blog sumber guru pendidikan sivik dan...

Download BLOG SUMBER GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN …psksksd.blogspot.com/2010/05/selamat-hari-gawai-perayaan...2018-01-24Ketika perayaan Gawai, setiap suku kaum Dayak lengkap berpakaian tradisional

If you can't read please download the document

Upload: ngodien

Post on 13-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

BLOG SUMBER GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH: TEMA 4-KENALI BUDAYA MALAYSIA :SELAMAT HARI GAWAI-PERAYAAN ETNIK SARAWAK

BLOG SUMBER GURU PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH RENDAH

BERBURU KE PADANG DATAR, DAPAT RUSA BERBELANG KAKI,BERGURU KEPALANG AJAR, BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI...

widgeo.net

KITA BOLEH MALAYSIA BOLEH

SAYA ANAK MALAYSIA

Jumaat, 1 Jun 2012

TEMA 4-KENALI BUDAYA MALAYSIA :SELAMAT HARI GAWAI-PERAYAAN ETNIK SARAWAK

Perayaan Hari Gawai disambut oleh suku kaun Dayak di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi iaitu pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun. Sejarah perayaan Hari Gawai Dayak bermula apabila sebuah forum dikelolakan di sebuah stesen radio pada tahun 1957 bagi membincangkan kepentingan mewujudkan suatu perayaan bagi suku kaum Dayak di Sarawak. Semasa pemerintahan British, pihak kolonial enggan mengiktiraf perayaan tersebut sehinggalah digazet secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 25 September 1964 dengan usaha Dato Sri Tra Zehnder dan beberapa pemimpin Dayak yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa tersebut. Hari Gawia dalam dialek Bidayuh, pertama kali disambut pada tarikh 1 Jun 1965 oleh Dayak Youth Club dan kini menjadi simbolik yang memperlihatkan perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak di Sarawak.

Pada asalnya Hari Gawai adalah perayaan yang lebih berbentuk keagamaan bagi suku kaum Dayak yang terdiri daripada tiga suku kaum utama termasuklah Iban, Bidayuh dan Orang Ulu sebagai tanda berterima kasih kepada 'Petara' pada setiap kali selepas musim menuai dan sebelum memulakan penanaman padi untuk musim seterusnya. Perayaan Gawai Dayak menuntut masyarakatnya menghargai budaya dan memastikan semangat padi sentiasa dan terus dihormati.

Persediaan awal sebulan sebelum perayaan biasanya menyediakan air tapai yang dikenali sebagai Tuak. Pada sehari sebelum perayaan pula, kaum wanita akan sibuk bekerjasama membuat kuih tradisional seperti kuih penyaram, kuih sepit, kuih jala, kuih cap dan penganan yang diperbuat daripada tepung beras dan santan kelapa. Pansuh ayam menjadi kemestian untuk juadah bersama keluarga ataupun tetamu yang datang berkunjung. Dalam pada itu, golongan tua akan mula membakar lemang pulut di pekarangan rumah bagi kegunaan adat istiadat terutamanya upacara miring yang akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.K

Teresang akan didirikan di perkarangan rumah untuk digunakan semasa Adat Miring

Ketika perayaan Gawai, setiap suku kaum Dayak lengkap berpakaian tradisional masing-masing dengan motif dan corak yang unik serta menonjolkan lagi kecantikan semulajadi paras rupa mereka. Anak-anak gadis akan mengenakan perhiasan perak dan gubahan manik yang diwarisi sejak turun-temurun serta memiliki seni estetika yang cukup mengagumkan. Khazanah yang eksotik ini menjadi kebanggaan bagi setiap suku kaum Dayak kerana ia merupakan peningggalan yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.

Penduduk rumah panjang mula ziarah-menziarahi ataupun dalam dialek tempatan ngabang ke rumah kawan-kawan mahupun sanak saudara yang lain sementara anak-anak yang bekerja di bandar akan pulang ke kampung untuk bersama-sama memeriahkan hari yang mengeratkan perpaduan sesama bangsa. Suku kaum Dayak yang tinggal di kawasan kampung akan mengadakan rumah terbuka dan mengunjungi rumah sahabat handai serta saudara mara yang terdekat untuk mengeratkan tali kemesraan.

ngabang ke rumah bala kaban belayan

TARIAN NGAJAT

TARIAN DATUN JULUD

Tarian Ngajat dan Ngajat Lesong dengan iringan alunan Sape yang dipersembahkan oleh muda mudi masyarakat Dayak menjadikan suasana Hari Gawai begitu meriah dan riuh rendah dengan aksi dan ketangkasan penari yang menghiburkan. Pelbagai alat muzik tradisional turut dimainkan sepanjang perayaan termasuklah sepasang gong besar, Canang, Gendang, Bebendai, Tawak, Gitar Buluh selain Serunai dan Seruling. Tarian Datun Julud yang dipersembahkan oleh kaum wanita dari suku kaum Orang Ulu ternyata begitu unik dengan gerak tari yang lemah gemalai.

Upacara Gawai Teresang Tinggi

Pada waktu tengah malam 31 Mei pula, gong akan dipalu dan Tuai Rumah akan mengetuai upacara minum Ai Pengayu bagi memohon berkat kepada Petara demi kehidupan yang lebih baik dan tanda kesyukuran bagi hasil tuaian pertanian yang menguntungkan. Upacara miring akan dilakukan yang menurut kepercayaan daripada golongan tua, bertujuan untuk memberi persembahan kepada Tuhan yang dikenali sebagai Petara, Dewa Dewi Kayangan dan juga dipersembahkan kepada jasad-jasad nenek moyang dikenali sebagai Petara Aki Ini. Ketua Adat akan membaca mantera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan. Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi.

Di musim perayaan Gawai, banyak pertandingan kecantikan bagi memilih rupawan yang bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik dan menarik malah mempunyai pengetahuan yang luas. Keindahan busana tradisi mereka terletak pada keaslian tenunan pua kumbu yang disarungkan serta aksesori perak yang bergemerlapan ketika menarikan Tarian Ngajat.

Pesta Gawai Dayak dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat diturunkan. Majlis Ngulung Bidai seterusnya akan dilakukan yang memberi signifikan perayaan telahpun tamat dan bersedia menempuh tahun baharu dan memulakan penanaman padi di kawasan yang baharu.

Ketika musim Gawai, banyak perkahwinan dilangsungkan .. salah satu permainan untuk keluarga pasangan

Adat Merik Anak Mit Mandi' .. Gawai 2007

Kini masyarakat Dayak boleh berbangga dengan pengiktirafan sambutan Hari Gawai yang telahpun dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak. Sambutan Pesta Menuai Sedunia dan Rumah Terbuka Gawai di peringkat kebangsaan jelas menunjukkan perayaan ini mempunyai nilai seni budaya yang unik dan tersendiri serta menjadi aset pelancongan utama bagi menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara. Perkongsian ilmu kebudayaan dan khazanah bagi masyarakat Dayak cukup penting dipelajari oleh generasi muda agar mereka boleh menghargai, menghayati serta meraikan keunikan bak kata pepatah kesatuan dalam kepelbagaian dengan menyuntik elemen kebudayaan, kesenian dan pemeliharaan serta pemuliharaan warisan bangsa.

Semua penghuni rumah panjang siap setia dan bersedia menunggu detik jam 12 malam

untuk memulakan Sambutan Gawai.Jam 12 malam adalah detik dimana semua penghuni "minum air pengayu".....

Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasanperaktradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

RANYAI

Ini adalah 'ranyai'. Ranyai ini diperbuat daripada batang pokok pisang. Ranyai ini merupakan tanda simbolik untuk perayaan Hari Gawai. Ranyai ini akan didirikan ditengah-tengah 'ruai' tempat untuk semua penghuni rumah panjang berkumpul. Pada 'ranyai' ini nanti akan disangkut bermacam-macam jenis barang, tidak kisah sama, beer, botol air tuak, rokok, makanan, malah pernah juga orang kampung menyangkut ayam panggang pada 'ranyai'. Asalkan ada sumbangan dari orang kampung. Barang-barang itu semua akan disangkutkan pada 'ranyai' menggunakan tali.

Untuk memulakan upacara, seorang akan dilantik bagi memulakan acara malam menyambut Malam Gawai. Orang yang telah dipilih itu akan menarikan tarian tradisional kaum Iban iaitu Tarian Ngajat. Dia akan menari mengelilingi 'ranyai'. Selepas dia menari mengelilingi ranyai, dia kemudian akan memilih barang yang mana dia mahu dan memotong barang yang disangkutkan menggunakan parang yang digunakan untuk tarian Ngajat.

Kemudian orang tersebut akan mencari sesiapa saja yang dia mahu dan menyerahkan parang yang digunakan kepada orang yang dipilih. Begitulah proses seterusnya sehinggalah semua barang makanan yang disangkutkan pada 'ranyai' itu habis dan orang terakhir akan menebang 'ranyai' sebagai simbolik bermulanya Pesta Menuai atau Hari Gawai.

Rujukan: Wikepedia

Disunting oleh

HALIZA BINTI JELANI

diterbitkan pada3:52:00 PTG

Reaksi:

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

9 ulasan:

Tanpa Nama30 November 2012 11:13 PG

TERIMA KASIH .SAYA DAPAT AKHIRNYA MENYIAPKAN SEMUA TUGASAN SAYA.TQ.............

BalasPadamBalasan

Tanpa Nama30 November 2012 11:15 PG

ingat hanag bagus sangat ke.thuiiii

Padam

Tanpa Nama17 Mac 2013 2:04 PTG

Kenapa ada org mcm ni...Tanpa Nama?Lebih elok ke kamu dr manusia lain?Sedor diri tu...

Padam

Balas

Tanpa Nama25 Februari 2013 7:01 PTG

akhirnya senang tugasan saya.....tq.....

BalasPadam

Obat Batu Ginjal25 September 2013 10:50 PG

jangan kalah geleng sama malaysia gan

BalasPadam

hiffi salang9 Oktober 2013 11:03 PG

Kak, kalau nak copy paste pun kena minta kebenaran dari empunya blog OK. http://absolutepi.blogspot.com/

BalasPadam

Tanpa Nama27 Oktober 2013 8:05 PTG

thanks

BalasPadam

Tanpa Nama16 Februari 2014 12:27 PTG

Bolehkah saya tanya, ada apa-apa pantang larang semasa perayaan Gawai ?

BalasPadam

Tanpa Nama20 Jun 2016 8:58 PG

hai

BalasPadam

Tambah ulasan

Muatkan lagi...

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

PERSEMBAHAN GAMELAN

PERSEMBAHAN MUZIK BAMBOO SABAH

TAHUN 5: AKTIVITI 2A-SET INDUKSI(URUS MASA,KERJA SEMPURNA)

TAHUN 4: AKTIVITI 1 E-Saya Yakin Boleh

MUHIBBAH

MALAYSIAKU.. INDAH, PERMAI DAN MENAKJUBKAN...

TEMA 2-HIDUP BERSAMA DI SEKOLAH DAN MASYARAKAT :MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

TAHUN BARU CINA

CAHAYA DEEPAVALI

ADAB BERHARI RAYA KAUM MELAYU

BERHEMAH TINGGI AMALAN MULIA

TEMA 3:HIDUP BERSAMA DISEKOLAH DAN MASYARAKAT -BUDI BAHASA AMALAN KITA

TEMA 2 : SAYANGI KELUARGA-SURAT DARI SEORANG IBU

PERMAINAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK- TIBOW

JOM KIBAR JALUR GEMILANG

SAYA AMAT BERBANGGA....

JOM KITA REALISASIKAN

IMPIAN MENJADI KENYATAAN

PENDAHULUAN

Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diwujudkan bagi mengumpulkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan mata pelajaran ini untuk dijadikan sumber rujukan dan bahan bantu mengajar guru-guru.

Blog ini juga menyediakan serba sedikit panduan untuk guru-guru dalam pengurusan Panitia di sekolah.

Bahan-bahan audio-visual seperti video klip dari youtube dan koleksi lagu-lagu patriotik diblog ini bertujuan membantu guru-guru membawa pelajar-pelajar mendengar, melihat, merasai serta memahami topik-topik dengan lebih jelas lagi di samping menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik dan bermakna.

Selain membantu rakan guru, blog ini juga diwujudkan atas rasa keperihatinan terhadap keperluan pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah luar bandar yang masih kurang kemahiran menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat bagi perlaksanaan Projek Kewarganegaraan mereka.

Diharapkan dengan adanya bahan-bahan di blog ini, dapat membimbing dan memudahkan pelajar mencari bahan rujukan untuk tugasan mereka disamping merasai keseronokan pengalaman baru mencari maklumat menggunakan kaedah pembelajaran interaktif.

Bahan-bahan yang dikumpulkan di blog ini juga adalah dari bahan-bahan yang dirujuk dan disunting dari sumber seperti wikepedia, akhbar-akhbar, artikel-artikel dari majalah dan laman web yang mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan tajuk- tajuk dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Semoga bahan-bahan bacaan ini dapat membantu rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada berkenaan topik-topik yang yang akan diajar dan dipelajari.

Pautan-pautan yang ada di dalam blog ini juga adalah pautan dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan, juga dari laman web dan blog yang terpilih kerana nilai kandungan bahan-bahan yang ada, amat berguna dan sesuai sekali untuk dijadikan bahan rujukan guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan maklumat tambahan.

Akhir kata, saya dengan rasa berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang sudi berkongsi bahan secara langsung dan tidak langsung demi Membina Negara Bangsa. Semoga ilmu yang dikongsikan ini akan menjadi amal jariah kita di akhirat kelak.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan segala keburukan dan kelemahan itu datang dari saya sendiri. Wassalam

SEKAPUR SIREH

HAJI IBRAHIM BIN MD TAHIRPENOLONG PENGARAHKAJIAN KEMASYARAKATAN (MENENGAH)JABATAN PELAJARAN JOHOR

Terlebih dahulu izinkan saya merafakan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor.

Usaha murni guru ini bagi memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan secara berterusan perlu disanjung tinggi. Penghasilan Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan merupakan suatu value innovation yang pastinya akan memberi impak yang besar kepada warga pendidik Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di seluruh negeri Johor.

Justeru, blog yang bermakna ini perlulah diteliti dan dihayati oleh para pendidik Matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang ingin menyaksikan Pembinaan Negara Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajar dan diteruskan pada peringkat yang lebih tinggi.

Saya ingin merakamkan tahniah kepada guru yang telah berusaha mewujudkan Blog Sumber Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Saya yakin blog ini akan dapat membantu guru-guru dalam mengurus mata pelajaran ini, dengan lebih sistematis dan efektif. Dengan ini, hasrat untuk menyediakan guru yang lebih kompetetif, kreatif dan inovatif akan dapat direalisasikan..

Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar hasrat untuk Pembangunan Negara Bangsa melalui Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan tercapai dengan jayanya.

SEULAS PINANG

WAN NADZRI BIN WAN ABD RAHMANPENOLONG PEGAWAI PELAJARAN DAERAH(KURIKULUM)PEJABAT PELAJARAN DAERAH MERSINGBismillahir Rahmanir RahimAssalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas limpah dan kurnia-Nya kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata di dalam Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada guru yang telah berusaha mewujudkan blog yang amat bermakna ini.

Saya percaya atas daya usaha guru ini, akan memberi input yang amat berguna dan pastinya dapat membantu guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di seluruh negeri Johor, bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran .

Semoga dengan perkongsian pintar yang diamalkan melalui blog ini, dapat merealisasikan hasrat negara untuk membangunkan modal insan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai agama, moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama, progresif dan makmur, dan mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.

Akhir kata, semoga segala usaha untuk memartabatkan mata pelajaran ini akan diberkati Ilahi.

SELAYANG PANDANG

TUAN HAJI WAHID BIN JONID

GURU BESAR SK MERSING KANAN, MERSING

Bersyukur saya kehadrat Ilahi, kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Negeri Johor ini.

Sejajar dengan Misi Nasional, guru turut bertanggungjawab membina modal insan berkualiti, dalam erti kata melahirkan pelajar yang mantap pencapaian akademik, memiliki nilai dan akhlak yang baik, serta pemikiran yang cerdas dan fizikal yang cergas.

Kebestarian guru terletak pada kebijaksanaan dan keupayaan mereka menyalurkan ilmu pengetahuan dan kemahiran insaniah serta menanam nilai-nilai murni pada diri didikan mereka agar menjadi warganegara yang berguna.

Bagi merealisasikan hasrat ini, guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan hendaklah sentiasa bersedia untuk meningkatkan tahap profesionalime dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

Tahniah kepada guru yang telah berusaha mewujud blog yang bermakna ini. Semoga dengan keupayaan guru ini dalam mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan mata pelajaran PSK mampu membantu melahirkan lebih ramai lagi guru yang cemerlang.

Saya juga berharap agar semua guru, perlulah lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di samping cuba mendekatkan lagi diri dengan para pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya

PRA KATA DARI PENULIS BLOG

SEUNTAI KATAHALIZA BINTI JELANIGURU CEMERLANG PSK/JURULATIH UTAMA/PANEL PERUNDING PEMBINAAN MODUL PSK NEGERI JOHOR

Sumbangan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kepada masyarakat dan negara amat besar sekali kerana guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mengalas tanggungjawab mendidik anak bangsa serta melahirkan generasi yang berilmu dan produktif serta memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara bagi melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia

Justeru itu, besarlah harapan saya, semoga dengan wujudnya Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dapat membantu rakan-rakan seperjuangan khasnya guru mata pelajaran PSK ini menguruskan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan, di samping memperkukuhkan perpaduan kaum yang sedia terjalin di negara ini. Melahirkan generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara. Menjadi warganegara yang tahu menghargai nilai perpaduan dan mengapresiasikan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia demi kesejahteraan dan keharmonian Malaysia tercinta.

Walaupun matapelajaran ini bukanlah matapelajaran peperiksaan, tetapi peranan matapelajaran ini dalam membentuk warganegara yang berbudi pekerti mulia, menghargai dan menjunjung kedaulatan agama, bangsa dan negara serta mempunyai ketahanan diri yang tinggi tidak dapat dinafikan.

Harapan saya, dengan usaha kita menerapkan matlamat dan objektif yang tersurat dan tersirat dalam matapelajaran PSK ini dapat merealisasikan hasrat negara mewujudkan, SATU BANGSA, SATU NEGARA DAN SATU MATLAMAT.

Akhir kata, semoga perkongsian ilmu ini akan diberkati Allah dan membawa kebaikan kepada anak didik kita.

Mengenai Saya

HALIZA BINTI JELANI

Bac. Pend. Bimbingan Dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia,, MalaysiaA GOOD TEACHER TEACHES,A BETTER TEACHER TELLS,A BEST TEACHER DEMONSTRATES,AN IDEAL TEACHER MOTIVATES.

'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA...'

Lihat profil lengkap saya

LAMAN PROFESION

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PERKEMBANGAN KURIKULUM KPMJEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KPMBLOG JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI JOHORJABATAN PELAJARAN JOHORPEJABAT PELAJARAN MERSING

PANDUAN UMUM

SUKATAN PELAJARANHSP PSK TAHUN 4HSP PSK TAHUN 5HSP PSK TAHUN 6RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PSK TAHUN 4/2011RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PSK TAHUN 5/2011RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN PSK TAHUN 6RANCANGAN HARIANPELAN STRATEGIK PSKPENGURUSAN DAN PENGENDALIAN MESYUARAT PSKCONTOH PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKANSURAT PANGGILAN MESYUARATBORANG KEHADIRAN MESYUARAT PANITIAAGENDA MESYUARAT PSK KALI 1, 2 DAN 3CONTOH MINIT MESYURAT PANITIA PSK KALI 1,2 DAN 3SISTEM PENGURUSAN FAIL BERKESANPENGURUSAN FAIL PANITIA PSKSUDUT PEMBELAJARAN DAN HASIL KERJA MURIDPERBELANJAAN BANTUAN PERKAPITA (PCG) PSKPEKELILING IKTISASSENARAI NAMA JU PSK

KANDUNGAN PSK

TEMA PSKOBJEKTIF PENGAJARANPROJEK KEWARGANEGARAANFOLIO PROJEK KEWARGANEGARAAN TAHUN 4FOLIO PROJEK KEWARGANEGARAAN TAHUN 5FOLIO PROJEK KEWARGANEGARAAN TAHUN 6BORANG PENILAIAN PROJEK KEWARGANEGARAN

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH

INSTRUMEN PENILAIAN ASPEK PENGETAHUANINSTRUMEN PENILAIAN ASPEK KEMAHIRANINSTRUMEN PENILAIAN ASPEK NILAI

BANK SOALAN PSK

UJIAN TAHUN 4 2010UJIAN TAHUN 4 2009PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA TAHUN 4 2010PEPERIKAAN SEMESTER PERTAMA TAHUN 4 2009PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN THN 4 2009PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN THN 4 2010UJIAN TAHUN 5 2010UJIAN TAHUN 5 2009PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA TAHUN 5 2010PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA TAHUN 5 2009PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 5 2009PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN THN 5 2010UJIAN TAHUN 6 2009PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA TAHUN 6 2009PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 6 2009

ISU SEMASA PENDIDIKAN

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERISKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)HALA TUJU PENDIDIKANRANCANGAN MALAYSIA KE-10PERMATA NEGARASTANDARD GURU MALAYSIAPELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN6 BIDANG UTAMA NKRA4 SUB NKRA KPMLINUS

PROGRAM DAN AKITIVITI SEMASA GURU CEMERLANG PSK

PROJEK MENGENALI ASAL USUL MAKANAN KITA, PELAJAR TAHUN 4 SK SAWAH DATO' MERSINGSAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK SAWAH DATO' MERSINGPROGRAM SELEPAS UPSR SK SAWAH DATO' MERSINGLAWATAN 1MALAYSIA KE KUALA LUMPUR PELAJAR SK SAWAH DATO' MERSINGPROGRAM PANITIA PSK SK SAWAH DATO' MERSINGPENYELARASAN DAN PENGGUBALAN PEPERIKSAAN SETARA AKHIR TAHUN 2010 PERINGKAT NEGERI JOHORLAWATAN PENYAYANG PELAJAR MISKIN DAN ANAK YATIM NEGERI JOHORMINGGU ANTI DADAHSAMBUTAN BULAN KEMERDEKAANLAWATAN (RIMUP) KE RUMAH ORANG TUAAKU JANJIPEMBINAAN MODUL BERSAMA JPN JOHORDI MERSINGLAWATAN KERJA JURULATIH PSK JOHOR KE SABAHPENGURUSAN UBK CEMERLANG JOHOR 2009 (PUAN HALIZA BT JELANI)MESYUARAT PEMETAA ELEMEN KEWARGANEGARAAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH (ANJURAN BPK KPM)PEMBINAAN MODUL BERSAMA BPK KPM

BBM TAHUN 4

BINA KEKUATAN DIRIMAKANAN SEIMBANGMENGAWAL EMOSI DIRIGIZI MAKANANGAMBAR DAN ARTIKEL ALAT MUZIK TRADISIONAMELAYU, INDIA, CINA, ETNIK SABAH DAN SARAWAKGAMBAR PAKAIAN TRADISIONALPAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIAGAMBAR SERTA ARTIKEL PAKAIAN MASYARAKAT KADAZAN DAN MELAYUGAMBAR SERTA ARTIKEL PAKAIAN MASYARAKAT IBAN, SIKH, INDIA DAN CINABUSANA NEGERI SEMBILANBUSANA MELAKABUSANA JOHORPAKAIAN TRADISIONAL CINAPAKAIAN TRADISIONAL INDIAPAKAIAN TRADISIONAL SABAHPAKAIAN TRADISIONAL SARAWAKKEUNIKAN MAKANAN MALAYSIABENDERA MALAYSIA DAN NEGERI-NEGERISUSUNAN DAN KEDUDUKAN BENDERA MALAYSIA APABILA DIKIBARKANIDENTITI NEGARABAHASA DAN BUNGA KEBANGSAANSEJARAH JALUR GEMILANGZOOM MALAYSIA

BBM TAHUN 5

GUNA MASA SECARA BERHEMATBIJAK MENGURUS MASABERADAB AMALAN TERPUJITARIAN TRADISIONAL MALAYSIATARIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MALAYSIATARIAN TRADISIONAL MELAYUTARIAN TRADISIONAL INDIATARIAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAKTARIAN TRADISIONAL ETNIK SABAHBUNYI ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIAALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIAKOLEKSI LIRIK LAGU RAKYATGAMBAR PAKAIAN TRADISIONALBAHASA KADAZAN DUSUNBAHASA KAUM BIDAYUHBAHASA KAUM MELANAUBAHASA KAUM IBANDIALEK DALAM BAHASA HINDIDIALEK DALAM BAHASA CINADIALEK MELAYU NEGERI-NEGERI DI MALAYSIAAMINUDDIN BAKITAN SRI DATO' LOH BOON SIEWANGGOTA KABINET 2009MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI MALAYSIAPROSES PILIHANRAYA UMUM DAN PANDUAN MENGUNDISISTEM PEMERINTAHAN NEGARA KITARAJA BERPELEMBAGAAN KEBANGGAN KITAPERDANA MENTERI MALAYSIA (Pertama-Keenam)

BBM TAHUN 6

10 AMALAN GAYA HIDUP SIHATBERFIKIRAN RASIONALFUNGSI RUKUN TETANGGAFUNGSI MAJLIS DAERAHTUGAS BOMBA DAN PENYELAMATHARI PERAYAAN MASYARAKAT MALAYSIAADAB RESAM KAUM DI MALAYSIAPEMIMPIN KEMERDEKAAN 1957TUN ABD RAZAKDATO' ONN BIN JAAFARTUN DATO' SRI TAN CHENG LOCKV T SAMBATHANHARI KEBANGSAAN KE 52/2009DETIK KEMERDEKAANERTI KEMERDEKAANREMAJA HAYATI DAN HARGAI ERTI KEMERDEKAANTEMA DAN LOGO HARI KEBANGSAANKONVENSYEN KANAK-KANAK SEDUNIAAKTA KANAK-KANAK 2001

KENALI MALAYSIA

MALAYSIA NEGARAKUWILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYAWILAYAH PERSEKUTUAN LABUANWILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPURSARAWAKSABAHTERENGGANUSELANGORPULAU PINANGPERLISPERAKPAHANGNEGERI SEMBILANMELAKAKELANTANKEDAHJOHOR

KENALI MASYARAKAT MALAYSIA

KAUM INDIAKAUM CINAKAUM MELAYUETNIK SABAHETNIK SARAWAK

SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

YANG di-PERTUAN AGONGSISTEM MONARKI MALAYSIAKUASA TADBIR URUSSISTEM POLITIK MALAYSIASISTEM KERAJAAN PERSEKUTUANSISTEM KERAJAAN NEGERIDEMOKRASI BERPARLIMENDEWAN NEGARADEWAN RAKYATKABINET MALAYSIASENARAI NAMA MENTERISURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIASEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPRMSISTEM KERAJAAN NEGERI

ADAB RESAM DAN PANTANG LARANG

KAUM MELAYUKAUM CINAKAUM INDIAETNIK SABAHETNIK SARAWAKORANG ASLI

PERAYAAN DI MALAYSIA

TAHUN BARU HINDUPERAYAAN SOLSTIS MUSIM DINGINHARI EASTERHARI CHENG BENGHARI VAISAKHIHARI KEBANGSAAN KE 52HARI RAYA AIDILFITRIPERAYAAN KUIH BULANDEEPAVALIHARI MALAYSIAHARI RAYA AIDIL ADHAHARI KRISMASMAAL HIJRAHTHAIPUSAMTAHUN BARU CINAMAULIDUR RASULHARI CHAP GOH MEIPESTA KAAMATANHARI WESAKHARI GAWAIHARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

ALAT MUZIK KAUM DI MALAYSIA

ALAT MUZIK GAMELANALAT MUZIK NOBATSATONG (ETNIK SARAWAK)ENGKROMONG (ETNIK SARAWAK)SAPE (ETNIK SARAWAK)KULINTANGAN (ETNIK SABAH)BUNYI ALAT MUZIK SABAHANSAMPOTON (ETNIK SABAH)ENGKERURAI (ETNIK SABAH)SUNDATANG (ETNIK SABAH)BONANG (MELAYU)ANGKLUNG (MELAYU)SERUNAI (MELAYU)GONG (MELAYU)GAMBUS (MELAYU)KOMPANG (MELAYU)GONG (CINA)GENDANG (CINA)SHENG (CINA)YANGQIN (CINA)GAOHU (CINA)ERHU (CINA)PELBAGAI ALAT MUZIK INDIAVEENA (INDIA)TABLA (INDIA)TAMPURA (INDIA)SITAR (INDIA)

PERMAINAN TRADISIONAL

SEPAK MANGGIS (Sabah)TIBOW (Sarawak)MAHJONG (Cina)YO-YO CINAXIANG QI (Cina)GO (Cina)KHO-KHO (India)CHATURANGA (India)KABADDI (India)PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYUGULI (Melayu)SEPAK BULU AYAM (Melayu)SEPAK RAGA (Melayu)BATU SEREMBAN (Melayu)WAU/LAYANG-LAYANG (Melayu)CONGKAK (Melayu)GASING (Melayu)KONDA-KONDI (Melayu)GALAH PANJANG (Melayu)

SAMBUTAN HARI SEDUNIA

HARI KANAK-KANAK SEDUNIAHARI BAPAHARI IBUKEMPEN EARTH HOURHARI AIR SEDUNIA

WARISAN TERPELIHARA

MUZIUM SARAWAKMUZIUM SABAHPUSTAKA PERINGATAN P.RAMLEEMUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIABANGUNAN STADHUYSMUZIUM NEGARA

RESEPI MAKANAN TRADISIONAL ETNIK SABAH

MAKANAN SABAHPAIREN IKANAMBUYATSINAMUNOONSOM SADAPINARANAS SADAHINAVADINOSUL MANGGAJERUK BAMBANGAN

RESEPI MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

KEEMAWADEHAYAM TANDORINASI BRIANIMARUKUPUTU MAYAMTOSAICAPATIKUAH DALROTI CANAI

RESEPI MAKANAN TRADISIONAL ETNIK SARAWAK

KUIH PENYARAMDAGING MASAK LADA HITAMTAPAI SARAWAKMEE KOLOKLAKSA SARAWAKUMAIPANSOH

RESEPI MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

MAKANAN ISTIMEWA KAUM CINACHANG FEN (RICE ROLL)KUIH BULANTAU FU FACHAR KUEW TEOWPAUYONG TAU FUDIM SUMNASI AYAM HAINANCAKOI

RESEPI MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

RESEPI KUIH MUIH MALAYSIAKUIH SUJIPUTU KACANGKUIH BANGKITKUIH ROSREMPEYEK/TUMPIKUIH LOMPAT TIKAMKUIH SAGU GUMPALKUIH LAPISKUIH LOPISBAHULU CERMAIPULUT PANGGANGKUIH KASWILAKSA JOHORRENDANG TOKKUIH SERI MUKANASI AMBANGNASI KERABUNASI DAGANGNASI LEMAK

ADAB SOPAN KAUM MELAYU

ADAB TERHADAP IBU BAPAADAB DI DALAM KELASADAB DALAM MASJIDADAM MENERIMA DAN MELAYAN TETAMU (MELAYU)

ANAK KEBANGGAAN MALAYSIA

LEE CHONG WEIPENERJUN KUTUB UTARAMOHANDAS NAGAPPANGERALD MELCOLMABDUL MALIK MYDINNICOL ANN DAVIDSHEIKH MUSZAPHAR SHUKORAZHAR MANSOR

KEBANGGAAN MALAYSIA

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPURISTANA BUDAYAMENARA KUALA LUMPURMENARA BERKEMBAR PETRONASLITAR ANTARABANGSA SEPANG

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

AIR TERJUN JERAM PASU KELANTANAIR TERJUN TELAGA TUJUH LANGKAWIAIR TERJUN LATA KIJANG PERAKAIR TERJUN JERAM LENANG KELANTANSUNGAI RAJANG SARAWAKSUNGAI PAHANGPUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK SABAHTAMAN NEGARA BAKO SARAWAKTAMAN NEGARA MULU SARAWAKTAMAN NEGARA ENDAU ROMPINTAMAN NEGARA MALAYSIABATU CAVES SELANGORGUA TEMPURUNG PERAKGUA NIAH SARAWAKGUNUNG KINABALUGENTING HIGHLANDGUNUNG LEDANG JOHORCAMERON HIGHLAND PAHANGBUKIT FRASER PAHANGBUKIT BENDERA PULAU PINANGTASIK CHINI PAHANGTASIK KENYIR TERENGGANUPULAU LANGKAWI KEDAHPULAU BESAR MELAKAPULAU SIPADAN SABAHPULAU REDANG TERENGGANUPULAU TIOMAN PAHANG

DOWNLOAD LAGU RAKYAT

ANAK ITIK TOK WILAGU TIGA KUPANGENJIT-ENJIT SEMUTGUNUNG BANANGDABUSANAK RUSA NANIMENGHILIR DI SUNGAI PAHANGINDUNG-INDUNG (PAHANG)KURIK KUNDITUNANG PAK DUKUN (N.SEMBILAN)DENDANG UMPAN BOCEK (N.SEMBILAN)BONGAI (N.SEMBILAN)SRI MERSING (JOHOR)TANJUNG PUTERI (JOHOR)ALA CANGGUNG (PERLIS)PAK PUNG PAK MUSTAPE (KELANTAN)KENEK-KENEKLAH UDANG (KELANTAN)JOGET KELANTANJOGET PAHANGWATIMANG LANDOK (TERENGGANU)ANOK UDANG (TERENGGANU)TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALUJAMBATAN TAMPARULI (SABAH)PUTERI SANTUBONG (SARAWAK)

VIDEO CLIP PERPADUAN

FROM MADRASDUNIA YANG BERBEZAKAWAN BAIK LEE YANEJA DINOSAURPILOTKAWAN SEJATITAN HONG MENGTOLONG MENOLONGKAWAN

VIDEO KLIP BUDI BAHASA

BANTUNO CHARGEOMBAK JAHATBUDI BAHASA AMALAN MULIABUDI BAHASA AMALAN KITAKASIH AYAHKEBANGGAAN IBUMURAISURAT DARI IBUSAYANGI IBU BAPA KITABECAPAYUNGJANDA ANAK TUJUHSENYUMLAHSKETSA BUDI BAHASAAMALAN MURNI

VIDEO CLIP TARIAN TRADISIONAL

LIMBAISUMAYAUSUMAZAU(KADAZAN)DALING-DALING ( BAJAU)MANGUNATIP (KADAZAN)RAJANG BE'UH (BIDAYUH)SELADAI(MELANAU)DATUN JULUD ( SARAWAK)NGAJAT (IBAN)TAO YAOTARIAN BUNGA TERATAITARIAN REBENTARIAN NAGATARIAN SINGATARIAN KIPASBHANGRAGIDDAKATHAKBHARATNATYAMULIK MAYANGWATIMANG LANDAKENDANGINANGKUDA KEPANGZAPIN

VIDEO CLIP PERSEMBAHAN TRADISIONAL

MENORAMAI TERIMAK YONGWAYANG KULITGHAZAL(JOHOR)DONDANG SAYANG (MELAKA)BORIA (PULAU PINANG)DIKIR BARAT (KELANTAN)

BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KADAZAN PAAMPANGJABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARAKAUM UTAMA MALAYSIAKAUM MELAYUKAUM CINAKAUM INDIAKAUM IBANKAUM KADAZANDUSUNKADAZAN DUSUNETNIK UTAMA SABAHADAB RESAM KAUM DI MALAYSIAADAT MELAYUADAB RESAM MASYARAKAT MELAYUADAB RESAM MASYARAKAT CINAADAB RESAM MASYARAKAT INDIAADAB RESAM ETNIK SARAWAKADAB RESAM ETNIK SABAHADAB RESAM KAUM-KAUM DI SABAHBANGSA DAN BAHASA MELAYUDIALEK DALAM BAHASA MELAYUDIALEK DALAM BAHASA CINADIALEK DALAM BAHASA HINDIMAKANAN TRADISIONALSULUK SANDAKANMAKLUMAT TENTANG MALAYSIALOGO HARI KEBANGSAANLIRIK LAGU PATRIOTIKWARISAN BUDAYA MALAYSIAWARISAN DAN BUDAYA MALAYSIAPENGENALAN SABAHKEBUDAYAAN SABAHPERMAINAN TRADISIONALTEMPAT MENARIK DI MALAYSIAPAKAIAN TRADISIONALTARIAN PELBAGAI KAUM DI MALAYSIAPETA GOOGLE MALAYSIAJATA NEGERI DAN JATA NEGARABENDERA NEGERI-NEGERI DAN BENDERA MALAYSIA

CATATAN SAYA

2009

(50)

Julai

(2)

Ogos

(36)

September

(4)

Oktober

(5)

November

(1)

Disember

(2)

2010

(50)

Januari

(2)

Februari

(3)

Mac

(3)

April

(5)

Mei

(3)

Jun

(4)

Julai

(7)

Ogos

(6)

September

(5)

Oktober

(4)

November

(3)

Disember

(5)

2011

(15)

Januari

(4)

Februari

(1)

Mac

(1)

April

(3)

Mei

(5)

November

(1)

2012

(6)

Mac

(1)

April

(2)

Mei

(1)

Jun

(1)TEMA 4-KENALI BUDAYA MALAYSIA :SELAMAT HARI GAWAI-...

November

(1)

KOLEKSI LAGU PATRIOTIK (sila klik II untuk berhenti mendengar lagu)

Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com

SILA KLIK PADA KOTAK YANG DIPILIH

Adakah kandungan bahan P&P dalam Blog Sumber Guru PSK ini dapat membantu guru-guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran?(surveys)

MASA ITU IBARAT EMAS

KALENDER HIJRAH

Kongsi Pendapat Anda

JavaScript must be enabled to use the ShoutJax Shoutbox.

Powered by ShoutJax

BLOG PILIHAN

MERSING HEBAT

TITIK POSITIF HARI KE-119 2018 29 April 2018

3 hari yang lalu

PANITIA PSV SK PARIT KASAN

KARNIVAL KO AKADEMIK PSV ZON BUKIT GAMBIR

8 bulan yang lalu

MGC MERSING

MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH MERSING TAHUN 2013

5 tahun yang lalu

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK Bandar Tenggara 2

Khidmat Masyarakat Tingkatan 1, 2011.

6 tahun yang lalu

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SAWAH DATO' MERSING JOHOR

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2011

7 tahun yang lalu

PUSAT SUMBER SK KAMPONG MELAYU , KLUANG.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

8 tahun yang lalu

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

8 tahun yang lalu

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SK Semenyih

Sambutan Hari Kemerdekaan 2009 Peringkat Sekolah

8 tahun yang lalu

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SK MELATI

Bahasa dan Dialek

8 tahun yang lalu

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Penghargaan

9 tahun yang lalu

Panitia Pendidikan Sivik Kewarganegaraan SMK Serian

Salam Perpaduan

9 tahun yang lalu

1Malaysia.com

lagu sabah in listen

STATISTIK PENGUNJUNG BLOG SAYA

widgeo

Feedjit Live Blog Stats

Komen Pembaca

Recent Comments Blogger WidgetYour browser does not support JavaScript!

AKHBAR PILIHAN

Kosmo Online

Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata

-

LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...

5 bulan yang lalu

Utusan Online

ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan

-

MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...

3 tahun yang lalu

NST

-

Berita Harian Online

-

myMetro

-

Terdapat ralat dalam alat ini

Google Search

Terdapat ralat dalam alat ini

MOTIVATING QUOTES

Motivating Quotes

Cuaca Daerah Mersing

Tema Ringkas. Imej tema oleh molotovcoketail. Dikuasakan oleh Blogger.