pengesahan tesis2.doc - pdfmachine from broadgun software, … · 2013-11-19 · pembangunan laman...

20

Upload: others

Post on 05-Feb-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

id563390 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 2: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN
Page 3: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI

PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI

MOHD ARIFF BIN BADARUDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

id589625 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 4: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

ii

Page 5: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

iii

Dedikasi

Teristimewa buat ibu dan ayah, Janaton Buradi & Badarudin Bidin� Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mendorong dan memotivasi diri ini sepanjang masa�

Apa disusukan kera di hutan jika anak dirumah mati kelaparan? Kepada Anuar, Taufik, Luqman, Farith, Fahmi...

Air yang dicincang tak mungkin putus sampai bila-bila... Buat teman-teman seperjuangan yang dikasihi 4 SPT, Pengalaman dan tunjuk ajar yang kalian berikan amat bermakna sepanjang perjalanan kehidupanku di UTM ini...

Jika halangan menduga perjalanan kita, jangan kau putus asa... Dan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa menyiapkan projek ini.... Jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi... Terima kasih kepada semua, moga jasa kalian diberkati Allah S.W.T... Wassalam...

Page 6: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayahNya, penulisan ini dapat disempurnakan juga akhirnya.

Setinggi penghargaan ditujukan kepada Pn Noor Azean Atan selaku penyelia

bagi projek ini di atas segala tunjuk ajar, nasihat, menyemak, menyumbang idea serta

bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya

disiapkan.

Dikesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang

tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan

kepada penulis serta memberi pandangan dan ilham dalam menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan

dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik kalian.

Wassalam.

Page 7: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

v

ABSTRAK

Dalam sistem pembelajaran bagi subjek berasaskan perisian komputer,

kaedah pembelajaran secara hands-on adalah lebih berkesan berbanding dengan

kaedah pembelajaran secara kuliah. Suatu kelainan dalam proses pendidikan yang

mampu menarik perhatian amat diperlukan bagi mendapatkan maklum balas positif

dari masyarakat pelajar. Oleh itu, laman web ini dibangunkan berdasarkan strategi

pembelajaran berasaskan situasi dimana pelajar akan cuba dibawa kepada situasi

sebenar pembelajaran tersebut. Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ telah dipilih

sebagai isi pelajaran dengan memberi tumpuan kepada topik Struktur Pilihan dan

Gelungan. Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hannafin dan Peck yang

mempunyai tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Rekabentuk serta Fasa

Pelaksanaan dan Pembangunan digunakan sebagai panduan dalam membangunkan

laman web ini. Laman web ini juga dibangunkan dengan menggunakan Micromedia

Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain

seperti Adobe Captivate 3, Adobe Photoshop CS2 dan Borland C++. Diharap dengan

pembangunan laman web ini akan membantu pelajar menguasai subjek tersebut dan

dapat membentuk pelajar dalam menentukan hala tuju dan matlamat pembelajaran

mereka.

Page 8: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

vi

ABSTRACT

In the learning system of computer software-based subject, hands on learning

method is impressible compared with lecture method. Something different which can

attract in educational process is needed to get positive response from student

community. This website is developing on the strength of situated based learning

strategy where student will be brought to the real situation. The content is based on

Bahasa Pengaturcaraan I C++ subject; focusing on topic of Choice and Looping

Structure. This website was developed according to the three main phase in the

Systematic Intructional Design Model of Hannafin and Peck which involved Need

Assessment Phase, Design Phase and Develop and Implementation Phase.

Micromedia Deamweaver 8 was used as the main development software and

supported by other software such as Adobe Captivate 3, Adobe Photoshop CS2 dan

Borland C++. Hopefully, this website will help the student mastering this subject and

lead them to self-directed learning and determine their learning target.

Page 9: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN TAJUK i

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif 5

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.5.1 Pensyarah 6

1.5.2 Pelajar 7

1.6 Skop 7

1.7 Definisi Istilah 7

Page 10: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

viii

1.7.1 Laman Web 7

1.7.2 Bahasa Pengaturcaraan I 8

1.7.3 Pembelajaran Berasaskan Situasi 8

1.8 Penutup 8

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pembelajaran Elektronik 11

2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer 11

2.3.1 Kebaikan Pembelajaran Berasaskan

Komputer 12

2.3.2 Kelemahan Pembelajaran Berasaskan

Komputer 13

2.4 Definisi Laman Web 14

2.5 Pembelajaran Berasaskan Web 14

2.5.1 Penggunaan Elemen Multimedia 16

2.5.2 Elemen-elemen Dalam Multimedia 16

2.5.2.1 Teks 17

2.5.2.2 Grafik 17

2.5.2.3 Audio 17

2.5.2.4 Video 18

2.5.2.5 Animasi 18

2.6 Pembelajaran Berasaskan Situasi 18

2.6.1 Ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi 19

2.6.2 Kajian Berkaitan Pembelajaran Berasaskan

Situasi 20

2.7 Kajian Berkenaan Model Reka Bentuk Laman Web 21

2.8 Model Rekabentuk Laman Web 23

2.8.1 Fasa Analisa Keperluan 23

2.8.2 Fasa Reka Bentuk 24

2.8.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 24

Page 11: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

ix

III REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 25

3.2 Model Reka Bentuk Laman Web 26

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 26

3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 27

3.2.1.2 Analisis Maklumat dan Isi Pelajaran 27

3.2.1.3 Objektif Pembelajaran 28

3.2.1.4 Analisis Keperluan Perkakasan 28

3.2.1.5 Analisis Keperluan Perisian 29

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 30

3.2.2.1 Isi Kandungan 30

3.2.2.2 Reka Bentuk Antaramuka Dan Skrin 31

3.2.2.3 Carta Alir 33

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 36

3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan 36

3.3 Penutup 36

IV PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 37

4.2 Paparan Laman Web 37

4.2.1 Paparan Laman Utama (index) 38

4.2.2 Paparan Kursus 39

4.2.3 Paparan Pembelajaran 40

4.2.4 Paparan Latihan 43

4.2.5 Paparan Muat Turun 46

4.2.6 Paparan Hubungi 48

4.2.7 Forum 48

4.2.8 Paparan Peta Laman 50

4.3 Pempakejan dan Penyebaran Laman Web 51

Page 12: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

x

V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 52

5.3 Kekangan Yang Dihadapi Semasa Pembangunan

Laman Web 54

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 54

5.3.2 Kekurangan Masa 55

5.3.3 Kekurangan Sumber Bahan 55

5.3.4 Masalah Perkakasan 56

5.4 Kekuatan Laman Web 56

5.5 Kelemahan Laman Web 57

5.6 Cadangan 58

5.6.1 Latihan dan Soalan 58

5.6.2 Grafik dan Animasi 58

5.6.3 Pengujian dan Penilaian 58

5.7 Kesimpulan 59

RUJUKAN 60

Page 13: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Reka Bentuk Instruksi Bersistem Hannafin 23

dan Peck

3.1 Reka Bentuk Instruksi Bersistem Hannafin 26

dan Peck

3.2 Halaman Utama 30

3.3 Halaman Nota 31

3.4 Halaman Latihan 32

3.5 Halaman Forum / Laman Sembang 33

3.6 Carta Alir Menu Utama 34

3.7 Carta Alir Pembelajaran 35

3.8 Carta Alir Latihan 35

4.1 Paparan Laman Utama (index) 38

4.2 Paparan Kursus 1 39

4.3 Paparan Kursus 2 40

4.4 Paparan Pembelajaran 1 41

4.5 Paparan Pembelajaran 2 41

4.6 Paparan Pembelajaran 3 42

4.7 Paparan Pembelajaran 4 43

4.8 Paparan Pembelajaran 5 43

4.9 Paparan Latihan 1 44

4.10 Paparan Latihan 2 44

4.11 Paparan Latihan 3 45

4.12 Paparan Latihan 4 46

4.13 Paparan Latihan 5 46

Page 14: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

xii

4.14 Paparan Muat Turun 1 47

4.15 Paparan Muat Turun 2 47

4.16 Paparan Hubungi 48

4.17 Paparan Forum 1 49

4.18 Paparan Forum 2 49

4.19 Paparan Peta Laman 50

Page 15: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

BAB I

PENGENALAN 1.1 Pengenalan

Bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang penting dalam

sesebuah negara. Melalui pendidikan, sesebuah negara dapat mencapai kemajuan

dalam pelbagai bidang yang lain. Kerajaan Malaysia di bawah pelan Rancangan

Malaysia ke-9 telah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak dengan tujuan

meningkatkan taraf pendidikan di negara ini supaya setanding dengan negara-negara

maju di dunia.

Penggunaan teknologi komunikasi dan informasi atau Information and

Communication Technology (ICT) di negara ini semakin meluas dalam pelbagai

cabang dan bidang. Menurut Information Technology Association of America

(ITAA), Information Technology (IT) bermaksud "the study, design, development,

implementation, support or management of computer-based information systems,

particularly software applications and computer hardware". Dengan perkataan lain,

teknologi komunikasi berhubung kait dengan penggunaan perkakasan elektronik

dan perisian komputer untuk mengubahsuai, menyimpan, melindungi, memproses,

menghantar dan menerima maklumat. Turpin (1999) menyatakan bahawa ICT

adalah perluasan atau pendalaman pengertian daripada IT iaitu Information and

Communication Technology.

World Wide Web (WWW) merupakan antara perkhidmatan internet yang

berasaskan kepada teknologi hiperteks merangkumi teks atau kandungan yang

terdapat dalam laman-laman web. Melalui sistem hiperteks ini, pengguna dapat

id607328 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 16: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

2

melayari laman-laman web secara linear atau tidak linear, cepat dan mudah.

Hypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah bahagian yang menetap dan mengawal

pertukaran maklumat di antara pengguna web dengan pengendali web. Hypertext

Markup Language (HTML) Protocol pula mengawal proses pertukaran dan

menentukan bagaimana sumber bahan itu diterima (Laudon dan Kenneth C., 2002).

Sejak pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1997 oleh

Yang Amat Berbahagia, mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr.

Mahathir Mohamad, kerajaan Malaysia telah pun melangkah setapak ke hadapan

dengan mewujudkan Kerajaan Elektronik atau Electronic Government (EG). EG

dibangunkan bertujuan mengubah cara operasi dalam kerajaan dan kaedah-kaedah

untuk menyalurkan perkhidmatan elektronik kepada rakyat. EG dapat meningkatkan

kemudahan, akses dan kualiti interaksi antara kerajaan dengan rakyat serta golongan

peniaga. Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan EG, Unit Pemodenan Tadbiran

dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, En.

Mohd Fouzi Wan Ab. Rahman, kewujudan EG sekali gus dapat mempertingkatkan

kelancaran maklumat dan proses-proses dalaman kerajaan untuk memperbaiki

kualiti pembangunan polisi, koordinasi dan meningkatkan kecekapan serta

keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Di dorong oleh platform yang telah dibangunkan dan disediakan oleh

kerajaan terhadap penggunaan aplikasi elektronik dalam bidang pengurusan dan

pentadbiran, bidang pendidikan juga tidak terkecuali daripada menerima tempias

yang dibawa olehnya. Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelajaran dan

Kementerian Pengajian Tinggi sedang mencuba sedaya upaya untuk membawa

bidang pendidikan ke satu tahap yang baru di mana pembelajaran berasaskan web

mahupun cakera padat (CD) digunapakai sebagai alternatif kepada bentuk

pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sedia ada di sekolah mahu pun

pembelajaran berasaskan kuliah di universiti.

Pelajar di pelbagai peringkat seperti universiti, kolej, sekolah menengah

mahu pun sekolah rendah didedahkan dengan penggunaan ICT secara meluas dalam

pembelajaran mereka. Buku-buku teks pelajar sekolah kini disertakan dengan CD

Page 17: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

3

untuk menggalakkan para pelajar menggunakan teknologi terkini dalam

pembelajaran mereka. Isi kandungan CD dibangunkan supaya kelihatan menarik

dan merupakan salah satu cara terbaik untuk mendekatkan para pelajar dengan

teknologi pembelajaran terkini di rumah. Selain itu, pembelajaran elektronik atau

Electronic Learning (e-Learning) telah diaplikasikan di universiti-universiti

tempatan dan sedang cuba untuk diaplikasikan terhadap pelajar-pelajar sekolah pula.

1.2 Latar Belakang Masalah Pelajar sering berhadapan dengan situasi di mana pengajaran dan

pembelajaran di kelas berjalan dengan situasi yang sama setiap hari. Dalam sistem

pembelajaran bagi subjek berasaskan perisian komputer, kaedah pembelajaran

secara hands-on adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pembelajaran

secara kuliah. Pelajar akan lebih menguasai isi pelajaran yang disampaikan dan

objektif pelajaran akan dapat dicapai dengan lebih mudah. Sesuatu kelainan dalam

proses pendidikan yang mampu menarik perhatian amat diperlukan bagi

mendapatkan maklum balas positif dari masyarakat pelajar. Menurut Sandholtz,

Ringstaff dan Dwyer (1997), teknologi bukanlah penyelesaian kepada reformasi

pendidikan tetapi ia merupakan pemangkin kepada sesuatu perubahan.

Oleh kerana pembelajaran berasaskan web adalah sistem pembelajaran yang

menggunakan internet sebagai saluran (Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu

(2001), maka ia berupaya menyampaikan teori, metodologi dan amalan yang telah

diterbitkan kepada pengguna yang lebih besar dan menarik kerana menurut

Learnframe (2001) penggunaan media-media ini kebiasaannya mengandungi teks,

animasi, grafik, audio dan video yang menarik di samping menyediakan kemudahan

perbincangan dalam bentuk forum atau laman sembang (chat) menerusi talian dan

bantuan isi pelajaran secara lebih profesional. Skop penggunaannya juga sudah

menjangkaui lebih dari konsep Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dan

menekankan interaksi antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan sistem secara

lebih berstruktur serta menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif menerusi

pembelajaran kolaboratif.

Page 18: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

4

Laman-laman berkaitan pendidikan bercambah dengan cepat dan terdapat

sebahagiannya sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan pengajaran di dalam

kuliah. Dalam pada itu, bahan-bahan tersedia dalam laman web banyak dibuat

dalam versi Bahasa Inggeris. Azni dan Manjit (2001) menyatakan penggunaan

internet akan menjadikan mana-mana laman web yang sesuai sebagai rujukan

kerana sifatnya yang berpaut dengan laman-laman web lain yang saling berkaitan.

Menurut Foo (2000), setiap individu di zaman millennium perlu menguasai

kemahiran literasi maklumat berkomputer termasuklah menyimpan, mengakses,

memproses, mewujudkan dan menyampaikan maklumat. Perubahan ini akan

mendorong perubahan cara pengendalian dalam bidang pendidikan di seluruh dunia

disebabkan oleh penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh.

Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh para

pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Secara umumnya terdapat

tiga kategori kaedah pengajaran sebagaimana dikemukakan oleh Peterson et al

(1984). Kategori-kategori tersebut adalah;

a) Mendengar dan bertutur

b) Membaca dan menulis, dan

c) Memerhati dan membuat

Kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan web boleh diletakkan di

bawah kategori ketiga iaitu memerhati dan membuat. Dalam hal ini para pelajar

akan memerhati isi kandungan laman web yang disediakan menerusi monitor

komputer yang mempunyai rangkaian Internet dengan cara membaca serta

berinteraksi dan seterusnya melakukan kerja-kerja mencatat atau membuat

penyalinan. Menerusi laman web, contohnya laman web portal pendidikan Utusan

(2007), para pelajar akan dapat mempelajari sesuatu pada bila-bila masa dan di

mana sahaja. Ini bermakna melalui laman web, pelajar berpeluang untuk belajar

apabila mereka bersedia untuk belajar. Keadaan ini adalah berbeza dengan kaedah

pengajaran biasa dalam kuliah, di mana sebahagian daripada pelajar tidak bersedia

Page 19: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

5

untuk belajar walaupun pensyarah telah menyediakan pelbagai strategi, kaedah,

bahan, dan sumber untuk proses pengajaran tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah Penggunaan internet di kalangan pelajar universiti banyak di dorong oleh

keperluan semasa. Sumber bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan untuk

menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah boleh didapati melalui internet.

Namun situasi pengajaran dan pembelajaran semasa yang melibatkan ceramah,

kuliah dan amali di dalam makmal komputer amat terhad kepada kekangan masa.

Walaupun terdapat laman web luar berkenaan Bahasa Pengaturcaraan I iaitu C++, ia

tidak mengikut silibus pembelajaran yang digunapakai dalam subjek Bahasa

Pengaturcaraan I bagi subjek SPM 2102. Selain itu, rekabentuk laman web yang

sedia ada tidak menggunakan pendekatan dan strategi yang sesuai dengan bentuk

pembelajaran subjek ini. Oleh yang demikian, pembangun berhasrat untuk

membangunkan satu laman web yang interaktif dan boleh digunakan sebagai salah

satu sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar-pelajar

terutamanya pelajar yang mengambil subjek bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan I

C++. Pelajar juga akan dapat mengakses laman web ini pada bila-bila masa yang

mereka mahu di luar waktu kuliah bagi mendapatkan input tambahan selain dari

nota kuliah yang sedia ada.

1.4 Objektif

a) Membangunkan sebuah prototaip laman web bagi subjek Bahasa

Pengaturcaraan I C++.

b) Membangunkan sebuah prototaip laman web yang berdasarkan

strategi pembelajaran berasaskan situasi bagi subjek Bahasa

Pengaturcaraan I C++.

Page 20: PENGESAHAN TESIS2.doc - pdfMachine from Broadgun Software, … · 2013-11-19 · PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI SUBJEK BAHASA PENGATURCARAAN I C++ BERDASARKAN STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN

6

c) Membangunkan sebuah prototaip laman web bagi subjek Bahasa

Pengaturcaraan I C++ dengan mengimplimentasikan elemen

multimedia di dalamnya.