bm karangan

1
Sering kali kita dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah sama ada di media atau di dada akhbar. Kegiatan jenayah yang semakin berleluasa membimbangkan semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Kedatangan buruh dari negara luar menyumbang kepada implikasi dari sudut social iaitu peningkatan kadar jenayah sama ada di luar bandar ataupun di bandar. Kes-kes seperti kes ragut, pecah rumah dan samun sering berlaku melibatkan buruh dari negara luar. Hal ini demikian kerana, kos sara diri pada era globalisasi ini semakin meningkat yang terjadi akibat kemelut ekonomi global. Contohnya, apabila buruh dari negara luar menghadapi masalah kewangan, mereka akan merompak atau mencuri wang untuk menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, kebanjiran mereka di bandar-bandar besar menimbulkan masalah setinggan kerana kos sewa rumah yang tinggi mengakibatkan mendirikan ruma secara haram di tanah kerajaan. Kegiatan jenaya sebegini bukan sahaja mengancam keselamatan, malahan akan menjejaskan imej negara. Oleh itu, kedatangan buruh dari negara luar menyebabkan kes dari aspek sosial seperti jenayah semakin berleluasa. Seperti yang sedia maklum tentang kemakmuran ekonomi negara kita sejak kebelakangan ini semakin merosot dari hari ke hari. Kedatangan ribuan buruh dari negara luar menyebabkan lagi ekonomi negara mengalami krisis dan memberi implikasi yang besar dari aspek ekonomi. Kehadiran mereka dalam jumlah yang banyak ke Malaysia untuk mencari rezeki bagi keluarga masing-masing di negara mereka. Namun begitu, hal ini telah menyebabkan ekonomi negara semakin merosot kerana pengaliran mata wang negara ke luar negara mengalir laju. Contohnya, buruh dari luar negara mengumpul wang kemudiannya menghantar wang tersebut kepada keluarga mereka yang berada di luar negara dan secara tidak langsung perbelanjaan wang pendapatan mereka tidak di salurkan di dalam negara. Negara tidak akan mendapat pulangan semula daripada tindakan mereka yang sering kali dilakukan hampir setiap bulan. Walaupun wang pendapatan tersebut dalam jumlah yang kecil, tetapi masih lagi memberi kesan kepada negara dan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu, lambakan buruh dari negara luar memberi implikasi yang buruk terhadap kemakmuran ekonomi negara kita.

Upload: najihah-zakaria

Post on 12-Apr-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Karangan

Sering kali kita dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah sama ada di media atau di dada akhbar. Kegiatan jenayah yang semakin berleluasa membimbangkan semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Kedatangan buruh dari negara luar menyumbang kepada implikasi dari sudut social iaitu peningkatan kadar jenayah sama ada di luar bandar ataupun di bandar. Kes-kes seperti kes ragut, pecah rumah dan samun sering berlaku melibatkan buruh dari negara luar. Hal ini demikian kerana, kos sara diri pada era globalisasi ini semakin meningkat yang terjadi akibat kemelut ekonomi global. Contohnya, apabila buruh dari negara luar menghadapi masalah kewangan, mereka akan merompak atau mencuri wang untuk menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, kebanjiran mereka di bandar-bandar besar menimbulkan masalah setinggan kerana kos sewa rumah yang tinggi mengakibatkan mendirikan ruma secara haram di tanah kerajaan. Kegiatan jenaya sebegini bukan sahaja mengancam keselamatan, malahan akan menjejaskan imej negara. Oleh itu, kedatangan buruh dari negara luar menyebabkan kes dari aspek sosial seperti jenayah semakin berleluasa.

Seperti yang sedia maklum tentang kemakmuran ekonomi negara kita sejak kebelakangan ini semakin merosot dari hari ke hari. Kedatangan ribuan buruh dari negara luar menyebabkan lagi ekonomi negara mengalami krisis dan memberi implikasi yang besar dari aspek ekonomi. Kehadiran mereka dalam jumlah yang banyak ke Malaysia untuk mencari rezeki bagi keluarga masing-masing di negara mereka. Namun begitu, hal ini telah menyebabkan ekonomi negara semakin merosot kerana pengaliran mata wang negara ke luar negara mengalir laju. Contohnya, buruh dari luar negara mengumpul wang kemudiannya menghantar wang tersebut kepada keluarga mereka yang berada di luar negara dan secara tidak langsung perbelanjaan wang pendapatan mereka tidak di salurkan di dalam negara. Negara tidak akan mendapat pulangan semula daripada tindakan mereka yang sering kali dilakukan hampir setiap bulan. Walaupun wang pendapatan tersebut dalam jumlah yang kecil, tetapi masih lagi memberi kesan kepada negara dan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu, lambakan buruh dari negara luar memberi implikasi yang buruk terhadap kemakmuran ekonomi negara kita.