bnk notes

3
Membantu mengendalikan inventori individu dan rekod. 2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat. 3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok. 4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling. 5. Membantu dalam program perkhidmatan penempatan penuntut. 6. Membantu program pencegah salah guna dadah. 7. Membantu dalam perkhidmatan perundingan dan rujukan. 8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos. 9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian. 10. Menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan. Mereka juga boleh membuat tugasan lain seperti membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan, membantu menghasilkan bahan-bahan bimbingan seperti poster-poster dan mengurus alat pandang dengar di bilik bimbingan jika ada. Ia dapat meringankan beban tugas kaunselor di sekolah menengah. Guru-guru lain di sekolah juga memainkan peranan penting dalam kegiatan bimbingan yang sebenar di dalam kelas. Mereka selalu berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya hubungan yang erat dan mesra dengan pelajar. Hubungan guru yang lebih mesra di dalam kelas membantu kaunselor menangani masalah pelajar dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Peranan Pembimbing Rakan Sebaya penting berdasarkan andaian psikologi remaja bahawa anak-anak belasan tahun berpaling kepada kelompok sebaya untuk mendapat sokongan emosi. Sebagai kaunselor saya

Upload: anonymous-jarqth

Post on 10-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bnk notes for ppismp n pismp

TRANSCRIPT

Page 1: bnk notes

Membantu mengendalikan inventori individu dan rekod.

2. Membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.

3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.

4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.

5. Membantu dalam program perkhidmatan penempatan penuntut.

6. Membantu program pencegah salah guna dadah.

7. Membantu dalam perkhidmatan perundingan dan rujukan.

8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.

9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.

10. Menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan.

Mereka juga boleh membuat tugasan lain seperti membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan bimbingan,

membantu menghasilkan bahan-bahan bimbingan seperti poster-poster dan mengurus alat pandang dengar di

bilik bimbingan jika ada. Ia dapat meringankan beban tugas kaunselor di sekolah menengah. Guru-guru lain di

sekolah juga memainkan peranan penting dalam kegiatan bimbingan yang sebenar di dalam kelas. Mereka selalu

berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya hubungan yang erat dan mesra dengan pelajar. Hubungan

guru yang lebih mesra di dalam kelas membantu kaunselor menangani masalah pelajar dengan lebih berkesan

dan menyeluruh. Peranan Pembimbing Rakan Sebaya penting berdasarkan andaian psikologi remaja bahawa

anak-anak belasan tahun berpaling kepada kelompok sebaya untuk mendapat sokongan emosi. Sebagai

kaunselor saya perlu melibatkan pelajar yang dipilih diberi latihan untuk membantu menggerakkan

perkembangan diri yang berkesan dan sistematik di kalangan rakan-rakan serta menolong mereka membina

kemahiran menghadapi sebarang desakan. Pembimbing rakan sebaya bukan individu yang memberi nasihat dan

Page 2: bnk notes

menyelesaikan masalah orang lain. Dia adalah seorang pendengar yang peka dan menggunakan kemahiran-

kemahiran berkomunikasi untuk menolong rakan mereka.

c) Perkhidmatan Sebaran Perkhidmatan ini merupakan satu proses atau tindakan mengiklankan sesuatu barangan

atau perkhidmatan. Tujuannya untuk membuat publisiti tentang barangan atau perkhidmatan tersebut dengan

harapan supaya masyarakat menggunakannya. Proses atau tindakan ini boleh dilaksanakan melalui media

bertulis , media elektronik dan secara lisan. Terdapat dua kaedah untuk melaksanakan perkhidmatan sebaran di

sekolah-sekolah. 1.Secara langsung atau bersemuka, melalui: Ceramah, Perhimpunan Mingguan, Mesyuarat Guru,

Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG), Majlis Bimbingan Daerah, Hubungan Personal dengan Ketua Kelas, Kelab

Bimbingan dan Kaunseling. 2. Secara tidak langsung atau tidak bersemuka, melalui Poster , Risalah, Pemeran,

Majalah Sekolah , Kad-Kad Perkhidmatan, Penerbitan-penerbitan Kelab atau Persatuan, Radio Sekolah.

d) Menjalankan program-program bimbingan dan kaunseling yang terancang seperti di bawah:

1. Bimbingan Perkembangan Personaliti- kaunselor berperanan menentukan agar pelajar menanam perasaan dan

kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor juga bertanggungjawab menyebarkan

maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan maklumat untuk memahami tingkah laku remaja.

Program atau kursus motivasi, kemahiran berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.

2. Bimbingan Perkembangan Kerjaya- Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan.

Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan

temuduga untuk membolehkan palajar mempelajari hal-hal diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat

dibuat. Kaunselor bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian

tinggi dan latihan yang diperlukan.

3. Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran- Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga prestasi pencapaian

akademiknya. Kaunselor berperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang yakin tentang kebolehan diri,

yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor

juga berperanan dalam membimbing pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan,

kemahiran mengurus masa dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan. Khemah atau perkampungan

akademik biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan

persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.

4. Bimbingan Penyesuaian Diri- kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar menyesuaikan diri

dengan keadaan yang baru. Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada pelajar tingkatan satu selama seminggu

dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat. Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri

dengan sekolah, persekitaran, budaya dan pelajaran-pelajaran baru.

Page 3: bnk notes

5. Bimbingan Tingkah laku – kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan masalah disiplin

pelajar. Pihak disiplin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan disiplin berulangkali kepada kaunselor

untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap

mengikut peraturan sekolah.

6. Perkhidmatan Kaunseling- Kaunselor memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu atau

kelompok. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan dan memperolehi keupayaan untuk

bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya. Selain itu juga perkhimatan kaunseling juga memberi

perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkahlaku

pelajar, perhubungan pelajar dan hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.