nota tajuk 8 kepimpinan dalam ptv

32
Perkembangan profesional Penambahbaikan kualiti pengajaran PTV Peranan dan tanggung jawab panitia Perancangan pembelajaran Strategi dan teknik pengurusan Kepimpinan dalam PTV

Upload: sherly-jewinly

Post on 16-Apr-2017

629 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

• Perkembangan profesional•Penambahbaikan kualiti pengajaran PTV•Peranan dan tanggung jawab panitia•Perancangan pembelajaran• Strategi dan teknik pengurusan

Kepimpinan dalam PTV

Page 2: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

Kepimpinan Dalam PTV Kepimpinan Dalam PTV

Definasi :

Kepimpinan - Sebagai kemahiran untuk mempengaruhi kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing dengan penuh minat dan berkeyakinan

(Koontz And O’Donnei - 1972)

Proses mempengaruhi orang lain

Memimpin - bermaksud membimbing daya tenaga kakitangan kearah penyempurnaan matlamat organisasi

Pimpinan - orang yang bertanggungjawab untuk memberitahu kakitangan tentang rancangan yang akan dilaksanakan dan strategi untuk mencapainya.

Page 3: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

Kepimpinan membantu pekerja melalui beberapa peranan seperti: 1. Kepuasan kerja 2. Menyelesaikan masalah 3. Memuji dan mengkritik 4. Memberi bimbingan dan tunjukajar 5. Menentukan kriteria dan piawai prestasi 6. Memberi sokongan moral 7. Mendorong kearah pencapaian matlamat

Hodgets (1975) - kepimpinan sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha kekitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi

Page 4: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

CIRI-CIRI PEMIMPIN

CIRI-CIRI KEJAYAAN PEMIMPIN

KecerdasanMatang

Bermotivasi Sikap

1. Motivasi dalaman dan dorongan pencapaian

1. Sikap dan hubungan yang baik

1. Matang sosial

Page 5: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

2 fungsi 1. Penyelesaian masalah 2. Pengekalan kumpulan untuk beroperasi dengan baik

Perkara yang diambil kira: 1. Pekerja digalakkan menyertai perbincangan 2. Pengayaan kerja 3. Komunikasi dua hala 4. Kebajikan dan hal ehwal pekerja

Pendekatan Tingkahlaku dan Kepertingannya

Page 6: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

JENIS KEPIMPINANJENIS KEPIMPINAN

JENIS KEPIMPINAN

LAIISSEZ FAIRE- banyak Autonomi- Keputusan sendiri- Tidak ada penyeliaan

AUTOKRATIK- Membuat semua keputusan

DEMOKRATIK- Secara perbincangan- Keputusan secara bersama

Page 7: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

DEMOKRAT 1. Mengambil kira pandangan kumpulan 2. Pelaksanaan perancangan selaras dengan polisi yang ditentukan secara perbincangan 3. Mempertingkatkan daya kreatif, daya pengeluaran dan kepuasan 4. Menghormati individu & Kumpulan pengikut 5. Menunjukan minat untuk diterima ahli 6. Komunikasi terbuka

JENIS-JENIS TINGKAHLAKU PENGETUA

Page 8: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

BIROKRAT 1. Mengambil keputusan secara sendirian / berpusat sebagai ketua 2. Perlaksanaan perancangan tidak selaras dengan polisi yang ditetapkan atau diperbincangkan 3. Bertindak tanpa mengambil kira individu 4. Objektif dicapai secara paksaan 5. Tidak mahu mencampuri atau melibatkan diri 6. Tidak menggalakkan komunikasi secara terbuka

JENIS-JENIS TINGKAHLAKU PENGETUA

Page 9: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENAMBAHBAIK KUALITI PENGAJARAN PTVPENAMBAHBAIK KUALITI PENGAJARAN PTV

1. Kurikulum - Perubahan dari silibus - Silibus berkaitan dengan industri dan kehendak semasa2. Infrastruktur - Bangunan - Peralatan dan kemudahan3. Latihan Perguruan - Berasaskan kopentensi - Kurikulum yang releven - Pendedahan kepada kemahiran ICT

Page 10: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENAMBAHBAIK KUALITI PENGAJARAN PTVPENAMBAHBAIK KUALITI PENGAJARAN PTV

4. Kaedah Pengajaran - kaedah secara konteksual, kolabrotif - penggunaan ICT - Simulasi5. Perkembangan Staf bagi pengajar - peningkatan kemahiran kepada guru (Kursus peningkatan diluar negara dan dalam)6. Penilaian - secara formatif dan summatif - berasaskan ketrampilan

Page 11: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENAMBAHBAIK KUALITI PENGAJARAN PTVPENAMBAHBAIK KUALITI PENGAJARAN PTV

Lain-Lain• Penstrukturan MLVK ke JPK• Pengwujudan Tabung Kemahiran (MPSM)• AKTA Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006

(Akta 652)• Penawarkan kursus Diploma PTV di Institut Latihan

AWAM (IKBN, IKM, ILP)• Penglibatan secara langsung Swasta dalam

pembangunan PTV

Page 12: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENGURUSAN PERSONELPENGURUSAN PERSONEL

Pengurusan personel adalah satu bidang yang amat penting dalam organisasi kepimpinan atau pentadbiran terutama melibatkan organisasi bengkel. Pengurusan personel yang baik dan berkesan akan meningkatkan produktiviti pelajar dan memberi kepuasan kerja tenaga pengajar. Carta organisasi digunakan sebagai rujukan hieraki dan kedudukan peringkat pengurusan. Setiap peringkat diberi tangungjawab untuk melaksanakan visi, misi dan objektif organisasi. Di sekolah pengurusan personel terdiri dari Pengetua/Guru Besar, Pen. Kanan 1, Pen. Kanan HEM, Pen. Kanan Ko-ku, Ketua Bidang /Guru Kanan MP, Ketua Panitia dan Guru.

Page 13: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENGURUSAN PERSONELPENGURUSAN PERSONEL

Objektif Pengurusan Personel:

OBJEKTIF PENGURUSAN PERSONEL

PELAJAR ORGANISASI FUNGSI PERIBADI

Page 14: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENGURUSAN PERSONELPENGURUSAN PERSONEL

Empat Objektif Pengurusan Personel:1. Objektif Pelajar - Bertanggungjawab terhadap permasalahan pembelajaran pelajar - Kehadiran pelajar - membentuk sikap dan tabiat pelajar - Guru bengkel bertanggungjawab memastikan bengkel selamat untuk digunakan - Organisasi bengkel perlu menyediakan Pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan memberangsangkan supaya P&P dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Page 15: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENGURUSAN PERSONELPENGURUSAN PERSONEL2. Objektif Organisasi - Bertanggungjawab terhadap keberkesanan perjalanan bengkel - Melaksanakan aktiviti penyemakan stok dan inventori - memastikan kerja-kerja amali yang akan dilaksanakan mencapai matlamat dengan mempunyai peralatan yang cukup - mematuhi keperluan Perkeliling Perbendaharaan Kerajaan Malaysia berkaitan dengan arahan alat dan bahan yang diguna pakai

3. Objektif Fungsian - Untuk mencapai matlamat pengajaran & pembelajaran - Objektif Fungsian hendaklah selaras dengan pengurusan personel dengan memastikan semua rancangan panitia yang dilaksanakan memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan keperluan peperiksaan

Page 16: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENGURUSAN PERSONELPENGURUSAN PERSONEL

4. Objektif Peribadi - Dalam proses P&P bengkel guru akan menerima maklum balas teknik pengajaran daripada pelajar. Ini akan menguntungkan kedua belah pihak. Dengan ini boleh mencapai objektif pelajaran yang dingini oleh pelajar. - Memain peranan dalam memberi maklumat tentang peluang kerjaya yang dingini oleh pelajar. - Membantu pelajar merancang kerjaya yang mereka ingini.

Page 17: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PENGURUSAN PERSONEL DAN HIERAKIPENGURUSAN PERSONEL DAN HIERAKI

Struktur organisasi dalam pengurusan personel mempunyai hieraki Susunan secara tegak adalah berkaitan dengan tahap pengurusan Susunan secara ufuk ialah bidang tanggungjawab

ATAS

PERTENGAHAN

BAWAH

1. Pengetua / Guru Besar2. Pen. Kanan

3 . Ketua bidang

4. Panitia5. Guru-guru6. Kakitangan lain

Ufuk: A- Akademik, B- HEP C - Ko - Kurikulum D - Pentadbiran E - Penilaian F - SPBT

Page 18: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

CARTA ORGANISASI SEKOLAHCARTA ORGANISASI SEKOLAH

PENGETUA /GURU BESAR

PEN KANAN 1PEN KANAN HEM PEN KANAN KO-KU

GKMP SAINS GKMP BAHASA GKMP TEKNIK GKMP KEMANUSIAAN

K.PANITIA SAINS1. SAINS2. MAT3. MAT. TAMBAHAN4. FIZIK5. KIMIA6. BIOLOGI

K.PANITIA BAHASA1. B. MELAYU2. B. INGGERIS3. B. ARAB4. B. CINA5. B. TAMIL

K.PANITIA TEKNIK1. MP VOK/TEK2. EKONOMI ASAS3.PERDAGANGAN4. K. HIDUP

K.PANITIA KEMANUSIAAN1. AGAMA ISLAM2. GEOGRAFY3. SEJARAH4. P.MORAL

Page 19: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIAPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIADefinasi Panitia: Struktur dan Organisasi            Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah kecil boleh digabungkan panitia mata pelajaran.)           Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik  sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah          Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.         ,          

Page 20: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIAPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA

Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada  untuk untuk mendapat     penyelesaian atau untuk makluman      Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Page 21: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIAPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA

Peranan Panitia       

Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagaisebuah badan ikhtisas.         

1. Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;         

2. Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/ darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;          

Page 22: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIAPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA

Peranan Panitia              

3. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.          

4. Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat  sumber sekolah;  

5. Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah ) yang   disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan;      

Page 23: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANATIAPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANATIA

6. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan                     mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran;       

7. Mengadakan mesyauarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan  mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu

8. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara froamal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung denga kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;          

Page 24: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIAPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA

9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus  atau seminar dengan ahli-ahli lain;   

10. Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;  

11. Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan  

          

Page 25: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIAPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA

12. Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;        

13. Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;        

14. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat  dan rekod-rekod yang berkenaan.

Sumber : SPI Bil: 4/1986

Page 26: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

TANGGUNGJAWAB GURU BENGKELTANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL1. Perlaksanaan Objektif Keselamatan - menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta benda2. Merancang Pengajaran Keselamatan - Memahami isi kandungan keselamatan dan menyebarkan kepada pelajar. - Mengedarkan risalah atau nota keselamatan kepada pelajar3. Penyediaan Arahan Keselamatan - Menyediakan arahan keselamatan4. Perlaksanaan Peraturan Bengkel - Guru perlu melaksanakan peraturan keselamatan yang telah dibuat5. Penilaian Pengajaran Bengkel - Dilaksanakan secara bertulis dan juga praktis,meliputi keselamatan umum dan khusus.

Page 27: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN BENGKEL MELIBATKAN PELAJARBENGKEL MELIBATKAN PELAJAR

Pengurusan personel melibatkan pelajar perlu diwujudkan supaya suasana saling bertanggungjawab terhadap kesempurnaan bengkel dapat diwujudkan

Tanggungjawab guru selain mengajar kemahiran mereka juga perlu menyampaikan pengetahuan pekerjaan dan pengurusan kepada pelajar.

Latihan ini akan memberi keyakinan diri pelajar Tugas rutin seperti menentukan kebersihan bengkel,

penyusunan alatan, perlaksanaan peraturan bengkel dan langkah keselamatan dan tugas-tugas lain hendaklah di agihkan dikalangan pelajar.

Page 28: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

ORGANISASI BENGKEL UNTUK PELAJARORGANISASI BENGKEL UNTUK PELAJAR

PEN. FORMEN

Memeriksa Alat

Menyusun Alat

Menyapu Lantai

Menutup / Membuka Pintu

Tingkap

FORMEN

Page 29: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

PERANCANGAN PEMBELAJARANPERANCANGAN PEMBELAJARAN

1. Pembelajaran berasaskan ketrampilan (CBL) Competency Base learning)

- Reaksi pelajar terhadap aktiviti yan diikuti seperti kesesuaian, mudah, sukar dll - Guru harus melihat perubahan kasar (kognitif) yang diberikan kepada pelajar diikuti atau tidak Contoh: a. Sikap atau attitude (effektif) - perlu ada perubahan ke arah positif b. skill (kemahiran yang diperolehi) d. wawasan - pelajar - Amalan a. Perubahan amalan yang positif adalah digalakkan b. Mengenali sikap - Penilaian

Page 30: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

STRATEGIK DAN TEKNIK PENGURUSANSTRATEGIK DAN TEKNIK PENGURUSAN

1. Pengurus membuat keputusan dan mengumumkannya 2. Pengurus ‘menjual’ keputusannya 3. Pengurus menyampaikan masalah dan menggalakkan komen- komen 4. Pengurus membiarkan kumpulan membuat keputusan sendiri 5. Pengurus meletakkan had-had dan meminta pekerja membuat keputusan

Page 31: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

STRATEGIK DAN TEKNIK PENGURUSANSTRATEGIK DAN TEKNIK PENGURUSAN

Pengurus selaku pemimpin, boleh memberi kebebasan dan penglibatan yang lebih kepada staf di bawah arahannya apabila terdapat para pekerja tersebut mempanyai sifat berikut:(a) Mahukan tanggungjawab membuat keputusan; (b) Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari; (c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah dengan cekap; (d) Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat organisasi.

Page 32: Nota Tajuk 8 Kepimpinan dalam PTV

ISLISL

Senaraikan tugas:1. Guru bengkel2. Formen