bm k2 final exam form 4.docx

Upload: faruq871519

Post on 08-Mar-2016

187 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kertas 2 Bahasa Melayu Tingkatan 4

TRANSCRIPT

Soalan 2(a) Petikan Sajak

M u k a | 4

Dia lelaki bergelar perkasadengan cemeti keberanian di tanganrembat angkuhnya memacu takutmenghalau kuda-kuda di padangberebutan memburu kandang. Rumput dan jerami terhidangadalah kanun janji kesetiaan dimamah rakus kala lapartak peduli nasib diri setelah kenyangjadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasasesekali suaranya lebih gempitadaripada ringkik kuda sekandangpacuannya diiring seribu keberanianmeredah onak di rimba perburuanmeranduk lumpur di paya penindasansambil melibas cemeti durjanadia melampar muslihataku penyelamat maruahberjuang atas dasar kebenaranmenentang semua kebobrokan

Dia lelaki sang gembala kudahanya mengenal pantas tunggangantanpa membaca keletihannyadia lelaki sang gembala kuda hanya tahu mengejar kehebatantanpa menghitung kesakitannyadan kuda-kuda itu ditunggangiditunggangi dan ditunggangi!

MOHD HASHIM OTHMAN Antalogi Jaket Kulit KIjang dari Istanbul, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

(i) Apakah yang dilakukan oleh penjaga kuda dalam rangkap pertama sajak?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh gembala kuda dalam pekerjaanya?[3 markah]

(iii) Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas?[4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Prosa TradisionalSetelah habislah dikenalinya segalam empunya, maka titah raja. Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, Sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksama.Maka sembah orang itu, Daulat tuanku, mana titah patik junjung.Maka sembah Laksamana, Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.Maka titah baginda, Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?Maka sembah mereka itu, Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan RasulNya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian. Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula, yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana, barang sesuatu bicara, jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka akan kararlah.Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikianlah pekerjannya. (Dipetik daripada prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)(i) Nyatakan tema prosa tradisional Kepimpinan Melalui Teladan.[2 markah]

(ii) Berikan dua latar tempat yang terdapat dalam petikan?[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, sebagai seorang pemimpin mengapakah kita perlu bersikap rasional dalam membuat keputusan?[3 markah]

Soalan 2(c) Petikan CerpenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia, harganya sekitar RM500.00. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjualnya kepada Shahmeem, Jaket kulit itu telah membawa kepada Shahmeem yang berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada orang lain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu aku kunjungi di tanah air? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa mengalami kerugian. Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke itu. Aku rela menerima harga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya juga pasti gembira kerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku berharap agar bakal pemakainya kelak sedar bahawa jaket kulit itu sisa orang dan tidak berasa bongkak.Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.(Dipetik daripada cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul oleh Maskiah Haji Masrom dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Apakah tema dalam cerpen Kulit Kijang dari Istanbul?[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu melindungi haiwan-haiwan eksotik seperti kijang?[3 markah]

(iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen dan dua persoalan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut?[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa[30 markah]Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata hubung di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i) Agar(ii) Ketika(iii) Apabila(iv) Sekalipun(v) Sekiranya(vi) Sementara[6 markah]

(b) Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat di bawah.

(i) Datuk Musa Al-Khalili dari Jeddah telah merasmikan majlis musabaqah.(ii) Pasukan polis marin telah diarah meronda kawasan perairan itu oleh Ketua Polis Negara.(iii) Resipi masakan popular itu dicipta oleh Datuk Fadzli untuk peminat-peminatnya. [6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pemuda itu ditangkap oleh polis kerana bawa barang larangan yang di seludup dari negara Thailand(ii) Pendapat orang ramai kebanyakkannya menyebelahi pemimpin yang dituduh berfahaman komunism itu.(iii) Kemasukan murid pra-sekolah dibuat oleh jawatankuasa pilihan sekolah yang terlibat.[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Plumbum hasil dari penggunaan petrol berplumbum merupakan satu daripada sumber utama pencemaran sekitar alam.(ii) Masalah hakisan tanah di hutan berlaku akibat pelbagai faktor-faktor seperti pembalakan dan pembinaan jalan hutan bagi larian keluar masuk kenderaan pengangkutan.(iii) Allahyarhamah P.Ramlee merupakan seniman yang termasyhur sekali di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara.[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

(i) Ayah melarang abang berkawan dengan Husin yang kelihatan baik itu kerana baru-baru ini Husin telang ditangkap kerana mengedar dadah.

(ii) Peperangan yang berlaku antara kedua-dua buah negara itu merugikan dan menyusahkan rakyat mereka.

(iii) Jasa dan pengorbanan ketua kampung itu tetap diingati sampai bila-bila.[6 markah]

Soalan 4 : Novel[15 markah]Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang anda kaji.(i) Jelaskan dua unsur kejutan kepada pembaca yang digunakan oleh pengarang novel yang anda pelajari?[7 markah]

(ii) Terangkan dua contoh nilai tanggungjawab yang terkandung dalam novel tersebut?[8 markah]