borang soal selidik

Upload: pakeanathan-nathan

Post on 05-Nov-2015

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

enjoy

TRANSCRIPT

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA :____________________________________________________________________UMUR :____________________ALAMAT:_____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

BANGSA : MELAYU INDIA CINA LAIN-LAIN

JANTINA : LELAKI PEREMPUAN

JENIS PEKERJAAN :________________________________________________________

JENIS KEGIATAN: PERTANIAN PERINDUSTRIAN PERNIAGAAN PERINDUSTRIAN PERKHIDMATAN LAIN-LAIN

Cadangkan usaha yang boleh anda lakukan untuk menigkatkan pedapatan anda. Menyertai program keusahawanan (Perniagaan) Buat pendapatan sampingan secara Atas Talian (Online) Melabur dalam Amanah Saham Berhad (ASB) Mempelbagaikan Jenis Kepelbagaian TanamanLain-lain (Nyatakan: ___________________________________________________)

Contoh Skema Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Kg serdang SitiawanTerdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan kajian di Kg serdang Sitiawan. Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ABS) dan mempelbagaikan jenis tanaman selain kelapa sawit di Kg serdang Sitiawan.Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga(1 Markah). Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil-kecilan(1 Markah). Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar(1 Markah). Selain itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecil-kecilan. Bagi masyarakat penduduk Kg serdang, ada antaranya pekerja bujang malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut(1 Markah). Selain itu, bagi penduduk yang berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan(1 Markah).Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian (Online)(1 Markah). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua(1 Markah). Boleh dilihat penduduk sekitar Kg serdang Sitiawan lebih banyak meluangkan masa dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan(1 Markah). Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung(1 Markah). Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika menjalankan perniagaan(1 Markah).Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan penduduk(1 Markah). Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan pada jangka masa panjang(1 Markah). Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN)(1 Markah)Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada setiap tahun dalam bentuk dividen(1 Markah). Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham Felda Global Venture (FGV), Tabung Haji dan sewaktu dengannya(1 Markah).Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Kg serdang Sitiawan(1 Markah). Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil kelapa sawit(1 Markah). Selain daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk menanam tanaman selain daripada kelapa sawit(1 Markah). Contohnya adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya(1 Markah). Selain daripada menunggu hasil daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh menjual sayuran yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan(1 Markah).Definisi Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Kg serdangantaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian.

CADANGAN USAHA .Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepadapertanian (sawah padi)terdapat pelbagaipeluang pekerjaanyang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagaicadangan usaha-usahayang boleh diambil.

Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda. Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak Kurangkan pergantungan kepada orang tengah Eksport hasil padi ke luar negara

TafsiranKegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan(1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier(1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan(1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan(1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan(1 Markah).

Sumber:Definisi Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan PT3 Geografi | melvister.com.1. Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi(Mengenalpasti, menentukan atau menyatakan) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti. Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,kegiatan ekonomibermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian. Rujukan: Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 2. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd. Menurut BusinessDictionary.com,kegiatan ekonomiditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat. Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan(1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier(1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan(1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan(1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan(1 Markah).

2. Latar belakang kegiatan ekonomi di kawasan tersebut dan persembahan grafik yang sesuai tentang pekerjaan penduduk di kawasan kajian tersebut Namakan kawasan kajian dan sila huraikan latar belakang mengenai tajuk yang dipilih contoh pertanian secara terperinci Jadual graf kegiatan ekonomi penduduk - pelajar perlu sertakan persembahan dalam bentuk graf. Maklumat yang didapati adalah berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan di kawasan kajian pelajar Penduduk sekitar kawasan saya menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit. Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.2.1Jadual GrafKegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan di kawasan kajian anda.

2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk (Di kawasan tempat tinggal anda)Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto maka ianya adalah lebih baik.

Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan pahat pemotong buah sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

3. Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut.Menghuraikan tiga atau lebih cadangan relevan dan tepat. Setiap isi penting hendaklah disertakan dengan huraian yang lengkap beserta contoh.

3.1 Contoh cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk(a) Pertanian -Bercucuk tanam di sekeliling rumah Sayur-sayuran(b) Perikanan Menjadi nelayan di laut Memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah. Mempelbagaikan produk perikanan seperti membuat ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.(c) Perniagaan Perniagaan runcit Perniagaan IKS kecil dan sederhana Restoran(d) Perusahaan Perusahaan kraf tangan(e) Penternakan Ikan Udang Kambing Lembu Ayam(f) Perkilangan

(g) Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)

Contoh JawapanCadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut:1. Meningkatkan Permintaan Terhadap Hasil Dalam Sektor Pertanian dan Perikanan

Membangunkan industri kecil dan sederhana atau IKS akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan.Ianya sekaligus akan dapat meningkatkan pendapatan kepada petani dan nelayan.

Industri IKS yang banyak pada masa kini memerlukan banyak bahan-bahan mentah utama untuk proses pengeluaran kilang mereka. Kebiasaanbahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya kilang membuat keropok lekor memerlukan hasil tangkapan dari laut seperti ikan, udang, sotong manakala kilang memproses makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, sukun dan sebagainya.Hasil pertanian dan hasil tangkapan laut penduduk kampung yang sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para pengusaha industri kecil dan sederhana.

Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Keadaan ini menyebabkan harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat. Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.

2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung Satu Produk.Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik, kilang memproses makanan dan sebagainya.Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung luar.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk kampung.

(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk kampung.Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan sederhana memerlukan pekerja yang banyak.

Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka.Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat.Langkah ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja.Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.3.Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)

Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular.Perniagaan online boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual produk orang lain atau produk yang berjenama.

Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati-hati semasa mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan.Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.

Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya instagram, facebook, blog, wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.

4.Membuat Kerja Digital Pekerja Digital

Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian).Kerja digital boleh dilakukan di rumah atau di luar waktu pejabat.Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan.Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang dilaksanakan dengan jayanya.Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata dunia serta syarikat-syarikat tempatan.

Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar melalui agen tugasan digital (kerja online).Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masing-masing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat, memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya.Melalui program eRezeki, peserta boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.

Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan digital.Secara umumnya, tiada prasyarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.

5. Wujud peluang pekerjaan

Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan.

Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri-negeri lain yang bertanah gambut dan sebagainya.

Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usaha-usaha yang boleh diambil. Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda. Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak Kurangkan pergantungan kepada orang tengah Eksport hasil padi ke luar negara

4. Kegiatan ekonomi yang berpotensi di majukan di kawasan kajian anda dan alasannya.4.1Sila sertakan fakta, huraian dan contoh pada setiap isi pentingKegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan bermaksud kegiatan ekonomi sedia ada yang boleh anda upgrade atau membuka satu kegiatan ekonomi yang baru untuk memenuhi keperluan penduduk atau dapat meningkatkan pendapatan. Contoh kegiatan ekonomi yang boleh anda pilih:

(a) Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)Contoh:Kawasan tepi laut berpotensi untuk membina bangunan untuk burung-burung layang membina sarang. Ini disebabkan kawasan tepi laut mempunyai banyak burung layang-layang. Kegiatan ekonomi ini mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga sekilo sarang burung layang-layang mencecah ribuan ringgit.

Akuakultur adalah salah satu kegiatan ekonomi yang berpotensi iaitu penternakan udang di kawasan paya bakau. Kawasan paya bakau sesuai untuk penternakan udang kerana ia berlumpur dan sentiasa ditakungi air.

(b) Sektor Perkhidmatan (Buka Homestay dan Pelancongan)Contoh:Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.

(c) Sektor Perindustrian (Kilang buat sabun daripada kelapa sawit/penghasilan kerepek)

(d) Tanaman FertigasiContoh:Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan kepada penduduk di Telok Panglima Garang.

(e) Ternakan Ladang (lembu/kambing)

(f) Pelancongan Desa

(g) Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

5. Kesimpulan/ RumusanKesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di .................. (kawasan anda) terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Di samping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).

Read more:http://rossacalla.blogspot.com/2015/06/tugasan-geografi-pt3-2015-kajian-ekonomi.html#ixzz3dlxnU8Fb

Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk-Kegiatan EkonomiPendapatan penduduk setempat merupakan salah satu kayu ukur untuk menentukan taraf hidup sesuatu penghuni di kawasan tertentu.

Kegiatan ekonomi merupakan salah satu sumber penting untuk memberikan penduduk pendapatan tetap. Persoalannya, bagaimanakah cara untuk meningkatkan pendapatan penduk melalui kegiatan ekonom?

Antara satu usaha yang penting adalah pada kerajaan itu sendiri. Kerajaan haruslah memeprkenalkan dasar yang dapat memberi kemudahan kepada penduduk untuk terus berjaya di dalam kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

Sebagai contoh, peruntukan subsidi baja kepada para petani, peruntukan pinjaman kewangan kepada para peniaga dan sebagainya.

Usaha lain yang boleh dilakukan adalah dalam diri penduduk itu sendiri. Penduduk haruslah mempunyai semangat daya saing dan berkerja keras di dalam kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.

Manakala usaha lain pula adalah dengan mempertingkat teknologi. Teknologi dapat membantu para penduduk setempat di dalam kegiatan ekonomi yang mereka jalankan. Sebagai contoh, kini terdapat teknologi yang membolehkah tanaman dituai lebih kerap berbanding cara manual yang dijalankan.

Kesimpulannya, usaha meningkatkan kegiatan ekonomi dalam diri semua pendudk adalah perlu untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup.

CONTOH LATAR BELAKANG KEGIATAN EKONOMI

Sebagai contoh, latar belakang kegiatan ekonomi pertanian. Pertanian memerlukan seorang petani untuk menghasilkan hasil tanaman yang dikehendaki, iaitu beras,sayuran, dan buahn-buahan. Selepas penghasilan dilakukan, ianya akan diagihkan kepada para penjual. Para penjual di sini merujuk kepada penjual-penjual di pasar tani, pasaraya, dan pasar minggu contohnya. Kemudian, akan berlaku proses penggunaan. Pengguna adalah 'end-user' hasil daripada kegiatan ekonomi pertanian ini. Penguuna merujuk kepada kita sendiri, ibu bapa, dan orang ramai yang pergi ke pasar tani untuk membeli barang-barang ini.