Ed.) Hosts and Guests The Anthropology of Tourism Prennsylvania: University of Pennsylvania. Press. hal. 193-206.

Sutton, W.A. (1967). Travel and Understanding: Notes on the Social Structure of Touring. dlm. International Journal of Comparative Sociology, USA 8(2). hal. 218-223.

Tan Poh Kwee (1988). The Economic Impact of Tourism: A Case Study of Penang, Malaysia. Thseis Ph.D. Flinders: The Flinders University of South Australia.

252

Aswara Bab 10.pmd 252 10/6/2009, 9:02 AM

Page 29: Pelancongan Budaya

Dasar Pelancongan Budaya

Tomes Pires (1944). Tentang Malaka. Dlm. Masyarakat Kuno dan Kelompok-Kelompok Sosial. Jakarta: Djambatan.

Turner, L. dan Ash, J. (1975) . The Golden Hordes: International Tourism and the Pleasure Periphery. London; Constable.

UNESCO (1976). The effets of tourism on socio-cultural value. dlm.Annals of Tourism Research. Vol.4 hal. 74-105.

Urry, J. (1990). The Tourist Gate: Leisure and Travel in Contemporary Societies. London: Sage.

Visitors’ Guide to Malaysia (1997). 8th. Edition. Kuala Lumpur: Tourism Publications Corporation.

White, Leslie A. (1949) . The Science of Culture: A Study of Man and Civillization. New York: Farrar Straus.

Winseler, R. L. (1985). Ethnic Relation in Kelantan: A Study of the Chinese and Thai as Ethnic Minorities in a Malay State. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Wood, R.E. (1984). Ethnic tourism, the state and cultural change in southeast Asia .dlm. Annals of Tourism Research Vol. 11. hal. 186-197.

Wood, R.E. (1993). Tourism, Culture and the Sociology of development. dlm. Tourism in South East Asia (Ed.) King, V.C. and Parnwell, M.J.G. London Rouhledge. hal. 48-70.

World Tourism Organisation (1985). The State’s Role in Protecting and Promoting Culture as a factor Tourism Development and the Proper Use and Exploitation of the National Cultural Heritage of Sites and Monuments for Tourism. Madrid: WTO.

World Tourism Organisation (1993). Recommendations on Tourism Statistics. Madrid: WTO.

World Tourism Organisation (1996). Yearbook of Tourism Statistic. Madrid. Vol.1 98 ED.

Young, G. (1975). Tourism: blessing or blight? .dlm. Development Digest, Vol. 13. hal. 43-54.

MOHD. GHAZALI ABDULLAH, Pengarah (Penyelidikan & Penerbitan) ASWARA, juga pensyarah Fakulti Penulisan ASWARA dan pensyarah sambilan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel [email protected]

253

Page 30: Pelancongan Budaya

Aswara Bab 10.pmd 253 10/6/2009, 9:02 AM