bme 3103 nota pembinaan item ujian

9
Pembinaan Item Ujian Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu sebagai perkara mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yang tidak digunakan langsung, item yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan, arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidang yang disoal dan item yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagai kesalahan lain. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan bahan ujian kita itu. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentang beberapa aspek pembinaan item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah. Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa, kita perlu menentukan tujuan ujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujian itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina dan dipilih juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif dan isi kandungan pelajaran. Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis Ujian Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran bahasa KBSR dan KBSM, penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu: i. objektif dan ii. subjektif Objektif Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. 1

Upload: mohd-ruslee

Post on 14-Jun-2015

625 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

Pembinaan Item Ujian

Biasanya kita menganggap pembinaan item dalam ujian Bahasa Melayu sebagai perkara mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yang tidak digunakan langsung, item yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan, arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidang yang disoal dan item yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagai kesalahan lain. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan bahan ujian kita itu. Oleh yang demikian kita perlu sedar tentang beberapa aspek pembinaan item-item ujian bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah.

Sebelum membina sesuatu item ujian kemahiran bahasa, kita perlu menentukan tujuan ujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujian itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina dan dipilih juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif dan isi kandungan pelajaran.

Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran pembelajaran bahasa KBSR dan KBSM, penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan beberapa jenis ujian iaitu:

i. objektif danii. subjektif

Objektif

Sesuatu ujian itu dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland, 1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada bagaimana skor diperoleh. Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik.

1

Page 2: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang diberikan kepada pelajar iaitu:

a. item respons bebas ( jenis sumbangan)b. item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respon Bebas

Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item respon bebas.

i. Jenis soalan:

contoh: a) Imbuhan apakah yang terdapat dalam perkataan kemahiran?

(ke - an) b) Apakah lawan bagi perkataan untung?

( rugi)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

Contoh:a) Kita mesti naik bas ke rumah Nasharudin kerana rumahnya

_____(jauh) dari tempat ini.b) Ariff pernah _________(tinggal) di Kuala Lumpur.

Item Respon Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

i. Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya melibatkan penerimaan atau penafian.

2

Page 3: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

Contoh bagi Item Dua Pilihan:a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.

i) Simpulan bahasa kaki bangku bermaksud orang yang berjalan tanpa kasut. B /S

b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:i) Bahasa adalah sesuatu yang diwarisi. Ya/Tidak

ii. Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua ruangan senarai yang mengandungi perkataan atau frasa.perkara . Ruangan A dipanggil pokok soalan (premise) dan ruangan B dipanggil jawapan (response). Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di ruang A dengan objek/ perkara diruang B.

Contoh : Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

Ruangan A(Kata Bilangan)

Ruangan B(Contoh)

1. Kata Bilangan Tentu A. Separuh bahagian hartanya akan diserahkan kepada rumah anak yatim.

2. Kata Bilangan Himpunan B. Aminah mempunyai dua ekor arnab3. Kata Bilangan Pecahan C. Pelajar kelas itu mengeluarkan buku masing-masing

apabila guru masuk ke kelas.4. Kata Bilangan Pisahan D. Kelima-lima pelajar diarahkan supaya berjumpa dengan

Pengetua.

iii. Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan merupakan jenis ujian objektif yang paling popular sekali di kalangan pembina item ujian. Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalanContoh:

1. Di antara ayat-ayat berikut yang manakah ayat suruhan?

(A) Jangan lari.(B) Padamkan lampu itu.(C) Sila duduk sekarang.(D) Harap anda dapat datang esok.

3

Page 4: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

Contoh:

1. Ayat yang tergolong dalam ayat selapis ialah

(A) Jika dia rajin dia lulus.(B) Mereka membaca buku di perpustakaan.(C) Guru yang gemuk itu ditimpa kemalangan.(D) Sungguh mustahil untuknya melarikan diri.

c. Mengisi Tempat Kosong

Contoh:

1. Air di dalam kolam itu _______ kerana hujan sudah lama tidak turun.

(A) keringan(B) mengeringkan(C) kekeringan(D) berkeringan

d. Jenis Jawapan Terbaik

Contoh:

1. Definisi terbaik bagi kata adjektif ialah kata yang

(A) menunjukkan sifat sesuatu. (B) menerangkan keadaan bagi sesuatu kata nama.

(C) menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.(D) mempunyai satu kata adjektif dan unsur-unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat.

e. Analogi

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan awal.

hitam : putih

(E) kain : merah(F) merah : tua(C) merah : hijau(D) merah : jambu

4

Page 5: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

f. Antonim

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan berhuruf besar.

PEMARAHI. PenyabarII. PengampunIII. PendamaiIV. Peramah

(A) I dan II sahaja(B) I dan IV sahaja(C) II dan III sahaja(D) III dan IV sahaja

g. Jenis Negatif

Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok soalan sering mengandungi perkataan kecuali, bukan, tidak, dan lain-lain.

Contoh:

Semua kata ganda di bawah mempunyai aspek makna yang sama kecuali

(A) labi-labi.(B) rama-rama.(C) kuda-kuda.(D) kura-kura.

h. Item Jenis Cantuman.

Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai

1. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

I. Mereka menyokong dan memapah lelaki yang hampir pitam itu agar tidak rebah.

II. Orang ramai menyokong langkah langkah pihak berkuasa membenteras kegiatan cetak rompak.

III. Setiap bulan abanglah yang menyokong persekolahan kami bertiga.

5

Page 6: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

IV. Para pelajar sekolah itu diminta menyokong pasukan bola baling sekolah mereka yang akan bertanding esok.

(A) I dan III sahaja(B) II dan IV sahaja .(C) I, II dan IV sahaja(D) I,II, III dan IV

Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/ sekuen.

1. Di bawah ialah senarai rujukan hormat tetamu yang hadir dalam satu majlis. Susun senarai di bawah mengikut urutan keutamaan.

i.Yang Berusahaii.Yang Amat Berhormatiii.Yang Berhormat

iv. Yang Berbahagia

(A) I, II, III dan IV(B) II, III, IV dan I(C) III, II, I dan IV(D) IV, III, II dan I

2.

Susunan pembuka kata ucapan di atas mengikut urutan yang betul ialah

(A) I, II, III, IV, V(B) I, III, II, V, IV(C) I, IV, III, II, V(D) I, V, II, III, IV

Aras kemahiran item objektif aneka pilihan

Item objektif aneka pilihan boleh dibina untuk semua aras kemahiran bidang kognitif di bawah kategori Taksonomi Bloom.

Aras kemahiran dalam bidang kognitif Kata-kata kerja

1. Pengetahuan Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum, definisi yang dipelajari

Manakah, Apakah, Siapakah, Bilakah, Berikan, Senaraikan, Nyatakan

2. Kefahaman Aras ini menguji kebolehan kebolehan pelajar memahami, menterjemah,

meninterpretasi, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, hokum, teori yang telah dipelajari.

Huraikan, Benarkan, Jelaskan, Terangkan, Tukarkan, Mengapa.

3. Aplikasi Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori,

prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Tunjukkan, Kirakan, Selesaikan, Demonstrasikan, Susunkan, Uruskan, Gunakan

6

I. Yang dimuliakan Saudara Pengerusi MajlisII. Yang Berusaha Tuan Pengetua SekolahIII. Guru-guru dan ibu bapaIV. Tuan-tuan dan puan-puanV. Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah

Page 7: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

4. Analisis Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan factor- faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

Bezakan, Bandingkan, Asingkan, Tafsirkan, Bahagikan, Klasifikasikan

5. Sintesis Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.

Gabungkan, merekabentuk, Bentukkan, Kumpulkan, susunkan, Gubahkan, Karangkan.

6. Penilaian Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritik, merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Nilaikan, Rumuskan, Tafsirkan, Kritikan, Bandingkan, Ulaskan, Bezakan, Huraikan, Buktikan.

Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Contoh:Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan yang sesuai, berdasarkan senarai.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____ pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah _______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yang sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______ untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak berkenan.

Jawapan

Soalan Subjektif

Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. Tindak balas pelajar mungkin bebas atau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, ia mungkin merupakan satu ayat sahaja. Tindak balas yang dikehendaki ditentukan oleh penggubal soalan ujian itu. Soalan ujian subjektif boleh dibahagikan kepada item jenis

7

Menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan, oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan, aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.

Page 8: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

struktur dan esei. Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindak balas terhad dan jenis tindak balas lanjutan.

i. Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sama. Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya mengandungi elemen item objektif dan item esei.

Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon. Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Contoh:

1. Bina ayat yang mengandungi: (i) Kata kerja aktif tak transitif

____________________________________________________ (ii) Kata kerja aktif transitif

____________________________________________________ ( 2

markah )

2. Beri dua contoh perkataan bahasa Melayu yang terkecuali daripada hukum keselarasan vokal.(ii) ____________________________________________________(iii) ____________________________________________________

( 2 markah)

ii. Item Jenis Esei

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logic hingga menghasilkan jawapan yang asli.

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu, kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.

8

Page 9: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

Contoh pembinaan item esei.

a. Tindak balas terbatas (TBT)

1. Pantun merupakan pusaka bangsa Melayu.

(a) Nyatakan tiga bentuk pantun dan berikan contoh bagi tiap-tiap bentuk.

( 9 markah )

(b) Tuliskan sebuah pantun berkait yang mengandungi dua rangkap. ( 6 markah)

Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skop atau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah kebolepercayaan pemarkahan.

1. Tindak balas lanjutan (TBL)

“ Membaca Kunci Kejayaan “. Cogan kata ini menunjukkan betapa pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka membaca di kalangan pelajar hari ini.

( 25 markah )

Pembinaan Ujian

Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru adalah bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar kualiti ujian dapat dikawal rapi.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telah disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau jadual penentuan dari aspek-aspek yang berikut:

topik yang akan diuji dan pemberatannya, kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya, aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan jenis soalan.

Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana yang telah dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan cepat. Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang dikemukakan. Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang cuma memerlukan pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas

9

Page 10: BME 3103 NOTA Pembinaan Item Ujian

terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan panjang yang tidak terhad).

10