report ulasan temubual pengurusan kewangan sk simpang rawai 2014

24
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Peranan pengetua semakin hari semakin mencabar sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan dalam arus pemodenan ini. Pengetua adalah pemimpin di sesebuah sekolah dan memikul tanggungjawab yang amat penting dalam sistem sekolah. Malah kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang pengetua. Hal ini menjadi satu cabaran kepada mereka.Bidang kepimpinan pengetua yang sungguh luas ini menuntut mereka untuk sentiasa mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Satu daripada tugas utama guru besar ialah mengurus kewangan sekolah (Standard Kompetensi Kepengetuaan Malaysia, 2004). Menurut Hussein (2008),pengetua atau guru besar di Malaysia bertanggungjawab dalam banyak hal yang berkaitan dengan institusi sekolah seperti mengurus dan mentadbir sekolah dan ini termasuklah merancang belanjawan dan mengurus perbelanjaan sekolah.Guru besar juga harus

Upload: mat-yus

Post on 14-Dec-2014

890 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Peranan pengetua semakin hari semakin mencabar sesuai dengan perkembangan dunia

pendidikan dalam arus pemodenan ini. Pengetua adalah pemimpin di sesebuah sekolah dan

memikul tanggungjawab yang amat penting dalam sistem sekolah. Malah kejayaan atau

kegagalan sesebuah sekolah selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang pengetua. Hal ini

menjadi satu cabaran kepada mereka.Bidang kepimpinan pengetua yang sungguh luas ini

menuntut mereka untuk sentiasa mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka agar segala

tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Satu daripada

tugas utama guru besar ialah mengurus kewangan sekolah (Standard Kompetensi Kepengetuaan

Malaysia, 2004).

Menurut Hussein (2008),pengetua atau guru besar di Malaysia bertanggungjawab dalam

banyak hal yang berkaitan dengan institusi sekolah seperti mengurus dan mentadbir sekolah dan

ini termasuklah merancang belanjawan dan mengurus perbelanjaan sekolah.Guru besar juga

harus menyelenggarakan segala jenis akaun penerimaan dan pembayaran serta menyediakan

laporan kewangan tahunan sekolah untuk tujuan audit dan sebagainya.Guru besar

bertanggungjawab sepenuhnya bagi menentukan pengurusan kewangan sekolah berjalan

mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan. Oleh itu,

pengetahuan dalam semua aspek pengurusan kewangan mestilah dikuasai guru besar bagi

membolehkan mereka membuat perancangan kewangan disamping menyelia kerja-kerja

Page 2: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

perkeranian dengan berkesan (Zaidatul, 2001). Guru besar sebagai seorang pegawai pengawal

atau orang yang diwakilkan kuasa wajib memastikan urusan kewangan sentiasa dalam keadaan

sempurna (Akta Prosedur Kewangan, 1957; Arahan Perbendaharaan, 1997). Guru besar tidak

boleh menggunakan alasan tidak tahu peraturan ataupun arahan untuk mengelak daripada

dikenakan tindakan jika terdapatnya ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan dan undang-

undang dalam melaksanakan tugasnya (Arahan Perbendaharaan, 1997).

1.2 Biodata Guru Besar

Tanggal 21 Mac 1960 maka lahirlah seorang putera bernama Encik Ismail bin

Salleh yang dilahirkan di Kampung Gelegoh, Binjai Rendah Mukim Bukit Payong, Terengganu.

Kemudian, telah menamatkan pelajaran pada peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di SMK

Bukit Sawa seterusnya memasuki ke sekolah SMK Seberang Takir dan telah berjaya

menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kemudian, beliau melanjutkan

pelajaran di Maktab Perguruan Kuantan dan telah lulus dengan cemerlang pada tahun 1980.

Beliau merupakan seorang guru amat berdedikasi dan mempunyai iltizam yang tinggi untuk

mencapai kejayaan serta matlamat sehinggalah beliau berjaya melanjutkan pelajaran di

Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dan Bimbingan dan

Kaunseling.

Page 3: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

1.3 Perkhidmatan Guru Besar

Encik Ismail bin Salleh merupakan seorang guru yang telah mula berkhidmat bagi

penempatan pertamanya di SK LKTP Jerangau pada tahun 1980. Kemudian, beliau telah

bertukar sekolah di daerah yang sama iaitu di Hulu Terengganu di SK Bukit Perah, Ajil sebagai

guru biasa pada tahun 1988. Pada tahun 1995 pula, nama beliau terus menjulang apabila

dinobatkan menjadi guru cemerlang Matematik. Dan sekali lagi pada tahun 2001 pada bulan Mac

beliau diberi kepercayaan penuh oleh PPD apabila dinaikkan pangkat ke PK HEM SK Tengku

Ampuan Intan, Kuala Berang. Akhirnya, beliau tidak pernah mengimpikan menjadi seorang guru

besar tetapi rezeki beliau tidak disangka-sangka apabila diberi mandat oleh JPNT menjadi guru

besar di SK Felda Tersat mulai Oktober 2001 seterusnya nama beliau terus tersohor sebutan

ramai kerana kejayaan sekolah beliau melonjakkan nama beliau ke seluruh pelosok negeri

Terengganu.

Sekali lagi beliau ditukarkan ke SK Padang Mengkuang pada tahun 2003 kerana jasa dan

pengorbanan beliau amat diperlukan bagi meningkatkan prestasi dan kejayaan sekolah. Kejayaan

beliau bukan sampai di situ sahaja, pada Julai 2004 beliau telah dinaikkan pangkat ke Bahagian

Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan.

Tidak lama kemudian, beliau dilantik semula sebagai guru besar di sekolah mula-mula

penempatan pertama iaitu LKTP Jerangau dan akhir sekali beliau berkhidmat di SK Simpang

Rawai hingga sekarang.

Beliau merupakan seorang Guru Besar yang berpengalaman luas, tegas, prihatin, tidak

mengenal erti putus asa serta sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada guru-guru dan

murid-murid. Beliau juga sentiasa bersikap positif, penyayang, dan sentiasa menginginkan

kecemerlangan murid-murid SK Simpang Rawai terutama dalam bidang akademik ,kokurikulum

Page 4: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

dan sahsiah. Sebagai Guru Besar beliau sentiasa berpegang  pada motto  “Muridku Anakku

Sayang”.

1.4 Latar Belakang Sekolah

Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai

Sekolah merupakan tempat pendidikan yang utama. Sekolah juga adalah merupakan institusi

yang akan melahirkan generasi insan yang berilmu serta berpengetahuan. Orang yang berilmu

akan dimuliakan Allah serta dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Orang berilmu

dimuliakan Allah serta dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Sekolah memainkan peranan

yang sangat penting untuk melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa disamping dapat

membentuk sahsiah, akhlak dan intelek seseorang. Sekolah juga adalah tempat yang mulia bagi

membentuk masyarakat yang sejahtera.

Maka atas kesedaran itulah penduduk Kampung Rawai dan sekitarnya seperti Kampung

Pak Madah, Kampung Alur Limbat, Kampung Padang Limau Nipis, Kampung Binjai Bongkok

dan Kampung Bukit Damar telah bersepakat untuk mendirikan sebuah bangunan bagi

membolehkan anak-anak mereka belajar dan menerima pendidikan yang sempurna di kampung

sendiri.

Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai bermula sebagai sebuah sekolah rakyat dengan

bangunan bangsal beratap nipah berukuran 60 kaki panjang. Sekolah ini telah didirikan atas

usaha Allahayarham Encik Awang bin Mat Amin, Penghulu Besar Mukim Alur Limbat dengan

kerjasama penduduk kampung yang lain pada 24 Februari 1951 di atas sebuah tanah seluas 6.819

Page 5: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

ekar kepunyaan Allahyarham Encik Jusoh bin Said yang telah diambil oleh kerajaan dengan

bayaran sebanyak RM 400 seekar.

Antara bangunan yang terawal didirikan selepas bangunan bangsal dirobohkan.

Pada masa sekolah ini dibuka, Pejabat Pelajaran Negeri Terengganu telah menghantar

Guru Besar Encik Othman b Awang dan lima orang guru yang kesemuanya terdiri daripada guru

rakyat. Murid yang didaftarkan adalah seramai 50 orang. Encik Ismail bin Abdul Rahman yang

dilantik sebagai Guru Besar pada 2 Ogos 1952 adalah guru kerajaan yang mula-mula sekali

berkhidmat di sekolah ini.

Pada 30 September 1956, bangunan bangsal lama telah dirobohkan dan diganti dengan

sebuah bangunan kayu berlantaikan simen dan beratapkan asbestos yang mengandungi empat

buah bilik darjah. Pada tahun 1976 pula bangunan dua tingkat dan sebuah bangunan kantin telah

dibina. Kemudian, bermula dari tahun 1985 hingga 1987, sebanyak Sembilan buah bilik darjah

lagi telah dibina di bawah projek kilat dan pada tahun 1989 sebuah lagi bangunan kayu empat

bilik darjah telah disiapkan hasil gotong-royong penduduk setempat.

Page 6: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

Murid-murid dan bangunan sekolah pada awal tahun 70 an

Suasana kelas dan pembelajaran pada awal tahun 70 an

Dari segi pentadbiran pula, pada 12 Ogos 1957 sebuah jawatankuasa sekolah dibentuk

dengan dipengerusikan oleh Khatib Mamat b Abdullah dan pada 1 Oktober 1958, Jawatankuasa

Sekolah telah dibubarkan dan diganti dengan sebuah Jemaah Pengurus yang dipengerusikan oleh

Encik Salleh b Said. Pada tahun 1973 pula Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan dan

Tuan Haji Abdullah b Mohammad dilantik sebagai pengerusi pertamanya.

Page 7: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

Sekolah ini telah mengalami pertumbuhan yang pesat dan memberansangkan dari segi

bilangan murid dan guru. Bermula dari seramai 50 orang murid yang didaftarkan pada tahun

1951, ia mula meningkat ke angka 377 orang pada awal tahun 1980 dan terus betambah kepada

572 orang menjelang akhir tahun tersebut. Guru-guru juga bertambah dari lima orang guru pada

tahun permulaan iaitu tahun 1951 kepada 26 orang menjelang tahun pada 1980 an.

Seterusnya pada tahun 2001, seramai 40 orang tenaga pengajar berkhidmat di sekolah ini

dengan bilangan murid seramai 746 orang di bawah pentadbiran Guru Besar Puan Mahani binti

Ismail sehingga pada tahun 2004.

Page 8: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

Dua buah bangunan tambahan sedang dalam proses pembinaan

Pada tahun 2011, tersergam dua buah bangunan empat tingkat bagi memenuhi keperluan

masa kini yang menempatkan bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik j-QAF, bilik kesihatan, bilik

muzik, koperasi, perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik bimbingan dan kaunseling, dan bilik sukan.

Bermula 1 Mac 2011 Encik Ismail bin Salleh merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan

Simpang Rawai. Puan Hasnah binti Md Zin merupakan guru penolong kanan akademik, Encik

Mohd Noor bin Zakaria (penolong kanan HEM) dan Encik Abdul Rahman bin Mohamad pula

penolong kanan ko-kurikulum.

Pada tahun 2013 Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai adalah seramai 57 orang iaitu 17

orang guru lelaki dan 40 orang guru perempuan. Staf sokongan pula seramai 7 orang iaitu

seorang lelaki dan 6 orang perempuan. Sekolah ini juga mempunyai seorang ketua kerani.

Bilangan kelas pada tahun 2013 adalah sebanyak 26 kelas iaitu 2 kelas pra sekolah, 1

kelas PPKIBP, 4 kelas tahun 1, 4 kelas tahun 2, 4 kelas tahun 3, 3 kelas tahun 4, 4 kelas tahun 5

Page 9: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

dan 4 kelas tahun 6. Sesi persekolahan adalah pada waktu pagi sahaja. Bilangan murid sekolah

ini ialah seramai 740 orang iaitu 431 orang murid lelaki dan 339 orang murid perempuan.

1.5 Pernyataan Masalah

Pengurusan kewangan sekolah yang berkesan merupakan adalah aspek yang sangat penting

dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Ini kerana kecekapan seorang guru besar dalam

mengurus wang sekolah sangat penting. Pengetuan atau guru besar bertanggungjawab

sepenuhnya menentukan aspek kewangan sekolah supaya berjalan mengikut peraturan-peraturan

yang ditetapkan oleh kerajaan.

Namun demikian terdapat juga sekolah yang menghadapi masalah dalam pengurusan

kewangan. Salah satu punca dari masalah ini ialah kurangnya penglibatan pihak pengurusan

atasan dalam hal-hal kewangan dan akaun. Sesetengah guru besar atau pengetua menyerahkan

tugas pengurusan kewangan kepada pembantu tadbir sepenuhnya. Perbelanjaan yang dilakukan

pula tidak mengikut peraturan. Maka dengan itu sekolah tersebut akan dikenakan audit bersyarat.

Perkara ini berlaku adalah disebabkan sikap kurang bertanggungjawab di kalangan guru besar

dan juga kurang pengetahuan dalam pengurusan kewangan.

Dari masalah yang dinyatakan, pengkaji merasa perlu untuk melakukan kajian tentang

tahap pemahaman guru besar terhadap pengurusan kewangan. Kajian ini bertujuan menentukan

sejauh mana tahap kefahaman guru besar sekolah terhadap pengurusan kewangan.

1.6 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk:

Page 10: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

1. Mengetahui punca-punca kewangan sekolah dari segi peruntukan kerajaan.

2. Mengetahui bagaimana punca kewangan dan perbelanjaan direkodkan.

3. Mengetahui apakah dasar yang digunakan oleh guru besar dalam menguruskan

kewangan sekolah.

4. Mengenalpasti apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pentadbir dalam

menguruskan kewangan sekolah.

5. Mengenalpasti tahap pemahaman guru tentang tatacara pengurusan kewangan

sekolah.

1.7 Kewangan Sekolah

Merujuk kepada kewangan sekolah SK Simpang Rawai adalah secara menyeluruh iaitu untuk

menyediakan penyata kewangan tahunan, dokumen-dokumen dan rekod kewangan yang lengkap

diperlukan, sempurna dan kemaskini seperti berikut :

a) Pemberian Bantuan Kerajaan - Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan, SUWA dan

Asrama

b) Buku Tunai Panjar Wang Runcit

c) Rekod Akaun Subsidiari

d) Daftar Bil

e) Daftar Penghuni Asrama

f) Jadual Kedatangan Pelajar

g) Senarai Akaun Belum Terima (ABT)

h) Senarai Akaun Belum Bayar (ABB)

Page 11: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

i) Penyata Kewangan Tahunan Sekolah tahun sebelumnya yang telah diaudit atau tiada,

penyata belum diaudit yang disahkan(kecuali sekolah menyediakan penyata ini bagi kali

pertama)

j) Penyata Penyesuaian Bank

Manakala jenis-jenis akaun pula terdapat 4 akaun :

1) Akaun Wang Kerajaan dikendalikan oleh sekolah dan penyelenggaraan akaun melalui

Buku Tunai

2) Akaun Wang SUWA dikendalikan oleh sekolah dan penyelenggaraan akaun melalui

Buku Tunai.

3) Akaun PIBG dikendalikan oleh sekolah dan penyelenggaraan akaun melalui Bendahari

PIBG/Fail

4) Peruntukan Waran dikendaliakan oleh Jabatan Akaun Negara dan penyelenggaraan

melalui Buku VOT

Kesemua urusan berkaitan dengan kewangan di sekolah ini dilakukan oleh kerja-kerja

perkeranian dan hanya kutipan yuran, sumbangan, derma dan sebagainya dilakukan oleh guru-

guru di sekolah. Secara keseluruhannya, kewangan sekolah ini ditadbir oleh kerani dan guru

besar sebagai pemantauan berkala yang dilakukan mengikut sumber buku kewangan sekolah dan

peruntukan tahunan yang diberikan oleh kerajaan.

1.8 Metologi Kajian

Page 12: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

Berdasarkan metologi kajian yang telah dijalankan adalah secara kuantitatif diskriptif

iaitu secara temuramah atau temubual secara langsung dan diterjemahkan melalui pengukuran

‘likert scale’. Secara umumnya dapatan kajian ini merupakan seorang responden iaitu guru besar

SK Simpang Rawai, Marang Terengganu iaitu Encik Ismail bin Salleh. Beliau telah memberikan

kerjasama yang penuh dan pengetahuan yang meluas secara terperinci terhadap perkaitan

kewangan di sekolah ini.

Kaedah soal selidik telah dipilih untuk mengumpul data daripada responden berkaitan

dengan kewangan sekolah. Soal selidik dalam kajian ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A

ialah soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang dan iaitu ciri-ciri sekolah iaitu dan

jumlah murid serta sumber kewangan. Bahagian B ialah soal selidik melalui temuramah bagi

mengukur kefahaman guru besar terhadap kewangan sekolah ini.

1.9 Ringkasan Soalan Temuramah

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, kami telah mengemukakan beberapa soalan

berkaitan dengan kewangan sekolah. Berikut ialah soalan yang telah bertanyakan kepada guru

besar iaitu :

Latar belakang Guru Besar, pengalaman sebagai guru dan pentadbir sekolah.

Kaedah bagaimana guru besar menguruskan kewangan contohnya melalui pengalaman,

kursus, taklimat, IAB atau bertanyakan kepada kerani.

Penjelasan tentang kedudukan kewangan sekolah.

Status audit sekolah sepanjang menjadi pentadbir atau pernah menerima audit bersyarat.

Tanggungjawab pembahagian PCG

Page 13: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

Urusan agihan peruntukan dan kaedah agihan.

Penerimaan agihan dipertangungjawabkan.

Secara keseluruhan tanggungjawab terhadap peruntukan PCG.

Jenis dan bantuan diketahui.

Prosedur tuntutan awal.

Prosedur tuntutan PCG.

Prosedur tuntutan pelarasan secara terperinci.

Bantuan persekolahn berdasarkan perkapita murid

Pengurusan terimaan

Pengurusan pungutan

Pengurusan Perolehan

Pengurusan Bayaran dan Panjar Wang Runcit (PWR)

Penyelenggaraan buku tunai, akaun subsidiary dan penyata penyesuaian bank

1.9 Dapatan Kajian

Dapatan kajian terhadap tahap kefahaman guru besar tentang kewangan sekolah adalah

faham berdasarkan hasil temubual berkaitan sumber kewangan sekolah secara umum iaitu

Kumpulan wang Kerajaan dan Kumpulan Wang SUWA. Ini menunjukkan bahawa tahap

pengetahuan guru besar secara kualitatif sangat faham diatas beberapa soalan yang berkaitan

dengan kewangan sekolah. Bagi prosedur tuntutan awal bantuan persekolahan responden

menyatakan dengan jelas bahawa tuntutan perlu dibuat selewat-lewatnya 31 Oktober pada setiap

Page 14: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

tahun untuk mendapatkan tuntutan awal bagi tahun yang berikutnya. Jumlah tuntutan dibuat

adalah berdasarkan bilangan murid tahun semasa.

Guru besar sangat faham tentang keperluan audit dalaman sekolah. Beliau ada menyatakan

juruaudit dalaman dilantik oleh pihak sekolah dan audit dalaman dilakukan secara berkala pada

setiap tahun dan guru besar membuat pengesahan audit yang telah dilakukan. Status audit SK

Simpang Rawai adalah baik pada 2011 dan 2012. Guru besar faham tentang tanggungjawab

pentadbir terhadap peruntukan kewangan yang diperolehi oleh pihak sekolah. Beliau

menerangkan apabila peruntukan kewangan diperolehi ia akan diagih mengikut subjek.

Pengagihan tersebut dilakukan oleh kerani kewangan. Mesyuarat akan dilakukan bersama ketua

panitia untuk memaklumkan jumlah wang yang patut dibelanjakan oleh panitia masing-masing.

Guru besar agak faham pecahan PCG (geran perkapita). Beliau menerangkan pecahan PCG

akan dilakukan mengikut peruntukan yang patut diterima oleh setiap subjek tetapi tidak dapat

menyatakan secara tepat berapakah peratusan yang patut diterima oleh setiap subjek mengikut

kumpulan saubjek teras. Guru besar kurang faham mengenai jenis-jenis bantuan persekolahan

kerana beliau tidak dapat menyenaraikan jenis-jenis bantuan persekolahan yang diterima dengan

baik.Beliau hanya member satu jenis bantuan sahaja tanpa membuat penjelasan.

Prosedur tuntutan wang PCG menyatakan guru besar faham tentang prosedur tuntutan wang

PCG. Tuntutan dibuat mengikut perkiraan jumlah murid semasa untuk mata pelajaran wajib,

teras dan lai-lain mata pelajaran. Menggunakan borang yang disediakan dan memasukkan jumlah

pelajar bagi tahun semasa untuk membuat tuntutan. Langkah-langkah tuntutan pelarasan juga

menyatakan Guru besar faham tentang langkah-langkah tuntutan pelarasan. Setelah membuat

tuntutan PCG pada tahun sebelumnya, sekiranya didapati murid bertambah, tuntutan tambahan

akan dibuat mengikut pertambahan murid pada tahun semasa. Tuntutan pelarasan dibuat selepas

Page 15: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

bulan Jun. Tuntutan ini dibuat untuk mendapatkan semula peruntukan yang belum diterima

berdasarkan pertambahan bilangan pelajar. Sekiranya berlaku pengurangan jumlah pelajar

berbanding jumlah tuntutan yang telah dibuat maka pelarasan juga dibuat dan membayar semula

kepada kerajaan lebihan tuntutan yang telah dibuat. Contohnya tuntutan penuh dibuat untuk

murid pra seramai 25 orang. Pada tahun berikutnya didapati hanya 20 orang sahaja murid pra

yang meneruskan sesi persekolah maka lebihan tuntutan untuk 5 orang pelajar akan

dikembalikan kepada kerajaan.

Manakala bagi pengurusan terimaan guru besar faham tentang pengurusan terimaan aset.

Bila sesebuah syarikat menghantar barangan ke sekolah, pentadbir akan menandatangani borang

terimaan selepas membuat semakan. Sekiranya penghantaran dilakukan semasa pejabat

ditutup/luar waktu pejabat pengesahan terimaan ditangguhkan dengan menyediakan borang lain

dan borang terimaan akan ditandatangan setelah semakan dilakukan. Pengurusan pungutan guru

besar sangat faham tentang pengurusan pungutan. Dibuat berdasarkan keputusan mesyuarat

PIBG. Keputusan mesyurat PIBG akan dipanjangkan kepada pihak JPN. Setelah mendapat

kelulusan JPN barulah pungutan dibuat. Pengurusan perolehan.

Guru besar faham tentang siapakah yang bertanggungjawab terhadap pengurusan perolehan. Di

peringkat sekolah tidak banyak melibatkan pengurusan perolehan. Pengurusan perolehan hanya

melibatkan tender kantin sekolah. Bila tamat tempoh tender kantin tamat, iklan akan dibuat

untuk membuka tender baru kepada pengusaha-pengusaha kantin yang berminat. Keputusan

tender akan dibuka pada 30 Oktober bersama ppd untuk menentukan siapakah pengusaha yang

layak.

Page 16: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

Maksud Panjar Wang Runcit (PWR) dan prosedur membelanjakan wang panjar wang

runcit. Guru besar faham tentang panjar wang runcit. Panjar wang runcit adalah untuk

memudahkan pihak sekolah melakukan pembelian secara murah dan cepat. Sekolah memohon

kebenaran untuk mewujudkan PWR mengikut pekeliling terbaru iaitu had maksimum bagi

sekolah rendah ialah RM500.00. Dana bagi PWR diperolehi dari kantin. Dengan adanya panjar

wang runcit pihak sekolah dapat membuat pembelian kecil atau runcit dengan harga yang murah

dan menjimatkan wang kerajaan. Contohnya: Pusat Sumber Sekolah (PSS) ingin membeli

polistrin, kertas warna dengan jumlah yang sedikit adalah tidak wajar menggunakan cek untuk

membuat bayaran. Perbelanjaan yang tidak melebihi RM100 dalam satu bil akan dibayar secara

tunai/cash menggunakan PWR.

Kaedah melakukan rekupmen menjelaskan bahawa guru besar memang faham tentang

rekupmen. Apabila perbelanjaan dilakukan dengan menggunakan PWR, wang tersebut akan

digantikan melalui proses rekupmen. Contohnya: bila pps membelanjakan RM50 dari PWR,

baucer kecil akan dikeluarkan untuk merekupmen atau mengambil balik dari peruntukan PSS

bagi menggantikan wang dalam PWR dan hendak sentiasa direkupmen agar jumlahnya sentiasa

ada RM500. Akhir tahun rekupmen penuh akan dilakukan untuk dibawa ke tahun hadapan dan

mesti ada RM500. Rekupmen dilakukan semula dengan mengambil dari bahagian mana wang

PWR dibelanjakan.

Kemaskini akaun Subsidiari juga, menunjukkan guru besar faham tentang tanggungjawab

mengemas kini akaun Subsidiari. Buku tunai dan akaun subsidiari perlu diselenggarakan dengan

sewajarnya. Jika tidak diselenggara dengan betul sekolah akan berbelanja secara tidak menentu

dan mungkin terjadi lebihan perbelanjaan. Akaun subsidiari perlu diselenggara agar peruntukan

dapat dibelanjakan dengan sempurna. Penyata bank dikemas kini setiap bulan untuk menyemak

Page 17: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

sama ada cek-cek yang dikeluarkan telah ditunai atau tidak. Pemeriksaan mengejut yang

dilakukan oleh guru besar memang faham akan tentang pemeriksaan mengejut berdasarkan AP

309 – pemeriksaan mengejut perlu dilakukan untuk memastikan wang PWR ada mengikut

seperti dalam penyata akaun dan disahkan oleh guru besar.

Masalah pengurusan kewangan yang dihadapi bagi pihak pengurusan sekolah adalah

tidak mengalami masalah berkaitan dengan pengurusan kewangan. Ini menunjukkan pengurusan

kewangan merupakan akauntabiliti guru besar bagi untuk memastikan pengurusan kewangan

berjalan dengan lancar. Sebagai pentadbir beliau sangat berhati-hati agar tidak berlaku

defisit/lebihan belanja kerana akan menyebabkan audit bersyarat. Akaun Subsidiari dan buku

tunai sentiasa disemak dengan kerani kewangan agar sentiasa dikemaskini dan disahkan. Audit

bersyarat akan berlaku sekiranya pentadbir tidak menyelenggara buku tunai dan subsidiari

dengan betul menyebabkan berlakunya pembelian melebihi peruntukan atau pembelian yang

tidak boleh dilakukan. Contoh sekiranya pihak sekolah melakukan pembelian komputer audit

bersyarat akan dikenakan kerana pembelian komputer tidak dibenarkan.

2.0 Kesimpulan

Kesimpulannya hasil dapatan daripada temubual kumpulan kami bersama Guru Besar SK

Simpang Rawai, kami dapat rumuskan bahawa secara keseluruhannya beliau telah menjawab

keseluruhan soalan yang kami kemukakan dengan jawapan yang memuaskan.

Berdasarkan jadual ‘likert scale’ menunjukkan tahap optimum pengetahuan beliau berkaitan

kewangan sekolah adalah tahap faham. Tahap kefahaman beliau tentang pengurusan kewangan

Page 18: Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014

adalah baik kerana pengetahuan pengurusan kewangan sekolah diperolehi daripada kelulusan

ijazah berkaitan pengurusan,kursus-kursus yang dihadiri dan juga pengalaman beliau sebagai

pentadbir di samping beliau juga berpengalaman dibeberapa buah sekolah daerah Marang dan

Hulu Terengganu.

Rujukan

Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2012.m/s 48.