pembangunan laman web pengaturcaraan c++ … · pembelajaran berasaskan komputer, bahan pengajaran...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN LAMAN WEB PENGATURCARAAN C++ (FUNGSI DAN
TATASUSUNAN) MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN
BERASASKAN SENARIO
SITI SYAZWANI BINTI SHARIR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada surat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Kepada ibu bapa tercinta.
Sharir bin Sulaiman dan Sarinah bt Abdul Wahab.
Segala pengorbanan kalian akan ku kenang dan tidak dapat dinilai oleh diri ini.
Semoga ikatan kasih sayang yang terjalin antara kita tetap kekal untuk selamanya
dan walaupun jasad telah terpisah dari nyawanya.
Kepada adik-adik tersayang.
Suhail bin Sharir, Sahal bin Sharir, Siti Shahirah binti Sharir dan Syahbi bin Sharir.
Sokongan, dorongan dan kasih sayang dari semua telah menjadi tunggak kekuatan
dan inspirasi untuk diri ini berusaha tanpa erti putus asa.
Kepada Penyelia.
Pn Norasykin bt Mohd Zaid.
Terima Kasih diucapkan. Halalkanlah kiranya segala ilmu yang diberikan.
Semoga dirimu mendapat keberkatan dari Allah.
Kepada sahabat-sahabat.
Mohd Ariff, Nadirah, Elinashakila, Marni, Faezah, Maizatul Akmalia, Hidayah,
Sabrina, Nurul Izzah, semua warga 4 SPK 08’ dan rakan-rakan.
Semoga kenangan susah senang bersama tetap terukir dihati dan menjadi
pendorong kejayaan bersama. Semoga kalian semua manjadi pendidik yang
berdedikasi dan disegani.Dan semoga ukhwah di antara kita tetap terjalin hingga ke
akhir hayat.
.
iv
PENGHARGAAN
Pembangun ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Pn Norasykin bt Mohd Zaid, selaku penyelia Projek Sarjana
Muda, yang telah banyak memberikan, bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan
kepada saya tanpa rasa jemu sepanjang tempoh perlaksanaan Projek Sarjana muda
ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas untuk ibu bapa serta ahli keluarga
tersayang di atas setiap pengorbanan, sokongan dan bantuan yang diberikan
disepanjang proses pelaksanaan projek ini.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha-usaha menjayakan projek
ini. Projek ini tidak akan berjalan lancar dan membuahkan hasil yang sempurna
tanpa bantuan, sokongan dan kerjasama dari semua pihak.
Tunjuk ajar dari semua pihak amat pembangun hargai. Tiada perkara yang
dapat pembangun lakukan untuk membalas jasa dan budi baik dari semua.
Pembangun hanya mampu mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga. Semoga semua pihak yang terlibat sentiasa berada dalam keadaan sihat
dan diberkati Tuhan hendaknya.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman web pembelajaran
pengaturcaraan C++ bagi tajuk fungsi dan tatasusunan berasaskan pendekatan
pembelajaran berasaskan senario (PBS). Bahasa penyampaian laman web ini adalah
Bahasa Inggeris. Laman web ini dibangunkan dengan mengambil kira aspek
pembelajaran pengaturcaraan berasaskan PBS, pembelajaran berasaskan web, isu-isu
rekabentuk laman web dan pemilihan elemen multimedia yang sesuai. Sebagai garis
panduan pembinaan laman web ini, model pembangunan Hannafin dan Peck telah
digunakan. Perisian pengarangan iaitu Adobe Dreamweaver CS3 dan perisian
tambahan lain seperti Adobe Flash CS3 dan Adobe Photoshop CS3 telah digunakan
bagi menghasilkan laman web ini. Diharapkan, laman web ini dapat membantu
pelajar dalam pembelajaran topik fungsi dan tatasusunan bahasa pengaturcaraan
C++.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop a C++ programming language
website for topic functions and arrays based on scenario based learning (SBL)
strategy. The contents in this website are presented in English. The development of
this websites are considered by the aspect of learning programming based on SBL,
web based learning, the issues of designing website and the roles of choosing the
multimedia elements. As guide-lines of websites developments, Hannafin and Peck
instructional design model are used in this project. The web authoring tools used is
Adobe Dreamweaver CS3 and other supporting tools such as Adobe Flash CS3 and
Adobe Photoshop CS3 were used to create this website. Hopefully, this website is
able to help students in learning the topic of functions and arrays in subject of C++
programming languange.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Pensyarah
1.7 Skop Kajian
1.8 Definisi Istilah
4
6
6
7
7
8
9
9
10
viii
1.8.1 Internet
1.8.2 Laman Web
1.8.3 Pembelajaran
1.8.4 Bahasa Pengaturcaraan
1.8.5 Pembelajaran Berasaskan Senario
(PBS)
1.9 Penutup
10
10
11
11
12
12
2 SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan
2.2 Pembelajaran Pengaturcaraan C++ (Fungsi
dan Tatasusunan
2.2.1 Masalah pembelajaran
Pengaturcaraan C++ (Fungsi dan
Tatasusunan)
2.3 Teori Konstruktivisme
2.4 Pembelajaran Aktif
2.4.1 Pembelajaran Koperatif
2.4.2 Pembelajaran Kolaboratif
2.4.3 Pembelajaran Berasaskan Senario
2.5 Pembelajaran Berasaskan Web
2.5.1 Pembelajaran Pengaturcaraan
Berasaskan Web
2.5.2 Isu Pembelajaran Berasaskan Web
2.5.2.1 Rekabentuk Tapak Web
2.5.2.2 Rekabentuk Navigasi
2.5.2.3 Rekabentuk Skrin
2.6 Model Pembangunan Laman Web
2.6.1 Model ADDIE
2.6.2 Model ASSURE
2.6.3 Model Hannafin dan Peck
2.7 Multimedia dalam Laman Web
2.7.1 Teks
14
15
15
19
22
23
24
25
31
32
33
33
35
36
37
38
40
41
43
43
ix
2.7.2 Grafik
2.7.3 Animasi
2.7.4 Audio
2.7.5 Video
2.7.6 Interaktiviti: Hipermedia dan
Hiperteks
2.8 Penutup
44
45
46
47
48
49
3 REKABENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan
3.2 Pemilihan Perkakasan
3.3 Pemilihan Perisian
3.3.1 Perisian Gubahan
3.3.2 Perisian Grafik
3.3.3 Perisian Audio
3.3.4 Perisian Animasi
3.4 Rekabentuk Informasi
3.5 Rekabentuk Interaksi
3.6 Rekabentuk Persembahan
3.7 Penutup
51
51
52
52
53
53
54
54
55
58
60
64
4 HASIL LAMAN WEB
4.1 Pengenalan
4.2 Pengurusan Fail
4.3 Ciri-ciri Paparan Laman Web
4.3.1 Paparan Pengenalan Laman Web
4.3.2 Paparan Halaman Senario
4.3.3 Paparan Halaman Sumber Rujukan
4.3.3.1 Buku Rujukan
4.3.3.2 Sumber Internet
4.3.3.3 Nota
4.3.4 Forum
4.3.5 Paparan Peta Laman (Site Map)
65
65
65
66
69
71
74
75
76
77
79
80
x
4.3.6 Paparan Ruangan Permainan
(Games)
4.3.7 Paparan Ruangan E-mail
4.3.6 Paparan Ruangan Chat (Chat
Room)
4.4 Kesimpulan
80
82
83
84
5 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN
5.1 Kesimpulan dan Perbincangan
5.2 Masalah atau Kekangan yang Dihadapi
5.2.1 Masa
5.2.2 Pengaplikasian Pendekatan PBS
5.2.3 Kemahiran Teknikal
5.3 Kelebihan Laman Web
5.4 Kelemahan Laman Web
5.5 Cadangan Kajian
86
86
88
88
89
89
90
91
92
RUJUKAN
Lampiran A
94
100
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
Persekitaran Pembelajaran
Contoh Model Pembelajaran Berasaskan
Senario
Komponen yang terdapat dalam Model ADDIE
Komponen yang terdapat dalam Model
ASSURE
Komponen yang terdapat dalam Model
Hannafin dan Peck
Carta Alir Utama Bagi Pembangunan Web
Pembelajaran Tajuk Fungsi dan Tatasusunan
Carta Alir Metafora Senario
Papan Cerita Untuk Pengenalan
Papan Cerita Untuk Pemilihan Senario
Papan Cerita Untuk Pemilihan Sumber Rujukan
Halaman Pengenalan bagi laman web C++
(Function and Arrays)
Halaman Utama
Halaman Pengenalan Senario
Contoh Halaman Senario
Contoh Pernyataan Masalah
Halaman Sumber Rujukan
Halaman Sumber Buku Rujukan
22
26
38
40
42
57
58
61
62
63
69
71
72
73
73
75
76
xii
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
Halaman Sumber Internet
Halaman Pilihan Nota
Paparan Nota Kuliah
Halaman Forum
Halaman Peta Laman
Halaman Games
Paparan Contoh Games
Paparan Ruangan mail
Paparan Ruangan Chat
76
78
78
79
80
81
82
83
84
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Penilaian Laman Web 100
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Aliran pendidikan semasa dan akan datang adalah berfokuskan kepada
aplikasi teknologi Internet dalam carian dan akses maklumat. Teknologi Internet ini
telah membuka dimensi baru dalam pendekatan pengajaran-pembelajaran kerana
keupayaannya membekalkan sumber maklumat yang pelbagai menggunakan enjin
pencari dan enjin direktori yang efisyen (Sonnenreich, 1998). Selari dengan
perkembangan pesat teknologi Internet, konsep E-Pembelajaran telah diperkenalkan
yang kemudiannya telah membuka dimensi baru dalam pendekatan pengendalian
pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan.
Menurut Hossein Arsham (2002), untuk menjayakan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan komputer, bahan pengajaran perlulah dirancang bagi
mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar dan pendidik terlibat secara
aktif dalam proses pembelajaran. Pengajaran akan membosankan jika pendidik tidak
memahami stail pembelajaran yang berbeza bagi setiap individu.
2
Menurut Carbo (1986) pelajar menjadi lebih bermotivasi, berinisiatif dan
meningkatkan tahap pembelajaran jika guru menyampaikan pengajaran selari
dengan stail pembelajaran pelajar tersebut. Dalam pengajaran bersemuka di bilik
darjah, adalah agak sukar bagi pendidik mengesan dan memenuhi kesemua stail
pembelajaran yang diamalkan oleh pelajarnya. Untuk memenuhi stail pembelajaran
yang berbeza, Nelson (2001) mencadangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) digunakan kerana peluang pembelajaran berkesan boleh dicetuskan.
Di Malaysia, perancangan untuk memenuhi keperluan stail pembelajaran
yang berbeza telah diperkenalkan melalui projek Sekolah Bestari. Prinsip
pembelajaran ini menekankan kepada empat domain pembelajaran iaitu Self-
Directed, Self-Access, Self-Assess dan Self-Paced. Self Access adalah pembelajaran
akses kendiri di mana pelajar mencari dan mendapatkan maklumat mengenai tajuk
yang ingin dipelajari daripada pelbagai sumber bukan guru. Buku rujukan, majalah,
CD-ROM dan internet digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kaedah
pembelajaran terarah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri boleh digunakan
dengan mengakses bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran melalui laman web
dan perisian kursus secara interaktif (Bahagian Pendidikan Guru, 2002).
Menurut Hossein Arsham (2002), pengajaran interaktif adalah merujuk
kepada pendekatan pengajaran menggunakan bahan pengajaran berasaskan web
supaya dapat mewujudkan persekitaran yang menggalakkan penyertaan maksimum
pelajar sesama pelajar dan pelajar dengan guru. Pendekatan yang sering digunakan
termasuklah berkongsi idea secara dua hala iaitu secara serentak antara pengajar
dengan pelajar, dengan menggunakan bilik sembang maya manakala komunikasi
sehala iaitu pelajar menghantar pertanyaan tentang sesuatu perkara yang sukar
difahami melalui papan buletin, ruangan forum dan mel elektronik. Pendekatan dua
hala merupakan peringkat interaktif yang popular digunakan dalam kebanyakan
kursus berasaskan-web.
3
Penghasilan bahan pengajaran interaktif bergantung kepada rekabentuk
antaramuka yang digunakan. Rekabentuk antaramuka yang berkesan mempunyai
empat sifat iaitu :
i. Bahan pengajaran mudah diakses
ii. Bahan pengajaran mudah digunakan kerana kurang memerlukan
kemahiran teknikal
iii. Bahan pengajaran berfungsi dengan baik
iv. Bahan pengajaran dapat menjelaskan sesuatu konsep atau idea.
Strategi pengajaran berasaskan web dilihat telah menarik minat para
akademik kebelakangan ini (Ott, Mann & Moores, 1990). Ini kerana ia dikatakan
boleh menjana kemahiran berfikir secara kritikal dan lebih kos efektif daripada
pengajaran berbentuk syarahan (Jaminson, 1977; Kulik & Chen-lim, 1991; Ewell,
1994; AECT, 1995; Gilbert, 1995; Drucker, 1997). Terdapat beberapa modul yang
telah digunakan dan diintegrasikan dalam laman web seperti modul komuniti atas-
talian yang mengandungi kemudahan forum, message board dan bilik chat (World
Crossing, 2002).
Sehubungan dengan itu, penggunan Internet dan web dalam bidang
pendidikan merupakan sesuatu yang relevan yang perlu dijadikan sebagai salah satu
cara pembelajaran yang sangat baik untuk meningkatkan mutu pembelajaran dalam
bidang pendidikan.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengaturcaraan merupakan antara subjek yang penting dalam bidang
kejuruteraan, pendidikan, sains komputer ataupun sains tulen. Subjek
pengaturcaraan perlu dipelajari secara berterusan kerana, jika gagal menguasai
sesuatu konsep asas tertentu, pelajar tersebut akan menghadapi kesukaran untuk
menguasai pembelajaran diperingkat seterusnya (Beaumont dan Fox, 2003).
Terdapat banyak cara seseorang itu boleh menguasai subjek pengaturcaraan,
samada secara kuliah atau dengan menggunakan papan hitam, papan putih atau nota
transparensi, melalui buku teks dan buku rujukan ataupun menerusi laman web yang
berkaitan dengan pengaturcaraan (Bennedsen dan Caspersen, 2005).
Selain itu, strategi dan pendekatan pembelajaran yang digunakan juga
merupakan faktor penentu hasil pembelajaran yang diperolehi. Menurut Thompson
(2003), pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario (PBS) amat sesuai
diaplikasikan untuk subjek pengaturcaraan. Ini kerana, senario yang digunakan
menyediakan masalah yang spesifik untuk di selesaikan, dan ini amat membantu
dalam proses pembelajaran pengaturcaraan ini yang sememangnya sedikit kompleks
berbanding asas pengaturcaraan. Dengan membekalkan persekitaran yang
diperlukan, pelajar akan lebih mudah untuk menguasai subjek tersebut, lebih-lebih
lagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mempunyai tahap pemikiran yang
tinggi dan sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru.
PBS sememangnya diakui mempunyai pelbagai kelebihan. Menurut Errol
Thompson (2004), kelebihan utama PBS ialah, dapat meningkatkan kemahiran
kognitif, meta-kognitif dan tahap kematangan pemikiran sesuatu individu. Jadi,
dengan meningkatnya tiga aspek tersebut, rangsangan dan stimulasi yang dihasilkan
akan membentuk sifat ingin tahu dan mencuba pelajar yang mendalam. Ini secara
5
tidak langsung memotivasikan minat pelajar yang mendalam untuk meneruskan
pembelajaran mereka seterusnya menguasai sesuatu pembelajaran tersebut.
Senario yang akan digunakan dalam PBS mengganggap bahawa pengguna
akan memasuki persekitaran tersebut sebagai pelajar (Lave et al., 1991). Penglibatan
dalam persekitaran tersebut membolehkan pelajar membuat pemerhatian, merasai
dan merangka idea untuk melengkapkan sesuatu tugasan yang diperolehi. Mereka
akan menjadi ahli dalam situasi tersebut (Wenger, 1998). Senario yang diberikan
nanti akan mengandungi masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar tersebut
dengan menggunakan panduan-panduan serta bantuan-bantuan yang dibekalkan.
Selain itu, masalah yang dibekalkan seharusnya berkaitan dengan pengetahuan sedia
ada pelajar dan tahap kemahiran pelajar tersebut (Errol Thompson, 2004). Ini adalah
bertujuan untuk memastikan pelajar lebih memahami dan menguasai pembelajaran
dengan tahap pemahaman yang maksimum.
Selain masalah menguasai kedua-dua topik pengaturcaraan ini, terdapat juga
masalah lain yang sering timbul di kalangan pelajar IPT seperti masalah kumpulan
pelajar yang ramai di dalam satu kuliah yang singkat, jumlah tenaga pengajar tidak
mencukupi serta penyampaian dan perkongsian maklumat yang kurang berkesan.
Berbeza dengan pembelajaran di sekolah, para pelajar di IPT semestinya tidak hanya
perlu disuap dengan pelbagai kaedah pembelajaran tradisional yang selalu
digunakan untuk pelajar-pelajar peringkat rendah. Malah, dengan waktu yang tidak
mencukupi untuk sesi pengkuliahan, semestinya kaedah PBS ini amat sesuai
diaplikasikan untuk pelajar IPT.
Daripada hujah-hujah yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan
bahawa latar belakang masalah merupakan faktor utama untuk kajian ini dijalankan.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Pembelajaran subjek pengaturcaraan C++ (fungsi dan tatasusunan) bukanlah
satu perkara yang mudah jika dilaksanakan dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang biasa. Belum ada kajian–kajian lepas yang mengkaji cara
mengatasi permasalahan pembelajaran subjek pengaturcaraan C++ (fungsi dan
tatasusunan) ini. Penggunaan web adalah dicadangkan sebagai salah satu cara untuk
mengatasi masalah tersebut. Sehubungan dengan itu, penggunaan web adalah perlu
bagi pendekatan PBS dan bagi memudahkan pembelajaran berlaku. Selain itu, laman
web juga membenarkan pengintegrasian pelbagai elemen multimedia untuk
memperkayakan lagi suasana pembelajaran. Ini adalah kerana, pembangunan laman
web yang mesra pengguna dan berasaskan grafik amat bersesuaian dengan
pembangunan web menggunakan pendekatan PBS ini.
Sehingga kini, daripada kajian yang dilakukan, belum ada laman web yang
menyediakan Pembelajaran subjek pengaturcaraan C++ (fungsi dan tatasusunan)
berasaskan pendekatan PBS.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini merupakan kajian yang dijalankan untuk pembangunan laman web
bagi subjek pengaturcaraan C++ (fungsi dan tatasususnan). Kajian yang
mensasarkan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ini mempunyai beberapa objektif yang perlu
dicapai iaitu:
7
i. Membangunkan laman web pembelajaran subjek pengaturcaraan C++
(fungsi dan tatasusunan) berasaskan pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Senario (PBS).
ii. Menyediakan ruangan pembelajaran berasaskan grafik (graphic based).
1.5 Rasional Kajian
Pembangunan laman web subjek pengaturcaraan C++ (fungsi dan
tatasususnan) ini adalah berasaskan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Senario.
Pembangunan laman web ini adalah untuk mempelbagaikan lagi Alat Bantu
Mengajar (ABM) untuk subjek pengaturcaraan C++ (fungsi dan tatasusunan). Tidak
dinafikan, tajuk fungsi dan tatasusunan merupakan tajuk yang sangat penting dalam
matapelajaran pengaturcaraan C++. Tajuk-tajuk ini banyak melibatkan pengetahuan
dan pemahaman pelajar yang sangat mendalam iaitu melibatkan pemahaman pelajar
dalam kod-kod aturcara yang dibangunkan dan pengetahuan pelajar untuk setiap
pemalar fungsi yang digunakan. Pendekatan PBS merupakan suatu teori moden yang
kerap diaplikasikan dalam penggunaan web pembelajaran pada masa kini. Laman
web ini akan memberikan contoh-contoh gambaran penggunaan tajuk fungsi dan
tatasusunan dalam kehidupan sebenar.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang telah
dikenalpasti dan merupakan di antara faktor kajian ini dijalankan. Adalah