bm012_set4.doc

7
Nama Calon : _______________________________________ Nombor Surat Beranak : ________________ 012 Bahasa Melayu Set 4 2010 1 jam ¼ 012 Angka Giliran PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL – SET EMPAT MODUL FOLUS : 2010 012 BAHASA MELAYU Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C. 2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. 3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3. 4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan. Kod Pemeriksa: Bahagian No. Soalan Markah A B C JUMLAH MARKAH 60

Upload: sarah-clements

Post on 03-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Nama : _____________________________________

Modul Fokus Lulus (FOLUS)4012 KLON UPSR

Nama Calon : _______________________________________

Nombor Surat Beranak : ________________

012

Bahasa

MelayuSet 420101 jam

012

Angka Giliran

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL SET EMPATMODUL FOLUS : 2010

012 BAHASA MELAYUSatu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu BAHAGIAN A, BAHAGIAN B, dan BAHAGIAN C.

2. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian.

3. Bagi BAHAGIAN B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

4. Jawapan hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan. Sekiranya helaian kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan. Kertas jawapan tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku soalan.

Kod

Pemeriksa:

BahagianNo. SoalanMarkah

A

B

C

JUMLAH MARKAH 60

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman yang bercetak

012Modul FOLUS Bahasa Melayu 2010 Set 4

Bahagian A[10 markah][Masa yang dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti seorang pelajar dalam sehari.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

Bahagian B[30 markah][Masa yang dicadangkan : 40 minit]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah.ATAU

2. Kamu telah terpilih untuk menyertai perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu.

Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.

ATAU3. Andaikan kamu dan kawan-kawan kamu sedang berkelah di sebuah hutan lipur. Semasa berkelah, salah seorang rakan kamu mengalami peristiwa yang hampir meragut nyawanya. Ceritakan bagaimana peristiwa itu boleh berlaku kepada kawan kamu itu.Bahagian C

[Masa yang dicadangkan : 20 minit]

[20 markah]Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Encik Nordin dan isterinya bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari. Namun, pada hari tersebut, mereka terlewat bangun. Oleh sebab itu, mereka tergesa-gesa membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung. Dalam perjalanan, tiba-tiba Encik Nordin teringat bahawa pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi. Justeru, Encik Nordin menghubungi jiran terdekatnya untuk meminta bantuan bagi menguncikan pintu pagar tersebut.

Jirannya itu dengan senang hati menghulurkan bantuan dan berjanji untuk menguncikan pagar rumahnya itu. Encik Nordin berasa amat gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik hati. Sekembalinya dari bercuti di kampung, Encik Nordin membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya itu dengan buah durian, rambutan, dan manggis. Jirannya itu pula mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Encik Nordin.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL - SET EMPATJAWAPAN BAHASA MELAYU PENULISAN

BAHAGIAN A - PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT

1. Khaidir sedang membasuh kereta ayahnya pada pagi minggu itu.

2. Khaidir menggunakan syampu kereta untuk menghilangkan kekotoran.

3. Khaidir menyiram pokok-pokok bunga ibunya di halaman rumah mereka.

4. Khaidir juga gemar bermain layang-layang jika dia ada masa yang terluang.

5. Dia bijak mengatur jadual harian, keseluruhan masa dimanfaatkan dengan bijak.

BAHAGIAN B(1) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISANNo. 5, Jalan Budi 1,

25/21A, Taman Sri Muda,

46000 Shah Alam.15 Februari 2008.

Menemui sahabatku Alia Farhana yang diingati selalu, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang saudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah membaca esei saudari dalam majalah Kuntum. Ceritanya menarik, jalan ceritanya juga diselitkan babak humor dan saspens.

Saya kagum akan hasil penulisan saudari yang bertajuk Tekal Menempuh Hidup. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang sedih dan menyayat hati.

Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam bidang penulisan ini. Saya berazam untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti.

Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

Yang ikhlas,

Nurliyana Husna

BAHAGIAN B(2) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISANLAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO YAHYA SUBBAN

Pada hari Jumaat, 16 Mac 2008 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban, Chenderong Balai telah mengadakan perkhemahan pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak.

Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah.

Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami diberi masa untuk riadah selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian.

Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk Sihat Jasmani, Ceria Rohani. Ceramah ini tamat pada pukul 11.30 malam.

Ahad, 18 Mac 2008, berakhirlah perkhemahan kami. Pada pukul 2.30 petang, kami diarahkan supaya mengemas barang dan alat-alat perkhemahan.

Laporan disediakan oleh, 24 Mac 2008.

Shafiq Nabil

(SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI)

Setiausaha Pertubuhan Pengakap,

Sekolah Kebangsaan Dato Yahya Subban.

BAHAGIAN B(3) - MENULIS KARANGAN / MENJANA IDEA PENULISANPada hari minggu yang lalu, aku, Ravi, dan Kim Leng pergi berkelah di Hutan Lipur Lata Kinjang. Lata Kinjang terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Tapah, Perak. Kami membawa bekalan makanan, minuman, dan sepersalinan pakaian.

Setelah sampai di destinasi, kami meletakkan barang-barang di sebuah pondok. Kami mandi-manda dengan gembira sekali. Pada pagi itu, masih belum banyak orang yang mandi.

Ravi mencadangkan kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu, ada papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Mereka tidak memperdulikannya.

Aku bersendirian mandi di tempat yang airnya cetak. Air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa mandi di tempat ini lebih selamat.

Tiba-tiba, aku terdengar suara Ravi menjerit meminta tolong. Aku lihat Ravi sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada seorang pemuda untuk menyelamatkan Ravi.

Ravi berasa amat bersyukur kerana terselamat daripada lemas. Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu.

BAHAGIAN C - MEMBUAT RUMUSAN / MEMBUAT ULASANLima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. Antaranya, kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anggota keluarga. Selain itu, kita sepatutnya prihatin dan sentiasa berwaspada agar kecuaian dapat dielakkan. Seterusnya, kita haruslah tolong-menolong seperti yang telah dilakukan oleh jiran Encik Nordin. Oleh itu, kita dikehendaki ikhlas semasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada jiran kita. Akhirnya, kita sewajarnya membudayakan amalan pemurah seperti Encik Nordin yang memberi buah-buahan tempatan sebagai buah tangan kepada jirannya.

PAGE PENGESANAN TUNTAS TOPIKAL BAHASA MELAYU (FOLUS) TAHUN ENAM 2010 SET 4

DISEDIAKAN OLEH : HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN (GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)