universiti teknologi malaysia borang pengesahan … · laporan projek ini dikemukakan sebagai...

31
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK ELEKTROKIMIA TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI-PENEMUAN SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya: NURUL AINI BINTI MD DESA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 217, JALAN INDAH 14, DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA SELAYANG INDAH, Nama Penyelia 68100 BATU CAVES, SELANGOR Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

Upload: hoangnga

Post on 02-Mar-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK ELEKTROKIMIA TINGKATAN

EMPAT MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI-PENEMUAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: NURUL AINI BINTI MD DESA

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 217, JALAN INDAH 14, DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA SELAYANG INDAH, Nama Penyelia 68100 BATU CAVES, SELANGOR Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: 30 APRIL 2009

  

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan mutu untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA

Tarikh : 30 APRIL 2009

i

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TAJUK ELEKTROKIMIA TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN

PENDEKATAN INKUIRI-PENEMUAN

NURUL AINI BINTI MD DESA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii  

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Pelajar : NURUL AINI BINTI MD DESA

Tarikh : 30 APRIL 2009

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang tercinta,

Haji Md Desa Bin Md Nor

dan

Hajah Sarima Binti Othman

Terima kasihku ucapkan di atas segala dorongan, nasihat, didikan dan tunjuk ajar yang

telah diberikan sehingga aku menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam hidup.

Tidak lupa juga buat kekanda dan adindaku.

Yang sentiasa memberi nasihat dan perangsang kepadaku.

Jasa dan budi kalian amat kuhargai.

Buat penyelia projekku. Dr. Noraffandy Bin Yahaya, terima kasih yang tidak terhinggaku

ucapkan kerana telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepadaku dalam

menyempurnakan projek ini. Begitu juga kepada pensyarah-pensyarah yang telah

mendidikku, terima kasih di atas jasa kalian kerana mencurahkan ilmu dan memberikan

tunjuk ajar kepadaku sehingga aku beroleh kejayaan.

Kepada rakan-rakan taulan, terutama sekali kepada Noor Dayana, Nurbiha dan Nurul

Aina Harnani, terima kasih kerana telah banyak membantuku dan memberi nasihat yang

berguna buatku.

Semoga ukhwah persahabatan yang terjalin antara kita akan kekal selamanya.

Terima kasih yang tidak terhingga kuucapkan kepada semua di atas segala-galanya.

Hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalas jasa kalian dengan sebaik-baik

ganjaran.

Amin...

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya

dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda saya dalam masa yang diperuntukkan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada penyelia projek saya, Dr. Noraffandy Bin Yahaya kerana telah

memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan

projek ini. Sesungguhnya, tunjuk ajar yang telah diberikan amat berguna kepada saya.

Kepada kedua ibu bapa saya, Haji Md Desa Bin Md Nor dan Hajah Sarima Binti

Othman, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana telah memberikan

bimbingan, nasihat dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan projek saya ini.

Kepada ahli keluarga saya juga, terima kasih saya ucapkan di atas bantuan dan dorongan

yang telah diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

saya, terutama sekali Noor Dayana Abdul Halim, Nurbiha A. Shukor dan Nurul Aina

Harnani Abdullah kerana telah membantu saya dalam menyempurnakan projek saya ini.

Sesungguhnya, segala bantuan, nasihat dan dorongan yang telah diberikan oleh mereka

amat berguna kepada saya. Akhir kata, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada

semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan projek saya ini. Sekian, wassalam.

v

ABSTRAK

Projek ini adalah bertujuan untuk menghasilkan perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) bagi matapelajaran Kimia KBSM Tingkatan Empat. Skop

bagi projek ini adalah subtopik Elektrolisis Dalam Larutan Akueus yang terkandung

dalam topik Elektrokimia. Kandungan perisian ini disusun berdasarkan kepada silibus

Kimia KBSM Tingkatan Empat. Perisian PBK ini dibangunkan berdasarkan kepada

prinsip asas dan ciri-ciri yang terkandung dalam teori konstruktivisme yang mana

pengguna membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Pendekatan pembelajaran yang diaplikasikan dalam perisian PBK ini adalah pendekatan

inkuiri-penemuan yang mana pengguna perlu menjalankan penyiasatan untuk mencari

jawapan kepada masalah yang diberikan. Proses pembangunan bagi perisian PBK ini

melibatkan lima fasa daripada model ADDIE iaitu analisa, rekabentuk, pembangunan,

pelaksanaan dan penilaian. Komponen motivasi yang terkandung dalam Model Motivasi

ARCS iaitu komponen perhatian, relevan, keyakinan dan kepuasan turut diaplikasikan

dalam perisian PBK ini bagi menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik.

Perisian PBK ini dibangunkan dengan menggunakan perisian pembangunan Macromedia

Authorware 7.0 sebagai perisian pembangunan utama dan disokong oleh perisian lain

seperti Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, SWiSH v.2.0 dan Sony Sound Forge

7.0. Ianya turut dibangunkan dengan mengintegrasikan elemen multimedia iaitu teks,

grafik, animasi, audio dan video yang mana ianya bertujuan untuk manghasilkan sebuah

perisian multimedia yang menarik dan interaktif. Perisian PBK yang dibangunkan ini

berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran kendiri dan juga boleh digunakan semasa

sesi pengajaran dan pembelajaran.

vi

ABSTRACT

The aim of this project is to produce a Computer Assisted Learning (CAL)

courseware for Form Four KBSM Chemistry. The scope of this courseware is the

subtopic of Electrolysis of Aqueous Solution from the topic of Electrochemistry. The

contents of this courseware were organized based on the Form Four KBSM Chemistry

syllabus. This courseware was developed based on the basic principle and the

characteristic of constructivism theory whereby the users construct the learning in an

active way based on their prior knowledge. The learning approach that has been applied

in this courseware is an inquiry approach whereby the users should do the investigation to

find out the answer of the problem given. The development process of this courseware

includes the five phases from ADDIE Model which are analysis, design, development,

implementation and evaluation. The motivation components from the ARCS Motivation

Model which are attention, relevance, confidence and satisfaction also have been applied

in this courseware to make the learning process become more attractive. This courseware

was developed by using Macromedia Authorware 7.0 as the main platform and has been

supported by other software such as Adobe Photoshop CS2, Macromedia Flash 8, SWiSH

v2.0 and Sony Sound Forge 7.0. It also has been developed with the integration of

multimedia elements which are text, graphic, animation, audio and video in order to

produce the attractive and interactive multimedia courseware. This courseware has a

potential in encouraging individual learning and can also be applied during teaching and

learning session.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

KELULUSAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

i

ii

iii

iv

v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

xiii

xvi

xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 7

1.5 Kepentingan Projek 7

1.6 Skop Projek 9

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 9

1.8 Definisi Istilah 10

viii

1.8.1 Pembelajaran 10

1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 10

1.8.3 Multimedia 11

1.8.4 Kimia 11

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pembelajaran Kimia 14

2.3 Masalah Pembelajaran Kimia 15

2.4 Multimedia 18

2.4.1 Elemen-elemen Multimedia 18

2.4.1.1 Teks 18

2.4.1.2 Grafik 19

2.4.1.3 Animasi 19

2.4.1.4 Video 19

2.4.1.5 Audio 19

2.4.1.6 Interaktiviti 20

2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 20

2.6 Pembelajaran Kimia Dengan Berbantukan

Komputer

21

2.7 Teori Pembelajaran 23

2.7.1 Teori Behaviorisme 23

2.7.2 Teori Kognitif (Kognitivisme) 24

2.7.3 Teori Konstruktivisme 25

2.8 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 26

2.8.1 Pendekatan Inkuiri-Penemuan 27

2.8.2 Pendekatan Masteri 28

2.9 Model Rekabentuk Pembangunan Perisian

Multimedia

28

2.9.1 Model ADDIE 29

2.9.2 Model ASSURE 29

2.9.3 Model Air Terjun (Waterfall) 30

ix

2.9.4 Model Dick dan Carey 31

2.9.5 Model Hanaffin dan Peck 31

2.10 Model Motivasi ARCS 32

2.11 Penutup 32

3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Model Rekabentuk 34

3.2.1 Model ADDIE 35

3.3 Fasa Analisis 36

3.3.1 Pemilihan Tajuk 37

3.3.2 Skop Tajuk 37

3.3.3 Objektif Yang Ingin Dicapai 37

3.3.4 Pengguna Sasaran 38

3.3.5 Persekitaran Pembelajaran 38

3.3.6 Pengumpulan Sumber Bahan 39

3.3.6.1 Buku Rujukan 39

3.3.6.2 Internet 39

3.3.6.3 Penjanaan Idea atau Cetusan

Pemikiran

40

3.4 Fasa Rekabentuk 40

3.4.1 Carta Alir 40

3.4.2 Teori Pembelajaran 46

3.4.3 Pendekatan Pembelajaran 47

3.4.4 Model Motivasi Dalam Rekabentuk Perisian 51

3.4.4.1 Perhatian (Attention) 51

3.4.4.2 Relevan (Relevance) 51

3.4.4.3 Keyakinan (Confidence) 52

3.4.4.4 Kepuasan (Satisfaction) 52

3.4.5 Jenis Media dan Teknologi Yang Terlibat 52

3.5 Fasa Pembangunan 53

3.5.1 Penggunaan Perisian Pembangunan 53

3.5.2 Penggunaan Perisian Sokongan 54

x 3.5.2.1 Macromedia Flash 8 54

3.5.2.2 SWiSH v2.0 54

3.5.2.3 Adobe Photoshop CS2 54

3.5.2.4 Sony Sound Forge 7.0 54

3.5.3 Spesifikasi Perkakasan Komputer 54

3.5.3.1 Spesifikasi Perkakasan Komputer

Pembangun

55

3.5.3.2 Spesifikasi Perkakasan Komputer

Pengguna

55

3.6 Fasa Pelaksanaan 55

3.7 Fasa Penilaian 56

3.8 Penutup 57

4 HASIL REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 58

4.2 Pempakejan Perisian 58

4.3 Struktur Asas Perisian 59

4.4 Permulaan Perisian 61

4.5 Menu Utama (Main Menu) 62

4.5.1 Eksperimen (Experiment) 63

4.5.2 Latihan (Exercise) 72

4.5.3 Aktiviti (Activity) 74

4.5.4 Glosari (Glossary) 76

4.5.5 Laman Web (Website) 76

4.5.6 Hasil Pembelajaran (Learning Outcome) 77

4.5.7 Kredit (Credit) 78

4.5.8 Bantuan (Help) 78

4.5.9 Keluar (Exit) 79

4.6 Aplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Perisian

PBK

80

4.7 Aplikasi Pendekatan Inkuiri-Penemuan Dalam

Perisian PBK

81

4.7.1 Aplikasi Pendekatan Inkuiri-Penemuan 82

xi

Pada Bahagian Eksperimen

4.7.2 Aplikasi Pendekatan Inkuiri-Penemuan Pada

Bahagian Aktiviti (Kotak Kimia)

82

4.8 Aplikasi Komponen Motivasi ARCS Dalam

Perisian PBK

83

4.8.1 Aplikasi Strategi Dalam Komponen

Perhatian (Attention)

83

4.8.2 Aplikasi Strategi Dalam Komponen Relevan

(Relevance)

84

4.8.3 Aplikasi Strategi Dalam Komponen

Keyakinan (Confidence)

85

4.8.4 Aplikasi Strategi Dalam Komponen

Kepuasan (Satisfaction)

85

4.9 Penutup 86

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 87

5.2 Perbincangan Perisian PBK 87

5.2.1 Fasa Analisis 88

5.2.2 Fasa Rekabentuk 88

5.2.3 Fasa Pembangunan 89

5.2.4 Fasa Pelaksanaan 89

5.2.5 Fasa Penilaian 89

5.3 Kelebihan dan Kelemahan Perisian PBK 90

5.3.1 Kelebihan Perisian PBK 90

5.3.2 Kelemahan Perisian PBK 91

5.4 Cadangan 92

5.5 Refleksi Kendiri 93

5.6 Kesimpulan 94

5.7 Penutup 95

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

96

xii

SENARAI JADUAL

BIL. TAJUK MUKA SURAT

4.1 Aplikasi ciri konstruktivisme dalam perisian PBK 80

4.2 Aplikasi strategi komponen perhatian dalam

perisian PBK

83

4.3 Aplikasi strategi komponen relevan dalam perisian

PBK

84

4.4 Aplikasi strategi komponen keyakinan dalam

perisian PBK

85

4.5 Aplikasi strategi komponen kepuasan dalam

perisian PBK

85

xiii

SENARAI RAJAH

BIL. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model rekabentuk instruksi bersistem

Hanaffin dan Peck

32

3.1 Model Rekabentuk ADDIE 36

3.2 Carta alir menu utama perisian 41

3.3 Carta alir bahagian eksperimen 42

3.4 Carta alir bahagian latihan 42

3.5 Carta alir bahagian aktiviti 43

3.6 Carta alir bahagian glosari 43

3.7 Carta alir bahagian laman web 44

3.8 Carta alir bahagian kredit 44

3.9 Carta alir bahagian bantuan 44

3.10 Carta alir bahagian penyiasatan 45

3.11 Model pembelajaran inkuiri-penemuan 49

4.1 Paparan bagi skrin permulaan montaj 61

4.2 Paparan montaj bagi tajuk perisian PBK yang

dibangunkan

62

4.3 Paparan menu utama perisian 63

4.4 Paparan apabila pengguna masuk ke bahagian

eksperimen (experiment)

63

4.5 Paparan apabila pengguna masuk ke bahagian

set induksi (induction set)

64

4.6 Paparan Video 1 65

4.7 Paparan apabila pengguna menekan butang

kandungan (content)

65

xiv

4.8 Paparan apabila pengguna menekan butang

penyiasatan (investigation)

66

4.9 Paparan apabila pengguna menekan butang

Faktor 1

67

4.10 Paparan bagi soalan yang dikemukakan bagi

menguji pengetahuan sedia ada pengguna

67

4.11 Paparan bagi masalah atau persoalan yang

dikemukakan

68

4.12 Paparan apabila pengguna menekan butang

mula (start)

68

4.13 Paparan bagi eksperimen yang terdapat bagi

faktor yang telah dipilih

69

4.14 Paparan apabila pengguna menekan butang

Copper(II) sulphate

70

4.15 Paparan animasi bagi proses elektrolisis 70

4.16 Paparan apabila pengguna menekan butang

finding

71

4.17 Paparan tentang penerangan eksperimen yang

telah dijalankan

71

4.18 Paparan bagi pilihan latihan yang disediakan 72

4.19 Paparan bagi soalan objektif yang dijawab

betul

73

4.20 Paparan bagi soalan objektif yang dijawab

salah

73

4.21 Paparan bagi pilihan aktiviti yang disediakan 74

4.22 Paparan untuk aktiviti teka silangkata

(crossword)

74

4.23 Paparan aktiviti kotak kimia (chemistry box) 75

4.24 Paparan pada bahagian glosari (glossary) 76

4.25 Paparan bahagian laman web (website) 77

4.26 Paparan hasil pembelajaran (learning

outcome)

77

4.27 Paparan maklumat pembangun perisian 78

xv

4.28 Paparan bagi bahagian bantuan(help) untuk

menu utama

79

4.29 Paparan apabila pengguna menekan butang

keluar (exit)

79

xvi

SENARAI SINGKATAN

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

KBSM - Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Penilaian Perisian Multimedia (Penilaian

Pakar)

B Borang Penilaian Perisian Multimedia (Penilaian

Umum)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami anjakan paradigma dari segi

perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan traditional kepada yang

berasaskan teknologi. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan supaya pengajaran guru

menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna. Kepesatan

arus teknologi maklumat juga menggalakkan lagi penggunaan teknologi maklumat dalam

sistem pendidikan di Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk memperkembangkan potensi

individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Malaysia telah

bertindak merealisasikan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan lebih awal lagi, melalui penubuhan Koridor Raya Multimedia atau

Multimedia Super Corridor (MSC) pada 27 Ogos 2007. MSC ditubuhkan khusus sebagai

pusat bagi pembangunan produk dan perkhidmatan multimedia. Dengan penubuhan

MSC ini, Malaysia telah melakukan revolusi dalam bidang pendidikan dengan

memanfaatkan sepenuhnya kuasa teknologi dan modal intelektual untuk menjana

pertumbuhan ekonomi secara berterusan (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006).

Salah satu agenda yang terdapat dalam MSC adalah projek penubuhan Sekolah

Bestari yang mana ianya telah diperkenalkan pada tahun 1997. Sekolah Bestari

2

merupakan satu institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi

amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar

bagi zaman teknologi maklumat. Ianya dilengkapi dengan teknologi terkini bagi

memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi

menghadapi cabaran alaf baru. Menurut Hamizer (1997), sekolah bestari ialah sekolah

yang dapat menyediakan pelbagai peluang untuk perkembangan pengajaran dan

pembelajaran murid-murid. Sekolah bestari merupakan sekolah yang dilengkapi dengan

segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan kemudahan internet

yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran. Kaedah ini bukan sahaja

dapat melicinkan dan memaksimakan perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran

pemikiran yang tinggi, tetapi kepelbagaian kebijaksanaan dalam mata pelajaran yang

dipelajari.

Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan menyatakan bahawa “Pendidikan Sains di

Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat

menguasai ilmu sains dan berketerampilan teknologi” (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2001). Berdasarkan Falsafah Pendidikan Sains Kebangsaan ini, ianya jelas menunjukkan

bahawa matlamat pendidikan sains di Malaysia adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar

yang berpengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Selaras dengan hasrat untuk

mencapai status negara maju, kurikulum sains di Malaysia telah digubal bagi

mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif serta berilmu, masyarakat yang

mempunyai daya perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta

menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.

Aspek teknologi perlu ditekankan dalam pelaksanaan sistem pendidikan di

sekolah. Menurut Jewitt (2006), penggunaan teknologi mempunyai faedah yang amat

berguna dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, teknologi

multimedia mempunyai potensi untuk meningkatkan mutu proses pengajaran dan

pembelajaran sains. Melalui pengintegrasian perkakasan komputer dan perisian

pembelajaran , elemen multimedia boleh digunakan untuk mempersembahkan video

bergerak, animasi yang canggih dan grafik berwarna yang beresolusi tinggi tentang

sesuatu topik sains yang mana sebelum ini pelajar hanya belajar dengan menggunakan

buku teks sahaja. Menurut kajian yang dijalankan oleh Bagui (1998), pengintegrasian

3

elemen-elemen multimedia dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar dan ini

menggalakkan proses pembelajaran pelajar. Ini kerana, penggunaan elemen multimedia

ini meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari isi kandungan pelajaran, terutama

sekali yang memerlukan gambaran visual bagi memudahkan pelajar memahami dengan

jelas tentang isi kandungan pelajaran tersebut. Menurut Ercetin (2003), penggunaan

multimedia adalah sesuai dalam proses pemindahan pengetahuan yang sukar untuk

disampaikan dengan hanya melalui teks atau penerangan sahaja. Oleh itu, dengan

pengaplikasian elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ianya

dapat menarik minat pelajar dan seterusnya dapat membantu meningkatkan pengetahuan

pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era teknologi maklumat ini, sistem pengajaran dan pembelajaran telah

mengalami perubahan, terutamanya dari segi penghasilan bahan-bahan pengajaran.

Antaranya, banyak bahan pengajaran telah dibangunkan berasaskan komputer.

Penggunaan komputer berupaya untuk memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran

kepada pelajar. Ini kerana, menurut Zol Azlan (1997), komputer digunakan sebagai Alat

Bantu Mengajar (ABM) supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran dengan berkesan

dan ini seterusnya dapat memudahkan guru untuk menyampaikan isi pelajaran kepada

pelajar . Melalui penggunaan komputer dalam matapelajaran sains, model sains dapat

diterangkan dengan baik oleh guru dengan bantuan komputer. Beberapa konsep dalam

pembelajaran sains boleh disampaikan dengan menggunakan kaedah animasi komputer.

Menurut Ivers dan Barron (2006), konsep interaktif antara pelajar dengan perisian

pembelajaran yang dibangunkan perlu ditekankan. Ini penting bagi memastikan pelajar

dapat menggunakan perisian pembelajaran sebaik mungkin dan mendapat hasil

pembelajaran seperti yang ditetapkan. Elemen-elemen multimedia yang menarik dan

bersesuaian perlu ditekankan dalam perisian pembelajaran yang dihasilkan.

Masalah utama dalam pengajaran dan pembelajaran sains adalah teori dan konsep

sains yang kompleks dan abstrak. Menurut Kean (1994), pembelajaran sains merupakan

4

suatu matapelajaran yang abstrak dan memerlukan pelajar membuat imaginasi lebih

daripada pengalaman pelajar itu sendiri. Ini menyukarkan guru untuk menerangkan

sesuatu konsep sains kepada pelajar kerana tidak semua isi pelajaran yang abstrak itu

dapat disampaikan dengan berkesan dengan hanya menggunakan teknik penerangan.

Pendekatan pengajaran yang sesuai perlu dilakukan bagi memastikan para pelajar dapat

memahami sesuatu teori dan konsep sains berdasarkan objektif pembelajaran yang

ditetapkan.

Menurut Sharifah Maimunah dan Lewin (1993), kaedah pengajaran sains yang

tidak berkesan adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kekurangan minat

pelajar untuk mengikuti pembelajaran sains. Keberkesanan kaedah dan strategi

pengajaran yang digunakan adalah amat penting bagi memastikan pelajar lebih

bermotivasi untuk belajar. Menurut Tao (2004), apabila isi pelajaran disampaikan

dengan kaedah yang mudah difahami dan mudah diingati, pelajar akan lebih bermotivasi

dan berminat untuk mempelajari isi kandungan pelajaran tersebut. Ini seterusnya akan

menyebabkan pelajar memberikan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Tambahan pula, menurut Dick dan Carey (1996), aras motivasi seseorang

pelajar adalah antara faktor yang penting untuk kejayaan pengajaran yang disampaikan.

Salah satu cabang sains adalah matapelajaran kimia. Dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kimia, salah satu masalah yang timbul adalah kesukaran guru untuk

memilih kaedah yang sesuai bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersifat abstrak

kepada pelajar. Menurut Judith (2001), kelemahan dari segi kaedah yang digunakan akan

menyebabkan pelajar kurang faham dengan apa yang disampaikan dan ini seterusnya

akan menyebabkan pelajar kurang berminat untuk menumpukan perhatian terhadap apa

yang disampaikan oleh guru.

Menurut Nadzrah (2003), kimia dianggap sebagai subjek yang sukar kerana ia

melibatkan zarah-zarah yang seni dan abstrak, misalnya konsep mol, konsep pemalar

Avogadro dan proses elektrolisis serta kurang dikaitkan dalam kehidupan seharian.

Konsep-konsep atau proses-proses seperti ini memerlukan suatu paparan visual yang

dapat menyamai keadaan sebenar agar dapat memberi pemahaman berkesan mengenai

tindak balas kimia atau proses yang terlibat.

5

Eksperimen merupakan salah satu kaedah pengajaran yang digunakan bagi

membolehkan pelajar menyiasat sesuatu tindak balas kimia yang berlaku. Akan tetapi,

menurut Nadzrah (2003), semasa melakukan eksperimen, pelajar tidak dapat melihat

dengan mata kasar tindak balas kimia yang berlaku. Pelajar hanya dapat melihat hasil

setelah sesuatu tindak balas itu selesai. Sebagai contoh, bagi subtopik Elektrolisis Dalam

Larutan Akueus dalam topik Elektrokimia, isi pelajaran yang terkandung dalam topik ini

adalah pergerakan ion dan elektron yang mana ianya bersifat abstrak dan tidak dapat

dilihat oleh mata kasar manusia. Oleh yang demikian, pelajar akan menghadapi

kesukaran untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku kerana mereka tidak dapat

melihat tindak balas yang berlaku dan ini akan mendorong kepada berlakunya salah

konsep di kalangan pelajar. Menurut Sanger dan Greenbowe (1997), ramai pelajar

mempunyai masalah salah konsep dalam tajuk Elektrolisis. Antara salah konsep yang

dihadapi adalah pelajar tidak dapat menentukan arah pergerakan elektron dalam sel dan

gagal mengenal pasti cas pada anod dan katod serta elektrod yang menarik dan

membebaskan elektron.

Menurut Zamnah (1999), bab Elektrolisis merupakan konsep asas yang perlu

dikuasai terlebih dahulu dengan kukuh sebelum pelajar mempelajari dan menguasai tajuk

Pengoksidaan, Penurunan Garam serta Asid Bes. Apabila pelajar telah dapat menguasai

konsep dalam Elektrolisis, ini akan memudahkan pelajar mempelajari Tindak Balas

Redoks. Pengetahuan konsep asas ini amat penting kerana apa yang dipelajari pada

peringkat tinggi merupakan lanjutan daripada topik Elektrolisis ini. Oleh yang demikian,

bagi memudahkan pelajar memahami konsep pergerakan ion dan elektron ini, penerangan

yang lebih jelas diperlukan dan ianya boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah

animasi komputer. Penggunaan kaedah animasi ini perlu bagi memudahkan pelajar untuk

mengaitkan konsep yang dipelajari dengan keadaan sebenar yang diperhatikan seperti

hasil yang diperolehi dalam eksperimen.

Oleh itu, sebuah perisian pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk Elektrolisis

Dalam Larutan Akueus perlu dibangunkan yang mana ianya menekankan kepada teori

dan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian serta mengandungi penerangan bagi

konsep-konsep kimia yang bersifat abstrak. Ini kerana, perisian PBK bagi tajuk

Elektrolisis Dalam Larutan Akueus yang telah dibangunkan oleh pembangun sebelum ini

tidak menekankan kepada pendekatan pengajaran. Sebagai contoh, perisian yang telah

6

dibangunkan oleh Suhaira (2004) dan Zaki (2007) tidak menumpukan kepada pendekatan

pengajaran. Ianya hanya tertumpu kepada teori pembelajaran sahaja. Menurut Rio

Sumarni (1996), dalam proses penghasilan bahan-bahan pengajaran melalui komputer,

pendidik tidak seharusnya mengutamakan teknologi sahaja tetapi turut mengambil kira

aspek-aspek pedagogi atau pendekatan pembelajaran yang sesuai. Selain itu, penekanan

kepada eksperimen-eksperimen yang terlibat dalam tajuk ini juga diperlukan supaya

pelajar dapat memahami dengan jelas konsep-konsep kimia yang terlibat dalam proses

elektrolisis. Ini kerana, menurut Niaz (2002), pengajaran melalui eksperimen dapat

membantu pelajar untuk lebih memahami topik elektrolisis dengan lebih jelas. Oleh yang

demikian, penekanan pada bahagian eksperimen ini perlulah berpandukan kepada teori

dan pendekatan pembelajaran yang bersesuaian agar bahan pelajaran yang disampaikan

adalah menggunakan cara yang bersesuaian bagi mencapai objektif pengajaran yang telah

ditetapkan. Selain itu, perisian yang dibangunkan juga perlu menggunakan elemen

multimedia yang interaktif bagi menarik minat pengguna dalam mempelajari isi

kandungan pelajaran, terutama sekali isi kandungan yang memerlukan gambaran visual.

Ini adalah perlu bagi memudahkan pengguna memahami dengan jelas isi kandungan

pelajaran tersebut. Unsur motivasi juga perlu diaplikasikan dalam perisian PBK yang

dibangunkan bagi memastikan pengguna lebih berminat untuk menggunakan perisian

PBK bagi tujuan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Teori dan konsep sains adalah bersifat abstrak dan ini menyebabkan kesukaran

kepada pelajar untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan. Dalam subtopik

Elektrolisis Dalam Larutan Akueus, konsep kimia yang terlibat adalah bersifat abstrak

yang mana ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Ini memberikan kesukaran

kepada pelajar untuk memahami konsep kimia tersebut. Apabila pelajar tidak memahami

dengan jelas konsep kimia ini, akan timbullah masalah salah konsep di kalangan pelajar

yang mana pengetahuan seseorang pelajar tentang sesuatu konsep adalah berbeza dengan

konsep sains sebenar. Tambahan pula, subtopik ini melibatkan eksperimen-eksperimen

yang berkaitan dengan proses elektrolisis. Melalui eksperimen yang dijalankan, konsep

kimia yang terlibat dapat dikaitkan dengan hasil eksperimen yang diperoleh. Akan tetapi,

7

kelemahan dari segi pemahaman konsep kimia yang terlibat akan menimbulkan

kesukaran kepada pelajar untuk menerangkan keputusan eksperiman yang diperoleh.

Oleh yang demikian, satu perisian pembelajaran yang berkaitan dengan subtopik

Elektrolisis Dalam Larutan Akueus ini perlu dibangunkan yang mana ianya memberi

penekanan kepada eksperimen-eksperimen yang terkandung dalam subtopik ini dengan

berpandukan kepada teori konstruktivisme dan menggunakan pendekatan inkuiri-

penemuan. Elemen multimedia dan unsur motivasi juga perlu diintegrasikan bagi

menjadikan perisian yang PBK yang dibina menjadi lebih interaktif dan menarik.

Pembangunan perisian PBK ini adalah penting bagi membolehkan pelajar memahami

dengan jelas tentang konsep kimia yang terlibat dalam subtopik ini.

1.4 Objektif Projek

Projek pembangunan perisian berasaskan multimedia bagi tajuk Elektrolisis

Dalam Larutan Akueus ini dibangunkan adalah bertujuan untuk:

i- merekabentuk sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

yang mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme serta

menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan.

ii- membina sebuah perisian PBK bagi subtopik Elektrolisis Dalam Larutan

Akueus bagi matapelajaran Kimia Tingkatan Empat.

1.5 Kepentingan Projek

Projek pembangunan perisian PBK bagi subtopik Elektrolisis Dalam Larutan

Akueus ini mempunyai pelbagai kepentingan. Antaranya, ianya dapat memberi

gambaran yang jelas kepada pelajar untuk memahami teori dan konsep kimia yang

terlibat di dalam subtopik ini. Contohnya, pergerakan ion dan elektron dalam sel

elektrolisis dapat diterangkan dengan menggunakan kaedah animasi.

8

Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan di

mana pelajar akan diberikan masalah berkaitan subtopik elektrolisis dan pelajar perlu

menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk menyelesaikan masalah yang

diberikan. Ini akan dapat memudahkan lagi penerimaan isi pelajaran kepada pelajar dan

seterusnya pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan melakukan eksperimen,

aktiviti dan latihan pengukuhan yang terdapat dalam perisian.

Selain itu, projek ini penting dalam menggalakkan pelajar mengamalkan konsep

pembelajaran kendiri. Ini kerana, perisian yang dibangunkan ini bukan hanya setakat

sesuai digunakan di sekolah, tetapi juga ianya sesuai digunakan di rumah oleh pelajar

sabagai bahan ulangkaji dan latihan. Ianya akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman

pelajar berkenaan konsep yang dipelajari di sekolah. Melalui pembangunan perisian ini

juga, pelajar dapat menentukan proses pembelajaran berdasarkan kemampuan diri

masing-masing kerana mereka boleh menggunakan perisian ini pada bila-bila masa.

Perisian yang dibangunkan ini juga turut memberi manfaat kepada guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan perisian ini ketika

menerangkan secara visual konsep-konsep kimia yang bersifat abstrak. Ini dapat

membantu guru untuk memberi penerangan yang lebih jelas kepada pelajar.

Projek ini juga penting dalam membangunkan sebuah perisian PBK yang

menerapkan penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan

animasi dalam penyampaian isi kandungan pelajaran. Ini akan menambahkan minat

pelajar untuk mempelajari sesuatu isi pelajaran kerana terdapatnya unsur-unsur interaktif

dalam perisian yang dibangunkan. Di samping itu, perisian ini juga turut

mengaplikasikan unsur motivasi bagi menarik minat pengguna ketika menggunakan

perisian.

9

1.6 Skop Projek

Skop bagi projek ini adalah ianya merangkumi salah satu subtopik dalam topik

Elektrokimia bagi matapelajaran Kimia Tingkatan Empat iaitu Elektrolisis Dalam

Larutan Akueus. Ianya meliputi faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan ion yang

dinyahcas di elektrod, iaitu:

i- kedudukan ion dalam Siri Elektrokimia

ii- kepekatan ion dalam elektrolit

iii- jenis elektrod yang digunakan

Isi pelajaran yang terkandung dalam perisian ini adalah berdasarkan Sukatan

Matapelajaran Kimia Tingkatan 4 yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.7 Rasional Pemilihan Tajuk

Perisian PBK bagi subtopik Elektrolisis Dalam Larutan Akueus ini dibangunkan

adalah kerana ianya dilihat sebagai salah satu subtopik yang agak sukar untuk difahami

oleh pelajar. Menurut Nadzrah (2003), Elektrolisis Dalam Larutan Akueus merupakan

salah satu subtopik yang sukar untuk difahami kerana ianya melibatkan konsep kimia

yang abstrak. Pelajar sukar untuk memahami apakah sebenarnya yang berlaku semasa

proses elektrolisis. Pelajar juga tidak dapat melihat pergerakan elektron yang berlaku dan

mereka hanya dapat melihat hasil tindak balas yang berlaku selepas eksperimen selesai

dijalankan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Sanger dan Greenbowe (1997), ramai pelajar

mempunyai salah konsep dalam tajuk Elektrolisis. Antara salah konsep yang dihadapi

adalah pelajar tidak dapat menentukan arah pergerakan elektron dalam sel dan gagal

mengenal pasti cas pada anod dan katod serta elektrod yang menarik dan membebaskan

elektron.

10

Apabila pelajar menjalankan eksperimen di dalam makmal, pelajar hanya dapat

melihat hasil eksperimen tersebut tanpa mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di

sebalik sesuatu tindak balas kimia yang berlaku. Ini akan menyebabkan pelajar sukar

mengaitkan apa yang dipelajari dengan apa yang mereka lihat apabila melakukan

eksperimen. Oleh yang demikian, perisian PBK bagi subtopik Elektrolisis Dalam

Larutan Akueus ini perlu dibangunkan yang mana ianya menekankan kepada

eksperimen-eksperimen yang berkaitan dengan subtopik ini. Pergerakan ion dan elektron

yang berlaku semasa eksperimen ditunjukkan dengan menggunakan kaedah animasi agar

pelajar dapat menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam proses elektrolisis.

1.8 Definisi Istilah

Berikut disenaraikan beberapa definisi istilah yang digunakan dalam projek

pembangunan perisian PBK ini:

1.8.1 Pembelajaran

Menurut Santrock (2004), pembelajaran bermaksud pengaruh yang kekal ke atas

tingkah laku, pengetahuan dan kemahiran berfikir yang dihasilkan melalui pengalaman.

Ianya berlaku apabila pengalaman menghasilkan perubahan yang agak kekal dalam

tingkah laku individu

1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Menurut Chamber (1983), PBK didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran

dengan bantuan komputer dan penyampaian isi pelajaran dalam bentuk permainan, latih

tubi dan tutorial. Ianya adalah suatu program yang direka bentuk untuk memberi

pengajaran yang konsisten tidak kira tempoh masa serta kekerapan menggunakannya.

11

1.8.3 Multimedia

Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2005), multimedia merujuk kepada suatu

persembahan informasi berasaskan penggunaan komputer dengan menggunakan

gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, animasi, video dan sebagainya.

Ianya juga merupakan suatu sistem yang membolehkan capaian secara bebas serta

interaksi berlaku di antara komputer dengan pengguna.

Menurut Ivers dan Barron (2006) pula, multimedia adalah penggunaan beberapa

media untuk mempersembahkan maklumat. Ianya terdiri daripada teks, grafik, animasi,

video dan audio.

1.8.4 Kimia

Menurut Kamus Dewan (2002), kimia ialah ilmu sains asas yang berkaitan

dengan struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku antara atom,

ion, unsur atau sebatian serta hukum-hukum yang menerangkan fenomena kimia.

1.9 Penutup

Aspek teknologi perlu ditekankan dalam pelaksanaan sistem pendidikan sains di

sekolah. Melalui pengaplikasian teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sains, mutu proses pengajaran dan pembelajaran sains dapat ditingkatkan.

Pengaplikasian elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini akan

meningkatkan lagi minat para pelajar untuk mempelajari isi kandungan pelajaran,

terutama sekali yang memerlukan gambaran visual bagi memudahkan pelajar memahami

dengan jelas tentang isi kandungan pelajaran tersebut.

Matapelajaran kimia yang bersifat abstrak memerlukan kaedah pengajaran yang

sesuai bagi membolehkan pelajar dapat memahami isi kandungan pelajaran dengan

12

berkesan. Pengaplikasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia

membolehkan teori dan konsep kimia yang bersifat abstrak diterangkan dengan lebih

jelas kepada pelajar. Antaranya, melalui kaedah animasi, gambaran secara visual tentang

teori dan konsep kimia yang bersifat abstrak ini dapat ditunjukkan kepada pelajar. Oleh

yang demikian, proses penyampaian oleh guru akan dapat dipermudahkan dengan adanya

penggunaan bahan teknologi sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.