jenis-jenis ujian.pptx

22
UNIT 2: JENIS-JENIS UJIAN

Upload: mohdkhafiz

Post on 25-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Jenis-jenis ujian

Unit 2: Jenis-jenis ujianUjian pencapaianMengukur sejauh mana pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar, dari aspek kognitif, psikomotor, & afektif.

Mengenal pasti masalah pelajar bagi tajuk yang diuji.

Menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan topik baru.

Terdapat dua jenis iaitu ujian rujukan norma, ujian rujukan kriteriaUjian pencapaianUjian rujukan normaUjian yang membandingkan prestasi/pencapaian seorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain berdasarkan dimensi/atribut yang diuji.

Skor seorang pelajar dirujuk kepada skor norma.

Adakah pelajar A lebih baik daripada pelajar B?

Biasanya meliputi sukatan pelajaran yang lebih luas.

Contoh: UPSR, PMR, SPM, peperiksaan akhir tahun.Ujian rujukan kriteriaUjian yang membandingkan pencapaian seorang pelajar dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Skor seorang pelajar dirujuk kepada kriteria/standard yang telah ditetapkan.

Contoh: MUET, EPT, IELTS, TOEFL, Contoh Kriteria UPSIPeratus MarkahPenilaian80 100Cemerlang (A)75 79Cemerlang (A-)70 74Kepujian (B+)65 69Kepujian (B)60 64Kepujian (B-)55 59Lulus (C+)50 54Lulus (C)45 49Lulus (C-)40 44Lulus (D+)35 39Lulus (D)< 35GagalSeorang pelajar mendapat markah 75% dalam ujian Matematik:

Penaksiran Rujukan Kriteria : pelajar ini adalah Cemerlang (A-)

Penaksiran Rujukan Norma : mungkin pelajar ini mendapat prestasi Cemerlang (A) jika markahnya (75%) merupakan markah tertinggi dalam kumpulan pelajar yang ditaksir.RefleksiUjian kecerdasanKecerdasan melibatkan proses menaakul persekitaran bagi menyelesaikan masalah, melibatkan kecerdasan mental, emosi, dan rohani.

Ujian kecerdasan cuba mengukur kebolehan pelajar menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

Memberi bukti secara tidak langsung mengenai potensi/prestasi umum seseorang individu.

Contoh: ujian kecerdasan mental (Binet Scale, Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC), Raven Progressive Matrices (RPM)

Ujian diagnostikDigunakan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam proses P&P.

Menentukan punca-punca masalah tersebut bagi melaksanakan tindakan lanjutan.

Biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu, dengan pembinaan item terperinci bagi mengenalpasti masalah bagi tajuk tersebut.

Merupakan ujian rujukan kriteria.

Ujian diagnostikCiri-ciri ujian:a) tidak memberi skor/gred.b) dilaksanakan semasa P&P berjalan.c) laporan ujian dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar.

Contoh: a) Ujian diagnostik bertulis ujian bacaanb) Ujian diagnostik tidak bertulis soal jawab, inventori, pemerhatian, tugasan dari semasa ke semasa.Ujian aptitudMendapatkan ukuran bagi meramalkan kejayaan atau sebaliknya bagi seseorang pelajar pada masa depan.

Contoh Ujian Aptitud Sekolah Rendah (UASR), Ujian percubaan SPMUjian formatifDibuat secara berterusan sepanjang proses P&P, bagi setiap unit/topik yang diajar.

Mengukur penguasaan pelajar terhadap unit/topik tertentu dan menilai keberkesanan pengajaran guru.

Biasanya merupakan ujian rujukan kriteria.

Contohnya kuiz, ujian unit/topik

Mengkaji punca masalah.

Ujian formatifHasil ujian digunakan untuk: - mengadakan aktiviti pemulihan- memperbaiki pendekatan dan kaedah mengajar/belajar

Jika masalah pelajar berulang, ujian diagnostik diperlukan untuk mengkaji punca masalah.

Ujian sumatifDibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/tahun)

Bertujuan menilai pencapaian akhir pelajar (memberikan gred) dan menilai keberkesanan pengajaran.

Biasanya merupakan ujian rujukan norma.

Pencapaian sumatif biasa digunakan sebagai asas pemilihan dan penempatan.

Contoh: peperiksaan akhir penggal/semester, peperiksaan kebangsaan (UPSR, PMR, SPM, SPMV, STAM, STPM)

Ujian gerak balasPengelasan ujian berdasarkan kepada gerak balas/respons pelajar.

Dibahagikan kepada ujian jawapan dipilih dan ujian jawapan dibina.Ujian gerak balasUjian objektifUjian yang memerlukan pelajar memberi jawapan dengan menanda jawapan yang tepat, melengkapkan ayat dengan perkataan sesuai, atau memadankan perkara yang berkaitan.

Tugasan item yang terkawal dan membataskan respons calon.

Jawapan dapat diperiksa dengan mudah dan tepat.

Jawapan adalah sama oleh semua pemeriksa.

Ujian subjektifPelajar berpeluang memberi jawapan /gerak balas/respons dalam tulisan dengan perkataan-perkataan sendiri.

Jenis respons terbahagi kepada respons terhad dan respon bebas.

Respons terhad - respons pendek & ringkas, dinyatakan dengan jelas dalam soalan.

Respons tidak terhad/bebas pelajar bebas menjawab dengan stail sendiri, menunjukkan kebolehan mensintesis dan menilai.

Ujian daya/kuasaMengukur tahap pengetahuan dan pemahaman yang diperoleh dalam satu-satu bidang.

Memberi tumpuan kepada kualiti respons/jawapan pelajar

Kurang ditumpukan kepada mengukur kepantasan pelajar dalam memberi respons;

Masa untuk ujian panjang untuk membolehkan pelajar memberikan respons terbaik untuk semua soalan.

Ujian kepantasanMengukur kepantasan pelajar dalam melakukan tugasan atau menjawab soalan.

BUKAN untuk mengukur sama ada pelajar mengetahui jawapan kepada soalan yang diberi.

Soalan agak senang dan seragam daripada segi kesukarannya.

Masa yang diberi untuk ujian adalah terhad.

RujukanAbu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar. (2008). Penaksiran dalam pendidikan dan sains sosial.Penerbit UPSI: Tg Malim.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008).Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.DBP:Kuala Lumpur.

Siti Rahayah Ariffin (2008).Inovasi dalam pengukuran dan penilaian.Penerbit UKM: Bangi.