borang pengesahan status tesisv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran...

24
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan sekali sebab dan tempoh teis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. v Tesis dimaksudkan sebagai teis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau diertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporn Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS v JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN BAGI KONSEP ASAS PENGATURCARAAN C++ MENGGUNAKAN STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya HANIMAH OTHMAN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan unversiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD _____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : 150-A,Kg Parit No 1, EN JUHAZREN BIN JUNAIDI Jalan Yusof, Nama Penyelia 836000 Semerah, Batu Pahat, Johor. Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008

Upload: duongdung

Post on 15-Aug-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan sekali sebab dan tempoh teis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. v Tesis dimaksudkan sebagai teis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau diertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporn Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv

JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN BAGI KONSEP ASAS PENGATURCARAAN C++ MENGGUNAKAN STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya HANIMAH OTHMAN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan unversiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD _____________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 150-A,Kg Parit No 1, EN JUHAZREN BIN JUNAIDI Jalan Yusof, Nama Penyelia 836000 Semerah, Batu Pahat, Johor. Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : __________________________________________________

Nama Penyelia : EN. JUHAZREN BIN JUNAIDI

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI KONSEP ASAS PENGATURCARAAN

C++ MENGGUNAKAN STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF

HANIMAH OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer

Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _________________________

Nama Penulis : HANIMAH BINTI OTHMAN

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

iii

PENGHARGAAN

Buat insan-insan yang kudamba

Tiada kata mampu dirasa

Berkat doa dan usaha

Hanya Esa milik segala

Mak,

Hjh Rubiah Hj Sulaiman

Abah,

Hj Othman Adalan

Para sahabatku,

Syda 0808, Nana 0308, Sya 2906

Teman sejatiku,

alFarabius 0604

Penyeliaku,

En Juhazren Junaidi

Serta semua yang terlibat membantu

Terima kasih.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

iv

ABSTRAK

Projek ini bertujuan membangunkan laman web yang menyediakan ruangan

pembelajaran konsep asas pengaturcaraan C++ yang interaktif berasaskan strategi

pembelajaran aktif dalam Bahasa Melayu. Pembangunan laman web ini mengambil kira aspek

pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan

berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web dan pemilihan elemen multimedia yang sesuai.

Model pembangunan Hanaffin dan Peck telah digunakan sebagai garis panduan pembangunan

perisian. Perisian pengarangan web Macromedia Dreamweaver 8 dan beberapa perisian

tambahan seperti Adobe Photoshop CS2, Adobe Image Ready CS2, dan Macromedia Flash

MX 2004 telah digunakan bagi menghasilkan laman web ini. Diharapkan laman web ini dapat

membantu pelajar dalam pembelajaran konsep asas pengaturcaraan C++.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

v

ABSTRACT

The purpose of this development is to produce a website which provides interactive

environment in learning C++ programming basic concept based on active learning strategy and

presented in Malay language. The website was developed by considering the aspects of

learning programming based on active learning web base programming language learning, the

issues of website designs and the appropriate choice of multimedia elements. The Hannafin

and Peck instructional design model was used as the development guide-lines. Macromedia

Dreamweaver 8 web authoring tool and other supporting tools such as Adobe Photoshop CS2,

Adobe Image Ready CS2, and Macromedia Flash MX 2004 were used to create this website. It

is hope that, this website will be able to help students in learning C++ programming basic

concept.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

vi

SENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

SENARAI KANDUNGAN vi

SENARAI RAJAH x

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Istilah 7

1.8.1.1 Internet 8

1.8.1.2 Pembelajaran 8

1.8.1.3 Pengaturcaraan 8

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

vii

1.8.2 Operasi 8

1.8.2.1 Internet 8

1.8.2.2 World Wide Web 9

1.8.2.3Laman Web 9

1.8.2.4Pembelajaran 10

1.8.2.5 Pengaturcaraan 10

1.8.2.6 Bahasa Pengaturcaraan 10

1.8.2.7 Pembelajaran Aktif 10

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++ 12

2.2.1 Masalah Pembelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++ 13

2.3 Teori Konstruktivisme 15

2.4 Pembelajaran Aktif 16

2.4.1 Menggunakan Strategi Pembelajaran Aktif dalam

Laman Web 18

2.4.1.1 Aktiviti secara individu 19

2.4.1.1.1 Kertas Seminit

( Minute papers ) 19

2.4.1.1.2 Kuiz dari pembacaan

(Reading quiz) 19

2.4.1.1.3 Berhenti seketika

(Clarification Pauses) 20

2.4.1.1.4 Bertanya soalan

(Question and answer) 20

2.4.1.2 Aktiviti berpasangan 20

2.4.1.3 Aktiviti berkumpulan 21

2.4.2 Contoh Kajian Bukti Keberkesanan 21

2.5 Pembelajaran Berasaskan Web 22

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

viii

2.5.1 Pembelajaran Konsep Asas Pengaturcaraan C++

Berasaskan Web 24

2.5.2 Strategi Pembelajaran Aktif Berasaskan Web 25

2.6 Model Pembangunan Laman Web 26

2.7 Multimedia dalam Laman Web 27

2.7.1 Teks 28

2.7.2 Grafik 29

2.7.3 Animasi 30

2.7.4 Audio 31

2.7.5 Video 32

2.7.6 Interaktiviti : Hipermedia dan Hiperteks 33

2.8 Penutup 34

3 REKA BENTUK KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Fasa-fasa Model Hannafin dan Peck 36

3.2.1 Fasa 1 (Analisa Keperluan) 36

3.2.1.1 Pemilihan Perkakasan 36

3.2.1.2 Pemilihan Perisian 37

3.2.2 Fasa 2 (Rekabentuk) 38

3.2.2.1 Rekabentuk Informasi 38

3.2.2.2 Rekabentuk Interaksi 42

3.2.2.3 Rekabentuk Persembahan 43

3.2.3 Fasa 3 (Pembangunan dan Perlaksanaan) 43

3.3 Penutup 47

4 HASIL LAMAN WEB 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Pengurusan Fail dan Penyebaran Laman Web 48

4.3 Ciri-ciri dan Paparan Laman Web 49

4.3.1 Pengenalan Konsep Asas Pengaturcaraan C++ 50

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

ix

4.3.2 Menu Pensyarah 55

4.3.2.1 Ruangan Nota 56

4.3.2.2 Ruangan Chatting 57

4.3.2.3 Ruangan Tugasan 58

4.3.3 Menu Pelajar 59

4.3.3.1 Ruangan Nota 60

4.3.3.2 Ruangan Chatting 62

4.3.3.3 Ruangan Tugasan 63

4.4 Kesimpulan 64

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 65

5.1 Kesimpulan dan Perbincangan 65

5.2 Masalah atau Kekangan yang Dihadapi 66

5.2.1 Kemahiran Teknikal 66

5.2.2 Penerapan Strategi Pembelajaran Aktif 67

5.3 Kelebihan Laman Web 68

5.4 Kelemahan Laman Web 68

5.4.1 Tugasan Kurang Mencabar 68

5.4.2 Isu Pelayar Web 69

5.4.3 Kepelbagaian Aktiviti 69

5.5 Cadangan Kajian 69

5.6 Penutup 70

RUJUKAN 71

Lampiran A 75

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Persekitaran Pembelajaran 16

2.2 Kon Pembelajaran Edgar Dale 17

2.3 Aliran Kerja Berdasarkan Model Hanaffin & Peck 26

3.1 Carta Alir Utama Bagi Pembangunan Web Pembelajaran Konsep

Asas Pengaturcaraan C++ 40

3.2 Carta Alir Bagi Ruang Pembelajaran 41

3.3 Papan Cerita untuk Laman Utama 44

3.4 Papan Cerita untuk Nota 45

3.5 Papan Cerita untuk Tugasan Topik 1 46

4.1 Laman Utama bagi Laman Web Memahami Konsep Asas C++

Secara Pembelajaran Aktif 51

4.2 Paparan Daftar Masuk Pensyarah 52

4.3 Paparan Daftar Masuk Pelajar 53

4.4 Paparan Daftar Pelajar Baru 54

4.5 Paparan Lupa Katalaluan 55

4.6 Paparan Utama Menu Pensyarah 56

4.7 Paparan Nota Pensyarah 57

4.8 Paparan Pendaftaran Chatting Pensyarah 58

4.9 Paparan Tugasan Pensyarah 59

4.10 Paparan Utama Menu Pelajar 60

4.11 Paparan Nota Pelajar 60

4.12 Contoh Nota Pelajar 62

4.13 Paparan Chatting Pelajar 63

4.14 Paparan Tugasan Pelajar 64

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Penilaian Laman Web (Penilaian Pakar) 75

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dewasa kini, dalam menempuh arus kehidupan dunia globalisasi, dunia secara

amnya dan Malaysia secara khasnya perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu

juga kemahiran agar dapat selari dengan arus pembangunan dunia tanpa sempadan. Dunia

tanpa sempadan ini bermaksud hubungan yang luas melangkaui batas-batas logistik dan

geografi yang mampu menjadikan rakyatnya menjalankan kehidupan seharian dengan

lebih efektif.

Sebagai langkah permulaan, Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kelapan

(RMKe-8) telah mengorak langkah dengan menyediakan sejumlah pelaburan yang besar

bagi meningkatkan rangkaian perhubungan mayanya. Hal ini bagi memastikan rakyatnya

mampu bersaing dalam dunia globalisasi sama ada melalui bidang perniagaan, politik dan

juga pendidikan. Rancangan ini telah diteruskan pula melalui Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMKe-9).

Sejajar dengan itu juga, bidang pendidikan juga turut merasai tempias akibat

pembangunan rangkaian jalur lebar negara dalam memastikan pendidikan dalam negara

mampu menyaingi serta melahirkan pelajar dan tenaga kerja yang lebih berkualiti dan

setanding dengan negara luar. Melalui peluasan aplikasi multimedianya, ini telah

membuka lebih banyak ruang kepada kita untuk mengakses pelbagai sumber ilmiah

malahan proses pembelajaran itu sendiri akan menjadi lebih praktikal dan fleksibel

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

2

seperti e-pembelajaran. Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya internet dalam

pendidikan masa depan.

Kini, pelbagai laman web boleh ditemui tetapi kebanyakkannya merupakan laman

web komersil. Malah, tidak kurang juga terdapat laman web pendidikan sama ada laman

web berkaitan institusi-institusi pendidikan, portal pendidikan dan e-pembelajaran.

Contoh laman web pendidikan adalah seperti Portal Pendidikan Utusan Malaysia,

Cikgu.net, Ask Dr. Math dan FunctionX.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran konsep asas pengaturcaraan C++ adalah sangat penting dan sangat

berguna dalam pelbagai bidang antaranya kejuruteraan, komunikasi dan pentadbiran.

Malah, pembelajaran ini perlulah secara berterusan kerana ianya melibatkan penyelesaian

masalah kehidupan seharian.

Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk belajar konsep asas pengaturcaraan

C++ ini, antaranya adalah dengan menggunakan buku teks, buku rujukan malah terdapat

juga laman-laman web mengenai konsep asas pengatucaraan C++ ini. Tetapi, apa yang

perlu diambil kira adalah strategi yang digunakan dalam setiap medium tersebut kerana

strategi pembelajaran juga akan mempengaruhi hasil yang akan diperolehi.

Melalui pembelajaran aktif, pelajar akan dilibatkan secara aktif dengan aktiviti

yang dijalankan dalam kelas berbanding menggunakan teknik biasa. Malah, melalui web,

pelajar akan dilibatkan secara aktif melalui pelbagai aktiviti dan diselia oleh tenaga

pengajar berpengalaman. Aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti perbincangan dalam

kumpulan, menyelesaikan masalah, menjawab soalan, berbincang menggunakan ruangan

bual bicara dan sebagainya.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

3

Terdapat banyak kelebihan menggunakan strategi pembelajaran aktif termasuklah

meningkatkan kefahaman pelajar secara maksimum. Menurut Bonwell dan Eison (1991),

students are involved in more than listening, less emphasis is placed on transmitting

information and more on developing students’ skills, students are involved in higher

order thinking (analysis, synthesis, evaluation), students are engaged in activities (e.g.

reading, discussing, writing), and greater emphasis is placed on students’ exploration of

their own attitudes and values. Maksudnya di sini adalah pelajar bukan sahaja terlibat

dalam proses mendengar malah kurang kepada proses pemindahan maklumat tetapi lebih

membentuk kemahiran pelajar. Pelajar dikehendaki mempunyai pemikiran aras tinggi

termasuklah menganalisis, mensintesis, dan membuat penilaian serta melibatkan diri

dalam pelbagai aktiviti seperti membaca, berbincang, dan menulis. Selain itu, penekanan

diberi kepada proses penerokaan pelajar sendiri mengikut keseesuaian mereka. Dengan

cara ini akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar itu sendiri.

Pembelajaran aktif memerlukan tindakbalas yang kerap dan serta merta daripada

tenaga pengajar supaya pelajar tahu sama ada mereka melakukan kerja dengan betul atau

tidak. Menurut Meyers. C dan T. Jones (1993), elemen pembelajaran aktif termasuklah

bercakap, mendengar, menulis, membaca, dan membuat refleksi. Maka, dengan itu,

pembelajaran peraturcaraan memerlukan pelajar mendengar dengan teliti, berlatih untuk

menulis kod-kod aturcara serta membuat refleksi bagi meningkatkan kefahaman dan

memperbaiki kesilapan. Oleh itu, pelajar akan menjadi lebih bersedia dalam

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Menggunakan strategi pembelajaran aktif ini adalah lebih baik berbanding

menggunakan kaedah pengajaran biasa. Hal ini kerana menurut Baharuddin Aris et al.

(2003), tindak balas yang serta merta adalah yang terbaik diberi pada waktu kelas yang

sama atau pada sesi selepasnya supaya pelajar masih ingat dan boleh membetulkan

kesilapan mereka. Ingatan manusia hanya kekal dalam tempoh 14 hari sahaja.

Sungguh pun begitu, timbul juga pelbagai permasalahan lain antaranya adalah

kumpulan pelajar yang ramai, jumlah tenaga pengajar yang sedikit serta masa pertemuan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

4

yang agak singkat. Walau bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan lain yang timbul

dikalangan tenaga pengajar iaitu topik yang dibincangkan mungkin terkeluar sehingga

tidak mampu dikawal dan dijawab oleh mereka. Masa yang diperlukan untuk persediaan

adalah tinggi dan ia tidak sesuai bagi kelas yang ramai (Jamaluddin Harun, 2003).

Walau pun begitu, masih terdapat cara yang boleh digunakan bagi mengatasinya.

Perkembangan teknologi kini turut memperlihatkan penggunaan emel, telesidang dan

perbincangan dalam talian telah mengambil tempat dalam sesi perbincangan dan

pertukaran pendapat. Perancangan yang teliti perlu dilakukan dan penggunaan internet

perlu dipertimbangkan. Maka, adalah bersesuaian seandainya laman web digunakan bagi

menyokong perlaksanaan pembelajaran aktif dalam pembelajaran konsep asas

pengaturcaraan C++.

1.3 Pernyataan Masalah

Pembelajaran konsep asas pengaturcaraan C++ merupakan satu dimensi ilmu

yang baru terutama bagi mereka yang belum pernah mempelajarinya. Sesungguhnya ia

bukanlah sesuatu yang agak mudah untuk dipelajari jika hanya menggunakan kaedah

pembelajaran biasa. Oleh yang demikian, satu medium baru diperkenalkan sebagai

penyelesaian kepada kesukaran yang dihadapi dengan menggunakan strategi

pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif ini mempunyai pelbagai kelebihan antaranya

ianya melibatkan pemikiran aras tinggi pelajar (Bonwell dan Eison, 1991).

Perlaksanaannya adalah digalakkan dan diharapkan agar wujud satu sistem pembelajaran

konsep asas pengaturcaraan C++ berasaskan strategi pembelajaran aktif.

Penggunaan web adalah perlu kerana melalui web ianya boleh diakses pada bila-

bila masa serta di mana-mana jua. Selain itu juga, melalui web pelbagai elemen

multimedia dapat diimplemenkan yang akan menghasilkan satu suasana pembelajaran

yang lebih menarik.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

5

Sehingga kini, belum terdapat dengan banyaknya laman web tempatan yang

menyediakan ruangan pembelajaran konsep asas pengaturcaraan C++ menggunakan

strategi pembelajaran aktif. Oleh itu, diharapkan agar dengan terbinanya laman web ini

akan dapat memberi ruang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari

konsep asas pengaturcaraan C++ secara interaktif berasaskan strategi pembelajaran aktif.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian adalah

i. membangunkan laman web pembelajaran konsep asas pengatucaraan C++

berasaskan strategi pembelajaran aktif.

ii. menyediakan ruangan pembelajaran konsep asas pengaturcaraan C++ berasaskan

web yang interaktif.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Pembangunan web bagi konsep asas pengaturcaraan C++ ini adalah berasaskan

strategi pembelajaran aktif. Ianya penting sebagai persediaan awal kepada para pelajar

institusi pengajian tinggi khususnya dan sesiapa saja yang berminat untuk belajar amnya

kerana ianya merupakan bahasa aturcara yang pertama akan diajar di peringkat asas.

Tanpa pemahaman yang mendalam pada peringkat awal, pelajar akan menghadapi

masalah walaupun mereka mampu menghafal kod-kod aturcara.

Strategi pembelajaran aktif ini merupakan suatu amalan terkini dalam dunia

pengajaran. Melalui penggunaan web sebagai medium pembelajaran, ianya dapat diakses

oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Ini akan dapat memberi

lebih ruang dan peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada mereka yang hadir ke

kuliah sahaja.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

6

Oleh itu, diharapkan dengan adanya web ini akan dapat membantu para pendidik

untuk mengajar konsep asas pengaturcaraan C++ ini dengan menjadikan web ini sebagai

salah satu bahan bantu mengajar. Jadi, para pendidik tidak perlu tercari-cari sesuatu

bahan yang mampu memenuhi keperluan dan kehendak mereka dalam membantu proses

pembelajaran yang bersesuaian.

1.6 Kepentingan Kajian

Adalah diharapkan agar hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai

pihak terutamanya pensyarah dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Semoga ia

dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam mempelajari konsep asas

pengaturcaraan C++ ini.

Bagi guru pula, ianya boleh dijadikan bahan bantu mengajar di dalam kelas atau

kuliah. Menurut Baharuddin Aris et al. (2003), bagi kebanyakkan subjek dalam

pembelajaran Sains Komputer memerlukan pembelajaran yang aktif kerana ia melibatkan

penyelesaian masalah, kemahiran membuat keputusan, pemikiran kreatif, kritikal dan

sebagainya. Guru perlu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan

setiap kumpulan itu perlu melantik seorang sebagai ketua. Setiap kumpulan perlu

menyelesaikan masalah yang telah tersedia dalam web dalam masa yang telah ditetapkan.

Selepas tamat tempoh ditetapkan, guru akan menilai hasil kumpulan melalui

perbentangan yang diadakan di akhir sesi.

Selain dapat memanfaatkan guru, ia juga dapat memanfaatkan pelajar. Pelajar

akan diberi pelbagai jenis masalah semasa kuliah yang perlu diselesaikan di luar waktu

kuliah. Sebarang kesukaran yang timbul boleh diajukan dalam ruangan bual bicara yang

disediakan. Malah, terdapat juga alternatif lain iaitu dengan menggunakan emel bagi

mereka yang kesuntukkan masa. Dengan cara ini akan dapat membentuk sifat toleransi

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

7

antara ahli dalam kumpulan serta membantu dalam proses perkongsian idea terutamanya

bagi mereka yang malu bertanya dalam jumlah yang ramai.

Pada hakikatnya, bukan pelajar institusi pengajian tinggi sahaja yang boleh

menggunakan web ini sebagai sumber rujukan tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang

berminat untuk mempelajari konsep asas pengaturcaraan C++ secara lebih interaktif.

1.7 Skop Kajian

Laman web ini dibangunkan berdasarkan konsep konsep asas pengaturcaraan C++

yang akan menyentuh kepada konsep asas pengaturcaraan, proses pengaturcaraan dan

struktur kawalan yang menggunakan carta alir dan kod sudo (pseudo).

Ia adalah direka bentuk khas untuk pelajar peringkat Institusi Pengajian Tinggi

(IPT) serta sesiapa yang berminat mengenai pengaturcaraan.

1.8 Definisi Istilah

Berikut disenaraikan beberapa istilah dan operasi yang digunakan sepanjang

penulisan ini. Istilah-istilah yang digunakan ditakrifkan berdasarkan Kamus Dewan Edisi

Keempat (2005) serta pandangan beberapa orang yang pakar dalam bidang masing-

masing.

1.8.1 Istilah

Berikut merupakan beberapa istilah yang digunakan dan ditakrifkan

menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) serta Kamus Dwibahasa Edisi Kedua

(2002).

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

8

1.8.1.1 Internet

Internet adalah sistem komputer yang mengizinkan brjuta-juta pengguna di dunia

untuk bertukar-tukar maklumat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

1.8.1.2 Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Kamus Dewan Edisi Keempat,

2005).

1.8.1.3 Pengaturcaraan

Pengaturcaraan adalah proses membuat aturcara komputer (Kamus Dewan Edisi

Keempat, 2005)

1.8.2 Operasi

Berikut merupakan beberapa istilah yang telah ditakrifkan oleh penulis yang

pakar dalam bidang masing-masing.

1.8.2.1 Internet

Internet adalah ‘a worldwide collection of computer networks that links together

millions of computers used by business, the government, educational institutions,

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

9

organizations, and individuals using modems, telephone lines, television cables, and

other communications devices and media (Hofstetter, F. T., 2003).

Maksudnya di sini internet adalah pengumpulan rangkaian komputer di seluruh

dunia yang menghubungkan berjuta komputer yang digunakan dalam urusan perniagaan,

kerajaan, institusi pendidikan, organisasi, dan orang perseorangan menggunakan modem,

talian telefon, kabel televisyen dan pelbagai perkakasan komunikasi yang lain.

1.8.2.2 World Wide Web

Menurut (Hofstetter, F. T., 2003) pula, World Wide Web(WWW) adalah ‘is the

part of the internet that supports multimedia and consists of a collection of linked

documents.

WWW adalah sebahagian daripada internet yang menyokong multimedia dan

mengandungi pelbagai dokumen rangkaian.

1.8.2.3 Laman Web

Menurut (Hofstetter, F. T., 2003) pula, laman web adalah ‘is a related collection

of web pages that is created and maintained by an individual, company, educational

institution, or other organization.

Laman web adalah pengumpulan muka-muka web yang saling berkaitan yang

dibangunkan oleh individu, syarikat, institusi pendidikan atau organisasi lain.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

10

1.8.2.4 Pembelajaran

Pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui

pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan

kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Esah Sulaiman, 2003).

1.8.2.5 Pengaturcaraan

Pengaturcaraan adalah kebolehan untuk berkomunikasi dengan komputer dengan

menggunakan bahasa, tatabahasa dan sintaks yang boleh difahami dan diikuti oleh

komputer, untuk mengarahkan komputer melakukan kerja untuk manusia (Kingsley-

Hughes dan Kingsley-Hughes, 2005).

1.8.2.6 Bahasa Pengaturcaraan

Bahasa pengaturcaraan adalah mekanisme yang abstrak. Bahasa pengatucaraan

membolehkan seseorang pakar aturcara menentukan suatu proses aturcara secara abstrak,

dan memberikan program (biasanya dikenali sebagai assembler, compiler dan

interpreter) menjalankan penentuan tersebut dalam bentuk yang terperinci untuk tujuan

perlaksanaan komputer (Ben-Ari, M., 1996).

1.8.2.7 Pembelajaran Aktif

Pembelajaran aktif adalah ‘learning is not a spectator sport. Students do not learn

much just sitting in classes listening to teachers, memorizing pre-packaged assignments

and spitting out answers. They must talk what they are learning, write about it, relate it

to past experiences, and apply it to their daily lives. They must take what they learn part

of themselves’ (Chikering dan Gamson, 1987).

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESISv - fp.utm.my · pembelajaran pengaturcaraan berasaskan pembelajaran aktif, pembelajaran pengaturcaraan berasaskan web, isu-isu reka bentuk laman web

11

Pembelajaran aktif bukanlah seperti penonton sukan. Pelajar belajar bukan

sekadar hanya duduk di kelas mendengar arahan guru, mengingati tugasan dan menjawab

pertanyaan. Mereka mesti bercakap mengenai apa yang mereka pelajari, menulis

mengenainya, menghubung kaitkan dengan pengalaman lalu, dan menggunakannya

dalam kehidupan seharian. Mereka mesti menjadikan apa yang dipelajari sebagai

sebahagian diri mereka.

1.9 Penutup

Pengkaji telah menyatakan mengenai perkembangan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) yang membawa banyak perubahan terutamanya dalam bidang

pendidikan kini. Justeru, pembelajaran konsep asas pengaturcaraan C++ ini telah

dianggap sesuatu yang penting bagi mambantu kehidupan seharian tetapi ianya sukar

untuk dikuasai. Oleh yang demikian, strategi pembelajaran aktif telah diperkenalkan

sebagai strategi untuk belajar konsep asas pengaturcaraan C++ ini. Penggunaan laman

web sebagai medium penyampaian strategi pembelajaran aktif ini adalah bertepatan

dengan perkembangan dunia ICT kini yang mana web menawarkan pelbagai kemudahan

interaktiviti. Semoga adalah diharapkan agar web ini dapat memberi manfaat dalam

bidang pendidikan.