pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … fileperisian multimedia yang dibangunkan ini...

28
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM TINGKATAN TIGA - POLIGON SEKATA LAI SING NGUONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuminh

Post on 08-Apr-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM

TINGKATAN TIGA - POLIGON SEKATA

LAI SING NGUONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM TINGKATAN TIGA –

POLIGON SEKATA

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya LAI SING NGUONG

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENYELIA)(TANDATANGAN PENULIS)Alamat Tetap: 14D, JLN. WONG KING HOU, LRG. 14, 96000 SIBU, SARAWAK.

Tarikh: 31/03/2006 Tarikh: 31/03/2006

EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN HJ SIDEK (Nama Penyelia)

Disahkan Oleh,

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.

Tandatangan : ……………………………………….......................

Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN HJ SIDEK

Tarikh : ……………………………………….......................

31/03/2006

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM

TINGKATAN TIGA - POLIGON SEKATA

LAI SING NGUONG

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

ii

“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………….............

Nama Penulis : LAI SING NGUONG

Tarikh : ………….....................

31/03/2006

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

iii

Istimewa buat yang tersayang...

Ayah dan ibu,

serta adik.

...Tidak lupa juga

Hii yang dikasihi.

Terima kasih atas sokongan, harapan, dorongan dan pengorbanan kalian!

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, En. Rosni Zamuddin Shah bin Hj. Sidek, kerana

kesanggupan dan dedikasi beliau dalam memberikan bimbingan, nasihat serta

cadangan di sepanjang tempoh penyelidikan.

Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih

di atas sokongan dan doa yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh

penyelidikan ini.

Tidak lupa juga, penulis ingin merakamkan terima kasih kepada Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia atas kerjasama yang telah diberikan bagi

memudahkan kerja-kerja penyelidikan dijalankan. Terima kasih juga ditujukan

kepada pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia yang telah banyak memberikan cadangan dan tunjuk ajar kepada

penyelidik.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

saya, khasnya Jin Wen, Mei Mei, Nan Chong, Chee Hong dan Frankie atas komen,

tunjuk ajar dan bantuan yang telah diberikan kepada saya. Penghargaan juga

ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu menjayakan projek ini.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

v

ABSTRAK

Perisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu

subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan 3. Kajian ini telah

dikhususkan kepada bahagian Mengenali Poligon Sekata, Paksi Simetri Pada Poligon

Sekata dan Membina Poligon Sekata. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai

bahasa penghantar dalam perisian ini. Perisian ini dibina khusus untuk pelajar-

pelajar Tingkatan 3 yang mengambil mata pelajaran Matematik. Silibus yang

digunakan adalah berdasarkan “Integrated Curriculum for Secondary Schools -

Curriculum Specifications: MATHEMATICS FORM 3” yang dikeluarkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2003.

Perisian PBK ini dibangunkan berdasarkan model rekabentuk instruksi Hannafin &

Peck. Perisian ini telah dibangunkan dengan gabungan beberapa perisian seperti

Macromedia Authorware 7.01, Adobe Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX 2004,

Sony Sound Forge 7.0 dan Ulead VideoStudio 9.0. PBK ini juga dibangunkan

berdasarkan gabungan lima elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan

animasi. Gabungan kelima-lima elemen multimedia ini telah menjadikan perisian ini

lebih interaktif dan proses pengajaran dan pembelajaran pula menjadi lebih efektif.

Perisian yang dibina ini disimpan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi memudahkan

pengguna menggunakannya. Diharapkan perisian ini dapat membantu dari segi

mempertingkatkan lagi mutu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sejajar dengan

perkembangan teknologi masa kini.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

vi

ABSTRACT

The title of this multimedia courseware is Regular Polygon, which is one of

the subtopic from Polygon II, Mathematics Form 3. This research focus on Identify

Regular Polygon, Determine the Axes of Symmetry in Regular Polygon and

Construct a Regular Polygon. English language was used as a medium of instruction

in this courseware. This courseware was specially developed for Form 3 students

who are taking Mathematics. Syllabus applies in courseware is Integrated

Curriculum for Secondary Schools - Curriculum Specifications: MATHEMATICS

FORM 3 which made by Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran

Malaysia 2003. This courseware was developed by using Model Hannafin & Peck.

Software like Macromedia Authorware 7.01, Adobe Photoshop 7.0, Macromedia

Flash MX 2004, Sony Sound Forge 7.0 and Ulead VideoStudio 9.0 were used to

develop this courseware. This courseware was also developed by using the

combination of five multimedia elements, which were texts, graphic, audio, video

and animation. Combination of these five elements will make the courseware more

interactive while teaching and learning process will become more effective. Besides,

this courseware was packaged into compact disc (CD) for easy use. Last but not

least, it is hope that this courseware will help to improve the quality of the teaching

and learning process which are parallel with the development of the new

technologies these days.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Borang Pengesahan Status

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xii

Senarai Rajah xiii

Senarai Simbol / Singkatan xv

Senarai Lampiran xvi

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Projek 6

1.4 Objektif Perisian 7

1.5 Skop Projek 8

1.6 Kepentingan Projek 9

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

viii

1.7 Definisi Terminologi

1.7.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK)

1.7.2 Perisian

1.7.3 Multimedia

1.7.4 Interaktif

1.7.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM)

1.7.6 Bestari

1.7.7 Sekolah Bestari

1.7.8 Rancangan Malaysia Kelapan (RMke-

8)

10

10

10

10

11

11

11

12

12

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK)

2.1.1 Jenis-jenis Perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer

2.1.2 Kelebihan Perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK)

2.1.3 Masalah Pelaksanaan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK)

14

15

17

19

2.2 Perkembangan PBK Di Malaysia 21

2.3 Komputer Dalam Pendidikan Matematik 23

2.4 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

2.4.1 Prinsip-prinsip Asas Teori

Konstruktivisme

2.4.2 Model Pemprosesan Lima Fasa

Needham

24

25

27

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

ix

2.4.3 Aplikasi Prinsip Teori

Konstruktivisme Ke Dalam Reka

Bentuk Pembinaan Perisian PBK

29

2.5 Definisi Multimedia Serta Elemen-elemennya

2.5.1 Teks

2.5.2 Grafik

2.5.3 Video

2.5.4 Animasi

2.5.5 Audio

2.5.6 Hipermedia

31

32

32

33

33

33

34

2.6 Pemilihan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa

Penghantar Perisian

34

3 METODOLOGI PERISIAN

3.0 Pengenalan 36

3.1 Model Hannafin & Peck

3.1.1 Fasa Analisis Keperluan

3.1.1.1 Pemilihan Topik Pengajaran

3.1.1.2 Pembahagian Isi Pelajaran

3.1.1.3 Pemilihan Perkakasan, Alat

Pengarang Dan Perisian

Sokongan

3.1.2 Fasa Rekabentuk

3.1.2.1 Menentukan Cara

Pelaksanaan

3.1.2.2 Membina Carta Alir

3.1.2 Fasa Pembangunan Dan Pelaksanaan

37

37

38

38

39

44

45

45

49

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

x

4 HASIL PEMBANGUNAN

4.0 Pengenalan 50

4.1 Pempakajan Perisian 50

4.2 Operasi Perisian 51

4.3 Struktur Asas Perisian Dengan Ciri-ciri

Multimedia

4.3.1 Paparan Persembahan Tajuk

4.3.2 Paparan Mengenal Pasti Status

Pengguna, Log In dan Registration

4.3.3 Paparan Objektif Perisian (Objective)

4.3.4 Paparan Set Induksi (Induction Set)

4.3.5 Paparan Menu Utama (Main Menu)

4.3.6 Notes (Notes)

4.3.7 Latihan (Exercises)

4.3.8 Panduan (Help)

4.3.9 Penghargaan (Credit)

4.3.10 Keluar (Exit)

52

52

54

56

57

58

60

65

68

70

70

4.4 Kandungan Perisian

4.4.1 Nota

71

72

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.0 Pengenalan 78

5.1 Perbincangan

5.1.1 Teori Pembelajaran

5.1.2 Model Pembangunan Perisian

5.1.3 Unsur Multimedia

79

79

80

80

5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi

5.2.1 Kepakaran Dan Pengalaman

5.2.2 Faktor Perkakasan

81

81

83

5.3 Rumusan 83

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

xi

5.4 Cadangan

5.4.1 Menjalankan Pengujian dan Penilaian

Perisian

5.4.2 Menambahkan Ciri Mesra Pengguna

5.4.3 Meluaskan Skop Perisian

5.4.4 Projek Dilakukan Secara Berkumpulan

85

85

85

86

86

5.5 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 92

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Peratus Pembelajaran Yang Berlaku Mengikut

Alat Deria Yang Digunakan

19

2.2 Lima Fasa Pengajaran Dan Pembelajaran

Needham

27

3.1 Jadual Pembahagian Modul Bagi Topik

Poligon Sekata

39

3.2 Spesifikasi Perkakasan Yang Diperlukan Dan

Jenis Perkakasan Tersebut

40

4.1 Fungsi-fungsi Butang Dalam Nota 61

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

xiii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem

Hanaffin & Peck 37

3.2 Carta Alir Perisian PBK Poligon Sekata 46

4.1 Paparan Loading 53

4.2 Paparan Persembahan Tajuk 53

4.3 Paparan Mengenal Pasti Status Pengguna 54

4.4 Paparan Log In 55

4.5 Paparan Registration 56

4.6 Paparan Objective 57

4.7 Paparan Induction Set 58

4.8 Paparan Main Menu 59

4.9 Paparan Kandungan Nota 60

4.10 Paparan Notes (Pengenalan Serta Pengetahuan

Sedia Ada) 61

4.11 Paparan Notes (Mengenal Pasti Poligon Sekata &

Flash 1) 62

4.12 Paparan Notes (Mengenal Pasti Poligon Sekata &

Flash 2) 63

4.13 Paparan Notes (Paksi Simetri Pada Poligon

Sekata & Flash) 63

4.14 Paparan Notes (Membina Poligon Sekata & 64

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

xiv

Movie Clips)

4.15 Paparan Exercises (Exercises Menu) 65

4.16 Paparan Exercises (Objective Questions) 66

4.17 Paparan Exercises (Correct Response) 66

4.18 Paparan Exercises (Exercise Report) 67

4.19 Paparan Exercises (Subjective Questions) 67

4.20 Paparan Help (Main Menu) 68

4.21 Paparan Help (Notes) 69

4.22 Paparan Help (Exercises) 69

4.23 Paparan Credit 70

4.24 Paparan Exit 71

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

xv

SENARAI SINGKATAN

CAI - Computer Aided Instruction

CAL - Computer Aided Learning

CAT - Computer Assisted Testing

CBI - Computer Based Instruction

CBL - Computer Based Learning

ICT - Information Communication Technology

IT - Information Technology

KBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah

KDP - Komputer Dalam Pendidikan

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MCE - Malaysia Council Of Computer In Education

MSC - Multimedia Super Corridor

NCTM - National Council Of Teacher Of Mathematics

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPSMI - Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

RMKe – 7 - Rancangan Malaysia Ketujuh

RMKe – 8 - Rancangan Malaysia Kelapan

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Panduan Penggunaan Perisian 92

B Analisis Keputusan Ujian Pertama 2005,

Tingkatan 3 – S.M.K. PERMAS JAYA

93

C Analisis Keputusan Ujian Ketiga 2005,

Tingkatan 3 – S.M.K. PERMAS JAYA

96

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dalam era pemodenan ini, komputer telah menjadi suatu teknologi

yang tidak dapat diasingkan dengan kehidupan harian manusia. Tanpanya

teknologi ini, seseorang individu atau sesebuah institusi boleh dikatakan

ketinggalan zaman. Di Malaysia, penggunaan komputer dalam pendidikan

hanya bermula pada lewat 70-an. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah menyarankan Projek Perintis Literasi Komputer (Computer

Literacy Pilot Project) dan aktiviti ko-kurikulum Kelab Komputer Sekolah

(School Computer Club Co-Curricular Activities) dalam usaha

mempergiatkan penggunaan komputer di peringkat sekolah (Ng, 1989).

Kini, komputer dalam bidang pendidikan bukan lagi perkara yang

baru kepada kita. Hal ini terbukti apabila Kementerian Pelajaran Malaysia

bekerjasama dengan syarikat Intel Electronics Sdn. Bhd. bagi

memperkenalkan dan memperluaskan penggunaan teknologi tanpa wayar

‘wireless access point’ dalam rangkaian setempat kepada 800 buah sekolah di

seluruh negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM, 2005).

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

2

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), kerajaan

Malaysia telah menegaskan bahawa usaha bersepadu akan dibuat bagi

memantapkan pembangunan sektor ICT (Information Communication

Tecnology) dan menjadikan Malaysia sebagai Hub ICT dan multimedia di

peringkat global. Mengikut laporan RMke-8, perbelanjaan ICT dalam sektor

pendidikan dan penyelidikan adalah sebanyak RM1008 juta dari tahun 1996-

2000.

Reformasi sistem pendidikan negara telah melahirkan Sekolah Bestari

(Smart School), iaitu salah satu daripada tujuh agenda Koridor Raya

Multimedia. Inisiatif sekolah bestari telah diperkenalkan dengan tujuan

untuk melahirkan generasi baru Malaysia yang celik ICT, kreatif dan inovatif

serta berupaya membawa ekonomi kepada Era Maklumat. Projek ini telah

dilaksanakan sebagai projek perintis dalam tempoh Rancangan Malaysia

Ketujuh (RMKe-7) dan melibatkan 90 sekolah yang terdiri daripada sembilan

sekolah baru yang sedang dalam pembinaan dan 81 sekolah sedia ada yang

dinaikkan taraf. Sekolah-sekolah ini telah dilengkapkan dengan peralatan

multimedia yang terkini dan dibekalkan dengan bahan pengajaran bagi empat

mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Bahan ini bukan sahaja menambahkan kurikulum yang beraraskan rangkaian

tetapi juga membolehkan pelajar yang mempunyai keupayaan berbeza untuk

memperolehi kejayaan mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai

pelengkap kepada sekolah bestari, Rangkaian Sekolah Global juga telah

diperkenal untuk membolehkan sekolah-sekolah di Malaysia dihubungkan

secara elektronik dengan sekolah yang dipilih di serata dunia (Laporan

RMke-8, 2001-2005, 385-413).

Menjelang tahun 2013, dijangka akan wujud 8000 sekolah yang akan

mencapai status sekolah bestari. Menurut Menteri Pelajaran, Dato’ Seri

Hishammuddin Tun Hussein, satu kajian melibatkan semua inisiatif teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk

proses pembestarian sekolah-sekolah akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

3

Inisiatif ICT utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah Komputer

Dalam Pendidikan (KDP), Projek Rintis Sekolah Bestari, School Net, TV

Pendidikan dan program pengukuhan iaitu Program Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Menteri

pelajaran juga menyatakan bahawa pembestarian sekolah adalah selaras

dengan hasrat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk

menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden

mengikut arus pembangunan semasa. Katanya, langkah tersebut juga

merupakan sebahagian daripada usaha KPM untuk memperkasakan sekolah-

sekolah kebangsaan (SK) (Utusan Malaysia, 7/5/2005).

1.1 Latar Belakang Masalah

Sekolah Bestari memberikan penekanan kepada perkembangan

individu secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja pada

domain intelektual tetapi juga domain efektif. Dengan ini, teknologi terbaru

harus dicerapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

supaya pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar

pembelajaran individu dapat diaplikasikan.

Terdapat banyak alat teknologi yang boleh membantu proses P&P,

salah satu daripadanya ialah perisian pembelajaran berbantukan komputer

(PBK). Penggunaan PBK dalam proses P&P merangkumi semua bidang

dalam Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah (KBSM), termasuk mata

pelajaran Matematik. Wujudnya teknologi komputer dalam dunia pendidikan

telah menjadikan proses P&P lebih efektif dan menarik. Walaupun teknologi

ini tidak dapat mengantikan kaedah pengajaran lama yang berbentuk ‘Chalk

and Talk’ dengan seratus peratus dalam masa yang singkat tetapi teknologi

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

4

ini harus dijadikan sebagai satu alternatif bagi membantu pelaksanaan proses

P&P.

Pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya menggunakan

teknologi terkini untuk membantu pelajar memahami konsep-konsep

matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan pelajar

menerokai idea-idea matematik. Penggunaan kalkulator, komputer, perisian

pendidikan, laman-laman web dalam internet serta pakej-pakej pembelajaran

yang sedia ada boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan penggunaan teknologi

yang bersesuaian, tuntas dan berkesan, pencapaian dan penguasaan hasil

pembelajaran dapat ditingkatkan. Oleh itu, guru seharusnya menggunakan

sumber yang disediakan bagi membantu murid menguasai konsep dan

kemahiran matematik tertentu secara berterusan (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 2000).

Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang wajib

diambil oleh semua pelajar sehingga Tingkatan 5. Bab yang kedua dalam

mata pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 3 ialah Poligon II. Dalam bab

ini, pelajar dikehendaki mengenali ciri-ciri poligon sekata, paksi simetri dan

cara-cara melukis poligon sekata dengan tepat. Adalah menjadi harapan

dengan terhasilnya perisian yang berbentuk PBK bagi topik Poligon Sekata

dalam bab Poligon II dapat membantu pelajar menguasai topik ini.

Penggunaan perisian berbantukan komputer merupakan satu langkah yang

bijak bagi menyelesaikan masalah pembelajaran dalam topik Poligon Sekata.

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

5

1.2 Pernyataan Masalah

Projek ini adalah satu usaha ke arah penghasilan satu perisian PBK

multimedia bagi topik kecil iaitu Poligon Sekata dalam bab Poligon II mata

pelajaran Matematik Tingkatan 3. Perisian ini diharapkan dapat

menambahkan pendekatan P&P yang sedia ada tetapi masih kekurangan.

Perisian ini akan dilengkapkan berdasarkan kelebihan-kelebihan PBK. Di

samping itu, perisian ini juga akan dilengkapkan dengan elemen-elemen

multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio dan video untuk merangsang

minat pelajar dalam proses P&P.

Menurut analisa keputusan ujian pertama 2005 Sekolah Menengah

Kebangsaan Permas Jaya, Johor, calon tingkatan tiga yang lulus dalam ujian

mata pelajaran Matematik hanya mencatat 53.23 peratus. Analisa keputusan

ujian ketiga 2005 sekolah tersebut pula melaporkan bahawa peratus kelulusan

calon dalam ujian ketiga mata pelajaran Matematik hanya mencatat 37.74

peratus. Situasi ini amat membimbangkan pihak sekolah kerana keputusan

mata pelajaran Matematik adalah antara yang paling lemah. Poligon II

merupakan salah satu topik yang diuji dalam kedua-dua ujian matematik

tersebut. Oleh itu, diharapkan dengan terhasilnya perisian PBK bagi topik

kecil Poligon II iaitu Poligon Sekata dapat membantu pelajar tingkatan tiga

menguasai topik tersebut.

Kita tidak dapat menafikan bahawa dengan adanya penggunaan

teknologi multimedia, keefektifan atau keberkesanan suatu proses P&P dapat

dipertingkatkan. Menurut kajian daripada Weinraub (1998), beliau

mendapati bahawa pemahaman pembelajaran pelajar dengan menggunakan

perisian yang berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi dan baik

berbanding dengan pembelajaran pelajar dengan cara yang tradisional.

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

6

Di samping itu, untuk menyampaikan topik melukis poligon sekata,

guru terpaksa membawa peralatan yang besar seperti jangka sudut, jangka

lukis dan pembaris panjang untuk menunjukkan teknik melukis yang tepat.

Akibat daripada kekangan masa dan bilangan pelajar yang ramai guru cuma

dapat membuat demonstrasi untuk semua pelajar sama ada di atas papan

hitam atau papan putih. Oleh itu, berkemungkinan besar pelajar akan tercicir

dan hilang minat dalam mempelajari topik ini. Okey (1978) menyatakan

bahawa pelajar akan hilang minat terhadap pembelajaran disebabkan oleh

faktor-faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati, organisasi isi

kandungan yang tidak bersesuaian, persekitaran pembelajaran yang kurang

menyenangkan dan pendekatan P&P yang statik.

Secara tidak langsung penghasilan perisian ini dapat memudahkan

kerja-kerja guru di samping memudahkan pelajar untuk menguasai bab

Poligon II. Hal ini demikian kerana pelajar dapat mempelajari dengan lebih

cepat dan berkesan dengan bantuan animasi dan video yang akan disediakan

dalam perisian PBK ini. Selain itu, penghasilan perisian ini juga

menambahkan lagi bahan pengajaran dalam versi Bahasa Inggeris yang masih

kekurangan di dalam pasaran. Perisian ini diharapkan dapat menjadi satu

medium yang membantu pelaksanaan proses P&P.

1.3 Objektif Projek

Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu perisian

aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dalam satu topik kecil

iaitu Poligon Sekata bagi bab Poligon II, Matematik Tingkatan 3.

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

7

Objektif lain projek ini adalah seperti berikut:

a) Memperkenalkan pelbagai jenis poligon yang biasa dijumpai dalam

kehidupan harian menerusi perisian PBK bagi menarik perhatian

pelajar untuk mempelajari Poligon Sekata.

b) Mempersembahan pelbagai Poligan Sekata dengan animasi dan grafik

yang sesuai supaya memberikan satu gambaran yang realiti tentang

ciri-cirinya kepada pelajar.

c) Mewujudkan satu situasi di mana pelajar boleh mempraktik cara-cara

melukis Poligon Sekata serta membuat ulang kaji secara kendiri untuk

topik kecil Poligon Sekata.

1.4 Objektif Perisian

Perisian yang dibangunkan ini diharapkan dapat menerangkan kepada

pengguna tentang Poligon Sekata, iaitu:

a) Menerangkan definisi poligon sekata.

b) Menerangkan jenis-jenis poligon sekata iaitu Segitiga Sama Sisi,

Segiempat Sama, Pentagon Sekata, Heksagon Sekata, Heptagon

Sekata, Oktagon Sekata, Nonagon Sekata dan Decagon Sekata.

c) Menerangkan dan menyediakan latih tubi tentang ciri-ciri yang ada

pada poligon sekata, kaedah melukis poligon sekata dan menentukan

paksi simetrinya.

Page 27: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

8

1.5 Skop Projek

Projek ini akan meliputi salah satu topik kecil dalam Poligon II,

Matematik Tingkatan 3 iaitu Poligon Sekata. Semua ciri-ciri berkaitan

dengan Poligon Sekata akan dibincangkan dalam perisian. Walau

bagaimanapun, bagi bahagian Pembinaan Poligon Sekata, hanya kaedah yang

terpilih sahaja akan ditunjukkan dalam perisian. Hal ini demikian kerana

masa, tenaga dan kapasiti storan bagi proses pembinaan perisian adalah

terhad. Kaedah Pembinaan Poligon Sekata terdiri daripada kaedah-kaedah

berikut:

I. Melukis Poligon Sekata melalui penggunaan kertas grid.

II. Melukis Poligon Sekata dengan membahagi sama rata sudut pada

pusat.

III. Melukis Poligon Sekata dengan menggunakan ilmu pembinaan

geometri Euclid. (Terpilih)

IV. Gabungan kaedah II dan kaedah III. (Terpilih)

Projek ini akan dikhususkan kepada ‘Pembinaan Poligon Sekata’ serta

mengenali ciri-ciri yang ada pada setiap jenis poligon sekata. Mengikut

sukatan pelajaran yang terbaru dari Kementerian Pelajaran Malaysia (2003),

bab ini harus disampaikan dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Bahagian

yang diberi penekanan dalam pembinaan perisian ini adalah seperti berikut:

I. Mengenal pasti Poligon Sekata.

II. Paksi simetri bagi Poligon Sekata.

III. Membina Poligon Sekata.

Page 28: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … filePerisian multimedia yang dibangunkan ini bertajuk Poligon Sekata iaitu satu subtopik dari Poligon II, Matematik KBSM Tingkatan

9

1.6 Kepentingan Projek

Keberkesanan suatu proses P&P amat bergantung kepada tahap

penglibatan pelajar. Jenis pembelajaran melalui PBK adalah pembelajaran

‘student participated’ yang berorentasikan kepada para pelajar di mana

mereka harus menerokai sendiri dengan berinteraksi dengan komputer. Guru

pula menjadi mentor atau fasilitator dalam situasi ini. Dengan ini, pelajar

dapat melatih diri supaya menjadi lebih berdikari dan bukannya bergantung

kepada guru semata-mata.

Perisian ini akan menjadikan proses P&P Poligon Sekata lebih

berkesan dan menarik dengan adanya gabungan animasi, grafik, video dan

audio. Elemen-elemen PBK ini akan menjadikan kaedah melukis Poligon

Sekata lebih realiti dan senang dikuasai oleh pelajar. Di samping itu, perisian

ini juga dapat meringankan beban guru matematik. Hal ini demikian kerana,

dengan adanya perisian ini guru tidak perlu lagi membawa jangka sudut serta

jangka lukis yang besar ke dalam kelas dan kemudian menunjukkan contoh

demi contoh dengan alat tersebut.

Dengan kata lain, perisian ini dapat digunakan sebagai bahan rujukan

dan pemudah cara kepada guru yang akan mengajar. Perisian ini akan

memperkenalkan dan memperkembangkan PBK sebagai satu alternatif

kepada bahan bantu belajar bagi pelajar sekolah.