borang pengesahan status tesis - fp.utm.my binti mohd... · setiap responden ditemubual dengan...

41
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KESEDIAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya JAMALIAH BINTI MOHD JAMAL (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 17, JALAN BELIBIS 5, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU, 81200 JOHOR. Tarikh : 25 JUN 2013 _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) DR.ROHANA BINTI HAMZAH NAMA PENYELIA Tarikh : 25 JUN 2013

Upload: vuongnguyet

Post on 02-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KESEDIAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENATARAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN SATU

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya JAMALIAH BINTI MOHD JAMAL

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh _____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 17, JALAN BELIBIS 5, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU, 81200 JOHOR. Tarikh : 25 JUN 2013

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

DR.ROHANA BINTI HAMZAH NAMA PENYELIA

Tarikh : 25 JUN 2013

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Sarjana

Pendidikan (Teknik dan Vokasional)”.

Tandatangan : ………………………………….

Nama Penyelia : DR.ROHANA BINTI HAMZAH

Tarikh : ………………………………….

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

KESEDIAAN GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENATARAN

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU TINGKATAN SATU

JAMALIAH BINTI MOHD JAMAL

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN SARJANA PENDIDIKAN

(TEKNIK DAN VOKASIONAL)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………...

Nama Penulis : JAMALIAH BINTI MOHD JAMAL

Tarikh : 25 Jun 2013

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

iii

DEDIKASI

Kepada bondaku tersayang, Hajjah Rosenah Chong Binti Abdullah :

Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan, bantuan dan

dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.

Semoga bonda dipanjangkan usia dan dirahmati Allah S.W.T. selalu hendaknya.

Kepada ayahandaku tersayang, Haji Mohd Jamal Bin Haji Sabudin :

Segala nasihat, bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini adalah amat

dihargai. Semoga Allah S.W.T. panjangkan usiamu dengan kehidupan yang penuh

rahmat.

Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai :

Terima kasih tidak terhingga di atas segala bantuan, dorongan dan tunjuk ajar yang

diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang

dapat membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.

Aku mencari segala pengetahuan untuk segala sesuatu selain Tuhan, tetapi ilmu

tidak mahu kecuali hanya untuk Tuhan

-Imam Al-Ghazali-

Semoga dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. hendakNya

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan tesis ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek sarjana , Dr. Rohana Binti Hamzah di atas bimbingan dan dorongan yang

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak

terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang

sangat besar ini.

Kerjasama daripada guru Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah

Kebangsaan Sri Tebrau di sepanjang tempoh temu bual amatlah dihargai.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea

dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan

dirahmati Allah S.W.T.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

v

ABSTRAK

Transformasi pentaksiran merupakan satu proses perubahan ke arah

penambahbaikan kaedah penilaian murid yang sedia ada dan ia melibatkan

transformasi kepada definisi, fokus, bentuk, ciri dan amalan kerja demi menjamin

kualiti pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan kelas pertama.

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti tahap kesediaan

Pelaksanaan Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah Tingkatan Satu dalam

kalangan guru-guru Kemahiran Hidup. Kesediaan guru dikaji dari aspek

pengetahuan, kemahiran mentaksir ,sikap serta perubahan sebelum dan selepas

pelaksanaan penataran PBS KHB. Setiap responden ditemubual dengan rakaman

video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

untuk setiap persoalan kajian. Populasi kajian ini adalah guru-guru yang mengajar

Kemahiran Hidup Tingkatan Satu. Sampel kajian merupakan tiga orang guru yang

mengajar di sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau. Dapatan kajian telah

dianalisis dengan menggunakan kod terbuka. Hasil kajian ini menunjukkan guru

bersedia dari aspek pengetahuan, kemahiran mentaksir,sikap dan perubahan dalam

melaksanakan penataran PBS KHB Tingkatan Satu walaupun pendekatan modul

berubah. Ini adalah kerana penggunaan Huraian Sukatan Pelajaran yang sama masih

sama digunakan dan ia tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran guru

dalam pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

vi

ABSTRACT

Transformation in assessment occurs to improvise existing student

assessment method. The transformation includes definition, focus, design,

characteristic, and working culture that guarantees education quality towards first

class human capital. This study was conducted to determine the level of readiness

of secondary one Living Skills teachers in implementing School Based Assessment.

Teachers readiness is studied in the context of knowledge, assessment skills,

attitudes and changes in the implementation of improvised School Based

Assessment. Population of this research are teachers teaching secondary one Living

Skills. Sample of the research are three teachers from SMK Sri Tebrau. Data are

collected through interview sessions. Interview session are video recorded. Data are

analyzed by using method of open coding. Research findings depict that teachers

are ready in the aspect of knowledge, assessment skill, attitudes and changes in the

implementation even though there are changes in the module approach. This is due to

the use of the same syllabus and does not affect the process of teaching and learning

in the implementation of school based assessment.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

vii

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN Ii

HALAMAN DEDIKASI Iii

PENGHARGAAN Iv

DEDIKASI v

ABSTRAK Vi

ABSTRACT Vii

KANDUNGAN Xii

SENARAI JADUAL Xiv

SENARAI RAJAH Xv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN Xix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Skop dan Batasan Kajian 12

1.8 Kerangka Kerja Konsep Kajian 13

1.9 Definisi Istilah 14

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xiii 1.10 Penutup 19

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 21

2.2 Teori dan Model dan Penilaian Pentaksiran Tyler 22

2.3 Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 23

2.4 Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu 27

2.5 Pengetahuan guru 33

2.6 Kemahiran guru 46

2.7 Sikap guru 52

2.8 Pengalaman guru 58

2.9 Penutup 60

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 61

3.2 Kaedah Penyelidikan 61

3.3 Reka Bentuk Kajian 62

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 64

3.5 Instrumen Kajian 65

3.6 Kajian Rintis 69

3.7 Kebolehpercayaan 69

3.8

3.9

3.10

3.11

Prosedur Kajian

Analisis Data

Etika Dalam Penyelidikan Kualitatif

Kesimpulan

70

75

77

78

BAB 4 ANALISIS DATA

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xiv 4.1 Pengenalan 79

4.2 Pengenalan Latar Belakang Responden 80

4.3 Analisis Data 81

4.3.1 Pengetahuan 81

4.3.2 Kemahiran Mentaksir 84

4.3.3 Kesediaan Sikap Guru Terhadap Penataran

PBS KHB

87

4.3.4 Perubahan Pelaksanaan Sebelum dan

Selepas Penataran PBS KHB

90

4.4 Penutup 91

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 92

5.2 Rumusan 92

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 93

5.2.2 Rumusan Hasil Dapatan Kajian 94

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 95

5.3.1 Kesediaan guru dari aspek Pengetahuan 95

5.3.2 Kesediaan guru dari aspek Kemahiran

Mentaksir

96

5.3.3 Kesediaan guru dari aspek Sikap 97

5.3.4 Penataran sebelum dan selepas PBS KHB 99

5.3.5 Perbezaan kemahiran penilaian PBS

KHB sebelum dan selepas penataran

100

5.3.6 Perubahan Instrumen PBS KHB sebelum

dan selepas penataran

101

5.4 Cadangan Tindakan 103

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 105

5.6 Kesimpulan 106

5.7 Penutup

108

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xv

BIBLIOGRAFI 109-113

LAMPIRAN 114-120

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xvi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Jadual Pentaksiran KHB Sekarang Dan Akan Datang 31

2.2 Sistem Peperiksaan yang telah dan akan dilaksanakan 32

2.3 Peubahan Pentaksiran KHB 33

2.4 Kerangka Standard Prestasi 39

2.5 Format Standard Prestasi dalam DSP 39

2.6 Pernyataan Standard Prestasi 39

2.7 Kod Penyataan Standard Prestasi setiap Pilihan KHB 40

2.8 Contoh Instrumen dalam Dokuen Item Contoh 41

2.9 Perbezaan antara SP dan HSP dengan DSP dan MPP 42

2.10 Tempoh Pelaksanaan PBS dan Pentaksiran Pusat 45

2.11 Contoh Rubrik analitik bagi mata pelajaran KHB 49

4.1 Latar Belakang Responden 79

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Jawapan responden berkaitan dengan pengetahuan

tentang PBS KHB Tingkatan Satu

80

81

81

82

83

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xvii

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Jawapan responden berkaitan dengan kesediaan guru

dari aspek kemahiran mentaksir PBS KHB Tingkatan

Satu

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Jawapan responden berkaitan dengan kemahiran

mentaksir penataran PBS KHB Tingkatan Satu

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Jawapan responden berkaitan dengan usaha

melaksanakan sebaik tugas dalam menjalankan

penataran PBS KHB Tingkatan Satu

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Jawapan responden berkaitan dengan kesediaan

menghadiri kursus bengkel atau seminar

Kod Intrepetatif jawapan yang ditemubual

Jawapan responden berkaitan dengan perubahan

pelaksanaan PBS KHB Tingkatan Satu

84

84

85

86

87

87

88

88

89

89

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xviii

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xix

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xx

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Protokol Temubual 115

B Surat Pengesahan Protokol Temubual dari

Dr. Rohaya Binti Talib 118

C Surat Pengesahan Protokol Temubual dari

Dr.Mohd Safarin Bin Nordin 119

D Surat Kebenaran dari Kementerian

Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(EPRD) 120

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xviii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kerja Konsep Kajian 14

2.1 Prinsip Pentaksiran Pusat 44

5.6 Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Penataran

PBS KHB Tingkatan Satu

107

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xix

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

EPRD - Education and Planning Research Department

ERT

DIC

DSP

FPK

-

-

-

-

Ekonomi Rumah Tangga

Dokumen Item Contoh

Dokumen Standard Prestasi

Falsafah Pendidikan Negara

HSP

KBSM

- Huraian Sukatan Pelajaran

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KSSM

LPM

OP

PBS

PERT

PK

PMR

-

-

-

-

-

-

-

Kurikulum Standard Sekolah Menengah

Lembaga Peperiksaan Malaysia

Objektif Pentaksiran

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pertanian

Perdagangan dan Keusahawanan

Penilaian Menengah Rendah

P&P

PP

PS

SMK

-

-

-

-

Pengajaran dan Pembelajaran

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

xx % - Peratus

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran

yang dilaksanakan di sekolah di mana dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan

secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan

Malaysia (LPM). PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang

dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru

mata pelajaran secara berterusan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas, Bilangan 11/2007 bertarikh 9 Julai, demi

menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan

dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran

yang dilaksanakan di sekolah. Menurut Buku Panduan Pelaksanaan PBS (2007) yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, PBS dilaksanakan di peringkat

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Dalam

PMR dan SPM, PBS terdiri daripada 5 komponen iaitu projek, kerja kursus, ujian

Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), pentaksiran Lisan Berasaskan sekolah (PLBS)

dan modul.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

2

Tujuan PBS ialah supaya dapat merealisasikan matlamat KBSM, objektif

kurikulum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP). PBS juga dapat mempertingkatkan pembinaan modal insan,

boleh memantau perkembangan modal insan pelajar dan penilaian dalam pengajaran

dan pembelajaran. Senario pendidikan kini amat memerlukan supaya guru-guru mata

pelajaran PBS lebih kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka

lebih efektif. Kreatif bermaksud kebolehan seseorang itu untuk boleh mencipta,

menghasilkan sesuatu dan memperkembangkan sesuatu. Manakala inovatif pula ialah

kebolehan seseorang menghasilkan dan memulakan sesuatu yang baru sama ada

dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan dan sebagainya (Mohd Azhar, 2004).

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, daripada Surat Pekeliling Menengah,

2007, sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi

semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul

dan ujian lisan. Pelaksanaan Kerja Kursus Teknologi Kejuruteraan (TK), Lukisan

Kejuruteraan (LK), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Lanskap dan

Nurseri (LAN) serta Kemahiran Hidup (KH) mestilah dijalankan mengikut Jadual

Kerja dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan

calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada

markah kerja kursus. Setiap calon mesti mempunyai semua markah dan pencapaian

PBS setelah tamat tempoh pelaksanaannya.

Justeru itu, mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

menginginkan pelajar-pelajar dilahirkan sebagai pelajar cemerlang dan bersifat

global. Katanya sebagai permulaan, Kementerian akan memperkenalkan dan

mengguna pakai penilaian yang berasaskan sekolah. Untuk itu beliau sangat-sangat

berharap mendapat sokongan dan diterima oleh kelompok yang terbabit seperti

ibubapa, guru-guru dan pentadbiran sekolah.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

3

Menurut Ahmad (2006) di dalam artikel tentang Datuk Seri Hishamuddin

yang mengulas lanjut tentang pelaksanaan sistem PBS dan bukan berorientasikan

peperiksaan hanya akan berjaya jika mendapat sokongan sepenuhnya dari semua

pihak. Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan sama sekali sistem peperiksaan

di peringkat awam sebaliknya sedang mengkaji dan menilai sistem pendidikan

supaya tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Beliau mengatakan kementeriannya

sedang mengkaji sistem peperiksaan yang diamalkan sekarang supaya ia berasaskan

sekolah dan lebih holistik. Menurutnya sistem penilaian dan peperiksaan masa kini

perlu dinilai semula. Antara cadangan beliau ialah mengurangkan bilangan mata

pelajaran dalam peperiksaan awam, lebih menekankan kepada kemahiran dan

keupayaan kepakaran daripada memfokus hanya kepada pencapaian cemerlang.

Beliau juga mencadang agar isi kandungan kurikulum mata pelajaran menggalakkan

pencapaian dalaman dari segi kepakaran dalam sesuatu bidang umpamanya mata

pelajaran seperti Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani serta memperbaiki kaedah

pembelajaran dan pengajaran melalui galakan dan dorongan lebih kepada

memperbanyakkan kerja-kerja tugasan projek. Justeru itu, penekanan patut diberi

lebih kepada pencapaian pelajar secara individu daripada pencapaian sekolah dalam

mana-mana peperiksaan awam.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pencapaian dalam peperiksaan umum iaitu PMR, SPM dan STPM adalah

petunjuk utama peningkatan pencapaian pelajar dan tahap keberkesanan sesebuah

sekolah dan guru. Sekolah yang berkualiti adalah sekolah yang dilengkapkan dengan

berbagai kemudahan fizikal dan berbekalkan guru-guru yang berpengalaman, sudah

semestinya menghasilkan peratus kelulusan yang tinggi dan bilangan pelajar yang

ramai mencapai keputusan cemerlang. Pencapaian dalam peperiksaan, umumnya

merupakan kayu pengukur keberkesanan dan mutu sekolah dan guru manakala setiap

pelajar haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan dilalui

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

4 kerana dalam alam persekolahan satu daripada bukti pencapaian dan kejayaan pelajar

ialah berjaya dalam peperiksaan ( Ee Ah Meng, 2007).

Segala aktiviti yang dijalankan di sekolah menggambarkan amalan

pendidikan yang mengutamakan peperiksaan. Pelajar-pelajar yang bakal menduduki

peperiksaan PMR, SPM dan STPM terpaksa melalui cabaran-cabaran iaitu

menduduki ujian bulanan, peperiksaan percubaan atau peperiksaan setara di

peringkat Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah. Di samping

itu, pihak sekolah berusaha tanpa jemu menyediakan pelajar-pelajar dengan pelbagai

aktiviti seperti kelas tambahan, klinik mata pelajaran, dan bengkel-bengkel teknik

menjawab soalan peperiksaan bagi membuat persiapan menghadapi peperiksaan ( Ee

Ah Meng, 2007).

Strategi pengajaran guru adalah penting bagi memastikan objektif pengajaran

tercapai, seorang guru itu sendiri mesti tahu bagaimana mahu mengurus, mentadbir

serta mengawal pelajar di dalam kelas bagi memastikan isi kandungan pelajaran

dapat difahami oleh semua pelajar. Selaras dengan hasrat Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), strategi pengajaran

dan pembelajaran hendaklah memberi penekanan kepada kesepaduan di antara

perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran saintifik dan pemupukan nilai murni

yang dilakukan secara terancang, sama ada secara langsung atau tidak langsung dan

bersahaja (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979). Guru disarankan menjadi seorang

tenaga pengajar yang kreatif dalam menggabungjalin antara pengetahuan, kemahiran

saintifik dan nilai murni dalam pengajaran mereka. Guru seharusnya sentiasa berjaya

dalam mewujudkan suasana pembelajaran aktif di dalam kelas untuk mengelakkan

kebosanan dalam kalangan pelajarnya.

Sejak pertengahan tahun 1970an, perubahan ekonomi yang melanda beberapa

buah Negara Asia telah memberi kesan kepada berlakunya pembaharuan dalam

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

5 sistem pendidikan. Malaysia juga antara Negara Asia yang tidak ketinggalan dalam

arus pembaharuan ini (Wilhelm dan Chen Pei, 2008).Pada akhir tahun 2010,

transformasi sistem pentaksiran baru mula diperkenalkan di sekolah harian Malaysia

menggantikan Sistem Peperiksaan Berasaskan Sekolah. Sistem Pentaksiran Baru

yang diperkenalkan merupakan gabungan antara pentaksiran pusat dan pentaksiran

sekolah iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK),( Pelan Strategik

Interim 2011-2020: 58).

Transformasi pentaksiran yang berlaku merupakan satu proses perubahan ke

arah penambahbaikan kaedah penilaian murid sedia ada. Ia melibatkan transformasi

kepada definisi, fokus, bentuk, ciri dan amalan kerja demi menjamin kualiti

pendidikan yang menjurus kepada pembangunan modal insan minda kelas

pertama.Sistem peperiksaan sekarang perlu diperkukuh dengan memperluas

konsepnya kepada pentaksiran(Pelan Strategik Interim, 2011).Menyedari hakikat

bahawa peranan guru dalam sistem pentaksiran baru adalah penting, maka guru akan

diberi kuasa untuk mentaksir pelajar-pelajar mereka. Namun demikian

memperkasakan sistem pentaksiran baru juga memerlukan guru yang

berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengendalian pelbagai kaedah formal

dalam ujian.( Bahagian Pendidikan Guru, KPM 2007).

Walau bagaimanapun, laporan yang dikemukakan oleh Hamzah dan

Sinnasamy (2009) agak membimbangkan. Kajian awal yang dijalankan terhadap

pelaksanaan penilaian lisan berasaskan sekolah didapati tidak dijalankan mengikut

garis panduan dan objektif yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini

secara tidak langsung memberikan bukti bahawa kekurangan guru dari aspek

pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan penilaian berasaskan sekolah seperti

penilaian lisan Inggeris walaupun terdapat garis panduan dan objektif. Hal ini

mendorong penyelidik untuk mengkaji kesediaan guru terhadap pelaksanaan

penataraan PBS KHB Tingkatan Satu.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

6

Menurut Pang (2005), pentaksiran merupakan proses yang sistematik untuk

mengumpulkan dan menganalisis maklumat, bagi membantu pendidik memahami

dan menghakimi hasil dan menentukan cara untuk penambahbaikan proses

pendidikan. Dari segi pengajaran, maklumat yang diperolehi dari hasil penilaian

yang dijalankan akan dapat membantu guru memperbaiki pengajaran. Sekiranya

penyampaian kurang berkesan, maka guru boleh membuat keputusan untuk

menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang difikirkan lebih bersesuaian.

Penilaian sama ada formal atau tidak formal boleh mendedahkan kepada kesan yang

sangat penting iaitu perubahan dalam pegetahuan, pemahaman, kebolehan dan sikap

murid. Keupayaan pentaksiran menyampaikan maklumat tentang murid menjadi

intipati sistem pendidikan (Rowtree, 1987).

Menurut Masrizal (2003), kursus jangka pendek yang dijalankan oleh KPM

didapati berkesan di dalam meningkatkan pengetahuan guru-guru di dalam aspek

pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Hal ini juga berkait langsung dengan

pengukuran dan penilaian di mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru-

guru Kemahiran Hidup ini tidak dapat diukur dengan berkesan kerana berlaku

ketidakseimbangan pengetahuan dan pengaplikasian terhadap konsep pentaksiran

yang baru.

Jika dilihat dari aspek pengalaman guru, Tschannen-Moran dan Hoy (2007)

pula menegaskan bahawa guru yang berpengalaman berkeupayaan tinggi kerana

telah melalui peluang demi peluang menerusi tugas pengajaran harian untuk tempoh

yang lama berbanding dengan guru baru dalam mengembangkan kemahiran dalam

pengurusan kelas dan strategi pengajaran. Dapatan kajian Soodak dan Podell (2005)

telah memperlihatkan wujudnya sumbangan pengalaman mengajar terhadap

keupayaan guru dalam pengajaran guru terhadap sistem kurikulum baru yang

dilaksanakan. Namun dalam kajian Hoy dan Woolfolk (2007) mendapati

pengalaman mengajar mempengaruhi secara statistik terhadap keupayaan guru.

Dalam tinjauan Ross (1994) terhadap 88 kajian berkaitan keupayaan dan pengalaman

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

7 guru, guru yang berkeupayaan dan berpengalaman cenderung mempelajari dan

menerapkan pendekatan dan strategi baru dalam pengajaran, menerapkan teknik

pengurusan ke arah mengembangkan autonomi murid, memberi bantuan kepada

murid yang lemah, membina tanggapan kendiri murid terhadap kemahiran akademik,

menetapkan matlamat, dan tidak mudah mengalah berdepan dengan murid yang

lemah.

Selain itu, jika dilihat dari sudut kesediaan guru, kajian-kajian lepas

menunjukkan bahawa, guru-guru cenderung untuk melaksanakan sesuatu program

pendidikan telah banyak dijalankan di dalam dan luar negara. Saharudin (1996)

mendapati guru-guru yang berpengetahuan menunjukkan kesediaan yang tinggi

berasaskan pencapaiannya dan kejayaan sesuatu pengajaran bergantung kepada

kemahiran serta kebolehan guru menguasai pengetahuan untuk menerangkan dengan

jelas dan dapat difahami.

Menurut Faridah Karim (2000), guru-guru mengalami kesukaran

melaksanakan komponen-komponen kritikal dalam kurikulum.Guru-guru mengalami

kesukaran dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, melaksanakan aktiviti-aktiviti

yang berpusatkan pelajar, menggunakan teknik-teknik tertentu untuk berinteraksi

dengan pelajar, memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar, merancang bahan-bahan

pengajaran dan bahan bantu mengajar serta sukar membuat penilaian isi kandungan

mata pelajaran. Hal ini demikian kerana penekanan yang keterlaluan terhadap

penggunaan kaedah penaksiran holistik dan analitik mengakibatkan murid tidak

berupaya menjana idea dalam penulisan semaksimum yang mungkin (Suzana Abd

Mutalib & Jamil Ahmad, 2012). Murid cenderung untuk terlalu berhati-hati agar

tidak melakukan kesilapan berkaitan aspek pelaksanaan PBS yang diberi penekanan

langsung oleh pemeriksa, di samping terikat dengan masa untuk menyelesaikan PBS

yang telah ditetapkan.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

8

Sewajarnya, sebelum guru memilih sesuatu kaedah penaksiran, guru harus

terlebih dahulu jelas tentang hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, dan kemudian

memadankannya dengan kaedah penaksiran yang menepati keperluan (Ahmad Hozi

H. A. Rahman, 2009). Pandangan ini diperkukuhkan bahawa seseorang guru bahasa

sewajarnya mempunyai kombinasi pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang

dapat mendorong murid dalam membina kesedaran akan faedah proses penaksiran,

memberikan bimbingan membina bahan dan memimpin proses penaksiran

seterusnya membimbing murid untuk memahami siginifikan keputusan penaksiran

(Yahya Othman, 2005; Chan Yuen Fook & Gurnam Kaur Sidhu, 2012). Kajian yang

dijalankan oleh Rohaya Talib dan Mohd Najib Abd Ghafar (2008) & Suzana Abd

Mutalib & Jamil Ahmad (2012) mendapati bahawa amalan penaksiran dalam

kalangan guru yang tidak kompeten akan membawa implikasi negatif iaitu guru

gagal memantau kemajuan pembelajaran akibat kurangnya pengetahuan, tidak dapat

menghasilkan keputusan yang adil, perancangan pengajaran yang lemah dan tidak

dapat mencungkil potensi sebenar murid, melaporkan prestasi murid dalam pelajaran

secara tidak tepat kepada ibu bapa, mengakibatkan ketidakpercayaan dan keraguan

dalam proses penaksiran yang menyebabkan kualiti pentaksiran dipersoalkan oleh

pelbagai pihak akibat daripada akauntabiliti pentaksiran yang gagal dilaksanakan

sepenuhnya.

Neal Green, Joseph a. Giacquinta dan Marilyn Berstein (1971) telah

menyenaraikan halangan yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan sesuatu

perubahan seperti berikut :-

i) Kurangnya penjelasan terhadap perubahan, yang diberikan kepada

kakitangan yang melaksanakan perubahan tersebut. Untuk itu maklumat

terkini perlulah disampaikan kepada guru dari masa ke semasa.

ii) Kekurangan kebolehan kakitangan untuk menjalankan peranan baru tersebut.

Kursus,bengkel serta seminar sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah

ini

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

9 iii) Kemerosotan motivasi guru dalam melaksanakan perubahan boleh

menyebabkan mereka menghadapi masalah. Kegagalan menyelesaikan

masalah mengakibatkan prestasi kerja akan merosot.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan penyataan pengkaji iaitu Faridah Karim (2000), dapatlah

dikatakan bahawa guru pada masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu

pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi bagi membolehkan pengajaran dan

pembelajaran berjalan lancar. Mereka juga perlu menunjukkan keinginan dan

inisiatif kendiri serta motivasi untuk mengajar. Dalam hal ini, kesediaan guru adalah

sesuatu yang wajar sebelum mereka melaksanakan sesuatu perubahan pendidikan

kerana mereka merupakan agen pelaksana kepada perubahan pendidikan tersebut.

Dalam hal ini, guru seharusnya perlu benar-benar faham dengan konsep PBS kerana

ia akan memberi keadilan kepada pelajar yang dinilai seterusnya menggambarkan

kewibawaan sekolah sebagai salah satu institusi pendidikan negara. Oleh itu

penyelidik merasakan kajian yang akan dijalankan adalah suatu yang wajar. Justeru

itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat kesediaan guru terhadap pelaksanaan

Penataraan Modul PBS KHB Tingkatan Satu dari aspek kemahiran pentaksiran iaitu

kemahiran, pelaksanaan dan kesediaan guru.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

10 1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti secara khusus perkara-

perkara berikut melalui persepsi pihak yang terlibat di dalam melihat kesediaan guru

terhadap pelaksanaan penataran PBS bagi matapelajaran KHB Tingkatan Satu.

i) Mengenal pasti kesediaan guru dari aspek pengetahuan tentang PBS KHB

Tingkatan Satu.

ii) Mengenal pasti kesediaan guru dari aspek kemahiran mentaksir pelaksanaan

PBS KHB Tingkatan Satu.

iii) Mengenal pasti kesediaan guru dari aspek sikap dalam pelaksanaan PBS

KHB Tingkatan Satu.

iv) Mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan,

mentaksir dan sikap guru dalam pelaksanaan PBS KHB Tingkatan Satu

sebelum dan selepas penataran.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan

berikut;

i) Apakah tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan tentang PBS KHB

Tingkatan Satu.

ii) Apakah tahap kesediaan guru dari aspek kemahiran mentaksir pelaksanaan

PBS KHB Tingkatan Satu.

iii) Apakah tahap kesediaan guru dari aspek sikap dalam pelaksanaan PBS KHB

Tingkatan Satu.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

11 iv) Adakah terdapat perbezaan kesediaan guru dari aspek pengetahuan,

mentaksir dan sikap guru melaksanakan PBS KHB sebelum dan selepas

penataran.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah sangat penting dan diharapkan dapat memberi manfaat

kepada setiap agen pelaksana seperti berikut

1.6.1 Institusi Pendidikan

Institusi kerajaan yang terlibat seperti pihak sekolah (guru) akan memperolehi

maklumat tentang standard prestasi PBS KHB Tingkatan Satu untuk diketengahkan

menerusi pengajaran dan pembelajaran KHB.Sekolah khususnya pihak pentadbir

agar pentaksiran kerja kursus KHB diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut

prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak LPM. Disamping itu, dapatan kajian ini

dapat memberi penerangan kepada pihak sekolah mengenai masalah-masalah yang

dihadapi oleh guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.

1.6.2 Pelajar

Memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya menyiapkan kerja kursus

KHB mengikut tempoh yang dinyatakan dengan sempurna bagi mendapatkan

markah atau keputusan yang cemerlang dan sebagai panduan kepada pelajar dalam

menentukan strategi bagi meningkatkan pencapaian keputusan dalam peperiksaan

PMR.

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

12 1.6.3 Ibu bapa Atau Penjaga

Mengetahui peri pentingnya calon menyiapkan kerja kursus ini, kesannya

kepada keputusan peperiksaan PMR dan memberi galakan serta motivasi dalam

menyiapakan kerja kursus ini.

1.6.4 Pemantau Luaran

Memastikan proses kerja pemantuan berjalan lancar dan mengikut

penjadualan yang telah ditetapkan dan memaklumkan kedatangan pemantau bagi

memudahkan penyediaan dokumen yang dikehendaki.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah menengah harian di

daerah Johor Bahru, Johor. Sekolah ini dipilih bagi penyelidik memantau guru-guru

yang melaksanakan PBS dengan pelajar-pelajar mereka. Oleh kerana kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru terhadap keberkesanan PBS,

maka kajian ini hanya terbatas kepada guru yang mengajar mata pelajaran KHB

Tingkatan Satu .

Faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pentaksiran

berasaskan sekolah hanya ditinjau di peringkat sekolah sahaja. Faktor-faktor luaran

yang kemungkinan ada mempengaruhi pelaksanaannya tidak termasuk dalam skop

kajian ini. Data-data yang diperolehi adalah terhad kepada soal selidik dan temubual

sahaja. Disebabkan bilangan sampel adalah kecil, maka hasil dari kajian ini tidak

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

13 dapat digeneralisasikan kepada semua guru KHB Tingkatan Satu di seluruh

Malaysia.

1.8 Kerangka Kerja Konsep Kajian

Kajian ini membincangkan tentang model dan teori yang berkaitan dengan

dua pemboleh ubah yang berperanan sebagai bersandar dan tidak bersandar. Menurut

Azizi et. al (2007), hubungan antara pemboleh ubah yang dicadangkan dalam

penyelidikan tidak sahaja bergantung kepada kefahaman rasional dan logik.

Penyelidik perlu membuat sorotan kajian sedia ada bagi mendapatkan sandaran

kepada teori-teori yang menyokong perkaitan tersebut. Melalui kajian ini, pemboleh

ubah tidak bersandar merujuk kesediaan guru yang dilihat daripada aspek

pengetahuan,kemahiran mentaksir, sikap dan pengalaman guru dalam penataran PBS

manakala pemboleh ubah bersandar merujuk kepada kesediaan guru dalam penataran

PBS KHB.

Rajah 1 merupakan model yang diinovasikan daripada kerangka teori model

reflektif Wallace (1991) yang berpendapat bahawa seseorang guru biasanya

mempunyai pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang berkaitan dengan bidang

tugasnya. Apabila mengikuti latihan profesional, seseorang guru itu akan

mengaitkan pengetahuan yang diterimanya (received knowledge) dengan

pengetahuan melalui pengalaman (experiental knowledge) yang merupakan dua

sumber pengetahuan penting dalam latihan profesional. Kedua-dua sumber

pengetahuan tersebut mengikut Wallace saling bergantung antara satu sama lain bagi

membolehkan guru lebih bersedia untuk melaksanakan tugas profesionalnya.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

14

Berdasarkan kepada kedua-dua faktor ini akan menghasilkan guru yang

berkualiti selaras dengan matlamat PBS iaitu melahirkan pelajar modal insan kelas

pertama bertaraf dunia.

Rajah 1.1: Model Keberkesanan guru dalam kesediaan pelaksanaan penataran PBS

KHB Tingkatan Satu yang diinovasi daripada Model Reflektif Wallace

(1991)

1.9 Definisi Istilah

Frasa kata yang dijadikan tajuk di dalam kajian ini perlu diperjelaskan.

Berikut ialah definisi istilah atau konsep yang berkaitan.

KESEDIAAN GURU

PENATARAN PBS KHB

(PEMBOLEH UBAH

BERSANDAR)

GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN

SATU

PENGETAHUAN PBS, KEMAHIRAN MENTAKSIR, SIKAP DAN PENGALAMAN

( PEMBOLEH UBAH TAK BERSANDAR)

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

15 1.9.1 Kesediaan Guru

Menurut Kamus Dewan (2002), kesediaan membawa maksud perihal sedia,

kesanggupan, kerelaan. Dalam konteks kajian ini, kesediaan adalah kesanggupan

guru-guru KHB Tingkatan 1dalam melaksanakan PBS dala aspek-aspek yang hendak

dikaji iaitu pengetahuan dan kefahaman terhadap konsep pelaksanaan PBS,

kemahiran guru dalam mentaksir hasil tugasan pelajar berdasarkan konsep PBS,

sikap guru semasa melaksanakan PBS dan perbezaan guru melaksanakan PBS

berdasarkan pengalaman mereka.

1.9.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005), Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut

prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dalam kajian ini,

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu bentuk penilaian kerja kursus

yang dilakukan oleh pihak sekolah khususnya guru yang mengajar mata pelajaran

Kemahiran Hidup. Dalam kajian ini juga, pelaksanaan PBS yang hendak dikaji

adalah berdasarkan aspek-aspek yang terdapat dalam PBS iaitu dari segi

kefahaman konsep, kaedah penilaian, pembinaan item, dan sebagainya.

Menurut Dokumen Pentaksiran LPM (2011), PBS baru ini juga ditafsirkan

sebagai satu proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan

standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Selain itu, PBS ini tiada had kepada

peratusan murid untuk mencapai sesuatu standard, taburan markah atau gred tidak

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

16 ditetapkan serta pelaporan adalah serasi dengan kehendak pendidikan.

Sehubungan itu, pelajar yang telah menguasai isi mata pelajaran seharusnya

boleh mencapai tahap Band 6, di mana mereka harus tahu, faham, boleh buat, boleh

buat dengan beradab iaitu mengikut aturan yang betul, boleh buat dengan aturan

yang betul dan menunjukkan sahsiah yang baik dan terpuji dan membuat

demonstrasi serta menjadi contoh pada Band 6.

1.9.3 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan (1999), pengetahuan membawa maksud satu bidang

ilmu yang perlu diteroka dan diketahui untuk dimiliki bagi membentuk sikap dan

tingkah laku. Dalam kajian ini, pengetahuan difokuskan kepada pengetahuan dan

kefahaman guru tentang pelaksanaan dan konsep PBS. Pengetahuan guru meliputi

aspek-aspek yang diperlukan dalam tugasan pentaksiran, pelaksanaan dan

pengurusan PBS.

1.9.4 Kemahiran Mentaksir

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2006), kemahiran didefinisikan sebagai

kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan

pengetahuan yang khusus atau kebolehan atau kecekapan. Selain itu, kemahiran

juga adalah suatu seni, kebolehan atau teknik yang diperoleh melalui latihan atau

pengalaman khususnya yang mana melibatkan penggunaan anggota atau badan.

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

17 Dalam kajian ini, kemahiran difokuskan kepada kemahiran untuk menilai dan

mentaksir hasil kerja pelajar (evidens) secara menyeluruh dan holistik. Kemahiran

mentaksir PBS adalah untuk mengesan kemajuan pelajar secara fleksibel mengikut

kebolehan dan keupayaan kecerdasan pelajar. Kemahiran mentaksir ini adalah

pelengkap PBS kerana guru perlu merancang strategi pengajaran, membina instrumen

atau lembaran kerja pelajar mengikut kesesuaian pelajar untuk mengenal pasti tahap

perkembangan potensi diri, kemajuan dan pencapaian pelajar. Selain itu, guru juga

perlu membuat tindakan susulan dan pertimbangan sewajarnya untuk memberi Band

yang sesuai kepada para pelajar. Kemahiran menilai ini melibatkan penilaian melalui

aktiviti pengajaran dan pemebelajaran, portfolio, pemerhatian, projek pelajar, kuiz

dan sebagainya.

1.9.5 Sikap

Menurut Kamus Dewan (1993), sikap ialah perbuatan atau pandangan

yang berdasarkan pada sesuatu pendapat dan fikiran. Manakala Syarifah (1983),

pula menyatakan sikap sebagai keadaan di mana seseorang individu itu mudah

dipengaruhi untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap orang lain, idea

atau sesuatu kejadian. Dalam kajian ini, sikap merujuk kepada sikap pelajar

semasa pelaksanaan PBS KHB ini dijalankan.

Ahli-ahli penyelidikan memberi pelbagai takrifan tentang istilah sikap.

Mengikut Anderson (1994) terdapat lima ciri sikap yang jelas iaitu emosi, sasaran,

arah tuju, kekuatan dan ketekalan. Ciri emosi boleh dibahagi kepada ukuran positif,

neutral dan negatif. Jika sesuatu sikap adalah positif, ia akan dituju dengan baik ke

sasarannya dan sebaliknya. Sikap seseorang boleh diukur dengan memberi

pernyataan yang membolehkannya memberi respons sama ada positif atau

sebaliknya terhadap item yang diberikan.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

18 Dari segi bentuk psikologi, sikap didefinisikan sebagai suatu keadaan mental

yang sedia wujud, yang dibentuk melalui pengalaman dan memberi tekanan

dinamik terhadap tindak balas seseorang individu terhadap objek atau situasi yang

berkaitan. Sikap dikatakan diproses melalui pembelajaran dan bersifat implisit.

Kajian ini mendefinisikan sikap sebagai suatu bentuk psikologi yang boleh

diterangkan oleh kecenderungan tingkah laku seseorang individu yang

menunjukkan kesediaan untuk memberi respons secara penilaian dan tekal. Sikap

guru terhadap pelaksanaan PBS merupakan kecenderungan tingkah laku guru untuk

memberi respons yang baik atau sebaliknya terhadap item-item dalam soal selidik

yang disediakan. Respons guru boleh diukur secara berterusan daripada positif

(sangat setuju) ke negatif (sangat tidak setuju) dalam soal selidik yang ditadbirkan.

1.9.6 Pengalaman

Menurut laman akses The free Dictionary by Falex, maksud pengalaman

yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu adalah menangkap objek, pemikiran

atau emosi melalui deria atau minda, contohnya pengalaman pertama bermain salji.

Selain itu, pengalaman juga didefinisikan sebagai penyertaan aktif dalam peristiwa

atau aktiviti, yang membawa kepada pengumpulan pengetahuan atau kemahiran:

satu pengajaran yang diajar oleh pengalaman; contohnya, seorang tukang kayu

dengan pengalaman dalam membaiki bumbung. Kesimpulannya, pengalaman

adalah suatu pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui suatu peristiwa

atau siri peristiwa yang dilalui oleh seseorang individu atau sebuah kumpulan. .

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

19 1.9.7 Kemahiran Hidup Bersepadu

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang

berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1

hinggaTingkatan 3. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai

matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan

masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. (Huraian Sukatan Pelajaran KHB

Tingkatan 1)

1.9.8 Penataran

Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2011),

terbitan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

,penataran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman dan

kesefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna supaya skor yang diperoleh

mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dijalankan

dengan tujuan memberi pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung

perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang

digunakan dan kaedah pemberian skor.

1.10 Penutup

Bab ini membincangkan tentang pengenalan, latar belakang masalah,

objektif, persoalan kajian dan permasalahan yang hendak dikaji. Latar belakang

masalah membincangkan tentang penilaian guru terhadap pelaksanaan penataran

modul satu pentaksiran berasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu Tingkatan Satu.

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohd... · Setiap responden ditemubual dengan rakaman video menggunakan protokol temubual yang merangkumi empat soalan subtopik

20

Dalam bab yang seterusnya iaitu sorotan penulisan, pengkaji akan mengupas

dengan lebih lanjut mengenai kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan aspek yang

sedang dikaji.