kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

31
SINOPSIS Tajuk 8 menjelaskan analisis kesalahan umum tatabahasa yang merangkumi aspek morfologi, frasa, klausa dan ayat. Turut dijelaskan aktiviti perbincangan dan latihan tatabahasa. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pemelajaran pelajar dapat menjelaskan aspek kesalahan ejaan, perkataan, frasa dan klausa dalam sesuatu ayat yang yang diberikan secara tepat. KERANGKA TAJUK 8.1 Analisis Kesalahan Bahasa Kesalahan ejaan Kesalahan kata Kesalahan frasa Kesalahan klausa Kesalahan ayat ISI KANDUNGAN Definisi /Konsep Coder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk peraturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Hal ini merangkumi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan istilah atau perkataan yang kurang tepat. Kesalahan Ejaan Sejarah Ringkas Sistem Ejaan 1 KESALAHAN UMUM TATABAHASA TAJUK 8

Upload: faridah-abdullah

Post on 28-Jul-2015

91 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

SINOPSIS

Tajuk 8 menjelaskan analisis kesalahan umum tatabahasa yang

merangkumi aspek morfologi, frasa, klausa dan ayat. Turut dijelaskan

aktiviti perbincangan dan latihan tatabahasa.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pemelajaran pelajar dapat menjelaskan aspek kesalahan

ejaan, perkataan, frasa dan klausa dalam sesuatu ayat yang yang

diberikan secara tepat.

KERANGKA TAJUK

8.1 Analisis Kesalahan Bahasa

Kesalahan ejaan Kesalahan kata Kesalahan frasa Kesalahan klausa Kesalahan ayat

ISI KANDUNGAN

Definisi /Konsep

Coder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk peraturan yang menyimpang atau menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati. Hal ini merangkumi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan istilah atau perkataan yang kurang tepat.

Kesalahan Ejaan

1

KESALAHAN UMUM TATABAHASA

T A J U K 8

Page 2: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Sejarah Ringkas Sistem Ejaan

Rancangan pembakuan sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.

Sistem ejaan rumi yang pernah wujud:

a. Sistem Ejaan Wilkinson (19040b. Ejaan Za’ba (1949 – 1972)c. Sistem Ejaan Fajar Asia – ejaan majalah Fajar Asia (1945 – 1954)d. Ejaan Rumi Kongres 1956 – ejaan Asas ‘50’ (Angkatan Sasterawan

’50)e. Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) –

ejaan majalah Bahasa

Penyelarasan dan Pelaksanaan

Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959. Walau bagaimanapun, ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) ini tidak dapat dillaksanakan. Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia, sistem ini dikenali dengan nama sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu.

Sistem keselarasan huruf vokal

Sistem keselarasan huruf vokal ialah keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata awal dan suku kata akhir tertutup.

Contohnya, lantik; boleh, lelong

Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih , hanya dua suku kata terakhir sahaja yang diambil kira.

Contohnya: semenanjung; seluruh; kerisik.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu yang perlu diketahui dan dikuasai bagi menghasilkan penulisan yang menepati sistem ejaan. Namun, terdapat beberapa kekecualian sistem keselarasan huruf vokal, iaitu:

2

Page 3: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

i. Kata pinjaman daripada bahasa Indonesia.Contohnya:

aneh bukan anihlapor “ lapurtulen “ tulin

ii. Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris.Contohnya:

panel bukan paniltiket “ tikitkupon “ kupunhipokrit “ hipokretkontraktor “ kontraktur

Ejaan memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat. Kesalahan ejaan menyebabkan penerima maklumat tersalah tafsir, seterusnya mesej yang cuba disampaikan gagal diutus dengan berkesan. Yang berikut ialah kesalahan ejaan yang sering kali ditemukan.

salah betulko-kurikulumibu-bapa/ibubapanilai kasih-sayangperlaksanaansamaadaurusetiaaturcara

kokurikulumibu bapanilai kasih sayangpelaksanaaansama adaurus setiaatur cara

Ejaan mengikut sebutan

Masalah tersebut berlaku kerana sebutan tidak baku dan terpengaruh oleh ejaan berdasarkan bahasa bahasan. Yang berikut ialah beberapa contoh perkataan yang dieja mengikut sebutan bahasan dan baku.

sebutan bahasan / salah sebutan baku / betultulintrajediatlit

tulentragediatlet

3

Page 4: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

stesyenmekanismasinariodistinasitaliponteknologiprofesyentubohajenda

stesenmekanismesenariodestinasitelefonteknologiprofesiontubuhagenda

Ejaan Kata Majmuk

Kata majmuk dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu kata majmuk mantap, iaitu dieja dengan merapatkan kedua-dua kata, dan kata majmuk tak mantap , iaitu yang dieja secara terpisah. Ada 15 kata majmuk mantap yang disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, iaitu antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, pesuruhjaya, setiausaha, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab dan warganegara.

Selain itu, terdapat juga beberapa golongan kata yang dieja secara bercantum.

Golongan ContohKata nama peribadi, peribahasa, dinihari,

perikemanusiaanKata adjektif sukacita, dukacitaKata sendi nama kepada, daripadaKata hubung apabila, manakala, padahal, walhal,

meskipun, kendatipun, walaupunKata tanya bagaimana

Yang berikut ialah kesalahan yang kerap dilakukan oleh penguna bahasa Melayu ketika menulis kata majmuk.

salah betuljalanrayalebuhrayabandarayakeretapiurusetia

jalan rayalebuh rayabandar rayakereta apiurus setia

4

Page 5: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

ibubapakaki tanganmata haritanda tanganjawatan kuasa

ibu bapakakitanganmataharitandatanganjawatankuasa

Terdapat kekecualian pada kata nama tempat yang telah didaftarkan mengikut ejaan asalnya. Contohnya:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Keretapi Tanah Melayu.

Penggunaan Tanda Sempang

Tanda sempang digunakan dalam beberapa keadaan

Kata Ganda

Kata ganda memang menggunakan tanda sempang bagi mewujudkan proses penggandaan. Contoh tanda sempang dapat dilihat dalam kata ganda seperti kupu-kupu, tuduh-menuduh dan senang-lenang.

Merangkaikan kata imbuhan dan morfem terikat dengan kata nama khas

Bagi merangkaikan kata imbuhan awalan, seperti pro-, anti-, dan se-, yang diikuti oleh kata nama khas, tanda sempang perlu diletakkan. Walaupun begitu, bagi kata nama am, tanda sempang tidak perlu digunakan.

salah betulproIslamantiAmerikaseMalaysiapro-kerajaananti-baratse-pembangkang

pro-Islamanti-Amerikase-Malaysiaprokerajaananti baratsepembangkang

Penggunaan di dan ke

5

Page 6: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Kata di- boleh mendukung dua fungsi. Yang pertama sebagai imbuhan awalan. Dalam hal tersebut, penggunaan Penggunaan di- merupakan penanda pasif diri ketiga. Oleh itu, kata kerja yang diletakkan awalan di- perlu dieja sebagai satu perkataan.

Fungsi kedua pula membolehkan di- sebagai kata sendi nama yang menyertai kata nama yang menunjukkan tempat dan arah. Ejaan antara kata di- dengan kata arah perlu dijarakkan.

Antara bentuk kesalahan penggunaan di- yang acap kali ditemukan adalah seperti yang berikut

salah betuldikuala lumpurdimenara gadingdiatasdi simpandi syorkandi kenal pasti

di kuala lumpurdi menara gadingdi atasdisimpandisyorkandikenal pasti

Penggunaan ke- juga mengandungi dua fungsi yang berbeza. Dalam fungsi yang pertama, ke- dieja terpisah daripada perkataan yang berikutnya mendukung fungsi sebagai kata sendi nama. Oleh itu, ke- menunjukkan arat atau tempat yang dituju, selain digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa.

• Mereka akan ke Kuala Lumpur• Mesyuarat akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi ke pukul 11.00

pagi.

Bagi fungsi yang kedua pula, kata ke- yang dieja secara rapat dengan sesuatu perkataan membawa fungsi awalan. Awalan ke- dapat mendukung tiga makna, iaitu membentuk kata nama, untuk membentuk bilangan tingkat dan untuk membentuk bilangan himpunan.

• Sejak ditinggalkan oleh kekasih hati, Ahmad tidak banyak bercakap.• Halimah mendapat tempat ketiga dalam acara lumba lari.• Kelima-lima perompak itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

salah betulKe tigaKe-empat

KetigaKeempat

6

Page 7: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Kekuala lumpurDari masa kemasa

Ke kuala lumpurDari masa ke masa

Penulisan partikel ‘pun’

Penulisan partikel pun juga menjadi masalah kepada pengguna bahasa Melayu. Secara umumnya cara penulisannya perlu dieja secara terpisah daripada kata sebelumnya seperti;

rumah pun tidur pun

anak pun sudah pun

dia pun merah pun

apa-apa pun besar pun

Kecuali untuk kata tugas yang berikut:

adapun kalaupun

andaipun kendatipun (walaupun, meskipun, biarpun)

biarpun mahupun

bagaimanapun meskipun

sekalipun lagipun

walaupun sungguhpun

Kesalahan kata

Kesalahan ini merujuk kepada kesilapan memahami konsep yang didukung oleh sesuatu perkataan. Situasi ini berlaku kerana, terdapat banyak perkataan yang membawa maksud yang hampir sama serta gagal memilih perkataan yang sesuai mengikut konteks.

Kesalahan kata melibatkan penggunaan kata yang tidak tepat untuk menyatakan sesuatu perkara. Contoh perbuatan memotong boleh diistilahkan dengan perkataan lain seperti membelah, menghiris, mengupas, mencantas dan mencencang mengikut kesesuaian konteks ayat. Sesuaikah emak membelah kain dan memotong bawang sedangkan istilah yang tepat dalam konteks ayat ialah emak mengunting kain dan menghiris bawang.

7

Page 8: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan kata dan kesalahan bahasa.

• Jika selalu melancung ke luar negara, kita hanya menggalakkan ke luar negara pengaliran wang kita.

Kesalahan kata Kesalahan bahasasalah betul salah betul

melancung melancong Ke luar negara pengaliran wang kita

pengaliran wang kita ke luar negara

• Pemaju perumahan itu masih tidak mengindahkan teguran yang dibuat oleh pembeli, sedangkan mereka telah berjanji untuk mengatasi masalah itu sejak dari tahun lepas lagi.

Kesalahan kata Kesalahan bahasasalah betul salah betul

mengindahkan

mengendahkan sejak dari sejak

• Adik suka menculik makanan yang telah ibu hidangkan dengan menggunakan tangan, lalu menjilatnya.

Kesalahan kata Kesalahan bahasasalah betul salah betul

menculik mencolek Ibu hidangkan dihidangkan oleh ibu

• Mana-mana individu atau syarikat yang tidak mengembalikan borang tafsiran pendapatan cukai dalam masa yang ditetapkan akan dikenakan denda berganda

Kesalahan kata Kesalahan bahasasalah betul salah betul

tafsiran taksiran pendapatan cukai

cukai pendapatan

• Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat membeli belah itu di atas sebab keselamatan.

8

Page 9: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Kesalahan kata Kesalahan bahasasalah betul salah betuldi atas atas pusat membeli

belahpusat beli

belah

Kesalahan frasa

Kesalahan bahasa melibatkan penggunaan frasa yang tidak tepat, seperti frasa yang tidak mematuhi hukum D-M.

salah betullain-lain faktorAminah Kedai Jahitplastik begpolis inspektormini maratoncontoh jawapan

faktor-faktor lainKedai Jahit Aminahbeg plastikinspektor polismaraton mini jawapan contoh

Kesalahan frasa berlaku kerana terdapat unsur lewah dalam ayat. Kamus Dewan mendefinisikan lewah sebagai “berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya serta tidak perlu”. Kelewahan dalam bahasa dianggap sebagai suatu yang biasa dalam penggunaan bahasa kerana pengguna bahasa suka berlebih-lebih dalam penggunaan bahasa. Antara contoh kelewahan bahasa adalah seperti yang berikut:

salah betulkos perbelanjaan saling bantu membantu semua pegawai-pegawaipaling penting sekalikhalayak ramairamai murid-muridbarisan para petugasdestinasi yang dituju

kos/Perbelanjaansaling membantu/bantu membantusemua pegawai/pegawai-pegawaipaling penting/penting sekalikhalayak/ramairamai murid/murid-muridbarisan petugas/para petugasdestinasi

Yang berikut ialah beberapa ayat contoh yang mengandungi kesalahan frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

9

Page 10: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

• Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di Iraq sedang berarak di jalan raya-jalan raya.

Kesalahan frasa namasalah betul salah betul

Petunjuk-petunjuk

Penunjuk-penunjuk

jalan raya-jalan raya

jalan-jalan raya

• Sebagai permulaan, kerajaan perlu menfokuskan kepada pembangunan pesawat penumpang murah yang dapat mempercepatkan kemajuan industri pelancongan di dalam negara.

Kesalahan frasa kerjasalah betul salah betul

Menfokuskan kepada

Memfokuskan pembangunan

mempercepatkan

mempercepat

• Rumah yang besar itu paling cantik sekali.

Kesalahan frasa adjektifsalah betul

paling cantik sekali paling cantik/cantik sekali

• Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

Kesalahan frasa nama Kesalahan frasa sendisalah betul salah betul

Kelawar-kelawar

kelawar di pada

Kesalahan klausa

KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi

subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa

terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat

lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang

tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.

10

Page 11: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

i. Awak pandai kerana awak rajin belajar.

ii. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.

iii. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.

klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas

iv. Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok

klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama

Aspek kesalahan bahasa dalam klausa ialah aspek kelewahan bahasa yang terdapat dalam binaan frasa, klausa tak bebas dan klausa bebas. Antara ayat contoh adalah seperti yang berikut:

salah betulSalah satu daripada punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas belajar atau bosan berada di sekolah.

Satu daripada punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas belajar atau bosan berada di sekolah.

Salah seorang daripada murid sekolah ini telah berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

Seorang daripada murid sekolah ini telah berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

Salah sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu telah terbakar.

Sebuah daripada kereta yang terbabit dalam kemalangan itu telah terbakar.

Dalam klausa setara, pemindahan kausa tidak dapat dilakukan kerana pemindahan tempat klausa akan menyebabkan ayat yang terhasil tidak gramatis. Contohnya:

salah betulManakala abang membuat latihan, kakak membaca buku.

Kakak membaca buku manakala abang membuat latihan.

Dan tidak sombong, kita harus menjadi orang baik

Kita harus menjadi orang baik dan tidak sombong.

Tetapi abang berbuat bising, adik sedang membaca buku,

Adik sedang membaca buku, tetapi abang berbuat bising.

Kesalahan ayat.

Kesilapan dalam penggunaan bahasa Melayu juga dapat dilihat dari sudut sintaksis. Kesilapan ayat berlaku apabila pengguna tidak mematuhi

11

Page 12: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

peraturan-peraturan yang tersedia ada dalam bahasa itu. Kesalahan ayat dalam bahasa Melayu kerap berlaku pada ayat inti, ayat tanya, ayat pasif dan kesalahan semantik.

Subjek dan predikat

Setiap pengguna mestilah menguasai bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Apabila mereka menguasai bahagian tersebut, mereka akan dapat mengenali kedudukan subjek dan predikat sesuatu ayat, sama ada ayat itu dalam susunan biasa atau susunan songsang. Jika mereka tidak menguasai binaan, ayat yang dibina kemungkinan akan menjadi ayat yang tergantung. Ayat yang tergantung ialah ayat yang tidak mempunyai binaan subjek atau binaan predikat.

1. *Untuk menyiapkan kerja itu memerlukan perbelanjaan yang besar.

Ayat ini tidak mempunyai subjek. Klausa untuk menyiapkan kerja itu merupakan keterangan predikat, manakala frasa memerlukan perbelanjaan yang besar ialah frasa kerja yang menjadi binaan predikat. Ayat tersebut menjadi gramatis sekiranya subjek yang terdiri daripada frasa nama dimasukkan, seperti ayat 1a.

1a. Untuk menyiapkan kerja itu, kita memerlukan perbelanjaan yang

besar.

Dalam ayat 1a, kita ialah subjek yang terdiri daripada frasa nama.

Ragam ayat

Apakah yang dimaksudkan ragam ayat? Ragam ayat sebenarnya dapat dilihat dan dikenal pasti dari segi aktif dan pasif. Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (Tatabahasa Dewan Edisi ketiga : 2011), mentakrifkan ayat aktif sebagai ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Ada dua jenis ayat aktif berdasarkan kehadiran kata kerja dalam predikat ayat, iaitu:

• Ayat aktif transitif• Ayat aktif tak transitif

12

Page 13: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Menurut Arbak Othman dalam bukunya, Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek selepasnya. Ayat aktif tak transitif pula mengandungi kata kerja tak transitif. Nik Safiah et al. (2011) menyatakan bahawa ayat aktif tak transitif mempunyai kata kerja tak transitif yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

Ayat yang berikut mengandungi kesalahan bahasa dari segi frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif yang lazimnya dilakukan oleh pengguna bahasa dan juga pelajar.

• Abu belum pernah menghadiahkan emak saudaranya jam tangan.

salah betulmenghadiahkan menghadaihi

• Penceramah sedang memperkatakan tentang masalah inflasi.

salah betulMemperkatakan tentang Memperkatakan

masalah

• Kuang Shie amat suka dengan Fei Wei yang tampan itu.

salah betulsuka dengan suka akan/menyukai

• Mereka berdua bersepakat ingin mempermain-mainkan Raja Gopal yang dikatakan dungu itu.

salah betulbersepakat ingin bersepakat untuk

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja dalam ragam pasif, iaitu objek mendahului kata kerja dan subjek. Ayat pasif meliputi pasif jati, pasif semu, imbuhan pasif dan kata kena.

Pasif jati ialah pasif yang melibatkan kata ganti diri orang ketiga atau pihak yang diperkatakan oleh seseorang. Antara kesalahan yang sering ditemukan dalam ragam pasif ini adalah seperti yang berikut:

• Tindakan yang mereka ambil akan merugikan bangsa dan negara.

13

Page 14: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

salah betulmereka ambil diambil oleh mereka

• Penerapan nilai murni yang telah kerajaan uar-uarkan sewajarnya disokong.

salah betulkerajaan uar-uarkan diuar-uarkan kerajaan

Pasif semu, ialah ayat pasif yang melibatkan kata ganti diri orang pertama dan orang kedua. Bagi ayat pasif ini, hukum aneksi persona hendaklah dikenakan, iaitu subjek atau pesona harus dirapatkan dengan kata kerja pasif. Sebagai contohnya, buku itu saya baca. Kata ganti diri orang pertama saya dirapatkan dengan kata kerja pasif baca. Jika terdapat sebarang kata yang memisahkan kedua-dua unsur tersebut, kesempurnaan binaan ayat terjejas. Sila lihat kesalahan ayat contoh yang berikut:

• Pokok itu ditebang oleh awak.

salah betulditebang oleh awak awak tebang

• Kemudahan tersebut kami telah gunakan sejak beberapa tahun yang dahulu.

salah betulkami telah gunakan telah kami gunakan

• Perkara yang diperkatakan oleh saya ini seharusnya diberikan perhatian.

salah betuldiperkatakan oleh saya saya perkatakan

Ayat pasif yang berimbuhan mencakup imbuhan teR, ke-...-an, dan beR-. Bagi kata kerja pasif dengan imbuhan teR-, kehadiran sendi nama oleh diwajibkan. Sila lihat ayat contoh yang berikut:

1. Batu itu terangkat oleh Ali.

14

Page 15: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

2. Batu itu terangkat Ali.

Ayat 2 tidak logik kerana seolah-olah membawa maksud batu itu berupaya mengangkat Ali. Maka, kehadiran oleh dapat membezakan ayat aktif daripada ayat pasif. Sila lihat contoh ayat yang berikut:

3. Ahmad terlanggar Abu.4. Ahmad terlanggar oleh Abu.

Ayat 3 merupakan ayat aktif yang bermaksud “Ahmad melanggar Abu dengan tidak sengaja”. Sebaliknya, ayat 4 ialah ayat pasif yang membawa makna “Ahmad dilanggar oleh Abu secara tidak sengaja”.

KESALAHAN UMUM DALAM STRUKTUR AYAT

Kata-kata sahaja belum bererti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun

dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka

bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku, seperti:

(a) Ini hari Azizah tidak datang.

(b) Yang melukis gambar ini Zainallah.

(c) Itu pen dakwat sudah habis.

(d) Majalah itu saya tidak menyimpannya.

(e) Buku ini saya tidak mahu membaca.

(f) Yang memukul awak siapakah?

(g) Nora dan Nani baik berkawan.

Ayat Gabungan

Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal

yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh:

Nani dan Nora ke perpustakaan.

Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.

15

Page 16: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat

tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan

betul. Sebagai contoh:

salah betul

1. Mereka akan melancong ke

Pulau

Tioman atau Pulau Langkawi?

2. Saya tidak pasti sama ada Nani

tinggal di Relang atau Jelai.

3. Baik yang kaya atau miskin

datang

ke rumahnya.

4. Hadiah ini untuk Izzat bukan

Hazwan.

5. Jangankan membeli kereta,

motosikal pun saya tak mampu.

1a) Mereka akan melancong ke

Pulau

Tioman atau ke Pulau

Langkawi?

2a) Saya tidak pasti sama ada Nani

tinggal di Relang atau di Jelai.

3a) Baik yang kaya atau yang miskin

datang ke rumahnya.

4a) Hadiah ini untuk Izzat bukan

untuk

Hazwan.

5a) Jangankan membeli kereta,

membeli

motosikal pun saya tak mampu.

Ayat Pancangan

Ayat pancangan ialah ayat yang asalanya ialah dua ayat tunggal yang

salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi. Sebagai contoh:

a) Kereta Pak Leh itu terbabas.

b) Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.

Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:

16

Page 17: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

i. Kereta itu terbabas.

ii. Kereta itu kereta Pak Leh.

Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:

i. Keluarga Mak Piah miskin

ii. Keluarga Mak Piah bahagia.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila

unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Sebagai

Contohnya:

salah betul

1. Rumah itu di atas bukit tidak

ada

penghuninya.

2. Bangunan itu yang tinggi

Menara

Kembar Petronas.

1a) Rumah di atas bukit itu tidak

ada

penghuninya.

2a) Bangunan yang tinggi itu

Menara

Kembar Petronas.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak

ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan

dengan klausa utama. Sebagai contoh:

salah betul

1. Kami berdoa kamu berjaya. 1a) Kami berdoa agar kamu berjaya.

17

Page 18: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

2. Semua orang tahu dia anak

Pak

Hamid.

2a) Semua orang tahu bahawa dia

anak Pak

Hamid.

Ayat Tergantung

Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat

biasa, kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di

belakang.

Contoh: Budak itu / menangis.

Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan

kedudukan predikat di hadapan.

Contoh: Siapakah / gadis itu.

Itulah / teman saya.

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai

“ayat tergantung”.   Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula

dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan

kata yang salah, dan sebagainya. Teliti contoh-contoh ayat di bawah.

1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S)

1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B)

2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S)

18

Page 19: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

2a. Hal itu akan dibincangkan. (B)

3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S)

3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B)

4. Banyak pelajar lulus dengan baik. (S)

4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. (B)

5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S)

5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B)

6. Dia yang datang kelmarin. (S)

6a. Dia datang kelmarin. (B)

7. Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (S)

7a. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (B)

8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S)

8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)

9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S)

9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B)

10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S)

10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B)

11. Siapa kata saya berbohong? (S)

19

Page 20: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

11a. Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? (B)

12. Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. (S)

12a. Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih. (B)

13. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan dia bersalah. (S)

13a. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.

(B)

14. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah

itu 

tumpas. (S)

14a. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah

tumpas. (B)

15. Yang manakah betul? (S)

15a. Yang manakah yang betul? (B)

Oleh hal yang demikian, penguasaan ayat dalam bahasa Melayu amat penting jika seseorang ingin menguasai bahasa itu dengan baiknya, terutamanya aspek penulisan. Sebagai pengguna bahasa Melayu, seseorang itu perlu menguasai aspek bahasa Melayu yang berkaitan dengan ayat sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu bahagian subjek dan predikat, jenis ayat, ragam ayat, dan susunan ayat. Namun demikian sebelum empat perkara itu dikuasai, mereka mestilah menguasai kata, frasa, dan klausa. Apabila semua perkara tersebut dikuasai, pengguna bahasa Melayu akan dapat menghasilkan penulisan yang baik dan menggunakan bahasa Melayu secara persis.

20

Page 21: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

TUTORIAL

Tutorial (Perbincangan) Kesan kesilapan yang berlaku dalam situasi yang berikut:

Situasi 1

Dalam suatu majlis rasmi di sekolah, Cikgu Y telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara majlis. Sewaktu mengacarakan majlis bekenaan, seorang guru lain, Cikgu Z telah dapat mengesan sesuatu pengucapan yang menurut fikirannya, tidak betul.

“Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua di atas ucapan beliau tadi…”

Situasi 2

Cikgu M ialah Setiausaha PIBG sekolahnya. Dalam minit mesyuarat PIBG yang baru diadakan pada minggu lepas, dia mencatatkan ayat berikut:

“Mesyuarat bersetuju sebulat suara supaya ibubapa menyumbangkan derma ikhlas masing-masing sebagai tanda sokongan serta galakkan kepada anak-anak mereka.”

Situasi 3

Jalil ialah seorang penuntut baru di sebuah kolej swasta. Pada suatu hari, sewaktu menyertai suatu seminar anjuran universitinya, dia terdengar seorang pembentang kertas kerja melafazkan ayat berikut:

“Kita sekarang berada dalam era IT di mana kita tidak dapat mengelak daripada dilanda arus globalisasi yang mana kanak-kanak pun turut mengalami keadaan ini.”

Latihan 11. Tulis bentuk apitan yang betul pada lajur yang ketiga.

21

Page 22: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

kecantikkan kecantikan

pembiakan pembiakkan

kebanyakkan kebanyakan

pertunjukan pertunjukkan

mencantikan mencantikkan

membiakkan membiakan

membanyakan membanyakkan

menunjukan menunjukkan

2. Garisi perkataan yang betul dari segi penggunaan imbuhan diper-,

di-...-

kan atau diper-...-kan.

a) Bangunan diperbesarkan/dibesarkan/diperbesar…

b) Usaha dipertingkatkan/dipertingkat/ditingkatkan…

c) Ilmu dipergunakan/digunakan/diperguna…

d) Bahasa diperkasa/diperkasakan/dikasakan...

e) Isteri diperolehi/diperoleh/dioleh...

3. Cuba kenal pasti dan betulkan kesalahan ejaan yang terdapat dalam ayat yang berikut. Setiap ayat mengandungi dua kesalahan ejaan.

a. Kebanyakkan masyarakat pada era ke21 ini sudah pandai menggunakan komputer sebagai medium komunikasi dan perhubungan.

b. Pada pendapat anda, sejauhmanakah lirik lagu yang berunsurkan moral mampu memberi kesan kepada perobahan diri sesorang remaja?

22

Page 23: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

c. Basikal Pak Andeh yang telah mengalami kerosakkan itu telah di jual oleh Mak Andeh semasa ketiadaannya di rumah.

d. Usaha mengintergrasikan masyarakat berbilang kaum di Malaysia bukan satu tugas yang mudah memandangkan setiap kaum mempunyai agama, budaya dan bahasa yang berbeza.

e. Kerajaan telah memperuntukan kos sebanyak RM 17 juta bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensip untuk golongan orang kurang upaya.

Latihan 2LATIHAN MENGENAL PASTI AYAT YANG PERSIS

Tandakan (√) pada ayat yang betul.

1. Sepak takraw adalah sukan yang akan dipertandingkan

dalam Sukma yang akan datang.

2. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan ikan baka

baharu.

3. Kaum wanita adalah elemen terpenting dalam

pembangunan negara.

4. Negara kita kini memiliki warga yang sejumlah besarnya

adalah berpendidikan sekurang-kurangnya pada peringkat

menengah.

5. Institut itu adalah merupakan sebuah institut penyelidikan.

6. Kursus ini adalah untuk menerangkan konsep tatabahasa.

7. Pilihan raya ialah detik bersejarah yang dinanti-nantikan

oleh seluruh rakyat.

8. Kenyataan itu ialah benar.

9. Dunia ini ialah fana.

23

Page 24: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

10. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

11. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama

seminggu.

12. Adalah diumumkan bahawa peperiksaan ulangan akan

diadakan pada minggu hadapan.

13. Adalah diharapkan bahawa masalah perparitan dapat

diatasi dengan kadar yang segera.

14. Adalah dengan ini diberitahu bahawa pihak institut akan

menjalani proses pengauditan selama seminggu.

15. Hal inilah di antara hal yang mesti difahami oleh semua

pelajar.

16. Kita melihat pertentangan di antara pihak di seberang

dengan pihak kita berhubung dengan isu kemasukan

pekerja asing.

17. Kini banyak di antara mereka telah mempelajari ilmu

bantu.

18. Perkara ini di antara persoalan penting yang harus

diketahui umum.

19. Di antara penerbitan yang berkualiti dengan penerbitan

yang sebaliknya perlu kita bezakan.

20. Tambak Johor terletak antara Johor Bahru dengan

Singapura.

21. Di antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak

perbezaannya.

24

Page 25: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

22. Lif itu terhenti antara tingkat dua dengan tingkat tiga.

23. Di antara tingkat dua dengan tingkat tiga, tingkat tiga

lebih teratur pejabatnya.

24. Amelia duduk antara Halijah dengan Hasnah.

25. Banyak persamaan di antara Ab. Rahim dengan

Mohamad.

26. Kedai baharu itu terletak antara pasar raya A dengan

pasar raya B.

27. Yang manakah lebih awal dibina di antara pangsapuri A

dengan pangsapuri B.

28. Perdebatan itu berlangsung di antara pihak kerajaan

dengan pihak pembangkang.

29. Di antara pihak penyokong kerajaan dengan pihak

penyokong pembangkang, banyak perbezaannya.

30. Hubungan politik, ekonomi, dan kebudayaan wujud di

antara wilayah-wilayah ini.

31. Di antara lagu persembahan artis baharu itu ialah lagu

Separuh Jiwaku Pergi.

32. Di antara jurnal yang diterbitkan oleh universiti itu ialah

Jurnal Psikologi dan Jurnal Kemanusiaan.

33. Antara nama yang disebut dalam pertuduhan itu ialah

nama seorang tokoh korporat.

34. Blog adalah di antara sumber tidak rasmi yang perlu

diteliti kebenarannya.

25

Page 26: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

G. LATIHAN LANJUTAN

Betulkan unsur bahasa yang salah dalam ayat yang berikut.

1. Pengarah menghadiahkan staf sokongan sijil kepujian.

1a.

2. Bangunan yang tersergam itu terbina pekerja yang mahir.

2a.

3. Seluruh peserta kem motivasi berkehujanan sepanjang malam.

3a.

4. Tugasan itu saya telah sempurnakan sejak seminggu yang lalu.

4a.

5. Tindakannya menolong kami amat kami menyanjung tinggi.

5a.

6. Pegawai itu pecat majikannya kerana salah laku yang serius.

6a.

7. Bila berkursus di sini, kita mestilah bersungguh-sungguh.

26

Page 27: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

7a.

8. Calon itu menang dengan cemerlang dia begitu berpuas hati.

8a.

9. Pemerhati asing itu merumuskan perjalanan pilihan raya telus.

9a.

10. Krisis menjadi bertambah rumit kerana kedegilan kedua pihak.

10a

.

11. Jejaka itu kecewa kerana disebabkan lamarannya ditolak.

11a

.

12. Keterangan saksi itu berbelit-belit hingga mengelirukan hadirin.

12a

.

13. Hasrat anak-anak kita pasti tercapai bila mereka disokong.

13a

.

14. Bidang industri ditumpukan, dan pertanian terus mendapat

27

Page 28: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

perhatian pemerintah.

14a

.

15. Kita kena ubah agar hasilnya kelak untungkan generasi kita.

15a

.

16. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa demi untuk

kesejahteraan rakyat.

16a

.

17. Sungguh lama dia meninggal kampung, alih-alih dia muncul

sebagai jutawan.

17a

.

18. Kata orang, bagaimanakah acuan begitulah kuih yang akan

terhasil.

18a

.

19. Sedang bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang!

19a

.

20. Meskipun persembahan orkestra itu dikatakan hebat, saya

28

Page 29: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

merasakan demikian.

20a

.

BIBLIOGRAFI (Mengikut Format APA)

Abdullah Hassan .(2004). Sintaksis: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.

Abdullah Hassan .(2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS.

Abdullah Hassan .(2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Awang Sariyan (2002). Tuntunan Bahasa. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Awang Sariyan (2003). Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2001). Citra Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman (1997). Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan dan Pustaka.

Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin (2005). Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (2007). Liku-liku Bahasa: Ke Arah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul, dan Indah. Shah Alam: K Publications Sdn. Bhd.

29

Page 30: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985). Kajian Bahasa. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu: Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

30

Page 31: Kesalahan tatabahasa terkini tajuk 8

Memikir

31