bmm3123-tajuk-8

41
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN [ BMM 3123 ] Pembentang: ALEX FIRD AUS Pensyarah : Tn. Haji Aminnudin Bin Mamat

Upload: juz-pieda

Post on 12-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN

TERJEMAHAN[ BMM 3123 ]

Pembentang:

ALEX

FIRDAUS

Pensyarah :

Tn. Haji Aminnudin Bin

Mamat

ALIRAN DAN TOKOH DALAM TATABAHASA MELAYU

Kaedah Tradisional : Marsden, Winstedt dan Za’ba

Struktural : Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan

Transformasi – Generatif : Nik safiah, Farid M. Onn,

Hashim Musa dan Abdul hamid Mahmood

Tatabahasa Dewan : Nik Safiah, Farid M. Onn,

Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood

TAJUK8

Kaedah Tradisional :

Marsden, Winstedt dan

Za’ba

Kaedah Tradisional : Marsden, Winstedt dan Za’ba

Bermula sejak zaman Yunani, iaitu kira-kira abad ke-5 sebelum Masihi

Kajian bahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli-ahli falsafah Yunani yang menyelidik tabii alam.

Menurut pegangan aliran ini, tatabahasa adalah satu cara yang dilakukan bagi mendeskripsikan bahasa dan tertakluk kepada hukum dan peraturan berasaskan logika.

Aspek kajian hanya tertumpu kepada

struktur permukaan dan bukan makna ayat.

Plato umpamanya telah membahagikan golongan kata kepada dua.

Dari Yunani, deskripsi bahasa tradisional

berkembang ke Eropah pada zaman pertengahan dan akhirnya meresap ke dalam beberapa bahasa penduduk asal di situ.

i. Kata nama : Kata yang dapat berfungsi sebagai subjek dalam ayat.

ii. Perbuatan : Berfungsi sebagai predikat dalam ayat.

Tokoh bahasa yang telah melakukan kajian tatabahasa Melayu berteraskan aliran tradisional.

Wiliam Marsden ( 1754M – 1836M )Tokoh tatabahasa Melayu yang mula-mula mengkaji tatabahasa Melayu di Malaysia pada tahun 1812 melalui bukunya A Grammar of the Malayan Langguage.

Merupakan orang pertama yang memperkenalkan Sistem Ejaan Rumi (Ismail Salleh dlm. Zulkefley Hamid et.al).

Marsden telah membuat deskripsi bahasa Melayu yang menggunakan 28 abjad yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dipinjam dari bahasa Arab dan enam abjad baharu dibina hasil daripada penggubahsuaian abjad bahasa Arab.

Mendeskripsi penggunaan tiap-tiap abjad dalam perkataan dan menamakan abjad-abjad itu seperti konsonan yang menyamai sistem bahasa Arab.

Marsden mendeskripsikan sistem pervokalan bahasa Melayu yang disimbolkan dengan penggunaan tanda-tanda baris.

Tanda baris yang dimaksudkan terdiri daripada tanda baris atas, tanda baris bawah dan tanda baris hadapan.

Marsden juga tidak ketinggalan membencangkan tanda-tanda ortografi dalam sistem tulisan Jawi bahasa Melayu seperti jezm (tanda mati), tasydid, hamzah, meddah (panjang pendek) dan angka.

Membahagikan ayat bahasa Melayu kepada empat jenis. 1. Ayat penyata

2. Ayat tanya

3. Ayat seru

4. Ayat perintah

Bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan

R.O Winstedt (1913)o Tokoh yang mengkaji bahasa Melayu menurut kaedah

huraian tatabahasa tradisional.

o Kajian ini telah diterbitkan melalui bukunya berjudul The Malay Grammar.

o Penghuraian tatabahasa Melayu yang dibuat oleh Winsted berasaskan kajian yang dibuat oleh Marsden (1812) dan Shellabear (1901).

o Oleh itu tidak banyak perkara baru yang diperkatakannya, kecuali tentang tiga teori yang berkaitan dengan penggunaan huruf saksi oleh tukang tulis Jawi yang berpendidikan Arab dan kemunculan penggunaan hamzah.

o Selain ejaan Jawi, Winstedt juga telah memperkatakan tentang ejaan Rumi bahasa Melayu.

Pendeta Za’ba (1940)

Bidang kaedah huraian bahasa Melayu yang dikuasai oleh orang-orang Barat sebelumnya telah diambil alih oleh Pendeta Za’ba.

Seorang tokoh bahasa tempatan yang tersohor. Buku beliau bertajuk Pelita Bahasa Melayu Penggal 1

merupakan buku tatabahasa pertama yang dihuraikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Pendeta Za’ba (1940) Telah mendeskripsikan sistem tulisan Jawi yang diguna pakai

dalam bahasa Melayu dengan membincangkan sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman ejaan, sistem vokal dalam Jawi, sistem ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan intonasi, perkembangan penggunaan abjad alif, wau dan ya, penggunaan abjad-abjad alif dan hamzah dan penyebutan serta pengejaan bunyi a pada akhir kata.

Menerbitkan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949 sebagai panduan dan rujukan

Struktural : Asmah Haji

Omar dan Abdullah

Hassan

Struktural : Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan.

Pada pertengahan abad ke-20, muncul aliran baru dalam kaedah huraian bahasa yang dinamakan aliran struktural.

Berasaskan kata dasar struktur yang berhubung dengan bentuk.

Sejarah kemunculan aliran ini dikaitkan dengan tumbuhnya linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika.

Muncul sebagai tentangan terhadap dasar nasional dan kaedah huraian bahasa yang dilakukan oleh aliran tradisional.

Aliran ini berusaha menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa bersandarkan analisis deskripsi struktur ayat.

Menganalisis kata dibentuk dan bagaimana kata tersebut digunakan secara bersama semasa membentuk ayat.

Struktural : Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan.

Tatabahasa ini berfokus kepada bentuk bahasa, misalnya menekankan ayat yang tersiri daripada kata nama dan kata kerja.

Menganalisis secara struktural tentang kata dan pembentukan kata bagi mengenal pasti frasa kerja.

Aliran struktur ini berpendapat bahawa bahasa sebenar ialah bahasa lisan dan harus dikaji sebagai lambang pertuturan

Struktural : Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan.

Bahasa dihuraikan secara deskriptif dan kajiannya bersifat emperikal dan saintifik.

Analisis bahasa mesti dilakukan secara berstruktur (structured center).

Bahasa yang dianalisis dari aliran ini bermula daripada bunyi, morfen, frasa, klausa dan ayat, termasuk juga unsur-unsur suprasegmental.

Struktural : Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan.

Kategori tatabahasa ini tidak didefinisikan mengikut makna, tetapi mengikut pembahagian masing-masing.

Struktur setiap unit bahasa dihuraikan tanpa kaitan dengan aspek keseluruhan bahasa.

Bersifat formal dan tidak mempertimbangkan ciri psikologi, logik dan metafizik.

Struktural : Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan.

Tatabahasa aliran struktural mula diperkenalkan oleh Leonard Bloomfield (1887-1949) dan hasil kerja oleh Edward Sapir (1884-1939).

Buku beliau yang berjudul Langguagge menjadi rujukan standard bagi mereka yang mendalami bidang linguistik mengikut aliran ini.

Telah memperkenalkan sebuah sekolah pemikiran yang kemudian dikenal sebagai linguistik struktural Amerika.

Struktural : Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan.

Konteks negara Malaysia, antara tokoh-tokoh bahasa yang mendukung aliran struktural.

Asmah Haji OmarMerupakan salah seorang pelopor kajian tatabahasa

bahasa Melayu.

Dilahirkan pada 5 Mac 1940 di Jitra, Kedah.

Pendidikan awal dan menengahnya bermula di Kedah.

Meneruskan pengajiannya di Universiti Indonesia dan memperoleh Sarjana Muda dan Sarjan Sastera.

Kemudian melanjutkan pengajiannya hingga mendapat Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang General Linguistik.

Asmah Haji OmarMerupakan Profesor Kerusi Tamadun Melayu

Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam sejarah kerjayanya.

Menjadi tenaga pengajar di Universiti Malaya pada tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.

Pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.

Asmah Haji OmarTelah memuatkan kajian yang menggunakan acuan

aliran struktural melalui bukunya Bahasa Melayu Kini Pendekatan Struktural.

Bidang penyelidikannya tidak terhad di Semenanjung Malaysia sahaja.

Menjalankan banyak penyelidikan tentang bahasa-bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak.

Telah menerbitkan banyak makalah tentang bahasa tersebut spt The Iban Language of Sarawak : A Grammatical Descpription (Bahasa Iban Sarawak : Huraian Kenahuan), sebuah tesis kedoktoran yang diserahkan kepada University of London pada tahun 1969 dan diterbitkan oleh DBP pd tahun 1981.

Abdullah Hassan Merupakan antara sarjana yang kuat

memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan.

Pada pendapat beliau, hal ini sangat penting bagi mengekalkan nilai dan jati diri orang Melayu.

Bahasa Melayu berupaya menghimpun memori bangsa berperanan dan sebagai pemangkin kreativiti peribumi.

Beliau bergerak aktif dalam aktiviti persatuan bahasa.

Merupakan ahli seumur hidup Persatuan Penterjemaah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)

Abdullah Hassan Merupakan Presiden Persatuan Penterjemah

Malaysia.

Di bawah pimpinannya, beliau meneruskan usaha dengan mengadakan persidangan penterjemahan antarabangsa, iaitu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-7 (1999), ke-8 (2001), ke-9 (2003), ke-10 (2005), dan yang terakhir Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-11 (PPA-11) yang diadakan pada 21-23 November 2007.

Persidangan itu dianjurkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Institut Terjemah Negara Malaysia Berhad (ITNMB) dgn kerjasama DBP dan Akademi Pengajian Melayu (APM) UM

Transformasi – Generatif : Nik safiah, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul hamid Mahmood

Transformasi – Generatif : Nik safiah, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul hamid Mahmood

Pada awal tahun 1960-an, muncul aliran baru dalam bidang kajian bahasa kajian bahasa yang disebut aliran Transformasi-Generatif (R.H Robins, 1993).Bermula setelah penilitian yang dilakukan oleh Zillig Harris di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat sekitar tahun 1950.Dikembangkan oleh anak muridnya, Noam Chomsky melalui bukunya berjudul Aspect of The Theory of Syntax pada tahun 1965.

Transformasi – Generatif : Nik safiah, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul hamid Mahmood

Aliran TG muncul sebagai penolakan terhadap aliran struktur yang beranggapan bahawa kajian kebahasaan dibuat berdasarkan bentuknya luarannya sahaja.Menurut Chomsky, bahasa bersifat innate. Iaitu bahasa merupakan aktiviti mental dan kebolehan berbahasa sudah ada dalam jiwa manusia.Chomsky beranggapan bahawa kajian bahasa bukan hanya menjurus kepada bentuk yang tersurat tetapi meliputi makna tersiratnya.

Transformasi – Generatif : Nik safiah, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul hamid Mahmood

Teori Transformasi-Generatif menyatakan bahawa, ayat-ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad bilangannya.Walau tidak terhad, ayat-ayat ini terbina atas peraturan-peraturan pembentukan ayat yang terbatas bilangannya.Pembinaan ayat daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti yang dapat melalui proses transformasi.Ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat yang tidak terkawal oleh sebarang suasana seperti pertanyaan, suruhan dan sebagainya.

Transformasi – Generatif : Nik safiah, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul hamid Mahmood

Pertama : Peringkat struktur dalamanStruktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar

atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain membentuk semantik ayat.

Kedua : Peringkat Struktur PermukaanStruktur ayat yang biasanyanya telah mengalami perubahan

drpd struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan utk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamakan komponen fonologi.

• Chomsky berpendapat bahawa manusia memperoleh bahasa daripada dua komponen iaitu :

• Competence : keupayaan manusia sejak lahir lagi untuk menguasai sejumlah peraturan yang terkandung di dalam kepala penutur.

• Performance : pewujudan bahasa itu seperti yang dilihat dalam percakapan dan penulisan.

• Jelaslah bahawa, tatabahasa ini merupakan proses atau perubahan dari struktur dalaman menjadi struktur luaran atau permukaannya.proses ini meliputi penambahan, penghilangan dan penggantian.

Transformasi – Generatif : Nik safiah, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul hamid Mahmood

Tatabahasa Dewan : Nik

Safiah, Farid M. Onn,

Hashim Musa, dan Abdul

Hamid Mahmood

Nik Safiah Karim

Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh linguistik tanah air yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu.

Telah dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol Kota Bharu, Kelantan.

Dalam bidang akademik, beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bharu (sekarang Sekolah Rendah Zainab).

Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, KL (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban)

Nik Safiah Karim

Setelah itu, telah belajar di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada tahun 1959.

Pada tahun 1965, telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik dr UM.

Tahun 1975, memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University,USA

Kerjaya akademik telah bermula dengan perlantikan beliau sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963.

Nik Safiah Karim

Pada tahun 1989 beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN)

Pada tahun 1995 Johan Mangku Negara (JMN) Pada tahun 1997 Johan Panglima Negara (JPN)

yang membawa gelaran Datuk. Beliau telah menerima Anugerah Wanita

Cemerlang Tan sri Fatimah- Avon bagi kecemerlangan dalam bidang pendidikan (1995)

Anugerah Wanita Cemerlang sempena Perayaan 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/ Kolej Tunku Kurshiah (1997), Tokoh Ilmuan Bahasa (2001), Pingat Emas Tun Fatimah (2001) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dr UKM (2003)

Hashim Musa

Profesor Dr. Hashim bin Hj. Musa di lahirkan di Negeri Kelantan pada 10 September 1945.

Pada tahun 1996, beliau menyambung pengajian di Maktab Perguruan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1972 meneruskan pengajian di Universiti Malaya (B.A Hons) dan mendapat kelas kedua atas dalam pengajian.

Kemudian, pada tahun 1975 beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana di Um.

1980, meneruskan lagi pengajian di University of California, Berkeley, Amerika.

Tahun 1987, melanjutkan pelajaran ke Universiti Cairo dalam Bahasa Arab.

Hashim Musa

Pada tahun 1988 beliau berjaya mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Beliau telah memegang beberapa jawatan sepanjang kerjayanya sebagai pensyarah iaitu :

Timbalan Profesor Jabatan Bahasa Melayu, Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya ( 1995-2006)

Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1998-2000)

Professor dalam bidang Linguistik Melayu, Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia.

• Antara anugerah yang pernah diraih oleh Profesor Dr. Hashim bin Hj. Musa ialah :

• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Malaya (1994,1998,1999,2003,2004)• Anugerah Juara Citra Pendeta daripada Dewan

Bahasa dan Pustaka (2000)• Pingat Emas Pameran Reka Cipta, Penyelidikan

dan Inovasi Universiti Putra Malaysia.

Hashim Musa

• Antara penulisan Profesor Dr. Hashim bin Hj. Musa yang berkaitan dengan bidang bahasa Melayu ialah :

• Tatabahasa Bahasa Melayu : Huraian Berdasarkan Rumus Struktur Frasa (1990)• Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa

Melayu : Satu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif (1993)• Penghantar Falsafah Bahasa ( 1994 )

Hashim Musa

• Profesor Dr. Abdul Hamid Mahmood dilahirkan pada 1 Ogos 1945 di Kampung Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.

• Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta, Maktab Sultan Ismail dan Sekolah Datok Abdul Razak (SDAR) di Seremban.

• Pada tahun 1964-1965, beliau mengikuti kursus perguruan di Language Institut (IPGKBM)

• Pernah menjadi guru terlatih di SMK Ayer Lanas, Jeli ( 1966-1969).

Abdul Hamid Mahmood

• Pada tahun 1969, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

• Pada tahun 1972-1973, beliau menjadi pensyarah di Kolej Pertanian Malaya, Serdang.

• Pada tahun 1981, beliau telah menjadi pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan menyandang jawatan Profesor Madya.

• Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah (Sarjana Utama) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Abdul Hamid Mahmood

• Dalam bidang penerbitan, beliau bergiat aktif dalam penyelidikan dan penulisan tentang bahasa dan linguistik Melayu.

• Antara buku terbitan beliau ialah :– Tatabahasa Dewan Jilid 1(1986)– Ayat Pasif Bahasa Melayu (1992)– Sintaksis Dialek Kelantan (1994)– Modul Strategi P&P Tatabahasa Bahasa Melayu

(2009)

Abdul Hamid Mahmood

KESIMPULAN

Orang Eropah telah mempelopori bidang kajian bahasa Melayu.Kedatangan mereka sebagai orientalis di negara kita yang juga membawa bersama ilmu-ilmu baru yang dikutip di negara mereka.Perkembangan ilmu kajian bahasa semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai aliran baru seperti tiga aliran struktural dan Transfomasi-Genaratif.