modul pengajaran kimia berdasarkan model · pdf file4.5 pembangunan modul kimia kreatif bagi...

32
MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL INKUIRI-KREATIVITI CHUZAIRY BIN HANRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: donhi

Post on 24-Feb-2018

283 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN

MODEL INKUIRI-KREATIVITI

CHUZAIRY BIN HANRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN

MODEL INKUIRI-KREATIVITI

CHUZAIRY BIN HANRI

Tesis ini dikemukakan Sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Oktober 2013

Page 3: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : Nama Penulis : Tarikh :

Page 4: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

iii

Untuk ibu dan ayah atas doa, harapan dan titisan kasih saying

Untuk isteri atas sokongan dan pengorbanan

Untuk penyelia atas segala ilmu dan tunjuk ajar

Page 5: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

iv

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dengan izinNya saya telah dapat

menyempurnakan tesis ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi

Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat.

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia

disertasi PM. Dr. Mohammad Yusof bin Hj. Arshad yang tidak jemu-jemu

memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta nasihat yang berguna.

Penghargaan ditujukan buat isteri dan ahli keluarga tercinta yang tetap

memberikan sokongan dalam menempuh cabaran dan dugaan sepanjang menyiapkan

tesis ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada Pengetua, rakan-rakan guru dan semua

pelajar dari sekolah menengah di daerah Kota Tinggi yang terlibat dalam kajian ini.

Tidak lupa juga kepada para sahabat yang sentiasa memberi sokongan moral

sepanjang tempoh menyiapkan disertasi ini. Semoga Allah memberi sebaik-baiknya

ganjaran dan balasan di atas sumbangan yang diberikan.

Page 6: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

v

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengamalan pengajaran guru

dalam menggalakkan kreativiti dan membina modul bagi membantu guru dalam

menggalakkan kreativiti pelajar. Bagi mencapai tujuan ini, kajian deskriptif

dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif dalam dua fasa. Kajian Fasa I mengkaji

amalan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti dan masalah pengajaran guru

yang boleh menghalang penggalakan kreativiti pelajar. Bagi mencapai tujuan

tersebut, lima orang guru daripada daerah Kota Tinggi dicerap pengajaran mereka.

Cerapan kelas direkod, ditranskrip, dikod dan dianalisis secara kualitatif dan

kuantitatif melalui statistik deskriptif. Dapatan kajian Fasa I mendapati guru kurang

menggalakkan kreativiti pelajar. Guru lebih banyak mengawal pembelajaran pelajar,

aktiviti sumbang saran idea kurang dijalankan dan guru hanya memfokuskan kepada

idea yang betul sahaja, pembelajaran pelajar lebih banyak melalui penerangan dan

aktiviti pengajaran adalah lebih berpusatkan guru. Dalam kajian Fasa II, Modul

Kimia Kreatif telah dibina berdasarkan kepada dapatan kajian Fasa I dan digunakan

di dalam pengajaran untuk diuji keberkesanannya. Modul Kimia Kreatif dibina

berdasarkan kepada Model Inkuiri-Kreativiti yang mengandungi empat fasa iaitu

Fasa Permulaan, Fasa Eksplorasi, Fasa Pengukuhan dan Fasa Aplikasi dan diuji

kepada lima orang guru. Dengan menggunakan modul, pengajaran guru semakin

baik. Guru lebih cenderung memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka

dan mengawal sendiri pembelajaran mereka. Aktiviti sumbang saran idea dijalankan

dengan lebih baik dan dijalankan dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar melalui

pengalaman meningkat dan aktiviti pengajaran guru lebih banyak berpusatkan

pelajar. Respon daripada pelajar menunjukkan pelajar semakin kreatif dengan

merangka sendiri eksperimen dan membina sendiri pengetahuan mereka. Dapatan

kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi untuk mempertingkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran kimia khususnya dalam

menggalakkan daya kreativiti pelajar.

Page 7: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

vi

Abstract

This research was conducted to investigate teachers’ teaching practices in

nurturing creativity and developing module in helping them nurturing students’

creativity. To achieve those objectives, a descriptive study was conducted

qualitatively and quantitatively in two main phases. Phase I was conducted to

investigate teachers’ teaching practices in nurturing creativity and problems that

inhibit the process of nurturing students’ creativity. Five teachers from Kota Tinggi

district were observed to achieve the objective. Class observation was recorded,

transcribed, coded and analysed qualitatively and quantitatively through descriptive

statistics. The findings of the Phase I study showed that teachers did not encourage

students' creativity. Teachers tend to control students' learning, brainstorming

activities were not much conducted and teachers only focused on the right ideas,

students’ learning process was more towards learning through teacher’s explanation

and teachers’ teaching activities were more towards teacher-centered. Those findings

were then used as a basis to develop Chemistry Creative Module. In Phase II of the

study, Chemistry Creative Module was developed based on findings of the Phase I

study and used in teaching to test its effectiveness. Chemistry Creative Module was

developed based on the Inquiry-Creativity Model that contains four phases which

were Engagement Phase, Exploration Phase, Enhancement Phase and Application

Phase and tested on five teachers. By using these modules, teachers’ teaching

practice was improved. Teachers tend to give freedom for students to investigate and

control their own learning. Brainstorming activities were improved and done more

frequent. Students' learning through experience had increased and teachers’ teaching

activities were more towards student-centered. Students’ responses showed that they

had become more creative by designing their own experiment and construct their

own knowledge. The findings of this study are hoped to give an impact to enhance

teaching and learning chemistry effectiveness especially in nurturing students’

creativity.

Page 8: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

vii

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

Pengakuan ii Dedikasi iii Penghargaan iv Abstrak v Abstact vi Isi Kandungan vii Senarai Jadual xi Senarai Rajah xiii Senaran Singkatan xiv Senarai Lampiran xv

1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Sistem Pendidikan yang Berorientasikan

Peperiksaan 2

1.3 Pengajaran Sains secara Tradisional 3 1.4 Kreativiti dalam Sains 5 1.5 Penggalakkan Kreativiti dalam Sains

1.5.1 Pemikiran Kreatif 1.5.2 Penggalakkan Kreativiti secara Inkuiri

7 7 8

1.6 Pernyataan Masalah 10 1.7 Objektif Kajian 11 1.8 Persoalan Kajian 11 1.9 Kerangka Konsep 12 1.10 Kepentingan Kajian 14 1.11 Skop Kajian 14 1.12 Definisi Operasi 15 1.13 Rumusan 16

2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 17 2.2 Konsep Kreativiti

2.2.1 Definisi Kreativiti 2.2.2 Jenis Kreativiti 2.2.3 Ciri-ciri Kreativiti

17 18 19 21

2.3 Strategi Pengajaran yang Menggalakkan Kreativiti

21

Page 9: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

viii

2.3.1 Keseimbangan antara Kawalan Guru dan Kebebasan Pelajar

2.3.2 Aktiviti Sumbang Saran Idea 2.3.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman 2.3.4 Pengajaran Berpusatkan Pelajar

23 23 24 25

2.4 Masalah yang Menghalang Penggalakkan Kreativiti

25

2.5 Topik Elektrokimia dan Asid dan Bes 2.5.1 Topik Elektrokimia 2.5.2 Topik Asid dan Bes

28 29 31

2.6 Strategi Penggalakkan Kreativiti dalam Sains 2.6.1 Seni dalam Sains 2.6.2 Penggunaan Teknologi 2.6.3 Penggunaan Pendekatan Inkuiri 2.6.4 Perbandingan Strategi Penggalakkan

Kreativiti dalam Sains

32 32 34 35

35

2.7 Pengajaran secara Inkuiri 2.7.1 Tahap Inkuiri 2.7.2 Model BSCS5E 2.7.3 Model Kerangka Inkuiri 2.7.4 Model Arends 2.7.5 Perbandingan Antara Model-Model

Inkuiri

37 38 40 41 42

43

2.8 Proses Kreatif 45 2.9 Pembinaan Model Inkuiri-Kreativiti 48 2.10 Rumusan 50

3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 51 3.2 Rekabentuk Kajian 51 3.3 Kajian Fasa I

3.3.1 Cerapan Kelas Fasa I 3.3.2 Sampel Kajian Fasa I 3.3.3 Analisis Data Fasa I

52 52 53 54

3.4 Kajian Fasa II 3.4.1 Proses Pembangunan Modul 3.4.2 Pentadbiran Modul 3.4.3 Sampel Kajian Fasa II 3.4.4 Instrumen Kajian Fasa II 3.4.5 Analisis Data Fasa II

54 54 55 57 58 59

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian 61 3.6 Rumusan 61

Page 10: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

ix

4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 64 4.2 Penggalakkan Kreativiti di dalam Kelas Kimia

4.2.1 Keseimbangan antara Kawalan dan Kebebasan Sebelum Penggunaan Modul

4.2.2 Sumbang Saran Idea Sebelum Penggunaan Modul

4.2.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman Sebelum Penggunaan Modul

4.2.4 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Sebelum Penggunaan Modul

4.2.5 Kesimpulan Penggalakkan Kreativiti Pelajar

64

64

70

73

76

81 4.3 Modul Kimia Kreatif 84 4.4 Model Pengajaran Inkuiri-Kreativiti 84 4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik

Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit 4.5.2 Subtopik Elektrolisis Sebatian Lebur 4.5.3 Subtopik Elektrolisis Larutan Akueus 4.5.4 Subtopik Elektrolisis dalam Industri 4.5.5 Subtopik Sel Voltan 4.5.6 Subtopik Siri Elektrokimia

87 88 89 90 91 92 92

4.6 Pembangunan Modul Kimia Kreatf bagi Topik Asid dan Bes 4.6.1 Subtopik Menganalisis Sifat-Sifat Asid

dan Bes 4.6.2 Subtopik Mensintesiskan Konsep Asid

Kuat, Asid Lemah, Alkali Kuat dan Alkali Lemah

4.6.3 Subtopik Menganalisis Kepekatan Asid dan Alkali

4.6.4 Subtopik Menganalisis Peneutralan

94

97

99

100 102

4.7 Rumusan Pembangunan Modul Inkuiri-Kreativiti 103 4.8 Keberkesanan Modul Kimia Kreatif

4.8.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran Semasa Penggunaan Modul 4.8.1.1 Keseimbangan antara Kawalan dan

Kebebasan Semasa Penggunaan Modul

4.8.1.2 Aktiviti Sumbang Saran Idea Semasa Penggunaan Modul

103

103

104

119

Page 11: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

x

4.8.1.3 Pembelajaran Pelajar Semasa Penggunaan Modul

4.8.1.4 Pengajaran Guru Semasa Penggunaan Modul

4.8.2 Produk Kreatif Pelajar 4.8.3 Rumusan Keberkesanan Modul

124

141 155 161

4.9 Rumusan 163

5 KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 5.1 Pengenalan 164 5.2 Pengamalan Pengajaran Guru dan Subjek Kimia 165 5.3 Kelemahan Guru dalam Menggalakkan Kreativiti 166 5.4 Pembangunan Modul Kimia Kreatif Berdasarkan

Model Inkuiri-Kreativiti

167 5.5 Keberkesanan Modul Kimia Kreatif dalam

Menggalakkan Kreativiti Pelajar

168 5.6 Implikasi Kajian 169 5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 171 5.8 Kesimpulan 171 Rujukan 173 Lampiran 187

Page 12: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

xi

SENARAI JADUAL NO.

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Perbandingan antara strategi penggalakkan kreativiti

dalam sains 36 2.2 Ringkasan Model Schwab 38 2.3 Model BSCS 5E 40 2.4 Model Kerangka Inkuiri 42 2.5 Perbandingan Model Inkuiri 45 2.6 Ringkasan Model Proses Kreatif 47 3.1 Latar belakang responden kajian Fasa I 53 3.2 Latar belakang responden kajian Fasa II 57 3.3 Komponen Kreatif yang Dianalisis 60 3.4 Ringkasan sampel, instrumen, analisis data

berdasarkan persoalan kajian 63 4.1 Ringkasan keseimbangan antara kawalan dan

kebebasan 66 4.2 Aktiviti pengajaran guru 70 4.3 Ringkasan aktiviti sumbang saran idea GK1 dan

GK4 72 4.4 Aktiviti pembelajaran yang dijalankan guru 75 4.5 Ringkasan aktiviti pengajaran guru 79 4.6 Keseluruhan pengamalan pengajaran guru 81 4.7 Ringkasan dapatan kajian bagi elemen strategi

pengajaran 83 4.8 Ringkasan subtopik dan aktiviti yang dirangka 87 4.9 Ringkasan ciri strategi pengajaran yang diwujudkan

bagi setiap aktiviti 88 4.10 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolit dan

bukan elektrolit 89 4.11 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis

sebatian lebur 90 4.12 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis

larutan akueus 91 4.13 Penerangan aktiviti dalam subtopik elektrolisis

dalam industri 92 4.14 Penerangan aktiviti dalam subtopik sel voltan 93 4.15 Penerangan aktiviti dalam subtopik siri elektrokimia 94 4.16 Ringkasan subtopik dan aktiviti yang dirangka bagi

topik Asid dan Bes 95 4.17 Ringkasan ciri strategi pengajaran yang diwujudkan

bagi setiap aktiviti bagi topik Asid dan Bes 96 4.18 Penerangan aktiviti dalam subtopik menganalisis

sifat-sifat asid dan bes 97 4.19 Penerangan aktiviti dalam subtopik mensintesiskan

konsep asid kuat, asid lemah, alkali kuat dan alkali lemah 99

4.20 Penerangan aktiviti dalam subtopik menganalisis 100

Page 13: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

xii

kepekatan asid dan alkali 4.21 Penerangan aktiviti dalam subtopik peneutralan 102 4.22 Kawalan guru dan kebebasan pelajar keseluruhan

semasa menggunakan modul 105 4.23 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa permulaan 107 4.24 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa eksplorasi 110 4.25 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa

pengukuhan 114 4.26 Kawalan guru dan kebebasan pelajar fasa aplikasi 117 4.27 Pembelajaran pelajar keseluruhan semasa

menggunakan modul 126 4.28 Pembelajaran pelajar fasa permulaan 128 4.29 Pembelajaran pelajar fasa eksplorasi 133 4.30 Pembelajaran pelajar fasa pengukuhan 135 4.31 Pembelajaran pelajar fasa aplikasi 139 4.32 Aktiviti pengajaran guru keseluruhan semasa

menggunakan modul 142 4.33 Aktiviti pengajaran guru fasa permulaan 144 4.34 Aktiviti pengajaran guru fasa eksplorasi 147 4.35 Aktiviti pengajaran guru fasa pengukuhan 150 4.36 Aktiviti pengajaran guru fasa aplikasi 153 4.37 Keseluruhan suasana yang diwujudkan sebelum dan

selepas penggunaan modul 161

Page 14: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kerangka konsep ubahsuai Model BSCS5E dan proses kreatif 12

1.2 Ringkasan kajian 13 2.1 Pembangunan Model Inkuiri-Kreativiti 49 2.2 Model Inkuiri-Kreativiti 49 3.1 Ringkasan pentadbiran modul 56 4.1 Ringkasan penyelesaian masalah fasa demi fasa

secara umum 86

Page 15: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

xiv

SENARAI SINGKATAN

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

BSCS Biological Science Curriculum Study

SCIS Science Curriculum Improvement Study

BPK Bahagian Pembangunan Kurikulum

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 16: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Transkrip Data Fasa I 187

B Modul Kimia Kreatif Panduan Guru 188

C Modul Kimia Kreatif untuk Pelajar 189

D Produk Kreatif 190

E Transkrip Temubual 191

Page 17: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia sekarang banyak mengalami perubahan dan yang paling ketara adalah

perubahan dalam dunia pekerjaan. Pada masa sekarang, kualiti pekerja tidak seperti

kualiti pekerja di zaman dahulu. Ini disebabkan oleh perubahan daripada era industri

kepada era ilmu pengetahuan. Di era ilmu pengetahuan, pekerja dikenali sebagai

‘Knowledge Worker’ yang perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah,

mencipta sesuatu yang baru (Ordonez & Maclean, 2007), mempunyai daya kreativiti

yang tinggi dan boleh bekerja secara berkumpulan (Florida & Goodnight, 2005;

Fosnot, 2005). Ini akan memberikan impak kepada sistem pendidikan di Malaysia

kerana bagi menghasilkan ‘Knowledge Worker’ yang berproduktiviti tinggi, sistem

pendidikan harus berubah dari sedia ada kepada sesuatu yang lebih dinamik. Adakah

kita telah bersedia?

Menyedari akan hakikat ini, kerajaan telah mengisytiharkan tahun 2010

sebagai tahun inovatif dan kreatif sebagai usaha untuk mencapai wawasan 2020. Di

bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) menuntut pendidikan

berkualiti diperluaskan dan sepatutnya dapat membangunkan budaya kreatif dan

inovatif bermula dari peringkat prasekolah lagi terutama dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P). Persoalannya adakah kreativiti dan inovasi pelajar dapat

digalakkan? Bagaimanakah caranya?

Page 18: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

2

Terdapat beberapa percanggahan pendapat antara ahli-ahli akademik

mengenai kebolehajaran kreativiti. Ada antara mereka berpendapat bahawa kreativiti

hanya wujud di dalam diri pelajar yang terpilih sahaja. Terdapat juga ahli akademik

yang berpendapat bahawa kreativiti boleh diajar dan dipupuk dalam diri pelajar

(Kampylis et al., 2009; Hong & Kang 2009). Ini kerana kreativiti berkait rapat

dengan pemikiran pada aras tinggi iaitu pemikiran kreatif dan pemikiran kreatif ini

boleh diajar dan dipupuk dengan kaedah yang sesuai (deHaan, 2009). Sekiranya

kreativiti boleh diajar dan dipupuk, adakah secara realitinya sistem pendidikan di

Malaysia sekarang menggalakkan kreativiti pelajar? Adakah sistem pendidikan

Malaysia memberikan ruang kepada pelajar untuk menggalakkan kreativiti mereka

sendiri melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

1.2 Sistem Pendidikan yang Berorientasikan Peperiksaan

Masalah utama yang menghalang penggalakkan kreativiti yang dilaporkan

ialah tekanan peperiksaan (Zohar, 2008; Zawojewski & McCarthy, 2007; Craft,

2005; Maisuria, 2005; Hayes, 2004). Terlalu banyak peperiksaan menyebabkan guru

menghadapi masalah dalam menggalakkan kreativiti pelajar. Dalam kajian Maisuria

(2005), tekanan peperiksaan yang tinggi menyebabkan guru mengajar cara-cara

untuk lulus dalam peperiksaan dan ini menyebabkan kurangnya penekanan kepada

kreativiti. Dalam kajian yang dijalankan oleh Hong & Kang (2009) pula, beliau

mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menggalakkan kreativiti

pelajar adalah banyak masa digunakan untuk menghabiskan silibus untuk

menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan. Ini kerana, guru berpendapat bahawa

aktiviti yang menggalakkan kreativiti tidak diuji dalam peperiksaan. Maka, mereka

merasakan bahawa aktiviti tersebut tidak perlu digalakkan.

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu fokus kepada peperiksaan. Pelajar akan

menduduki tiga peperiksaan awam sepanjang persekolahan mereka iaitu satu pada

peringkat sekolah rendah, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dua pada

peringkat menengah, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran

Page 19: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

3

Malaysia (SPM). Sekiranya pelajar menyambung pelajaran mereka ke tingkatan 6

mereka terpaksa menempuh lagi satu peperiksaan awam iaitu Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM). Disebabkan terlalu banyak peperiksaan awam dan pencapaian

pelajar diukur melalui bilangan A yang diperolehi dalam peperiksaan tersebut, guru

menghadapi tekanan peperiksaan yang sangat besar yang menyumbang kepada

masalah yang menghalang kepada penggalakkan kreativiti.

Kesan daripada tekanan peperiksaan ini, guru cenderung untuk mengajar

pelajar bagaimana untuk lulus dalam peperiksaan. Guru juga akan memfokuskan

kepada teknik dan kaedah yang terbaik bagi menjawab soalan peperiksaan dan

pengajaran mereka kurang menggalakkan kreativiti.

1.3 Pengajaran Sains Secara Tradisional

Pengajaran tradisional adalah kaedah pemberian fakta dan konsep yang

berpusatkan kepada guru (Aliakbar et al, 2006; Steinhorst & Keeler, 1995). Strategi

utama kaedah tradisional adalah kuliah. Sesi pengajaran dan pembelajaran dikawal

oleh guru yang memfokuskan kepada pengetahuan asas. Kelas dimulai dengan guru

memberikan pengenalan kepada tajuk yang diajar, diikuti dengan pemberian fakta

dan konsep secara kuliah dan disudahi dengan guru menyimpulkan apa yang telah

dipelajari (Kenneth, 2009).

Dalam kaedah tradisional hampir 80% masa pengajaran dikuasai oleh guru.

Walaupun kaedah ini amat berkesan untuk memperkenalkan topik yang akan diajar

pada masa tersebut, menyediakan pelajar untuk belajar, berkesan dalam

menyimpulkan isi pengajaran dan menjimatkan masa, namun pelajar bersifat pasif

dengan hanya mendengar dan mengambil nota di dalam kelas. Proses pengajaran

dan pembelajaran sudah tentu membosankan dan tidak memotivasikan pelajar untuk

belajar sains. Memandangkan fungsi guru sebagai pemberi maklumat, pelajar terus

bergantung kepada guru. Maka, ia tidak membantu pelajar dalam meningkatkan

kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan kreativiti (Kenneth, 2009)

Page 20: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

4

memandangkan mereka hanya menerima input yang diberikan guru secara terus dan

tidak mensintesis input tersebut.

Guru perlu menyokong pemikiran kreatif pelajar dengan menggalakkan

pelajar berfikir secara kreatif dan memberikan ganjaran kepada idea kreatif pelajar

(Sternberg & Grigorenko, 2004). Namun begitu, didapati pada masa sekarang guru

kurang menerima idea kreatif pelajar (Kennedy, 2005). Walaupun kreativiti

memerlukan idea yang unik dan relevan, tetapi guru hanya memberi penekanan

kepada idea yang relevan sahaja dan tidak mementingkan idea unik dan kreatif

daripada pelajar, dan ini akan menghalang pelajar daripada berfikir secara kreatif

(Runco, 2004). Disebabkan penekanan yang lebih diberikan kepada idea yang

relevan sahaja akan menyebabkan ketakutan kepada pelajar untuk mengemukakan

idea unik dan kreatif (Nickerson, 1999). Dalam kajian Beghetto (2007) mendapati

guru kurang memberi perhatian terhadap idea unik pelajar yang kurang relevan dan

guru lebih suka menerima idea pelajar yang relevan berbanding idea pelajar yang

unik semasa perbincangan di dalam kelas. Ini akan menyekat pemikiran kreatif

pelajar dan seterusnya mengekang kreativiti pelajar.

Pengajaran secara tradisional juga tidak memberikan kebebasan kepada

pelajar untuk mengawal pembelajaran masing-masing. Ketiadaan suasana

pembelajaran yang bebas menyebabkan pelajar takut untuk mengemukakan idea baru

atau bertanyakan soalan yang luar biasa (Kennedy, 2005). Ketiadaan kebebasan

dalam pendidikan akan melahirkan pelajar yang hanya mahir dalam bidang yang

telah ditentukan di dalam kurikulum. Mereka hanya belajar dengan menerima segala

ilmu yang diberikan guru secara terus, dan mengaplikasikan sebahagian daripada

ilmu tersebut semasa peperiksaan. Pelajar seperti ini boleh berjaya di dalam

peperiksaan dengan menghafal fakta. Masalah yang timbul daripada proses belajar

seperti ini adalah tiada apa yang baru dihasilkan dan pelajar tidak memproses input

yang diberikan menggunakan pemikiran kreatif mereka (Erez, 2004). Oleh itu,

kebebasan perlu ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memupuk

kreativiti pelajar dan modul yang dibina akan mengambil kira kebebasan dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk menjana kreativiti.

Page 21: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

5

Realiti yang berlaku di Malaysia adalah guru masih mengamalkan kaedah

pengajaran tradisional yang tidak menggalakkan daya kreativiti pelajar. Berdasarkan

kajian yang telah dijalankan oleh Martin et al (2004), aktiviti yang diamalkan oleh

guru di dalam kelas sains adalah seperti berikut iaitu guru memberi kuliah (25%),

guru membantu pelajar (19%), pelajar menyelesaikan masalah tanpa bimbingan guru

(11%) dan menyemak kerja rumah bersama-sama (13%). Ini menunjukkan bahawa

guru masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional yang tidak mengembangkan

daya kreativiti pelajar. Sesetengah penulis dan penyelidik (Koh, 2009; Norrizan,

2000) berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia hanya memfokuskan

kepada pengajaran secara tradisional iaitu berorientasikan peperiksaan dan

penghafalan sahaja seterusnya menghalang penggalakkan kreativiti. Kesan daripada

itu pelajar di Malaysia mempunyai daya kreativiti yang rendah (Norfauzi, 2002).

Chua (2004) mendapati min skor kreativiti pelajar Malaysia lebih rendah berbanding

skor min pelajar Amerika Syarikat pada peringkat usia yang sama. Oleh itu, kaedah

pengajaran perlu ditukar kepada satu pengajaran yang lebih kondusif dalam usaha

menggalakkan kreativiti pelajar.

l.4 Kreativiti dalam Sains

Semua mata pelajaran yang dipelajari di sekolah sebenarnya terdapat peluang

bagi menggalakkan kreativiti dan ia bergantung sama ada guru tersebut ingin

menggalakkan kreativiti di dalam kelas ataupun tidak. Pada masa sekarang guru

hanya beranggapan mata pelajaran bersifat artistik sahaja seperti kelas muzik, sastera

dan lukisan memberikan peluang kepada pelajar untuk menggalakkan kreativiti dan

tidak kepada mata pelajaran sains (Kampylis et. al., 2009).

Mata pelajaran sains sebenarnya memberikan lebih banyak ruang kepada

penggalakkan kreativiti memandangkan banyak aktiviti dalam sains yang boleh

digunakan bagi menggalakkan kreativiti (Torrance, 1992). Proses dalam sains

banyak memberikan ruang kepada kreativiti (Meador, 2003). Seperti contoh, dalam

proses pemerhatian, pelajar perlu fleksibel dan sensitif dalam melakukan

Page 22: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

6

pemerhatian terhadap fenomena yang ingin dikaji. Pelajar perlu melihat masalah

bukan hanya daripada satu aspek sahaja tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek

yang lain. Fleksibiliti dan sensitiviti merupakan salah satu elemen dalam kreativiti.

Namun begitu, kreativiti dalam sains berbeza dengan kreativiti dalam bidang

seni dan artistik kerana pembelajaran sains bukan hanya menguasai pengetahuan

sains atau hanya mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi pelajar perlu berfikir

melampaui pengetahuan dan prosedur sedia ada dalam proses memahami sesuatu

fenomena. Dalam menyelesaikan masalah harian menggunakan konsep sains, pelajar

perlu menggunakan pengetahuan sedia ada, mensintesis pengetahuan tersebut untuk

memikirkan beberapa kemungkinan penyelesaian kepada masalah dan akhirnya

menghasilkan penyelesaian hasil daripada kombinasi pengetahuan dan prosedur yang

sedia ada (Hu & Adey, 2002).

Park (2011), telah memperkenalkan satu model bagi mengenalpasti kreativiti

saintifik melalui tiga dimensi utama iaitu pemikiran kreatif, pengetahuan saintifik

dan kemahiran inkuiri saintifik. Seseorang pelajar boleh dikategorikan dalam

kreativiti saintifik apabila dia merangka satu eksperimen yang tidak terikat dengan

prosedur di dalam buku teks (kemahiran inkuiri saintifik) bagi menguji sesuatu teori

(pengetahuan saintifik) dan merangka eksperimen tersebut melalui pemikiran

mencapah (pemikiran kreatif). Kriteria dan proses yang dialami oleh pelajar dalam

mengasilkan sesuatu yang kreatif dalam sains adalah berbeza berbanding kreativiti

dalam seni yang hanya memerlukan pengetahuan dan pemikiran kreatif tetapi tidak

memerlukan kemahiran inkuiri saintifik.

Berdasarkan hujah di atas, kreativiti perlu dipupuk dalam subjek sains. Dalam

memupuk daya kreativiti pelajar pemikiran kreatif pelajar haruslah diasah kerana

kreativiti dan pemikiran kreatif berkaitan antara satu sama lain. Pelajar perlu

memiliki kemahiran pemikiran kreatif yang tinggi supaya kreativiti mereka semakin

meningkat.

Page 23: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

7

1.5 Penggalakkan Kreativiti dalam Sains

Subjek sains memberikan ruang kepada guru untuk menggabungkan kreativiti

dan pemikiran kritis (Helgeson, 1998). Oleh itu, dalam pendidikan sains banyak

perhatian diberikan kepada penggalakkan pemikiran aras tinggi pelajar dan

penyelesaian masalah. Dalam kebanyakan pemikiran aras tinggi yang terlibat dalam

sains, kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kemahiran berfikir yang paling

berharga dan paling penting.

1.5.1 Pemikiran Kreatif

Kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan penting dalam bidang

saintifik terutama sekali dalam menentukan hipotesis dan permasalahan dan

merangka langkah penyelesaian bagi hipotesis dan masalah tersebut (Hu & Adey,

2002s). Pemikiran kreatif yang bersifat mencapah (Guilford, 1967) membolehkan

seseorang melihat sesuatu perkara daripada pelbagai aspek yang membawa kepada

pembinaan hipotesis dan permasalahan yang lebih menyeluruh dan berkesan dan

seterusnya menguji hipotesis dan menyelesaikan permasalahan dengan lebih baik.

Komponen-komponen pemikiran kreatif termasuk memahami bahagian-

bahagian yang tidak lengkap, jurang, masalah dan kesukaran untuk mendapatkan

pengetahuan secara intuitif; membuat andaian mengenai bahagian-bahagian, jurang,

masalah dan kesukaran; menetapkan hipotesis, menguji hipotesis tersebut,

membanding hasil ujikaji, untuk menetapkan dan menilai hipotesis baru dan akhir

sekali untuk menjelaskan keputusan akhir ujikaji (Saeki et al., 2001). Kesemua

proses ini berlaku secara intuitif. Oleh itu, ianya berlaku dalam keadaan tidak sedar.

Untuk menggalakkan pemikiran kreatif satu proses yang memberikan ruang

yang ampuh untuk sesuatu pengetahuan terus dikembangkan perlu disediakan.

Banyak kajian lepas yang telah mengkaji proses ini dan mewujudkan model

Page 24: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

8

pengajaran bagi menggalakkan pemikiran kreatif (Ott& Pozzi, 2010; Rose, 2009;

Torrance, 1993; Klahr & Dunbar, 1988).

Antara model yang boleh diaplikasikan dalam subjek sains adalah model

yang dikemukakan oleh Klahr & Dunbar (1988) dan Rose (2009). Kedua-dua model

ini menerangkan fasa hipotesis dan eksperimen (Klahr & Dunbar, 1988) dan fasa

aplikasi (Rose, 2009). Fasa-fasa ini digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam

sains dimana penyelesaian masalah adalah proses kreatif dalam sains (Jardine, 2000).

Proses pembinaan penerangan berlaku dalam fasa hipotesis. Pelajar akan membina

sebanyak mungkin penerangan saintifik mengenai sesuatu fenomena dengan melihat

fenomena itu daripada pelbagai aspek. Dalam fasa eksperimen, pelajar akan menguji

penerangan yang telah mereka bina sebelum ini. Oleh itu, pelajar berpeluang mereka

eksperimen dengan menggunakan imaginasi tersendiri walaupun ianya masih baru

bagi pelajar. Fasa yang terakhir adalah fasa aplikasi iaitu pelajar menggunakan

kefahaman mereka daripada eksperimen yang telah dijalankan untuk menyelesaikan

masalah yang praktikal dan berkaitan dengan dunia sebenar. Kesemua fasa ini

menggalakkan pemikiran kreatif pelajar dengan memberikan ruang yang cukup

untuk pelajar mengembangkan idea mereka.

1.5.2 Penggalakan Kreativiti Secara Inkuiri

Dalam konteks kreativiti, inkuiri boleh dikatakan sebagai sintesis

pemerhatian, refleksi dan maklumat secara kreatif dan berterusan dimana proses

inkuiri membolehkan pelajar membina sendiri pengetahuan mereka (Hammerman,

2006). Keadaan ini membuktikan bahawa inkuiri berpusatkan kepada pelajar

memandangkan pelajar mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan proses

pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan pelajar dalam menentukan proses

pengajaran dan pembelajaran dan dibimbing oleh guru sebagai fasilitator akan

menggalakkan lagi kreativiti pelajar.

Page 25: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

9

Pengajaran secara inkuiri memberikan kebebasan kepada pelajar untuk

meneroka dan dengan bimbingan guru mereka tidak tersasar daripada objektif

pembelajaran (Robertson, 2007). Kebebasan dengan bimbingan guru membolehkan

pelajar meneroka sendiri pengetahuan tetapi tidak tersasar dari matlamat kurikulum.

Keadaan ini boleh menggalakkan kreativiti pelajar kerana pelajar akan berfikir

dengan lebih fleksibel tanpa terikat dengan fakta dan prosedur di dalam buku teks.

Penggunaan teknik makmal berdasarkan kepada pemikiran kreatif dan kritikal

boleh menggalakkan kreativiti. Kajian yang dijalankan oleh Koray & Koksal (2009)

terhadap guru sains membuktikan bahawa penggunaan teknik makmal boleh

menggalakkan kreativiti guru sains. Penemuan ini disokong oleh kajian yang

dijalankan oleh Haigh (2007) yang mendapati kaedah eksperimen secara terbuka

boleh menggalakkan kreativiti pelajar. Keterbukaan dalam merangka eksperimen

memberikan ruang kepada pelajar untuk menggunakan pemikiran kreatif dan kritikal

seterusnya menggalakkan lagi kreativiti mereka memandangkan pemikiran ini amat

berkait rapat dengan kreativiti.

Kajian yang telah dijalankan oleh Longo (2010) mendapati pelajar yang

belajar melalui pengajaran secara inkuiri bukan sahaja boleh menguasai topik yang

diajar tetapi mereka juga lebih kreatif berbanding pelajar yang belajar dalam suasana

pengajaran tradisional. Ini kerana mereka memainkan peranan penting dalam proses

pembelajaran di mana mereka boleh meneroka dan menyelesaikan masalah yang

telah mereka pilih. Pelajar perlu bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah

yang mereka pilih lebih daripada guru kerana semasa proses menyelesaikan masalah

pelajar mungkin akan melakukan kesilapan tetapi mereka belajar daripada kesilapan

tersebut (Sternberg & Lubart, 2007). Belajar melalui pengalaman membuatkan

mereka lebih fleksibel dan kreatif dalam menyelesaikan masalah-masalah yang

wujud dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, sudah terbukti bahawa inkuiri boleh menggalakkan kreativiti pelajar.

Selain memberikan kebebasan kepada pelajar yang menjadi tunjang utama kepada

penggalakkan kreativiti, ia juga melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif.

Penggunaan pendekatan inkuiri juga meningkatkan kefahaman pelajar dengan

Page 26: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

10

mengaitkan apa yang mereka pelajari dengan situasi kehidupan seharian. Dengan itu

suatu pembinaan modul kreativiti dalam pengajaran sains perlu dibangunkan.

1.6 Pernyataan Masalah

Kreativiti perlu dipupuk dalam diri pelajar bagi melahirkan pekerja yang

fleksibel dan berdaya saing pada masa akan datang. Namun begitu, sistem

pendidikan Malaysia tidak menggalakkan kreativiti pelajar memandangkan

pengajaran yang masih dijalankan secara tradisional. Pengajaran secara tradisional

yang berpusatkan guru, tiada kebebasan dalam pengajaran dan pembelajaran dan

terlalu fokus kepada peperiksaan menghalang penggalakkan kreativiti. Oleh itu, satu

teknik pengajaran perlu dibangunkan bagi memastikan berlakunya penggalakkan

kreativiti dalam diri pelajar.

Subjek sains banyak memberikan peluang bagi menggalakkan kreativiti

pelajar. Proses dalam sains yang mirip dengan proses kreativiti secara umum

menunjukkan bahawa banyak peluang yang diberikan oleh subjek sains dalam

menggalakkan kreativiti. Selain itu, proses sains itu sendiri mempunyai ciri-ciri

kreatif. Walaupun proses sains mirip kepada proses kreatif secara umum, kreativiti

dalam sains amat berbeza dengan kreativiti dalam bidang artistik. Kreativiti dalam

sains bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang kreatif tetapi menggabungkan

elemen kemahiran inkuiri saintifk, pengetahuan saintifik dan pemikiran kreatif bagi

menghasilkan produk kreatif tersebut.

Salah satu pendekatan pengajaran sains yang menggalakkan kreativiti adalah

pendekatan inkuiri. Pendekatan inkuiri adalah berpusatkan pelajar dan ia memberi

peluang kepada pelajar untuk menentukan pembelajaran mereka dan seterusnya

memberikan ruang kepada penggalakkan kreativiti. Kebebasan yang disediakan

apabila menggunakan kaedah inkuiri juga akan memberikan ruang kepada pelajar

untuk mengasah daya kreativiti mereka. Selain itu, pembelajaran melalui pengalaman

Page 27: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

11

yang disediakan daripada pengajaran secara inkuiri juga akan menggalakkan lagi

kreativiti pelajar.

Bagi tujuan di atas, pengamalan pengajaran guru akan dikaji. Seterusnya,

kelemahan yang terdapat dalam pengajaran guru akan dijadikan asas untuk membina

sebuah modul. Modul tersebut cuba untuk menambah baik pengamalan pengajaran

guru agar proses penggalakkan kreativiti pelajar lebih efektif. Oleh itu, menjadi

hasrat kajian ini untuk membina modul bagi menggalakkan lagi kreativiti pelajar.

1.7 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan kajian di atas, objektif kajian ini adalah:

(i) mengkaji pengamalan pengajaran guru kimia dalam menggalakkan kreativiti

(ii) mengkaji kelemahan pengajaran guru dalam menggalakkan kreativiti

berdasarkan kepada strategi pengajaran yang digunakan

(iii) membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada

Model Inkuiri-Kreativiti

(iv) mengkaji keberkesanan modul dalam

a. menggalakkan kreativiti pelajar dalam sains

b. mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti

1.8 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan iaitu:

(i) Apakah amalan pengajaran guru dalam subjek kimia dalam menggalakkan

kreativiti pelajar?

Page 28: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

12

(ii) Apakah kelemahan yang dilakukan oleh guru dalam menggalakkan kreativiti

pelajar?

(iii) Adakah modul yang dibangunkan dapat menggalakkan kreativiti pelajar?

(iv) Adakah modul yang dibangunkan berdasarkan kepada Model Inkuiri-

Kreativiti berkesan dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan

kreativiti?

1.9 Kerangka Konsep

Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah proses kreatif saintifik dan

model pengajaran inkuiri. Memandangkan guru merupakan medium kepada

penggalakkan kreativiti, pengamalan pengajaran guru perlu mengarah kepada

penggalakkan kreativiti. Modul pengajaran yang dibina perlu berupaya dalam

membantu guru mengubah strategi pengajaran yang sedia ada kepada strategi

pengajaran yang lebih mengarah kepada penggalakkan kreativiti.

Teori proses kreatif saintifik hasil daripada gabungan proses-prose kreatif

daripada kajian-kajian lepas digunakan dalam kajian ini kerana proses kreatif akan

mewujudkan ruang yang cukup bagi percambahan idea kreatif seterusnya

menggalakkan pemikiran kreatif yang menjadi tunjang utama dalam menggalakkan

kreativiti. Pendekatan inkuiri digunakan bagi menggalakkan kreativiti pelajar

memandangkan pendekatan ini berpotensi untuk mewujudkan persekitaran yang

menggalakkan kreativiti. Model pengajaran inkuiri BSCS5E digunakan dan

diubahsuai supaya menepatu proses kreatif. Kesemua perkara ini dibincangkan

dalam Bab 2. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian.

Rajah 1.1: Kerangka konsep ubahsuai Model BSCS5E dan proses kreatif

Fasa Permulaan

Fasa Eksplorasi

Fasa Pengukuhan

Fasa Aplikasi Penggalakkan

Kreativiti Persediaan Pembuktian Pengaplikasian

Page 29: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

13

Pemerhatian kelas dijalankan bagi mengkaji pengamalan pengajaran guru dan

masalah yang menghalang penggalakkan kreativiti. Seterusnya, satu Model Inkuiri-

Kreativiti dihasilkan bagi menambah baik dan menyelesaikan masalah dan

kekurangan pengajaran guru seperti yang dikesan semasa pemerhatian kelas. Model

ini akan digunakan dalam modul pengajaran yang akan dibina. Seterusnya, modul

akan diuji keberkesanannya melalui produk kreatif dan pengajaran guru. Rajah 1.2

menunjukkan ringkasan kajian secara keseluruhan.

Rajah 1.2: Ringkasan Kajian

FASA PERMULAAN

FASA EKSPLORASI

FASA PENERANGAN

FASA APLIKASI

PERSEDIAAN

PEMBUKTIAN

PENGAPLIKASIAN

FASA I PEMERHATIAN BILIK DARJAH

FASA II PEMBANGUNAN MODUL

MODEL INKUIRI-KREATIVITI

MODEL BSCS 5E PROSES KREATIF

PENGUJIAN MODUL

Page 30: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

14

1.10 Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat memberikan kepentingan kepada:

i. Guru

Dengan adanya kajian ini, guru boleh merefleksi pengajaran mereka dan

mengubah pengajaran mereka sekiranya ianya tidak menggalakkan kreativiti.

Perubahan strategi pengajaran ini amat penting agar penggalakkan kreativiti pelajar

berlaku dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu, guru boleh menggunakan modul

ini dalam proses pengajaran mereka agar pelajar yang lebih kreatif boleh dihasilkan

dan menjadi pemacu kepada kejayaan negara pada masa akan datang.

ii. Pelajar

Hasil kajian ini boleh memberikan kesedaran kepada pelajar kepentingan

meningkatkan tahap kreativiti mereka. Dengan adanya kreativiti yang tinggi, mereka

dapat menyelesaikan masalah dengan pelbagai pendekatan dan fleksibel, mampu

menjana idea yang asli dan unik seterusnya berpotensi berkembang menjadi seorang

perekacipta. Mereka juga turut menyedari kebolehan mereka yang boleh

dimanfaatkan dalam memperolehi ilmu pengetahuan disamping dapat merefleksi

kemahiran-kemahiran yang lain.

1.11 Skop Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan kepada penggalakkan kreativiti pelajar dalam

subjek kimia bagi pelajar tingkatan empat. Kajian ini juga merangkumi pembelajaran

konsep-konsep kimia dalam elektrokimia dan asid dan bes di kalangan pelajar

tingkatan empat aliran sains.

Page 31: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

15

1.12 Definisi Operasi

Operasi kajian akan berkisar kepada beberapa definisi berikut:

i. Kreativiti

Kreativiti bermaksud kebolehan seseorang untuk menghasilkan sesuatu

yang baru. Sesuatu yang baru tersebut tidak semestinya baru kepada orang

lain tetapi juga baru kepada diri sendiri.

ii. Model Inkuiri-Kreativiti

Model yang menggabungkan pendekatan inkuiri dan proses kreatif yang

digunakan dalam kajian ini.

iii. Pemikiran kreatif

Kemahiran untuk berfikir secara mencapah. Kemahiran ini merupakan

tunjang utama dalam menggalakkan kreativiti

iv. Persekitaran kelas

Persekitaran kelas merujuk kepada suasana di dalam kelas. Suasana yang

kondusif perlu diwujudkan bagi menggalakkan lagi kreativiti pelajar.

v. Modul pengajaran kreatif

Modul pengajaran kreatif adalah modul yang dibangunkan untuk

membantu guru menggalakkan kreativiti pelajar.

Page 32: MODUL PENGAJARAN KIMIA BERDASARKAN MODEL · PDF file4.5 Pembangunan Modul Kimia Kreatif bagi Topik Elektrokimia 4.5.1 Subtopik Elektrolit dan Bukan Elektrolit ... 4.14 Penerangan aktiviti

16

1.13 Rumusan

Bab ini membincangkan secara keseluruhan berkaitan permasalahan yang

berlaku dalam dunia pendidikan sains khususnya dalam menggalakkan kreativiti

pelajar dalam sains. Pengajaran secara tradisional dan tekanan peperiksaan menjadi

penghalang utama kepada penggalakkan kreativiti. Sehubungan itu, suatu strategi

pengajaran dan pembelajaran iaitu Model Inkuiri-Kreativiti yang diaplikasikan dalam

pembinaan modul telah dikemukakan bagi mengatasi permasalahan ini.