bmk 3043 seni mengarang tugasan 2

18
BMK3043 SENI MENGARANG TUGASAN 2 Anda dikehendaki menulis sebuah artikel seperti yang terdapat dalam majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya atau akhbar perdana Berita Harian dan Utusan Malaysia berkaitan isu semasa. NAMA PELAJAR : NITO ANAK TONY NOMBOR I.D. : D20112055167 KUMPULAN : UPSI07 NAMA PENSYARAH : ENCIK GHAZALI BIN DIN TARIKH AKHIR : 15 NOVEMBER 2013

Upload: nitotony73

Post on 26-Oct-2015

381 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

BMK3043

SENI MENGARANG

TUGASAN 2

Anda dikehendaki menulis sebuah artikel seperti yang terdapat dalam majalah-

majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Dewan Bahasa, Dewan Sastera,

Dewan Masyarakat, Dewan Budaya atau akhbar perdana Berita Harian dan Utusan

Malaysia berkaitan isu semasa.

NAMA PELAJAR : NITO ANAK TONY

NOMBOR I.D. : D20112055167

KUMPULAN : UPSI07

NAMA PENSYARAH : ENCIK GHAZALI BIN DIN

TARIKH AKHIR : 15 NOVEMBER 2013

Page 2: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat

sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya

supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Ghazali

bin Din kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya

untuk membuat tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

Kandungan

Bilangan Perkara Muka surat

1 Pengenalan. 1

2 Definisi Rasuah. 1

3 Sejarah Dan Amalan Rasuah. 1

4 Analisis Dari Faktor Ekonomi Berkaitan Rasuah. 2

5 Analisis Dari Faktor Perundangan Berkaitan Rasuah. 4

6 Analisis Dari Faktor Teori Etika Berkaitan Rasuah. 6

7 Kesimpulan 10

8 Rujukan 13

Page 4: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

1.0 PENGENALAN - FAKTOR RASUAH -

1.1Definisi Rasuah.

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, rasuah bermakna pemberian untuk menumbuk rusuk

(menyogok, menyuap), (wang) (hal. 1292). Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab

yang berbunyi ‘al-risywah’. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu

merangkumi perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.

P.G. Osborne memberi makna rasuah dalam kamus Concise Law Dictionary, bribery and

corruption – giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt

of such reward.

Rasuah juga bermakna penerimaan atau pemberian suapan atau sogokan sebagai upah

atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu

perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Sogokan atau suapan terdiri daripada hadiah,

wang, undi, bonus, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun.

1.2 Sejarah dan Amalan Rasuah.

Mustahil untuk kita dapat memerangi jenayah rasuah seratus peratus. Pada masa yang

sama, nampaknya masih ramai pihak yang kurang yakin dengan usaha pihak berkuasa. Rasuah

bukan masalah baru dan ia telah wujud sejak turun-temurun dalam pelbagai peringkat dan

bentuk. Kita boleh mengawal dan bukannya menghapuskan sama sekali rasuah. Kita juga

menerima hakikat bahawa ia tidak mustahil untuk dilakukan. Jika begitu keadaannya, mengapa

kita terus bercakap mengenai isu ini? Ini kebenaran! Ini bermakna semua pihak mahukan gejala

rasuah diperangi habis-habisan. Bererti, kes rasuah ini dapat dikurangkan.

Pelbagai faktor mengapa seseorang itu melakukan rasuah. Berdasarkan pengalaman

Badan Pencegah Rasuah (BPR), kebanyakan individu melakukan rasuah sebab ingin hidup

mewah dan mengejar kebendaan tanpa memperdulikan halal haram. Selain daripada itu,

kurangnya penghayatan nilai-nilai murni adalah salah satu sebab rasuah dilakukan. Selain

daripada itu, kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan seseorang individu yang

didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan untuk melakukan

1

Page 5: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Longgarnya peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri

boleh mengakibatkan sesebuah Jabatan atau Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan

seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan

kakitangannya. Komitmen kepimpinan sangat penting bagi memastikan ketelusan tatacara kerja

dan sistem pelaksanaan kerja adalah amat mustahak.

2.0 ANALISIS DARI FAKTOR EKONOMI BERKAITAN RASUAH.

Sektor swasta merupakan pemacu pembangunan dan penjana pertumbuhan ekonomi

Malaysia. Isu utama tentang integriti sektor swasta pada masa kini berkaitan dengan tadbir urus

korperat. Sistem ekonomi Malaysia merupakan ekonomi terbuka dan kemakmuran ekonomi

selama beberapa dekad ini memberi peluang tidak sahaja kepada sektor swasta luar negara untuk

beroperasi di negara ini tetapi juga untuk sektor swasta dalam negeri beroperasi di pasaran

global.

Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya dengan

gejala rasuah. Sektor swasta kerap dipandang sebagai pemberi rasuah manakala penjawat awam

pula dilihat sebagai penerima rasuah. Satu konvensyen antarabangsa, iaitu Organization for

Economic Cooperation Development (OECD) Anti-Bribery Convention telah ditandatangani oleh

35 buah negara pada tahun 1999 bagi mengatasi dan mencegah amalan pemberian rasuah oleh

syarikat multinasional dan meningkatkan integriti mereka.

Pada masa yang sama, gejala jenayah korporat yang lain seperti penipuan telah

menjejaskan kredibiliti sektor tersebut di kalangan pelabur dan juga anggota masyarakat. Ia

menunjukkan betapa pentingnya pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi yang berkuasa

seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas sektor

tersebut supaya gejala ini boleh dibendung. Kemakmuran ekonomi akan dapat dikekalkan.

Dalam sektor kewangan pula, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Pelan Induk Ke

Arah Masa Depan Yang Lebih Terjamin pada bulan Mac tahun 2001. Tujuannya untuk

mewujudkan sistem kewangan yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik. Sistem ini juga

2

Page 6: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

harus mampu menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, cabaran globalisasi dan liberalisasi.

Rukuniaga Malaysia iaitu satu himpunan etika dalam bidang perniagaan telah digubal

dan diterimapakai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak

tahun 2002. Rukuniaga Malaysia menggariskan enam prinsip dalam urusan perniagaan iaitu:

Berlaku benar dalam amalan perniagaan; Bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan

persekitaran; Berperikemanusiaan kepada semua insan; Kesederhanaan tingkah laku dalam

perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan

syarikat telah menerima Rukuniaga Malaysia sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka.

Jenayah kolar putih disebut juga sebagai jenayah ekonomi. Menurut statistik polis, 513

pengarah syarikat, 81 peguam, 9439 ahli perniagaan, 160 kakitangan kerajaan dan 3694 pekerja

swasta telah ditahan sebab terbabit dalam kegiatan jenayah ekonomi dari tahun 1985 sehingga

tahun 1992. Pada tahun 1991, 1140 kes pecah amanah, 2034 penipuan, 554 pemalsuan wang dan

77 pemalsuan kad kredit telah dilaporkan kepada polis. Kebanyakan kes jenayah ekonomi

dikaitkan dengan orang dalam, melibatkan pengarah syarikat, pegawai, kerani atau budak

pejabat. Bagi membanteras jenayah kolar putih, etika dalam perniagaan menjadi semakin

penting. Seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia,

…terdapat beberapa individu yang menjadi buta dengan sogokan hinggakan mereka tidak dapat

membezakan di antara yang baik daripada yang tidak baik.

(New Strait Times, 28 April 1993).

Mengikut agama Islam, pada dasarnya setiap pekerjaan orang Islam mempunyai dua

sasaran utama iaitu melaksanakan hak Allah SWT dan melaksanakan muamalah sesama manusia

seperti dalam politik, undang-undang, pendidikan, ekonomi, dan sebagainya. Justeru, perlu

diterapkan kualiti insaniah dan rohaniah dalam pekerjaan. Ia sebagai benteng bagi mengelakkan

seseorang itu melakukan perbuatan keji, penipuan, rasuah dan lain-lain.

Ingatlah, semua rezeki kekayaan yang didapati dengan cara haram apalagi dengan

menganiaya pihak lain merupakan kekayaan yang tidak berkat. Kekayaan secara haram bukan

membawa kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup namun membawa kesengsaraan di dunia

3

Page 7: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

dan akhirat. Allah SWT tidak memperoleh faedah atau keuntungan daripada apa yang dilakukan

manusia melainkan semua kebaikan itu akan kembali untuk diri mereka sendiri. Firman-Nya:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahKu. Aku tidak

sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki

supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah, Dialah saja Yang Memberi

rezeki, lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaan-Nya.”

(Surah adz-Zaariyat, ayat 56-58)

3.0 ANALISIS DARI FAKTOR PERUNDANGAN BERKAITAN RASUAH.

Berpandukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694),

terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:

(a). Meminta/Menerima rasuah (seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009).

(b). Memberi suapan (seksyen 17(b) ASPRM 2009).

(c). Mengemukakan tuntutan palsu (seksyen 18 ASPRM 2009).

(d). Salah guna kuasa (seksyen 23 ASPRM 2009).

Gagal Melapor :

Sekiranya gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah Seksyen 25 (1) dan (2)

Akta SPRM 2009 dan denda tidak melebihi RM100,000. Penjara: Tidak lebih 10 tahun atau

kedua-duanya sekali.

Sekiranya gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan Seksyen 25 (3) dan (4)

Akta SPRM 2009 dan denda tidak lebih RM100,000. Penjara: Tidak lebih 2 tahun atau kedua-

duanya sekali.

Anda Dilindungi:

Masyarakat perlu bekerjasama bagi membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa

memastikan kerahsiaan maklumat yang diberikan dan pemberi maklumat adalah dilindungi serta

4

Page 8: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan:

(a). Pemberi maklumat merupakan orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah

berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.

(b). Pemberi maklumat juga dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

(c). Pemberi maklumat yang menjadi saksi untuk sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta

Perlindungan Saksi 2009.

Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pencegah Rasuah, 1961 untuk

menggantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950. Dalam tahun 1967, Badan

Pencegah Rasuah (BPR) telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menghapuskan rasuah,

penyelewengan dan salahguna kuasa. Akta ini telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta

Pencegahan Rasuah 1997.

Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai salah satu

mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan tentang salah tadbir, salahguna

kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam.Jabatan Audit Negara dibentuk bagi

mengaudit Penyata Akaun Awam untuk memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset

kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undang-undang dan peraturan. Selain daripada

itu, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan

sebagai peneraju pembaharuan dalam bidang pentadbiran awam yang moden, cekap dan

berkesan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) mahu kerajaan memberi kuasa kepadanya bagi mendapatkan

perisytiharan harta daripada individu yang disyaki tanpa perlu pembuktian wujudnya kes rasuah.

Ini bertujuan untuk memberi kesan positif kepada kerajaan dan menambah keyakinan

masyarakat terhadap SPRM.

(Berita Harian, 14.6.2013 hal. 5)

5

Page 9: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

Pihak penguatkuasaan, khasnya SPRM, perlu mengkaji dan bertindak tegas terhadap apa

yang disebut sebagai rasuah bersindiket di mana pihak penguatkuasa melakukan rasuah dan

penyalahgunaan kuasa secara berpasukan. Di Malaysia, antara isu yang seringkali mendapat

perhatian ialah politik, rasuah dan jenayah. Malah ia bukan asing ketika pilihan raya.

Laporan tahunan SPRM, sejak dinaikkan taraf pada Januari 2009, menunjukkan

organisasi ini membawa kes-kes yang besar. SPRM sebelum era 2009, pernah beroperasi sebagai

Biro Siasatan Nasional (BSN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Kerajaan juga telah

mewujudkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan menambah Mahkamah Tinggi untuk

membicarakan kes rasuah. Kerajaan juga berjanji melaksanakan aku janji integriti bagi anggota

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Kejayaan yang ditunjukkan oleh SPRM sepanjang empat tahun lalu merupakan hasil

kerjasama rakyat dan sokongan kerajaan dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang berjaya

meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara kepada skor 4.9 pada tahun 2012 berbanding

4.4 pada tahun 2010. Kajian Persepsi Rasuah dan keberkesanan Tindakan SPRM 2012 kendalian

Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati keyakinan masyarakat terhadap usaha SPRM telah

meningkat kepada 64 peratus daripada 42.4 peratus pata tahun sebelumnya.

(Dr. G. Manimaran, tenaga pakar komunikasi strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia).

Susulan sesi dialog bersama ketua editor di ibu negara pertengahan bulan lalu anjuran

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Pengarang Berita Publishing, Datuk

A. Kadir Jasin berkata, “undang-undang pencegahan rasuah dapat dipinda dan diperkukuhkan,

namun pembasmian rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak akan berjaya selagi aspek moral dan

ketelusan tidak dilaksanakan.”

(“Wajah baru perangi rasuah”, hal.. 13 Jumaat 5 Julai 2013 Utusan Malaysia)

4.0 ANALISIS DARI FAKTOR TEORI ETIKA BERKAITAN RASUAH.

Dalam globalisasi masa sekarang, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang perlu

mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-

6

Page 10: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

nilai murni ini akan menbentuk etika seseorang individu tersebut. Etika ditakrifkan sebagai

“satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan

dengan kewajiban dan tanggungjawab moral (Harold Koontz & Heinz Weihrich – Pengurusan

terjemahan Mohd Salmi Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar – DBP).

Berdasarkan Teori Etika, Etika bermakna prinsip-prinsip dan peraturan moral yang boleh

diterima umum sebagai cara bagi mengawal seseorang individu agar berkelakuan baik. Faktor-

faktor yang mempengaruhi etika seseorang individu ialah pengaruh keluarga, pengaruh rakan

sebaya, pengalaman seseorang, nilai moral diri seseorang individu, dan faktor-faktor situasi yang

disebabkan tiada pilihan lain.

(a). Teori Hukum Alam (natural law).

Hukum alam ialah hukum atau etika yang berkait rapat dengan agama dan kepercayaan.

Hal yang betul dan salah dalam teori ini adalah bergantung kepada pegangan agama dan

kepercayaan sesebuah masyarakat atau kaum. Teori ini dipelopori oleh Thomas Aquinas dan

Thomas Jefferson. Kelebihan yang terdapat pada teori ini ialah ia diterima oleh semua golongan

yang berpegang pada agama dan diterima sepanjang zaman. Walaupun demikian, teori ini juga

mempunyai kelemahan iaitu ia tidak bersifat universal sebab setiap agama mempunyai pegangan,

pemahaman dan kepercayaan masing-masing. Justeru, mereka mempunyai moral, etika dan nilai

murni yang berlainan.

Kerendahan moral dan ditambah pula dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan

antara nilai-nilai yang baik dan buruk hingga sanggup mengenepikan nilai-nilai suci dalam

agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai perkara yang tidak baik.

Kedangkalan tentang ilmu-ilmu keagamaan , kurangnya penghayatan nilai-nilai murni

dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan

seseorang itu terjebak dalam gejala rasuah. Mengikut Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in

Public Service, “nilai” ialah “beliefs about right and wrong”. “Etika” pula ditakrifkan sebagai

7

Page 11: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

“thinking systematically about morals and conduct and making judgements about right and

wrong”. Justeru, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang

mengongkong kehidupannya.

(b). Teori Etika Teologikal Klasik (Utilitarianism)

Teori Etika Teologikal Klasik dipelopori oleh Jeremy Bentham (1748-1832) and John

Stuart Mill (1806-1873). Teologikal berasal dari perkataan Greek yang bermakna hasil

keputusan atau kesan. Teori ini bergantung kepada kesan hasil daripada tindakan seseorang. Jika

tindakan seseorang atau sesebuah masyarakat itu betul, maka ia akan membawa faedah dan jika

tidak, ia akan membawa keburukan kepada orang ramai. Pengagihan kesakmaan dalam teori ini

menggunakan suara majoriti. Teori ini ada kelemahan juga iaitu, ia mengutamakan suara majoriti

dan mengabaikan suara minoriti.

Sebagai contoh, sekiranya individu atau masyarakat tiada integriti, ia akan menyebabkan

individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan gejala tidak

bermoral. Hal ini berkemungkinan lebih besar berlaku sekiranya pegangan kepada nilai-nilai

murni itu sendiri adalah lemah.

Justeru, Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip

Perlembagaan Persekutuan. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan

2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah

masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai

keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.”

(c). Teori Etika Deontologi Klasik (Universalism)

Perkataan Deontologi berasal daripada perkataan Greek yang bermakna tugas dan

komitmen terhadap seseorang individu. Teori ini berpandukan kepada niat seseorang dan

bukannya bergantung kepada hasil dari tindakan. Berpandukan teori ini, jika niat seseorang itu

baik, maka kesan hasil dari tindakannya itu akan menjadi baik dan begitu juga sebaliknya.

Namun demikian, etika ini juga ada kelemahannya, iaitu sebagai manusia, kita tidak tahu menilai

sejauh mana niat baik seseorang. Setiap individu mempunyai perasaan, nilai, moral dan

8

Page 12: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

pemikiran yang berbeza.

Oleh yang demikian,kepimpinan amat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan

masyarakat serta tahap integriti bagi membendung gejala rasuah. Kepimpinan pelbagai peringkat

perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman bagi melakukan

perubahan demi kebaikan. Pemimpin juga mesti mematuhi undang-undang, prosedur dan

peraturan yang ditetapkan.

Berdasarkan pengalaman BPR, kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan

seseorang individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil

kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan

rasuah. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan

bertanggungjawab di kalangan semua kakitangan penting untuk memastikan ketelusan tatacara

kerja.

(d). Teori Pengagihan Keadilan (distributive justice)

Teori Pengagihan Keadilan dipelopori oleh John Rawls. Teori ini menekankan kepada

pengagihan yang adil kepada semua manusia dan ia berpandukan kepada keadilan dan nilai

murni sesebuah masyarakat. Pengagihan keadilan ini berpandukan kepada kesamarataan,

keperluan, kebolehan dan sumbangan seseorang.

Sebagai suatu garis panduan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni, kerajaan

telah mengenalpasti satu himpunan nilai teras sebagai panduan untuk dihayati dan dilaksanakan

oleh penjawat sektor awam. Himpunan nilai teras itu ialah amanah, benar, bijaksana, adil, telus

dan bersyukur. Setiap warga perkhidmatan awam mesti menghayati himpunan nilai teras

tersebut. Ia adalah nilai induk bagi sesebuah organisasi yang beradab.

Selain itu, kerajaan juga mengenalpasti nilai kembangan iaitu nilai yang dibentuk dari

bawah, terdiri daripada nilai yang sesuai dan relevan dengan kepakaran dan operasi organisasi

berkenaan yang akan mendukung pencapaian yang dituntut oleh nilai teras. Mekanisme

Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan

daerah bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai tersebut.

9

Page 13: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

Justeru, pembudayaan penghayatan nilai-nilai murni mesti diterjemahkan pada setiap

waktu dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab. Penerapan, penghayatan dan

pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna

kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan. Kerajaan telah memperkenal

dan melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni.

Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep ‘Bersih, Cekap dan Amanah’, ‘Penerapan Nilai-

nilai Islam’, ‘Budaya Kerja Berkualiti’, ‘Kod Etika Keja’, ‘Piagam Pelanggan’ dan ‘ISO 9000’.

(e). Teori Kebebasan Diri (personal liberty)

Teori Kebebasan Diri ini dipelopori oleh Robert Norzick. Teori ini berpandukan kepada

kebebasan atau hak seseorang individu. Undang-undang atau nilai sesebuah masyarakat yang

menyekat kebebasan individu patut ditolak. Menurut Robert Norzick, seseorang itu mempunyai

hak untuk memegang kekayaan atau apa sahaja yang dimiliki tanpa berkongsi dengan orang lain.

Mereka juga mempunyai hak untuk memberikannya kepada sesiapa sahaja yang disukainya.

Namun demikian, teori ini juga ada kelemahannya iaitu ia mempunyai definisi yang sempit

tentang kebebasan yang akan memberikan kesan yang negatif kepada orang lain.

Seandainya kebebasan atau hak seseorang individu digunakan dengan cara yang baik dan

betul, ia akan membawa banyak faedah. Amalan hidup yang bersih tanpa rasuah akan

melahirkan rakyat yang jujur, amanah, berintegriti tinggi dan seterusnya mewujudkan

keharmornian dalam hidup bermasyarakat. Sekiranya kebebasan ini disalahguna, ia akan

menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat dan negara boleh menjadi tidak aman.

5.0 KESIMPULAN

Pembinaan rakyat yang mempunyai jati diri dan imej yang bersih sangat penting untuk

menunjukkan rakyat Malaysia bersih daripada amalan rasuah. Justeru, modal insan cemerlang

atau modal insan berminda kelas pertama yang glokal. Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd

Najib Tun Abdul Razak mengupas istilah ‘glokal’ sebagai masyarakat yang berakar nasional

tetapi akalnya menerjah ke persada antarabangsa. Penjanaan masyarakat glokal adalah melalui

ilmu dan pendidikan, penjanaan ekonomi bagi pembangunan, berpaksikan penghayatan agama,

memperkuat jati diri melalui transformasi budaya dan memperkasakan politik berteraskan

10

Page 14: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

idealism perjuangan.

Jenayah rasuah merupakan satu tegahan agama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

“dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan

jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada

hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan

(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

(Surah Al-Baqarah: ayat 188)

Sumber manusia yang berkualiti yang mampu mencorakkan hala tuju negara ke arah

Wawasan 2020. Sumber manusia ini perlu mempunyai ketahanan dan sanggup menghadapi

cabaran. Pembinaan modal insan meliputi proses yang lengkap dalam membentuk tenaga kerja

yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Pembangunan

material dan fizikal semata-mata belum tentu menjanjikan keharmonian dan kesejahteraan sejati,

sebaliknya akan mengundang pelbagai gejala sosial dan mengancam keselamatan masyarakat

serta mengikis nilai budaya bangsa.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya, The Lawful dan The Prohibited In

Islam, beliau telah menulis antaranya:

…mengambil rasuah adalah salah satu perbuatan mengambil harta orang lain dengan cara

yang haram. Perbuatan rasuah selalunya merujuk kepada apa sahaja harta yang ditawarkan

kepada hakim atau pegawai kerajaan, bagi mempengaruhi dalam membuat satu keputusan untuk

memenuhi, memenangi, melengah-lengahkan atau mendatangkan faedah untuk seseorang atau

terhadap lawan itu.

Bak kata Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee: “Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan,”

begitu juga paduan antara ilmu dan akhlak sebenarnya. Akhlak yang murni adalah terjemahan

kepada ilmu benar yang dimiliki. Benar apa yang diungkapkan oleh Iman Syafie bahawa ilmu

merupakan iman (pemimpin) manakala amal atau akhlak adalah tabiu’hu (pengikutnya). Maka,

akhlak yang tinggi perlu seiring dengan ketinggian ilmu atau keintelektualan seseorang. Dengan

memetik kenyataan Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam

11

Page 15: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

akhbar Berita Harian bertajuk Utama akhlak seiring akademik pada 18 Mei 2013, beliau

menegaskan ‘pencapaian akademik tinggi tanpa akhlak murni tidak mampu membawa

kesejahteraan kepada rakyat.’

Justeru, bagi merealisasikan pengintegrasian ilmu dan akhlak dalam bentuk yang

menyeluruh bukanlah suatu perkara yang remeh dan mustahil untuk dicapai, bahkan ia perlu

dimulakan dengan kesedaran dalam kalangan semua peringkat masyarakat. Oleh yang demikian,

hasrat yang hendak dicapai oleh negara adalah sesuatu yang lengkap dan sempurna yang

merangkumi aspek luaran dan dalaman, jasmani dan rohani, serta dunia dan akhirat.

12

Page 16: BMK 3043 Seni Mengarang Tugasan 2

RUJUKAN

BUKU

Abd Rahim Abd Rashid. (2004). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan:

Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baharu. Kuala Lumpur:

Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

MAJALAH

Syeikh Ahmad Kutty. (2005). Apabila rasuah satu-satunya ‘jalan keluar’. Majalah

Al Islam, hal. 54.

SURATKHABAR

New Strait Times, 28 April 1993.

Berita Harian. Mohon kuasa isytihar harta. (14 Jun 2013) Hal. 5

Berita Harian. “Terap kualiti insaniah, rohaniah dalam pekerjaan”.

(15 Jun 2013) Hal. 50

Berita Harian. Integrasi ilmu, akhlak lahir masyarakat sejahtera. (24 Jun 2013)

Hal. 15

Utusan Malaysia. “Wajah baru perangi rasuah”. ( Jumaat, 5 Julai 2013) hal. 13

13