budaya cemerlang.docx

11
BUDAYA CEMERLANG Iklim dan budaya sekolah adalah penting untuk memacu kecemerlangan sekolah. Bagaimanakah anda sebagai pemimpin memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh warga sekolah anda ?. Pengetua merupakan pengurus atau pengerak utama kepada sesebuah organisasi persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan dan memacu kecemerlangan di sekolah. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa apa yang membezakan keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain adalah kebijaksanaan kepimpinan pengetua. Bukan mudah untuk memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh setiap warga sekolah, daripada guru-guru, staf bukan akademik dan semua pelajar. Sebagai pengetua , seharusnya dapat berperanan sebagai pemimpin pengajaran yang berketrampilan. Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. Dengan itu setiap warga sekolah dapat bergerak dan bekerja mengikut perancangan yang telah ditetapkan bersama-sama kearah melahirkan budaya kerja cemerlang. Pengetua juga harus memainkan peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan stafnya ke arah melahirkan budaya kerja dan budaya sekolah cemerlang. Pengetua sebagai pemimpin pendidikan. Dalam hal ini pengetua memainkan peranan sebagai clinical practioner, iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan

Upload: leslie-williams

Post on 07-Feb-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUDAYA CEMERLANG.docx

BUDAYA CEMERLANG

Iklim dan budaya sekolah adalah penting untuk memacu kecemerlangan sekolah. Bagaimanakah anda sebagai pemimpin memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh warga sekolah anda ?.

Pengetua merupakan pengurus atau pengerak utama kepada sesebuah organisasi

persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak

langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah

berkesan dan memacu kecemerlangan di sekolah. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa apa yang

membezakan keberkesanan dan kecemerlangan  sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain

adalah kebijaksanaan  kepimpinan pengetua.

Bukan mudah untuk memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh setiap warga

sekolah, daripada guru-guru, staf  bukan akademik dan semua pelajar.  Sebagai pengetua , seharusnya

dapat berperanan sebagai pemimpin pengajaran  yang berketrampilan.

            Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera

pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir

dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum.

Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan.  Dengan itu

setiap warga sekolah dapat bergerak dan bekerja mengikut perancangan yang telah ditetapkan bersama-

sama kearah melahirkan budaya kerja cemerlang.

Pengetua juga harus memainkan peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua

seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta

mampu menggerakkan stafnya ke arah melahirkan budaya kerja dan budaya sekolah cemerlang.

Pengetua sebagai pemimpin pendidikan. Dalam hal ini pengetua memainkan peranan

sebagai clinical practioner, iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan persekolahan.

Pengetua juga perlu mahir dalam bidang kurikulum, diagnosis keperluan pelajar, penilaian dan

penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.

Pengetua sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan peranan

sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara yang

hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat bilik darjah dan

Page 2: BUDAYA CEMERLANG.docx

kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat.  Selain daripada itu

kepemimpinan budaya  amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang

menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan

memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai

sebuah sekolah yang unik dan mempunyai ciri-ciri sekolah cemerlang.

Secara kesimpulannya  sebagai pemimpin, pengetua seharusnya  memberi penekanan kepada

pengurusan dan membuat keputusan secara demokratik, kepemimpinan pengajaran yang kuat diberikan

oleh pengetua atau guru-guru lain, memastikan kestabilan guru-guru dan staf , memberi penekanan

kepada kurikulum dan pengajaran, mewujudkan program pembangunan staf di peringkat

sekolah,  memastikan penggunaan masa yang berkesan serta  melibatkan lebih masa kepada pelajaran

akademik dan kurang kepada aktiviti-altiviti bukan akademik. Dengan itu budaya sekolah cemerlang akan

wujud dengan sendirinya.Posted by Rusidi Mustapha at 15:42 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah ?.

 

Sekolah berkesan adalah sekolah yang mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria

tertentu. Biasanya menggunakan prestasi pencapaian pelajar sebagai pengukur pencapaian.

Keberkesanan sekolah juga ialah sekolah yang berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dalam

pencapaian akademik pelajar, sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, mempunyai kepemimpinan

yang berjaya membawa perubahan, sekolah yang mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti dan

sekolah yang mana hubungan antara warganya baik dan mengamalkan kejelekitan yang tinggi.

Bagi penambahbaikan sekolah pula, ianya diukur dari segi tahap pelaksanaan inovasi atau

meningkatkan keadaan sekolah atau sistem sekolah manakala bagi keberkesanan sekolah pula ianya

merupakan satu konsep berasaskan semakan ciri-ciri yang ada pada sesuatu sekolah. Mengikut Webes,

ada 8 faktor untuk sekolah berkesan iaitu kepimpinan pengurusan yang kuat, ekspektasi pencapaian

pelajar yang tinggi, suasana persekitaran sekolah yang positif, penegasan kepada amalan

membaca, ”additional reading personel”, penggunaan phonies (melalui orang lain), pengajaran

memusatkan pelajar dan  pemikiran yang berterusan ke atas pencapaian pelajar.

Page 3: BUDAYA CEMERLANG.docx

Secara keseluruhannya faktor-faktor ini berfokus kepada beberapa dimensi berikut

iaitu kepimpinan, effikasi dan  efficiency. Ketiga-tiga dimensi ini pula adalah berasaskan kepada elemen-

elemen:

(a)    kepimpinan pengetua

(b)   faktor guru      (c)    faktor pelajar

      (d)   faktor persekitaran dan kontekstual.

Penambahbaikan sekolah juga  adalah satu usaha dan satu perubahan untuk memajukan sekolah.

Usaha ini datangnya sama ada dari dalam sekolah atau dari pihak luar sekolah. Fokus penambahbaikan

sekolah adalah segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khusunya peningkatan

pembelajaran mereka dalam bilik darjah. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan satu

perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan dan dalam

penambahbaikan  sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah, iaitu budaya dan keadaan-keadaan

membolehkan yang memberi kesan/impak kepada pengajaran-pembelajaran di bilik darjah sekolah,

menjadi sasaran perubahan. Segala aktiviti-aktiviti sekolah yang dikelola oleh guru-guru dan orang lain,

bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat sekolah. Contohnya kaedah mengajar, aktiviti yang

berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan pengalaman-pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar

bilik darjah atau komuniti.

Oleh itu, sekolah berkesan dan keberkesanan sekolah merupakan konsep yang diukur dari segi ciri-

cirinya. Bagi penambahbaikan sekolah pula ianya sesuatu prose yang berterusan tanpa titik noktah

kerana sekolah yang lemah memang memerlukan penambahbaikan manakala sekolah yang sederhana

masih memerlukan peningkatan dan perubahan. Sekolah yang cemerlang dan gemilang masih bergerak

ke arah ’perfectness; atau ’kesempurnaan’. Oleh itu tiada suatu piawai yang menjadi titik berhenti bagi

penambahbaikan .

Posted by Rusidi Mustapha at 15:39 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 2 April 2013

Page 4: BUDAYA CEMERLANG.docx

BAGAIMANA PENGETUA MEMIMPIN GURU-GURU TANPA MENGGUNAKAN KUASA & KEDUDUKAN .

Pengetua sebagai pengurus yang menggabung teori kepimpinan. Kajian dan

penulisan mengenai pengurusan sekolah membuktikan bahawa pengetua adalah pembolehubah

yang paling penting bagi menentukan prestasi sekolah dari segi akademik dan budaya sekolah

(Hussain Ahmad, 1993). Justeru itu, dalam pengurusan berasaskan pengupayaan(empowerment)

ini pengetua seharusnya memiliki sifat-sifat berikut:

i) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat di kalangan ahlinya.

ii) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru.

iii) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan.

iv) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru.

v) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan persekitaran

                sekolah.

Dalam ha1 ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang mempunyai nilai kepimpinan yang

tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik.

Pola pengurusan lebih berasaskan tindakan kemanusiaan tanpa perlu menggunakan kuasa atau kedudukan.  Menerusi struktur pengurusan yang berdasarkan

konsep pengupayaan (empowerment), pemimpin atau pihak pengurusan adalah lebih demokratik.

Pengurus pendidikan yang bertimbang rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang

mempunyai tahap kepuasan yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992).

Hierarki struktur yang tidak rigid.  Dalam menghadapi dilema pengurusan institusi

persekolahan, pengetua sewajamya dibekalkan dengan pengetahuan pengurusan yang pelbagai.

Pengurusan yang berasaskan reflektif rasionaliti adalah lebih baik dari teknikal

rasionaliti     (Dr.Wan Zahid, 1993). Ia mempunyai kaitan dengan ciri pengurusan yang tidak

homogen, rutin dan boleh ditelah perilaku dan hasilnya. Ini merupakan salah satu ciri

pengupayaan(empowerment)  yang diterima di sekolah-sekolah.

Page 5: BUDAYA CEMERLANG.docx

Wujud bentuk pemuafakatan. Setiap keputusan yang dibuat lebih banyak berdasarkan

kepada pemuafakatan antara pihak pengurusan sekolah dengan guru-guru. Pembinaan iltizam

berasaskan konsep pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan menambah keberkesanan

institusi pendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya terbatas kepada warga sekolah semata-mata

tetapi juga melibatkan unsur PIBG. Unsur bersama di antara elemen kepimpinan sekolah, guru,

murid dan ibu bapa penting bagi meningkatkan prestasi sekolah. Situasi yang sedemikian juga

merupakan antara elemen pengupayaan dalam pengurusan institusi persekolahan.

Ia juga bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh.  Dalam

pengurusan organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi penggunaan sumber-sumber

dengan cekap, maka proses penanggungjawaban harus dari atas ke bawah di mana wujudnya

kebolehan maklumat yang mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap. Oleh

yang demikian, ciri ini wujud menerusi pengupayaan (empowerment)  di sekolah kerana ia

memungkinkan individu-individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas-tugas yang

diserahkan kepada mereka dengan lebih efektif.

Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan. Dalam

menangani masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru sewajarnya diberi kebebasan

untuk mengemukakan idea bagi perubahan yang lebih bermakna. Mematuhi dan melaksanakan

tugas tanpa unsur kebebasan akan mewujudkan sindrom kebekuan minda. Pengalaman ini

merupakan aset terbaik dalam perlaksanaan pengupayaan (empowerment)  di peringkat sekolah.

 Berasaskan kepada teknikal reflektif dan bukannya teknikal rasionaliti.Tindakan-

tindakan yang berasaskan kepada menunggu arahan dan surat pekeliling sudah tidak sesuai

dalam melakukan anjakan paradigma pendidikan. Oleh itu, menerusi konsep pengupayaan ini,

sesuatu tindakan itu harus terkehadapan supaya kecemerlangan akan menjadi asas pencapaian

keseluruhannya. Ini juga mempunyai korelasi yang mantap dengan tindakbalas yang

menunjukkan ciri-ciri inovatif, sifat-sifat imaginasi yang tinggi melangkaui kebiasaan dari rutin

dalam gerak kerja. Elemen ini sebagai unsur penting bagi keberkesanan komitmen oleh institusi

persekolahan.

Page 6: BUDAYA CEMERLANG.docx

Mewujudkan prinsip skalar.  Menerusi perlaksanaan konsep pengupayaan(empowerment)  dalam organisasi pendidikan, ia

secara langsung akan menjayakan prinsip skalar dalam pengurusan. Menurut prinsip ini yang

dipopularkan dalam teori oleh James A. F. Stoner (1984) para anggota organisasi mengetahui di

mana kedudukan mereka dalam rantaian perintah. Prinsip skalar meyarankan kemestian

mewujudkan satu garis autoriti secara jelas yang menurun selangkah demi selangkah dari tingkat

paling tinggi dalam organisasi hinggalah ke tingkat yang paling bawah. Ini akan mengelakkan

pertindanan bidang kuasa dan seterusnya ia akan menambahkan keberkesanan organisasi itu

sendiri.

Prinsip keesaan perintah. 

Mengikut prinsip keesaan perintah setiap orang dalam organisasi hendaklah melaporkan kepada

hanya seorang ketua sahaja. Melaporkan kepada lebih daripada seorang ketua menyulitkan

seseorang itu untuk mengetahui kepada siapa tertakluk kebertanggungjawabannya dan arahan

siapa mesti diikuti. Konsep ini bersesuaian dengan pengupayaan (empowerment)  di institusi

persekolahan supaya pertindanan arahan tidak berlaku di antara pengetua dengan timbalan-

timbalan pengetua.

Mewujudkan sistem pemantauan.  

Sistem pengesanan atau pemantaun akan lebih bermakna jika mengikut piawaian yang difahami

dan dipersetujui semua. Hal yang demikian rupa, penting dalam menentukan bentuk penilaian

aktiviti-aktiviti yang dilakukan menerusi pengupayaan(empowerment)  dalam sesebuah sekolah.

Ciri-ciri yang dikemukakan di atas merupakan antara unsur yang dapat dikenalpasti menerusi

konsep pengupayaan (empowerment) dalam pengurusan di institusi-institusi persekolahan

dinegara ini. Ciri-ciri ini lebih menjuruskan kepada bentuk positif terhadap pola kepimpinan

pengetua menerusi konsep pengupayaan (empowerment) dalam beberapa bidang yang dilakukan

di sekolah. Kajian yang dilakukan tentang sekolah-sekolah efektif menjelaskan bahawa pengetua

memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan atau kecemerlangan

sekolah. Justeru itu, adalah penting pengetua diperlengkapkan dengan   ilmu-ilmu pengurusan

terkini supaya dapat dijadikan panduan meggerakkan sekolahnya menuju kepada kecemerlangan.

Wan Mohd Zahid Nordin (1993) menjelaskan bahawa pengetua yang hanya menjalankan tugas

berasaskan arahan dan surat pekeliling semata-mata merupakan pengetua yang tidak prolifik

Page 7: BUDAYA CEMERLANG.docx

terhadap bidang tugasnya dan ia tidak berupaya membawa sekolah yang dipimpinnya ke tahap

gemilang. Para pengetua harus bersikap kreatif, inovatif dan proaktif. Untuk itu, budaya ilmu

mestilah menjadi pengamalan harian para pengurus organisasi pendidikan itu sendiri.

Sehubungan dengan usaha untuk membawa tahap kecemerlangan sekolah-sekolah yang

dipimpinnya, maka para pengetua sewajarnya mempelajari cara   gaya pengurusan terkini supaya

ilmu bantu ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Hussain Ahmad (1993)

menekankan pengurusan yang bercorak insaniah yang menekankan aspek-aspek hubungan dan

kemanusiaan. Jika bijak dilaksanakan akan membantu pengetua menyelesaikan banyak masalah

dalam pengurusan institusi persekolahan tanpa perlu menggunakan kuasa atau kedudukannya

sebagai pengetua. Ini adalah aspek yang menjadi akar umbi dalam pengurusan sekolah yang

diasaskan kepada prinsip atau konsep pengupayaan (empowerment) itu sendiri.

Bagaimana memajukan sekolah ? 

Hussein (2008) di dalam bukunya ........ telah menyatakan 10 prinsip untuk memajukan kecemerlangan sesebuah sekolah.

Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar

                dan boleh mencapai kemajuan. Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan

                para pelajarnyaPrinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif

                dan dasar sekolahPrinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu

                 budaya sekolah yang lebih positifPrinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk

                 meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolahPrinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan

                bukanlah semata-mata untuk pengetua sahajaPrinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang

                menyebabkan timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanyaPrinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan

                pembangunan sekolahPrinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar

                mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolahPrinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai  kepemimpinan yang berkesan

Page 8: BUDAYA CEMERLANG.docx

Sehingga hari ini sering berlaku pertembungan di antara para pendidik tentang keberkesanan sekolah. Ada pihak yang menyatakan bahawa keberkesanan sekolah diukur melalui keputusan peperiksaan awam samada UPSR bagi sekolah rendah dan SPM atau PMR bagi sekolah menengah. Setiap sekolah yang mendapat peratus kelulusan yang tinggi dan kuantiti pelajar yang mendapat A terbanyak dianggap sekolah yang berkesan. Sekolah yang membekalkan keputusan yang baik akan berlumba menyediakan jalan pintas kepada murid-murid supaya mereka akan mampu menjawab dengan tepat dalam masa beberapa hari peperiksaan kerana itulah kayu pengukur kepada keberkesanan sesebuah sekolah.

Setiap tahun tumpuan diberikan kepada kelas-kelas peperiksaan dan subjek-subjek peperiksaan sehingga mengabaikan murid-murid lain dan juga subjek lain yang tidak termasuk di dalam peperiksaan awam. Jika seseorang murid yang mungkin sakit pada hari peperiksaan tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan jika kayu pengukur kejayaan murid adalah berdasarkan peperiksaan ini maka kita akan mendapati bahawa beliau akan dianggap sebagai tidak berjaya mendapat pendidikan yang sempurna di sekolah.

Pihak yang kedua menganggap keberkesanan sekolah adalah merupakan keupayaan sekolah memberikan pendidikan kepada murid mereka berasaskan kepada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat menjadikan murid-murid berketerampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pendidikan yang diberikan adalah bersifat 'authentic' yang menjurus kepada ilmu yang kembali digunakan di dalam kehidupan bermasyarakat setelah menamatkan proses pendidikan peringkat sekolah.

Persoalannmya, mengapa pelbagai pihak suka menggunakan keputusan peperiksaan untuk mengukur keberkesanan sekolah ini? Jawapan yang mudah ialah sesuatu perkara yang boleh menjadi maklumat berbentuk data mudah untuk dianalisa dan ditentukan 'ranking' masing-masing'. Pihak PPD, JPN dan KPM menganggap mereka telah menjalankan tugas dengan baik apabila mereka telah menentukan tahap keberkesanan sekolah di bawah tanggungjawab masing-masing berdasarkan rekod dan analisa peperiksaan awam. Kebenarannya ada kerana sekolah adalah bermatlamat mendidik dan perubahan tingkah laku senang diukur berdasarkan kepada teori berbanding memerhatikan amalan kerana ia mengambil masa yang lama dan sangat 'individualistik'. Sebab itulah kajian kuantitatif sering digunakan oleh para penyelidik untuk membuat sesuatu generalisasi tentang apa yang apa yang berlaku di sekolah berbanding kajian kualitatif.

Apakah sebenarnya keberkesanan sekolah?

Para pengkaji mempunyai pelbagai cara untuk menerangkan tentangnya tetapi secara umum ia bermaksud 'the productionof desiredresult'.

Apakah yang ingin kita lihat tentang keberkesanan sekolah adalah beberapa faktor yang ada yang merangkumi perkara yang paling asas dan utama iaitu peningkatan pencapaian akademik. Ini adalah merupakan "core business' bagi institusi pendidikan. Namun, ia tidak berhenti di situ sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh sekolah pada hari ini apabila orientasi peperiksaan diutamakan. Ini adalah kerana perkara-perkara berikut juga menjadi penentu kepada keberkesanan sesebuah sekolah iaitu kualiti, sikap

Page 9: BUDAYA CEMERLANG.docx

dan kemahiran murid. Murid sebagai input di sekolah melalui proses untuk mengubah ASK ( attitude, skill dan kemahiran) sebagai output dan menjadi modal insan sebagai outcome. Bagi mengeluarkan produk ini, ia memerlukan lebih daripada proses latih tubi kertas peperiksaan kerana bagaimana kita hendak membentuk sikap, atitud dan kemahiran ini jika semasa mereka berada di kelas, kemahiran yang digunakan hanyalah menjawab soalan semata-mata. Tidak ada proses pengajaran dan pembelajaran yang lain yang membina kreativiti dan sebagainya. Di sekolah , keberkesanan juga merujuk kepada pembinaan kapasiti guru yang mana hasilnya juga adalah keupayaan guru untuk membina perkembangan murid selaras dengan visi dan misi sekolah.

Posted by Rusidi Mustapha at 05:34 No comments: 

http://rusidimustapha.blogspot.com/