borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · borang pengesahan status tesis judul: ... lampiran a...

21
i PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR MENDORONG STRES DALAM KALANGAN GURU-GURU YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) SEPENUH MASA, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI. SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya HAMIZA BINTI MOHD SALLEH @ YAAKOB mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 4 ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.21 FELDA CHINI 3, PM. DR. BAHARIN BIN ABU 26690 CHINI, PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh: ____________________ Tarikh: _____________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 29-Aug-2019

61 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

i PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: FAKTOR-FAKTOR MENDORONG STRES DALAM KALANGAN GURU-GURU YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG) SEPENUH MASA, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya HAMIZA BINTI MOHD SALLEH @ YAAKOB

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( 4 )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.21 FELDA CHINI 3, PM. DR. BAHARIN BIN ABU 26690 CHINI, PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh: ____________________ Tarikh: _____________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”

Tandatangan : ……………………………………………………….

Nama Penyelia : PM. DR. BAHARIN BIN ABU

Tarikh : ……………………………………………………….

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

iii

FAKTOR-FAKTOR MENDORONG STRES DALAM KALANGAN GURU-GURU

YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG)

SEPENUH MASA, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA.

HAMIZA BINTI MOHD SALLEH @ YAAKOB

Laporan ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………...

Nama Penulis : HAMIZA BINTI MOHD SALLEH @ YAAKOB

Tarikh : …………………………….

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang

serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Terlebih dahulu

saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Prof. Madya. Dr. Baharin Bin Abu selaku penyelia saya yang banyak menolong dan

membimbing saya sehingga siapnya kertas projek ini. Ribuan terima kasih juga buat

Prof. Madya. Dr. HJ. Mohamed Sharif B. Hj. Mustaaffa kerana tunjuk ajar dan ilmu

yang diberikan.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan

khususnya kepada pelajar 4 SPH (PKPG) dan tidak lupa juga kepada semua yang

terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek

penulisan ini.

Penghargaan paling istimewa kepada suami tersayang En. Mohd Nazaruddin Bin

Mohd Ali, anak-anakku (Aizat Nasruddin dan Nur Auni Najihah), dan keluarga yang

banyak memberi dorongan, berkorban, bersabar dalam masa pengajian ini. Buat arwah

ibu, Siti Amah yang pergi disaat perjuangan anakmu ini belum selesai, ku doakan agar

roh mu berada di sisi orang-orang yang beriman. Akhir sekali, terima kasih dihulurkan

kepada semua pihak, khasnya rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu samada

secara langsung atau tidak langsung.

ABSTRAK

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

vi

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti lima faktor mendorong stres dalam

kalangan guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) di

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Lima faktor yang dikaji

adalah hubungan kekeluargaan, persekitaran pembelajaran, kewangan, pengurusan masa

dan kemahiran belajar. Responden kajian ini terdiri daripada 48 orang guru yang

mengikuti prorgrm Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Satu set borang soal selidik telah

digunakan untuk mengumpul data. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah diproses

menggunakan perisian SPPS versi 15.0 dan dihuraikan dalam bentuk peratusan dan min.

Hasil keputusan kajian menunjukkan faktor kewangan (min = 3.01) merupakan faktor

yang lebih mendorong stres di kalangan guru PKPG berbanding dengan faktor-faktor

lain iaitu pengurusan masa (min = 2.83), kemahiran belajar (min = 2.75), hubungan

kekeluargaan (min = 2.65) dan persekitaran pembelajaran (min = 2.48). Faktor

kewangan berada ditahap stres yang tertinggi manakala faktor pengurusan masa, faktor

kemahiran belajar, faktor hubungan kekeluargaan dan faktor persekitaran pembelajaran

berada ditahap stres sederhana. Ini menunjukkan faktor kewangan perlu diambil berat

oleh guru PKPG dengan membuat persiapan kewangan keluarga sebelum mengikuti

Program Khas Pensiswazahan Guru.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

vii

ABSTRACT

The study examines five factors which contribute stress to Special

Undergraduate Teacher Program Teachers at the Faculty of Education University

Teknologi Malaysia. The five factors studied were family relation, learning

environment, finance, time management and the learning skills. The respondent were 48

Undergraduate Teacher Program Teachers furthering studies at the Faculty of Education,

University Teknologi Malaysia. A set of questionnaire was employed to collect the data

for the study. The analysis was done using SPSS version 15.0 and intricate into

percentage and mean. The study indicate that the financial factor (mean =3.01) is the

major contribution to stress among Special Undergraduate Teacher Program Teachers

compared to other factors such as time management (mean = 2.83), learning skills

(mean= 2.75), family relationship (mean = 2.65) and learning environment

(mean = 2.48). Financial factor has the highest mean value while time management,

learning skills, family relationship and learning environment are considered mediocre.

This shows financial is the key factor to be considered by the PKPG teachers in

preparing family fund before enrolling the programmed.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Soalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi 9

1.9 Penutup 10

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

ix

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Teori Keperluan dan Stres 11

2.2.1 Teori Pembelajaran Dewasa 12

2.2.2 Teori Hirarki Keperluan Maslow 12

2.2.3 Teori ERG 13

2.2.4 Model Ketegangan Robbins 14

2.2.5 Model Stres Manusia Chendra Patel 15

2.2.6 Teori Atribusi 17

2.3 Kajian-Kajian Lalu Mengenai Stres 17

2.4 Penutup 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Kajian Rintis 32

3.7 Prosedur Kajian 32

3.8 Analisis Data 32

3.9 Penutup 34

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

x

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 35

4.2.1 Jantina 36

4.2.2 Umur 36

4.2.3 Status Perkahwinan 37

4.2.4 Bilangan Tanggungan Anak 37

4.2.5 Pendapatan Bulanan 38

4.3 Analisis Data Bahagian B 38

4.3.1 Faktor Hubungan Kekeluargaan 40

4.3.2 Faktor Persekitaran Pembelajaran 41

4.3.3 Faktor Kewangan 43

4.3.4 Faktor Pengurus Masa 45

4.3.5 Faktor Kemahiran Belajar 47

4.4 Analisis Tahap Faktor Yang Mendorong Stres 49

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan 52

5.2.1 Faktor Hubungan Kekeluargaan Dan Stres 52

5.2.2 Faktor Persekitaran Pembelajaran Dan Stres 53

5.2.3 Faktor Kewangan Dan Stres 54

5.2.4 Faktor Pengurusan Masa Dan Stres 55

5.2.5 Faktor Kemahiran Belajar Dan Stres 56

5.3 Perbincangan Kajian 56

5.3.1 Faktor Hubungan Kekeluargaan Dan Stres 57

5.3.2 Faktor Persekitaran Pembelajaran Dan Stres 58

5.3.3 Faktor Kewangan Dan Stres 60

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

xi

5.3.4 Faktor Pengurus Masa Dan Stres 61

5.3.5 Faktor Kemahiran Belajar Dan Stres 63

5.4 Faktor Stres Dan Tahap Stres 64

5.5 Cadangan 65

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68

5.7 Penutup 69

RUJUKAN 70

LAMPIRAN 75

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

M/ SURAT

3.1 Jadual Pembahagian Item Soalselidik Bahagian A 29 3.2 Jadual Mata Skala Bagi Item-Item Soal selidik 30 3.3 Jadual Penunjuk Skala Empat Mata 30 3.4 Jadual Faktor-faktor Yang Dikaji dan Item Mengikut

pembahagian 31

3.5 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 34 4.1 Jadual Analisis Peratus Dan Kekerapan Mengikut

Jantina Responden. 36

4.2 Jadual Peratusan Dan Kekerapan Mengikut Umur Responden

36

4.3 Jadual Analisis Peratusan Dan Kekerapan Mengikut Status Perkahwinan Responden

37

4.4 Jadual Analisis Peratusan Dan Kekerapan Mengikut Bilangan Anak Responden

39

4.5 Jadual Analisis Peratusan Dan Kekerapan Mengikut Pendapatan Sebulan Responden

40

4.6 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Hubungan Kekeluargaan Mendorong Stres

40

4.7 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Persekitaran pembelajaran Mendorong Stres

42

4.8 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Kewangan Mendorong Stres

44

4.9 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Pengurusan Masa Mendorong Stres

46

4.10 Jadual Analisis Peratusan Dan Min Bagi Faktor Kemahiran Belajar Mendorong Stres

48

4.11 Jadual Analisis Nilai Min Dan Tahap Faktor Mendorong Stres Secara Keseluruhan

49

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK M/ SURAT

2.2.2 Gambarajah Teori Hirarki Keperluan Maslow 12

2.2.4 Rajah Model Ketegangan Robbins 14

2.2.6 Rajah Model Stres Manusia Chedra Patel 16

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

Lampiran A Borang Soal Selidik

Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universti Teknologi Malaysia

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PJJ - Pengajian Jarak Jau

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

i

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Persidangan Perkhidmatan Pendidikan anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan

Pelajaran (SPP) yang akan berkuatkuasa dari tahun 2006 hingga 2010 telah menggariskan

empat perkara utama dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan negara. Dua

daripada empat perkara tersebut adalah peningkatan kualiti guru sebagai pra-syarat

kepada pembangunan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dan semangat yang

terkandung dalam Peruntukan 144 (1) Perlembagaan Persekutuan diterjemahkan ke arah

menjadikan profesion perguruan lebih perkasa dan berintegriti kearah pembangunan

modal insan yang kukuh. Dalam melaksanakan dasar itu lima fokus utama digariskan

iaitu menambah baik sistem pemilihan calon guru, memantapkan latihan perguruan,

memantapkan kerjaya guru, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru serta

memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.

Oleh itu, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan

adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara. Sejajar dengan itu,

kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan

dari semasa ke semasa. Bagi berhadapan dengan cabaran dan tuntutan daripada

perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan, guru-guru telah berusaha meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran dengan melanjutkan pengajian di institut-institut pengajian

tinggi.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

2

Memandangkan guru-guru ini telah lama meninggalkan alam persekolahan dan

kembali mengikuti proses pembelajaran dalam situasi yang baru maka tidak mustahirlah

guru-guru ini turut terdedah dengan masalah tekanan atau stres. Begitu juga dengan guru-

guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa tidak

ketinggalan dari menghadapi masalah stres sepanjang pengajian mereka di Universiti

Teknologi Malaysia.

Guru PKPG terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan seperti

terpaksa meninggalkan keluarga, mendapat separuh gaji setiap bulan, menghabiskan

masa untuk belajar dan membuat tugasan serta pelbagai lagi cabaran lain. Cabaran ini

akhirnya menjurus kepada stres. Stres yang melebihi tahap tertentu sekiranya tidak

dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap individu (Romas dan Sharma,

2004). Kebiasaannya, stres akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti rasa kesunyian,

kurang tidur, keresahan serta kebimbangan yang tinggi. Oleh itu, stres boleh

menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian seseorang guru PKPG terjejas sehingga

memberikan impak yang negatif.

Pengurusan stres perlu diberi perhatian oleh guru-guru PKPG bagi memastikan

prestasi dan reputasi mereka tidak terjejas. Oleh itu adalah penting bagi mengenalpasti

faktor-faktor mendorong stres terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka

bentuk. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti lima faktor

mendorong stres dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Khas

Pensiswazahan Guru (PKPG) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

1.2 Latarbelakang Masalah

Profesion keguruan adalah satu profesion yang memerlukan perhatian dan kajian

yang berterusan kerana di sinilah letaknya kekuatan dan imej guru. Kedudukan perguruan

sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

3

cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari

masa ke semasa. Oleh yang demikian, bagi mengangkat martabat perguruan satu langkah

telah diambil oleh pihak kerajaan iaitu mewujudkan satu program yang dikenali Program

Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa.

Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa merupakan satu

program yang memberi ruang kepada guru-guru yang telah mengajar melanjutkan

pengajian mereka di institusi-intitusi pengajian tinggi di Malaysia. Oleh itu, tentulah agak

berbeza kehidupan dan sistem pembelajaran mereka berbanding dengan pelajar-pelajar

yang lebih muda usianya. Ini kerana golongan guru ini berhadapan dengan banyak

tuntutan dan tanggungjawab dari pelbagai pihak terutama keluarga dan tanggungjawab

sebagai seorang pelajar.

Tuntutan dan tanggungjawab yang pelbagai ini boleh menimbulkan tekanan atau

stres. Stres merupakan satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh seseorang

individu. Stres boleh mendatangkan gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti

seharian. Lessard (1998) mendapati bahawa stres bukan sahaja dialami oleh orang

dewasa, malahan turut dialami oleh pelajar universiti. Ini kerana universiti merupakan

persekitaran unik yang seringkali menuntut pelajar mengimbangkan pelbagai peranan dan

tugas yang perlu dilaksanakan oleh mereka.

Kajian yang dibuat ini memfokuskan faktor-faktor yang mendorong stres dalam

kalangan guru-guru yang kembali menyambung pengajian Universiti Teknologi

Malaysia. Setiap mereka yang menyambung pengajian ini pastinya mempunyai alasan

dan sebab tersendiri berkaitan dengan tujuan melanjutkan pengajian semula. Sama ada

alasan yang berbentuk peribadi, perkembangan kerjaya mahupun meningkatkan lagi

kemahiran dan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

4

1.3 Penyataan Masalah

Menurut Aziz dan rakan (1995 dalam Hisamudin, 1997) sememangnya

wujud masalah bagi pelajar yang telah lama meninggalkan alam persekolahan seperti

guru PKPG yang mempunyai tanggungjawab tersendiri dan memasuki institusi

pengajian tinggi dengan mendapat separuh gaji sahaja.

Greeenberg (1990) mengenalpasti faktor tanggungjawab kekeluargaan dan

masalah kewangan merupakan antara masalah yang boleh mendatangkan stres.

Tanggungjawab berkeluarga memerlukan guru PKPG ini berkorban masa dan tenaga

untuk memenuhi antara tuntutan tanggungjawab keluarga dengan tuntutan sebagai

pelajar. Terutamanya bagi golongan wanita yang kebiasaannya menghadapi tuntutan

tambahan daripada keluarga dan anak-anak. Menurut Cros (1981), pelajar wanita dewasa

sering mengalami stres yang sangat tinggi dalam usaha mengendalikan pelbagai peranan

sebagai pelajar, ibu dan pasangan suami isteri.

Beban tugasan yang berlebihan juga merupakan antara faktor yang mendorong

stres dalam kalangan guru-guru PKPG ini. Menurut Greenberg (1990) beban tugas

dalam pendidikan merujuk kepada kerja-kerja atau tugasan-tugasan yang berkaitan

dengan pelajaran yang sukar untuk disempurnakan dalam satu semester. Ini melibatkan

jumlah pengambilan kredit yang terlalu banyak dalam satu semester termasuk pelbagai

tugasan penulisan untuk subjek-subjek yang telah diambil.

Sekiranya guru-guru PKPG tidak mengambil langkah awal bagi menangani stres

yang berlaku, berkemungkinan mereka tidak akan dapat memberi komitmen dengan baik

dan mungkin akan mengalami masalah dalam bidang akedemik, kewangan dan peribadi.

Selain itu, mereka juga akan kecundang dalam bidang yang diceburi dan sukar untuk

mengekalkan reputasi baik setiap masa. Oleh yang demikian, mengenalpasti faktor

pendorong stres dan mencari strategi menangani stres yang berkesan adalah penting

kerana ia dapat mempengaruhi bagaimana seseorang guru yang bakal meneruskan bidang

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ... Lampiran A Borang Soal Selidik Lampiran B Surat Pengesahan Soal Selidik . xv SENARAI SINGKATAN

5

perguruannya bijak mengaplikasikan strategi yang hampir sama apabila berhadapan

dengan rakan sejawat atau kalangan pelajar mereka kelak.

Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor mendorong stres

dalam kalangan guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

sepenuh masa, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Justeru lima faktor

yang boleh mendorong stres dalam kalangan guru PKPG telah dikenalpasti untuk dikaji.

Lima faktor itu adalah faktor hubungan kekeluargaan, persekitaran pembelajaran,

kewangan, pengurusan masa dan kemahiran belajar.

1.4 Objektif Kajian

Dalam konteks masalah yang dijelaskan di atas, kajian ini dilakukan adalah

bertujuan untuk :

a. Mengenalpasti samada faktor hubungan kekeluargaan mendorong stres dalam

kalangan guru –guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

sepenuh masa di Fakulti Pendidikan, UTM.

b. Mengenalpasti samada faktor persekitaran pembelajaran mendorong stres dalam

kalangan guru –guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

sepenuh masa di Fakulti Pendidikan, UTM.

c. Mengenalpasti samada faktor kewangan mendorong stres dalam kalangan guru-

guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh masa di

Fakulti Pendidikan, UTM.

d. Mengenalpasti samada faktor pengurusan masa mendorong stres dalam kalangan

guru –guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh

masa di Fakulti Pendidikan, UTM.

e. Mengenalpasti samada faktor kemahiran belajar mendorong stres dalam kalangan

guru –guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) sepenuh

masa di Fakulti Pendidikan, UTM.