borang hiv test

11
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR PEKELILING JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (BAHAGIAN PERUNDANGAN KELUARGA) BILANGAN 1 TAHUN 2005 PERLAKSANAAN UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (UJIAN HIV) DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN Jabatan Agama Islam Selangor 01 hb. SEPTEMBER 2005 Dikelilingkan Kepada : 1. Pegawai Agama Islam Daerah Seluruh Pejabat Agama Islam Negeri Selangor Darul Ehsan 2. Nazir- nazir Masjid Seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan

Upload: tee-cheer

Post on 30-Jul-2015

2.396 views

Category:

Documents


47 download

TRANSCRIPT

Page 1: Borang Hiv test

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

PEKELILING JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR(BAHAGIAN PERUNDANGAN KELUARGA)

BILANGAN 1 TAHUN 2005

PERLAKSANAAN UJIAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (UJIAN HIV) DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Jabatan Agama Islam Selangor

01 hb. SEPTEMBER 2005

Dikelilingkan Kepada :

1. Pegawai Agama Islam Daerah Seluruh Pejabat Agama Islam Negeri Selangor Darul Ehsan

2. Nazir- nazir Masjid Seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan

Page 2: Borang Hiv test

TUJUAN

Pekeliling ini mengandungi arahan Perlaksanaan Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) kepada semua bakal pengantin yang memohon untuk berkahwin di dalam Negeri Selangor atau yang membuat permohonan di negeri ini tetapi ingin berkahwin di luar Negeri Selangor atau pasangan yang ingin mendaftarkan perkahwinan mereka di negeri ini setelah berkahwin di luar Negeri Selangor Darul Ehsan.

LATAR BELAKANG

1. Y.B. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Palil, Exco Negeri Selangor telah membuat makluman pada Mesyuarat Post-Exco, Bil. 15/2005 mengenai perlaksanaan Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) kepada mereka yang terlibat dengan urusan permohonan dan mendaftarkan perkahwinan di dalam Negeri selangor agar mengambil ujian tersebut. Kenyataan tersebut adalah berdasarkan kepada keputusan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 16 / 2005 bertarikh 29 Jun 2005.

Keputusan mesyuarat tersebut telah mengarahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai pelaksana kepada Perlaksanaan Ujian Kesihatan (Ujian HIV) bagi bakal pengantin dan individu yang mambuat pendaftaran di Negeri Selangor dan ia dilaksanakan secara pentadbiran di negeri ini.

Pembentangan Kertas Kerja Cadangan Perlaksanaan Ujian Kesihatan (Ujian HIV) telah dibentang di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor Darul Ehsan (STANCO) bertarikh 19 Julai 2005 yang telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Palil dan beliau telah bersetuju supaya ia dilaksanakan pada 1hb Ogos 2005 tetapi telah ditangguhkan kepada 1 September 2005 atas sebab-sebab tertentu.

2. Hampir setiap hari masyarakat di negara ini menerima khabar tentang kematian yang disebabkan oleh penyakit Aids, dan apa yang membimbangkan adalah penyakit tersebut semakin menular dari sehari ke sehari sehingga ada individu yang tidak bersalah turut menerima kesan dari perkara tersebut.

3. Penyakit Aids akan mudah merebak dengan empat cara utama iaitu melakukan bersetubuhan, berkongsi jarum, pendermaan darah dan anak yang lahir dari ibu yang telah dijangkiti Aids. Apa yang pasti ia mudah merebak akibat perkongsian aktiviti di antara individu yang telah mempunyai virus Aids dengan individu yang tidak mempunyai virus tersebut melalui salah satu kaedah yang dinyatakan di atas.

4. Perlaksanaan ujian ini juga sebagai satu usaha untuk memurnikan kehidupan rumahtangga umat Islam di negeri ini, tanpa dibebani oleh masalah penyakit kronik seperti penyakit Aids. Ia juga sebagai satu cara yang sesuai dilaksanakan kini demi menjaga keturunan setiap individu daripada berakhir.

Page 3: Borang Hiv test

5. Dengan adanya Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) ini, pihak JAIS berkeyakinan ia dapat mengurangkan jumlah penyebaran jangkitan HIV dan seterusnya masalah rumahtangga serta institusi kekeluargaan Islam di negeri ini dapat dikurangkan dengan jumlah yang minimum dari masa ke semasa.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN UJIAN HIV

1. Individu yang perlu menjalani ujian HIV.

2. Tempat menjalani ujian HIV.

3. Kaedah perlaksanaan di peringkat Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

serta Senarai Pejabat Agama Islam Daerah seluruh Negeri Selangor

4. Kaedah Perlaksanaan di Peringkat Klinik Kesihatan Kerajaan (KK) serta

senarai Klinik Kesihatan Kerajaan (KK) dan Klinik Kesihatan Ibu dan

Anak (KKIA) seluruh Negeri Selangor.

5. Jumlah bayaran yang dikenakan bagi menjalani Ujian HIV.

6. Tempoh SAH LAKU ujian HIV yang telah dijalankan.

Semua garis panduan yang dinyatakan di atas akan dijelaskan di bawah ini dalam bentuk penerangan dan carta agar mudah difahami oleh setiap individu atau institusi yang terlibat dalam perlaksanaan ujian ini.

TARIKH KUATKUASA PERLAKSANAAN UJIAN HIV :

Perlaksanaan Pemeriksaan Ujian Kesihatan (Ujian HIV) di seluruh Negeri Selangor adalah berkuatkuasa pada 01 hb. SEPTEMBER 2005. Tarikh tersebut telah dipersetujui bersama di antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Perubatan dan Kesihatan Negeri Selangor.

Saya yang menjalankan tugas,

(TUAN HJ. MOHAMMED KHUSRIN BIN HJ. MUNAWI)PengarahJabatan Agama Islam Selangor.

Page 4: Borang Hiv test

1. INDIVIDU YANG PERLU MENJALANI UJIAN HIV

1. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin di Negeri Selangor.(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

2. Bakal Pengantin (Lelaki atau Perempuan) Yang Memohon Kebenaran Berkahwin Negeri Selangor Tetapi Ingin Berkahwin Di Luar Negeri Selangor.(Permohonan Berkahwin Sek 17 & 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

Pengecualian akan diberikan kepada individu yang telah menjalani ujian tersebut di Negeri, Johor, Melaka dan Pahang, dengan syarat individu tersebut perlu mengemukakan laporan ujian tersebut.

3. Pasangan Yang Ingin Mendaftarkan Perkahwinan Setelah Berkahwin di Luar Negeri.(Permohonan Mendaftar Perkahwinan Sek 31,33,40 (2) dan 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor Tahun 2003)

4. Sekiranya salah seorang pasangan berasal dari negeri selain daripada Negeri Selangor, Johor, Melaka dan Pahang, maka individu tersebut akan diberi pilihan seperti berikut :

i. Pemohon hadir ke Negeri Selangor untuk menjalani ujian tersebut seperti biasa, atau ;

ii. Pemohon mendapatkan borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka dengan menanggung segala kos yang telah ditetapkan oleh pihak klinik.

2. TEMPAT MENJALANI UJIAN HIV

Hanya KLINIK KESIHATAN KERAJAAN SAHAJA yang dibenarkan menjalankan ujian tersebut.

3. KAEDAH PERLAKSANAAN UJIAN HIV DI PERINGKAT PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SERTA SENARAI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH DI SELURUH NEGERI SELANGOR_____________________________________

Berikut dilampirkan carta dan penerangan kaedah perlaksanaan Ujian HIV di peringkat Pejabat Agama Islam Daerah (sila rujuk lampiran A) serta senarai Pejabat Agama Islam Daerah di seluruh Negeri Selangor (sila rujuk lampiran B)

Page 5: Borang Hiv test

4. KAEDAH PERLAKSANAAN DI PERINGKAT KLINIK KESIHATAN KERAJAAN (KK) DAN SENARAI KESIHATAN KERAJAAN (KK) DAN KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK SELURUH NEGERI SELANGOR________________________

Berikut dilampirkan carta dan penerangan kaedah perlaksanaan Ujian HIV di peringkat Klinik Kesihatan Kerajaan (KK) (sila rujuk lampiran C) serta senarai Klinik Kesihatan Kerajaan (KK) dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) di seluruh Negeri Selangor (sila rujuk lampiran D)

5. JUMLAH BAYARAN YANG DIKENAKAN UNTUK MENJALANI UJIAN HIV

Pemohon boleh mendapatkan borang Ujian HIV yang berharga RM 10.00 di Bahagian Perundangan Keluarga, JAIS atau di mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah di Negeri Selangor. Bayaran tersebut adalah bagi bayaran borang dan alat ujian HIV yang dibekalkan di Klinik Kesihatan seluruh Negeri Selangor.

Bagi menjalani Ujian HIV di Klinik Kesihatan yang telah ditetapkan, bayaran sebanyak RM 1.00 bagi Warganegara Malaysia, dan RM 15.00 bagi Bukan Warganegara Malaysia akan dikenakan sebagai caj bayaran pendaftaran pesakit mengikut prosedur biasa yang telah ditetapkan oleh pihak Klinik Kesihatan.

Bagi individu yang mengambil borang Ujian Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) di Negeri Selangor dan membuat ujian tersebut di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan di negeri mereka, bayaran adalah berdasarkan jumlah yang ditetapkan oleh Klinik Kesihatan berkaitan dan ditanggung sepenuhnnya oleh individu tersebut.

6. TEMPOH SAH LAKU UJIAN HIV YANG TELAH DIJALANKAN.

Tempoh SAH LAKU Ujian HIV yang telah dijalankan adalah ENAM BULAN dari tarikh ujian dijalankan.

Page 6: Borang Hiv test

Lampiran A

CARTA ALIRAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH

Bakal pengantin pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah dengan membawa Borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV)

Keputusan ujian Positif/Negatif HIV

Negatif HIV Positif HIV

Proses permohonan berkahwin diteruskan

Perkahwinan dijalankan mengikut prosedur biasa

yang telah ditetapkan

Pasangan mengambil Surat Perakuan Nikah di

Pejabat Agama Islam Daerah

Tamat

Sesi kaunseling

Ingin meneruskan perkahwinan

Tidak meneruskan perkahwinan

Page 7: Borang Hiv test

PENERANGAN CARTA ALIRAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH

1. Bakal pengantin akan membawa keputusan ujian HIV tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk proses selanjutnya.

2. Keputusan tersebut akan diserahkan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah.

3. Sekiranya keputusan ujian adalah Negatif HIV, maka proses untuk permohonan perkahwinan diteruskan.

4. Permohonan perkahwinan akan berjalan seperti biasa.

5. Tetapi sekiranya keputusan ujian adalah Positif HIV, bakal pengantin akan melalui satu sesi kaunseling.

6. Dalam sesi kaunseling tersebut, bakal pengantin akan didedahkan berkaitan virus HIV dan kemudharatan yang akan dialami kepada kehidupannya serta pasangannya. Sekiranya perlu, kaunselor akan menerangkan perkara tersebut kepada bakal pasangannya atau kepada keluarganya.

7. Jika bakal pengantin ingin meneruskan juga pernikahan maka proses permohonan perkahwinan akan dilakukan seperti prosedur biasa.

8. Tetapi sekiranya bakal pengantin berniat untuk membatalkan pernikahannya maka kaunselor akan memberikan beberapa nasihat dan menamatkan sesi.

9. Sesi tamat.

Page 8: Borang Hiv test

Lampiran B

SENARAI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SELURUH NEGERI SELANGOR

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KLANG,Jalan Dato’ Hamzah,41000 Klang,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-33712166

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH PETALING (CAWANGAN SUBANG JAYA),Tingkat 1, Menara Utara (B),Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-55143611

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH PETALING (CAWANGAN PETALING JAYA)Tingkat 6, Menara Utara (B),Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-55143698

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SEPANGBandar Baru Salak Tinggi,43900 Sepang,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-87061918

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SABAK BERNAMParit Satu Timur,45300 Sungai Besar,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-32241529

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK TIMURJalan Enggang, Taman Keramat,54200 Kuala Lumpur.

Tel : 03-42564426

Page 9: Borang Hiv test

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK BARATBatu 17 ¾, 48050 Kuang,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-60383246

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA LANGATSungai Manggis,42700 Kuala Langat,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-31871357

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGATJalan Low Ti Kok,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-87361381

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA SELANGORJalan Klang – Kuala Selangor,45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-32891393

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU SELANGORKuala Kubu Bharu,44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-60641437

Page 10: Borang Hiv test

Lampiran C

PENERANGAN CARTA ALIRAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN DAERAH DI NEGERI SELANGOR

1. Bakal pengantin akan mendapatkan Borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) dari Bahagian Perundangan Keluarga, JAIS atau Pejabat Agama Islam Daerah.

2. Bakal pengantin membawa Borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV) ke Klinik Kesihatan Daerah dalam Negeri Selangor sahaja. Ujian HIV perlu dilakukan 2 atau 3 bulan sebelum hari perkahwinan. Ujian ini SAH digunakan untuk tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dilakukan.

3. Pegawai Perubatan/ Pembantu Perubatan/ Jururawat Kesihatan di Klinik Kesihatan akan menjalankan ujian HIV Pantas. Kaedahnya ialah dengan mencucuk jari untuk mendapatkan setitik darah bagi ujian tersebut.

4. Keputusan ujian HIV pantas akan diperolehi dalam masa 15 hingga 30 minit.

5. Jika keputusan ujian saringan adalah “tidak reaktif”, ini bermakna bahawa bakal pengantin tidak mempunyai virus HIV atau bakal pengantin mungkin berada di dalam tempoh “window period”.

6. Pegawai Perubatan/ Pembantu Perubatan/ Jururawat Kesihatan akan mencatatkan keputusan ujian ke dalam Borang Ujian Pemeriksaan Kesihatan (Ujian HIV).

7. Jika keputusan ujian saringan adalah “reaktif”, ini bermakna bakal pengantin disyaki mempunyai antibodi kepada virus HIV. Ujian pengesahan HIV perlu dilakukan dan ‘kaunseling sebelum ujian’ perlu diberi kepada bakal pengantin.

8. 5 ml darah akan diambil dan dihantar ke hospital untuk ujian pengesahan HIV. Pegawai Perubatan/ Pembantu Perubatan/ Jururawat Kesihatan perlu melengkapkan borang ‘ujian saringan/ pengesahan HIV’ bagi tujuan ini.

9. Ujian pengesahan akan dilakukan di salah sebuah Hospital Kerajaan.

Page 11: Borang Hiv test

Lampiran D

SENARAI KLINIK KESIHAT AN KERAJAAN DI NEGERI SELANGORYANG T ERLIBAT DENGAN PEM ERIKSAAN UJIAN HIV

DAERAH KLANG DAERAH HULU LANGATNAMA KK/KKIA NO.TEL NAMA KK/KKIA NO.TEL

KK KAPAR 32508355 KK SEMENYIH 87238355KK MERU 33921355 KK BATU 9,CHERAS 90758046KK PANDAMARAN 31658770 KK BERANANG 87667577KK PULAU KETAM 31104206 KK BATU 14 HULU LANGAT 90211414KK PULAU INDAH 31012035 KK AMPANG 42923332KK PELABOHAN KLANG 31658459 KK KAJANG 87395764KK BUKIT KUDA 33488174 KKIA BANDAR BARU BANGI 89258707ANEKA KLANG 33748019 KKIA CHERAS BARU 42975853KKIA KLANG 33718025 KKIA KG PANDAN 92847881KKIA JLN TENGKU KELANA 33718025

DAERAH KUALA LANGAT DAERAH HULU SELANGORNAMA KK/KKIA NO.TEL NAMA KK/KKIA NO.TEL

KK BANTING 31871333 KK KUALA KUBU BHARU 60641257KK SIJANGKANG 31226686 KK ULU YAM BHARU 60751261KK TELOK DATOK 31871117 KK SOEHARTO 60461003KK KANCHONG DARAT 31871934 KK RASA 60573264KK TANJUNG SEPAT 31972880 KK KALUMPANG 60491426KK TELOK PANGLIMA GARANG 31227433 KK SERENDAH 60812500KK JENJAROM 31913066 KKIA KUALA KUBU BHARU 60641257KK BUKIT CHANGGANG 31491355 KK SELISEK 05-4541352KK BANDAR 31201333

DAERAH GOMBAK DAERAH SABAK BERNAMNAMA KK/KKIA NO.TEL NAMA KK/KKIA NO.TEL

KK RAWANG 60916353 KK SUNGAI BESAR 32241358KK KUANG 60371355 KK SEKINCHAN 32410331KK BATU ARANG 60352287 KK BADAN TERAP 32162722KK AU2 42579466 KK PARIT BARU 32136223KK SELAYANG BARU 61878564 KK SUNGAI AIR TAWAR 32136227TMN KENANGA 61873039 KK SABAK BERNAM 32161355TMN EHSAN 62727471KK SG BULOH 61576775

DAERAH KUALA SELANGOR DAERAH PETALINGNAMA KK/KKIA NO.TEL NAMA KK/KKIA NO.TEL

KK TANJUNG KARANG 32698355 KK PUCHONG 80611814KK KUALA SELANGOR 32891142 KK SERI KEMBANGAN 89455929KK JERAM 32647075 KK SHAH ALAM 55186531KK IJOK 32791167 KK KELANA JAYA 78045001KK BATANG BERJUNTAI 32719151KK (JPL) BDR.TJG. KARANG 32698333

DAERAH SEPANGNAMA KK/KKIA NO.TEL

KK SG PELEK 31411242KK SALAK 87061302KK DENGKIL 87686355

* KK = KLINIK KESIHATAN

* KKIA = KLINIK KESIHATAN IBU ANAK