jenis-jenis strategi

41
JENIS-JENIS STRATEGI BAB 5

Upload: barclay-cain

Post on 01-Jan-2016

145 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

JENIS-JENIS STRATEGI. BAB 5. OBJEKTIF BAB. Selepas mengikuti bab ini , anda seharusnya boleh : Membincangkan nilai-nilai untuk mewujudkan objektif jangka panjang . Mengenal pasti jenis-jenis strategi perniagaan . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

JENIS-JENIS STRATEGI

JENIS-JENIS STRATEGIBAB 5OBJEKTIF BABSelepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:Membincangkan nilai-nilai untuk mewujudkan objektif jangka panjang.Mengenal pasti jenis-jenis strategi perniagaan.Mengenal pasti berbagai contoh organisasi yang melaksanakan berbagai bentuk strategi.Membincangkan garis panduan tentang bilakah sesuatu jenis strategi itu sesuai digunakan.Membincangkan Strategi Generic Michael Porter.Membincangkan pengurusan strategi di dalam organisasi yang tidak mementingan keuntungan, agensi kerajaan dan organisasi kecil.Membincangkan usaha sama sebagai cara untuk memasuki sesebuah pasaran.PENGENALANOrganisasi perniagaan tidak kira sama ada kecil atau besar, lama atau baru wujud terpaksa terlibat dengan proses membuat keputusan.Penggabungan, pengambilalihan, pelupusan pembubaran dan sebagainyaDalam semua kes penggabungan, setiap pihak perlulah menimbangkan dengan wajar adakah penggabungan itu memberi kesan positif terhadap syarikat atau tidak, ataupun tanpa penggabungan, adakah syarikat sudah hilang daya saingnya. Apakah akan wujud sinergi dalam penggabungan tersebut? Berapa banyakkah kos yang boleh dijimatkan? Berapa banyak untung boleh bertambah? Berapa peratuskah saiz pasaran boleh ditambah? Bagaimanakah aset masing-masing dapat melengkapi di antara satu sama lain? Semua ini memerlukan penilaian yang terperinci dan teliti.PENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS STRATEGIOBJEKTIF JANGKA PANJANGIa mewakili jangkaan keputusan yang diharapkan dari perlaksanaan beberapa strategi (Davies 2001). Objektif perlulah bersifat kuantitatif, boleh diukur, realistik, mudah difahami ramai, mencabar, mempunyai hierarki, boleh dicapai, dan seragam di antara unit-unit yang ada di dalam sesebuah organisasi. Setiap objektif perlulah dikaitkan dengan garisan masa. Selain daripada itu, objektif yang digariskan meliputi pertumbuhan aset, pertumbuhan jualan, keuntungan, syer pasaran, darjah dan keaslian kepelbagaian, darjah dan keaslian integrasi menegak, pendapatan sesaham, malahan kadangkala terdapat ciri-ciri tanggungjawab kepada sosial.PENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS STRATEGIOBJEKTIF JANGKA PANJANGObjektif yang jelas akan mendatangkan banyak faedah. Ia menjadi petunjuk arah kepada organisasi, amalan sinergi, bantuan di dalam penilaian, penetapan keutamaan, mengurangkan ketidaktentuan, pengurangan konflik, dan memberikan ransangan terhadap pengagihan sumber dan juga reka bentuk kerja. Setiap tahap di dalam organisasi memerlukan objektif jangka panjang seperti tahap korporat, tahap bahagian, dan tahap fungsi. Ia amat penting kerana menjadi kayu ukur terhadap prestasi pengurusanPENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS STRATEGISTRATEGIStrategi merupakan keterangan berkenaan tindakan yang akan diambil untuk mencapai objektif jangka panjang. Jangka masa pelaksanaan kedua-dua perkara di atas yakni strategi dan objektif jangka panjang biasanya ialah sekitar dua hingga lima tahunJenis StrategiStrategi intergrasi kehadapanStrategi integrasi kebelakangStrategi integrasi mendatarStrategi penembusan pasaranStrategi pembangunan pasaranStrategi pembangunan produkStrategi kepelbagaian konsentrikStrategi kepelbagaian konglomeratStrategi kepelbagaian mendatarStrategi usaha samaStrategi pemberhentian pekerjaStrategi pelupusanStrategi penggulunganStrategi kombinasiStrategi Integrasi KehadapanStrategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan pegangan atau kawalan ke atas pengedar atau peruncit. Banyak pengeluar pada masa kini melaksanakan proses ini secara menjual di atas talian on line business. Dengan cara ini banyak kos dapat dijimatkan dan keuntungan bagi mereka bertambah. Walau bagaimanapun, cara ini tidak disenangi oleh pengedar dan orang tengah. Sungguhpun demikian strategi ini membawa kejayaan kepada banyak pengeluar di dunia. Contohnya, Home Depot, dan Amway Bhd.Strategi Integrasi KehadapanTerdapat enam panduan untuk melaksanakan strategi ini secara berkesanPengedar yang sedia ada tidak boleh dipercayai dan menelan kos yang tinggi serta tidak memenuhi kehendak firma.Sukar untuk mendapat pengedar yang berkualiti dan berwibawa kerana banyak firma mengambil faedah dari kebaikan untuk melaksanakan integrasi kehadapan.Firma bersaing di dalam industri yang sedang pesat pertumbuhannya dan dijangka ianya akan berterusan. Integrasi kehadapan mengurangkan keupayaan firma untuk mempelbagaikan aktiviti sekiranya aktiviti asasnya menghadapi kegagalan.Strategi Integrasi KehadapanTerdapat enam panduan untuk melaksanakan strategi ini secara berkesanOrganisasi mempunyai kepakaran dan modal serta sumber tenaga manusia yang mencukupi untuk melaksanakan strategi integrasi kehadapan.Organisasi mencapai tahap kestabilan yang tinggi dan berterusan dari segi penyediaan produk atau perkhidmatan. Ini akan seiring dengan keupayaan organisasi untuk menjangka tambahan permintaan melalui proses integrasi kehadapan.Pengedar atau peruncit yang sedia ada terlalu banyak mengaut keuntungan. Situasi sebegini membolehkan pihak pengeluar untuk mengagihkan keuntungan secara lebih berkesan dengan cara mengedar terus dan melaksanakan strategi harga yang lebih berkesan secara integrasi kehadapan.

Strategi Integrasi KebelakangStrategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan peratusan pengawalan terhadap pembekal. Pengeluar dan peruncit membeli barangan yang diperlukan daripada pembekal. Dengan melaksanakan strategi integrasi kebelakang, mereka memiliki syarikat pembekal secara pengambilalihan atau menambah peratus kawalan pegangan saham terhadap pembekal. Strategi ini dilaksanakan apabila pembekal yang sedia ada mengenakan harga yang terlalu tinggi terhadap barangan mereka ataupun pembekal sukar untuk dipercayai lagi akibat tidak dapat memenuhi kehendak firma yang mementingkan kecekapan penghantaran dan kos belian yang rendah. Selain daripada itu, persaingan yang sengit dan global memaksa firma meningkatkan kecekapan mereka secara menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk bersaing.Strategi Integrasi KebelakangTerdapat tujuh garis panduan untuk melaksanakan strategiPembekal yang sedia ada mengenakan harga yang terlalu tinggi berbanding dengan harga pasaran, sukar dipercayai dan tidak efisien dari segi pengurusan penghantaran.Jumlah pembekal sedikit dan bilangan pesaing pula ramai.Industri berada dalam persaingan sengit dan sedang berkembang dengan mendadak. Faktor ini mustahak kerana apabila sesebuah firma atau organisasi melaksanakan strategi menegak dan mendatar mereka tidak berpeluang lagi untuk melaksanakan kepelbagaian kerana industri berada dalam keadaan pertumbuhan yang menurun.Strategi Integrasi KebelakangTerdapat tujuh garis panduan untuk melaksanakan strategiFirma mempunyai sumber manusia dan modal yang mencukupi untuk melaksanakan strategi ini.Kelebihan harga yang stabil amat diperlukan di dalamindustri. Ini penting kerana harga yang stabil dan bekalan yang konsisten dapat meningkatkan kecekapan industri serta merealisasikan integrasi kebelakang.Pembekal menikmati margin untung yang berlipat ganda yang menggambarkan bahawa aktiviti bekalan bagi industri tersebut berdaya maju untuk diceburi.Organisasi amat memerlukan keperluan sumber yang terdesakStrategi Integrasi MendatarStrategi ini bermaksud memiliki atau menambahkan peratusan kawalan ke atas pesaing. Terdapat satu trend yang signifikan di dalam pengurusan strategi kini di mana terdapat pertumbuhan yang mendadak di dalam integrasi mendatar yang sering digunakan sebagai strategi pertumbuhan. Penggabungan dan pengambilalihan ke atas pesaing telah mencetuskan pertambahan ekonomi bidangan dan kesannya ialah berlakunya perpindahan dan perkongsian sumber serta kekompetenan. Sebagai contoh, di Malaysia Telekom mengambil alih Celcom. RHB Bank mengambil alih Sime Bank dan Kwong Yik bank.Strategi Integrasi MendatarPanduanPeluang untuk memonopoli adalah cerah sekali bagi satusatu lokasi atau negara tanpa sebarang saingan.Persaingan yang wujud di dalam industri yang sedang berkembang.Pertambahan ekonomi bidangan menghasilkan faedah kompetitif yang besar.Organisasi mempunyai sumber manusia dan sumber kewangan yang cekap serta berterusan untuk menguruskan perkembangan perniagaan.Pesaing mengalami penurunan jualan dan kehilangan syer pasaran akibat ketidakcekapan pengurusan serta kekurangan sumber. Harus diingat bahawa kejatuhan jualan pesaing mungkin disebabkan perubahan cita rasa pengguna.Strategi Penembusan PasaranStrategi ini bermaksud menambahkan syer pasaran bagi pasaran yang sedia ada sama ada bagi barangan atau perkhidmatan di dalam pasaran yang sedia ada, melalui melipat gandakan tumpuan kepada aktiviti pemasaran dengan lebih giat lagi.Strategi Penembusan PasaranLima garis panduanPasaran sedia ada tidak berada pada paras tepu sama ada bagi sesuatu produk atau perkhidmatan.Kadar penggunaan pengguna yang sedia ada boleh ditingkatkan lagi.Syer pasaran pesaing yang terkuat sedang menurun padahal jualan keseluruhan industri tersebut sedang meningkat.Korelasi di antara ringgit jualan dan ringgit pemasaran yang dibelanjakan adalah secara perbandingannya terlalu tinggi.Pertambahan ekonomi bidangan mewujudkan kelebihan kompetitif.Strategi Pembangunan PasaranStrategi ini bermaksud memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang sedia ada ke kawasan geografi yang baru. Di dalam era globalisasi, pembangunan pasaran memainkan perana penting dan diminati ramai. Di dalam banyak industri seperti industri penerbangan adalah sukar untuk memperolehi kelebihan kompetitif dengan hanya menumpukan aktiviti kepada aktiviti domestik sahaja. Usaha-usaha perlu dijalankan untuk memasarkan produk ke luar negara.Strategi Pembangunan PasaranEnam panduanRangkaian pengedaran adalah boleh dipercayai, mudah diperolehi, tidak melibatkan kos yang tinggi, berkualiti serta berdaya maju.Organisasi berjaya dengan apa yang dilaksanakannya.Terdapat peluang atau pasaran baru yang belum diterokai.Organisasi mempunyai sumber manusia, kepakaran dan modal yang mencukupi untuk menguruskan perkembangan operasi pengurusan.Organisasi mempunyai lebihan kapasiti pengeluaran.Industri asas organisasi meningkat dengan mendadak sekali dan meluas dari segi skopnya.

Strategi Pembangunan ProdukStrategi ini bermaksud sesebuah firma itu akan meningkatkan jualannya secara memajukan produk atau perkhidmatan yang sedia ada ataupun mewujudkan produk atau perkhidmatan yang baru. Pembangunan produk melibatkan perbelanjaan yang banyak di dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta perbelanjaan pra operasi.Strategi Pembangunan ProdukPanduanOrganisasi itu memiliki satu produk yang berjaya dan telah mencapai tahap kematangan di dalam kitaran hayat produk. Tujuannya ialah untuk menarik minat pengguna yang berpuas hati dengan produk yang terdahulu untuk mencuba produk terbaru akibat dari pengalaman positif mereka menggunakan produk atau servis yang lalu.Sesebuah organisasi bersaing di dalam sesebuah industri yang dicirikan oleh pertumbuhan teknologi yang pesat membangun.Pesaing utama menawarkan kualiti produk yang lebih baik pada kadar harga yang setanding.Organisasi bersaing di dalam industri yang pesat pertumbuhannya.Organisasi memiliki keupayaan penyelidikkan dan pembangunan yang efisien.Strategi Kepelbagaian KonsentrikPendekatan strategi jenis ini ialah ke arah pengenalan produk baru atau perkhidmatan baru yang ada kaitan langsung dengan rangkaian produk yang sedia ada ke pasaran.Strategi Kepelbagaian KonsentrikPanduanOrganisasi bersaing di dalam industri yang tidak berkembang atau pertumbuhannya yang perlahan.Pertambahan produk baru yang berkaitan akan meningkatkan jualan secara signifikan kepada produk atau perkhidmatan yang sedia ada.Produk atau perkhidmatan baru yang berkaitan boleh ditawarkan pada kadar harga yang kompetitif dan tinggi.Produk baru yang berkaitan mempunyai tahap musim jualan yang mengimbangkan turun naik jualan organisasi.Organisasi mempunyai team pengurusan yang kuat.Strategi Kepelbagaian KonglomeratStrategi jenis ini mengambil pendekatan ke arah pengenalan produk baru atau perkhidmatan baru yang tidak ada kaitan langsung dengan rangkaian produk yang sedia ada ke pasaran.Enam garis panduanIndustri asas sesebuah organisasi mengalami penurunan dari segi jualan tahunan dan keuntungan.Organisasi tersebut mempunyai keupayaan dari segi modal dan tenaga kerja yang berbakat untuk bersaing secara jayanya di dalam sesebuah industri baru.Strategi Kepelbagaian KonglomeratEnam garis panduanSesebuah organisasi itu berpeluang untuk memiliki sesebuah organisasi perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan kegiatan utamanya yang merupakan peluang pelaburan yang menarik baginya.Wujud sinergi kewangan di antara firma yang diambil alih dengan firma yang mengambil alih. Perlu diingat bahawa terdapat perbezaan di antara kepelbagaian konsentrik dan kepelbagaian konglomerat di mana kepelbagaian konsentrik perlu diasaskan kepada persamaan di dalam pasaran, produk, atau teknologi manakala kepelbagaian konglomerat perlu diasaskan lebih kepada pulangan keuntungan.Pasaran sedia ada untuk produk yang dihasilkan oleh organisasi telah mencapai tahap tepu.Tindakan boleh diambil terhadap sesebuah organisasi yang secara umumnya diketahui hanya menumpukan kepada satu industri sahaja. Contohnya, General Electric yang mengeluarkan enjin locomotive, enjin pesawat, kad kredit dan lain-lain lagi.Strategi Kepelbagaian MendatarStrategi jenis ini mengambil pendekatan ke arah menambahkan produk atau perkhidmatan baru yang tidak berkaitan langsung dengan rangkaian produk atau perkhidmatan yang sedia ada kepada pelanggan yang sedia ada.Strategi Kepelbagaian MendatarPanduanHasil yang terhasil dari produk organisasi semasa atau servis yang boleh ditingkatkan secara berkesan dengan menambah produk baru yang tidak berkaitan.Sesebuah organisasi bersaing di dalam industri yang mempunyai daya saing yang tinggi atau tidak terdapat pertumbuhan yang di perlihatkan melalui margin keuntungan yang rendah dan pulangan kepada pemegang saham yang rendah atau tiada langsung.Rangkaian distribusi organisasi boleh digunakan untuk memasarkan produk-produk baru kepada pengguna yang sedia ada.Produk-produk baru telah menunjukkan prestasi yang baik dari segi jualan dan juga margin keuntungan berbanding dengan produk yang sedia ada.Strategi Usaha SamaStrategi jenis ini dilaksanakan apabila terdapat dua atau lebih firma yang berminat untuk menubuhkan sebuah firma baru yang berasingan dari yang sedia ada bagi tujuan kerjasama dua hala. Kerjasama yang wujud biasanya ialah di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan perkongsian, perjanjian pengedaran dua hala, perjanjian pelesenan dua hala, perjanjian pengilangan dua hala, dan juga kerjasama apabila memasuki tender sesuatu projek atau kontrak perbekalan.Strategi Usaha SamaPanduanOrganisasi yang dimiliki secara persendirian melaksanakan usaha sama dengan agensi yang dimiliki oleh pihak awam. Terdapat beberapa kebaikan dari perlaksanaan pendekatan ini seperti pemilikan terhad, kebolehupayaanuntuk menambah modal dari syarikat tersenarai awam. Terdapat juga keadaan di mana kelebihan yang unik bilamana sesebuah firma dimiliki oleh badan awam dan swasta iaitu perlaksanaan sinergi.Sebuah syarikat tempatan mengadakan usaha sama dengan syarikat antarabangsa dari luar negara. Peluang bagi syarikat tempatan untuk mendapat pengalaman pengurusan di luar negara dan ianya mengurangkan risiko gangguan dan penyalahgunaan dari negara tuan rumah.Keupayaan cemerlang dua atau lebih firma memberi manfaat bersama kepada kedua-dua belah pihak.Strategi Usaha SamaPanduan Projek yang diusaha sama mempunyai potensi untuk mengaut keuntungan secara berterusan dan berdaya maju dalam jangka masa panjang dan pendek serta berisiko tinggi. Contohnya, Alaskan Pipeline.Dua atau lebih syarikat bermasalah untuk bersaing dengan syarikat yang lebih besar dari mereka.Terdapat keperluan untuk memperkenalkan teknologi baru dengan kadar segera.Strategi Pemberhentian PekerjaStrategi ini dilaksanakan dengan cara penyusunan semula operasi firma melalui pengurangan kos tak langsung dan aset untuk mengimbangi jualan dan untung yang kian berkurang. Kadangkala strategi ini dikenali sebagai strategi untuk membaikpulih syarikat secara mengurangkan kos pengurusan yang melibatkan pengurangan kos buruh tak langsung dan pertambahan output dengan jumlah kos langsung yang tidak berubah. Kadangkala ianya melibatkan penjualan aset yang kurang produktif (contoh: kos penyelenggaraan melebihi hasil dari aset tersebut) untuk mendapatkan wang tunai yang diperlukan. Selain daripada itu, ia juga melibatkan penutupan unit perniagaan yang kurang menguntungkan (contohnya tutup kedai) dan pengurangan jenis produk atau perkhidmatan yang kurang berdaya saing di pasaran. Penutupan kilang yang sudah lapuk teknologinya dan tiada kos efektif melaksanakan proses automasi dan pengurangan kos buruh langsung yang boleh digantikan dengan mesin sebagai penjimatan kos.Strategi Pemberhentian PekerjaPanduanOrganisasi tersebut mempunyai kekompetenan yang menakjubkan tetapi gagal mencapai objektif dan sasarannya secara konsisten.Organisasi merupakan salah sebuah organisasi yang terlemah di dalam industri yang sama.Organisasi ditimpa masalah ketidakcekapan, tahap keuntungan yang rendah, moral pekerja yang rendah, dan menerima tekanan dari pemegang saham agar prestasi syarikat dapat dipulihkan.Organisasi gagal untuk mengekploitasi peluang luaran, meminimakan ancaman luaran, mengambil kesempatan dari kekuatan dalaman untuk mengatasi ancaman dalaman; ini berlaku bilamana pengurusan strategi syarikat gagal untuk mencapai matlamat dan perlu ditukar dengan pengurusan yang lebih kompeten dan komited untuk melaksanakan pengurusan strategi syarikat.Sesebuah organisasi telah berkembang terlampau pesat dan cepat yang memerlukan penyusunan semula bahagian operasi syarikat.Strategi PelupusanStrategi ini dilaksanakan secara menjual satu bahagian di dalam sesebuah firma atau sebahagian daripada sesebuah organisasi tersebut untuk mengurangkan daripada kerugian yang berterusan atau untuk langkah penyusunan semula. Pelupusan dapat menghasilkan wang tunai untuk menambahkan modal kerja syarikat. Kadangkala hasil daripada pelupusan memberikan keuntungan yang lumayan kepada pelupus dan terdapat situasi di mana lebihan keuntungan dilabur semula untuk mengambil alih syarikat yang lebih terjamin masa depannya dan mempunyai daya saing yang tinggi.Strategi PelupusanPanduanSesebuah organisasi telah melaksanakan strategi pemberhentian pekerja tetapi masih gagal untuk melaksanakan perubahan yang diperlukan.Satu bahagian memerlukan sumber yang banyak untuk memiliki daya saing yang kompetitif tetapi tidak dapat disediakan oleh organisasi berkenaanSesebuah bahagian itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi keseluruhan organisasi yang lemah.Sesebuah bahagian tidak seiring lagi dengan bahagianbahagian lain di dalam organisasi; ini mungkin disebabkan oleh perbezaan pasaran secara jelas, perbezaan pelanggan, pengurus, pekerja, nilai dan keperluan.Sejumlah tunai yang banyak diperlukan dengan cepat dan tidak dapat diperolehi secara munasabah dari sumber lain.Tindakan pihak kerajaan mengancam aktiviti perniagaan organisasi.Strategi PenggulunganPendekatan strategi ini ialah ke arah menjual aset-aset syarikat sama ada sebahagian atau keseluruhan untuk mendapatkan semula nilai sebanyak mungkin yang boleh ditebus semula. Adalah lebih baik untuk menamatkan operasi daripada terus mengalami kerugian wang yang banyak. Sebagai contoh, American Retail Group yang terpaksa menggulung rangkaian pengedarannya sebanyak 75 buah yang melibatkan pemberhentian pekerja seramai empat ribu orang.Strategi PenggulunganPanduanSesebuah organisasi telah melaksanakan strategi pemberhentian pekerja dan strategi pelupusan tetapi masih menemui kegagalan.Satu-satunya strategi yang tinggal ialah mengisytiharkan muflis.Pemegang saham boleh meminimakan kerugian mereka secara menjual aset-aset organisasi.Strategi KombinasiBanyak juga organisasi yang mengamalkan beberapa kombinasi strategi-strategi yang sedia ada. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada kesesuaian strategi yang dipilih dan kesesuaian pelaksanaannya di dalam syarikat-syarikat yang terlibat.STRATEGI GENERIC MICHAEL PORTERMenurut Porter, strategi akan membantu sesebuah organisasi untuk memiliki daya saing melalui tiga cara. Porter menamakan ketiga-tiga strategi ini sebagai strategi generic. Tiga strategi tersebut ialah;Kepimpinan kosPerbezaanFokus atau tumpuanStrategi Kepimpinan KosMenekankan pengeluaran produk yang standard pada kos yang paling minima dan ditujukan kepada pengguna yang sensitif kepada harga.CaraOverhed yang rendahFaedah pekerja yang terhadPenjimatan kos dan kurangkan kadar buanganMengetatkan kawalan belanjawanJangkauan kawalan yang berkesanGanjaran bagi penjimatanPenglibatan pekerja yang meluas di dalam aktiviti mengekang kosStrategi PerbezaanStrategi jenis ini ditumpukan kepada pengeluaran keluaran dan perkhidmatan yang unik serta banyak pengeluar, dan diarahkan kepada pengguna yang tidak sensitif kepada hargaFokus atau TumpuanManakala fokus atau tumpuan bermakna mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan sekumpulan kecil pengguna